Adk suami selamba je buat benda ni dekat wanita ni sebab wanita ni tk boleh hamil. Terkejuut tetiiba sesuatu jadi kt ank adk suami. Tergamam satuu keluarga tengok apa yg jadi kat dia.

keluarga Kisah Rumah Tangga

Gambar sekadar hiasahm. Assalammualaikum.. Terima kasih jika admin sudi siarkan.. Tiada apa yang terlalu menarik untuk aku kongsikan tapi aku harap semua boleh ambil ikhtibar serba sedikit dari cerita aku. Aku sudah berkahwin dan tinggal bersama keluarga aku di Negeri Sembilan.

Isteri aku orang Johor. Kami masih belum di kurniakan zuriat. Aku nak cerita mengenai isteri aku. Hari- hari yang aku lalui dengan isteri aku memang agak sukar dan menyebabkan dia tertekan dalam diam. Punca nya aku tak mampu nak sediakan rumah untuk dia jalani hari dia dengan tenang.

Tu silap aku. Tapi betapa sabar nya isteri aku menghadap keluarga aku, biras- biras dia lagi. Dah lah biras- biras semua perempuan. Walau dia tahu isteri adik aku tak suka kan dia dan selalu mengata dia dekat status whatsapp, tapi dia tenang je, buat tak tahu je.

Sampai lah satu hari ni, adik aku dan isterinya bergurau kasar dengan isteri aku. Adik aku cakap isteri aku tak boleh melahirkan anak. Punya lah isteri aku menangis satu malam. Aku sedih, geram, mrah semua ada. Aku nak je cili mulut adik aku tu tapi isteri masih tahan.

Dia cakap biar biar biar.. Dan dalam tak sedar dia memang dah terluka sangat dah. Esok nya dia mula update status dekat fb. Ayat dia aku tengok tak ada pun maki, tak ada yang kasar. Tahu je lah ayat budak belajar kaunseling ni macam mana. Pendek- pendek je ayat tapi deep.

Dan disebabkan status tu, isteri adik aku pun meroyan dekat status whatsapp nya sendiri. Dia perli dan sindir, dia cakap bila dia tulis status, ibu abah aku mesti tahu. Tapi bila isteri aku tulis status, tak ada siapa nak bagi tahu mak ayah saya. Ok, ni penting.

Aku tahu mungkin perbuatan aku bagi tahu status- status dekat ibu abah tu salah, tapi cuba bayang kan anak mana yang boleh tahan kalau ada orang mengata ibu abah kita sendiri? Kadang- kadang adik aku, abg aku, kakak ipar aku bercerita juga pasal status dia tu.

Tapi dia tak tahu, yang dia tahu aku je yang selalu bagi tahu ibu abah. Berbalik kepada isteri aku, dia dah geram dan tak boleh tahan dah dengan adik ipar aku tu. Dia whatsapp personal, dia langsung tak bagi aku baca. Tapi aku sempat baca waktu isteri aku tidur.

Betapa terkejut nya bila isteri aku psyc0 adik ipar aku sampai adik ipar aku tak tahu nak jawab apa dan mula putar belit cerita. Adik ipar aku siap cakap yang selama ni dia mengata ibu abah aku, mrh  mrh ibu aku dekat status tu cuma untuk seronok- seronok je.

But aku tak sangka isteri aku masih boleh balas baik- baik walaupun setiap balasan adik ipar aku semua tak masuk akal dan mungkin juga sebab dah kntoi jadi nya putar belit makin merapu. Last sekali isteri aku pula yang siap minta maaf dulu. Tabik betul dengan kesabaran isteri.

Aku ingat dah habis lah cerita kat situ. Tapi beberapa minggu lepas tu anak buah aku sakit kulit teruk (anak adik aku yang mulut macam apa tu) berubat merata tak baik-baik juga. Jumpa ustz, jumpa DR pakar, buat air tawar, ambil air kolah masjid berubat, tak juga sembuh.

