Akhirnya suami terkantoi sering buat projek dgn officematte. Bini dapat tahu bini tk marah tk mengamokkk pun. Bini nampak relax je. Suami tergamam tgk apa yg bini selalu buat setiap malam.

Kisah Rumah Tangga

Salam min.. Sy ada satu benda yg sy nak luahkan.. Dah lama sy nak luah.. Tp sy tak tahu nak luah kpd siapa.. Jd sy guna page krt utk luahkan perasaan sy.. Semua yg berlaku ni ada lah dari silap sy sendiri.. Sy kenal isteri sy semasa kami belajar sama2 dulu.. Perkenalan dekat atas jambatan cinta waktu dia ambil gambar convo.. Dia minta sy tolong ambil kan gambar dia dan kawan2 dia.. Sy ambil kan, then saya edit gambar tu.. Lama betul sy edit.. Dia fikir sy ambil gambar dia lama..

Dia pun dtg dekat sy.. Sy tunjuk gambar yg sy edit.. Sy cuma edit letak tulisan je.. Sudi tak jd isteri sy.. Sy minat dia dari kami first year.. Dia sgt aktif kolej.. Sdgkn sy cuma pelajar biasa.. Tp tu lah.. Sy kumpulkan keberanian sy melamar dia.. Dan tak sangka.. Dia pun menaruh hati juga dekat sy.. Dan kami berkahwin.. Alhamdulillah.. Urusan semua dipermudahkan..

Sekarang kami dah hampir 6 tahun berkahwin.. Anak masih tak ada.. Mula2 sy okay je.. Tp lama2 sy jadi tertekan.. Mak selalu push sy soal anak.. Dia ckp dia nak cucu.. Hari2 dia ckp dia teringin nak main dgn cucu.. Sy kesian kan isteri sy.. Selalu kena sindir dgn mak sy.. Jd sy pun buat keputusan utk pindah rumah.. Ye lah.. Sepanjang duduk sekali dgn mak.. Pergerakan isteri sy agak terbatas.. Nak bermanja dengan sy cuma waktu malam dlm bilik.. Tu pun slow2.. Sbb bilik kami bersebelah dgn bilik mak.. Sbb mak ni jenis tidur ayam.. Bunyi bising sikit je dah terjaga.. Lepas tu nak tidur balik pun susah..

Awal pindah mmg mak tak bagi.. Merajuk lah juga dia.. Jenuh sy pujuk dia.. Tp tak jalan juga.. Sy bodek dia dgn mcm2.. Baru lah dia boleh terima.. Tp rajin juga dia bertandang rumah setiap hujung minggu.. Sy dan isteri tak kisah pun.. Isteri lagi suka.. Katanya tak boring..

Isteri sy pandai semua benda.. Serba serbi dia boleh buat.. Memasak, menjahit, menukang.. Barang2 perabot dekat rumah semua hasil tangan dia.. Mmg kreatif.. Kdg2 sy bangga pun ada.. Bila kwn2 dtg rumah, puji hasil kerja isteri..

Namun, manusia tu tak sempurna.. Walaupun dia pandai dlm serba serbi.. Dia masih kurang pandai melayan nafsu sy.. Dia agak lurus dalam bab2 ni.. Mungkin sbb tu sy jadi tak bernafsu dengan dia.. Sbb sy jenis cepat hilang mood kalau tengah bersama..

Sy ada juga tanya kwn2 sy, berapa kali dlm seminggu diorg bersama.. Ramai yg ckp 2 atau 3 kali seminggu.. Sy cuma sentuh isteri sy sebulan sekali atau dua kali.. Itu pun bukan kerana nafsu.. Tp kerana nafkah.. Kalau ikutkan, sy terseksa juga utk bersama dgn dia.. Mcm sy paksa diri sy utk bersama dgn dia.. Isteri sy tak pernah merungut atau merajuk kalau sy tak bersama dgn dia..

