Ahli keluarga hilang deria bau kerana Covid19. Seorang remaja ini sanggup selamatkan penghuni rumah dan anjing lepas terhidu asap

Viral

Dilaporkan seorang remaja perempuan menjadi wira selepas berjaya menyelamatkan keluarganya ketika rumah mereka dijilat api pada awal pagi iaitu Jumaat lalu. Bianca,satu-satunya anggota keluarga yang tidak dijangkiti covid19,mengejutkan seluruh penghuni untuk selamatkan diri.

Berlaku di Waco,Texas pada kira kira pukul 2 pagi itu,Bianca Rivera 17,terhidu bau asap dan dapat meneka sesuatu yang buruk sedang berlaku. Bianca dpat menghidu bau asap kerana dia merupakan satu satunya anggota keluarga yang tidak dijangkiti virus tersebut,manakal tiga lagi penghuni rumah tersebut disahkan positif virus berkenaan dan kehilangan deria bau.

Sebaik sahaja terbau asap, dia segera mengejutkan tiga ahli keluarganya yang lain untuk segera menyelamatkan diri.”Saya tidak menganggap diri saya sebagai wira.”Saya akan melakukan apa sahaja untuk keluarga, dan perkara ini juga pasti dilakukan oleh orang lain untuk keluarga mereka,” katanya.Bukan sekadar menyelamatkan ahli keluarga, malah tindakan pantas Bianca turut menyelamatkan empat ekor anjing peliharaan mereka. – Dailystar

Ada Yang Limpanya Bergerak Ke Bahagian Tubuh Lain Selama 48 Jam. Berikut Antara 5 Sakit Pelik Yang Wujud Selain Daripada COVID19

Covid-19 bukan satu-satunya sakit yang datang secara tiba tiba kepada manusia pada 2020.TIDAK dapat disangkal lagi, Covid-19 merupakan sakit paling memberi kesan sepanjang 2020. Namun, tahukah anda terdapat beberapa sakit lain yang dianggap aneh turut berlaku pada tahun ini?Masalah kesihatan ini terjadi disebabkan oleh beberapa perkara. Berikut adalah sakit aneh yang dilaporkan sepanjang 2020 selain Covid-19.

1. Kncing hijau.Seorang lelaki berusia 62 tahun di Chicago, Amerika Syarikat ketika kncing mendapati air kncingnya berwarna hijau.Dalam kajian yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine mendapati, air kncing berwarna hijau ini terjadi disebabkan kesan sampingan yang sangat jarang berlaku kerana pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Dilaporkan, beberapa hari sebelumnya, lelaki tersebut diberi ubat bius dikenali sebagai propofol. Warna air kencing lelaki itu bagaimanapun kembali normal selepas pengaruh ubat itu hilang.Terdapat beberapa sakit berlaku yang tak dapat dijelaskan.

2. Batu kapur pada usus.Seorang wanita dikejarkan ke wad kecemasan kerana mengalami sakit perut dan muntah. Selepas operasi diakukan, doktor menemui batu kapur berukuran 4 sentimeter di dalam ususnya.Berdasarkan laporan jurnal BMJ Case Reports, batu kapur itu hidup dan membesar dalam tubuh wanita itu hampir sepanjang hidupnya.

3. Air kncing bertukar alk0hol.Air kncing seorang wanita berubah menjadi alkohl padahal wanita itu tidak pernah mengambil sebarang minuman kras beberapa hari sebelumnya.Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor mendapati terdapat kuman dalam air kncingnya sehingga berlaku proses penapaian glukosa menjadi alkohl.

4. Organ bergerak.Normalnya, organ dalam badan manusia berada di tempat sama setiap masa. Namun, berbeza dengan keadaan seorang wanita di Michigan, Amerika Syarikat. Limpanya bergerak ke bahagian tubuh lain selama 48 jam.

5. Tiga ginjal.Seorang lelaki di Brazil mengejutkan doktornya ketika melakukan pemeriksaan kesihatan apabila mendapati dia mempunyai tiga ginjal.Ginjal ketiga yang ditemui itu berada dalam keadaan normal dan terletak di bahagian kiri badan dan melekat berdekatan punggungnya.Memiliki tiga ginjal merupakan perkara luar biasa tetapi boleh berlaku malah terdapat 100 kes yang dilaporkan sebelum ini.

