Akui sukar lalui proses IVF. Siti Elizad kongsi pengalamannya melalui foto dan video suami dia belajar cara gunakan sesuatu ini pada bahagian perut di rumah

Artis

Elizad berkongsi foto dan video hari pertama menjalani rawatan IVF. SELEPAS beberapa kali tertangguh, pelakon Siti Elizad akhirnya meneruskan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pada Rabu.Elizad, 36, berkata, pada hari pertama rawatan tersebut, doktor turut mengajar suaminya iaitu Shamsul Baharin Abdul Rahman cara memberi suntikan di bahagian perut aktres itu yang perlu dilakukan di rumah.

Pemilik nama Siti Elizad Mohamad Sharifuddin ini berkata, dia memuat naik video dan foto sepanjang proses rawatan supaya anaknya nanti menyedari betapa sukar untuk dia melalui proses itu.Doktor kongsi cara untuk melakukan sntikan IVF.“Hari pertama sntikan untuk IVF. Hari ini periksa darh. Sambil itu doktor dan jururawat ajar suami cara nak memberi sntikan dekat bahagian perut.

“Jadi hari ini, hari pertama kami. Dah mula proses ccuk-ccuk sendiri dekat rumah sendiri. Doakan kami ya. Insya-Allah jumpa doktor lagi dua minggu.”Susahnya nak dapat awak ini anak. Harap-harap awak tengok la video dan gambar-gambar macam mana kerja kerasnya nak dapatkan awak.

Yang tanya tentang harga, saya tak ada jawapan sebab masalah kita semua lain-lain ya.

“Ya Allah perkenankanlah doaku yang satu ini juga buat mereka yang mengalami seperti saya,” kata Siti Elizad.Penyampai radio Sinar FM itu berkongsi perkara tersebut dengan memuat foto dan beberapa video ketika menjalani rawatan tersebut di laman Instagram miliknya pada Rabu.Sebelum ini, Elizad memberitahu dia sepatutnya sudah melakukan rawatan kesuburan pada Februari lalu, tetapi terpaksa ditunda kerana terikat dengan penggambaran drama bersiri.

Elizad dan suami tak sabar untuk dikurniakan anak.Dalam pada itu, Elizad menegaskan dia tidak dapat menjawab persoalan mengenai harga untuk melakukan rawatan tersebut berikutan permasalahan yang dihadapi setiap pasangan berbeza-beza.”Yang tanya tentang harga, saya tak ada jawapan sebab masalah kita semua lain-lain ya.”Cuma apa saya boleh rekeman harga berpatutan, doktor serta jururawat yang sangat peramah,” ujarnya.Elizad mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015-mstar

Tiada Lagi Aktiviti Lasak. Siti Elizad Bongkarkan Dia Sedang Mulakan Satu Rawatan Ini Untuk Dapatkan Cahaya Mata Dan Dia Harap Warganet Titipkan Doa Dan Kata Kata Positif Buat Dirinya

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Siti Elizad mendedahkan dia sudah menjalani proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata.Pemilik nama Siti Elizad Sharifuddin, 36, berkongsi perkara berkenaan menerusi satu hantaran dalam Instagramnya semalam.

Menurut pelakon Jalan Sesat ke Syurga itu, gambar tersebut merupakan momen rakaman ketika dia menjalani sesi rawatan IVF yang pertama.“Bismillahirahmanirrahim. Kembali untuk menjalani rawatan IVF. Ini baru sesi pertama.“Selepas dua minggu lagi, doktor pesan tiada lagi vroom vroom (motosikal) dan aktiviti lasak. Doakan kami ya.

“Jadi dua minggu dari sekarang masih boleh jalan-jalan, naik motosikal cuti sana-sini lagi. Lepas ini kena simpan motor buat perhiasan,” katanya.Dalam pada itu, rata-rata warganet menitipkan doa dan kata-kata positif kepada penyampai radio Sinar FM itu.Terdahulu, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015. – K! ONLINE

Siti Elizad Naik Angin Dengan Pelakon Baharu

Penyampai radio Sinar dan aktres Siti Elizad, 36, bengang apabila terdapat seorang pelakon baharu yang tidak menepati masa ketika di set penggambaran.Kata Elizad, bukan soal baru atau lama yang jadi persoalan tetapi masalah yang dilakukan itu telah mengganggu kerja orang lain. “Ada seorang pelakon baharu ni, baru nak berjinak-jinak dalam dunia lakonan dah buat hal dengan datang lambat. 