Malah makin teruk. Satu hari, ibu abah dan adik aku pergi bawa anak buah aku berubat dekat seorang lagi ustz. Benda pertama yang ustz tanya, ‘ada tak sakit kan hati sesiapa’ ustz pesan kalau ada, minta maaf dengan ikhlas. Adik aku ni pun merata cari kawan- kawan untuk minta maaf, adik ipar pun pergi jumpa kawan- kawan, sedara mara untuk minta maaf.

Tapi anak sedara aku masih tak sembuh. Jumpa lagi ustz tu, ustz tu tak boleh nak buat apa. Dia suruh berdoa dan cuba ingat lagi ada sesiapa lagi yang belum minta maaf. Kami satu keluarga berusaha fikir, satu keluarga merata minta maaf. Tapi keadaan masih sama.

Berlarutan juga dalam seminggu. Satu malam tu aku tengah tidur, aku terjaga sebab macam dengar orang menangis. Isteri aku buat tahajjud rupanya. Aku pelik lah kenapa dia menangis beria. Aku pun sorok sorok dengar apalah yang dia doakan.

Dia doakan anak sedara aku supaya sembuh. Aku macam dah nak terduduk bila dengar apa yang dia doa. Dia cakap, memang dia terluka, kecewa dengan adik ipar aku, tapi dia minta Allah sembuh kan anak sedara aku. Dia doa lagi, dia tak minta pun balasan macam ni, dia hanya nak hidup tenang je dengan aku.

Aku pun termenangis sekali dengar dia doa. Jadi nya aku sedar lah apa yang jadi ni punca dari sikap dan mulut adik dan adik ipar aku sendiri. Kadang- kadang kita tak doa yang tak baik, tapi bila Allah tahu orang teraniaya Allah terus uji. Dan aku sedar lah yang selama ni adik dan adik ipar aku tak minta maaf dengan ikhlas pun dekat isteri aku.

Esoknya aku cerita dekat ibu abah. Ibu dah sampai kan dekat adik aku. Dan adik aku pun dah minta maaf dekat isteri aku. Tapi ego adik ipar aku tak boleh di turun kan. Dia masih tak buat apa- apa. Dan bagi aku sekeluarga, kami dah buat yang terbaik untuk anak sedara aku.

Jadi terpulang lah kepada adik ipar aku. Walaupun isteri aku dah ikhlas maaf kan semua, tapi kuasa Allah lebih dari segala- galanya. Ego lah pemusnah jua. Dan bertambah lah s@kit hatinya. Dia terus menerus salah kan isteri aku sebab buat anak dia.

Padahal isteri aku tak buat apa, siap doa kan anak dia lagi. Sayang orang macam tu, ego tinggi, tapi tak nampak, tak boleh terima kesalahan diri sendiri, asyik nak salahkan orang lain je. Jadi ambil lah pengajaran. Jangan cakap sembarangan walaupun ianya hanya gurauan.

Kita tak tahu apa orang lain rasa dan sebab Allah dengar setiap apa yang kita perkatakan. Kalau sasaran nya bukan kita, mungkin anak- anak kita. Terima kasih sudi membaca, doakan aku dan isteri dilimpahkan rezeki zuriat dan rumah sendiri. Terima kasih admin, semoga Allah merahm@ti.

– Suami Puan kaunselor.

Gadis Ni Masih Suci Pelik Bila Tiba Tiba Doktor Sahkan Dia Mengandung. Gara Gara Taknak Tanggung Malu Gadis Ini Terpaksa Nikah Dengan Rider Pizza. Terkedu Tak Lama Lepas Kahwin Ini Yang Terjadi.

Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Part 1 – Hud Asyikin. Assalamualaikum Admin KRT. Maafkan saya, saya gunakan fake akaun untuk buat luahan ni. Saya seorang perempuan yang berumur awal 20-an. Saya baru saja menamatkan pengajian degree. Saya taktau nak start cerita ni dari mana. November 2016 adalah detik paling pahit bagi saya. Saya tak datang peri0d selama 2 bulan, lepas buat medical checkup di sebuah hospital Swasta, saya disahkan pregnant 5 minggu.

