Ada yang niat nak beli Ysuku dan iPhone serta memenuhi keperluan seharian.Ramai beriya mahu buat pengeluaran KWSP dan ini antara sebab sebab masyarakat mahu buat pengeluaran

Berita

Pengeluaran KWSP Akaun 1, demi kelangsungan hidup atau ada agenda lain? Sejak akhir-akhir ni ramai yang mendesak agar kerajaan membenarkan pengeluaran one off RM10k dari akaun 1 KWSP. Wah, siapa taknak kan? Saya pun nak kalau dapat. Tapi yg tak bestnya, mendesak sampai tahap mengkritik yg tak elok, mengapi-apikan. Dan kebanyakan yg mendesak utk pengeluaran tu adalah orang yang bekerja dan mendapat gaji di sepanjang musim pandemik ni.

Bukankah pengeluaran ini adalah utk kelangsungan hidup? Kenapa yg pendapatan tak terjejas pun beriya minta pengeluaran itu dibenarkan?Siap ada yang buat group lagi utk mendesak kelulusan pengeluaran one off ni. Bila ditanya kenapa nak keluarkan? Jawapan itulah yg menimbulkan keraguan.

Nak beli Ysuku, tambah lagi RM2k, dapat beli cash.Nak melancong kat mana-mana kawasan zon hijau. Lemau dah ni tak melancong dah lama. Nak bayar hutang. Nak beli emas, byk corak baru sekarang ni. Nak beli tv. Nak renovate rumah. Nak merasa pakai iphone. Ada la 2-3 orang je yang kata nak beli makanan, nak beli beras susu anak sebab takde gaji masa musim pandemik ni.

Saya ada baca komen seseorang. Katanya semua duit dlm KWSP adalah duit individu. Org lain tak berhak ambil duit tu utk pelaburan atau sebagainya. Katanya dia haramkan duit itu digunakan oleh pihak lain utk pelaburan atau apa saja.Nak haramkan itu mudah, tapi bagilah faham betul-betul dulu. Janganlah terus mengata pihak sekian-sekian dah habiskan duit KWSP tu.

Memanglah duit KWSP itu dilaburkan barulah kita dpt dividen setiap tahun. Tiap awal tahun, beriya kita nak tengok berapa kadar dividen.Kalau banyak senyum sampai telinga, kalau sikit habis semua jadi tak kena. Ingat dividen tu jatuh dari langit tiba-tiba ke? Takdenya, dividen tu adalah di atas pelaburan yg menggunakan simpanan KWSP kita.

Macam Fixed Deposit. Ada tarikh matang. Kalau tarikh matang sesuatu FD tu adalah tiga bulan, kalau kita ambil semula duit kita sebelum tiga bulan, tiada sebarang dividen akan diperolehi.KWSP tetap duit kita. Belum pernah dengar kes lagi, orang yg dah cukup masa utk keluarkan KWSP tapi tak dapat keluarkan KWSP dia kan? Takde kes lagi kan.

Bahkan kalau yg sudah tiada pun, KWSP akan dpt juga, tak perlu tunggu umur si yang dah pergi tu 50 atau 55 baru waris boleh ambil.Sebab KWSP itu duit kita. Semua orang tahu tu. Kita tahu, kerajaan pun tahu.Susah nak jelaskan perkara ni sebenarnya. Betullah KWSP tu duit kita, utk masa depan kita. Bagilah sekarang, mana tahu kita tak sempat guna pun masa dah tua nanti. Itu kalau umur kita pendek. Tapi kalau umur kita panjang macammana?

” Tak payah sibuklah, itu duit kami. Macammana kami nak hidup di hari tua nanti, itu kami punya pasal.” Wah, berlagak sungguh kata-kata ni.Kita ni sebenarnya mudah sgt lupa. Tengok saja musim pandemik yang pertama. Kerajaan beri moratorium kpd mereka yg terputus pendapatan & tak mampu bayar ansuran.

Tapi ramai je yang masih berpendapatan pun ambil moratorium ni. “Ikut suka aku la nak ambil ke tak?” Betullah tu, hutang kau, duit kau.Cuma yg terkilannya, duit moratorium pergi beli emas, tukar kereta baru, sedangkan sepatutnya boleh je kita bayar ansuran bulanan tu. Bukankah membayar hutang itu hukumnya wajib?

