Agong ajak Ustaz Ebit Lew makan. Mengejutkan bila tiba tiba Ustaz Ebit dedahkan ada satu kejadian yang buat Ustaz Ebit rasa malu. Rupa rupanya ini yang terjadi.

Berita

Agong ajak Ustaz Ebit Lew makan. Mengejutkan bila tiba tiba Ustaz Ebit dedahkan ada satu kejadian yang buat Ustaz Ebit rasa malu. Rupa rupanya ini yang terjadi.

Itulah reaksi penceramah popular, Ebit Lew apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini membelanjanya makan ikan patin di Temerloh, Pahang. Menurut Ebit, dia berasa sangat malu apabila dilayan Al-Sultan Abdullah dari mula hingga selesai menjamah hidangan malah dimintanya membacakan doa sebelum makan.

“Tuanku ulang kali cakap ustaz terima kasih beri bantuan di Negeri Pahang. Allahuakbar. Sebenarnya sikit sangat bantuan kami berikan di Pahang ini. “Selalu nampak rombongan Tuanku YDPA setiap hari beri bantuan banjir. Pecah tiga lagi. Tuanku, Permaisuri Agong dan Pemangku Raja. Dari pagi sampai lewat malam,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Ebit juga berkata, Agong turut menyuapkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. “Bergurau mesra. Kasih sayang. Cinta sampai syurga,” ujarnya. Tambahnya, menambahkan rasa malunya adalah apabila Al-Sultan Abdullah mengajaknya serta pasukannya bergambar.

“Semua memang berdoa jer teringin nak bergambar. Allah kabulkan doa kami. Ya Allah inilah Raja kami yang teramat baik dan mulia. Berilah kebaikan dan rahmat kepada Tuanku dan keluarga. “Terima kasih ya Allah temukan kami dengan Tuanku YDPA kami yang mulia,” katanya.

Terharu sebak sangat. Selepas misi bantuan, rezeki Tuanku YDPA belanja makan ikan patin di Temerloh. Ya Allah. Malu sangat rasa sebab dari mula sampai akhir Tuanku YDPA layan dan jemput makan. Dari mula minta baca doa sebelum makan. Terima kasih Tuanku. @istana_negara @this.7

Tuanku ulang kali cakap ustaz terima kasih beri bantuan di Negeri Pahang. Allahuakbar. Sebenarnya sikit sangat bantuan kami berikan di Pahang ini. Selalu nampak rombongan Tuanku YDPA setiap hari beri bantuan banjir. Pecah tiga lagi. Tuanku YDPA,Permaisuri Agong, dan Pemangku Raja.

Supaya dapat cover setiap ceruk kawasan banjir. Dari pagi sampai lewat malam. Saya ikut sekejap terasa penat.. Tak terkejar dengan bantuan Tuanku. Tadi masa makan YDPA Agong disuapkan Permaisuri Raja. Bergurau mesra. Kasih sayang. Cinta sampai syurga.

Lagi rasa malu bila tiba-tiba Tuanku bangun ajak team saya semua bergambar. Semua memang berdoa jer teringin nak bergambar. Allah kabulkan doa kami. Kata Tuanku ini semua takdir Allah atas pertemuan ini. Ya Allah inilah Raja kami yang teramat baik dan mulia. Berilah kebaikan dan rahmat kepada Tuanku dan keluarga. Terima kasih ya Allah temukan kami dengan Tuanku YDPA kami yang mulia. Daulat Tuanku. -ebitlew

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Kosmo Online

Sanggup Keluar Awal Pagi Sehingga Larut Malam Dengan Membawa Wang Tunai Sebanyak RM500 Ribu. Ebit Lew Luah Rasa Kagum Melihat Keprihatinan Tengku Hassanal

Berlaku banjir yang berlaku di beberapa buah negeri di Malaysia sudah pasti memberi impak yang besar terutamanya kepada individu yang terlibat. Terdapat banyak kawasan dinaiki air dan memutuskan jalan utama di beberapa kawasan. 

Semalam, Ebit Lew telah turun padang dan sanggup mengharungi banjir demi membantu orang yang terlibat banjir yang terjejas di sekitar Kuala Lipis, Pahang. Menerusi perkongsian yang dimuatnaik oleh Facebook rasmi Ebit Lew, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Shah juga turut turun padang bersama memberi bantuan kepada sesiapa yang terlibat dengan banjir.  

Syukur hari ini bersama KDYMM Tengku Hassanal Pemangku Raja Pahang  memberi bantuan banjir. Sebak sayu rasa melihat kesungguhan beliau. Setiap hari melawat kawasan  banjir. Memberi wang tunai.Menurut beliau, Pemangku Raja Pahang itu sanggup keluar awal pagi sehingga larut malam dengan membawa wang tunai sebanyak RM500,000 untuk diberikan kepada individu yang terlibat dengan banjir.Baginda begitu bersungguh menghulurkan bantuan tanpa mengira penat untuk memastikan keselamatan dan keselesaan rakyat. 