Terkesan Apabila Melihat Kanak Kanak Positif Covid-19 Datang Pada Tahap 4 Dan 5. Dr Atfina Kongsi Pengalaman Dua Bulan Bertugas Di Sabah Dan Sempat Kongsi Sinar X Pesakit COVID19 Tahap 5

Dr Atfina berkongsi kisah suka duka selama hampir dua bulan ditugaskan ke Sabah. Foto: Facebook Atfina Ibrahim.DUA bulan ditugaskan ke Sabah, antara negeri yang paling terjejas teruk gara-gara pandemik Covid-19, kini doktor wanita ini akhirnya kembali ke pangkuan keluarga.

Apa yang pasti, kepulangan tersebut turut membawa 1001 pengalaman yang tidak dapat dilupakan olehnya sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam bidang perubatan.Merangkumkan serba ringkas kisah suka dukanya di Facebook, perkongsian tersebut sehingga kini meraih lebih 1,100 shares selain dibanjiri ratusan komen.

Menurut Dr Atfina Ibrahim yang ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, rutin hariannya bersama petugas kesihatan yang lain begitu padat sejak tiba di pekan itu pada 25 September lalu, apatah lagi ketika itu musim pilihan raya negeri (PRN).

“Penduduk penuh di mana mana. Penjarakkan sosial? Maaf laa. Oh baru aku sedar apabila melihat poster di tampal merata-rata, bendera di mana-mana. Kereta di jalan penuh. Jem sepanjang perjalanan pulang ke bilik. Bertahan la. Anda tahu apa yang bakal terjadi seterusnya.”Bermula la episod #thelittleWuhan dalam rutin harian aku. Oncall di hari minggu. 24 jam active call di kecemasan. Full set PPE sepanjang masa,” demikian antara coretan doktor berkenaan.

Dr Atfina ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, Sabah.Dr Atfina merupakan salah seorang doktor yang diterbangkan ke Sabah untuk pasukan bantuan Covid-19.Dia sebelum ini pernah berkongsi pengalamannya bertugas di Semporna atau digelar #thelittlewuhan, merujuk kepada pusat bermulanya pandemik Covid-19 di China, penghujung tahun lalu.

Berdepan pesakit yang datang silih berganti, doktor ini berkata dia paling tidak boleh melupakan perngalaman merawat pesakit kanak-kanak yang dijangkiti virus berkenaan.”Pengalaman yang terkesan apabila melihat kanak kanak positif Covid-19 datang pada tahap 4 dan 5. Mereka hanya insan kecil yang tidak berdosa,” katanya kepada mStar.

Sebahagian perkongsian Dr Atfina mengenai suka duka pengalamannya sewaktu ditugaskan ke Sabah, bermula hujung September lalu.Mengakui cabaran yang dihadapinya dan petugas kesihatan lain bukanlah calang-calang, bagaimanapun doktor ini berkata dia meletakkan keutamaan pesakit di tangga teratas, sekalipun ada kalanya semangat turun merudum.

“Alhamdulillah sepanjang tempoh mobilisasi saya tiada simptom Covid-19. Tipu saya katakan jika kesihatan emosi tidak terjejas langsung. Apabila berjauhan dari keluarga dan rakan-rakan akan ada pada satu ketika saya agak rasa down.”Tapi yang membuatkan saya terus kuat adalah niat untuk membantu. Rawatlah mereka seperti ibu bapa sendiri. Buat yang terhabis baik yang kita mampu,” ujarnya yang kini baharu selesai menjalani kuarantin selepas tiba di Semenanjung.

Tambah Dr Atfina, ketika bertugas di Sabah, dia bukan sahaja merawat pesakit Covid-19, malahan kes-kes kecemasan bukan berkaitan virus itu yang juga tidak kurang bilangannya.”Termasuk merawat pesakit bukan warga negara. Peringatan dan pengajaran untuk diri saya sendiri, rawatlah mereka sebaik mungkin. Mungkin ada satu waktu kita terlalu penat tapi ingatlah itu adalah tanggungjawab. Kerja kita adalah satu ibadah,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Atfina tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa apabila wujud segelintir pihak yang mengambil ringan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang menyaksikan pertambahan kes saban hari.Imej sinar-x seorang pesakit Covid-19 tahap 5 yang dikongsikan Dr Atfina di Facebook.

