Acap kali dibandingkan dengan kakaknya Neelofa. Little Miss Khan akui terasa hati dan ini perasaan yang ramai mungkin tak tahu

Artis

Siapa sahaja yang tidak mengenali adik kepada Neelofa iaitu AMeera Khan atau dikenali dengan nama Little Miss Khan yang seringkali terkait dengan kontroversi seheingga menjadi bualan warganet. Terbaru adik Neelofa akui terganggu dengan sesetengah komen negatif di ruangan komen setiap postingnya.

Katanya,“Bohong kalau saya beritahu ia tidak memberikan apa-apa kesan kepada saya langsung kerana ia ada ketikanya menyakitkan. Cuma saya rasa, saya agak bijak dalam menyembunyikan apa yang saya rasakan ketika membaca komen.“Terutamanya apabila mereka membandingkan saya dengan kakak. Sejujurnya ia menyakitkan tetapi, saya memahami kerana saya di sini kerana mereka,” jelas gadis berusia 20 tahun itu.

Justeru itu, Ameera akui apa yang dikongsikan di media sosial sebenarnya bukanlah merujuk kepada gaya hidup sehariannya secara keseluruhan.“Saya dan Neelofa pun berbeza lebih 11 tahun. Saya masih muda baru mencecah usia 20 tahun dan masih jauh lagi perjalanan.“Hanya dua peratus sahaja apa yang saya tunjukkan di media sosial tetapi ada yang menganggap mereka tahu semuanya.“Inilah jalan yang saya pilih dan saya perlu hadapi. Saya okay saja cuma ada ketikanya ia menyakitkan,” tambahnya lagi.

Adik Neelofa Kembali Menjadi Bualan Setelah Tampil Dengan Rambut Blonde. Ini Rupanya Punca Ameera Khan Tampil Sebegitu

Sejak dua menjak ini nama Adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan meraih perhatian ramai apabila kerap tampil bergaya dengan pelbagai posing menarik di IG. Ameera ini dikatakan cukup berani dalam berfesyen dan kadang kala mengundang kritikan kerana dilihat kurang bersesuaian dengan pandangan mata masyarakat Malaysia.

Namun begitu,gambar baru di ig yang menampakkan Ameera tampil berambut palsu berwarna putih keper4ngan menjadi bualan warganet. Ternyata penampilan Ameera yang persis penyanyi lagenda Hollywood,Marilyn Monroe semasa melancarkan produk kosmetik keluarannya telah meraih pelbagai komen pujian daripada rakan-rakan dan peminatnya.

Dan tak lupa juga,ada yang tinggalkan komen dengan memuji penampilan luar biasa adik kepada Neelofa itu kerana sentiasa kelihatan gorgeous dalam setiap gaya gambar yang dimuat naik di IG peribadinya.

Antara Individu Yang Paling Dipercayai Dan Bukan Calang Calang Orang. Neelofa Tampil Bongkarkan Orang Yang Paling Dia Percaya

Setiap artis sudah tentu ada manager atau personal assistant yang tersendiri bagi menguruskan urusan jadual kerjaya mereka supaya teratur. Lazimlah PA merupakan orang yang paling rapat dan paling dipercayai oleh seseorang dalam urusan kerja dalam pada masa yang sama mengetahui kisah peribadi majikan mereka.

Menurut pelakon,pengacara dan usahawan berjaya, Noor Neelofa, beliau menganggap PA yang selama ini sentiasa bersamanya sebagai seseorang yang paling dipercayai olehnya dalam menyimpan segala rahsia tentang kehidupan peribadinya.PA yang selama ini menguruskan hal kerja Neelofa itu dikenali sebagai Nadiah Khairuddin dan difahamkan beliau sudah lama berkhidmat bersama Neelofa.

PAda masa yang sama,kelihatan adik Neelofa iaitu Ameera Khan turut mengatakan bahawa Nadia juga merupakan secret keeper baginya.Sebelum ini, Nadia ada memuat naik Instagram story mengatakan bahawa beliau sedang mencari PA untuk Neelofa tetapi nampaknya sehingga sekarang Nadia masih kekal sebagai PA merangkap penyimpan rahsia terbesar pengacara tersebut.