Sewaktu mereka makan bersama, Tengku Hassanal dan Ustaz Ebit Lew juga sempat berbincang berkenaan keadaan rakyat Pahang yang menghadapi ujian yang berat ini. Tuanku rasa sedih risau sangat. Sampai tengah malam bincang bersama keadaan orang Pahang. Allahuakbar. Sedih berat ujian. Setiap hari Tuanku keluar awal pagi sampai tengah malam beri bantuan.

Dalam pada itu, Ebit Lew turut menyatakan perasaan kagum dan malu dengan KDYMM Tengku Hassanal kerana layanan yang begitu baik walaupun baginda dalam keadaan penat selepas membantu dan melawat lebih 20 pusat bantuan dalam sehari.Selain itu, menerusi perkongsian itu, beliau juga mendoakan agar seluruh Malaysia selamat daripada banjir dan berterima kasih kepada Tengku Hassanal kerana usahanya untuk membantu rakyat yang memerlukan.

Kongsi Gambar Minum Air Kelapa Di Tepi Jalan. Ternyata Perkongsian Tersebut Meraih Perhatian Ramai Selepas Putera Mahkota Pahang Memuat Naik Gambar Baginda Dan Promosikan Gerai Air Kelapa Tersebut

Pepatah Melayu ‘ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi’ benar-benar menggambarkan Pemangku Raja Pahang yang juga merupakan Tengku Mahkota Pahang, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Anakanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini merupakan putera yang berjiwa rakyat seperti ayahanda dan bonda baginda.

Baginda begitu mesra dan dekat dengan rakyat menjadikan baginda seorang Putera Mahkota yang sangat disayangi dan disenangi masyarakat.Dalam satu entri di Instagram, Tengku Hassanal telah memuat naik sekeping gambar baginda sedang duduk di sebuah gerai air kelapa di tepi jalan.

“Kalau Awak Singgah FELDA Bukit Goh, jangan Lupa beli air kelapa dekat sini. Pakcik ni selalu pakai Tanjak,” tulis baginda pada gambar tersebut.Entri tersebut ternyata mendapat sambutan ramai terutamanya dari rakyat negeri Pahang yang begitu bangga dengan baginda yang berjiwa rakyat dan mudah didekati.

Tengku Hassanal yang berusia 25 tahun ini telah dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang pada 29 Januari 2019 dan kini juga menjadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang.Kredit Gambar: Instagram Tengku Hassanal Shah

Tular Kisah Seorang Penunggang Wanita Yang Kehilangan Motosikalnya. Terbaru Dikhabarkan Tengku Permaisuri Selangor Hadiahkan Motor Baru Kepada Akak Panda

Sebelum ini, kisah seorang penunggang wanita yang kehilangan motosikalnya ketika bekerja mendapat perhatian ramai. Motosikal miliknya dipercayai telah diambil oleh individu yang tidak bertanggungjawab di Giant Batu Caves dan paling menyedihkan apabila motosikal itu baru sahaja dibeli olehnya.

Terbaru, individu yang dikenali sebagai Nur Athirah, telah mendapat sebuah motosikal baharu menggantikan motosikalnya yang telah diambil orang itu.Menerusi posting di Facebook Selangor Royal Office, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan sumbangan peribadi Baginda berupa sebuah motosikal kepada Athirah. Motosikal tersebut diberikan oleh Baginda menggantikan motosikalnya yang telah diambil orang ketika sedang melakukan kerja penghantaran makanan.

Baginda berasa amat sedih dan terharu apabila membaca berita yang tular mengenai nasib Athirah.Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz.Sama-sama mendoakan.Di waktu kita semua sedang diuji dengan pelbagai dugaan ketika ini. Baginda amat berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersifat berperikemanusiaan dan bertimbang rasa di antara satu sama lain.

Tidak berakhir di situ, baginda turut mendoakan agar sekalian rakyat terus dimurahkan rezeki dan sentiasa di dalam perlindungan Allah S.W.T.Menerusi ruang komen, rata-rata warganet mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan oleh Tengku Permaisuri Selangor dan berharap gadis tersebut menjaga motosikal tersebut dengan sebaik mungkin.Sumber: Selangor Royal Office

Reaksi Tunku Hajah Azizah Aminah Dan Anakandanya Meraih Perhatian Orang Ramai Selepas Melakukan Swab Test. Ini Reaksinya Sehingga Membuatkan Ramai Terhibur.

