Ada yang sanggup abaikan isteri yang nak bersalin. Selamba sahaja suami ada kat hospital tengah mengorat jururawat. Peguam ini kongsi kisah realiti sebenar

Kisah Rumah Tangga

SUDAH menjadi lumrah dalam rumah tangga, pasti ada pasang surutnya. Namun pasangan suami isteri harus bertolak-ansur antara satu sama lain dan duduk menyelesaikan masalah dihadapi dari hati ke hati. Jika masing-masing ego, nescaya masalah itu akan berlarutan sehingga membawa kepada perpisahan dan kertakan rumah tangga.

Menerusi perkongsian seorang peguam, dia mendedahkan realiti sebenar yang dihadapi pasangan suami isteri sehingga membawa kepada perpisahan. Menurut Sheikh Muadz, perkahwinan memang sesuatu yang indah tetapi pelbagai perkara perlu diambil kira jika mahu rumah tangga kekal hingga hujung nyawa.

“Berkahwin memang indah. Tapi perlu difikirkan banyak perkara. Aku ni yang pernah bekerja di firma guaman tahu sangat kes perpisahan di Malaysia ni. Pasal ubat gigi pun boleh pisah,” katanya dalam satu posting di Instagram. Namun Sheikh Muadz terpanggil untuk berkongsi pengalaman seorang jururawat ketika bertugas mengenai gelagat lelaki bergelar suami yang pastinya amat mengejutkan.

Berdasarkan postingnya itu, dia menceritakan bagaimana ada suami yang tergamak mengorat jururawat ketika isterinya bertrung nyawa melahirkan zuriat mereka. “Di wad, isteri tak sedar diri, sempat mengorat staf yang bertugas. Kat labour room isteri nak bersalin, call suami suruh masuk tengok… suami reply ‘OK selamat berjaya’,” katanya.

Ceritanya lagi, lebih menyedihkan ada isteri dijatuhkan talak oleh suami gara-gara mengalami kecctan. Malah lelaki tersebut juga enggan menguruskan persalinan isterinya yang kini terlantar lemah di katil kerana alasan menyusahkan.

“Kat wad suami geli dengan najis isteri, tak nak tukar pampers atau tolong staf tukarkan pun. “Di wad, jatuh talak sebab isteri dah cact,” katanya. Jelas Sheikh Muadz lagi, terdapat suami yang membiarkan isteri mereka berpantang seorang diri dalam keadaan bayi kena jaundis.

“Kat rumah pesakit (melawat rumah ke rumah postnatal) suami biar isteri sorang-sorang berpantang dengan anak jaundice. “Dia relax tengok TV. Alasan anak ketiga so pandai-pandailah si isteri,” katanya. Menerusi pendedahan jururawat tersebut, Sheikh Muadz turut kecewa apabila ada suami yang sanggup memaksa isteri melayan nfsu mereka selepas bersalin.

“Kat klinik ibu dan anak, episiotomy (jahitn di alat sulit selepas melahirkan) terbuka sebab… suami… hmmm tak tahan,” ceritanya. Tegas Sheikh Muadz, perkongsian tersebut bukan untuk menakut-nakutkan mereka yang bakal mendirikan rumah tangga tetapi membuka mata orang ramai mengenai realiti yang berlaku hari ini.

“Tujuan post ini bukan untuk menakutkan cuma untuk membuka mata masyarakat bahawa perkahwinan itu bukan hanya terhad pada malam pertama sahaja. “Kepada yang belum ada calon, usah terburu. Kenal hati budi dahulu. Jangan hanya kerana konon mahu terlalu ikut Islam, pasangan dipilih secara membuta tuli.

“Islam juga suruh kita siasat latar belakang mereka melalui orang tengah. Bukan kenal satu dua hari terus nikah atas alasan jaga ikhtilat. Itu Islam ikut pemahaman kamu sendiri. Fikir-fikirkan,” katanya. Posting Sheikh Muadz menjadi tular di media sosial.

Perkongsian tersebut yang turut tular di Twitter mendapat pelbagai respons dalam kalangan warganet. “Kesian kan. Perempuan bila dah kahwin umpama hidup dia dijadikan taruhn. Tengoklah kalau nasib baik Alhamdulillah, kalau tak? Dianiaya… dapat lelaki baran tak ada sifat kesian semua benda nak kena hadap nanti,” kata Sha.