“Sebenarnya bukan soal baru atau lama. Kita sama-sama cari rezeki. Ini pasal tak hormat calltime orang lain. “Kamera dah pacak dah siap semua lepastu kena menunggu berjam-jam. Dah la dia datang dengan belum bersiap, bazir masa lagi,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu menegaskan dia bukan ingin berlagak seorang diva atau senior.Namun, perkara itu harus disedari kerana berpunca dari diri yang tidak berdisiplin.”Masa jawab dalam group WhatsApp orang tanya kat mana, dia macam tak bersalah. Tapi sebab saya dah berbunyi baru dia minta maaf. Saya memang geram betul.

“Masalah sekarang saya bukan nak tunjuk diva, cuma saya ada nasihat dia. “Nak jadi pelakon tak boleh ada alasan datang lambat walau dari pelosok negeri mana. Saya tak boleh terima.”Takda alasan untuk dua jam lambat! Itu bukan lambat, itu masalah diri sendiri. Sebab bila lambat dah membabitkan team produksi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pemilik nama Siti Elizad Mohamad Sharifuddin mengingatkan kepada semua orang supaya menghormati masa orang lain. “Tolong la hormat calltime orang lain, nak berjaya dalam hidup biasakan bangun awal dan jangan cari masalah kat tempat kerja.”Saya sendiri amalkan kalau masa kerja saya mesti datang sejam awal atau setengah jam sebelum,” kata Elizad.Sebelum ini, Elizad ada memuat naik sebuah entri yang berbau marah pada Jumaat lalu.-gmpk“

Lebih Afdal Letak Phone Luar Pagar!” – Elizad Sharifuddin Kongsi ‘Trick’ Khatam Al-Quran Dalam Sebulan

Pelakon tinggi lampai dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin baru-baru ini mendedahkan beliau dan suaminya telah berjaya menghabiskan khatam Al-Quran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini!Oleh itu, beliau telah berkongsi rahsia atau ‘trick’ mudah khatam Al-Quran dalam masa sebulan di bulan Ramadan.

4 Halaman Bagi Setiap Solat Fardhu

Kongsi Elizad di laman Instagram Stories, untuk satu kali khatam, baca 4 halaman selepas setiap kali mengerjakan solat fardhu.Tambahnya, beliau juga menjauhkan telefon bimbitnya supaya fokusnya tidak terganggu!“Macam mana boleh khatam sebulan? Kebiasaannya, family kami ikut trick ini. Cuma, untuk isteri dan wanita-wanita kena lebihkan sikit halaman sebab kita kan ada ‘ bulan mengambang’ 7 hingga 8 hari, jadi kena extra sikit.

Tips dia jangan letak telefon dekat sebelah time mengaji dan selesai solat sebab korang confirm kejap-kejap nak check telefon. Sila LETAK KAT LUAR. Lebih afdhol letak luar pagar,” tulisnya.Menarik juga perkongsian yang diberikan Elizad ini. Jom sama-sama kita raikan bulan barakah dengan meningkatkan amalan ibadat.Selamat beramal!Kredit: Instagram Elizad Sharifuddin

Elizad Terkejut Bila Dengar Suara Datuk Jalaludin Menjrit ‘Allah’ Sekuat Hati

MALANG tidak berbau. Itulah yang terjadi kepada pelakon Datuk Jalaludin Hassan yang terjatuh ketika hendak turun tangga di set lokasi penggambaran drama Jalan Sesat Ke Syurga pada malam, Jumaat. Menurut pelakon Elizad, dia yang baharu sampai ke set penggambaran itu terkejut apabila terdengar suara Jalaludin yang tiba-tiba menjerit sekuat hati.