Pandemik Covid-19 di Malaysia kembali menunjukkan peningkatan sejak beberapa minggu lalu. Hal tersebut pasti membimbangkan semua pihak kerana hampir kesemua sektor sudah mula beroperasi. Oleh itu, ramai yang mulai menyedari kegawatan tersebut dengan mengambil inisiatif untuk melakukan swab test atau ujian saringan bagi memastikan diri bebas daripada wabak tersebut.

Lakukan ujian saringan Covid-19. Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut tidak ketinggalan melakukan swab test dan perkara itu dikongsikan baginda di laman Instagram miliknya. Selain Tunku Azizah, anakanda baginda iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah turut sama melakukan proses ujian saringan berkenaan. Namun begitu, kapsyen comel daripada Raja Permaisuri Agong telah berjaya meraih perhatian warganet kerana berseloroh dengan reaksi anakandanya semasa melakukan proses tersebut.

Comellah Tuanku & Tengku Ahmad. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan pelbagai komen selepas menonton video tersebut. Rata-rata memuji kecomelan Tunku Azizah dan Tengku Ahmad Ismail selain mendoakan agar baginda dan keluarga dilindungi Allah SWT. Kita jaga kita. Semoga Tuanku & anakanda diberi kesihatan yang baik

‘Susah Kalau Orang Sakit Jiwa!’-Tuanku Permaisuri Agong Jawab Komen tak baik warganet Di Instagram

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya terkenal dengan sikap ramah beliau bersama rakyat jelata terutamanya di media sosial. Sering berkongsi resipi masakan dan aktiviti menyulam yang dilakukan di akaun Instagramnya, beliau bagaimanapun tidak terlepas daripada perangai tak elok sesetengah warganet. Perkara itu dikongsikan sendiri beliau baru-baru ini menerusi satu hantaran dengan berkongsikan kembali tangkap layar komen buruk dari warganet yang di hantaran sebelumnya. ‘Apa masalah anda dengan saya’ Komen tersebut bukan sahaja tak sopan dengan memberitahu individu yang mengalami cirit birit agar hanya membuang air besar namun turut mengandungi kata-kata kesat seperti ‘si*l’ di penghujungnya.

Walaupun tidak dapat dipastikan daripada hantaran mana komen tersebut dibuat namun akaun @farisisbi**h merupakan akaun palsu berdasarkan nama dan gambar akaun yang digunakan warganet terbabit. Tidak mahu perkara tersebut terus berlaku, Tunku Azizah kemudiannya membalas kembali komen tersebut dengan bertanyakan ‘apa masalah anda dengan saya’ sebelum membuat hantaran berasingan dengan menyifatkan akaun tersebut mempunyai masalah sakit jiwa.

Rata-rata warganet kemudiannya yang melihat hantaran itu mengkritik perbuatan buruk itu dan mencadangkan agar beliau mengambil tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab memberikan komen itu. Raja Permaisuri Agong sebelum ini juga aktif di Twitter sebelum menutup akaunnya. Baca penjelasan penutupan akaun seperti yang kami kongsikan sebelum ini di pautan di bawah. Sumber: TheVocket

Raja Permaisuri Agong Jawab Isu Tutup Akaun Twitter

Selepas hampir dua hari menutup akaun Twitter, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kembali menghidupkan akaun Twitter rasminya pagi tadi. Baginda turut menzahirkan rasa kecewa berhubung tindakan polis menahan beberapa individu yang didakwa berkata negatif Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di media sosial. Menurut Tunku Azizah, walaupun sebelum ini baginda dan suami seringkali menerima kritikan namun tidak pernah membuat laporan polis. Baginda mengetahui isu penahanan individu tersebut daripada puterinya, Tengku Puteri Afzan Aminah Sultan Abdullah. Selain itu, Tunku Azizah berharap orang ramai bertenang dan sempat berseloroh dengan mengatakan ‘bertenang semua’ seperti yang selalu dipesan oleh puterinya setiap kali baginda bersedih.

Mendengar berita kembalinya Raja Permaisuri Agong di Twitter, rata-rata warganet berasa teruja dan gembira. Namun, akaun tersebut kembali ditutup selepas beberapa jam. Ini mungkin keputusan baginda untuk menutup akaun Twitter dan sebagai Rakyat, kita haruslah menghormati keputusan yang diambil oleh baginda. -TheVocket

Akhirnya Persoalan Telah Terjawab. Selepas Tengku Hassanal Bertitah Anjurkan Solat Hajat Dan Tahlil Dengan Doa Selamat Untuk Kesihatan YDP Agong Ini Keadaan Terkini YDP Agong.

Persoalan telah terjawab, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Baginda telah menjalani rawatan keracunan makanan dan intervensi, dan kini baginda sedang menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).