Konflik sy dan isteri bermula bila isteri sy terbaca whatsapp sy.. Kebetulan waktu tu, sy tertinggal fon waktu nak ke office.. Entah mcm mana sy terlupa sangat hari tu.. Selalunya, fon tu lah yg sy tak akan tinggal.. Bila sy balik waktu lunch untk ambil fon.. Sy nampak dia duduk atas sofa sambil pegang fon sy.. Muka dia tenang.. Tenang sgt2.. Sy ingat dia buka fb ke main game kat fon sy.. Sbb dia bukan jenis cek hp sy mcm isteri kwn2 sy yg lain.. Dia ckp dulu waktu mula2 kawin, fon tu privacy kita sendiri.. Jd dia mmg tak akan cek.. Sy minta fon dekat dia, and dia pun beri dekat sy..

Sy tengok fon sy, rupa2 nya dia tengah baca whatsapp sy dgn sorg perempuan (officemate) dekat whatsapp sy.. Sy jd speechless.. Sy tak tahu nak buat mcm mana.. Sy nak explain dari mana pun sy tak tahu..
Sy cuma ckp dkt dia.. Sy kenal officemate sbb dia budak intern.. Junior kita.. Sy yg incharge bahagian intern.. Sy mengaku dgn isteri yg sy dah terlanjur dengan dia beberapa kali.. Hampir setiap hari di office sy bersama dgn dia.. Dia pandai layan sy.. Tak mcm isteri sy.. Dia buat sy rasa puas sgt.. (part ni sy tak cerita dekat isteri).. Sambil sy explain tu, sy pandang muka isteri.. Tenang sgt2 muka dia.. Sy yg jadi resah dan gelisah.. Sy janji dengan isteri.. Sy tak kan buat lagi apa semua.. Tapi isteri tetap diam.. Muka dia mmg tenang.. Tenang sgt2..

Sy tanya dia, syg okay ke? Dia diam.. Lama dia diam.. Sy tengok muka dia.. Takde tanda2 nak marah atau sedih.. Mmg tenang betul.. Tiba2 dia ckp dekat sy.. Setiap kali lepas asar.. Dlm pukul 5 lebih.. Dia rasa resah dan gelisah.. Rasa mcm ada yg tak kena.. Setiap kali tu lah dia doakan sy balik kerja dgn selamat, dia doakan sy diampunkan dosa sy.. Dia risau takut ap apa jadi kat saya atau apa2 sepanjang perjalanan balik office ke rumah..
Sy terkejut bila dia ckp mcm tu.. Sedangkan waktu tu, sy tengah sedap berprojek dgn officemate sy.. Mmg kami projek selalunya lepas asar.. Waktu yg lain2 habis waktu kerja..

Lepas isteri ckp mcm tu, isteri senyum kat sy.. Dia tanya sy nak makan apa utk lunch.. Sy ckp sy tak nak makan apa2.. Ye lah.. Mcm mana nak makan.. Tengok muka dia pun sy dah kenyang.. Sy tengok dia lagi.. Dia okay atau tak.. Tp dia masih lagi tenang.. Sy betul2 gelisah sampai sy ambil cuti emergency.. Sy tak dtg office lepas lunch.. Sbb sy nak tengok gelagat dia..

Dia masih lagi masak di dapur.. Sy ikut je belakang dia.. Lepas masak, kami makan.. Then solat zohor.. Lepas tu dia angkat baju dan lipat.. Sepanjang hari tu, sy mmg membontoti je dia.. Kadang2 dia tengok sy dia senyum balik dekat sy.. Sy mmg gelisah betul hari tu.. Terseksa sy rasa.. Sy langsung tak boleh agak hati dia mcm mana.. Sampai lah ke asar dan maghrib.. Dia masih lagi teruskan rutin harian dia.. Siap tanya sy lagi.. Nak makan apa untuk dinner..

Lepas dinner kami sama2 solat jemaah.. Then tengok tv.. Dia ajak sy layan movie.. Dia minat sgt cerita harry potter.. Jadi malam tu sy pasang lah.. Dari episode satu sampai episode 3.. Dah nak dekat pukul 1 lebih.. Sy dah mula mengantuk.. Tp isteri tak mengantuk lagi.. Sy ckp dekat dia sy nak tidur.. Sbb sy kerja pagi.. Dia senyum kat sy then dia angguk.. Sy pun masuk bilik tidur.. Tapi tah mcm mana.. Sy terjaga pukul 3 lebih.. Sy pandang kiri isteri tak ada.. Sy risau.. Sy turun bawah.. Sy nampak dia dekat ruang tamu.. Tengah sujud.. Sy pun berdiri kat tepi tangga.. Tunggu dia habis solat..

