Sebak bila Ebit Lew dedahkan adik ni umur 12 tahun jadi gelandangan. Rupanya mak dan ayah adik ni dah pergi menghadap illahi sebab covid 19.

Viral

Siapa yang je yang tak sedih bila kedua-dua orang tua kita sudah pergi tinggalkan kita terlebih dahulu. Lagi mengundang sebak apabila ibu bapa kita pergi menghadap illahi ketika usia kita masih lagi kecil. Namun, itulah apa yang perlu dilalui oleh seorang adik berumur 12 tahun ini yang kisahnya dikongsikan sendiri oleh pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL). Menerusi perkongsian itu, UEL memberitahu bahawa adik tersebut baru sahaja kehilangan kedua-dua orang tuanya yang pergi menghadap illahi akibat COVID-19. Adik tersebut dijumpainya di Bukit Raja Klang, tidur dijalanan. 

“Kecil lagi dah jadi gelandangan, Kasihan, hidup tanpa hala tuju,” tulis UEL mencerita kisah adik tersebut. 

“Sayu sebak rasa bila terjumpa seorang adik umur 12 tahun di Bukit Raja Klang tidur dijalanan. Kecil lagi dah jadi gelandangan. Mak ayahnya baru pergi menghadap illahi Januari baru ini kerana positif covid. Kasihan hidup tanpa hala tuju lagi. Ramai orang sekitar cuba membantu. Ada yang mesej saya. Dia dah tiada sesiapa dalam hidupnya. Berat ujianmu duhai anak. Pasti ada hikmah disebalik semuanya.

Saya terus bergegas cari adik ni. Dari jauh tengok adik ni terus rasa nak menangis sebab baik dan beradab sangat. Fikir macam manalah hidup merata begini. Bila tanya mak ayah jer terus adik ni menangis. Allahuakbar. Saya sampai tadi terus adik cium tangan. Tiada hp. Tak kenal saya. Wajah bersih jer jernih. Saya dah tiada sesiapa lagi ustaz. Eh, jangan cakap macam tu adik. Saya dan semua yang ada sini macam keluarga adik ye.

Adik puasa ke? Puasa ustaz. Sahur ada orang bagi. Buka pun ada orang bagi. Saya bawa ke balai untuk report. Selepas itu saya terus bawa adik ni ke pasaraya. Saya tanya adik nak masuk sekolah madrasah. Nak ustaz. Nak jumpa mak ayah dalam syurga. Terus makin sedih, saya pun rindu mak. Rindu ayah. Kami solat sama-sama dan terus hantar adik ni masuk madrasah. Walau sekejap terasa rapat dan seperti keluarga. Adik jaga diri yer. Saya doa adik jadi anak soleh berjaya cemerlang. Nanti kita jumpa lagi. Tak berhenti cakap terima kasih. Best seronok dapat masuk belajar sini. -ebitlew

Tambah UEL lagi, ramai orang sekitar yang cuba membantu sehinggalah ada yang mesej dan meminta UEL datang membantu. UEL bergegas menghulurkan bantuan kepada adik tersebut, dan menawarkan adik tersebut untuk masuk belajar di madrasah. Ditanya soal makan dan minum ketika bulan puasa, adik tersebut menyatakan ada orang yang memberikan dia makanan untuk sahur dan juga berbuka.

Sebak UEL menceritakan kisah adik tersebut. Dalam pada itu, ia turut mengundang rasa sebak wargamaya yang lain membaca kisah itu. Perkongsian UEL itu mendapat hampir lapan ribu komen daripada wargamaya yang berasa simpati dengan nasib yang menimpa adik tersebut. Apa-apa pun, kita doakan agar urusan adik itu dipermudahkan dan selamat belajar di madrasah. 

Sumber : KoolFm

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Isteri Sebak Tengok Berita Tentang Keluarga Mereka Yang Terlibat Dengan Kri Naggala. Akhirnya Ustaz Ebit Nekad Nak Bagi Bantuan. Terkejut Besar Jumlah Yang Ustaz Ebit Lew Bagi Pada Mereka.

