Ada usahawan kena simbh air sirap ketika membuat reviu makanan. Ini penjelasan Caprice tentang kejadian tersebut yang menjadi bualan orang ramai

Artis Viral

Tular baru baru ini di media sosial dengan penularan video seorang usahawan yang didkwa disimbh air sirap ketika membuat reviu produk di sebuah restoran.Menerusi sebuah video penstriman secara langsung di Facebook (FB Live), seorang usahawan lelaki lantang sedang asyik mempromosikan produk suplemen sambil menikmati makanan.

Teknik Pemasaran?

Mmenurut penelitian Caprice, usahawan yang kena simbh dengan air sirap, hanyalah  lakonan untuk pemasaran produk. Mana ada order guna air sirap, biasa yang oder air sirap ialah makcik, s0tong.Hasil carian,lelaki yang simbah air sirap tersebut rupanya bekerja sebagai freelance dalam bidang lakonan

Biasanya kalau betul gngster, dia akan order tea o panas atau kopi kurang manisView this post on Instagram. A post shared by Caprice (@capriceofficial) on Oct 10, 2020 at 4:02am PDT.Sebelum ini seorang lelaki dipercayai pelanggan lain di restoran tersebut beberapa kali menegur usahawan tersebut supaya menghormati pelanggan yang sedang makan.

Drama simbhan air sirap seperti cat merah tercetus sejurus usahawan itu mengeluarkan kata-kata negatif sebelum terjtuh dari kerusi apabila bajunya ditarik oleh pelanggan yang berang itu.Keadaan usahawan selepas kejadian disimbh air. Foto Facebook Dato Seri EeinBercakap kepada mStar, usahawan berkenaan, Muhammad Solihin Abdullah berkata, insiden berlaku di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor pada petang Jumaat.

Pemuda berusia 21 tahun itu memberitahu, dia telah meminta izin daripada pemilik restoran berkenaan untuk melakukan FB Live bagi mempromosikan produknya.“Saya dah minta izin daripada owner dan dia kata okay. Cara saya buat live memang lantang bersuara dan itulah cara saya nak tarik perhatian viewers.“Tapi bunyi bising kereta dan motosikal pun sama-sama kuat sebab restoran tu terletak betul-betul depan jalan besar. Jadi, saya kena tinggikan lagi suara,” katanya kepada mStar sambil menambah kejadian berlaku selepas 30 minit FB Live bermula.

Lebih dikenali sebagai Eein, pemuda berasal dari Muar, Johor itu mengakui kelantangannya ketika FB Live mendorong kepada rasa tidak puas hati seorang pelanggan lelaki.“Kritikan warganet masa buat FB Live membuatkan saya panas hati. Cara pelanggan di meja hadapan menegur pula menambah panas saya sehingga terkeluar kata-kata negatif

“Saya tahu dia ada tegur beberapa kali, tapi tak sepatutnya dia bertindak ksar sampai simbah air pada saya dan tarik baju hingga terjatuh dari kerusi.“Boleh je dia datang elok-elok ke meja kami dan tegur secara baik. Bukannya bertindak kasar. Alhamdulillah tiada kecederan dalam kejadian tu,” katanya sambil menambah dia bersama abangnya ketika makan di restoran tersebut.

Sementara itu, seorang pemuda yang mendkwa dirinya sebagai pelanggan yang menymbah air sirap dalam kejadian tersebut turut tampil memberikan penjelasan.“Dia nak buat live aku tak marah. Tapi volume kau tu perlahan la sikit, kan ada kat kedai makan. Sakit telinga… orang datang nak makan, bukannya nak dengar kau punya live.

“Kau betutur negatif kat kedai makan, kau nak buat live jual produk kau, jadi tak perlu nak keluarkan ayat yang tak elok kat kedai makan dengan nada tinggi,” kata pemuda berkenaan menerusi satu video dimuat naik di halaman Facebooknya.Dalam pada itu, pelanggan yang dikenali sebagai Ridz itu membuat permohonan maaf kepada pemilik restoran di atas kekecohan yang berlaku.

“Saya Ridz ingin mohon maaf kepada owner kedai makan ini, jika ada kerosakan barang di kedai boleh hubungi saya, terima kasih,” tambahnya.Eeein pertama kali mengalami kejadian buruk sepanjang membuat FB Live sejak tiga tahun lalu.Pemilik restoran di Seksyen 30, Shah Alam itu ketika dihubungi mStar mengakui turut terpalit dengan kritikan warganet gara-gara membuat rakaman berhubung insiden tersebut.

Pengusaha berkenaan, Honeysa Husna Hamid berkata, dia membuat rakaman tersebut hanya selepas menyedari kedua-dua pelanggan tersebut berbalah di restorannya.“Yang buat FB Live tu memang minta izin dengan saya terlebih dahulu. Saya tak ada masalah dia nak buat FB Live, cuma saya mula rakam bila dah nampak ‘bunga-bunga’ pergad-uhan.