“Sangat kecewa dengan sikap beberapa pihak yang ambil mudah SOP baru. Saya sendiri tidak sanggup sekiranya perkara yang sama berlaku lagi seperti di Sabah.”Tolong jangan sia-siakan usaha kami selama ini. Cukup la untuk menidakkan kewujudan Covid-19 ini. Cukuplah dengan spekulasi agenda Yahudi dan kini isu vaksin.”Terapkan norma baru dalam hidup kita. Bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk keluarga kita. Untuk masyarakat dan komuniti. Jangan sudah terhantuk baru terngadah,” katanya lagi.

Disahkan Bebas Dari COVID19 Tapi Ada Kesan Sampingan Yang Tak Kita Sangka. Seorang Lelaki Ini Dedah Alami Masalah Deria Ini Sepanjang Hidup

Makluman terkini. Tempoh pemulihan pesakit yang telah dijangkiti COVID-19 berbeza-beza, bergantung kepada tahap ketahanan badan masing-masing.Bayangkan, disahkan bebas dari COVID-19 tetapi hakikatnya kita masih perlu menanggung kesan jangka panjangnya seumur hidup.Menurut data yang diambil dari Mayo Clinic, antara kesan-kesan yang direkodkan oleh bekas pesakit termasuk mengalami keletihan berpanjangan, sakit otot dan kesukaran untuk bernafas.

Meskipun COVID-19 diketahui umumnya menjangkiti paru-paru, namun ia sebenarnya boleh menjejaskan beberapa organ dalaman manusia. Dalam kes lain, ada pesakit yang turut hilang pendengaran selepas dijangkiti virus itu. Memetik laporan Kompas, kes tersebut membabitkan seorang lelaki Inggeris berusia 45 tahun selepas berlaku kerosakan pada saraf pendengarannya.

Dia dikatakan mula mendengar gema dan dengung di telinga sebelum pekak secara tiba-tiba di telinga kiri — kira-kira seminggu selepas keluar daripada unit rawatan rapi.Ujian dibuat seterusnya mendapati berlaku kerosakan saraf pada telinga, dan gangguan pendengarannya tidak dapat disembuhkan.Bagaimanapun ia sebenarnya bukanlah kes pertama seumpama itu yang pernah direkodkan.

Menurut kajian International Journal of Audiology, 13 peratus daripada 121 pesakit pernah melaporkan perubahan atau gangguan pada deria pendengaran mereka selepas dijangkiti COVID-19.Kajian juga menunjukkan, jangkitan virus boleh menyebabkan pesakit mengalami sudden sensorineural hearing loss dengan cara mengganggu sistem imun dan merosakkan sel halus dalam telinga.

Terkini Saintis Bongkarkan Risiko Tinggi Kepada Kucing Untuk Terkena Covid 19 Yang Juga Memberi Kesan Buruk Kepada Haiwan Yang Lain. Ini Perkara Yang Dilakukan Sekiranya Perkara Itu Berlaku Terutamanya Bagi Pemilik Kucing.

SAINTIS sebelum ini mengatakan bahawa kucing mampu menjadi pembawa dan menyebarkan Covid-19. Terbaharu, para saintis di Amerika Syarikat (AS) kini secara terbuka menyatakan bahawa si bulus juga harus menjalani kuarantin sekiranya tinggal dengan individu yang disahkan positif Covid-19.

Para penyelidik dari Colorado State University di AS mengatakan bahawa sekiranya pemilik kucing terpaksa dimasukkan ke hospital, maka individu yang ditugaskan menjaga haiwan berkenaan harus mengamalkan penjarakkan sosial. “Kucing peliharaan yang dijangkiti tidak boleh dibiarkan berkeliaran di luar rumah secara bebas untuk mencegah risiko kemungkinan ia menyebarkan jangkitan ke kucing atau haiwan liar lain,” kata para saintis.

“Oleh itu, jika manusia yang mengalami gejala mengikuti prosedur kuarantin dan tinggal di rumah bersama haiwan peliharaannya, maka risiko ia menjangkiti manusia lain adalah rendah,” demikian kata para saintis berkenaan. Sebelum ini pasukan penyelidik di Institut Penyelidikan Veterinar Harbin di China mengatakan kucing ‘sangat mudah terdedah’ kepada Covid-19 di mana virus itu dapat disebarkan dengan mudah di antara kucing. Sumber: Mstar