Akhirnya teka teki tentang pencemaran air di Selangor terjawab. Mengejutkan kilang di Rawang yang jadi punca. Rupa rupanya ini yang mereka buang.

Berita

Akhirnya teka teki tentang pencemaran air di Selangor terjawab. Mengejutkan kilang di Rawang yang jadi punca. Rupa rupanya ini yang mereka buang.

Sebuah kilang di Taman Velox di Rawang dikesan menjadi punca pencemaran bau di Sungai Selangor sehingga Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP1, 2 dan 3 terpaksa dihenti tugas semalam. Kilang itu dikesan melupuskan buangan terjadual melalui lurang pembentungan di dalam premis dan mengalir ke loji rawatan kumbahan Indah Water Konsortium (IWK)

Sumber dari pasukan siasatan bersama itu berkata, hasil pemeriksaan premis itu pihak mereka telah menemui 40 tangki air plastik mengandungi cecair pelbagai warna dan abu seakan-akan bau yang dikesan di loji rawatan kumbahan IWK.

Berdasarkan siasatan, premis itu disyaki menyimpan buangan terjadual seperti dakwat, cat dan pigmen. Premis itu juga didapati melupuskan buangan terjadual ini melalui lurang pembetung di dalam premis.”

Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Dr Zaini Ujang yang turut meninjau keadaan di lokasi berkata air di dalam loji tersebut dilihat bertukar kepada warna merah dan mengeluarkan bau seakan-akan bawang busuk.

Sementara itu, menurut Berita Harian, kerajaan Selangor tidak menolak kemungkinan tindakan kilang tersebut merupakan angkara sabotaj. “Untuk makluman juga, pemeriksaan yang dilakukan sekitar jam 2 hingga 7 pagi tadi oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mendapati, bacaan air di Sungai Gong dan Sungai Sembah masih berada di tahap sifar TON.”

Justeru, pencemaran ini mungkin berlaku antara jam 7 hingga 10 pagi dan kita mengesyaki ada sabotaj yang berlaku.” Kerajaan negeri akan membuat laporan polis mengenai hal ini dan siapa yang di belakang (tindakan sabotaj).”

Kata sumber itu lagi, sebanyak 10 sampel diambil dan laporan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dan Majlis Perbandaran Selayang dilaporkan telah menyita kilang tersebut kerana tidak memiliki lesen. Pasukan siasatan bersama terdiri daripada Jabatan Alam Sekitar, polis, MPS, Pejabat Tanah Gombak, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Air Selangor.

Dijangka 1.13 Juta Pengguna Akan Terjejas Bekalan Air. Pengurusan Air Selangor Dedahkan 9 Kawasan Ini Diminta Untuk Sedia Berdepan Maalah Bekalan Air Mulai Petang

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,139,008 juta akaun pengguna di 1,279 kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor berdepan gangguan bekalan air bermula petang ini.Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd menerusi satu kenyataan memaklumkan, ia merangkumi kawasan Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Klang, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.

4 loji rawatan air Sungai Selangor ditutup

KUALA SELANGOR: Empat Loji Rawatan Air (LRA) iaitu Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang di sini, terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran bau seakan-akan pelarut yang dikesan di Sungai Selangor. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam kenyataannya, memaklumkan, tindakan henti tugas terhadap semua loji itu dilakukan sekitar 12.20 hingga 12.45 tengah hari tadi.   

“Bau telah dikesan sekitar 8 TON di LRA Rantau Panjang. “Ketika ini, LUAS, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dan pihak terlibat sedang menjalankan siasatan serta tindakan-tindakan mitigasi,” katanya, hari ini.LUAS berkata, sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Gangguan Bekalan Air Di Selangor Sering Terjadi Sejak Kebelakangan Ini. Ternyata Gangguan Bekalan Ini Mendapat Perhatian Saintis Susulan Penemuan Air Di Bulan

Terkini,seorang saintis molekular Amerika Syarikat (AS), Raven Baxter tidak menyangka ciapannya susulan penemuan air di bulan oleh Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan ( NASA ) mendapat respon daripada rakyat Malaysia.

Ciapan yang dibuat menerusi akaun Twitter miliknya, @ravenscimaven itu mendapat jumlah ‘retweet’ yang banyak daripada Selangor.Rata-rata warganet Malaysia mengaitkan penemuan air di bulan dengan gangguan bekalan air di Selangor sehingga mendapat perhatian wanita itu.

“Kita meraikan air dijumpai di bulan, tetapi sebahagian besar ‘retweet’ ini berasal dari orang-orang di Selangor (Malaysia) yang mengalami gangguan bekalan air utama kerana pencemaran sumber air mentah. Kita tidak memenuhi keperluan air asas di bumi,” katanya dalam satu ciapan lain.

