Akui dah tak sebumbung dengan isteri. Syamsul Yusof akhirnya buka mulut tentang hubungannya dengan isteri dan dia berharap peminat dan rakan-rakan mendoakan yang baik-baik buat mereka

Artis

Baru baru ini, Pengarah filem Munafik, Syamsul Yusof, 36, mengakui dia kini memang sudah tidak tinggal sebumbung bersama isterinya, pelakon, Puteri Sarah Liyana.Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof dihubungi, bagaimanapun memaklumkan dia tidak pernah cuba menyembunyikan perkara itu sebelum ini.

“Bila dah tanya macam ini, saya jawablah memang kami sudah tidak tinggal sebumbung lagi.Bagi saya, tak ada apa yang nak disorokkan pun.“Saya pun sekarang beritahu apa yang saya rasa nak beritahu, asalkan pada saya ia tak ada masalah untuk dikongsikan,” katanya kepada Harian Metro.Ditanya sejauh mana permasalahan rumah tangga yang berlaku itu akan berakhir di mahkamah, Syamsul berkata dia dan isterinya, masih dalam proses memperbaiki hubungan mereka.

“Sekarang ini, saya dan Sarah masih lagi dalam proses cuba memperbaiki hubungan kami. Pada ketika ini, kami berdua perlukan masa.“Lagipun, tak ada orang dalam dunia ini yang mahu berpisah. Termasuklah saya dan Sarah, tak mahu berpisah. Tapi, kami perlukan masa sebab kena fikirkan anak-anak juga.

“Siapa yang tak sayang keluarga. Saya sangat sayangkan keluarga saya, anak- anak dan sudah tentulah isteri saya. Ya, saya sayang mereka,” katanya.Syamsul berkata selain terus berdoa kepada Allah SWT untuk keharmonian semula rumah tangganya, dia juga berharap peminat dan rakan-rakan mendoakan yang baik-baik buat mereka.

Kisah masalah rumah tangga Syamsul dan isteri, mula jadi perhatian selepas Sarah didakwa sudah ke pejabat agama pada 20 September lalu.Hasil perkongsian hidup Syamsul dan Sarah yang berkahwin pada 8 Mac 2014, dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

Puteri Sarah Bawa Diri.Kuala Lumpur: Tindakan pelakon, Puteri Sarah memuat naik gambar beserta keterangan pergi bercuti dan bekerja pada 13 Oktober lalu mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.Ada beranggapan isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof itu seolah-olah mahu membawa diri dan melupakan seketika pemasalahan rumah tangga yang wujud antara mereka.

Apatah lagi, pada hari sama pengarah filem Munafik itu membuat laporan polis ekoran mendapat mesej berbaur ugtn di Instagram.Puteri Sarah, 35, berkata, perancangan untuk pergi bercuti bersama anak-anak sudah dibuat lama.“Perancangan asal memang nak pergi bercuti di pulau selepas habis penggambaran. Tapi, macam tak sempat. Kebetulan, saya terbabit dalam penggambaran yang dibuat di luar Kuala Lumpur.

“Saya pun cuba bertanya kepada pihak produksi jika saya boleh bawa bersama anak-anak. Alhamdulillah, mereka okay. Kiranya, sambil bekerja dapat juga saya bercuti dengan anak-anak,” katanya.PUTERI Sarah bersama anaknya. FOTO IG Puteri Sarah.Ditanya mengenai ugtn yang diterima suaminya dan laporan polis dibuat, Puteri Sarah enggan mengulas lanjut.

“Saya dimaklumkan dia nak buat laporan polis, tapi tidak mengetahui lebih lanjut kandungan mesej berbaur ugtn itu. Jadi, tidak ada apa yang saya boleh perkatakan.“Lagi pula, perkara ini sudah menjadi kes polis. Biarlah pihak berwajib jalankan tugas mereka. Kalau betul seperti didakwa, saya berharap perkara ini akan dapat diselesaikan,” katanya.

Mengenai kenyataan dibuat Syamsul yang menyifatkan obses pada kerja antara salah satu punca berlakunya masalah rumah tangga mereka, Puteri Sarah enggan menafikan perkara itu.“Mungkin betul. Sebab semua tahu dia seorang yang kuat bekerja,” katanya ringkas.

