Ramai yang ingat makan coklat punca jadi gemuk. Ketahuilah ini 4 tips cara untuk kurus dengan coklat.

Tips

Rupanya Cara Makan Coklat Kita Selama Ini Salah, Baca Perkongsian Pakar Ini. Cara biasa yang kita gunakan ialah beli, buka bungkusan, patahkan kecil, masuk coklat ke dalam mulut dan kunyah sampai habis. Tapi tahukah anda sebenarnya ada cara yang betul untuk kita makan coklat supaya kita benar-benar menikmatinya? Rupanya cara makan coklat kita selama ini salah. Seorang pakar coklat yang dikenali sebagai Cef Amer tampil memberikan penjelasan mengenai hal ini.Coklat adadark chocolatemilk chocolate dan white chocolate. Antara tiga-tiga jenis ini, beliau menyarankan untuk makan coklat jenis dark chocolate.

Sekiranya dark chocolate dinyatakankandungannya 99%, maknanya koko dan lemak koko ialah 99%. Manakala jika dark chocolate kandungannya 80%, 19% daripadanya adalah gula, 1% atau kurang adalah lecithin, vanillin dan emilsidier. Buka kota coklat dan potong coklat. Kemudian letakkan coklat ditengah-tengah lidah sebelum rapatkan lidah ke langit.

Biarkan coklat cair sendiri dengan menggunakan suhu badan sehinggalah memenuhi ruangan lidah. Jadi, kesemua rasa coklat ini akan bercampur kesemuanya, masam, masin, pahit dan sebagainya.Pada masa itulah, signal akan dihantar ke otak dan hormon endorphins akan dirembes keluar menjadikan kita lebih tenang dan bahagia.

Kata beliau, rugi sekiranya coklat dimakan terus dengan hanya menggunakan cara kunyah dan telan sahaja kecuali sekiranya ada bahan lain seperti kacang. Jika coklat yang cair di lidah terasa seperti berketul, maknanya koko yang digunakan bukanlah koko yang betul-betul fine. Manakala jika mulut terasa berminyak, maka butter yang digunakan dalam pembuatan koko itu merupakan butter kurang berkualiti. Terdapat juga perkongsian tips kurus dengan coklat.

Pertama, pilih coklat. Pilih Coklat Yang mengandungi Koko yg Tinggi Seperti Dark Coklat (70% Koko ). Koko Merupakan Bahan Asas Coklat Yang Kaya dengan Khasiat. Coklat yang Tinggi Koko adalah Rendah Kandungan Gulanya.Secara Tidak Langsung Kandungan Kalorinya Jugak Adalah Rendah.

kedua, makan sikit sebelum makan berat. Anda Boleh Menikmati Sedikit Coklat Sebelum Makan Makanan Berat. Ini Bukan Sahaja Beri Kan Anda TENAGA Yang Tinggi Tapi Ia Juga Dapat Mengurangkan Selera Makan Anda Kerana Coklat Juga Mengandungi Serat Yang Memberikan Rasa Kekenyangan.Secara Tidak Langsung Ia Boleh Mengawal Pemakanan Anda. Flavonoid Di Dalam Coklat Jugak Boleh Memotong Lemak DiBadan Anda Untuk Dapatkan Tubuh Yg Lebih Langsing.

Ketiga, gantikan makan berat dengan coklat. Anda Hanya Perlu Makan Sedikit Demi Sedikit Sahaja Hanya Pada Ketika Terasa Lapar Shj. Meskipun Hanya Sedikit Coklat Tapi Ia Mampu Memberikan Anda Tenaga Melakukan Kerja-Kerja Berat Tanpa Buat Anda Terasa Lapar. Secara Tidak Langsung, Kerja Anda Akan lebih Cepat Siap Di Samping Membakar Lemak Badan.

Keempat, makan coklat pelahan-lahan ketika stress. Coklat Perlu Dimakan Dengan Perlahan-lahan, Makin pelahan Makin Sedap.Cuba Nikmati Hingga Ketitisan Terakhir. Saya Yakin Ia Boleh Bantu Anda Mengurangkan Rasa Stress Yang Melanda. Sedikit Coklat Sahaja Sudah Mencukupi Untuk Merangsang Minda Anda. Ini Adalah Kesan Daripada Hormon Serotonim & Endorphin Dalam Coklat.

kredit: chef Amer