Tak dinafikan Bukan senang sebagai seorang PA untuk mendapatkan kepercayaan majikannya lebih-lebih lagi sekiranya ia melibatkan tentang urusan peribadi.Tak mustahil Nadia turut menjadi orang pertama yang Neelofa akan cari sekiranya beliau mempunyai masalah.Apa pun, Happy Birthday in advance buat Neelofa, semoga panjang umur dan murah rezeki ya!

Siap Ada Lima Bahasa Yang Berbeza Dan Dilengkapi Pelbagai Ciri Khas. Neelofa Akhirnya Tampil Memperkenalkan Aplikasi TheNoor

Terbaru,Neelofa yang merupakan pengacara popular menerusi syarikat Noor Luminious Sdn Bhd telah melancarkan aplikasi gaya hidup Islamik perdana dikenali sebagai TheNoor. Yang menariknya, aplikasi ini dilengkapi pelbagai ciri ciri khas seperti waktu solat,arah kiblat dan lokasi masjid berdekatan ini turut menawarkan fungsi tafsir al – Quran dalam lima bahasa yang berbeza iaitu bahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin, Indonesia dan Tamil.

Memilih untuk meneroka bidang pembangunan digital sebagai cabang bisnes baharu, Neelofa selaku Ketua Pegawai Eksekutif Noor Luminous Sdn Bhd, berkata TheNoor adalah aplikasi semua dalam satu yang mampu memenuhi keperluan gaya hidup Muslim di seluruh dunia.

“Kita tidak boleh nafikan kerancakan pembangunan platform digital sejak kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi, dengan kehadiran pelbagai peranti pintar berserta sambungan internet di hujung jari. Segala keperluan maklumat dapat diakses dengan cepat.

“Selain menggalakkan orang ramai untuk lebih celik teknologi maklumat (IT), pembangunan aplikasi TheNoor yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri menarik bagi masyarakat Muslim ini juga dapat menjadi ‘pembantu’ maya untuk kita melaksanakan tugas harian dengan mudah dan pantas.

“Sebagai contoh, bahagian tafsir al-Quran didatangkan dengan lima bahasa termasuk tiga bahasa utama di Malaysia. Kami juga merancang menambah bahasa lain seperti bahasa Turki, Perancis, Sepanyol, Urdu dan Hindi pada masa akan datang.”Alhamdulillah, selepas lebih enam bulan dirancang, kami dengan bangganya melancarkan aplikasi TheNoor yang boleh dinikmati oleh semua masyarakat Islam di seluruh dunia,” katanya.

Ditanya mengenai pengalaman ketika merakam keseluruhan terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu, Neelofa berkata ia satu pengalaman yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.”Jika dihitung proses rakaman untuk menyiapkan semua terjemahan al-Quran dalam bahasa Melayu mengambil masa sekitar 20 hari. Satu hari, saya peruntukkan dua juzuk paling maksimum untuk merakam terjemahannya.

“Saya masih ingat setiap kali proses rakaman, hati saya pasti tersentuh apabila membaca berulang kali kalimah Allah. Satu perasaan yang sukar untuk saya jelaskan. Malah, ada masa hati saya terjentik dan mudah tersentuh.”Saya boleh katakan, ia pengalaman yang cukup bermakna dan luar biasa. Setiap kali saya baca terjemahan al-Quran, dapat dirasakan ada penambahbaikan dalam iman dan apabila selesai rakaman hati saya pasti berasa tenang serta lega,” katanya.

Pengerusi Eksekutif Noor Luminous Sdn Bhd, Ahmad Tajuddin Idris berkata, aplikasi TheNoor juga bakal menjadi platform sehenti perniagaan dalam talian yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang menepati syariah.”Kami merancang memperkenalkan fungsi wasiat dan faraid yang membolehkan pengguna untuk mengelolakan wasiat mereka menerusi aplikasi TheNoor mengikut undang-undang syariah.

“Selain itu, kami juga bakal melancarkan kad keistimewaan terhad yang membolehkan pengguna membeli produk takaful menerusi kerjasama dengan rakan kongsi insurans seperti Zurich Takaful dan Etiqa Takaful.”Sejajar dengan perkembangan jualan dalam talian (online) dan galakan pembayaran tanpa tunai, kami juga akan memperkenalkan dompet digital (e-wallet) yang hadir dengan fungsi Kad Prabayar Visa menerusi Fasspay, yang kini menanti kelulusan daripada Bank Negara Malaysia,” katanya.Selain Neelofa dan Tajuddin, Noor Luminous Sdn Bhd turut diterajui oleh Ketua Pegawai Teknologi, Mohd Izzairi Yamin.

