Ada yang sanggup membayar mas kahwin sehingga RM50 000. Selamba sahaja gadis ini kutip kelapa sawit dan akhirnya terbongkar pekerjaan sebenar dia

Viral

Siapa kata lelki sahaja yang boleh buat kerja perempuan? Namun begitu,dunia kini banyak yang telah berubah berbanding dahulu. Tak terkejut jika di tengah pandemik Covid19 ini,ramai yang terpaksa melakukan kerja yang bukan dalam bidang mahupun sesuatu yang diminati. Mengejutkan sekali,remaja yang berusia 20 tahun ini membuktikan walaupun saiz badannya yang kecil,dia tetap mampu menolong ayahnya di ladang kelapa sawit.

Berdasarkan cerita yang diolah oleh Mstar, Ryecheal Saddy yang berasal dari Keningau Sabah berkata tidak ada yang mustahil malahan semuanya terpulang kepada diri sendiri antara mahu atau tak nak lakukan sahaja, MAlahan tular satu video Tiktok apabila dia mengangkat tandan kelapa sawit dan memasukkannya ke kereta di ladang kelapa sawit Kampung Bingkor,Keningau.

Video tular di laman TikTok Reychael.“Saya sudah biasa tolong ayah di ladang kelapa sawit, sejak sebelum saya belajar dulu pun.“Bagi saya tak ada yang mustahil, kalau saya boleh buat mesti wanita di luar sana pun boleh.“Video itu adik saya yang rakam masa kami tengah tolong ayah di ladang,” katanya kepada mStar.

Bagi saya hal hantaran mak ayah tentukan, bukan kerja saya.Sehingga kini perkongsian itu telah mencecah 15,000 likes dan 8,000 komen.Bakal Pramugari.Ryecheal yang baru sahaja menamatkan pengajian di Selangor dalam pengurusan Kru Kabin berkata, biarlah dia mengisi masa terluang dengan membantu ayahnya walaupun ramai yang menganggap kerja di ladang itu tidak sesuai untuk kaum hawa.

“Saya baru sahaja habis belajar, belum sempat nak bekerja pun, malahan bidang yang saya pelajari paling terkesan dengan pandemik Covid-19. Sebab itu saya fikir ada baiknya saya tolong ayah dahulu buat masa ini.Reychael berharap dia dapat menjadi contoh terbaik kepada mereka yang tidak berani mencuba sesuatu yang baharu.

“Secara peribadi, kerja saya ini memang lah kerja lelaki tetapi saya dah terbiasa dari kecik, jadi saya tak kisah sangat.“Saya tahu ramai yang kata kerja ini tidak sesuai dengan perempuan kerana mengangkat benda berat tetapi selagi saya mampu dan tidak memudaratkan diri apa salahnya,” jelasnya.

Sementara itu, ada yang lebih meraih perhatian warganet apabila Reycheal sempat bergurau di ruangan komen mengenai hantaran tinggi kerana mampu melakukan kerja yang lebih sinonim dengan lelaki.“Niat saya cuma nak gurau-gurau sahaja kerana banyak pula komen dan DM yang saya terima setiap hari selepas video itu tular.

Komen warganet yang menegur Reychael salah mengangkat kelapa sawit itu“Bagi saya hal hantaran mak ayah tentukan, bukan kerja saya,” ujarnya berseloroh.Reychael berharap dia dapat menjadi contoh terbaik kepada mereka yang tidak berani mencuba sesuatu yang baharu.

Katanya, dalam situasi yang serba mencabar ini, kita harus beranikan diri untuk mencuba bukannya duduk di rumah dan hanya berharap semuanya akan berakhir dengan cepat.Menerusi video berkenaan, gadis itu memberitahu pekerja di kebun sawit bapanya bercuti untuk pulang ke kampung dan dia turun padan membantu ayahnya.

Seperti kita tahu pekerjaan di sektor perladangan kebiasaannya sinonim dengan kaum lelaki memandangkan ia memerlukan kudrat yang kuat.Perlu berdepan cuaca panas di kawasan ladang, sudah tentu pekerjaan tersebut tidak menjadi pilihan kaum wanita. Namun, jangan memandang rendah jika ada wanita mampu bekerja di ladang.