“Jenis masa bujang pinggan makan mak basuhkan, baju kotor campak, lepak hari-hari tak ada tanggungjawab, si ibu cakap laki kahwin takut bini nak beli PS5. Kalau kahwin, main game anak nangis berak nak makan buat pekak. Marriage come with responsibility, ada duit rupa tak ke mana. Emo pulak sis,” kata Atia.

Sumber: mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sanggup Sorokkan Hubungan Ayah Daripada Mak Demi Menjaga Hati Sebelah Pihak. Lepas Dia Kahwin Ini Yang Dia Kena Hadap Dan Tanpa Diduga Dia Ada Satu Sakit Ini

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

Hi dan assalamualaikum serta selamat sejahtera semua. Aku gelarkan myself sebagai Hana (bukan nama sebenar). I don’t know how and where to start the story tapi takpe aku akan cuba ceritakan confession ini dengan sebaiknya dan aku berharap confession ini disiarkan untuk pengajaran semua termasuk aku

Aku merupakan seorang isteri berkerjaya (senior exec di sebuah syarikat oil & gas) berusia 34 tahun dan mempunyai seorang anak. Suamiku merupakan seorang manager di sebuah syarikat oil & gas kepunyaan negara (rasanya semua tahu kot). Usia perkawinan kami menjangkau 9 tahun pada tahun ni.

Pada mata kasar dan pada pandangan keluarga aku termasuk keluarganya dan jugak kawan-kawan kami, kami berdua adalah pasangan bahagia dan kerap menunjukkan kebahagiaan itu di laman social seperti Instagram / Facebook.

Tapi betul lah orang kata, disebalik bahagia pasti ada terselit duka dan duka itu aku alaminya sejak awal tahun lepas (2019). Oh ya sebelum terlupa, I came from a good family background tapi dugaan berlaku di hujung2 ketika aku melahirkan anak tunggal ku, ayahku memilih untuk menduakan mak dan berkahwin secara senyap.

Hingga ke hari ini hanya aku dan adik mengetahui mengenai perkahwinan kedua ini tapi merahsiakan daripada mak demi menjaga hatinya. Dari saat itu hati aku remuk memandangkan aku memandang tinggi ayah sebagai ketua keluarga yang dihormati dan sehinggakan aku set suami pilihan aku harus seperti ayah.Bila terjadi seperti itu, aku hanya tinggal suami ku untuk menjadi satu-satunya lelaki yang dipercayai dan diharapkan untuk kekal setia dan menjadi suami mithali untuk keluarga kecil kami.

Malangnya semua tanggapan itu meleset. Semuanya bermula pada awal tahun lepas apabila secara tiba-tiba aku mengalami gangguan period dan upon checking with specialist. Aku disahkan mempunyai cyst yang kecil di ovari dan memerlukan minor laparoscopy to remove. I was admitted to the hospital dan sepanjang berada di hospital, suami menjaga dengan baik dan tiada apa-apa yang ganjil padanya.

Sepulangnya aku dari hospital pada hari keesokannya, kami keluar makan malam bersama seperti biasa dan apabila pulang, while waiting for the lift. Tanpa disengajakan, anak ku yang selalu bermain games di handphone suami telah memberikan phone itu kepada aku untuk dipegang sementara suami sibuk mengeluarkan barang dari bonet kereta.

From that moment, berbagai notifications telah appear di phone suami especially dari laman social seperti Wechat, Tinder and etc. Berderau aku apabila aku click di bahagian chat ada berbagai-bagai chat di dalam, mostly flirting chat, Aku bingung dan terus menangis semahu mahunya di dalam toilet rumah selepas confront dengan suami untuk jelaskan apa yang aku lihat tadi.

He explains that all these cuma suka-suka sahaja since aku kurang melayani kehendak batinnya dan semua ini dilakukannya pada lewat malam sambil menyiapkan kerja / research paper ketika aku sudah tidur bersama anak.

Aku jadi confuse and bertambah bingung since apa maksud nya sebagai kurang sedangkan sebagai isteri berkerjaya, aku masih melayani kehendaknya almost every day walaupun ada sehari dua aku knock down early sebab letih dengan kerja ofis.