Ada yg kerja gaji penuh, tapi bayar sewa rumah separuh je. Atas alasan covid. Entah apa-apa. Kalau takde pendapatan fahamlah juga.Rasanya kalau betul nak minta keluarkan KWSP dari akaun 1, biarlah bersyarat. Pertama, orang yg nak keluarkan duit tu, betul-betul kehilangan pendapatan.

Kedua, jumlah yg dikeluarkan bukan satu jumlah besar sekaligus. Jika RM10k, mungkin boleh dikeluarkan RM2k setiap bulan selama 5 bulan utk perbelanjaannya.Ketiga, jumlah yg boleh dikeluarkan adalah jumlah caruman kita samada 9% atau 11% dari akaun 1, bukannya RM10k sekaligus.Itu sekadar pendapat. Tahu, pasti ramai yang tak suka. Nak sekaligus kan? Barulah dpt buat sesuatu. Kalau sikit-sikit tak boleh buat apa. Duit habis mcm tu je. Tahu pulak.

Banyak dah kebajikan yg kita terima di musim pndemik ni sebenarnya. Bantuan BPN, i-Lestari, moratorium. Tapi manusia biasalah, tak pernah cukup dgn apa yg ada. Ingatlah rezeki itu dari Allah.Walaupun itu duit yg kita kumpulkan dengan hasil titik peluh kita sendiri, tapi jika bukan rezeki kita, tetap kita tak merasa. Andai memang rezeki kita, dihalanglah macammana pun, tetap rezeki kita.

Kita boleh usaha dapatkannya, tapi jgnlah sampai megata itu ini, mengapi-apikan dan mengkritik. Itu yg salah.Mohon maaf andai ada kekasaran dan kesilapan dlm posting ini. Moga kita sama-sama muhasabah diri. Terhindar dari segala bncana. Moga COVlD-10 ni cepat berlalu pergi. Aamin.Beratur Panjang Beli iPhone 12 Bukti Ekonomi Bumiputera Semakin Kukuh

“Mana cukup dapat RM500 sebulan jer?”“Cukup la Haqim Rusli bin Samsudin kalau kau belanja barang makanan sahaja”“Mana cukup bai, kau pernah hidup pakai RM500 sebulan, aku sehari jer kot”“Sekarang nie bukan macam zaman dulu lagi, keutamaan kita barang makanan sahaja dulu, vpe kau tolak tepi dulu”“Ahhh giler ah bajet banyak tu”

“Kau kan masih bujang”Sahabat yang mulia,Bila kita biasa hidup RM1000 sebulan, kita akan kata RM500 kecil sangat. Bagi orang yang hidup RM300 sebulan, jumlah itu memadai.Susun balik kewangan keluarga kita, tulis apa wajib beli waktu ini.Ada dua keutamaan waktu pandemik ini, sediakan makanan yang cukup atas meja buat keluarga dan keperluan perubatan buat mereka.

Apa sahaja yang bebankan kita, jual sahaja.Jika kena berhenti kerja dan tiada sumber pendapatan langsung. Cepat cepat buat keputusan, nak kekal tinggal dibandar atau keluar bandar dari kediaman sewa yang lebih murah.Rezeki ada dimana mana, selagi kita berusaha dan rajin. Bumi bertuah ini tidak pernah mengecewakan kita.kredit:FB Azizul Azli Ahmad

Pencarum KWSP Perlu Habiskan Pengeluaran Maksimum I Lestari Akaun 2 Terlebih Dahulu. Ketua Setiausaha Perbendaharaan Dedahkan Syarat Layak Memohon Program I Sinar

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum inisiatif i-Lestari daripada Akaun 2 terlebih dahulu sebelum boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 1 menerusi inisiatif i-Sinar.Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon, berkata itu adalah antara beberapa syarat yang diputuskan kepada pencarum yang layak memohon program i-Sinar.

“Untuk bantuan kepada pencarum KWSP, sebelum ini dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), kerajaan sudah membenarkan pengeluaran Akaun 2 di bawah i-Lestari sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM6,000.

“Dalam Belanjawan 2021 pula, kerajaan benarkan pengeluaran Akaun 1 oleh pencarum KWSP dengan beberapa syarat, antaranya ia disasarkan kepada golongan yang terjejas.”Selain itu, pencarum (yang layak) perlu menghabiskan Akaun 2 di bawah jumlah maksimum i-Lestari terlebih dahulu, baru boleh dikeluarkan Akaun 1,” katanya dalam program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan secara langsung di TV1, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kaedah untuk membolehkan inisiatif pengeluaran simpanan Akaun 1 KWSP turut dinikmati pencarum yang terkesan dalam tempoh pandemik COVID-19, selain mereka yang kehilangan pekerjaan.