Diruangan komen video tersebut, rata-rata warganet mengagumi kudrat dimiliki gadis berkenaan. Malah ada yang mahu berkahwin dengan Rachel dan tidak kisah jika hantarannya mahal sekalipun.Kata warganet lagi, bukan senang nak cari wanita seperti Rachel yang bukan sahaja cantik tetapi pandai melakukan kerja kampung.

Pramugari cantik angkat sawit, ramai yang cair hati, sanggup beri mas kahwin RM50, 000. KUDRAT seorang wanita lazimnya terbatas. Jarang-jarang kita dengar wanita yang bekerja di ladang dan mengangkat sawit dengan tenaga sendiri.Selalunya, jika pekerja wanita yang mengambil upah, mereka lebih terhad kepada kerja-kerja membuang pelepah daun sawit atau mengutip biji sawit yang bertaburan.Pun begitu, lain pula kisah seorang pramugari cantik yang berasal dari Keningau, Sabah ini.

Dengar cerita, ramai jejaka ‘cair’ melihatnya dan sempat mengusik dengan mengatakan mereka sanggup membayar mas kahwin sehingga RM50,000. Dengan tubuh tinggi lampai dan langsing itu, gadis yang dikenali dengan nama Rachel itu membuktikan kudrat wanita cukup luar biasa. Bukan calang-calang tenaga sumandak Sabah itu.

Beliau dilihat mampu mengangkat buah sawit yang berat ketika membantu bapanya di ladang sawit milik keluarga. Dalam video pendek yang dikongsikan dalam akaun TikTok dengan kapsyen ‘Dad’s Plam oil plantation. Pekerja dady balik kampung. So kami ganti buat kerja dia orang sementara‘ mendapat lebih 18,000 tanda suka. Tidak hanya sibuk membantu di ladang sawit, si cantik itu juga rajin menolong di bendang melalui perkongsian video yang dimuat naik baru-baru ini.

Gadis Ini Sebak Bapa Sanggup Whatsapp Tiada Pelanggan Dan Makanan Tak Laku. Perkongsian Gadis Ini Ternyata Meraih Perhatian Orang Ramai Di Twitter

Pandemik Covid-19 bukan sahaja membahayakan nyawa orang ramai, malah turut memberi kesan yang besar kepada ekonomi sesebuah negara. Ada yang kehilangan kerja, ada yang terpaksa menutup perniagaan dan tak kurang jugak yang terpaksa menjual aset dimiliki bagi menampung kehidupan.

Tidak terkecuali mereka yang mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan. Di Twitter, seorang gadis berkongsi tangkap layar perbualan bersama bapanya yang sebak menceritakan perniagaan mereka yang kurang mendapat sambutan.

Perkongsian di Twitter itu mendapat sambutan yang positif dan dibanjiri komen warganet yang prihatin. Sabby Idham turut menyatakan perasaan sebak dan sedih apabila melihat kedua ibu dan bapanya bertungkus-lumus mencari rezeki untuk menanggung keluarga. 

Dalam perkongsian itu juga, bapanya menghantar satu gambar kepadanya menerusi aplikasi WhatsApp untuk menunjukkan restoran mereka tiada pelanggan. Menurut mesej yang dihantar oleh bapanya itu, makanan yang ada di kedai mereka tidak luak kerana kekurangan pelanggan. Nasi lemak banyak lagi.. lontong tak sentuh langsung.. kueh pun banyak.

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut menzahirkan sokongan kepada restoran tersebut untuk terus beroperasi di samping mendoakan semoga keluarganya dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.Di ruangan komen perkongsian itu, ramai juga warganet yang berkongsi pengalaman sedih kerana menghadapi kesukaran untuk mencari rezeki akibat pandemik Covid-19 yang semakin membimbangkan. Semoga peniaga kecil di luar sana dipermudahkan segala urusan untuk teruskan mencari rezeki yang halal dalam waktu yang sukar ini.

Tular Video Satu Pasangan Ini Apabila Isterinya Sampai Menangis Teresak Esak Di Restoran Makanan Korea Kerana Lagu Yang Dimainkan Itu Dianggap Sedih. Tak Sangka Reaksi Isterinya Yang Hamil Itu Benar Mengejutkan.

