Abg terperanjat lepas je abah kahwin dgn gades laen banyak kali abg dgr bunyik tk senonoh dari bilek. Abg tk boleh nk tahan. Terkejut abah dan gades tuh buat sampai mcm tuh sekali sampai boleh dgr dari luar.

Kehidupan keluarga

Mengejutkan Lepas Bapak Nikah Dgn Perempuan Lain Banyak Kali Dengar Bunyi Yang Tak Senonoh Dari Bilik. Abg Tak Boleh Nak Tahan. Tergamam Bapak Dan Perempuan Tu Buat Smpai Macam Tu Sekali Smpai Boleh Dengar Dari Luar.

Foto sekadar hiasan. Sekadar ingin luahkan rasa hati dan rasa rindu dengan ayah. Nama aku Halim, berumur 30 tahun ada 4 adik beradik (aku no. 2) atas abang, bawah aku perempuan. Ibu aku dah lama tak ada masa aku kecil.

Di pendekkan cerita ayah kahwin lagi selepas beberapa tahun. Selepas ayah kahwin, Kami agak kekok dengan mak tiri yang kami panggil makcik.. Makcik nampak ok tapi kami selalu tak rasa selesa mungkin kerana lama tiada ibu..

Pada mulanya kami tinggal bersama ayah dan makcik, kami dengar bunyi pelik-pelik dalam bilik. Lebih kurang seminggu 3-4 kali dengar bunyi pelik. Abang tak rasa selesa dengan keadaan itu dan mengajak aku tinggal dengan nenek (nenek tinggal di kampung dekat dengan ayah cuma ayah duk taman).

Lepas tu, baru kami dapat tahu yang sebenarnya ayah dan makcik kerap brbalah dalam bilik. Adik adik aku masih kecil biarlah makcik (mak tiri) jaga. Tapi sedihnya ayah bersetuju yang kami semua termasuk adik adik tinggal dengan nenek. Bermula lah hidup berdikari. Bermula kami tinggal dengan nenek, ayah mula kurang amik tahu.. Sekali sekala jenguk.

Saban tahun, kami beraya tanpa ada pakaian raya atas alasan ayah tak cukup duit sebab kena bayar duit rumah yang baru di belinya. (Nenek yang banyak support kami dengan guna duit bantuan yang dia dapat). Begitulah seterusnya sehingga kami meningkat dewasa.

Makan hati banyak sangat yang paling kesian adik2 saya. Mereka ni sangat2 perlukan perhatian dan untuk mengadu itu ini. Abanglah yang memujuk dan aku banyak memendam.. Untuk pengetahuan semua, aku ada 2 adik tiri (anak ayah dan makcik).

Bila kami meningkat remaja sampai sambung study, ayah tak pernah tanya duit cukup ke tak? Pernah sekali abang masa tu dapat MRSM dan perlukan duit beli buku. Ayah mengeluh sebab tak cukup duit..Makcik mula membebel ini tak cukup itu tak cukup ini. Patut sekolah biasa dahla dan blah blah blah. Aku pernah tanya ayah simpanan kami semasa dengan ibu dulu. Masa tu aku ingat2 lupa sebab masih kecil tapi ibu ada tunjuk buku akaun abang dan aku cuma tak taw jumlah berapa di dalamnya.

Ayah berdalih dan alih ke topic lain. Sebenarnya ada banyak lagi sikap ayah yang kami terasa selain duit yang tak pernah cukup sehingga menyusahkan nenek pulak, tapi kasih sayang dan perhatian dah takde buat kami adik beradik terasa sangat. Kini kami dah meningkat dewasa.

Masing masing dah berumahtangga kecuali yang bongsu. Alhamdulillah masing masing ada pekerjaan tetap. (Lupa nak mention nenek pergi buat selamanya semasa abang tengah study di UKM dan paling ralat ayah tak bagi abang balik masa nenek pergi buat selamanya atas alasan takde duit bagi tambang bas ke pantai timur. Masa tu abang merajuk sangat dengan ayah dan kami adik beradik masih tinggal di rumah peninggalan nenek wlupun nenek tiada).

Sehingga kini, ayah seperti tak ambil tahu tentang kehidupan kami.. Aku balik kampung tinggal di rumah nenek dan hanya datang jenguk ayah yang tinggal berdekatan.