Tragedi kapal selam KRI Naggala 402 milik Tentera Laut Indonesia (TNI) pada minggu lalu sememangnya menyentuh hati ramai pihak termasuklah rakyat Malaysia. Pihak Panglima Tentera Laut Indonesia telah mengesahkan bahawa kapal selam tersebut tenggelam di Perairan Bali dengan kedalaman 835 kilometer dan  kesemua 53 kru kapal dinyatakan terkorban.

Terkesan dengan kejadian KRI Naggala 402

Paling menyentuh hati sudah tentu ahli keluarga yang ditinggalkan. Pelbagai kisah hiba didengar dari negara jiran sehingga kita sendiri tidak mampu menahan air mata apabila mengetahui kisah mereka yang ditinggalkan oleh tonggak keluarga.

Oleh sebab itu, pendakwah selebriti, Ustaz Ebit Lew telah mengambil keputusan untuk menghulurkan sedikit bantuan kepada beberapa keluarga kapal selam tersebut dengan satu jumlah yang agak besar. Menerusi perkongsiannya di Facebook, beliau memaklumkan akan memberi RM25,000 atau lebih kurang Rp17,000,000 kepada 5 buah keluarga. Menurutnya lagi, titik permulaan hatinya terdektik mahu menghulurkan bantuan kepada mereka adalah ketika isteri ustaz Ebit melihat berita dan sebak mendengar khabar duka dari negara jiran itu.

Buat panggilan kepada keluarga salah seorang mangsa

Selain daripada itu, Ustaz Ebit juga berpeluang membuat panggilan video bersama keluarga salah seorang daripada iaitu isteri Serda Diyut Subandriyo. Beliau dapat berhubung dengan ahli keluarga Serda Diyut atas bantuan daripada satu badan bukan kerajan (NGO) Indonesia iaitu Aksi Cepat Tanggap bagi membolehkannya bertanya khabar serta memaklumkan bantuan yang ingin diberi.

Susulan daripada itu, Ebit Lew  mengakui sebak dengan tragedi tempoh hari dan meminta agar orang ramai dapat sama-sama mendoakan yang terbaik buat ahli keluarga yang terlibat supaya terus kuat serta tabah menempuh kehidupan yang mendatang.

Sumber: Ebit Lew

Baru Je Pulang Dari Kampung Ustaz Ebit Lew Nekad Pergi Jumpa Dengan Lelaki Yang Tular Baca Hadis Dah 2 Bulan Duduk Tepi Jalan. Terkedu Bila Ustaz Ebit Ajak Dia Tidur Di Hotel Sampai Macam Ni Sekali Reaksia Dia.

Baru je pulang dari kampung Ustaz Ebit Lew nekad pergi jumpa dengan lelaki yang tular baca hadis dah 2 bulan duduk tepi jalan. Terkedu bila Ustaz Ebit ajak dia tidur di hotel sampai macam ni sekali reaksia dia..

Dermawan dan pendakwah bebas, Ebit Lew yang baru sahaja pulang dari kampung melawat bapanya yang sakit telah bergegas mencari seorang pemuda yang tular tinggal di tepi jalan dan hebat menghafal hadis.  Ebit Lew memberitahu pemuda tersebut terkejut melihat kehadirannya dan terus memeluk sambil mengalirkan air mata. “Terkejut bila ramai tag saya tentang adik ni. 

Tidur hentian motosikal bawah jejambat dah 2bulan. Tepi jalan besar. Beralas papan keras sahaja. Ada masalah emosi dan tekanan perasaan. “Beliau bercerita sambil menangis-nangis. Asal Sarawak dan tiada mak ayah semenjak kecil.  Pernah terlibat dengan sejarah hitam dan pahit. Pernah juga belajar agama “Saya dari kampung belum balik rumah bergegas cari adik ni. Sampai jer dia terus peluk saya dan menangis. 