Masihkah aku dianggap kurang melayani sehingga memilih untuk flirting chat? Selain dari flirting chat, aku mula menjadi penyiasat tegar di mana sebelum ni aku begitu jujur dan setia tidak spot check langsung handphone suami demi 100% percaya.

Aku mula membuka email nya, WhatsApp web demi mencari bukti walaupun in the end, bukti itu hanya meremukkan lagi hati aku. Ada setengah chat yang aku jumpa untuk request girl for massage in which bila aku confront again, he told me “oh pegi massage saja2 sebab dia urut best.. takde request lebih pun. Lagipun kawan yang recommend”.

Apakah perasaan isteri yang lain sekiranya ini jawapan suami anda? Aku sukar mempercayai untuk sekadar massage tanpa lebih -lebih knowing the nature of the business. Sehinggakan aku pernah pergi sendiri ke tempat massage yang dikantoikan dan request sendiri girl yang suami pernah request untuk massage, tahu apa jawapan owner tempat massage tersebut?

“Sorry.. sorry.. sini takde massage untuk perempuan!” and terus menutup pintu. Aku sempat menjeling ke dalam dan memang suasana sangat gloomy and dark and semua pelanggannya memang lelaki. Air mata aku berjurai dengan lajunya sambil menuruni tangga, sambil merasa jahatnya Tuhan pada aku menurunkan ujian sebegini di saat aku memilih untuk setia tanpa selngkuh kepada suami dari hari pertama perkahwinan kami sehingga ke saat itu.

Hari hari yang berlalu sememangnya memberi tamparan hebat kepada aku dan aku menjadi paranoid. Setiap tingkah laku suami mula menjadi perhatian aku sehinggakan jika suami stay up lewat malam menyiapkan kerja / research paper (suami ku juga masih belajar untuk phD)

Aku akan jadi cuak dan berdebar-debar mengenangkan adakah suami akan flirting chat seperti dulu.. Sungguh trauma tu membuatkan aku tak nyenyak tidur dan ini berlarutan untuk beberapa bulan. Aku umpama penyiasat persendirian yang akan check aktiviti suami setiap hari dan sesungguhnya semua tindakan aku ini akhirnya memakan diri sendiri.

Aku disahkan mengalami anxiety disorder dan memerlukan khidmat kaunseling psikiatri (tanpa mengambil ubat) untuk menenangkan diri. Di hadapan Dr Psikiatri aku menangis semahu mahunya tanpa dia bertanyakan apa-apa soalan. It was such a relief walaupun in the end nasihat Dr itu lebih kepada supaya aku mendekatkan diri kepada Tuhan dan jangan menyalahkan diri sendiri.

Kesan dari anxiety disorder, aku mula mengalami gejala physical antaranya : Rasa kebas di seluruh badan – sehingga pernah admit di wad untuk berjumpa pakar saraf dan menjalani ujian saraf untuk mengesan sebarang abnormal. In the end result nya, aku sihat dan normal dan ianya cuma perasaan aku.

Rasa kering tekak dan mulut – aku ingatkan aku menghidapi sakit serius kerana ia berlarutan for almost 3 months ++.. In the end, resultnya tetap sama, aku sihat dan normal. Sesungguhnya semua ini sangat menyeksakan jiwa dan aku sangat bersimpati dengan anak tunggal aku yang terpaksa menghadapi semua ini di mana mood swings aku yang boleh hadir secara tiba tiba.

Dan aku pernah rasa nak throw him from level 8 of our house bila dia cuma bertanyakan soalan yang simple sahaja. Begitu besar impaknya kepada aku untuk melalui dugaan Tuhan ini dan mujurlah lama kelamaan aku belajar untuk memujuk hati dan akhirnya pulih dari anxiety disorder pada hujung tahun lepas.

Aku memilih untuk tidak lagi mengambil tahu aktiviti handphone suami setelah dia bersungguh-sungguh meminta maaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya kembali. Walaupun kepercayaan itu tak mampu aku kembalikan 100% seperti dulu, tapi aku biarkan kepercayaan itu ada demi anak aku dan perkahwinan ini.