Aku cuba mengeratkan hubungan dengan ayah tapi ntahla ada saja yang ayah buat untuk menyakitkan hati saya. Adik yang bongsu memang dah lama tak hiraukan ayah selepas kes dia masuk wad (masa tu adik tinggal dengan aku di kl) aku telefon ayah bagitahu adik sakit dan ada sedikit operation kena buat kepada dia.

Besar harapan adik agar ayah datang melawat tapi takde pun, adik tunggu ayah fon tanya kabar dia pun takde. Sampai adik keluar wad, aku fon ayah bagitahu adik selamat kena operation, ayah cuma respon oklah tu. Sejak daripada itu, adik langsung tak penah tanya tentang ayah. Sampai makcik call tanya kenapa adik lama tak datang rumah or fon ayah. Masa puasa ni, kami adik beradik plan balik kampung nak berbuka dengan ayah tapi tak bagitahu ayah yang kami nak balik.

Sebab minggu pertama puasa adik2 tiri balik makcik ajak buka puasa sekali (kami plan nak balik juga walaupun makcik tak ajak tapi last minit abang ada hal jadi kami semua cancel balik kampung minggu 1st tu) disini lah paling kami adik beradik terasa..

Bila melawat ayah dan ajak berbuka puasa. Dia bagi alasan nak berbuka kat surau. Adik memang dah tak kisah tapi sebab fikir ayah.. Kami cuba tapi hampa.. Kami maklum dengan ayah balik ahad tengahari. Keesokannya sebelum balik plan nak jumpa ayah dulu tapi hampa.. Ayah bagi alasan keluar ke bandar sebab makcik nak cari baju raya. Kadang-kadang terfikir ayah langsung takde rasa kesian dan rasa belas ihsan untuk kami adik beradik.

Cucu dia langsung tak pernah ambil tahu.. Kadang kadang cucu excited nak jumpa atuk tapi ayah …. hmmm. Tentang makcik tu biarlah tapi ayah tu.. Kenapa ayah buat kami macamni.. Sebenarnya ada banyak perkara untuk diceritakan tentang sikap pilih kasih ayah.

Tapi kami adik beradik pilih untuk pendam (banyak adik bongsu yang luah). Belum lagi kisah masa ayah pencen.. Satu duit pencen kami semua tak rasa tapi bila melawat ayah baru ni nampak motor sampai 3 biji and 2 kereta..

Tanya siapa punya sebab masa tu adik2 tiri masih sekolah menengah. Makcik bagitahu tu ayah beli sempena ayah dapat duit pencen (adik menangis dalam kereta sewaktu kami balik dari rumah ayah sebab terasa waktu dia tebalkan muka minta duit nak amik lesen motor ayah tak bagi alasan perempuan tak payah naik motor tapi adik adik tiri perempuan ada motor cash plak tu seorang satu).

Aku pun tak tahu dimana silap kami sampai ayah dah tak kisahkan kami. Masa ayah jatuh sakit, kami semua balik dengan segera tengok ayah di hospital. Masa ayah susah, kami ada untuk bagi bantuan. Adik-adik tiri pergi sambung belajar. Aku dan abang tolong bantu sebab makcik minta tolong.. Tapi bila kami perlukan ayah.. Ayah takde. Benar kadang setiap waktu raya. Agak kurang bermakna sebab bila kami balik kampung (rumah nenek) nak beraya dengan ayah.

Ayah dan makcik dan adik2 tiri akan keluar beraya dan setiap hari pulak tu sampai kami habis cuti.. Kami seperti orang luar datang rumah ayah sejam dua untuk beraya. Kami ada ayah tapi hidup kami seperti anak yatim piatu… Rindu ibu, rindu ayah. Terima kasih baca, hanya sekadar luahan..

Reaksi warganet

Syakriah Ishak-
Istilah adik tiri tu tak betul. Dua adik perempuan (anak ayah dan ibu tiri) adik sebapa. Apa jadi dekat ayah awak, awak dan abang awak wali kepada adik sebapa tersebut. Adik tiri istilah untuk adik lain mak dan lain bapa. Contoh, mak tiri tt ada anak lain sebelum kawin dengan ayah tt. Tu baru adik tiri.

Annie Mohd –Selagi korang mengejar kasih sayang yang takde tu, selagi tu lah kornag rasa kekurangan dan sakit hati. Cuba buat tak tahu, lama2 korg akan rasa biasa. Bukan korang yang nak buat tak tahu tapi itu yang ayah korang nak kan.