Terkini Budak Semalam Yang Syamsul Cari Dah Jumpa. Kali Ni Budak Ni Pulak Syamsul Cari. Rupa Rupanya Ini Yang Budak Ni Buat Sampai Syamsul Yusoff Marah Sangat.

Sebelum ini Syamsul telah memuat naik satu posting menawarkan 10k kepada sesiap yang dapat membawa lelaki ini berjumpa dengan beliau. “Abg perlu perkhidmatan GRAB CAR. Sape2 boleh fetch mamat ni bawa jumpa saya minum kopi tak? Nak berkenalan. Mamat ni dia kat KL je so dekat. Walau dekat, grab car saya bayar 10k cash. Apa2 sila email sy di pengarahkerdil@gmail.com atau DM saja kat iG ni. #semboyanCalling”

Terbaru menerusi entri nya di halaman instagram milik Syamsul dia sudah pun menjumpai lelaki tersebut “Budak smalam dah jumpa.Settle.Tq brader2 ayahanda2 bos2 yg tolong. ” Next.Budak tak cukup umur atas ni ada sapa kenal? Lu sudah mmpskn BANGSA AKU bhai…siap cakap s*al lagi ? so skang aku rasa bukan aku je nak dok minum kopi ngan lu, satu MALAYA PUNYA TOK ANJANG NAK BERKENALAN NGAN LU. So in this case i leave it to them.

BBNU kat luar sana..tolonglah BERADAP sikit. Aku pun tak beradap mana tak baik pun nakal gak kadang2..tapi bahasa tu agak2 la bhai..ni sampai ko nak petik BANGSA aku dah knapa? Aduhai. Tahniah habis jiwa anak muda kita skrg. SO SAD

Berikut reaksi dari warganet

“boss nmpak mcm jiwa kacau sekrang, ambik masa rehat tenangkan diri.. Relax brother.. negara kita ada undang-undang. Sy yakin awk seorang yg profesional. “Perh habis la brother ini budak , muka leh g jauh tapi sikap biadap tu no komen lain pandai2 la nk idup ini budak

“budak2 skrg bnyak sembang kencang kalau 1 by 1 kompom tak brani…len kali nak tulis apa2 pikiaq dlu laa adik2…sbb tu org dlu2 ckp jgn kerana mulut badan bnsa Dalam pada itu Syamsul juga meningatkan anak-anak muda untuk mengambil tahu mengenai panji-panji hitam dari timur

Please scroll next pic guys. Abg harap anak2 muda Melayu ambil tahu sikit tentang PANJI HITAM DARI TIMUR. Jgn main2 dengan ISLAM/BANGSA MELAYU/MARUAH KELUARGA DAN DIRI seseorang. ” INI PAHLAWAN JIKA BERANI KAU LWN

Didakwa tidak lagi tinggal sebumbung, ini reaksi Puteri Sarah. Susulan kisah rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang didakwa berntkn selepas kedua-duanya dilihat muncul di pejabat agama, banyak spekulasi mengenai perkahwinan mereka timbul.

Terbaharu, menerusi satu kemas kini Puteri Sarah di akaun Instagram miliknya menimbulkan tanda tanya warganet apabila dia memaklumkan amat merindui anak-anaknya, Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1. “Rindu sangat. Harta dunia dan akhiratku,” tulis Puteri Sarah yang memuat naik foto bersama anak-anaknya.

Entri tersebut telah menimbulkan pelbagai andaian warganet mengenai rumah tangganya termasuk beranggapan mereka sudah tidak sebumbung.

“Kenapa tak duduk sekali ke. Ruginya masa-masa yang telepas. Moga-moga jodoh berpanjangan berbahagia selalu. Untung hidup boleh mewah boleh bermacam-macam semua impikan tu,” persoal salah seorang pengikut media sosial.

“Moga tabah. Akak pun pernah alami tidak tinggl bersama selama 4 tahun untuk perbaiki hubungan. Alhamdullillah hubungan kami bertambah baik,” nasihat salah seorang wargamaya. Pun begitu, Puteri Sarah tidak mendiamkan diri malah tampil menjawab setiap persoalan yang diajukan.