Zahin bersama isterinya yang hamil. Isterinya tiba-tiba menangis di kedai makan. Seorang suami sama sekali tidak menyangka isterinya secara tiba-tiba menangis di tempat awam.“Punyalah power hormon masa hamil ni, isteri aku boleh nangis kat kedai makan sebab diorang (mereka) pasang lagu sedih,” tulisnya menerusi satu ciapan sehingga menjadi tular. Ketika kejadian, suami berkenaan, Amir Zahin Azham berkata, dia membawa isterinya menikmati makan tengah hari di sebuah restoran yang menyajikan makanan Korea. Sementara menunggu pesanan, pemuda berusia 27 tahun itu memberitahu, satu lagu nyanyian kumpulan dari Korea Selatan yang dimainkan di restoran itu menarik perhatian isterinya.

Perkongsian Zahin mengenai isteri di laman Twitter menjadi tular.

“Isteri kata lagu ‘Because I am A Girl’ oleh kumpulan Kiss adalah kesukaannya. Tapi video muzik lagu berkenaan membuatkan dia rasa sedih. Tiba-tiba isteri kata dia nak menangis sebab teringat jalan cerita video muzik tu. Bila separuh lagu tu dimainkan, isteri dah tak tahan dan terus menangis teresak-esak,” katanya kepada mStar. Lebih mesra disapa Zahin, katanya, reaksi isterinya yang hamil anak pertama yang memasuki usia tujuh bulan itu mengejutkannya kerana benar-benar tidak pernah isterinya menangis di tempat awam.

“Isteri saya memang hati tisu, sensitif orangnya. Tapi tak pernah pula dia menangis secara tiba-tiba macam tu. Begitu hebat impak video muzik tu pada diri dia. Sebenarnya, pernah terjadi sebelum ni isteri menangis kerana lagu yang sama. Tapi ini pertama kali dia menangis di tempat awam sebab lagu tu,” ujarnya yang berasal dari Sungai Petani, Kedah.

Mendirikan rumah tangga sejak 2018, dia menjelaskan bahawa video muzik itu membuatkan isterinya mengemukakan satu soalan yang tidak pernah difikirkannya selama ini. Menurut Zahin, video muzik itu mengisahkan seorang jurugambar yang meminati seorang gadis cantik dalam pertemuan yang tidak disengajakan ketika sesi fotografi.

“Mereka kemudian bercinta tetapi kejadian berlaku apabila mata gadis itu terkena bahan kimia yang digunakan untuk fotografi, sehingga merosakkan penglihatannya. Jurugambar itu kemudian mendermakan kedua-dua matanya bagi membolehkan kekasihnya itu melihat semula sebelum menjauhkan diri, sehingga sanggup meninggalkan kerjaya jurugambar dan minatnya dalam sukan permotoran.

Wanita Ini Mulai Takut Sejak Usia Kandungan Keduanya Masuk Minggu Ke 24 Atas Sebab Ini. Wanita Ini Berkongsi Cerita Peristiwa Hitam Kehamilannya Sebelum Ini.

Pengalaman melahirkan bayi pramatang membuatkan seorang ibu ini tr4uma dan bersungguh-sungguh menjaga kandungan seterusnya. Bagisetiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, sudah pasti mereka menginginkan zuriat sebagai penyeri dan penyambung keturunan.

Namun rezeki setiap pasangan berbeza-beza. Ada yang tidak perlu menunggu lama untuk bergelar ibu dan bapa, ada pula yang dikurniakan cahaya mata selepas lebih 10 tahun berkahwin. Ada juga wanita yang diberikan rezeki untuk hamil namun mengalami pelbagai komplikasi ketika kehamilan, sebagaimana kisah yang dilalui oleh wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ila Fyra ini. Meskipun sudah 14 tahun berlalu, apa yang dialaminya masih segar dalam ingatan dan pastinya tidak akan dilupakan sepanjang hayat.