Tp lama dia sujud.. Lama sgt2.. Hampir 20 minit dia sujud.. Kemudian baru sy nampak dia bg salam.. Sy nak tegur, tp sy dengar dia menangis sambil berdoa.. Dlm doa dia.. Dia mohon dekat Allah supaya Allah ampun kan dosa sy yg buat benda tak senonoh.. 3 kali dia ulang ayat tu.. Dan dia juga doa, mohon Allah ampun kan dosa officemate sy yg buat benda tak senonoh tu juga.. Waktu tu, sy terduduk kat tangga.. Dengar doa dia.. Air mata sy menitik dgn sendiri.. Dia doa lagi supaya Allah lembut kan hati sy utk maafkan dia.. Sbb dia tak pandai melayani sy.. Lama dia doa.. Menangis2 dia atas sejadah..

Sy bangun pergi dekat dia.. Dia menangis dekat sy.. Dia pula yg minta ampun dekat sy.. Sbb sy makan luar kerana dia tak pandai layan nafsu sy.. Dia minta maaf banyak kali dekat sy sebab kekurangan dia.. Sy jadi serba salah.. Sedangkan sy yg sepatutnya minta maaf dengan dia.. Sy selingkuh dgn dia.. Sy makan luar.. Sy tak peduli kan dia.. Sy jarang sentuh dia.. Tp masih lagi dia menyalahkan diri dia atas sikap sy..

Lepas malam tu.. Dia mcm biasa balik.. Layan sy mcm sebelum2 ni.. Tanya sy nak breakfast apa, nak lunch apa, nak dinner apa.. Cuma sy yg gelisah tengok dia perangai mcm tu.. Sbb sy expect sy kene marah ke.. Kene maki ke.. Koman2 kene baling pinggan mangkuk ke.. Kene halau ke.. Tp dia diam je.. Sy nak minta tolong kaum hawa dalam ni.. Apa yg sy perlu lakukan.. Sy minta maaf dengan isteri.. Dan isteri maafkan sy.. Tp kenapa sy masih rasa bersalah dengan sikap isteri walaupun dia dah maafkan sy? Apa yg sy perlu lakukan? Sy buntu.. Dah nak 3 minggu rasa bersalah tu tak hilang.. Terseksanya sy..

Sumber : KRT

Pekerja Tergamam Bila Terjumpa Buudak Baru Lahir Depan Office. Pelik Semua Kena Checkup Di Hospital. Lepas Je Cek CCTV Semua Akhirnya Terbongkar Siapa Yg Letak Budak Tu Depan Office.

Foto sekadar hiasan. Nama aku Aina (bukan nama sebenar), berusia 30 tahun dan membuka sebuah company Accounting Firm bersama 2 orang partners Nora (bukan nama sebenar) 28 tahun dan Aisyah (bukan nama sebenar) 29 tahun di selangor.

2 bulan lepas, Budak practical terjumpa baby lelaki kat pejabat. Pejabat aku ni tingkat 2, bawah pejabat aku tu Watson dan tangga nak naik pejabat aku tu agak tersorok sikit. Tapi bangunan pejabat aku ni berhadapan dengan pusat beli belah Tesco. Jadi kalau bunyi bising orang ke lori kereta lalu lalang dah biasa. Tak pernah terfikir yang ada manusia berani buang baby sebab kawasan orang ramai dan petang dalam pukul 4.

Kami sedar bila staff aku ni nak turun bawah beli minuman petang dan dia menjerit masuk pejabat bagitahu ada baby. Kami yang panik dan tak tahu nak buat apa sebab baby ni masih bertali pusat lagi dan tak dibalut apa-apa.

Kami ada letakkan kotak besi berkunci depan rak kasut sebab kadang-kadang pos hantar dokumen atau klien hantar dokumen tapi staff tak ada kat pejabat boleh letak kat kotak tu dulu. Sekali orang tu letak baby dalam kotak tu.