“Siapa kata tak duduk sekali? Saya sekarang sedang jalani penggambaran di Pahang. Anak-anak saya di Kuala Lumpur,” jawabnya. Terdahulu, ibu Syamsul tampil mendedahkan pasangan itu sudah dua tahun tidak tinggal bersama dengan mereka.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : trendingsangat.pw via SlamberMedia

Lama Jadi Teka Teki Warganet Akhirnya Syamsul Yusoff Tampil Bersuara Bongkarkan Inidividu Yang Menganggunya. Tergamam Syamsul Siap Tawarkan Ganjaran Yang Lumayan Untuk Sesiapa Yang Nak Heret Lelaki Ini Jumpa Dengan Dia.

Kehidupan sebagai selebriti tidaklah mudah seperti disangka. Ada masanya, nama akan diagung-agungkan sekali gus membuatkan ada yang menyimpan rasa iri hati. Pelakon, pengarah dan penyanyi, Syamsul Yusof, dia juga tidak terlepas daripada berdepan situasi diuji dengan sifat hasad dengki manusia terhadapnya.

Mencipta nama menerusi karya-karya pecah panggung serta lagu-lagu yang memanjat carta radio tempatan, Syamsul tidak menafikan setiap rezeki yang diberi Allah kepadanya itu diturunkan dengan ujian untuk menguatkan dirinya sebagai hamba. “Setiap benda ada ‘harga’ yang perlu dibayar. 

“Shark Is Back”

Allah berikan kejayaan kepada saya untuk hasil kerja yang membanggakan. Dalam pada kejayaan yang saya terima, ada juga beberapa perkara yang saya sendiri perlu perbaiki dalam kehidupan saya,” katanya. Menurutnya, apa yang menjadi keutamaannya kini adalah keluarga terutama anak-anaknya.

“Keselamatan keluarga menjadi keutamaan. Alhamdulillah, anak-anak membesar dengan sihat. Tapi, besar nikmat, besar juga ujiannya untuk saya,” katanya. Situasi rumah tangganya bergolak dan mula menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi apabila isterinya, Puteri Sarah Liyana dilihat hadir ke pejabat agama pada pertengahan bulan lalu.

Tidak cukup dengan itu, dalam bulan sama dia juga diduga dengan ftnh yang disebarkan seorang YouTuber di laman penstriman video itu. “Saman terhadap YouTuber itu masih lagi saya akan teruskan. Tapi, disebabkan banyak perkara berlaku antaranya krisis pandemik dan sebagainya, jadi semuanya akan diteruskan selepas ini. Mengenai YouTuber itu, dia sudah padam akaun saluran YouTube itu. Tapi, dia nak lari ke mana sebab saya akan terus cari,” katanya.

Penghujung September lalu menyaksikan Syamsul berdepan situasi menegangkan apabila YouTuber tidak bertanggungjawab itu menggunakan tajuk yang tidak sesuai serta menimbulkan ftnah terhadap dia dan keluarga.

Terbaru, Syamsul baru saja membuat laporan polis pada 13 Oktober lalu selepas menerima ugvtan daripada individu tidak dikenali di Instagram, seperti yang dilaporkan Harian Metro sebelum ini. Tidak mahu merngsingkan keluarga, Syamsul meminta individu yang tidak menyimpan rasa tidak puas hati kepadanya untuk bersemuka dengannya.

“Saya tak mahu peningkan kepala keluarga saya. Saya sudah berusia 36 tahun dan bukan budak-budak lagi. Kepada individu yang ada masalah dengan saya, jumpa saya secara bersemuka,” katanya. Yang pasti, Syamsul memohon agar peminat-peminatnya akan terus mendoakan kesejahteraannya sekeluarga. – SUMBER

Mr Nice Guy..NO MORE!! – Syamsul

Terbaru Memetik Dari Muatnaik terkini Syamsul Di Laman Ig nya, seolah Beliau Sudah Mengenal pasti individu Yang sering menganggu hidup nya dan Sering menggut dirinya. “Abg perlu perkhidmatan GRAB CAR. Sape2 boleh fetch mamat ni bawa jumpa saya minum kopi tak? Nak berkenalan. Mamat ni dia kat KL je so dekat. Walau dekat, grab car saya bayar 10k cash. Apa2 sila email sy di pengarahkerdil@gmail.com atau DM saja kat iG ni.

“#semboyanCalling” – Syamsul

Antara Komen Dan Kata Kata Semangat Dari Rakan Seperjuangan Dan Follower Syamsul Di Laman IG Nya.