Semoga Tuhan merahmati perkahwinan ini dan semoga aku terhindar dari perasaan untuk membalas dendam atas semua yang telah suami lakukan kepada aku. Setiap hari suara-suara dari dalam asyik mempengaruhi aku untuk membalas dendam, namun cepat2 aku ingatkan kembali status aku sebagai isteri dan ibu kepada anak lelaki di mana perlakuan itu sangat la against the norm.

Kepada suami, I’ve suffered this a lot inside alone and I healed myself because of I choose to heal it demi sayangnya saya pada awak dan anak. Semoga peluang kedua ini tak disiakan kerana saya takut sekiranya suatu hari nanti saya tak mampu nak pandang awak dengan rasa cinta sebagaiman saya selalu pandang awak dulu dengan penuh rasa sayang dan cinta yang mendalam sebagai ketua keluarga dan pelindung saya dan anak.

Sekian…

– Hana (Bukan nama sebenar)

p/s: Satu ikatan perhubungan yang kukuh perlu berlandaskan saling percaya mempercayai. Tanpa kepercayaan, hubungan anda dan pasangan sebenarnya belum sempurna. Wujudkanlah kepercayaan supaya dapat menjalin hubungan lebih baik.

Kejujuran adalah hal paling sinonim dengan kepercayaan. Jika anda tidak jujur, bagaimana pasangan mahu mempercayai anda? Selain itu, jika anda tidak jujur, bagaimana pasangan mahu berkongsi perkara penting dalam hidupnya. Tidak mustahil ada pasangan yang tidak memaklumkan hal penting misalnya polisi insurans bernilai ratusan ribu ringgit, wang simpanan yang dirahsiakan dan pelbagai lagi hal. Akhirnya jadilah hubungan anda dengan pasangan hanyalah hubungan yang hambar tanpa perkongsian sebenar.

Kredit: sekayuallnews

Suami Tak Pernah Tinggal Solat Dan Jujur Dia Pernah Buat Sesuatu Yang Negatif. Satu Hari Secara Mengejut Suami Halau Isteri Pergi Dan Ini Sebabnya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca. Ni kisah benar aku. Usia aku lewat 20an. Bekerja di bahagian pendidikan. Baru tahun lepas (2019) aku dilepaskan atas alasan “Tiada kesefahaman” sedangkan baru 2 hari sebelum tu dia ‘bersama’ aku. Alasan yang aku tak boleh terima langsung tapi aku setuju. Tak nak brbalah di mahkamah pun sebab walaupun aku brbalah, akan datang jadi sama juga.

Aku dan K kenal melalui keluarga. K tua atas aku setahun. Kenal sebab family family yang kenalkan. Singkat je kenal sebab tahu dia baik dari family kan. Tengok family K baik. First jumpa dengan family. Second jumpa lepas 8 bulan masa K ajak bertunang.

Aku terima sebab K anak yang baik. Walaupun kerja dia tak tetap masa tu, aku terima sebab tahu K berusaha jadi lebih baik. Family aku pun terima sebab K cakap elok elok dia nak kukuhkan diri. Walaupun aku jenis perempuan yang jaga maruah diri, aku masih terima walaupun K mengaku dia pernah terlanjur sebelum ni. Cuma bagi aku, tak apa selagi K dah berubah. K kata dia tak pernah tinggal solat. Walaupun lepas terlanjur tu, dia menyesal menangis nangis lepas tu. Kata dia la.

Lepas setahun, kami berkahwin. Aku bahagia. K lelaki yang baik. Solat tak pernah tinggal. Bila ada masa, dia jadi imam aku. Ajak mengaji. Aku tak nampak kurangnya K sikit pun. Cuma sikit sikit K mula ceritakan kehidupan dia.

Pada 3 bulan pertama, aku dapat tahu K pernah ada anak luar nikah tapi dia minta perempuan tu buang anak tu. Aku terkejut. Sebab selama ni K tak pernah cakap. Tapi dalam merajuk aku pun, aku tahu tak patut sebab hal lama.

Tu lama lama tahu perbuatan K pernah bersama bekas bekas dia. Tak pernah miss buat benda tak sennoh kat fon, video bukan bukan. Walaupun dengan bekas yang muda baru lepas SPM dia pernah couple dulu pun, dia pernah buat macam tu. Tapi atas alasan DIA NAK BERUBAH DAN DAH BERUBAH, aku lupakan.