“Waktu itu saya baru sahaja sampai di set penggambaran dan ins1den itu berlaku dalam rumah. Mungkin keadaan di tangga itu agak gelap sebab tak buka lampu lagi.“Tiba-tiba saya dan semua yang ada di luar rumah itu terdengar suara Datuk Jalal menjerit ‘Allah’ sekuat hati. Memang terkejut, kami berlari masuk ke dalam rumah dan lihat ibu jarinya berdar4h.Elizad kongsi perkara itu di Instastory miliknya.

“Datuk Jalal jth sebab terlepas nak langkah tiga anak tangga. Tapi saya pun tak berapa pasti macam mana insi1den itu berlaku,” kata Siti Elizad ketika dihubungi mStar pada Sabtu.Sebelum ini, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 36, berkongsi video ambulans di Instastory miliknya dengan memberitahu Jalaludin jath tangga ketika penggambaran.Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan Jalaludin gagal apabila aktor itu tidak membalas mesej.

Elizad dan Aaron Aziz antara pelakon yang bekerjsama dengan Jalaludin dalam drama tersebut.Dalam pada itu, Elizad berkata, Jalaludin tidak mengalami keced3raan yang teruk dan dia hanya diminta pulang ke rumah untuk berehat sebaik sahaja mendapat raw4tan.“Selepas melihat ibu jari dia berdar4h, kami pun terus la hubungi ambulans. Datuk Jalal tak dibawa ke hospital tapi terus diraw4t di lokasi kejadian.“Tapi saya tak pasti macam mana keadaan dia sekarang ini tapi semalam Alhamdulillah dia nampak okay sahaja selepas diraw4t,” ujarnya.

Siti Elizad Naik Angin Dengan Pelakon Baharu

Dalam perkembangan lain, penyampai radio Sinar dan aktres Siti Elizad, 36, bengang apabila terdapat seorang pelakon baharu yang tidak menepati masa ketika di set penggambaran.Kata Elizad, bukan soal baru atau lama yang jadi persoalan tetapi masalah yang dilakukan itu telah mengganggu kerja orang lain.

“Ada seorang pelakon baharu ni, baru nak berjinak-jinak dalam dunia lakonan dah buat hal dengan datang lambat.“Sebenarnya bukan soal baru atau lama. Kita sama-sama cari rezeki. Ini pasal tak hormat calltime orang lain.“Kamera dah pacak dah siap semua lepastu kena menunggu berjam-jam. Dah la dia datang dengan belum bersiap, bazir masa lagi,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu menegaskan dia bukan ingin berlagak seorang diva atau senior.Namun, perkara itu harus disedari kerana berpunca dari diri yang tidak berdisiplin.“Masa jawab dalam group WhatsApp orang tanya kat mana, dia macam tak bersalah. Tapi sebab saya dah berbunyi baru dia minta maaf. Saya memang geram betul.

“Masalah sekarang saya bukan nak tunjuk diva, cuma saya ada nasihat dia.“Nak jadi pelakon tak boleh ada alasan datang lambat walau dari pelosok negeri mana. Saya tak boleh terima.“Takda alasan untuk dua jam lambat! Itu bukan lambat, itu masalah diri sendiri. Sebab bila lambat dah membabitkan team produksi,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pemilik nama Siti Elizad Mohamad Sharifuddin mengingatkan kepada semua orang supaya menghormati masa orang lain.“Tolong la hormat calltime orang lain, nak berjaya dalam hidup biasakan bangun awal dan jangan cari masalah kat tempat kerja.“Saya sendiri amalkan kalau masa kerja saya mesti datang sejam awal atau setengah jam sebelum,” kata Elizad.Sumber : MSTAR ONLINE

“Saya Tak Ada Zuriat, Sedih…,” – Ramai Tanya Bila Nak Ada Anak, Elizad Sharifuddin Respon ‘Saya Bukannya Tuhan’

Baru-baru ini, pelakon jelita Elizad Sharifuddin telah diundang sebagai tetamu jemputan sebuah rancangan Curhat yang membincangkan topik Zuriat Syurga telah disiarkan di Astro Prima.Meski belum dikurniakan cahaya mata, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin akui sering menerima persoalan mengenai hal anak.