Masa tu, saya terkejut sampai nak pitam. Saya tak pernah terlanjur dgn sapa sapa, bahkan saya takda teman lelaki pun. Saya sangat menjaga ikhtilat saya. Keluarga saya start marah dan benci dengan saya. Saya dianggap sebgai anak yang memalukan keluarga. Keluarga saya agak ternama, sebab ayah saya Businessman.

Demi menjaga nama baik keluarga, saya telah dipaksa berkahwin dengan sepupu saya. Sepupu saya setuju nak bantu keluarga kami. Kami nikah pada Januari 2017. Perjanjian telah dibuat. Kami akan berpisah pada September 2017 bila saya dah bersalin dan habis pantang. Selepas berkahwin, saya ikut menetap dengan suami di KL. Suami saya seorang deliver Domino Pizza.

Pada awal perkahwinan saya amat tertekan. Sampai demam selama seminggu. Tapi suami saya sangat prihatin dengan saya. Dia menjaga saya dengan baik, even masa saya demam dia lah yang mandikan saya, lap badan saya, masakkan bubur untuk saya.

Namun saya bersyukur dia seorang yang sangat sangat menjaga solat. Tapi ada ketikanya saya malu juga bila sepupu yang agak rapat dari kecil, sekarang dia dah nampak semua aurat saya ketika dia mandikan saya. Dia kata kat saya, jangan fikir bukan bukan. Anggap jer macam seorang Abang jaga seorang Adik. Saya selalu menangis kat dia dan cakap kat dia yang saya tak mengandung pun. Saya tak pernah buat perkara keji tu. Dia hanya mengangguk dan selalu cakap yang dia percayakan kata kata saya. Dia selalu bagi saya kata kata semangat.

Kami tak pernah tidur sekatil, sepanjang perkahwinan kami tidur dibilik asing asing. Cuma sekali sahaja kami tidur sekatil, masa tu dia urutkan kepala saya masa demam, kebetulan dia baru balik dari kerja terus terlena atas katil saya, tapi kami tak pernah melakukan hubungan kelamin. Dia tak pernah nak mengambil kesempatan terhadap saya.

Dua bulan berlalu. Kami berdua jalani hidup seperti pasangan yang awkward. Yelah, Sepupu yang selalu mengusik saya masa zaman sekolah, kini dah jadi suami saya. Dulu dia seorang yang periang, suka sakat menyakat, sejak berkahwin jadi agak pendiam. Kami bercakap bila perlu jer. Time makan pun kami jarang bersembang. Saya tak bekerja, hanya suami jer bekerja.

Saya pernah terbaca payslip dia, gaji bersih nya 1700+, kami duduk dirumah sewa. Sebulan rm500, tapi yang buat saya terharu, suami saya tetap bagi saya RM500 untuk nafkah zahir setiap bulan, jadi dengan baki RM700 tu lah dia guna untuk belanja dapur, minyak motor, bil telefon dan duit kopi dia sementara tunggu gaji bulan seterusnya.

Keluarga belah saya langsung tak ambil peduli pasal saya, hanya kakak saya jer yang selalu melawat saya dekat rumah. Bulan April yang lalu, satu perkara telah berlaku. Saya tak tahu samaada saya nak gembira ataupun sedih.

Pada satu pagi perut saya sakit sangat. Cairan merah mengalir dari alat sulit saya dengan kuantiti yang banyak. Saya ingatkan peri0d. Masa tu sakit bercampur gembira, saya fikir saya tak pregnant, saya ajak suami pegi buat medical checkup sekali lagi, kali ni di Hospital Kerajaan.

Rupanya, ada ketumbuhan di rahim saya. Doktor cakap mungkin itu lah punca kitaran haid saya terbantut pada hujung tahun lepas. Doktor suruh saya jalani 0peration untuk buang ketumbuhan tersebut. Suami pun bersetuju.