Buat aktiviti sesama family, adik beradik dan mentua. Dalam dunia ni kasih sayang bukan dari ibubapa je tapi boleh datang dari orang lain yang Allah pertemukan untuk kita. Banyak cara untuk create bahagia tu dari mengejar orang yang tak peduli.

Ayah kau tu esok2 bila dah tua mula mengadu kenapa anak tak datang jenguk, cakap terus terang “Sebab ayah tak pedulikan kami dari kecik, sentiasa larikan diri dari kami, bukan salah kami”. Jangan simpan2. Kadang kena ajar juga org tua ni..

Wai Bee – Jangan sedih, biarlah ayah buat kita. Tapi dia tak akan lepas kat akhirat. Saya dulu mak pilih kasih juga. Lebihkan anak angkat daripada anak sendiri. Tapi saya wat tak tahu walaupun makan hati. Duit pencen abah, mak saya habiskan untuk anak angkatnya itu. Sampai buat loan 40k pun tak de bagitau saya. Bila mak saya pergi buat selamanya, bru tahu cerita pasal loan tu. Itupun dah jadi gaduh sebab sampai surat bank. Abang sulung saya contact saya mnta bayarkan baki hutang bank.

Kata abang saya, anak angkat mak tu cerita yang duit kasi kat saya sebab suami saya bisnes muflis. Allahhu, masa tu memang berat ujian saya. Jadi sasraan fitnah. Tpi alhamdulillah insurans cover sebab mak saya buat loan tahun 2012, dia pergi buat selamanya tahun 2014. Jadi lepas tempoh matang insurans. Kalu bawah 6 bulan memang insurans tak cover.

Patutler saya tengok kalau balik kampung, adik angkat saya mekap keta viva mak, pastu bini dia bli barang2 kemas. Kata mak saya, menantu angkatnya itu dapat duit pusaka bapa dia. Selepas mak saya pergi buat selamana, saya tidak lagi keep in touch dengn orang2 t0ksik sebegitu. Kini saya memang hidup jaga famili kecil saya sahaja selepas saya bersara awal pada thun ni dalam usia 42 thn. Sy bahagia dengan kehidupan sekarang

Sumber– Halim (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Tergamam Mak Baagi Bapakkkk Mkn Nasik Dgn Susu Basi. Lepastu Mak Biarkan Bapakkkkk Yg Tgh Saketttttt Sorang2 Je Kat Rumah Dan Mak Selamber Je Keluarrrr Dgn Pakaian Yg Menggoda. Terkejut Akhirnya Kantoi Punca Mak Suka Sangat Kalau Bapak Pergi Dulu.

Aku menulis ini kerana teringatkan abah. Abah yang sudah lama pergi namun dalam jaga dan tidurku selalu terkenangkan abah. Rasa berdosa, dan bersalah kepada abah tidak pernah padam. “Abah ampun dosa-dosa kami anakmu, dan isteri mu, juga.” Kami enam beradik, empat lelaki dan dua perempuan. Di mana salahnya abah, keenam-enam anaknya ‘benci’ kepadanya.

Maaf perkataan benci barangkali keterlaluan sikit tetapi ya, beginilah, kami seolah menyalahkan abah atas apa juga perkara yang berlaku kepada kami. Kalau mama lambat hidang makanan di meja, kami salahkan abah kerana tidak ke pasar atau tiada apa yang hendak dimasak, jadi bagaimana bisa mama hidangkan makanan? Dan kami beri alasan, yang mama terpaksa mengeluarkan duit simpanannya untuk membeli barangan dapur, sebab abah gagal membelinya.

Ya apa sahaja yang kami rasa tidak kena, kami akan salahkan abah. Barangakali sudah dididik daripada kecil oleh mama dan menanamkan kebencian kami kepada abah. “Abah kamu kedekutlah, abah kamu tidak sayang anak-anak dan melebihkan ibunya dan adik beradiknya.

Daripada kecil sehingga dewasa itulah yang mama sebut, dan banyak cerita-cerita seperti adik beradik abah bomohkan mama, sebab itu mama selalu sakit, dan adik beradik abah kikis duit abah dan sebagainya bagi menambahkan kebencian kami kepada abah dan saudarra maranya.

Abah seorang guru, guru lepasan maktab sahaja. Abah juga seorang yang strict bila tiba hal-hal sekolah. Dia mahu memastikan kami semua mendapat A dalam semua mata pelajaran, membuat kami memang tertekan. Balik dari sekolah soalan pertama, ada homework dan kami tahu apa yang patut dibuat seterusnya. Salin baju, makan, tolong mama di dapur, lelaki perempuan pun kita basuh pinggan dan mengemas.

