Ingatkan dapat adik beradik ipar ni seronok. Wanita ni luahkan sesuatu bila ada adik beradik ipar. Ingatkan senang rupanya makin menyusahkan mak dengan ayah.

Kehidupan

Assalamualaikum, terima kasih admin sudi share perkongsian aku ni. Ok lately ramai dok ceghita pasal prob family . Aku rase aku nak jugak la share prob family aku untuk pengajaran utk korang semua. Aku anak bongsu daripada 4 org adek adek beradek. Atas aku semua kakak2 dan sudah berkahwin dan aku mempunyai abang ipar yang berlainan karakter dan perangai. Perangai2 diorang ni yang buatkan aku benci dan bosan dengan perkahwinan.

Aku duduk dengan mak abah aku dan kakak aku yang ketiga bersama suaminya. Ye aku duduk serumah dengan abang ipar aku. Kakak aku yang ketiga ni perangainya pelik sikit dari adek beradek lain. Dia terjal sikit dan perkahwinan dia sebenarnya tak berapa nak dapat restu daripada parents aku bukan sahaja kerana abang ipar aku tu dah tua tahap pak cik makcik org malahan duda anak empat. Dan kesemua anaknya dah sebaya aku dan kawan2 aku.

Dulu masa aku kecik, aku ingatkan dapat abang ipar ni seronok. Yelah, bile family bertambah kita jadi gembira berkeluarga besar. Tapi, tu semua palsu (pada aku je). Kakak dan abang ipar aku asalnya duduk berasingan dengan mak abah aku, tetapi disebabkan rumah yang mereka duduk sebelum ini kena jual, maka mereka mengambil keputusan duduk rumah mak abah aku.

Aku dengan abah memang tak setuju dengan keputusan diorang tapi mak aku kesiankan diorang, mak aku bg duduk serumah. Aku ingatkan duduk serumah boleh la tolong2 mak abah aku. Tapi hampeh. Diorang duduk kat rumah macam hotel. Makan berhidang, baju dibasuhkan, bil api bil air bil wifi tak pernah tong2, keperluan rumah dapur semua tak pernah kesah. Semua benda mak aku buatkan memandangkan abah aku tak boleh buat kerja2 berat.

Ha! dan abang ipar aku tak pernah nak tolong bapak aku buat kerja lelaki. Semuanya jiran yang baik hati tolong. Bila duduk serumah ngan pak mak mertua ingatkan lebih erat hubungannya, tapi tidak bagi family aku. Abang ipar aku yang ketiga ni akan bertegur sapa dengan mak abah aku bila nak je. Memang boleh dikira dengan jari berapa kali dia tegur mak abah aku setahun.

Itu perangai ipar yang ketiga. Sekarang perangai ipar yang kedua. Abang ipar aku yang kedua ni pon buat aku geram dan sakit hati. Ipar aku yang kedua kerja di KL sebagai tenaga pengajar di sebuah institusi agama. Dia kahwin dengan kakak aku yang kedua atas dasar org tengah (sebab faktor kakak aku dah lanjut umur tak kahwin lagi).

Masa awal2 ipar aku ni masuk family aku, aku berharap sangat dia menjadi abang ipar yang baik memandangkan dia seorang pengajar agama. Tapi perangai dia rupanya sama je dengan ipar yang ketiga. Menyangakitkan hati. Dipendekkan cerita, ipar aku yang kedua ni suruh kakak aku buat loan dengan alasan kakak aku pegawai kerajaan. Jahat. Lepas tu loan yang kakak aku buat tu dia suruh taja mak dia pergi melancong. Loan tu sesen pon takde bagi pada mak abah aku.

Bukan itu sahaja, dia telah rosakkan kereta kakak aku yang telah habis dibayar hutangnya oleh bapak aku dengan kerja amal dia. Contoh yang selalu dia buat bawa ustaz2 pergi ceramah dan bawa makanan untuk gelandangan. Senang cerita dia buat kereta kakak aku tu macam kereta company. Baik tapi sengat jahat. Disebabkan kakak aku sangat sayangang kan kereta pemberian abah aku pada dia, dengan barai2 kakak aku ulang alik pergi kerja pakai kereta itu.

Tak repair ke? Ha, abang ipar aku serah bulat2 pada kakak aku utk hantar ke workshop tanpa sesen pon dari dia. Dia suruh bayar guna duit loan. Bile balik kampung, ipar aku ni tak pernah tolong mak abah aku. Keje die duduk dalam bilik je. Memang perangai raja betul. Keluar bilik nak makan dan keluar jalan2 je. Bukan tu je, makan nak demand, tak nak minyak2, minum air herba khas utk dia, dan semua tu dia ‘order’ kat mak aku.

Apa punya ipar takde hati perut buat mak mertua gitu. Dan mak aku biasa la, buat sahaja apa yang didemandkan ipar2 aku. Untuk pengetahuan korang jugak, ipar kedua aku ni telah menjolikan kehebatan ilmu agama yang dia ada untuk tambat hati bapak aku supaya dapat green light kawen cepat ngan kakak aku. Tpi bila tengok perangai, serius macam tak beragama (sori, bukan nak bangga tapi aku sedih dia guna agama utk tujuan lain)

Tu cite ipar aku yang kedua. Ipar aku yang pertama ni baik walaupun luar macam ‘sarjan misai’. Dia la ipar paling sporting walaupun pendiam. Ipar aku yang pertama ni takde la rajin sangat tolong mak abah aku bile balik kampung, tapi dia tolong sikit2 yang mana mampu memandangkan dia jarang balik kampung sebab outstation. Dan dia paling beriman daripada ipar kedua (sebab selalu sedekah)

So, aku nak conclude bahawasanya bukan semua perkahwinan tu membahagiakan. Kadang2 bahagia tu cuma utk pasangan tu je. Family? Adik ipar, abang ipar dan mak bapak mertua? Merana bhai. Korang kat luar sana, aku nak pesan janganlah sebab perkahwinan yang korang bina menghilangkan common sense terhadap orang2 sekeliling kau terutamanya mak pak mertua dan mak bapak korang. Sebab dapat ipar sebegini la aku sangat tak suke dengan perkahwinan dan perkahwinan tak pernah menjadi life goal aku.

Bukan sebab aku tak redha dengan ujian Allah, tapi aku lebih kesian kat mak bapak aku yang semakin hari semakin kesunyian kerana menantu, anak2 mengabaikan mereka. Untuk perempuan, kumpul la segala aset kebendaan yang ada. Dan jangan pernah bagitahu atau show off korang punya aset pada umum. Takut jadi macam kakak aku yang kedua. Semua harta simpanan dia laki dia dah kikis. Sekarang ni tinggal tanah kat kampung je (tu pon dengar2 laki dia suh jual sbb nak gune duit hantar mak dia pergi haji). Doakan aku kuat menghadapi ujian keluarga ini. Salam ramadan.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.