Marissa nekad untuk tutup komen ig sebab teruk kena kritik, sekali ada pula yang minta Abby Abadi bawa ank pergi berubat

ANAKĀ perempuan pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi menutup ruang komen di Instagram miliknya selepas muncul dakwaan dia sudah berkahwin dengan lelaki berstatus suami orang di Songkhla, Thailand. Kali terakhir Marissa Dania Hakim, 19, mengemas kini akaun tersebut sekitar lapan jam lalu dengan memuat naik fotonya di Instagram Stories. Sehingga kini, Marissa mahupun lelaki yang dikaitkan dengannya iaitu Aslam mengunci mulut mengenai dakwaan mereka sudah berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama dan keluarga.

Sementara itu, Instagram Abby Abadi menjadi tempat warganet melepaskan marah yang rata-rata tidak berpuas hati dengan berita berkenaan. Ramai seolah-olah menyalahkan Abby dan bekas suami, Norman yang didakwa gagal mendidik anak perempuan mereka sehingga terjerumus dalam jerat percintaan suami orang. Malah ada mencadangkan agar Abby membawa Marissa pergi berubat bagi memulihkan anaknya. “Cuba bawa anak pergi berubat. Takkanlah lawa macam itu nak laki begitu. “Kasihan Abby, back up anak, last-last anak membelakangi dia.

“Tengok-tengok la anak sama…Teruk sangat dah tu sampai rampas suami orang,” antara komen warganet. Pun begitu, masih ramai pengikutnya yang meminta netizen menjaga kata-kata dan tidak meletakkan kesalahan di bahu Abby dan Norman. Sebaliknya apa berlaku adalah dugaan buat keluarga terbabit dan ramai turut mendoakan agar Abby serta keluarganya tabah mengharungi dugaan. “Ibu bapa yang ada anak-anak lelaki atau perempuan jangan cepat menilai atau komen bukan-bukan.

“Setiap anak lelaki atau perempuan ujiannya tetap sama. Jadi adalah lebih baik hari itu menaip perkara baik.” Dalam keadaan dunia mencabar bukan mudah mendidik anak-anak.Buat ibu bapa Marissa, moga Allah permudahkan urusan kalian. “Selagi kita bernama manusia, kita tidak akan dapat lari daripada ujian,” komen warganet. Pada Rabu, nama Marissa kembali menjadi bualan selepas dia didakwa melangsungkan perkahwinan dengan Aslam pada Disember tahun lalu ketika isteri pertama sedang menunaikan umrah. Marissa pada September tahun lalu didakwa menjadi orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan Misya sehingga mereka berpisah.

Ketika itu kecoh di media sosial apabila Misya yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa di aplikasi X. Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh idah. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.