Akui rasa sunyi dan hidupnya sunyi. Keith Foo dedahkan hubungan dia dan isteri serta anaknya selepas berpisah Disember lepas

Artis

Walaupun tidak lagi bergelar suami isteri selepas berpisah pada DIsember tahun lalu, Keith Foo yang merupakan pelakon berkata hubungannya dengan bekas isteri Kim Raymoond tetap baik. Katanya,apa yang lebih menjadi keutamaan adalah mereka tetap merupakan ibu dan kepada anak mereka, Skylar Raymond Foo kini berusia tiga tahun.

Mengakui hidupnya sunyi, namun Keith akui lebih selesa hidup solo. Tidak pernah menutup pintu hatinya untuk berkahwin lagi, Keith berkata buat masa ini tiada orang yang sudi berkenalan.“Saya tidak boleh bohong, rasa sunyi memang ada. Maklumlah, dulu sewaktu bangun tidur, anak di sebelah dan dia sentiasa ada di rumah. Sekarang, semuanya sudah berubah.

“Jujur saya cakap, tiada orang yang sudi berkenalan. Saya selesa hidup solo, namun hati ini tidak pernah tertutup untuk berumah tangga semula,” katanya.Ditanya mengenai bekas isteri kini seperti dalam proses mengenali hati budi seseorang, Keith berkata dia terbuka mengenai perkara itu.“Saya selalu gembira dengan siapa pun pilihan hatinya. Kalau dia ingin pergi ‘dating’, saya sangat galakkan, saya boleh jaga anak di rumah. Hubungan saya dengan Raymond tetap okey walaupun tidak lagi tinggal sebumbung sebagai suami isteri,”katanya.

Mengejutkan Ini Reaksi Dari Keith Foo Bila Bekas Isteri Ada Kekasih Baru. Tak Sangka Dalam Diam Sampai Macam Ni Sekali Reaksi Dia.

Pelakon kacak, Keith Foo kini selesa menjalani hidup solo dengan status sebagai seorang duda. Mengakui masih belum pengganti namun, Keith tidak menutup hatinya untuk berkahwin lagi. “Jujur saya cakap, tiada orang yang sudi berkenalan. Saya selesa hidup solo, namun hati ini tidak pernah tertutup untuk berumah tangga semula.” – katanya kepada Kosmo.

Walaubagaimanapun hubungannya dengan bekas isteri, Kim Raymond tetap harmoni demi kebaikan anaknya Skylar Raymond Foo. Sementara itu, Keith berkata, dia tidak kisah sekiranya bekas isterinya sudah menemui pengganti atau kekasih baru. Malah dia galakkan bekas isterinya untuk bertemu Kekasih Baru, jadi Keith dapat meluangkan masa bersama anak.

” Tentang bekas isteri, saya selalu gembira dengan siapa pun pilihan hatinya.” – ujarnya. “Kalau dia ingin pergi ‘dating’, saya sangat galakkan, saya boleh jaga anak di rumah. Hubungan saya dengan Raymond tetap okey walaupun tidak lagi tinggal sebumbung sebagai suami isteri. Kami tetap jalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada Skylar.” – akuinya

Mengenai perkembangan terbaru dalam bidang lakonan, Keith kini sibuk dengan penggambaran drama 22 episod berjudul Yang Bakal Ramadan Ini untuk siaran AwesomeTV. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://murai.my/2021/97065/reaksi-mengejutkan-keith-foo-bila-bekas-isteri-ada-kekasih-baru

Keith Foo kini duda, berpisah Disember tahun lalu

PELAKON Keith Foo mendedahkan dirinya sudah berpisah dengan model dikenali Kim Raymond pada Disember tahun lalu. Menurut Keith, 37, dia dan bekas isteri sudah tidak tinggal sebumbung sejak dua tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.

“Kami berpisah sejak dua tahun lalu tetapi secara rasminya berpisah pada Disember tahun lepas. “Walaupun sudah tidak lagi bersama, kami masih menjaga hubungan baik dengan bekas isteri demi anak, Skylar Raymond Foo,” katanya.

Terdahulu, Keith hadir pada majlis sidang media telefilem Kita Merdeka oleh AEON dan Country Universal Sdn Bhd di One World Hotel, Petaling Jaya. Menurut Keith lagi, biarpun rumah tangga yang dibina hanya bertahan dalam tempoh singkat, dia bersama bekas isteri sepakat mengekalkan hubungan baik.