Tak dapat nak tahan dah. Katanya dia berdoa terlintas ingin berjumpa saya. “Saya kata semuanya kerana kasihnya Allah pada kita. Takdir yang berlaku supaya kita menjadi hampir padanya,” katanya Ebit berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. 

Beberapa hari lalu, tular video pemuda tersebut apabila menceritakan perjalanan hidupnya sambil membaca beberapa hadis al-Quran. Menurut Ebit, pemuda yang berasal dari Sarawak itu mahu mencari kerja dan memasuki madrasah serta mahu memperbaiki kehidupannya masa lalu. 

“Syukur katanya ingin cari kerja atau masuk madrasah. Nak perbaiki hidup masa lalu. Saya bawa beli baju baru dan seluar dan kelengkapan lain. Ajak berehat di hotel dulu. “Sampai hotel terus adik ni sujud syukur lama menangis-nangis.

Saya rasa sebak sedih. Tanyanya lagi kenapa Allah baik pada saya setelah ujian dan kejhtan saya dimasa lalu. Perjalanan hidup saya ditemukan dengan ustaz. “Belanja buka puasa dan tidur di hotel. Mata sebelahnya dah tak berapa nampak. Syukur masa saya sampai tadi berjumpa Ijam yang mula berjumpa adik ni dan viralkan videonya ada memberi nasihat.

Bersama saya juga tadi ada 2 anggota polis bukit Aman Anas dan Syukri. Terima kasih ya.. “Esok kami akan cari bilik sewa dan ingin carikan kerja yang sesuai untuk adik ni. Semoga menjadi asbab kebaikan,” ceritanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : AstroGempak

Kesihatan Bapa Ustaz Ebit Lew Makin Merosot Sejak Tiga Bulan Kebelakangan. UEL Luah Rasa Sedih Lepas Nampak Ayahnya

Macam yang kita semua sedia tahu, setiap manusia tak dapat lari daripada ujian kehidupan kerana yang datang tanpa diduga. Setiap orang, ujian yang datang juga tidak sama, ada yang ditimpa dengan masalh kewangan dan ada yang diuji dengan kesakitan. Bahkan ahli keluarga dan insan tersayang yang sakit juga adalah ujian yang perlu dihadapi setiap orang.

Demikianlah yang dilalui oleh pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew yang telah diduga dengan bapanya yang sakit terlantar di Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM ) Kubang Kerian di Kelantan. Secara umum, seluruh negeri itu telah diuatkuasakan PKP susulan peningkatan kes Covid19 yang ketara di kebanyakan tempat.”Dah empat hari di HUSM Kubang Kerian. Belajar banyak saat bersama ayah tercinta. Ayah yang sepanjang hidup takkan mengerang kesakitan. Sakit macam mana pun diam je.

Jelas UEL di FB”Tapi bila tengok air matanya menahan sakit, terasa sedih. Ya Allah sembuhkanlah ayahku. Saya ni kalau sakit memang tak tahan. Demam je dah teruk,” Ebit bagaimanapun tidak menjelaskan sakit yang dialami bapanya, Ibrahim Lew, namun memberitahu kesihatan bapanya berusia 84 tahun itu merosot sejak tiga bulan kebelakangan ini. dia yang menyedari dirinya sentiasa sibuk dengan tugasan dan tanggungjawab termasuk usahanya dalam membantu masyarakat yang memerlukan dan kurang bernasib baik

Namun, Ebit mengakui ujian berat apabila berjauhan dan jarang meluangkan masa bersama ibu bapa masing-masing terutama dengan kekangan dan sekatan ketika pandemik ini.”Selalu saya sibuk je. Kena PKP ini betul-betul berat ujiannya. Takutkan. Apalah erti dunia ini tanpa dapat menziarahi orang tua tercinta.”Saya doakan Allah bantu semua dapat ziarah mak ayah masing-masing. Allah angkat segala sakit, ujian wabak dan segala halangan.”