“Walaupun ada CCTV (kamera litar tertutup), tapi tak ada suara dan saya tak berani nak datang dekat ketika itu. Rakaman ini ada suara jadi kalau ada apa-apa berlaku, berd4ah ke apa, saya ada bahan bukti,” ujar wanita berusia 30 tahun itu.Ibu kepada tiga anak itu mengakui terkejut dengan kejadian yang berlaku secara tiba-tiba.

“Bagi saya dua-dua ada salah ada betulnya. Yang usahawan tu dah minta izin buat live tapi mungkin suaranya yang kuat hingga ganggu pelanggan-pelanggan lain.“Pelanggan yang simbah air tu pula mungkin ada cara yang lebih baik untuk menegur daripada bertindak kasar seperti itu. Kedua-duanya adalah pelanggan saya, dan mereka seharusnya menghormati orang lain di dalam restoran,” katanya yang membuka restoran itu sejak dua tahun lalu.Namun, timbul persoalan mengenai kejadian yang berlaku, sama ada ia sekadar lakonan semata-mata atau tidak hanya mereka yang terlibat mengetahui perkara sebenar.Apa pula pendapat korang? Kongsikan bersama kamisumber via c

Masih Belum Reda Isu Dengan Youtuber. Terkini Ustaz Abu Syafiq Buat Kenyataan Terhadap Satu Perkongsian Ini Dan Ternyata Ia Meraih Perhatian Warganet

Belum reda lagi dengan gosip mendkwa pendapatan hasil menjadi seorang Youtuber kebanyakkannya haram, pendakwah sensasi Ustaz Abu Syafiq tampil menegur pemakaian golongan wanita ketika melakukan aktiviti berbasikal.Menurut Ustaz Abu, sudah jelas haram sekiranya seseorang wanita itu memakai pakaian yang tidak sopan. Katanya lagi, jika terlibat kejadian yang tidak diingini dan pergi buat selamanya, pergi dengan dosa sekali.Dalam pada itu, pendakwah itu turut menyindr sikap wanita tidak mengemas rumah gara-gara berbasikal yang disifatkan memalukan. Bagaimanapun, Ustaz Abu tidak menyatakan kepada siapa posting itu ditujukan.

“Pakaian wanita berbasikal yg jenis tidak sopan sudah pastilah HARAM. Bayangkan kalau terkena kejadian yang tidak diingini… ‘pergi macam tu je la macam katak’ gitu jeklah dengan dosa. Berbasikal tapi rumah bersepah dan busuk tak kemas. Malu lah wei,” tulisnya.Terdahulu, Ustaz Abu dikritik teruk susulan kenyataannya mengatakan pendapatan hasil menjadi seorang Youtuber kebanyakkannya haram. Malah, turut menyatakan bahawa pekerjaan itu tidak menjamin kesenangan hidup di dunia ini serta ramai YouTuber diluar sana hidup mereka merana.-ohbulan

Isu Kerja Youtuber Ni Haram. Alieff Irfan Beri Respon Padu Bila Ustaz Abu Syafiq Mula Berpendapat Sebegitu Dan Ternyata Isu Ini Menerima Pelbagai Reaksi Warganet

Anggap kerjaya YouTuber haram, Alieff Irfan tak setuju pendapat Ustaz Abu Syafiq – “Halal atau haram itu kerja Allah!” KENYATAAN kontr0versi pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq yang mengatakan kebanyakan pendapatan yang diperoleh YouTuber haram menerima pelbagai reaksi warganet di media sosial.

Bagi pers0naliti YouTube, Alieff Irfan atau nama sebenarnya Muhammad Aliff Irfan Aziki, 23, pendakwah itu tidak sepatutnya terus menjathkn hkum halal atau haram kepada sesuatu perkara di luar pengetahuannya. “Kalau dia rasa dia tuhan dan boleh menentukan benda tu halal atau har4m, saya pun tak boleh nak cakap apa. Tiada siapa yang boleh menentukan sesuatu perkara itu halal atau haram kerana itu kerja Allah.

“Apa yang saya buat ni berdasarkan apa yang saya kaji, lihat dan apa yang saya belajar dalam dunia seni dan perkara itu tidak bertent4ngan dengan agama Islam,” ujarnya kepada mStar. Dalam pada itu, Alieff yang mempunyai lebih 2.7 juta pelanggan di Youtube berpendapat karya yang dihasilkan adalah berdasarkan kajian dan mempunyai peng4jaran tersendiri.