Beliau kemudian menyatakan Selangor bukan satu-satunya negeri yang mengalami kesukaran itu.“Kita telah mendengar banyak kisah mengenai penduduk tanpa air. Air penting untuk kehidupan di bumi. Kita mesti pastikan akses (kepada air) dijamin untuk setiap manusia,” katanya.Menerusi ciapan balas daripada warganet negara ini, Baxter berkata dia dapat belajar mengenai banyak perkara.“Saya sangat gembira sehingga saya putuskan untuk memberi lebih perhatian terhadap apa yang terjadi di rantau lain yang tidak pernah saya pergi atau dengar,” ujarnya dalam satu ciapan lain. – K! ONLINE

Isu Air Bersih Di Negeri Kelantan Sudah Lazim. Menteri Cadang Rakyat Kelantan Ambil Satu Inisatif Ini Sahaja Untuk Selesaikan Masalah Isu Bekalan Air Bersih

Isu air bersih di negeri Kelantan bukanlah sesuatu yang baru di negara ini. Untuk rekod, kerajaan negeri Kelantan sering dikritik kerana masalah air bersih di negeri itu sudah berlaku semenjak tahun 1990.Baru-baru ini, Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar rakyat negeri Kelantan memanfaatkan air hujan untuk kegunaan harian ketika berhadapan dengan masalah bekalan air.

Terang beliau lagi, Kelantan adalah negeri yang sesuai untuk memanfaatkan air hujan kerana tidak terlmpau terdedah dengan sektor industri yang mampu mengurangkan kualiti air hujan.“Kelantan antaranya boleh manfaat air hujan sebab di negeri ini tidak banyak industri dan kurang pencemaran udara”

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan presiden PAS itu dilakukan ketika merasmikan projek rawatan air komuniti Parlimen Kubang Kerian di Masjid Mukim Seterpa Banggu baru-baru ini.Diharapkan agar masalah air bersih di negeri Kelantan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Air adalah asas kepada semua kehidupan.-lobakmerah

Dikatakan 4 Individu Ini Menjadi Punca Masalah Bekalan Air Berlaku. MB Selangor Kejutkan Orang Ramai Dengan Tindakan Yang Akan Diambil Ke Atas Pengusaha Dan Kilang Terbabit

KUALA LUMPUR, 5 Sept  — Kilang yang terbabit dalam kejadianpencemaran air di Sungai Gong, Rawang sehingga menyebabkan lebih 1.2 juta pengguna di Lembah Klang terputus bekalan air akan dirobohkan selain pengusaha diarah memulihkan tanah di situ.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata arahan itu terkandung dalam Notis Pelnggaran Syarat (7A) yang akan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Gombak kepada pengusaha kilang terbabit Isnin ini.

“Pemilik tanah terbabit mengusahakan bengkel membaiki jentera berat. Kita arahkan pemilik untuk pulihkan tanah, roboh bangunan dan henti operasi. “Kita akan tutup kawasan itu selama tiga hingga empat bulan untuk pastikan tempat berkenaan selamat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pelaporan Penuh Situasi Semasa Berhubung Isu Pencemaran Air di Ibu Pejabat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), di sini hari ini.

Amirudin juga mendedahkan kilang berkenaan telah diberi notis henti operasi pada Mac lepas namun pemiliknya berdegiil dan kembali memulakan operasi pada Jun lalu. Bagi memastikan kejadian sedemikian tidak berulang, Amirudin berkata kerajaan negeri akan meminda Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 bagi menaikkan denda maksimum daripada RM500,000 kepada RM1 juta terhadap mana-mana individu atau premis yang terbukti menyebabkan pencemaran sumber air di Selangor.

“Kita akan bentangkan pindaan ini pada persidangan dewan undangan negeri akan datang. Pada masa sama kita harap Kementerian Alam Sekitar dan Air dapat meminda akta berkaitan,” katanya.Terdahulu, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata pihak yang bertanggungjawab terhadap pencemaran itu akan didkwa minggu depan.

Sementara itu, Amirudin berkata Air Selangor menjangkakan bekalan air ke kawasan terjejas pulih sepenuhnya pada 6 pagi Rabu ini. Beliau turut menasihati pengguna yang kini telah menerima bekalan, agar tidak terbuuru-buuru menadah dan menyimpan air yang boleh menyebabkan tekanan air rendah, sekali gus mngganggu proses pemulihan bekalan air. — BERNAMA

Gara Gara 4 Individu Ini Habis 1.2 Juta Rakyat Terpaksa Terima Padah. Ketua Polis Selangor Akhirnya Dedahkan Punca Berlakunya Pencemaran Air

Empat lelaki pemilik kilang yang menjadi punca kepada pencemaran air di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang dilapor telah ditahn dalam satu operasi yang dilakukan malam tadi. Bernama melaporkan, kesemua sasaran merupakan adik beradik berusia dalam lingkungan 50 hingga 60 tahun. Tangkapn dibuat di kediaman mereka, selain ada yang turut ditahan selepas tampil di Balai Polis Daerah Gombak.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata — siasatan awal mendapati kilang tersebut diusahakan oleh keempat-empat individu itu selepas pemergian bapa mereka. Menurutnya, polis akan membuat permohonan remaan di Mahkamah Selayang untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Kesksaan.