Lepas Tular Tentang Neelofa Dan Pu Riz Sekali Neelofa Tiba Tiba Bagi Tahu Dream Wedding Tak Jadi. Terkedu Rupa Rupanya Ini Punca.

Terdahulu Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed dan adik beradiknya bertindak ‘unfollow’ PU Riz dalam IG, selain memadam foto ketika majlis perisik. Noor Kartini dilihat ‘unfollow’ PU Riz sejak awal bulan lalu.Menerusi perkongsian dalam IG Story, Noor Kartini menyindir mengenai tidak masuk syurga apabila menjadi ‘pemutus’ hubungan kekeluargaan, selain memohon perlindungan Allah SWT daripada perkara buruk. Seperti sudah terang lagi bersuluh namun tarikhnya sahaja yang belum dapat dipastikan.

Itu bayangan kepada segala persoalan umum berhubung status hubungan Neelofa dengan kekasihnya PU Riz apabila mengakui ‘dream wedding’ atau impian perkahwinannya musnh dan terpaksa dikrbankan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

‘Dream wedding’ dia hncur sebab PKP

Bagamanapun selebriti berusia 32 itu percaya, perkara tersebut tidak hanya dilalui oleh dirinya seorang bahkan banyak pasangan lain kesukaran tersendiri akibat penularan Covid-19. Mengulas tentang perkahwinannya, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, berkata dia masih berasa ragu-ragu untuk berkongsi tarikh hari bahagia mereka yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada Mac ini.

“Semua pasangan ada ‘dream wedding’, saya percaya ramai yang terpaksa korbankan hal itu sebab situasi sekarang sangat tidak mengizinkan. “Saya sendiri sudah berbincang juga dengan perancang perkahwinan, disebabkan pandemik dan kes yang masih tidak surut-surut, banyak perkara yang kita kena krbankan. Insya-Allah, kita buat apa yang boleh buat.

“Secara amnya, semua ‘dream wedding’ pasangan bakal suami isteri hncur sebab memang tak boleh buat apa, disebabkan Covid-19,” katanya. Neelofa berkata demikian pada sidang media secara maya sempena pelancaran aplikasi gaya hidup islamik perdananya, iaitu TheNoor hari ini.

Pertemuan secara dalam talian tersebut sekali gus menjadi medan pertemuan pertama bekas pengacara MeleTOP itu bersama media usai pelbagai kontroversi dan drama perhubungannya dengan Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz yang heboh diperkatakan sejak hujung Disember tahun lalu.

Pasangan itu dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta selepas menjayakan beberapa program kebajikan bersama, selain PU Riz dilihat sering bersama keluarga Neelofa memberikan kuliah agama. Baru-baru ini, Neelofa dikatakan tiga kali tersasul memanggil PU Riz dengan gelaran ‘sayang’ dalam satu video yang dimuat naik menerusi laman YouTube. Neelofa dan PU Riz dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga pada penghujung Mac, tahun depan.

Berikut Sedilit Fakta Menarik Mengenai Neelofa

1. Lulusan Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran di Kolej Universiti Sunway (kini dikenali sebagai Universiti Sunway) di Bandar Sunway, Selangor. 2. Berketinggian 1.57 meter dan berat 47 kilogram.

3. Anak ketiga daripada sembilan adik-beradik (lima adik-beradik berlainan bapa). 4. Bapanya, Mohd Noor berbangsa Melayu, manakala ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed merupakan kacukan Pakistan dan Arab.

5. Neelofa yang disapa Lofa di kalangan ahli keluarga, diilhamkan daripada nama “Niloufar” membawa maksud bunga teratai. 6. Sebagai pelajar, Neelofa dikenali sebagai seorang yang pintar kerana meraih lima A dalam UPSR, manakala sewaktu melanjutkan pengajian di sekolah menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi, beliau mendapat 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM.

7. Sebelum menjuarai pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 mengalahkan beberapa nama antaranya, Anzalna Nasir dan Izara Aishah, beliau bekerja sebagai peragawati sepenuh masa di mana pernah membintangi beberapa video muzik penyanyi tempatan popular, antaranya Awi Rafael dan Akim.