Tambah Alieff lagi, dia tidak pernah menganggap kerjaya sebagai YouTuber ini sebagai jaminan untuk dia menjalani kehidupan yang mewah. “Saya cuba sebaik mungkin dalam kerjaya saya sebagai seorang pengarah filem di YouTube. “Kalau rezeki saya setakat tu, setakat tu la ia. Tapi dalam dunia ni tiada apa pun yang terjamin, ada naik dan turun,” ujarnya.

Sebelum ini, Ustaz Syafiq menerusi Instagram mengatakan pendapatan hasil menjadi seorang YouTuber kebanyakannya haram. Katanya, pekerjaan itu juga tidak menjamin kesenangan hidup di muka bumi ini. Malah, dia menasihatkan YouTuber agar mencari pekerjaan lain dan menjauhi fitnh yang dilakukan menerusi saluran itu.

Nama Alieff Irfan mula diperkatakan selepas penghasilan video yang diinspirasikan daripada kisah popular, Cikgu Suraya, sekitar Oktober lalu. Alieff mula menghasilkan video YouTube sejak tahun 2006, bermula dengan 1,000 pelanggan sahaja. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS Sumber : mStar

Caprice bidas kenyataan sensasi Ustaz Abu Syafiq dengan jawapan win ini buat ramai seakan tak percaya raih perhatian. Dia lantang bersuara pertahan perlakuannya yang ini sebab pernyataan sensasi pendakwah tersebut

Penyanyi rap, Caprice membidas perlakuan penceramah bebas, Ustaz Abu Syafiq yang mempersoalkan status pendapatan yang dijana oleh golongan Youtuber sebagai haram. Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 32, berkata, sebagai pendakwah dia sepatutnye menyentuh banyak lagi isu lain yang jelas bertentangan dengan agama yang berlaku dalam kalangan masyarakat. “Saya tak faham kenapa Ustaz Abu Syafiq tiba-tiba nak tegur Youtuber di Malaysia. Dengan hang punya level, lebih baik kita berkata fasal isu besar yang jelas memang haram,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram.

Bahkan, Caprice turut mencadangkan agar Ustaz Abu Syafiq menyentuh isu dan permasalahan yang lebih membimbangkan terutamanya dalam kalangan anak muda. “Hubungan yang tak halal pasti lebih banyak daripada Youtuber di Malaysia. “Lebih baik hang buat kempen kahwin cepat. Pasti orang macam saya terasa, tapi hang nak tegur Youtuber pula,” sindirnya.

Jelas Caprice lagi, dia mengakui soal status halal atau haram itu merupakan sesuatu yang penting untuk diperkatakan, namun bukan tugas manusia untuk sewenang-wenangnya jatuhkan sesuatu pada individu . Terdahulu, Ustaz Abu Syafiq dikata sumber pendapatan daripada Youtube kebanyakkannya haram. Perlakuan itu kemudian menerima pelbagai reaksi dalam kalangan penggiat seni termasuklah mereka yang selama ini menjadikan Youtube sebagai salah satu punca pendapatan.-ctto

Setakat Ini Hubungan Pu Abu Dan Bekas Isteri Kedua Baik Je. Setelah Sekian Lama Menyepi Akhirnya Pu Abu Tampil Bongkarkan Sesuatu Tentang Rumahtangganya.

Setakat ini hubungan Pu Abu dan bekas isteri kedua baik je. Setelah sekian lama menyepi akhirnya Pu Abu tampil bongkarkan sesuatu tentang rumahtangganya.MESKIPUN dihimpit kontroversi rumah tangga sehingga menerima kritikan teruk daripada warganet, namun Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan tetap positif dan menganggap banyak hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Sebagai sebuah portal hiburan dan gaya hidup popular, mStar semestinya menjadi antara media pertama yang melaporkan secara terperinci mengenai kemelut yang berlaku. Bukan sahaja di pihak PU Abu, malah kenyataan daripada bekas isteri, Ain ‘Afini Latif dan Hana Azraa turut kami siarkan.Kini sempena ulang tahun mStar yang ke-15, PU Abu tampil secara eksklusif untuk bercerita kembali mengenai kejadian dia ‘dikejar’ wartawan dan jurukamera portal gaya hidup popular ini serta perkembangan terbaharunya.

PU Abu nak baiki diri

PENDAKWAH bebas yang juga bekas peserta program Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, 26, mahu membuka fasa baru dengan bertekad untuk fokus memperbaiki kehidupannya selepas ini. Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi berkata, dia mahu memperbaiki hubungannya dengan Allah dan sesama manusia.

Dia juga berharap warganet atau masyarakat boleh memberinya peluang untuk menjadi insan yang lebih baik. “Semua manusia tak terlepas dari membuat silap dan saya pun manusia. Saya masih ada keluarga serta bapa dan akan hidup bersama mereka selepas ini,” katanya yang masih aktif mengadakan sesi ceramah.