Berat ujian jarang dapat bersama mak ayah. Berjauhan. Orang tua bila tak dapat jumpa anak hati mereka jadi sedih sangat. Hati kita ini dididik lembut. Kena raya lagilah sayu dan berat je,” .Beliau mendoakan agar ibu bapa masing-masing diberikan kekuatan dalam menempuh ujian selain menyeru masyarakat berbuat baik kepada keluarga dan insan yang memerlukan.

“Kuatkan seorang ayah, kuat seorang ibu. Tidur di sofa ini buat terfikir banyak perkara. Terasa benarlah dunia ini tiada harganya jika dibandingkan kesihatan orang kita sayang.”Kerana itu gunakanlah wang ringgit harta untuk buat baik pada keluarga dan orang yang memerlukan,” katanya.Dalam pada itu, Ebit turut berdoa agar bapanya yang kini dirawat di HUSM diberikan kesembuhan segera seperti sediakala.”Ya Allah jika ada pahala untuk apa sahaja saya lakukan saya hadiahkan buat ayah dan mak saya. Berilah kesembuhan buat ayah saya. Kuatkannya kembali,” katanya.

Menakjubkan Sekali Ustaz Ebit Lew Dapat Dekati Dengan Insan Yang Dikatakan Tak Mahu Didekati Penduduk Tempatan. Ini Kisah Di Sebalik Dengan Apa Yang Terjadi

Tak dinafikan nama Ustaz Ebit Lew yang merupakan pendakwah bebas sudah dikenalai dan tak perlu diperkenalkan lagi kepada seluruh rakyat Malaysia. Tambahan pula, kerja kerasnya dalam memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan sangat memberi kesan buat semua. Dan sementelah pusing satu Malaysia untuk hulurkan bantuan, terbaru Ebit Lew juga telah terbang ke Afrika Selatan untuk berbakti di sana pula.

Selepas beberapa hari di sana, dia sempat membuat perkongsian tentang kerja kerja misi kemanusiaan yang dilakukan dengan menghulurkan bantuan kepada penduduk di negara itu. Tetapi apa yang meraih tumpuan atas tindakan beliay yang menyantuni seorang gelndgn yang difahamkan tak mahu didekati oleh penduduk tempatan. Menark sekali apabila Ustaz Ebit Lew berjaya mendekatinya sehinggakan dia mampu bercerita tentang masa silamnya kepada UEL.

Berdasarkan penulisan Ebit Lew, lelaki berusia 60 tahun itu telah hidup secara bergelndangan sejak berpisah dengan isterinya yang sudah pun berkahwin lain dengan seorang bos besar di suatu tempat. Dia juga sudah lama tidak bertemu dengan tiga orang anaknya.Atas rasa kecewa yang tak terhingga, dia telah membawa diri dan hidup di tepi-tepi kaki lima sehingga disangka orang gila oleh penduduk di Bandar Durban itu.

Sesungguhnya perkongsian pendakwah berusia 37 tahun itu amat menyentuh hati warganet. Rata-rata mereka memuji tindakan yang dilakukan oleh beliau kerana bukan sahaja berbakti kepada Tanah Air, tetapi di luar negara juga beliau masih menyantuni golongan susah.Hal ini membuatkan warganet begitu kagum dengan peribadi Ebit Lew dan mendoakan agar dirinya terus sihat dan dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.

Difahamkan Habis Rumah Mereka Dijilat Api. Tanpa Ragu Ustaz Ebit Lew Buat Sesuatu Ini Membuatkan Penduduk Di Sana Tak Percaya.

Siapa sahaja yang tidak mengenali penceramah bebas yang sering menghulurkan bantuan kepada orang yang tidak berkemampuan. Tak lain dan tak bukan Ustaz Ebit Lew yang selalu sahaja membantu orang ramai tak kira agama mahupun bangsa. Baru baru ini, Ustaz Ebit Lew sedang manjalankan misi kemanusiaan di Afrika Selatan bersama pasukannya.