“Kadang bukan keluarga atau pasangan, tapi apabila orang sekeliling dan warganet cakap saya tak berdoa dan beriya dalam soal ini, saya sedih.”Saya tak pernah tunjuk sebab saya jenis ‘happy go lucky’. Apabila orang membandingkan suami saya yang sudah ada dua anak daripada perkahwinan sebelum ini dan saya tak ada zuriat, tentu saya sedih.

“Tapi orang sekeliling selalu tanya bila nak ada anak. Saya mana tahu. Saya bukannya Tuhan. Kalau ditanya, tentu saja saya nak anak. Ya Allah, tolong bagi saya satu,” katanya.Dalam pada itu, bintang berusia 36 tahun ini turut meminta maaf pada suaminya sekiranya gagal memberikan zuriat.“Saya bukan wanita sempurna. Walaupun dari segi luaran dia nampak saya seorang yang ceria, tapi andai kata saya tak mampu berikan dia zuriat, saya minta maaf,” jelasnya lagi.

Program itu turut menampilan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan pelakon, Izzue Islam.Sekadar informasi, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.Shamsul memiliki dua orang cahaya mata hasil perkahwinannya yang terdahulu.Foto: Harian Metro Online, Instagram Elizad Sharifuddin-mstar

Berpakaian seperti lelaki, ‘makcik’ kritik Siti Elizad – “Tak kisahlah macam jantan pun, takkan nak pakai skirt pula bawa motor!”

Siti Elizad menjawab komen yang ditulis oleh seorang warganet di ruangan komen Instagram miliknya.PERKONGSIAN foto pelakon Siti Elizad ketika menyertai aktiviti permotoran di laman Instagram miliknya baru-baru ini mengundang rasa kurang senang seorang pengikut.Menerusi ruangan komen, warganet itu menegur pakaian yang dikenakan oleh Elizad yang dikatakan seperti lelaki dan tidak sesuai.

Menjawab komen yang ditulis warganet berkenaan, Elizad, 36, berkata dia berasa hairan apabila baju yang dipakai itu turut dikritik dan menjadi isu.”Tak kisahlah orang nak kata macam jantan pun… bawa motor takkan nak pakai skirt pula.”Yang penting makcik tu sakit hati pula kita pakai macam itu. Makcik ada masalah ke dengan kita?

Elizad berkongsi paparan skrin artikel mengenai komen warganet itu yang ditulis oleh sebuah blog hiburan.“Kalau gambar sksi bukan main lagi semua kritik, ini kita pakai baju tiada yang terdedah pun kena kritik!,” katanya kepada mStar.Sebelum itu, Elizad berkongsi beberapa keping foto bersama suami, Shamsul Baharin Abdul Rahman dan kumpulan mereka menyertai aktiviti permotoran pada hujung minggu.

Elizad sering berkongsi aktiviti dan hobi permotorannya di laman Instagram.Dalam foto tersebut, kelihatan pelakon drama Syurga Yang Kedua ini mengenakan pakaian kasual bersesuaian dengan imej penunggang motosikal berkuasa tinggi.Namun, lain pula jadinya apabila ada warganet yang berasa kurang senang dengan penampilan santai Elizad itu.”Eee… macam jantan,” tulis pengikut tersebut.Bagaimanapun, ia telah dipadam oleh warganet berkenaan selepas menerima komen balas daripada peminat Elizad.-mstar

Tiada kampung! Siti Elizad seronok tahun ini ramai kawan beraya di KL – “Dulu sedih sebab kawan-kawan tinggalkan kita balik kampung”

JIKA ada insan bersedih kerana tidak dapat balik kampung menyambut hari raya Aidilfitri bersama keluarga, pelakon Siti Elizad pula berdepan situasi berbeza.Menurut Elizad, 36, sejak kecil lagi dia dan keluarga meraikan lebaran di Kuala Lumpur berikutan mereka tidak mempunyai kampung halaman.

“Kalau nak tahu saya memang dah biasa beraya di Kuala Lumpur jadi tahun ini sama sahaja, tak ada perasaan sedih tak dapat balik kampung.”Iyalah sejak dari kecil beraya di KL… kalau dulu kita yang sedih sebab kawan-kawan tinggalkan kita balik kampung dan saya terpaksa beraya seorang diri di KL, rasa macam tak best pula.