Mengulas lanjut, Asri berkata, kerajaan sedang berbincang dengan KWSP mengenai beberapa kriteria lain untuk membantu lebih banyak pencarum yang terkesan menerusi pengeluaran simpanan Akaun 1.”Kerajaan meminta KWSP supaya memperhalusi dan mempertimbangkan penambahbaikan kriteria pengeluaran.”Kerajaan akan meneliti semua aspek tentang apa yang boleh dilakukan untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara,” katanya.

Isu Moratorium Dan KWSP. Ini Keterangan Dari Annuar Musa Terhadap Moratorium Dan Pengeluaran Wang Dari Akaun Satu KWSP Dan Harap Semua Maklum

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yakin pihak kerajaan akan memberi perhatian serius terhadap syor berkaitan moratorium dan pengeluaran wang daripada akaun satu dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Annuar dalam satu ciapan di Twitter hari ini berkata, beliau yakin Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan memberikan respon positif setelah Menteri Kewangan itu berunding dengan pihak KWSP dan pihak bank.“Tengku Zafrul merupakan seorang yang sangat profesional dan cermat orangnya,” ciapnya.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan supaya usul beliau berkenaan pengeluaran akaun satu KWSP sebanyak RM10,000 dan lanjutan moratorium dalam Belanjawan 2021.Menurut Najib, sokongan terhadap Belanjawan 2021 akan diberikan sekiranya kerajaan sedia meluluskan gesaan pelaksanaan moratorium secara pukal dan pengeluaran one-off RM10,000 daripada akaun satu KWSP.

Kemudahan Akses Ke Akaun Satu Ahli KWSP Yang Dikenali Sebagai I Sinar. KWSP Dedahkan Lebih Lanjut Tentang I Sinar Dan Tarikh Untuk Mohon I Sinar

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian bagi kemudahan akses ke akaun satu ahli KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar, pada 18 November ini.KWSP dalam satu kenyataan berkata, i-Sinar yang kini sedang dimuktamadkan perinciannya, diwujudkan hasil konsultasi yang mendalam bersama-sama dengan pihak berkepentingan.

“i-Sinar diwujudkan agar ahli yang terkesan dapat mengharungi cabaran semasa dan pada masa sama memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.“KWSP yakin bahawa amaun yang boleh diakses daripada i-Sinar berserta amaun maksimum RM500 sebulan daripada akaun dua melalui kemudahan i-Lestari (dilancarkan pada April 2020), dapat membantu ahli yang terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka masa pendek,” katanya di sini hari ini.

i-Sinar merupakan lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari yang kini dijangka mencecah amaun pengeluaran sebanyak RM30 bilion dan akan berakhir pada Mac 2021.Permohonan i-Sinar boleh dibuat bermula Disember 2020 dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke akaun bank pemohon bermula Januari 2021. – K! ONLINE

Lepas Bahaskan Pasal Kwsp Kali Ni Najib Minta Moratorium Disambung. Sekali Gabenor Bank Negara Tampil Bersuara Bagi Tahu Sesuatu Tentang Cadangan Najib.

KUALA LUMPUR: Sambungan moratorium menyeluruh yang dicadangkan beberapa pihak hanya akan merncatkan ekonomi untuk jangka panjang, kata Gabenor Bank Negara Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus. “Moratorium menyeluruh tidak baik untuk ekonomi. Meskipun ia memberikan wang kepada orang ramai untuk jangka pendek, ia akan merencatkan ekonomi dan mempunyai kesan negatlf.

“Ia akan mengekang pemberian pinjaman baharu kepada isi rumah dan perniagaan memandangkan bank berdepan kekurangan penampan kewangan dan menimbulkan risiko. “Ia akan meningkatkan paras hutang. Sesiapa yang mampu membayar hutang, perlu membayar.

“Ini (moratorium menyeluruh) akan mengekangg pertumbuhan dan menjjaskan ekonomi untuk jangka panjang kerana akan lebih ramai peminjam berdepan hutang tinggi. “Pertumbuhan yang dijana melalui hutang adalah tidak mapan. Hutang isi rumah kini berbanding KDNK adalah 90 peratus. Tertinggi sepanjang masa buat Malaysia,” katanya ketika membentangkan prestasi ekonomi suku ketiga hari ini.