Buat report polis, bawak baby pergi hospital untuk checkup dan semua staff pun kene checkup, maybe pihak hospital risau kalau kami buat-buat cerita ke jumpa sebenarnya baby kami tak tahulah. Polis datang check cctv pejabat dan cctv Watson. Akhirnya pihak polis tahan seorang remaja lelaki berusia 23 tahun yang berkerja di Tesco.

Lepas soal siasat lelaki tu mengaku itu anak dia dan teman wanitanya berusia 19 tahun. Pasangan ini kata mereka belum bersedia dan masih ingin berseronok. Katanya lagi hubungan mereka sudah 2 tahun terjalin dan ini first time teman wanitanya mengandung.

Aku marah, bengang semua ada aku tak tahu balasan pasangan tersebut kena tapi aku decide untuk ambil baby Aqif sebagai anak angkat. Dipendekkan cerita, akhirnya baby Aqif menjadi anak angkat aku yang sah. Kini, aku dalam proses untuk menyusukan baby Aqif. Doakan aku berjaya mendidik baby Aqif menjadi lelaki yang bertanggungjawab. Dan jika ditakdirkan satu hari nanti aku berkahwin, doakan juga pasangan aku mampu menerima Aqif dalam hidup dia. Dan semoga kasih sayang aku pada Aqif akan kekal walaupun aku dikurniakan anak aku sendiri nanti.

Alhamdullillah aku berjaya menjadikan Aqif anak susuanku. Aqif sudah menjangkau usia 8 bulan dan Alhamdullilah Allah mempermudahkan urusan menjaga Aqif. Aku mengambil keputusan menjaga Aqif sendiri dengan bantuan adik dan emak. Aku sekarang berkerja dirumah (Freelance Tax Accountant) dan hanya ke office sehari seminggu.

Aku merupakan anak ke 4 dari 6 adik beradik. Ayah sudah 4 tahun pergi buat selamanya. Aku dan adik bongsu lelaki tinggal bersama emak memandangkan hanya kami yang masih bujang dan bekerja sendiri (adik membuka bakery). Kehadiran Aqif dalam keluarga kami disambut baik oleh seluruh ahli keluarga terutama emak yang nampak gembira (sebab ini first time ada cucu tinggal sekali sejak dia dah bersara ni).

Malahan adik aku dengan rela hati bergilir-gilir berjaga malam untuk menjaga Aqif dan berulang-alik membawa Aqif ke klinik setiap kali checkup serta menyediakan menu yang sesuai untuk bayi seusia Aqif (gigih dia google resepi, tq dik). Kakak-kakak ipar juga tidak putus memberi nasihat dan tunjuk ajar untuk menguruskan Aqif (aku sebelum ni takut nak pegang baby yang baru lahir.hehe)

Terus terang aku bahagia dan bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. Tapi bila mana kita belum berkahwin dan memiliki anak pasti ada yang bertanya anak sapa? Siapa ibu bapanya? Anak tak sah taraf ke? dan lebih menyedihkan jika ianya datang dari mulut saudara-mara terdekat.

Pada 2 3 minggu yang lepas keluarga belah ayah ada membuat hari keluarga, salah seorang dari pak cik aku (Adik ipar Ayah) ada bertanyakan bila aku nak kahwin. Dia terus terang kata tidak setuju aku mengambil anak angkat sebab boleh merosakkan keturunan dan kedua menyukarkan aku mencari suami lagi-lagi lepas dia tahu aku berhenti kerja. Pada pendapat dia dahlah aku ni jarang keluar rumah, dah berhenti kerja macam mana aku tak jumpa orang luar. Dia turut memperkenalkan seseorang. Katanya anak kenalan team usrah dia.

Pertemuan pertama diaturkan di rumahku. Lelaki tersebut aku gelarkan nya Shah datang bersama ibu bapa dan adik perempuannya untuk berkenalan dengan keluargaku. Ayah Shah mutawwif dan ibunya ustazah. Shah merupakan seorang Ustaz sekolah Tahfiz. Ayahnya agak pendiam, ibunya yang banyak bertanya tentang keluarga kami dan sekali sekala memuji anak-anaknya. Disebabkan waktu mereka datang rumah aku penuh dengan anak-anak saudara jadi mereka tidak tahu kewujudan Aqif.