Segala kos 0peration, Suami saya tanggung dengan duit simpanan dia masa bujang dulu. Selepas 0peration, dia ambil cuti selama 2 minggu untuk jaga saya dalam pantang. Saya mula jatuh cinta dengan sikap prihatin dan penyayang dia terhadap saya.

Tapi saya tak bagitau. Saya malu kalau saya bertepuk sebelah tangan. Setelah pulih dari 0peration, keluarga saya datang jumpa suami saya. Ayah saya mintak supaya kami berpisah lebih awal. Saya disuruh sambung sijil master. Saya geram dengan tindakan selfish ayah.

Tapi suami saya seakan menurut saja permintaan Pakcik dia. Bulan puasa yang lepas, dia naik Pejabat Agama untuk urusan dokumen perpisahan. Saya sedih. Saya dah terlanjur sayangkan suami saya. Raya baru ni saya ada bertanya pada dia.

“Abang betul ke nak berpisah dengan saya?” Dia hanya gelak. “Betul la, kan haritu perjanjiannya macam tu.” Walaupun dia ketawa, tapi saya tau yang dia jugak sedih nak berpisah dengan saya. Mungkin ego lelaki yang membuatkan dia susah nak cakap yang dia jugak sayangkan saya atau mungkin dia taknak bergaduh dengan ayah saya. Lepas dengar dia cakap macamtu, saya tak jadi nak luahkan perasaan saya pada dia.

Hujung bulan ni, kami akan naik ke Mahkamah untuk lafaz talak. Saya sedih sangat. Saya taknak berpisah dengan dia. Saya sayang suami saya sangat sangat. Saya rasa saya takkan jumpa dah lelaki yang baik macam Sepupu saya ni. Masa takda orang nak percaya dengan saya, dia jer lah yang selalu bimbing dan percaya dengan apa yang saya cakap dulu. Saya mohon sangat pendapat kakak kakak, apa yang saya perlu buat untuk selamatkan perkahwinan saya ni. Perlu ke saya bagitau cepat perasaan saya pada dia? Mohon semua doakan yang terbaik untuk saya dan suami.

Part 2 – Hud Asyikin

Assalamualaikum Admin. Saya confessor yang tulis semalam pasal nak berpisah dengan sepupu saya hujung bulan ni. Sebelum tu, saya nak cakap terima kasih banyak banyak pada akak akak yang bagi komen membina pada saya.

Saya ade terbaca jugak komen komen yang kata saya ni menipu lah, bajet bajet Maryam Nabi Isa lah. Saya tak pernah pun cakap saya ni semulia Ibu Nabi. Dan ade jugak yang cakap, saya mereka cerita, jujur saya cakap sikit pun tak ambil hati dengan komen begitu. Apa yang boleh saya buat. Saya doakan anda dan ahli keluarga tak terkena penyakit begitu.

Saya rasa serba salah sebab post saya ramai yang bertengkar. Ada jugak komen yang cakap suami saya lurus dan pendidikan rendah lah. Sebenarnya, suami saya abis belajar dulu. Dia 2 tahun tua dari saya. Dia ade degree dalam kos pengajian kaunseling. Muet dia pun tinggi dari saya. Cuma dia suka buat kerja yang tak duduk dalam ofis. That’s why dia kerja deliver.

Terima kasih kepada Kak Cahaya Iman Haykal. Komen akak yang paling awal bagi dorongan pada saya semalam. Tak lupa jugak pada akak akak yang lain. Terima kasih sekali lagi. Masa saya taip confess petang semalam, saya masih duduk kat umah parent sejak dari hari raya lagi. Jadi dah lebih kurang 3 minggu saya tak duduk dengan suami. Lepas abis cuti raya dia balik KL terus masuk kerja.

Sebenarnya, lepas akak akak komen suruh saya luah perasaan pada sepupu saya tu, saya tak ikut pun cakap akak akak semua. Saya rasa biarlah apa nak jadi pun jadi lah. Tapi saya tak sangka malam tadi, saya dapat wassap dari dia.

