Semalam mencatatkan kes positif harian tertinggi. Rupanya 31 bayi antara 3487 kes positif dilaporkan di Sabah semalam.

Berita

Macam yang korang semua tahu, semalam negara kita sekali lagi telah mencipta rekod baru kes positif harian tertinggi sebanyak 24,599. Bukan itu sahaja, kita juga turut merekodkan kes pemergian tertinggi setakat ini dengan 393 pemergian telah dilaporkan semalam.

Status Terkini #COVID19, 26 Ogos 2021. Kes sembuh= 22,657. Jumlah kes sembuh= 1,359,791. Kes baharu positif= 24,599 (8 import). Jumlah positif= 1,640,843. Kes pemergian = 393. Jumlah kes pemergian = 15,211. Kes dirawat di Unit Rawatan Rapi = 990. Bantuan alat pernafasan= 487.

Tambah mendukacitakan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun memberitahu seramai 31 bayi telah disahkan positif Covid-19 di Sabah di antara 3,487 kes positif yang dilaporkan di negeri itu semalam, lapor Malay Mail.

Manakala, seramai 297 kes yang dilaporkan di Sabah melibatkan kanak-kanak berusia 1 dan lima tahun serta 632 kes melibatkan individu berusia dari enam ke 17 tahun. Majoriti dari 2,240 pesakit adalah berumur di antara 18 dan 59 tahun dan selebihnya merupakan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.”

Katanya, kesemua daerah di Sabah telah merekodkan peningkatan kes positif dengan keseluruhan sebanyak 1,992 kes dikesan dari saringan kontak rapat. Ada kemungkinan besar, perkara ini berlaku kerana ramai tak mengikut SOP yang telah ditetapkan walaupun telah

diingatkan banyak kali oleh kerajaan.” Masidi berkata, satu kluster baru telah dikesan hari ini di Hamparan dan dua klusteri di Kinabatangan melibatkan orang yang bekerja di ladang kelapa sawit di Mukim Sukau dengan sebanyak 21 kes setakat ini.