Tapi lama lama aku perasan aku agak insecure sejak tu. Bila aku check history phone K, penuh laman tak senonoh walaupun malam yang sama kami baru bersama. Aku kata kalau tak puas atau apa apa, bagitahu. Tapi alasan K. DIA DAH TERBIASA TENGOK walaupun dia puas. Nanti dia berhenti la tengok.

Sebongok bongok perempuan, tak ada siapa pun rela suami dia tengok badan perempuan lain kan even perempuan tu dia tak kenal. Cuba kalau kita perempuan tengok badan lelaki lain, kalau suami tak jeles memang something wrong la kan.

Dan K masih solat macam biasa. Tak tinggal solat. Sampai 1 tahap aku check mesej mesej lama facebook dia, penuh dengan mesej tak senonoh dekat ramai gadis. Aku mesej sorang sorang pakai facebook aku mintak maaf atas perbuatan dia. Bila aku cakap dekat K, dia kata benda lama. Jangan ungkit. Dan aku pun turut je. Diam. Sikit pun tak pernah bagitahu sesiapa.

Aku mengaku aku betul betul sanggup berkrban jadi isteri solehah. Pindah negeri, habiskan elaun kerja yang lama dekat negeri asal, pindah ikut dia. Bila pindah tak dapat kerja pula. Duduk dengan family dia sedangkan ada je rumah sendiri. Alasan kena temankan family dia sedangkan family dia ramai je kat rumah tu. Jenis family mertua biasa la. Dengan kita cakap elok elok. Kata kita menantu yang baik.

Tapi bila sesama dieorang, ada je benda bukan bukan kita kena. Tapi aku diamkan. Adat menumpang. Busuk ke wangi ke, jadi isu. Aku pun buat macam orang menumpang la. Masakkan untuk dieorang, basuhkan baju walaupun ada je bujang dalam rumah tu, sidaikan baju semua. Kemas rumah. Takpe lah penat sikit.

Sanggup jaga bila suami sakit (dia senang dapat sakit sikit), masakkan dia bila 2 3 pagi dia lapar sedangkan lauk ada je. Dia nak makan meggi ke apa ke. Masakkan la. Keperluan batin dia walaupun benda aku tak pernah cuba, dia ajar bukan bukan. Aku turutkan sebab isteri kan. Ikut je la apa suami nak. Aku bukan mengungkit tau. Cuma rasa sebak bila semua yang aku buat ni nampak tak berbaloi pun bagi dia.

Sampai 1 hari, K kata dia nak keluar kejap dengan family, tinggalkan aku dekat rumah. Bila K balik. Dia kata, kemas baju, balik rumah mak abah awak. Perghh wey. Hahahaha orang yang takda hati dan perasaan je yang tak nangis. Apa salah aku kena tiba tiba ni. Tapi aku terus jadi tawar hati. Aku kemas. K. Kau baik. Sikit pun tak ada salah kau dekat aku. Tapi apa salah aku sebenarnya. Kenapa tak bincang dengan aku dulu.

Aku balik juga sebab orang dah halau kan. Family aku bengang . Aku cakap tak apa. Orang dah taknak. Dia pun tak ada apa apa kan aku. Dia pulangkan aku sempurna tubuh badan. Lepas 1 minggu, aku dapat surat perpisahan atas alasan tiada kesefahaman. Aku call mahkamah. Kata aku jauh. Tak dapat datang tarikh lafaz talak. Jadi aku setuju je dengan semua apa yang diputuskan.

Pegawai tu kata tak nak tuntut apa apa nafkah ke. Aku kata tak ada. Kami tak ada anak dan aku dah dapat kerja aku balik. Lagipun dia dah taknak. Aku taknak paksa. Sekarang pun sejujurnya aku dah move on lepas 2 bulan kami pisah dulu. Cuma aku terfikir, aku terima kesilapan dia dari sebelum kahwin. Aku terima kekurangan dia. Cerita hal dalam kain aku taknak mention sebab aib dia aib aku juga.

Sekarang aku dapat kerja aku semula, aku pun dah move on, ada orang lain terima aku. Cuma tu la. K baik. Solat tak tinggal, semua elok. Tak pernah duakan aku selama mana pengetahuan aku tapi apa salah aku kena halau macam tu je?