Kejadian pencemaran air yang berlaku di kawasan perindustrian Sungai Gong dilapor telah menjejaskan 1.2 juta pengguna di sekitar Lembah Klang. Ia mengundang kemarahan orang ramai, yang terpaksa berdepan masalah gngguan bekalan air di tengah-tengah penularan pandemik COVID-19 ketika ini. Turut membuatkan mereka kecewa, setelah siasatan mendedahkan ini bukan kali pertama kilang terbabit melakukan kesalahan seumpama itu.

“Kami bayar bil & kami harapkan update setiap jam!” – Penduduk Lembah Klang Dah ‘Fed Up’ Dengan Masalah Air di Selangor

Tahun ini sahaja, sudah beberapa kali Lembah Klang mengalami masalah gngguan air sejak dari bulan Mac berpunca daripada sumber air yang tercemar. Menurut New Straits Times, gngguan air di Selangor ini telah menyebabkan rakyat di negeri tersebut termasuklah di Kuala Lumpur sudah semakin ‘fed vp’ dengan masalah yang tidak berkesudahan ini. Sumber: New Straits Times

Seorang penduduk, Noorliani Mohamad Noor dari Taman Pelangi berkata, dia dan jiran yang lain terkejut bila mendapat tahu yang terdapat gngguan air tidak berjadual berlaku semalam. “Ia berlaku secara tiba-tiba. Kami tak tahu apa nak buat. Kami hanya dengar yang ada pencemaran air (di Sungai Selangor). 

“Selalunya, kita akan diberitahu terlebih dahulu tentang gngguan ini supaya kita boleh simpan air,” katanya. “Gngguan air lebih 48 jam. Macam mana nak masak dan mandi dengan anak 2 orang?”  Seorang lagi penduduk, Norrasmawani Kamaruddin dari Bestari Jaya, Selangor pula berkata pili air rumahnya kering semenjak pagi semalam.

“Susah kalau gngguan air berlaku lebih daripada 48 jam bagi keluarga saya. Dengan 2 anak di rumah, macam mana mereka nak mandi dan saya masak makan malam atau makan pagi?” katanya. Penduduk bernama K. Girija pula berpendapat supaya kerajaan tampil ke depan dan beritahu hal sebenar. Kami bayar bil dan kami harap diberikan update setiap jam. Beritahu kami, apa yang menyebabkan pencemaran ini? Adakah ini pencemaran kimia?”  Sehingga kini, masalah air di Selangor masih belum dapat diselesaikan dan pihak berwajib menjangkakan minimum 4 hari gngguan air di kawasan-kawasan terbabit. So marilah kita bertabah ye kawan-kawan semua… 

Masalah Air Di Kelantan Dijangka Selesai Menjelang 2023 – Menteri Alam Sekitar & Air

Masalah bekalan air yang bersih di Kelantan sudah menjadi masalah zaman berzaman yang belum selesai hingga kini.Pun begitu, rakyat Kelantan tak perlulah gusar lagi kerana masalah air di negeri tersebut akan selesai dan dijangka menerima bekalan air sempurna menjelang tahun 2023, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. 

Menurut Astro AWANI, Tuan Ibrahim berkata ia berikutan terdapat proses pembesaran dan naik taraf di beberapa loji air utama yang sedang dilaksana negeri tersebut di bawa Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).Isu besar yang berlaku di Kelantan adalah masalah sumber air, (serta) pengambilan sumber air bawah tanah lebih daripada 50 peratus dan menyebabkan kos rawatan sangat tinggi.

“Kerajaan telahpun meluluskan peruntukan baharu untuk kita membuat penambahan (dan) pembesaran loji di Kelantan dan pengurangan NRW (kadar air tidak terhasil) yang agak tinggi di Kelantan,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.Selain itu, masalah bekalan air yang sering terputus di Pahang juga menjadi isu utama dan beliau menjelaskan bahawa masalah ini boleh diselesaikan jika tarif air dinaikkan.

Menurutnya lagi, Pahang ialah antara negeri yang teruk dari segi kedudukan kewangan kerana tarif air yang lama tidak disemak. Oleh itu, negeri Pahang dijangka melakukan migrasi kepada kerajaan pusat pada Oktober ini supaya masalah hutang yang ditanggung dapat diselesaikan.