“Semasa itu saya bekerja dan masih belajar separuh masa di UKM. Ada kes pendar4han dan saya dimasukkan ke hospital. Disebabkan ini kali pertama, saya juga tiada pengalaman. Saya keluar wad dan berehat. Kemudian ada pendarahan lagi, masuk wad lagi dan kemudian keluar wad lagi. Di hospital saya dah mula rasa sakit kontraksi tetapi doktor benarkan saya balik. Sudahnya malam tersebut sakit semakin kerap dan saya kembali ke hospital. Masa tu dah buka 4cm dan doktor cuba bagi ubat untuk elakkan kontraksi datang lagi.

Pengarang jantung Ila Fyra ketika mereka masih kecil.

“Hanya sehari saya dapat bertahan, esoknya saya melahirkan bayi tersebut ketika usia kandungan 24 minggu, 6 hari seberat 635gram. Bayi kemudiannya telah pergi dua hari kemudian,” katanya kepada mStar.

Menurut wanita ini, pengalaman mengalami komplikasi ketika kehamilan sehingga kehilangan bayi yang membuatkan dirinya trauma yang bukan kepalang sehingga dia mengambil masa selama empat tahun sebelum hamil untuk kali kedua. Untuk kehamilan yang baharu, Ila Fyra berkata dia mempersiapkan diri dengan menimba sebanyak mungkin ilmu mengenai kehamilan demi mengelakkan kandungannya mengalami komplikasi yang menyebabkannya melahirkan bayi pramatang sekali lagi.

“Saya memang tr4uma dengan kehilangan anak, jadi saya berjanji pada diri sendiri yang jika hamil lagi, saya akan cuba pastikan ia tidak berlaku lagi. Dalam masa empat tahun tersebut saya memang banyak membaca dan ada berjumpa beberapa doktor untuk mendapatkan pandangan. Jadi saya faham apa yang saya perlu sekiranya saya mengandung lagi,” ujar wanita berusia 41 tahun ini.

Kedua-dua putera Ila Fyra kini berusia 10 tahun dan tujuh tahun.

Terpaksa menjalani beberapa rutin yang agak ‘ketat’ antaranya pengambilan ubat, cerclarge (j4hitan pangkal rhim) serta berehat sepenuhnya daripada kerja-kerja rumah sepanjang kehamilan seterusnya, namun menurut wanita, semuanya dilakukan demi memastikan kandungannya bertahan dan sihat.

“Hanya satu sahaja yang menguatkan diri saya iaitu untuk memastikan bayi saya sihat dan kekal di dalam kandungan sehingga cukup bulan. Pada ketika itu, hanya saya satu-satunya harapan bayi untuk bertahan. Saya juga tidak sanggup sekiranya bayi dilahirkan pramatang lagi kerana cabaran membesarkan bayi pramatang sangat sukar.

Pakar Hanya Mampu Terdiam. Sebak Perasaan Seorang Ibu Ini Apabila Bayi Dikandung Ada Alami Satu Sakit Ini Dan Dia Dedahkan Sesuatu Berkenaan Dengan Kesan Satu Ubat Yang Kerap Diambil Oleh Para Wanita Yang Mengandung Di Luar Sana

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Asid folik penting bagi wanita yang ingin berkahwin, terutamanya mereka yang merancang untuk mendapatkan cahaya mata.Menurut Pusat Kawalan Dan Pencegahan Pnyakit (CDC), wanita perlu mengambil asid folik sekurang-kurangnya sebulan sebelum hamil.

Hal ini kerana asid folik berfungsi untuk membantu pembentukan sel drah merah, sekaligus membantu perkembangan otak dan saraf tunjang bayi. Ia juga boleh didapati secara semulajadi dalam sayuran berdaun hijau gelap dan buah-buahan sitrus.Kekurangan asid folik dalam tubuh boleh menyebabkan komplikasi kepada bayi dan ibu hamil antaranya masalah kehilangan kandungan, kcctn saraf dan kehilangan sebahagian struktur tengkorak, anencephaly.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi pengalaman sedihnya apabila terpaksa berpisah dengan bayi yang berusia 18 minggu dalam kandungan.Kongsi Siti Solehah, bayinya yang telah diberi Umairah itu mengalami masalah cy5tic hygroma, iaitu keadaan di mana wujudnya kantung cecair pada bahagian leher atau kepala akibat penymbatan sistem limfa. Pun begitu, ia boleh wujud di mana-mana bahagian badan.