Aku tahu adik beradik kau follow page ni (IIUMC). Aku harap mereka baca sebab bila family kau pun tak halang apa apa bila kau halau aku lepas korang keluar sama, maksudnya ada something yang korang sorokkan. Apa apa pun thanks ye K sebab jaga aku setahun lebih dulu. Aku cuma nak tegaskan. Sebaik mana lelaki tu jaga solat, belum tentu dia suami yang baik. Kalau ada salah isteri korang, bincang la. Please bincang okay.

Reaksi warganet

Norlaila Mohd Din – Pernah tak dengar tanda tanda solat tidak diterima ialah apabila pesolat kekal sebagai pendosa. Tidak bertaubat, menganggap kecik dosa yang dibuat.

Nya Ahmad – Kalau solat tak dapat cegah dia dari kemungkaran, maknanya solat dia tak sempurna. Dia kena cek balik kehidupan dia. Mungkin terlalu banyak benda yang tak senonoh yang dia buat. Pastu taubat,p astu still ulang balik benda tu. Tu salah satu tanda hati kotor. Taubat yang sebenar adalah bila kita tak buat dah benda tu dan berubah ke arah yang lebih baik.

Hazirah Hj Hamzah – Sebab ada pengalaman berkorban jiwa dan raga, sanggup berhenti kerja, pindah ikut ex-husband, sanggup terima orang yang lagi rendah level education, nak jadi isteri yang taat solehah. Tapi finally di buat macam sampah. Saya memang nekad takkan korbankan diri saya untuk sesiapa lagi dah!. Apa yang saya buat sekarang semuanya untuk kebahagiaan saya. Saling bekerjasama tak apa. Kalau bekorban untuk pasangan, itu bukan saya.

Deedee Nas – Pilihan keluarga tidak semestinya baik. Parents ni asal nampak baik sikit mula la cop anak org tu baik sangat boleh dibuat suami. Padahal orang tu boleh ja berlakon baik depan orang tua. Sebab tu harus berkawan dulu kenal betul betul sebelum kahwin. Memang betul solat ni cegah diri dari kemungkaran, tapi manusia jenis begini buat main. Lepas buat dosa besar dia solat, lepas solat malam tu juga buat dosa besar.

Dorg buat main dengan agama sendiri, dah mindset dalam otak buat dosa lepas ni boleh solat, atleast solat. Tak sedar diri tu golongan ni perosak agama sendiri. Ada yang ikut “fahaman” kepala otak sendiri. Tapi tak sedar dorang solat untuk apa? niat dorang? hati dorang yang sombong tu ada Allah ka? kalau ada Allah, khusyuk, dorang tak kan dekat kemungkaran.

Che Max Molex – Allah tegaskan dalam AlQuran solat dapat mencegah kemungkaran dan perbuatan keji. Sekiranya tiada efek dari perbuatan solat tak pernah tinggal itu sendiri, barangkali belum sempurna ia (solat) itu sendiri. Takkanlah Tuhan berbohong dalam ayatnya. Manusia yang berbohong dan hanya omong kosong. Oklah sis, tak payah sedih ok. Move on.

Umayraa Hamdan – Kalau ikut pengalaman aku lah. Pengalaman aku dengan jejantanzzz macam ni, diorang selalu fikir bila dah nikah, dapat ‘nikmat’ halal dan perangai lama boleh berubah. But sebenarnya, habit mereka takkan berubah dan dapat pula isteri tak tegas macam u. U ikut je semua yang dia nak, maksudnya tak dapat ubah dia slowly. Jadi memang dia rasa pernikahan tu tak de bawak apa apa erti untuk dia.

Some more, dia tak mampu pun nak bernikah. Mampu dari segi batin je. The rest he is nothing. Dia sendiri sedar diri dia dan lepaskan awak dengan cara elok. Sebelum dia buntingkan awak. Dia sendiri sedar dia tak mampu nak tanggung segala nafkah. Senang kata, pernikahan tu hanya untuk dia test je. Aku boleh berubah ke tak. Dia sendiri taknak berubah, mengharap pasangan untuk ubahkan dia. Anak yang baik kan katanya? Jenis pak turut. Takde pendirian, apa pun tak boleh buat. Better la u dah dilepaskan. Daripada terus menderita.

Sumber – Nur (Bukan nama sebenar) via IIUMC