“Kami sudah seperti rakan baik dan tiada masalah yang terjadi antara kami berdua biarpun tidak lagi bergelar suami isteri. “Anak tinggal dengan bekas isteri,  tapi setiap hari saya akan cuba mencari ruang untuk bersamanya (anak). Jika saya bercuti dan tiada penggambaran, anak akan tidur di rumah saya,” katanya.

Tambah Keith, perpisahan adalah jalan terbaik bagi kedua-dua belah pihak sebelum hubungan menjadi lebih parah. “Kami berpisah secara baik. Perkahwinan tidak boleh dipaksa. Daripada kita paksa-paksa atau tangguh-tangguhkan, tak tahu apa akan jadi di masa akan datang.

“Jika dipaksa dan tiada persefahaman, takut perkara lebih buruk akan terjadi nanti. Sekarang, situasi yang kami hadapi jadi lebih baik,” katanya lagi. Keith mendirikan rumah tangga dengan Kim pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak pada 30 Mei 2017.

Keith kembali berlakon

SELEPAS dua tahun menyepikan diri dalam dunia lakonan, kini pelakon yang pernah popular menerusi drama Ariana Rose di TV3, Keith Foo, 37, kembali menyusun semula strategi untuk mewarnai industri seni tanah air. Keith yang memegang watak sebagai Tengku Adam dalam drama berkenaan berkata, dia melihat tahun ini adalah masa yang tepat untuk kembali aktif memandangkan anaknya, Skylar Raymond Foo kini sudah berusia tiga tahun.

“Sedar tak sedar lebih dua tahun tidak bergiat aktif dalam dunia lakonan kerana mahu melihat anak membesar depan mata. Saya tidak mahu terlepas setiap saat-saat manis membesarkan si kecil permata hati itu. “Biarpun terpaksa melupakan kerjaya lakonan buat sementara waktu, saya tidak pernah berasa ralat kerana perlu mendahulukan tanggungjawab sebagai bapa.

“Justeru tahun ini saya nekad untuk kembali aktif. Sebenarnya, saya sudah memulakannya sejak awal tahun lagi, tapi apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana akibat Covid-19, semuanya tergendala. “Kini, apabila penggambaran boleh dijalankan semula, saya kembali berlakon dan rasa ia adalah masa yang terbaik untuk terus aktif bekerja,” katanya.

Meskipun jadual kerjayanya selepas ini akan sibuk, Keith berkata dia akan cuba membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga sebaik mungkin. “Saya rasakan semuanya baik-baik saja sekarang. Anak pula tinggal dengan bekas isteri, dan jika tiada penggambaran memang masa dihabiskan masa dengan anak.

“Semuanya seimbang dan saya gembira dengan apa yang dilakukan kini. Setiap hari, saya pasti akan bertemu dengan anak dan jika ada waktu terluang, dia (anak) tidur di rumah saya,” katanya. Siapa sangka, hubungan rumah tangga Keith dengan model Kim Raymond tidak bertahan lama apabila mereka nekad untuk berpisah pada Disember tahun lalu selepas berkahwin pada November 2015.

Menurut Keith, walaupun mereka tidak lagi tinggal bersama namun dia masih mengekalkan hubungan baik dengan Kim. Bagi Keith, tiada sebab untuk dia dan bekas isterinya bergaduh kerana mereka berpisah secara baik. Malah, demi kebahagiaan anak juga.

“Kami berpisah secara baik dan hubungan hingga kini masih utuh. Cuma, kalau dahulu status kami sebagai suami isteri dan sekarang hanya sahabat baik. Kami juga sudah berjanji, apa yang terjadi pun, anak menjadi keutamaan. Kami harus berfikir mengenai keadaan anak yang lebih utama,” katanya. Menurut Keith yang pernah membina kerjaya lakonannya di Indonesia, dia mahu penjagaan anak dibuat bersama-sama bekas isteri walaupun sudah berpisah.

Hal rumah tangga urusan peribadi – Keith Foo

PELAKON, Keith Foo, 36, enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai hubungan rumah tangganya dengan isteri, Kim Raymond yang dikatakan goyah. Keith ketika dihubungi berkata, isu itu terlalu peribadi untuk dikongsikan dengan masyarakat.

“Apa yang boleh saya katakan, hal rumah tangga adalah sesuatu bersifat peribadi. Buat masa sekarang, hubungan kami baik saja. “Kami sibuk dengan hal masing-masing, namun tetap memberikan fokus 100 peratus kepada anak,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya lagi sama ada timbul isu yang menggoncang keharmonian rumah tangganya, bintang drama Dia Isteri Luar Biasa itu berkata, setiap hubungan tentunya akan ada masalah. “Biasalah, kalau dalam apa juga hubungan pun tidak kiralah perkahwinan atau percintaan, ada naik dan turunnya.