Pertemuan kedua, Aku, mak dan adik datang kerumah Shah selepas berpuluh kali ibu Shah menjemput kami singgah kerumah. Disitu barulah keluarganya tahu aku ada mengambil anak angkat. Ayahnya tidak begitu kisah, ibu Shah jelas berubah mukanya.

Dia mula bertanya anak sapa? Bila aku berterus terang tentang Aqif, ayat yang keluar dari mulut ibu Shah, “Budak tu memanglah suci, tapi tak pelik kalau satu hari nanti dia pun buat benda yang sama sebab itu daging dia”. Aku terus tersentap. Serius time tu aku dah tak da mood, rasa nak balik rumah je.

Selepas pertemuan tersebut, aku terus maklumkan pada emak dan adik-beradik yang aku tak nak teruskan perkenalan tersebut sebab aku rasa keluarga Shah mungkin tidak dapat menerima Aqif. Melalui whatsapp aku maklumkan pada Shah penolakan tersebut dan memohon maaf. Sempat aku ucapkan agar dia bertemu jodoh dengan yang lebih baik.

Esoknya, Pak cik aku datang kerumah. Dia bising kononnya aku telah memalukan dia. Siap mengeluarkan hadis tentang aku menolak lamaran lelaki soleh. Tidak cukup dengan itu, Ibu Shah turut menelifonku bertanya soalan yang sama. Aku hanya memohon maaf dan menjawab tidak sependapat. Ibunya siap cakap aku berat jodoh sebab menolak lamaran lelaki sebaik anaknya.

Salah ke jika aku menolak lamaran Shah sebab aku tak nak Aqif terus dikata hanya sebab dia anak tak sah taraf. Ya, aku tahu dalam Islam keturunan penting, salah Aqif ke jika dia datang dari keturunan yang kurang baik? Adakah jika kelak Aqif menjadi anak soleh dia masih dipandang hina disebabkan keturunannya. Bukankah agama yang menjadi ukuran keimanan sesorang.

Kepada anakku Aqif, ketahuilah kehadiranmu dalam hidup mommy merupakan satu hadiah yang sangat bernilai. Malah mommy merasanya satu ketenangan bilamana dapat meluangkan banyak masa bersama Aqif dan emak. Terima kasih mak sebab sentiasa mendengar masalah dan menerima setiap keputusan yang Aina buat.

Throwback

Aqif ditinggalkan di pejabat aku oleh bapanya. Sebagai majikan aku bertanggungjawab untuk melaporkan kepada pihak polis, hantar baby ke hospital (ni aku yang willing sendiri) dan memberi kerjasama kepada pihak polis untuk mencari ibubapa kandung Aqif. Waktu kes tersebut, Aqif berusia 2 hari dan Alhamdulillah bapa Aqif dijumpai keesokkannya.

Antara faktor kenapa aku nak ambil Aqif sebab bapa Aqif seorang warga asing yang bukan beragama islam sedangkan ibu Aqif beragama islam. So penting bagi aku untuk menyelamatkan agama Aqif. Jadi untuk kes aku, aku mengambil anak angkat terus dari ibubapa kandung Aqif cuma aku perlu mengikut prosedur mengesahkan pengambilan anak tersebut melalui pemohonan mahkamah untuk mendapatkan Notis pengangkatan.

Antara syarat mendapatkan Notis Pengangkutan bagi yang bujang mestilah warganegara dan berusia 25 tahun keatas atau sekurang-kurangnya 18tahun lebih tua dari anak angkat tersebut. Selain itu perlu mendapatkan pengesahan pengangkatan dari ibubapa kandung bayi (Aku ada buat surat Akuan Berkanun antara aku dan ibu Aqif), Sijil kelahiran Aqif (ini aku geram sebab parents Aqif tak nak bagi kerjasama, jenuh aku turun naik JPN.

Penting untuk masa depan Aqif, sekolah semua). Waktu kat mahkamah , pegawai ada tanya pekerjaan, pendapatan, latar belakang pendidikan dan tahap kesihatan serta gaya hidup aku. Sebenarnya untuk yang bujang mereka hanya dibenarkan untuk mengambil anak angkat yang sejantina. Tapi mungkin kes aku ni pegawai tu luluskan sebab latarbelakang keluarga dan adik beradik aku agaknya, sebab dia tanya semua kot. Aku anak tunggal perempuan dalam keluarga.