Jika dilihat perkongsian terbaru UEL di FBnya, beliau dan pasukannya telah membantu membina 16 buah rumah untuk keluarga orang Zulu di sana. Difahamkan pondok dan rumah kecil penduduk di situ telah dijilat api dan mereka terpaksa tidur di atas tanah. Bahkan ada yang menumpang di rumah jiran dan sebahagian dari mereka terlalu susah. Tanpa menunggu masa yang lama, terus beli semua keperluan binaan seperti pintu, tingkap, sink dan lain lain lagi.

Kata Ustaz Ebit Lew, mereka kelihatan terkejut bila saya kata saya akan tolong mereka bina 16 rumah ini semula. Mereka kelihatan terlalu gembira. Tak sangka di kala kita tidur lena ada orang bawa anak tidur tepi jalan atas tanah. Mereka ramai ramai tepuk tangan dan ucap terima kasih. Semoga menjadi asbab kebaikan. Harap harap urusan Ustaz Ebit Lew dan team dipermudahkan

Sampaikan Bantuan Sehingga Ke Afrika. Wanita Ini Tak Sangka Dapat Bertemu Dengan Ustaz Ebit Lew

Almaklum siapa je yang tak kenal Ustaz Ebit Lew, yang merupakan penceramah bebas yang selalu membantu masyarakat tak kiralah remaja yang bermasalah mahupun gelandangan dan lain lain. Tambahan pula pedekatan dakwah secara lembut dan baik menjadikan cara beliau dikagumi ramai dan patut dicontohi. Terbaru, Ustaz Ebit Lew telah berkongsikan pengalamannya menyampaikan bantuan sehingga ke Afrika.

Untuk perkembangan terkini, Ustaz Ebit dalam misi kemanusiaan untuk menyampaikan bantuan ke Afrika. Terangnya, “Doakan ya. Saya bersama team nak ke Afrika atas misi kemanusiaan dan kasih sayang. Semoga menjadi asbab kebaikan”Ustaz Ebit juga melahirkan rasa syukur kerana urusan ketika di lapangan terbang di permudahkan dan berjalan dengan lancar

“Syukur lancar perjalanan semua ke South Afrika. Baik amoi semoga menjadi asbab kebaikan. Terima kasih @emirates” tulis Ebit Lew. DIfahamkan ketika berada di lapangan terbang, Ustaz Ebit terserempak dengan seorang pramugari wanita dari syarikat penerbangan terkenal antarabangsa Emirates. Dia yang teruja kerana dapat berjumpaa sendiri dengan hero rakyat Malaysia ini, wanita tersebut dengan perasaan penuh gembira menawarkan pertolongan untuk memudahkan urusan Ustaz Ebit Lew

Bahkan dia juga memberitahu hati tersentuh sampai menangis apbila melihat video-video ketika Ustaz Ebit menyampaikan bantuan“Of course you are the hero man, thank you so mucah for all the good job. Come lets me assistt you.. saya tengok video Ustaz sampai nangis-nangis” kongsi pramugari tersebut kepada Ebit Lew.Sama-sama kita doakan semoga urusan Ustaz Ebit membantu lebih ramai merka yang dalam kesushanan dipermudahkan oleh Allah SWT

Beliau figura tumpuan ramai. Bertitik tolak daripada rasa tanggungjawab sesama insan, beliau mengerahkan tenaga dan wang ringgit ke arah usaha meringankan beban mereka yang memerlukan.Beliau Ebit Liew. Tiada sebarang gelaran melingkari, baik Datuk mahupun Tan Sri. Bantuan dihulur tanpa mengira sesiapa, menjadikan beliau bak adiwira di mata masyarakat.