8. Neelofa menempatkan namanya dalam dunia lakonan pada tahun 2011 apabila buat pertama kali menjayakan siri televisyen berjudul Kasih Najihah yang disiarkan di saluran TV9. 9. Antara drama popular yang dilakonkannya seperti Jiwa Dan Lara, Tahajjud Cinta, Kau Yang Terindah, Suri Hati Mr. Pilot, Red Velvet dan Ti Amo Sweetheart 100 Hari.

10. Beberapa filem popular yang dibintanginya seperti Azura, SAM: Saya Amat Mencintaimu, Hantu Kapcai dan Pilot Cafe. 11. Beliau meraih pelbagai pencapaian sepanjang kariernya sebagai anak seni dan antara yang terbesar termasuk Pengacara TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27, 28 dan 29, Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29, Top Top MeleTOP (Wanita) di Anugerah MeleTOP Era ke-4 dan ke-5 dan banyak lagi.

12. Sebagai usahawan, Neelofa pernah terbabit dalam pelbagai cabang perniagaan seperti kanta lekap Lofalens, produk pil penjagaan kesihatan Beautea Slim dan jenama pakaian wanita Muslimah, Naelofar Hijab. Seterusnya menjadi antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017.

13. Pada Disember 2017, beliau dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di syarikat AirAsia Bhd. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Apam Pink media

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Setelah Sekian Lama Menyepi Lepas Kecoh Isu Dengan Pu Riz. Akhirnya Neelofa Dedahkan Akan Umumkan Tarikh Kahwin Dalam Masa Terdekat Buat Warganet Teruja.

Difahamkan, hubungan antara pengacara terkenal iaitu Neelofa bersama PU Riz kelihatan semakin pulih apabila kedua-dua mereka saling Like di posting foto masing-masing. Malah, Neelofa juga kelihatan bantu PU Riz dengan mempromosikan buku Kaya Jiwa hasil tulisan PU Riz sendiri di IG Story, tempoh hari.

Terbaru, bekas pengacara Meletop itu akhirnya memberi respon mengenai kontroversi yang telah melanda hubungannya dengan PU Riz dan kritikan yang ditimpa keluarganya. Menerusi sesi temubual OHBULAN! bersama Neelofa, dia juga menjawab terhadap kontroversi yang melanda hubungannya bersama PU Riz baru-baru ini di mana secara tidak langsung telah mencetuskan salah faham. Dia turut mengakui hubungannya bersama PU Riz ada pahit manis yang mereka perlu harungi bersama.

Apa yang terjadi baru-baru ini ada salah faham dan lagi memburukkan keadaan. Malah, ketika hari itu pun kami berdua okay sahaja. Tipulah cakap, setiap hubungan tu tidak ada pahit manis, kami juga mengalami pengalaman yang sama.

Ada juga salah faham, mungkin menganggu. Kami berdua menghadapi dan menguruskan masalah itu dengan bantuan keluarga juga. Kami semua berbincang dengan baik, Alhamdulillah semuanya semakin baik, semakin positif.

Bertanyakan mengenai tarikh pernikahan Neelofa dan PU Riz, pengacara popular itu mengambil keputusan untuk tidak berkongsi dengan lanjut. Difahamkan, kedua belah keluarga telahpun mempunyai kata sepakat tetapi belum memilih tarikh yang sesuai ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dilaksanakan.

Saya rasa untuk berkongsikan yang lebih serius, saya akan berkongsi nanti. Saya akan share dalam masa terdekat. Inshaallah. Tapi dalam masa keadaan membuatkan kita ada limitasi untuk dapatkan betul-betul kepastian.

Saya juga ada hubungi beberapa pihak bertanyakan sesuai ke untuk adakan majlis. Di pihak kami pun 50/50 untuk kongsikan maklumat itu. Kita pun tak tahu PKP akan dilanjutkan lagi ke tak. Apapun kita akan ikut apa yang boleh atau sebaliknya.

Explain dan bincang elok-elok

Sementara itu, Neelofa turut memberi respon mengenai kritikan di alam maya yang tidak putus-putus mengenai keluarganya. Sehingga ada segelintir warganet mengelarkan mereka keluarga ‘Kardashian Kelantan’. Alhamdulillah, semuanya slowly selepas kami jelaskan dan berbincang. Semua benda ni makin baik, hubungan kami semua makin baik. Kita pun bagi time untuk tidak memaksa semua orang untuk terima. Saya bersyukur sangat-sangat.

