Afgan disahkan positif Covid 19. Tapi tidak mengalami sebarang simptom dan mungkin ini sebabnya.

Artis Viral

Afgan melakukan aktiviti senaman ringan sepanjang jalani kuarantin kendiri. Penyanyi Indonesia terkenal Afgan memaklumkan bahawa dirinya disahkan positif Covid-19 sejak Khamis lalu tanpa mengalami sebarang simptom. Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza memberitahu dia kini sedang menjalani kuarantin kendiri dan berharap akan diberikan kesembuhan tidak lama lagi. Menurut penyanyi berusia 32 tahun ini, keadaannya sehingga kini masih baik mungkin disebabkan dirinya sudah mendapatkan suntikan vaksin.

Afgan memaklumkan perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.

“Jadi, sebenarnya saya disahkan positif Covid-19 dan hari ini merupakan hari keempat (Ahad) saya menjalani kuarantin kendiri di rumah. Bagaimanapun saya tidak mengalami sebarang simptom buat masa kini. Mungkin juga kerana saya sudah mendapat vaksin jadi simptom itu tidaklah terlalu teruk. Jadi kepada anda semua, pastikan diri anda lengkap mendapatkan vaksin kerana sekiranya terkena Covid-19, impaknya berkurangan, ” tulisnya di laman Instagram. Penyanyi lagu If I Don’t Have Your Love itu turut memuat naik video dia sedang melakukan aktiviti bersenam menerusi laman Instagram miliknya.

Rutin senaman juga hanya yang mudah dan tidak begitu keterlaluan.

Rata-rata warganet dan rakan selebriti juga mendoakan agar penyanyi lagu Jodoh Pasti Bertemu itu cepat sembuh serta sentiasa dalam keadaan baik. Dalam pada itu, Afgan berkata seseorang yang dijangkiti virus namun tidak mengalami simptom juga boleh melakukan aktiviti bersenam untuk kekal sihat. Penyanyi yang mempunyai hubungan rapat dengan selebriti terkenal Rossa itu berharap orang ramai untuk terus kekal positif dan mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengekang penularan wabak itu.

Afgan bersyukur sudah menerima suntikan vaksin.

“Jadi, beginilah rutin saya iaitu bersenam bagi memastikan diri kekal sihat dan cergas sepanjang tempoh kuarantin. Rutin senaman juga hanya yang mudah dan tidak begitu keterlaluan. Kepada anda yang positif virus Covid-19 tanpa sebarang simptom seperti saya, anda boleh terus beriadah, cuma secara ringkas saja. Tidak mahu sehingga menjejaskan kesihatan pula. Yang masih sihat, kekal gaya hidup teratur dan baik. Dan kepada anda yang sudah diuji dengan virus Covid-19, cepat sembuh dan terus semangat ya!” kongsi Afgan.

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.