Ustaz Ebit Lew Muat Naik Ucapan Dengan Kapsyen Yang Romantik Untuk Isteri Di Laman Ig. Tapi Video Tiktok Yang Jadi Perhatian Warganet. Rupanya Ustaz Ebit Belajar Main Tiktok Dr Aeril Zafrel.

Sempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia yang disambut pada setiap 8 Mac, ramai yang menzahirkan ucapan buat wanita tersayang di dalam kehidupan mereka. Turut tidak terlepas adalah pendakwah kesayangan ramai, iaitu Ustaz Ebit Lew yang memuat naik ucapan dengan kapsyen romantis buat isterinya di laman Instagram.

“Hai bidadariku. Tak terungkap dengan kata. I love you bidadariku. Terima kasih ya Allah beri bidadari ini dalam hidupku. Wanita ini berkorban segalanya dalam menemani hidupku. Berilah kebaikan, kesihatan, kecantikan, kekuatan dalam menemani hidupku didunia ini sampai syurga Firdaus.

Bila saya tengok seseorang hargai bidadarinya dan hargai ibunya hati saya kata, orang ini akan berjaya kerana dia ada doa yang sangat kuat. Doa sangat ajaib. Boleh mengubah apa sahaja-ebitlew. Baru mula buat tik tok. Belajar dengan@aeril_zafrel buat tik tok. Allah sayang @aeril_zafrel dan @w4w4_zainal. Tq bunga @surprise_yourlove”

Ustaz Ebit menerusi kapsyen yang ditulis menzahirkan ucapan terima kasih untuk segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh isterinya. Malah Ustaz sempat memberitahu bahawa beliau baru belajar menyelami aplikasi TikTok yang dipelajari dengan King Of TikTok iaitu Aeril Zafrel!

Fuh patutlah tengok Ustaz Ebit kebelakangan ni rajin buat TikTok ya!Alahai comel je, lepas ni boleh la tengok video-video TikTok Ustaz pula. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Instagram Ebit Lew

Sumber  :  https://www.hotfm.com.my/

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ini Yang Berlaku Pada Kereta Ustaz Ebit Lew. UEL Tanpa Ragu Kongsi Kisah Hebat Kuasa Doa Yang Meraih Perhatian Ramai

Baru baru ini,Ustaz Ebit Lew berkongsi cerita bahawa kereta miliknya telah pancit secara tiba tiba pada Khamis petang melalui IGnya. Jelas UEL, dugaan yang menimpa dirinya turut membawa rezeki kepada seorang petugas towing yang sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu dengannya.

“Rezeki petang ni. Rahmat Allah. Tayar tiba-tiba pncit terus. Sekali adik towing turun kereta asyik bergambar je. Selalu doa nak jumpa ustaz.”Tersenyum saya. Kereta ni ramai peminat. Orang lalu je ambil gambar dengan kereta,” tulis Ebit di media sosial miliknya.

Ebit juga turut mengimbas kembali kejadian melibatkan seorang pemilik rumah tumpangan yang menangis bertemunya baru-baru ini. Jelas Ebit, dia terpaksa tinggal dia inapan milik wanita terbabit memandangkan misi yang dilakukannya tidak sempat disempurnakan pada hari sama.

“Begitu juga masa nak check in satu rumah baru ini dah lewat. Misi tak selesai kena check in.“Dah lewat masuk rumah. Sampai ,owner rumah tu wanita menangis sungguh-sungguh.”Ya Allah, ustaz saya hari-hari doa nak jumpa ustaz. Tak sangka ustaz yang sewa hari ini,” imbas Ebit akan kata-kata wanita itu.

Seterusnya, wanita itu turut memulangkan duit tempahan yang sudah dibayar Ebit secara dalam talian atas niat mahu bersedekah.”Saya memang penat sikit malam tu. Sibuk tak sempat makan dari semalam. Dan bila jumpa orang susah memang sedih. Kadang tengok anak tak sekolah. Bila nak sekolahkan ada masalah pula. Ya Allah. Tapi saya akan selesaikan juga bersama team yang lain.