I dengan kritikan ni dah 10 tahun dah. Tak bagi apa beza pun untu dia orang labelkan. Tak beri kesan apa. Saya sebagai orang yang lebih berpengalaman dalam dunia public figure ni, saya nasihatkan dia orang. Yela, masing-masing dah membesar, saya cuba yang terbaik. Orang pun cakap bukan-bukan di luar sana. Saya sebaik mungkin menjaga nama baik family.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : OHBULAN

Kali Ni Giliran Tunku Azizah Pula Bersuara Kongsikan Cerita Pasal Daging Harimau Menangis. Mengejutkan Sekali Nama Ibu Neelofa Pula Dipetik. Rupa Rupanya Ini Punca.

Kalau sebelum ini isu daging harimau menangis mencetuskan kontroversi dalam kalangan warganet apabila ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed mendakwa, jenama daging Harimau Menangis itu telahpun didaftar sebagai hak eksklusifnya namun, menarik semula permohonan tersebut daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Justeru itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam satu hantaran menerusi akaun instagram baginda menjelaskan mengenai bahagian daging lembu yang dipanggil sebagai “Daging Harimau Menangis”.

Menurut baginda, tindakan Datin Noor Kartini untuk mempatenkan jenama Daging Harimau Menangis itu tidak salah cuma perlu memberikan nama masakan itu. Malah, baginda berharap agar penjelasan ini dapat difahami oleh semua orang termasuklah warganet dan followers baginda.

“Saya harap semua faham dan terima penjelasan saya… mungkin orang muda tidak tahu, tapi kalau tanya orang tua dia tidak salah! Cuma saya nak tahu, tetel tu dari bahagian mana… is it the belly?” Baginda Permaisuri Agong juga sempat memuat naik menerusi entri berikutnya dengan berkongsi bahagian daging lembu yang dipanggil daging harimau menangis.

” pokok nya yg saya nak jelaskan, memang ada bahagian lembu yg di panggil harimau menangis …… saya ingat sama dgn daging tetel… kalau sy salah , minta maaf …. “ tulis baginda.

Sumber : XTRA

Hanya Kerana Daging Harimau Menangis Ini Gelaran Terbaru Yang Di Berikan Kepada Keluarga Neelofa. Tak Sangka Sampai Macam Ni Sekali Gelaran Yang Di Berikan.

Pengasas Aunty Tini Kitchen dan ibu kepada Neelofa, Datin Kartini menerima kritikan hebat di media sosial selepas tindakannya mempatenkan cap dagangan daging harimau menangis hingga mengundang rasa marah wargamaya.

Sehubungan dengan itu, ada segelintir wargamaya yang menggelarkan mereka sebagai Kardashians Kelantan. Keluarga Kardashians yang terdiri daripada adik beradik popular Kourtney, Khloe, Kim, Kylie dan Kendall serta ibu mereka Kris Jenner sememangnya cukup berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi.

Oleh sebab itulah keluarga Kartini digelar sebagai Kardashians Kelantan kerana mempunyai perniagaan yang menguntungkan serta terkenal sebagai influencer. Hasil tinjauan Gempak, nama Kardashians menjadi trending Twitter di samping perkataan Kelantan dan harimau menangis.

Malah, ada wargamaya yang turut mencipta sebuah poster tertera nama Kardashians Kelantan beserta wajah Kartini, Nabila, Neelofa, Athisha Khan dan Ameera Khan. “Aku rasa the Kardashian Kelantan tu tak lah bdo, mengaji pon tinggi jugak. Apa yang depa buat mesti dah tahu effect akan kena negatif or positif. Saja nak memperbdhkan warganet, more drama came,” komen seorang wargamaya.

“If they’re the Kelantan Kardashians, then LMK is definitely the Kylie and their lil brother is Kendal,” usik seorang wargamaya. “Noor kartini and family taknak trademark Kelantan Kardashians ke?” tanya seorang wargamaya.

“Ni dia aunty tini punya marketing ni!!! Tapi kenapa panggil Kardashians Kelantan. Aku takleh berhenti gelak,” komen seorang wargamaya. “Lah Kardashian Kelantan rupanya. So siapa yang akan jadi Caitlyn Kenner aka Bruce?” ujar seorang wargamaya. “’Kardashian Kelantan’ lmfaooooo bawak bersabar lah Lofa. Tedahnya. Karenah pelik-pelik jak family ktk ya Lopa,” tulis seorang wargamaya lagi.

Kredit foto: Twitter