Kemudian solat dan buat kerja sekolah. Jam lima setengah barulah boleh keluar ke padang. TV, diharamkan kepada kami, nampaknya yang menonton hanyalah mama. Bagi mata pelajaran yang kami kurang mahir, abah sediakan guru tuisyen. Abang dan akak masuk asrama, kata mama eloklah bagi mengurangkan tanggungan mereka.

Mama pula asyik komplain abah kedekut. Kata mama abah itu bukan tidak berduit, dia tanggung bukan sahaja ibu ayahnya tetapi adik beradik dan anak-anak saudarranya. Itu sebab kami hidup melarat (daripada kaca mata mama). Mama selalu kata dia tidak dibelikan baju, dibelikan lipstik dan sebagainya, dan kerana dia tidak dibelikan baju, adik beradiknya lah yang terpaksa belikan mama baju.

Kesian mama, dianak tirikan. Kesian mama, suami hanya memperkayakan adik beradiknya dan membiarkan anak isterinya hidup melarat dan dalam kemiskinan, dan nak tukar baju pun kena minta daripada adik beradiknya. Semua cerita-cerita mama memburuk-burukkan abah membuat kami semakin hari semakin kami menyampah dengan abah.

Dalam diam berdoa biarlah abah pergi sahaja supaya hidup kami lebih senang. Tambahan bila abah menegur kami kerana keputusan peperiksaan rendah, dan tidak mendapat A, sudah tentulah kami mahukan abah maati sahaja. Kata mama kalau abah pergi, hidup kami lebih senang. Mama boleh dapat pencen dan anak-anak bolehlah senang sikit hidup,” itu kata mama. Maknanya juga mama pun suka kalau abah pergi sahaja supaya semua masalah selesai.

Bila saya mengingatkan balik cara abah menegur kami, tidak pula abah bersuara tinggi. Cuma sebab kebencian itu sudah ditanam, suara yang sederhana pun dirasakan nyaring dan menyakitkan. Bila abah ajak kami pergi ke surau untuk bersolat jemaah kami geram dan mengutuk dalam hati.

Walaupun kami pergi, terutama yang lelaki, tetapi dengan hati yang marah dan tidak happy. Kalau abah balik lewat dari sekolah, kami rasa macam beraya sebab tiada siapa yang hendak suruh solat. Sekali fikir mama tidak pula hendak marah kalau kami tinggal solat, dan kerana itu kami sayang mama. Kerana mama sporting dan tidak menekankan kami untuk belajar dan belajar dan bersolat.

Namun fikir balik, sebenarnya mama seorang yang garang. Mama mengasari kami kalau kami brbalah sesama adik beradik atau tidak mahu membantunya membuat kerja dapur. Anak lelaki ke anak perempuan mama suruh buat semua kerja; basuh pinggan, menyapu, masak dan sebagainya, malah masa dekat periksa pun kami terpaksa membuat kerja rumah.

Kurang sikit kerja kalau abah di rumah, sebab mama macam hendak tunjukkan kepada abah yang dia penat bekerja, dan anak-anak tahu makan sahaja dan belajar, sebab itu yang abah mahu kami buat. Dua adik bongsu selalu juga menjadi sasaran mama, sebab kalau salah mama akan mengasari dan warrning kami, jangan sesiapa beritahu abah, sebab nanti abah akan tanya mama dan sebagainya. Jadi abah pun tidak berapa tahu apa yang sebenarnya terjadi di kala dia tidak ada rumah, sebab bila dia di rumah, mama dengan mulut manis akan menyuruh kami belajar. Apa pun kami terus tidak menyalahkan mama, dan sifat kepura-puraan mama kami tidak nampak langsung sebenarnya.

Pendekkan cerita kerana ketegasan abah dalam mata pelajaran anak-anaknya, seorang demi seorang berjaya ke menara gading. Mana tidaknya, tidak cukup dengan ilmu di sekolah, sudah saya katakan, abah menghantar kami tuisyen. Tuisyen persendirian terutama waktu-waktu peperiksaan, abah hire the best tuition teacher and i must say sehingga kami semua mendapat keputusan cemerlang.

Walaupun sudah masuk universiti, kami sebenarnya tidak pernah berasa yang kerana abahlah kami ini berjaya. Malah kami selalu marah abah kerana lambat memasukkan wang ke bank, dan selalu minta abah duit, kadang-kadang mama yang paksa kami minta duit daripada abah, dan kalau abah tidak beri, mulalah kami menuduh yang bukan-bukan.