Selain itu Shamsiah berkata moratorium menyeluruh akan menjejaskan kepentingan berjuta pendeposit serta pemegang taruh yang melabur dalam dana seperti Amanaj Saham Bumiputera (ASB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji, dan KWAP.

Malah Shamsiah berkata tahap keyakinan dan kepercayaan kepada institusi perbankan akan terjejas teruk selain kestabilan sektor itu akan rapuh untuk jangka panjang. Sebelum ini najib razak berkata oleh kerana bajet 2021 hanyalah 8 billi0n lebih tinggi berbanding perbelanjaan kerajaan tahun 2019, maka timbulnya persoalan keberkesanan bajet tahun 2021 untuk menyelamatkan negara dan rakyat.

Ini disebabkan perbelanjaan pada tahun 2019 hampir menyamai bajet 2021, namun ekonomi kita tetap terjejas pada tahun itu walaupun tiada krlsis Covid. Kadar pertumbuhan negara mencatat kadar paling rendah sejak 10 tahun lalu dengan dividen-dividen tabung amanah rakyat.

Pertimbangan ini adalah antara salah satu faktor yang mendorong saya membuat saranan untuk melanjutkan moratorium pinjaman secara pukal dan membenarkan pengeluaran one-off sehingga 10,000 dari akaun 1 KWSP sebab dana ini tidak termasuk dalam perbelanjaan kerajaan atau pengiraan defisit negara. Inilah yang saya maksudkan sebagai langkah yang berani dan luar biasa yakni bold and unconventional method dalam keadaan yang luar biasa.

Reaksi Orang Ramai

Bila banyak kereta kena tarik, banyak rumah kena tarik, banyak SME jatuh bankrpt dan bank2 melaporkan NPL yang amat tinggi .apa akan jadi pada ekonomi negara….bank pegang asset yang banyak tanpa liqiidity…..amacam.

Dah jadi kerajaan mmg le kena korban apa juga kesusahan rakyat walaupun kerajaan rugi ke pe.. lg pun covid ni sape yg nak..so sape yg nak tlg rakyat kalau bukan kerajaan.. tadah je lah kejap konon kerncatan ekonomi lah bagai tu, bukan lama pun 6 bulan je..kalau rakyat x undi ko org, x de nya ko org boleh jadi kerajaan.

Sumber : AstroAwani

Lepas Je Najib Bahaskan Tentang Pengeluaran Duit Kwsp Akaun 1 Sekali Tiba Tiba Ketua Pegawai Kwsp Tampil Dedahkan Keadaan Sebenar. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi.

Lepas je Najib bahaskan tentang pengeluaran duit kwsp akaun 1 sekali tiba tiba Ketua Pegawai Kwsp tampil dedahkan keadaan sebenar. Rupa rupanya ini yang terjadi.

KUALA LUMPUR: “Ini duit anda, tapi buatlah keputusan yang tepat.” Itu kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP), Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias (gambar) mengulas isv melibatkan pengeluaran

Akaun 1 yang menjadi hangat apabila ramai pihak mahu kerajaan membenarkan pengeluaran sehingga 10,000 bagi membantu rak­yat yang terjejass dengan krisis C0vid 19. “Ya, ini wang anda (ahli), tetapi buat keputusan yang betul dan jangan terburu-buru jika kita tidak membuat keputusan yang baik hari ini ia akan jejaskan masa depan.

“Bukan saya kata jangan (keluarkan Akaun 1), tetapi kita hendak pastikan ahli buat keputusan rasional dan baik yang mengimbangi semua aspek termasuk untuk hari ini dan akan datang iaitu keluarkan untuk keperluan saja.

“Dalam keadaan genting ini, pastikan ahli merancang dan tahu berapa perbelanjaan keperluan dan keutamaan dalam masa terdekat ini sebelum memutuskan membuat pengeluaran,” katanya. Walaupun berdepan pelbagai tekanan termasuk ahli politik yang sebulat suara menyokong pengeluaran 10,000 dari Akaun 1 itu,

namun beliau berkata, cabaran itu tidak akan mematahkan semangat pasukannya dalam membuat keputusan terbaik demi jaminan masa depan ahli selari dengan peranan penubuhan dana persaraan itu. “Saya faham ramai orang marahh, bimbang, rungsing kerana kesan pandemik ini yang tidak pernah berlaku kesan sebesar ini.