“Dah 2 tahun mereka tak tinggal bersama kami” – Yusof Haslam dan isteri doakan Syamsul, Puteri Sarah selesaikan isu rumah tangga dengan baik

SUSULAN keadan rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang didakwa berantakan selepas kedua-duanya dilihat muncul di pejabat agama, bapa pengarah filem itu Datuk Yusof Haslam enggan mencampuri urusan peribadi mereka.

Yusof ketika dihubungi mStarmemberitahu dia tidak berhak memberi sebarang komen memandangkan pasangan itu tidak lagi tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.Bagaimanapun Yusof berkata, dia dan isterinya iaitu Datin Fatimah Ismail sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak dan menantunya itu.

“Saya tak tahu apa-apa mengenai rumah tangga mereka. Biarlah Syamsul dan Puteri Sarah sendiri yang beri kenyataan sebab saya tak boleh nak beri komen. “Benda ini terlalu peribadi sebab melibatkan hal rumah tangga mereka. Lagipun, mereka berdua dah tidak tinggal bersama dengan saya sejak dua tahun lalu sebab mereka ada rumah sendiri.

“Sebagai bapa, sudah tentu saya mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua. Apa saja kemelut yang berlaku, saya dan isteri mendoakan agar mereka dapat selesaikan dengan baik,” kata Yusof kepada mStar.Yusof diminta mengulas mengenai dakwaan Puteri Sarah Liyana dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada Jumaat lalu.

Puteri Sarah dilihat mengenakan jubah dan bertudung hitam memasuki bahagian undang-undang keluarga ditemani seorang wanita yang dipercayai ibu mentuannya, Fatimah. Bagaimanapun, ditanya mengenai tujuan mereka mengunjungi pejabat agama tersebut, Puteri Sarah hanya memilih untuk tidak mengulas mengenainya.

Usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan daripada Syamsul yang juga seorang pengarah filem hebat gagal apabila panggilan telefon tidak dijawab. Menerusi laporan mStar pada Ahad, tinjauan mendapati Puteri Sarah juga sudah berhenti mengikuti atau sudah ‘unfollow’ akaun Instagram suaminya,

namun Syamsul masih lagi mengikuti IG aktres itu. Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, serta Summayah yang kini berusia setahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setelah Sekian Lama Menyepi Akhirnya Syamsul Yusof Tampil Buka Mulut Bongkarkan Sesuatu Pasal Har Rumahtangga. Rupa Rupanya Ini Punca Sebenar.

SETELAH agak lama isu membabitkan rumah tangga Syamsul Yusof menjadi perbualan ramai, pengarah dan pelakon itu akhirnya tampil menjelaskan mengenai status sebenar. Mengakui bahtera yang dibina berhadapan masalah, Syamsul, 36, bagaimanapun berkata dia dan Puteri Sarah Liyana kini dalam proses memperbaiki hubungan dengan mendapatkan nasihat daripada pihak yang sepatutnya.

Malah jelas pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof ini, kehadiran Puteri Sarah di pejabat agama pada 18 September lalu tidak melibatkan isu perpisahan. “Semua orang pun tahu dia pergi ke pejabat agama tapi bukan sebab kami nak berpisah. Cuma tiada jalan lain, kami perlu mengambil nasihat daripada kaunseling.

“Kami masih dalam proses memperbaiki hubungan. Saya tidak boleh cakap lebih soal rumah tangga tapi apa yang boleh saya cakap… dia seorang isteri yang baik. “Yang penting sekarang ini anak-anak. Mungkin sebab saya terlalu obses dengan kerja saya. Jadi seperti penyaki1t… saya jadi tak senang dengan kerja saya.

“Sepatutnya apabila kerja dah siap, relaks la. Nak kata duit… Alhamdulillah, rezeki ada. Tapi kenapa saya selalu nak bekerja,” kata Syamsul kepada mStar. Pada 29 September lalu, Syamsul meluahkan rasa marah apabila kisah rumah tangganya dijadikan modal sensasi berbaur ftnah sebuah saluran YouTube.

Dalam pada itu pengarah dan pelakon filem mnafik ini mengakui berasa tertekan apabila berdepan dengan dugaan tersebut ketika dia sedang sibuk menyiapkan projek filem dan lagunya. Bagaimanapun dia percaya dan yakin apa yang berlaku tidak akan menjejaskan urusan dalam memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah.