Menerusi kenyataan media oleh Istana Negara, rawatan keracunan bermula apabila Al-Sultan Abdullah dimasukkan ke IJN pada malam 21 September 2020. Rawatan intervensi pula dilakukan susulan penimejan MRI pada 22 September 2020 yang telah menunjukkan kelukaan yang telah dialami oleh YDP Agong ketika bersukan.

Seperti sedia maklum, Seri Paduka Baginda sangat aktif berkecimpung dalam beberapa jenis sukan, antaranya polo berkuda, bolasepak, skuasy, hoki dan golf.” Menurut sumber lagi, Seri Paduka Baginda kini berada dalam keadaan yang stabil serta tidak membimbangkan dan kini menjalani rawatan susulan dengan pengawasan rapi pasukan Pakar Perubatan IJN.

Tengku Hassanal Bertitah Anjurkan Solat Hajat Dan Tahlil Dengan Doa Selamat Untuk Kesihatan Yang Di Pertuan Agong. Rupa Rupanya Ini Keadaan Terkini YDP Agong.

Sejak dua hari yang lalu, rakyat Malaysia menerima perkhabaran kegeringan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah apabila baginda dilaporkan telah dimasukkan ke Wad Diraja, Institut Jantvng Negara (IJN).

Berita ini sudah semestinya disusuli dengan ucapan dan doa dari rakyat jelata agar YDPA dikurniakan kesembuahan dengan segera. Terbaharu, dalam satu kenyataan media yang dimuat naik di Instagram peribadi Ke Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah bertitah agar semua masjid di negeri Pahang mengadakan solat hajat, bacaan yasin, tahlil dan doa selamat.

Majlis solat hajat, bacaan yasin, tahlil dan doa selamat tersebut akan diadakan selepas Solat Maghrib pada Khamis 24 September 2020. Kemudian pada hari Jumaat 25 September 2020, solat hajat sahaja akan didirikan setelah selesai menunaikan Solat Jumaat. Dalam kenyataan yang sama, baginda juga mendoakan agar negara kita bebas dari wab4k, dan huru hara.

Sumber: Bernama

Permaisuri Agong Tinggalkan Nota Yang Mengejutkan Di Atas Periuk. Katanya Jangan Sentuh Lansung Atau Ini Tindakan Yang Akan Diambil.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sememangnya cukup dikenali dengan minat menghasilkan pelbagai jenis masakan. Minat Permaisuri Agong itu pada masakan dapat dilihat menerusi akaun di Instagram airtangan_tunkuazizah yang memaparkan pelbagai jenis hidangan yang menyelerakan.

Melalui kiriman terbaru, Tunku Azizah ada memuatnaik sekeping gambar makanan di dalam periuk namun apa yang mencuit hati adalah terdapat nota ‘amaran’ yang ditulis agar tiada sesiapa pun yang boleh menyentuh periuk tersebut.

Sudah warning kpd semua org …… don t touch or move this periuk , atau sy peliat telinga dan ketuk jari!

Minta 21 Dulang Hantaran Kalau Ada Yang Nak Meminang. Tak Sangka Si Bulus Kesayangan Tunku Azizah Jadi Perhatian Warganet.

PERKONGSIAN terbaharu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengenai dua anak kucing yang baharu dibelinya sekali lagi ‘menjadi’ tumpuan rakyat di negara ini. Apa yang menarik perhatian bukan sahaja kecomelan kedua-dua anak kucing yang dimuat naik di laman Twitter Tunku Azizah itu tetapi gelaran nama ‘Ku Jeling’ dan ‘Ku Juling’ yang diberikan baginda.

“Kenalkan Yang Amat Meow Ku Jeling dan Yang Amat Meow Ku Juling…anak-anak saya!.” tulis Tunku Azizah dalam ciapan yang dimuat naik. Sehingga jam 12 tengah hari Ahad, perkongsian itu telah diulang kicau sebanyak 6,100 selain memperoleh lebih 19,600 tanda suka.

Dalam ruangan komen gambar tersebut, rata-rata warganet memuji kecomelan kedua-dua kucing ‘diraja’ itu. Beberapa jam selepas itu, baginda sekali lagi memuat naik status berkisar tentang kucing peliharaannya yang menjadi tumpuan ramai itu.

“Kucing ku puteri dua-dua..siapa naik minang, hantarannya 21 dulang ok!,” ciap Tunku Azizah. Difahamkan, baginda membeli kedua-dua anak kucing baka Scottish Fold dan British Short Hair di sebuah kedai haiwan peliharaan di Taman Melati, Kuala Lumpur. Terkenal dengan jolokan sebagai kerabat diraja berjiwa rakyat dalam kalangan warganet, apa sahaja perkongsian di laman sosial Tunku Azizah pastinya sering menjadi tumpuan ramai.- Sinar Harian.