Berikut adalah perkongsiannya.Pada hari Selasa, 22 September 2020, merupakan mimpi buruk buat mama dan ayah.Pada tarikh itu kami membuat temujanji untuk menjalani ujian detail scan bersama doktor pakar dan mendapati anak kami abnormal baby (cy5tic hygroma) semasa scan.

Cy5tic hygroma adalah baby yang terbentuk mempunyai beberapa cyst di leher baby. Perut dan paru-paru penuh dengan air. Baby tidak akan boleh lahir hidup. Hanya 10% jangka hayat dalam rahim.Hal ini terjadi pada awal persenyawaan. Kromosom terlebih atau terkurang semasa persenyawaan, ataupun ada yang rosak. Allahualam.

Masa imbasan, pakar hanya terdiam dan menjelaskan kepada kami. Tiga orang doktor pakar imbas baby untuk sahkan baby cy5tic hygroma.Doktor pakar bagi Mama dan Ayah tenangkan fikiran dan membuat kata putus keputusan kami samaada nak biarkan kandungan atau sebaliknya.Doktor Pakar memberitahu sekiranya tidak dibuang terlebih dahulu, baby akan hembuskan nafas sendiri dalam perut.

Kandungan kami semasa detail scan berusia 4 bulan 2 minggu. Pembentukan baby sudah hampir sempurna.Susah untuk terima semua ini, Mama dan ayah seakan tidak percaya.Selama 4 bulan lebih ibu langsung tiada alahan. Hanya mengidam makanan biasa-biasa yang senang dicari.Mama dan ayah terkilan kerana tidak dapat menjaga Umairah sehingga besar. Terima kasih ya Allah bagi pinjam baby dalam rahim ibu selama 18 minggu ini.

Pada 23 September 2020, Mama serah diri untuk ditahan di wad dan dimasukkan ubat bagi keluarkan baby.Doktor scan menyatakan baby dah sudah tiada dalam perut. Doktor meminta Mama balik dulu, untuk bagi baby keluar sendiri namun sehingga 27 September, baby masih tak mampu keluar.

Mama menyerah diri dan setelah 2 hari berada di wad baby baru keluar. Pada 28 September tepat jam 4.25 petang, baby dilahirkan. Alhamdulillah Mama dah redha dengan pemergian baby.Ayah bersyukur Allah uji mama dan ayah. Allah pilih kami untuk terima ujian yang sebesar ini dan benda yang paling mahal ayah dan mama pernah dapat iaitu anak syurga.

Semoga kesedihan mama dan ayah pada harini Allah gantikan dengan kebahagian pada hari-hari mendatang.Ingatlah Allah sayang kita sebab tu Allah uji kita. Yang penting kita redha dan ikhlas atas setiap ujian yang diberikan. Janji Allah itu pasti.Sekadar nak kongsikan, berdasarkan apa yang berlaku pada saya, doktor sarankan kalau dah sedia mengandung untuk seterusnya, terus ambil asid folik (Folic Acid).

Salah satu sebab mungkin, tapi Allah sebaik-baik perancang.Saya menyeru kepada para wanita diluar sana supaya mengambil asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan sebagai persediaan awal bagi mengelakkan kehamilan tidak dirancang yang menjurus kepada komplikasi. Mungkin salah Mama dan ayah tak sedia dulu sebelum mengandung.

Saya harap kisah saya dijadikan pengajaran buat bakal-bakal ibu yang tahu mengandung tapi mengabaikan kepentingan vitamin ini.Saya mohon anda kongsi dan tag untuk bakal-bakal ibu nanti sebagai persediaan awal mengandung dan pada awal kandungan. Mencegah lebih baik dari mengubati, namun ingatlah Allah sebaik-baik Perancang.

Sumber: Siti Solehah, Webmd (CDC)

Sumber : http://trendingsangat.pw/selamba-gadis-sumandak-kutip-kelapa-sawit-sekali-ramai-pula-lelaki-berlumba-nak-jadikan-isteri/