Mak aku pesara guru, 3 abang aku doktor, adik lelaki aku sorang peguam sharie sorang buka bakery. Sebab pegawai tu kata mungkin keluarga kami mampu memberikan kehidupan yang positif dan terjamin kepada Aqif. Lepas dah lulus simpan Notis Pengangkatan tersebut sebab selepas 2 tahun aku perlu memohon Sijil Pengangkatan dari JPN. Dalam 2 bulan lebih juga aku uruskan semua ni. Rujuk Mahkamah Seksyen berhampiran anda.

Kedua, Proses menjadikan Aqif anak susuan aku. Seminggu lepas kes di Balai polis tu aku terus berjumpa Pakar Skit Puan untuk berbincang rawatan yang sesuai untuk membolehkan aku menghaslkan susu atau dipanggil “Induce Lactation” serta menghadiri kaunseling penyusuan bersama kaunselor laktasi untuk persediaan mental dan fizikal.

Ada 2 kaedah untuk menghasilkan susu iaitu pertama melalui ubat atau suntikan dan keduanya rangsangan. Aku tak ambik suntikan aku hanya ambil ubt D0mperidone dan satu lagi pil warna putih (tak ingat nama) untuk tempoh 3 bulan. Pil ni menyebabkan perubahan bentuk badan. Macam aku dulu berat 45kg sekarang berat aku 53kg. Bertabah la mommy nanti kita workout kemudian. Ada yang ambil ubat je tapi tak berhasil, tak apa usaha dengan kaedah ransangan pula.

Untuk kaedah ransangan aku ada apply 4 cara. Pertama, hisapan baby. Baby secara semulajadi tahu cara untuk mencari payudra. Jadi, beri peluang kepada dia. Bertenang dan yakinkan diri walaupun tahu susu belum ada. Mommy jangan memaksa diri sendiri dan biarkan bayi menghisap atau melekap sahaja pada payudra.

Kedua,Alat Bantuan Menyusu (ABM). Aku guna “Supplementary Nursing System jenama Medela. Boleh beli di farmasi atau kat Lazada, shoppee ada jual. Cara guna ABM ni, 1 tiub dilekatkan pada payudara dan satu lagi tiub dalam botol susu. So baby akan menghisap payudara untuk mendapatkan susu formula tersebut.

Mula-mula memang tiada susu ibu yang keluar tapi lama kelamaan susu ibu terhasil sedikit demi sedikit. Banyakkan bersabar. Lakukan proses ini 10-12 kali dalam tempoh 24jam terutama bila baby ada tunjuk hint2 nak menyusu.

Ketiga breast pump, lepas 2 minggu aku ambil pil, doctor cadangkan mula guna breast pump, even tiada susu pun ko pump je. 3kali sehari dan 20 minit untuk setiap sesi. Lepas 2 minggu baru keluar susu dalam 1 sudu setiap kali pump, simpan. So sikit-sikit aku tukarkan susu formula ganti susu badan dalam botol ABM. Tak apa banyakkan bersabar.

Walaupun sedikit maksudnya proses penghasilan susu berhasil. Last, berurut. Mak aku kata berurut dapat meransang susu keluar. So aku try berurut. Ok la juga. Tapi kene pandai cari tukang urut. Selain ubat-ubatan dan ransangan, tolong jaga makan dan bersenam. Kalau ko tahu makanan tu boleh menyekat pengeluaran susu, takyah la ambil.

Pantang sekejap. Banyakkan bersabar dan beri peluang kepada badan dan baby anda. Selagi anak angkat anda belum berusia 2 tahun anda masih berpeluang menjadikan anak itu anak susuan. Aku mengambil masa 2 bulan untuk menhasilkan titisan susu yang pertama.

Memang rasa nak giveup. Banyakkan berdoa. Aku masih mengunakan semua kaedah kecuali ubat aku dah stop ambil. Tolong rujuk doctor. Kalau boleh tak payah la ambil produk2 supplement yang pelik-pelik. Tanya doctor terus.

Fighting!! Wassalam – Mommy Aqif