Pernah satu hari saya sendiri dengan marahnya menempelak abah, dan mengatakan yang abah melebihkan adik beradiknya dan anak-anak saudarra dan sebab itulah kata saya kami ini hidup melarat. Abah terdiam dan walaupun saya kurang ajar, tidak pula abah menyepak saya.

Cuma selepas beberapa minit, katanya, “Kau orang tidak pernah faham. Satu hari anak-anak abah akan faham.” Sempat lagi saya menjawab, “Yalah abah, satu hari itu bila kami sudah besar dan bekerja, masa itu kami tidak perlu lagi duit abah. Berilah banyak-banyak kepada mereka.”

Lepas saya cakap itu, abah sedikit meninggikan suara. “Jaga mulut kamu, dengan orang tua jangan biadap.” Saya teringat selepas itu saya mendengar suara mama yang tinggi di bilik. Mungkin mereka brbalah, tetapi yang saya dengar hanya suara mama. Dan saya pula yang happy sebab sudah bantu mama untuk melepaskan perasaannya selama ini.

Saya kasihan mama yang mendapat suami kedekut dan suami yang tidak sayangkan rumah tangganya sendiri. Masa berlalu, masing-masing sudah pun bekerja, dan kami sebenarnya tidak melayan abah. Dapat duit gaji kami hanya beri kepada mama, kerana mamalah yang pada fikiran kami telah berkorban selamanya. Mamalah yang layak dibalas budinya, sedangkan abah pada kami menyusahkan hidup kami.

Abah jatuh sakit. Okaylah kalau ada masa terluang kami balik ke rumah abah. Masa itu kami sudah masing-masing bekerja, abang dan kakak pun sudah berkahwin. Teringat pula masa mereka berkahwin, majlisnya sederhana sahaja. Kata mama, abah tidak mahu mengeluarkan belanja jadi mamalah yang terpaksa berhutang dengan adik beradiknya untuk menampung sebahagian daripada duit kenduri. Ya lah walaupun sederhana tetapi ribu-ribu juga, dan lagipun abang dan kakak baru bekerja.

Manalah mereka ada duit. Atas sebab itu abang dan kak Yan marah sangat abah, dan mereka jarang pulang menziarahi abah. Begitu juga masa saya yang kahwin. Saya lambat kahwin kerana simpan duit, dan saya belanja sendiri perkahwinan saya. Adik-adik pun begitu, abah kata mama tidak berbelanja banyak masa kami kahwin. Kata mama, dia terpaksa minta tolong adik beradiknya, untuk mengahwinkan anaknya.

Masa abah sakit, anak-anak jarang menjengok, Mereka kata mereka sibuk. Tetapi bila mama sakit, kesemuanya pulang serentak dan berhari-hari ambil cuti. Begitulah macam mana kami semua melayani mama dan bukan sahaja tidak melayan abah, rasa sedih pun tidak bila mengetahui abah sakit.

Satu perkara lagi, mama pun tidak beberapa galak kami pulang menziarahi abah. Kata mama, abah sengaja buat-buat sakit dan hendakkan perhatian anak-anak, Kata mama, abah tidak malu, kedekut dengan anak tetapi minta perhatian anak-anak.”

Lama abah sakit, dan keadaan abah bertambah teruk. Abah terpaksa dipindahkan ke bilik bawah, sebab abah tidak lagi mampu turun naik tangga. Tetapi abah sahaja yang tinggal di bilik bawah sementara mama di atas. Kata mama dia malas hendak membawa barang keperluannya turun dan tidak suka bilik bawah yang kecil dan bilik airnya pun kecil.

Penyakit abah tidak menampakkan dia akan pulih malah keadaan abah bertambah teruk. Abah juga kata mama tidak mahu makan ubat, tetapi bila saya tengok ubat pun tiada, mungkin mama tidak pergi mengambil ubat untuknya, dan tidak membawanya ke hospital untuk rawatan.

Sesekali saya balik dan melihat keadaan abah dan mahu membawanya ke hospital ditegak mama, “Tak apa, pergi hospital pun buat apa, abah kamu bukannya hendak makan ubat, penat kita sahaja.” Abah kuat semangat, dia sendiri pun tidak mengharapkan banyak daripada kami dan isterinya barangkali.