“Di Pahang, semakan terakhir tarif air ialah pada 1983… 37 tahun Pahang tidak pernah menaikkan tarif air dan Pahang merupakan negeri yang paling rendah tarif air iaitu 79 sen pada setiap meter padu,” katanya.Sksanya kan tak ada air… harap orang Kelantan dan Pahang bertabahlah ye. Tak lama lagi je nak elok tu. -lobakmerah

Rasa Sayu Hati Bila Selangor Tiada Air. Tergamam Ustaz Ebit Lew Sanggup Beli 2 Lori Besar Air Untuk Agihkan Kepada Warga Selangor Yang Mengalami Gangguan Air.

Masalah air di Selangor sememangnya bukan sesuatu yang baru untuk dihadapi oleh penduduknya. Hampir setiap bulan pasti berlaku gangguan tersebut sehingga orang ramai sudah penat untuk merungut. Kali ini, masalah itu kembali menghantui penduduk ditambah dengan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersasar (PKPB) yang terpaksa mereka lalui disebabkan penularan pandemik Covid-19 yang semakin ‘mengg1la’.

Datang bagi air bersih. Oleh sebab itu, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew terpanggil untuk memberikan bantuan kepada sebahagian penduduk yang terjejas akibat daripada masalah tersebut. Menerusi posting di laman Facebook, beliau memaklumkan telah membeli dua lori besar air untuk diagihkan kepada penduduk di Pinggiran Batu Caves, Gombak.

Dari malam hingga subuh bantu beri air

Beliau berkata, urusan mengagihkan air telah dilakukan sejak jam 10 malam sehingga subuh bagi memastikan penduduk sekurang-kurangnya mendapat bekalan air. Sayu lihat warga emas minta air. Tambahnya, melihat keadaan orang yang sudah berusia mahu mendapatkan air membuatkan dirinya berasa sayu dan meminta pembantunya menolong warga emas mengangkat air untuk dibawa ke kediaman masing-masing.

Tak perlu kejar jawatan nak bantu orang. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan meluahkan rasa terharu atas keprihatinan yang ditunjukkan pendakwah berkenaan. Mereka juga tidak lepas mendoakan agar Ebit terus dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik agar dapat membantu orang ramai lagi. “Tak perlu jadi menteri untuk bantu rakyat”.”Semoga Allah permudahkan urusan ustaz”Sumber: Ebit Lew, OhMyMedia

Tak pernah lelah malahan rasa sebak mula menyelubungi diri. Ustaz Ebit Lew sanggup hantar bantuan sampai ke Kedah bagi membantu golongan ini

Sungguh mengagumkan. Seperti yang kita kenal penceramah bebas, Ebit Lew tidak pernah lelah membantu golongan yang memerlukan walaupunpun harus menempuh pelbagai rintangan dan cabaran. Terkini, usaha bantuan percumanya telah diperlukan oleh pihak Pnjara Pokok Sena, Kedah. Menerusi perkongsian terbaharunya semalam, Ebit  mengatakan telah menerima surat rasmi dari Pnjara Pokok Sena, Kedah yang meminta bantuan untuk individu Covid-19 yang dikuarantin.

Agak sedih dengan permintaan pihak pnjara, tanpa membuang masa beliau terus bergegas membeli segala barang keperluan serta menguruskan lori untuk menghantar semua barang ke sana dengan segera.“Sayu rasa. Pagi ini saya dapat surat rasmi dari Pnjara HQ dan Pnjara Pokok Sena memohon bantuan untuk warga pnjara untuk mereka yang dikuarantin. 

Tamabh dia lagi. “Terus bergegas belikan dan uruskan lori untuk penghantaran ke pnjara. Saya doakan lori bantuan selamat sampai. Saya tak kesana. “Kita semua sebuah keluarga. “Syukur selesai dapat belikan keperluan untuk 200 orang. 200 tilam. 200 bantal, tuala dan cadar. Kipas 10 biji. Face shield 2000 pcs. Barang-barang makanan dan barang asas,” katanya seperti yang dilihat oleh Gempak.

Pada masa yang sama, Ebit berharap semua yang disahkan positif Covid-19 diberi kesembuhan dan sihat seperti sedia kala.“Ya Allah selamatkanlah dan permudahkanlah buat warga Pnjara Pokok Sena dan Alor Setar. “Ya Allah selamatkan saudara kami di seluruh Sabah. Selamatkanlah kami semua ya Allah. Semua saudara kami yang sakit sembuhkan. Yang dijangkiti pulihkan. Yang kehilangan keluarga tersayang beri kekuatan kesabaran.“Buat warden semua dan petugas negara barisan hadapan disana terus kuat dan diberi kekuatan. Ini ujian kita bersama,” pintanya.-gmpk