Bagaimanapun, Abu enggan mengulas mengenai perpisahan dengan bekas isterinya Hana Azraa. Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir sebelum ini tampil membuat penjelasan dan mengesahkan berita perpisahan mereka menerusi Instagram.

Abu dan Hana mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari. Sebelumnya, dia pernah mendirikan rumah tangga bersama Ain ‘Afini namun hubungan mereka terlerai pada 16 Mei 2019 apabila dilepaskan dengan talak dua. Hana juga pernah mendirikan rumah tangga sebelum perkahwinan bersama Abu. Menerusi perkahwinan pertamanya itu, dia dikurniakan seorang anak perempuan, Afifah Aisyah yang kini berusia empat tahun.

Hana dan PU Abu sudah berpisah

TEKA-teki krisis rumah tangga bekas peserta program Pencetus Ummah (PU), Abu Sufyan dengan Hana Azraa akhirnya terungkai apabila Hana tampil mendedahkan mereka sudah berpisah. Hana menerusi Instagram miliknya tampil membuat penjelasan dan menjawab segala spekulasi mengenai status hubungannya dengan Abu. 

“Di sini, saya perjelaskan untuk semua supaya tiada lagi tanda tanya dan sebarang spekulasi serta manipulasi daripada mana-mana pihak. “Pertama sekali, benar saya dan Abu Sufyan sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan. Kami tidak lagi tinggal sebumbung dan kami bukan lagi suami isteri.

“Andai keluar dari mulut dia bahawa kami masih suami isteri, saya tak tahu kenapa kerana apa yang pasti dia tahu apa yang berlaku dan setiap perkataan yang diucap keluar daripada mulutnya,” katanya. Menurut Hana atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir, dia juga memohon supaya segala isu berkaitan Abu ditanyakan terus kepada empunya badan termasuk  hubungan bekas suaminya itu dengan mana-mana wanita lain.

“Berhenti bertanyakan kepada saya soal hubungan Abu dengan mana-mana wanita. Sama ada wanita itu berstatus isteri beliau ataupun tidak, sila bertanyakan terus kepada tuan empunya badan,” katanya. Dalam masa sama, Hana enggan membuka mulut mengenai punca utama perpisahan mereka sebaliknya menganggap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.

“Kenapa, mengapa, bila, bagaimana mengenai berakhirnya urusan rumah tangga kami, saya tidak akan bercerita. Cukup semua tahu dan harapnya sesetengah pihak berhenti membuat provokasi di mesej peribadi. “Apapun yang terjadi, semoga ada hikmah yang terbaik untuk kita semua. Insya-Allah, saya yakin ada hikmah buat saya dan anak-anak terutamanya,” katanya.

Hana dan Abu mendirikan rumah tangga pada Mei tahun lalu dan dikurniakan cahaya mata bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada 1 Februari. Sebelum itu, Abu pernah mendirikan rumah tangga bersama Ain ‘Afini namun hubungan mereka terlerai pada 16 Mei 2019 apabila dilepaskan dengan talak dua. Hana juga pernah mendirikan rumah tangga sebelum perkahwinan bersama Abu. Menerusi perkahwinan pertamanya itu, dia dikurniakan seorang anak perempuan, Afifah Aisyah yang kini berusia empat tahun.

Syukur Kaki Dah Boleh Lurus Dan Otot Paha Hidup Balik. PU Amin Dedahkan Perkembangan Dia Terkini Dan Punca Dia Berehat Daripada Membuat Aktiviti Fizikal

Pendakwah bebas dan penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Amin ada berkongsi perkembangan terkininya selepas menjalani operasi ligamen lutut ACL (Anterior Cruciate Ligament) lebih kurang dua minggu lalu.Menurut PU Amin, dia kini harus menjalani sesi fisioterapi dan berehat daripada segala aktiviti sukan buat sementara waktu. “Alhamdulillah dah boleh jalan sikit sikit dengan bantuan tongkat. Hari ke 17 lepas operasi ACL. “Berkat usaha fisio kaki dah boleh lurus, otot peha dah hidup balik, cuma sekarang ni kaki kanan boleh bengkok 50’ je.

“Setahun juga lah gntung boot bola lepas ni. Kepada semua yang sedang melalui rawatan pemulihan ACL macam saya, saya doakan anda semua cepat sembuh. “Inshaallah. Harap harap cepatlah sembuh, tak larat nak pakai tongkat je ni.

“Kalau ada info best best untuk pulihkan lutut lepas operate ACL ni share la,” tulisnya. Kenyataan tersebut dikongsikan oleh PU Amin menerusi akaun Instagram miliknya. Menerusi foto berkenaan, PU Amin kini dilihat harus menggunakan tongkat untuk membantu pergerakannya. Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis mendoakan semoga penceramah itu lekas sembuh seperti sedia kala.Sumber: Instagram Pu Amin