“Setiap masalah yang timbul dalam sesuatu hubungan ini juga tentunya akan ada penyelesaiannya,” katanya. Diminta mengulas mengenai komen warganet yang rata-rata membuat spekulasi kononnya dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan isteri, Keith memilih untuk membiarkan saja tindakan mereka.

“Biarkan saja kepada mereka untuk bercakap apa pun. Kadang-kadang, warganet ini bertindak seperti mereka tahu semuanya yang berlaku. “Selagi komen dan spekulasi mereka tidak merugikan saya, saya okey. Sekurang-kurangnya, mereka ada sesuatu yang diperdebatkan,” katanya. Keith dan Kim berkahwin pada 30 November 2015 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Skylar Raymond Foo pada 30 Mei 2017.

Tiada masalah isteri lebih popular

Tanggal 21 Disember lalu, genap setahun pelakon Keith Foo dan isterinya, Kim Raymond Foo sah bergelar suami isteri selepas mendaftar perkahwinan mereka di Kuala Lumpur. Ramai selebriti yang hilang populariti selepas berumah tangga. Namun begitu, pelakon berusia 32 tahun ini punya pendapatnya yang tersendiri.

“Bagi saya, perkahwinan tidak mengganggu populariti seseorang artis. Lagi pula, setiap orang akan berkahwin. Kalau peminat sukakan kita, mereka akan terus menyokong walaupun sudah berkahwin. “Populariti bergantung kepada disiplin dan hasil karya seseorang artis. Kalau kita berikan hasil kerja yang terbaik, mereka akan tetap sokong kita,” katanya.

Keith juga bersyukur kerana dia dan isterinya disenangi ramai peminat. “Ramai juga yang mula mengenali isteri saya. Tidak menjadi masalah sekiranya isteri saya lebih popular berbanding saya,” katanya. Bergelar suami, Keith mengakui tidak banyak perbezaannya berbanding sebelum bergelar suami.

“Kami mengenali satu sama lain sejak hampir 14 tahun lalu. Cumanya, selepas bergelar suami, perasaan cinta dan sayang itu bertambah kuat,” katanya. Bagi berkongsi rasa bahagianya bersama peminat dan rakan media, pelakon berusia 32 tahun ini memaklumkan, dia dan isteri merancang untuk mengadakan majlis resepsi pada Februari atau Mac tahun hadapan.

“Majlis resepsi untuk keluarga sudah diadakan. Untuk peminat dan rakan media, saya dan Kim merancang untuk mengadakannya secepat mungkin. “Kalau tiada aral melintang, majlis resepsi itu akan diadakan pada Februari atau Mac tahun hadapan, selepas saya selesai dengan penggambaran di Indonesia,” katanya.

Ditanya mengenai ‘perkahwinan rahsia’ itu, Keith memohon agar semua peminat dan media untuk menghormati privasinya. “Bagi saya, hal ini adalah peribadi dan tidak penting untuk dihebahkan. Setiap orang ada perkara yang boleh dikongsi dan ada yang disimpan untuk privasi sendiri.

“Apa yang penting adalah bagaimana kita membahagikan antara kehidupan profesional dan peribadi. Tiada apa lagi yang ingin saya sembunyikan kerana Kim pun sudah menjadi isteri saya,” katanya.

Keith juga turut memohon maaf sekiranya tindakannya itu membuatkan beberapa pihak terasa hati. Diminta mengulas mengenai perancangan keluarga, Keith dalam nada teruja memaklumkan dia memang sukakan kanak-kanak dan inginkan anak secepat mungkin.

“Saya tidak kisah kalau dapat anak lelaki atau perempuan. Kalau ada, adalah kerana anak itu anugerah Tuhan. Lagi pula saya memang sukakan kanak-kanak,” katanya. Terbaru, filem lakonannya, Langit Cinta arahan Osman Ali akan mula menemui peminat di pawagam bermula 7 Januari akan datang.

Mengenai lakonannya, Keith meminta supaya peminat tidak hanya memberikan kritikan positif sebaliknya turut memberikan komen negatif untuk membantunya memperbaiki lakonan. “Kritikan negatif juga penting kerana saya perlukan itu untuk membantu mempertingkatkan lakonan saya,” katanya.