“Saya tertekan sebab sibuk dengan projek filem dan lagu dan dalam masa sama nak perbaiki hubungan kami lagi. Jadi, saya perlukan ketenangan. Syamsul membuat laporan polis terhadap individu yang menghantar mesej berbaur ugtan kepada dirinya dan keluarga.

“Tapi pada masa yang sama timbul isu YouTuber buat ftnah… ada yang hantar mesej ugtan la. Sekarang ini mood saya tengah sakit hati… nak selesaikan masalah kena tenang. “Tapi InsyaAllah apa yang berlaku ini tidak akan menjejaskan saya dan Sarah dalam urusan nak perbaiki hubungan kami.

“Sarah seorang yang sangat memahami dan apa yang terjadi, dia sentiasa beri sokongan,” ujarnya. Syamsul berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah yang kini berusia setahun.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: mStar/KL Menjerit Video

Tajuk Ke Arah Perkara Negatif. Syamsul Yusof Dedah Akan Saman Satu Saluran Youtube Ini Selepas Menyebarkan Berita Yang Tidak Sepatutnya Dibuat

Pelakon Syamsul Yusuf berang dengan sebuah saluran YouTube yang menggambil kesempatan menggunakan tajuk berbaur ftnah mengenai hal rumahtangganya.Dengan menggunakan nama Cabik Geronong Channel, saluran itu meletakkan tajuk berjudul ‘TAK SANGKA! Rupanya Syamsul Yusof Menduakan dengan Puteri Sarah’ untuk mendapatkan jumlah tontonan yang banyak menimbulkan rasa kurang senang Syamsul.

Syamsul menerusi video pendek di ruangan IG TV di Instagram miliknya memaklumkan bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap saluran berkenaan.“Anda semua nak main-mainkan saya kan? Berani tulis tajuk macam ini hanya untuk mendapatkan views di YouTube.

Saya dah semak dan saluran ini adalah dari Malaysia dan kita akan dapatkan dia punya id. “Too much brother. Jangan main-main dengan nama saya. Please stop playing aroung with my f******g name bro.“Sekarang ini dekat

saluran YouTube saya tahu anda semua nak dapatkan views apa semua, saya tahu itu kerja anda tapi tolong hormati orang dan juga artis.“Mereka ada keluarga juga, saya ada anak-anak. Saya dapat Cabik Geronong Channel, nama saluran pun macam apa tah dia tulis tajuk yang boleh membawa ftnah, boleh membawa kepada kepincangan keluarga saya lagi,” katanya.

Tegas Syamsul lagi, tindakan tidak bertanggungjawab pihak saluran itu boleh membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.“Seperti yang saya cakap, saya tidak akan berdiam diri lagi. Saya akan saman anda, saya jumpa anda di mahkamah.

“Ini bukan sebab duit, nak kasi ajar sikit. Kalau ada artis-artis lain sebelum ini pernah kena kalau diorang tak berani saman ke ha ni Syamsul saman kau sekarang ni.“Saya tak main-main dan tolonglah respek orang lain. Orang tengah ada masalah

sekarang ni dan korang nak fikir tentang korang punya views, kau tak fikir orang punya perasaan. Kau nak buat macam ni, okay see you in courtlah. “Saya akan dapatkan peguam terbaik. Seriously bro, too much! Orang pun ada perasaan juga, come onlah respek people.

“Saya hormat anda, anda hormat saya. Saling menghormati, jangan buat kami, artis Malaysia ni like sht man. Malas cakaplah, see you in court!” tegasnya. Malah, Puteri Sarah bersama ibu mentuanya dikatakan masuk ke bahagian undang-undang keluarga meskipun tidak dapat dipastikan tujuan sebenar kehadirannya itu.

Puteri Sarah juga sempat menimbulkan tanda tanya saat memuat naik kenyataan berkaitan menduakan di InstaStorynya baru baru ini. Selain itu, di Instagram Syamsul juga kali terakhir dia memuat naik foto bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu,

manakala, foto bersama Puteri Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu. Pasangan Syamsul dan  Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.Kredit Foto: Instagram @syamsulyusoffilm-gmpk