“Apa perasaan dapat banyak likes? Seronok ke buat macamtu?” Saya tetiba risau kalau kalau dia baca post tu. Saya tukar topik tanya dia dah ke makan belum. Dia reply, “Kemas kain baju, esok pagi saya datang ambil. Duduk rumah orang lama lama. Macam takde rumah sendiri pulak”.

Saya jadi geram pulak dia mesej macam tu. Saya kemas semua pakaian. Time nak tidor tu, saya asyik terkenangkan kalau esok pagi dia marah marah saya pasal post tu. Walaupun dia bukan jenis baran tapi saya pernah tengok dia berkasar dengan adik dia pasal adik dia mer0kok kat asrama, itupun 5 tahun lepas.

Pagi tadi dia sampai, naik kereta Saga dia tu. Terkejut jugak. Biasanya dia tak pernah bawak kereta kalau jalan jauh. Balik kampung haritu pun kami naik bas jer. Lepas salam salam dengan family, kami terus balik. Dia taknak stay lama lama kat rumah Ayah saya.

Sepanjang kami dalam kereta tadi, dia senyap jer tak cakap cakap ape. Saya pun tak berani nak tegur macam macam. First time tengok dia serius. Biasanya blur dan cool jer. Sampai kat rumah, saya tanya lah kenapa ambil cuti hari ni? Saya boleh naik bas balik KL. Dia diam jugak. Dari petang bawak ke Isyak dia masih senyap. Saya pun tak berani la nak tanya banyak kali. Tengah nak lelapkan mata tadi, dia wassap saya macam dalam gambar kat bawah ni.

Saya rasa malam ni saya lah insan yang paling bahagia sekali atas muka bumi. Terima kasih sangat pada akak akak yang doakan kami. Semoga Allah jer yang dapat balas semua jasa baik akak-akak semua. Harap2 dia tak baca post saya yang ni. Mesti dia marah lagi. Btw, terima kasih sekali akak akak semua. Rasa lapang jer dada sekarang ni.

Part 3 – Hud Asyikin

Assalamualaikum Admin. Ni saya Hudzaifah. Suami Asyikin. Nak mintak tolong Admin, boleh tak delete pic conversation WhatsApp yang wife saya bagi haritu? Segan ler. Boleh ye Min? Ouh, lagi satu nak bagitau. Terima kasih pada Admin dan semua yang mendoakan rumah tangga kami. Nak bagitau, kami memang tak jadi berpisah. Hal Family pun dah settle kelmarin, jadi boleh lah padam posting posting Wife saya sebelum ni.

Sebenarnya banyak misunderstanding jer pun. Hahah. Ini pun saya check messenger dia. Baru jumpa fake account dia ni. Hahah. Ini first time saya yang confess kat KRT ni. Lepas post yang ni saya akan delete akaun dia ni. Weekend ni kami pindah rumah baru dekat area Bukit Gasing, PJ. Kami ingat nak buat kenduri doa selamat sikit.

Nak jemput semua tak mampu. Sape yang duduk dekat area tu, komen lah kat post ni. Nanti saya inbox invite personal. Boleh kenal kenal jiran setempat. Yang duduk Taman Dato Harun atau Taman Medan pun boleh komen. Sekali lagi, terima kasih pada yang mendoakan hubungan kami sebelum ni. Moga Allah SWT kurnia kan ganjaran yang setimpal pada kakak kakak semua. Ameen.

Tamat. Kisah Hud Asyikin di atas pernah viral pada tahun 2017. Buat Hud dan Asyikin, semoga rumahtangga yang dibina kekal ke hujung hayat. Maaf, kami terpaksa sertakan conversation WhatsApp korang supaya cerita tidak tergantung. Hahaha. Tetapi, itulah buktinya kisah cinta hebat korang. Sumber : Kisah Rumah Tangga