“Tapi kali ini memang berbeza, saya pula rasa bersemangat apabila ramai jadi ‘Team Raya KL’, walaupun tak dapat nak menziarahi setiap rumah tapi sekurang-kurangnya kita bersama-sama dapat rasa beraya dekat KL,” katanya kepada mStar.Setiap tahun Elizad sambut raya di Ampang.

Dalam pada itu, pengacara dan penyampai radio ini juga mendedahkan dia pernah memasang impian untuk mencari bakal suami yang mempunyai kampung bagi merasai pengalaman beraya di desa.Bagaimanapun, hasratnya itu tidak tercapai kerana suaminya juga merupakan orang bandar yang menetap di Subang Jaya, Selangor.

InsyaAllah semua ini akan berakhir tidak lama lagi… kita tahu ramai yang rindu keluarga tapi sekarang zaman dah moden, boleh buat panggilan video!”Nak kongsi kisah lawak sikit, harap-harap suami tak dengarlah ya! Dahulu niatnya nak cari suami yang ada kampung, sekali rupa-rupanya dapat orang sini juga!

“Masa zaman bujang dahulu, ada la kawan-kawan ajak balik kampung beraya bersama tapi perasaan teruja tu mungkin tak sama sebab kita tak boleh nak duduk lama.”Sebenarnya, tak kisahlah di mana pun kita beraya, yang penting adalah ikatan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan itu tak putus,” ujarnya.

Elizad bersama suami tersayang, Shamsul Baharin Rahman. Sementara itu, pelakon drama Syurga Yang Kedua ini berharap mereka yang terpaksa beraya berjauhan dengan keluarga bersabar ketika berdepan ujian ini.Ujarnya, ini merupakan satu pengrbanan besar demi membendung penularan wabak Covid-19 dalam negara kita.

“Kepada mereka yang tak balik kampung tu, anda sebenarnya membantu bersama-sama memutuskan rantaian Covid-19.”InsyaAllah semua ini akan berakhir tidak lama lagi… kita tahu ramai yang rindu keluarga tapi sekarang zaman dah moden, boleh buat panggilan video kalau rindu.”Raya tetap raya cuma mungkin kali ini lebih berbeza dan disambut penuh kesederhanaan,” katanya.-mstar

Bertiga dengan anak, bukan madu – Siti Elizad

PELAKON Siti Elizad dan suaminya yang kini menunaikan umrah berdua berharap selepas ini mereka akan kembali ke Makkah bersama orang ketiga sekiranya ada rezeki.Elizad, 35, memberitahu maksud orang ketiga itu bukanlah bersama isteri baharu suaminya namun mengharapkan ketika itu mereka sudah dikurniakan cahaya mata.

“Bercinta tak lama, bertunang lima bulan terus kahwin, tahun yang sama buat umrah. Dulu datang berdua, sekarang masih berdua.Siti Elizad dan suami sambut ulang tahun perkahwinan yang keempat di Makkah.“Insya-Allah ada rezeki kita datang bertiga pula ya. Bertiga tu dengan anak tau, jangan kau ingat bini (isteri) baru pula!” kata Siti Elizad.

Elizad juga berkongsi foto-foto mereka di tanah suci menerusi laman Instagram miliknya sejak 7 Januari lalu.Selain itu, pelakon drama bersiri Syurga Yang Kedua ini juga menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat di Makkah pada Jumaat.Elizad berharap suaminya iaitu Shamsul Baharin Rahman tidak akan pernah berputus asa menyayangi dan mendoakannya.

Siti Elizad kini menunaikan umrah.Malah, Elizad turut mendoakan untuk semua pasangan suami dan isteri agar mereka dapat menjejak kaki di tanah suci.”Selamat ulang tahun yang keempat sayang. Jangan pernah putus asa menyayangi dan doa buat isterimu yang crack (gla-gla) dan dgil ini.”Sayang Pak Arab botakku. 11 Januari. Kami juga mendoakan bagi semua pasangan, moga sampai ke sini juga. Amin,” katanya.Elizad dan Shamsul melangsungkan perkahwinan pada 11 Januari 2015.Tags/Kata Kunci:-mstar