Dia sendiri ke bilik air dengan kerusi rodanya tanpa minta dibantu. Ada sekali saya mahu bantu, kata mama, tidak perlu biar abah buat sendiri sebab kata mama kalau kami tiada, siapa pula yang boleh menolong? “Biar dia sendiri uruskan dirinya sendiri.”

Satu hari saya pulang ke kampong. Tidak pula memberitahu mama yang saya akan pulang. Sesampainya ke rumah, saya tidak nampak kereta, mungkin mama keluar membeli barang-barang. Pintu rumah pun tidak berkunci… saya masuk ke bilik abah, melihatnya dalam keadaan yang sungguh sedih.

Abah kurus sangat. Dia tersenyum melihat saya. “Abah dah makan?” Abah menggelengkan kepala. Di tepi katil saya melihat satu bekas, dan isinya nasi tetapi sudah basi… dan air susu juga sudah berbuih-buih, basi. Itu sahaja. Dalam hati berkata, mama ni keluar tidak sediakan dulu makanan abah ke?”

“Abah lapar?” saya bertanya, abah mengganguk.” “Ya Allah, tak kan begini kot?’ ‘Mana mama?” saya menghubungi tetapi talian telefon ditutup. Saya ke dapur, mencari makanan, tetapi apa pun tiada, malah di sink, periuk nasi yang berbuih-buih kerana tidak berbasuh. Pinggan mangkuk yang kering di dalam sink. Nampak macam sudah dua tiga hari ditinggalkan.

Saya cepat-cepat mengambil kunci kereta, keluar membeli makanan. Dan memberi abah… ternyata abah memang lapar, habis dimakannya. Ya Allah abah tidak makan berapa hari ini?” tanya saya. “Abah makan?” jawabnya (tetapi saya tahu abah tipu), tetapi sudah habis. “Mama mana?”

‘Semalam dia keluar tetapi tidak pulang lagi.” “Semalam?” Maknanya abah sendirian di rumah?” “Abah diam. Kemudian dia minta saya pegang kerusi roda sebab dia nak ke bilik air. “Abah tak larat bangun, subuh dan zuhur tidak solat pun.”

Sehingga jam 10 malam baru mama pulang. Bergaya sungguh mama, dengan rambutnya siap berdandan dan bibirnya merah. Mama terkejut melihat saya. “Mengapa tidak beritahu mama Sal balik, mana anak dan suami Sal?” katanya. Saya diam. Tidak menjawab cakap mama.

Sebalik terus duduk di sebelah abah, dan mama terus naik ke atas. Mama tidak turun-turun ke bawah. Tidak pun bertanya sama ada abah sudah makan ke belum. Abah minta kitab di atas almari. “Kelmarin tu abah hendak baca yasiin tetapi Quran di atas almari dan tidak larat bangun.”

Semalaman saya tidak boleh melelapkan mata memikirkan banyak perkara yang selama ini tidak pernah saya fikirkan. Sewaktu abah tidur saya merenung wajahnya, dan melihat abah yang semakin kurus dan tidak bermaya. Saya rasa abah tidak dilayan dengan betul, makan minumnya, ubatnya.

Dan saya mula memikirkan hal mama, ‘eh mama sempat bermesyuarat dan tidak pulang rumah sedangkan abah dah teruk. Mama sempat bergaya dengan rambutnya siap berdandan dan bibirnya menyala, walhal suaminya di rumah tidak makan. Betul ke mama bermesyuarat.

Ditinggalkan nasi yang basi dan susu yang sudah berbuih-buih. Apa ni, ya Allah, apa yang telah terjadi pada keluarga ini? Mengapa mama biarkan abah, tidak berubat. Saya chek bekas ubat, kosong… eh ubat abah semuanya sudah habis. masya-Allah.”

Saya menyambung cuti, dan membawa abah ke hospital. Mama diam sahaja, tidak banyak cakap. Tetapi mama pun tidak masak, pagi sehingga ke petang dia di biliknya. Saya pun beli sahaja makanan dan menyuap abah. Dalam hati saya marah sangat mama, kerana saya percaya mama memang tidak malayan abah, dan saya percaya mama selalu tinggalkan abah.

Dengan pintu yang tidak berkunci. Mengapa tidak dikunci? Takut kalau orang datang, tidak boleh masuk, dan kadang-kadang mama malas turun dari bilik, siapa yang datang, boleh terus masuk dan jengok abah di biliknya. Nnti saya sambung penulisan apa yg terjadi dekat abah… salam