“Tapi dengar akak tu kata doanya dimakbulkan. Saya tersenyum. Saya pun terus fikir ajaibnya doa. Berbaloi susah sedikit melihat ajaibnya doa orang. Melihat kekuasaan Allah,” ujar Ebit.Tambahnya, kuasa doa sememangnya tidak patut dipandang rendah.

Malah, dia sendiri sudah menyaksikan dan mendengar banyak kisah-kisah lain sebelum ini yang menunjukkan besarnya kuasa doa seseorang.”Begitulah selalunya melihat doa orang miskin dan anak yatim. Kadang dah lewat nak balik. Tiba ada dapat aduan tentang orang tinggal di tempat bangunan dijilat api dan ditinggalkan. Sekali sampai akak tiada kaki. Anak orang kelainan upaya (OKU).

“Tinggal disitu dah lama. Terus pindahkan akak tadi ke rumah baharu. Kita beri free pada akak tadi. Selepas seminggu akak tadi sudah hembuskan nnafas terakhir.”Anak yang OKU kata, mak dah solat dan bersyukur. Selama ini dah tak percaya tuhan. Selalu berdoa tapi Allah belum kabulkan. Bila ustaz sampai terus rasa bersyukur.

“Dalam hati saya ajaibnya doa akak ni. Begitulah doa orang yang memerlukan,” ujarnya.Dalam posting sama, Ebit turut membuat peringatan agar jangan sesekali kita memandang rendah kuasa doa dan dilrang juga meng4niayai orang susah dan anak yatim.

“Jangan pandang rendah doa mereka. Jangan aniaya orang miskin dan anak yatim. Jangan pandang rendah pada orang lain.”Doa boleh hentikan segala musibah dalam dunia ini. Tsunami, gempa bumi, puting beliung, Covid-19, dan lain-lain.”Siapa maha kuasa boleh tarik semua ini? Hanyalah Allah. Ya Allah selamatkanlah kami semua,” ujarnya lagi.

Tak Sangka Keluarga Ini Diduga Sampai Begini Sekali. Ebit Lew Sebak Dengan Keadaan 3 Beranak Ini Dan Terus Tampil Beri Hadiah Ini.

Siapa lagi yang tidak mengenali Ustaz Ebit Lew. Hampir seluruh negara, Ebit Lew datang tampil untuk memberi bantuan pada orang yang dalam kesusahan. Apabila lambat sahaja datang memberi bantuan pasti beliau akan meminta maaf. Usahawan dan pendakwah bebas yang sangat terkenal dengan sifat pemurahnya tanpa kira agama mahupun kaum. Pasti tidak mudah untuk kita mencontohi sifat itu.

Hari ini, beliau tampil lagi untuk meneruskan misi bantuannya dan berkongsi detik itu di laman media sosial instagram miliknya. Pada kali ini, dia telah meneruskan ke Rantau panjang, Kelantan untuk memberi bantuan kepada salah sebuah keluarga ini yang amat memerlukan.

Difahamkan lagi, keluarga itu hanya tinggal bertiga di rumah di mana si anak merupakan seorang Orang Kelainan Upaya , bapa pula mempunyai masalah penglihatan manakala ibu pula warga emas yang sudah uzur.

“Saya hadiahkan 2 katil hospital. Pagi ini ziarah Rantau Panjang. Terus pasang katil dan angkat adik ni OKU dan pimpin ayahnya buta. Ibu ini pula dah uzur. Bertiga di rumah ini. Dibantu saudara mara dan jiran terdekat walau mereka juga hidup susah,” tulis Ustaz Ebit Lew di ruangan kapsyen. Menurut Ebit Lew, setiap manusia diberi ujian yang berbeza. Dia meluahkan rasa sedih apabila melihat keadaan mereka yang tidur beralaskan sekeping tikar di atas lantai dan hanya mempunyai sebuah kipas kecil.