“Mungkin, saya menjadi orang paling dibenci di Malaysia sekarang kerana membuat keputusan yang tidak popular, biarlah orang kritik saya tetapi akan jalankan tugas saya untuk melindungi masa depan ahli. “Ya, kita mendengar semua pandangan,

tetapi kita tetap berpegang teguh dalam membuat satu keputusan yang tidak akan menggadaikan masa depan ahli kerana keutamaan kita hanya berkhidmat untuk ahli tidak berkait rapat perkara lain termasuk tekanann politik sekalipun,” katanya.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan sebanyak 43 peratus atau 5.38 juta ahli di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada 10,000 dalam akaun satu. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Alias berkata, ini bermakna mereka akan menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan kurang daripada 41 sebulan sepanjang tempoh 20 tahun sekiranya simpanan mereka tidak bertambah.

“Umum mengetahui purata jangka hayat rakyat Malaysia kini menjangkau usia 75 tahun, namun KWSP terus mengekalkan pengeluaran bagi akaun satu pada usia 55 tahun. Jadi ada tempoh selama 20 tahun lagi selepas persaraan.

“Katanya, pada masa ini pihaknya sedang memperhalusi dan memperincikan kemudahan bagi tujuan pengeluaran daripada akaun satu seperti diumumkan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Belanjawan 2021 Jumaat lalu dan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Tunku Alizakri meminta pencarum menjadikan pengeluaran caruman KWSP akaun satu sebagai langkah terakhir sekiranya terdapat kaedah lain bagi membantu kekangann kwangan yang dihadapi ketika ini. “Pertama buat anggaran perbelanjaan ketika ini dengan tidak meletakkan keperluan semasa terlebih dahulu berbanding kehendak. Lihat juga kepada bantvan-bantvan yang diberikan oleh kerajaan dan sekiranya ia tidak mencukupi barulah melihat kepada slmpanan hari persaraan sebagai pilihan terakhir. “Selain itu ahli juga boleh mendapatkan nasihat kewangan daripada Bank Negara Malaysia, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredlt dan Pertubuhan Keselamatan S0sial (Perkeso),” ujarnya.

Sumber : HMetro/Sinar

Setelah Dengar Keluhan Rakyat Terkini Tengku Zafrul Minta Sesuatu Pada Pihak Kwsp Tentang Pengeluaran Akaun 1. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Yang Tengku Zafrul Minta.

Setelah dengar keluhan rakyat terkini Tengku Zafrul minta sesuatu pada pihak kwsp tentang pengeluaran akaun 1. Mengejutkan rupa rupanya ini yang Tengku Zafrul minta.KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian syarat dan kaedah pengeluaran Akaun 1 esok. Perkara itu diberitahu Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, menerusi wawancara khas yang disiarkan TV3 malam ini.

“KWSP akan umumkan esok. Sama ada perluaskan (pencarum yang dibenarkan keluar caruman Akaun 1) biar mereka umumkan. “Saya sudah minta mereka perhalusi cadangan (pengeluaran Akaun 1) selepas mendengar keluhan dan rintihan rakyat Malaysia selepas kita umumkan dalam Belanjawan 2021dan kita akan berusaha sebaik mungkin,” katanya.

Tengku Zafrul juga berkata, peminjam khususnya golongan B40 yang juga penerima Bantuan Prlhatin Rakyat (BPR) serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta mikro perlu memberitahu bank bagi mendapatkan moratorium bersasar.

Beliau berkata, kerajaan dalam Belanjawan 2021 melanjutkan bantvan moratorium bersasar sama ada untuk menangguhkan ansuran bulanan selama tiga bulan atau mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

“Mereka perlu berhubung dengan bank dan pilih daripada dua kategori itu. Bukan hanya untuk peminjam individu tetapi juga untuk PKS mikro. “Berdasarkan data, sebanyak 8.1 juta peminjam mempunyai jumlah pinjaman kurang daripada RM150,000,” katanya.

Reaksi Orang Ramai

Bagi lah semua orang keluarkan macam acc 2 .. Apa ingat yang kena buang kerja ke terjejas? Yang kerja ni makan basic , kena p0tong gaji bagai , semua orang terjjas sekarang ni. Semoga dipermudahkan. Musim2 mcm ni, memang nak pakai duit sgt

Kenapa la tak seragam jer semua sekali, leceh nak ke bank dan sain macam-macam, lg satu KWSP bagi jer la 10,000 apa masalah nya, duit pencarum, bukan duit kerajaan, lntak la masa tua tak ads duit, yang penting skrg, dh tua nanti kerja la jaga ke?apa ke boleh je.Sumber : BHOnline/TV3