Alami masalah melibatkan kesihatan dan masalah keluarga. Hafreez Adam bongkarkan masalah yang dihadapinya dan isu keluarganya yang membuatkan dia alami satu masalah ini

Artis

Terbaru Pelakon Hafreez Adam, 30, mengakui memang kemunculannya seakan tnggelam timbul dalam kerjaya seni, namun yang pasti hingga kini dia tetap aktif berlakon. Hafreez atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Zahalan berkata sejujurnya, untuk tahun ini dia sudah menyiapkan tiga drama untuk stesen TV.”Saya akui memang jarang muncul dalam acara hiburan atau di tempat umum hingga menyebabkan diri dianggap tnggelam timbul dalam industri selama ini.

“Bagaimanapun, tawaran berlakon masih ada, namun memang sikap saya yang selesa memilih duduk di rumah jika tiada penggambaran. Apatah lagi, saya mengalami masalah ‘jiwa kacau’ dan keresahan melmpau.”Jantung saya akan laju dan keadaan diri jadi kurang stabil bila berada di tempat  umum. Saya ada masalah par4noid yang teruk dan tindakan terbaik adalah duduk di rumah bersama keluarga.

“Bila di rumah, saya selalu rasa lebih selamat. Selain itu, saya juga kena sibukkan diri dengan bekerja supaya tidak ada masa untuk berfikir yang bukan-bukan. Saya suka banyak fikir,” katanya.Sekitar Mei lalu, Hafreez mendedahkan dia pernah berhadapan tekanan mntal berikutan mengalami beberapa isu  mengecewakan dirinya termasuk perpisahan ibu bapa.

Perkara sedih itu hanya dipendam sendiri sejak kecil dan tidak dikongsi dengan sesiapa. Selain itu, Hafreez juga mengakui dia hanya bersekolah hingga darjah enam kerana masalah keluarganya.Selain itu, Hafreez berkata dia juga tak mahu lagi hidup bersendiri dan jauh daripada ibu serta adik-beradiknya yang  menjadi kekuatan semangat pada dirinya.

Ujar pelakon drama Puteri Yang Ditukar ini sekarang fokusnya memang tinggal bersama ibu dan adik di Wangsa Maju.”Terus-terang, saya mengaku kehadiran keluarga sangat penting berbanding menjalani kehidupan secara bersendiri yang agak mencabar ini.Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu, saya terpisah dengan ibu serta adik-beradik selama tiga bulan dan keadaan itu satu cabaran buat saya,’ katanya.Menurut Hafreez, walaupun dia menetap di Bangi bersama rakannya Ariz Lufiaz ketika PKP itu, namun seumur hidup memang dia tak pernah berjauhan lama sangat dengan keluarga terutama bertemu ibunya.

“Saya yang minta putus, Zara tak mahu…”- Hafreez Adam, Zara Zya putus selepas sebulan bertunang

Hafreez dan Zara putus tunang pada tahun lalu. PERASAAN kecewa dan ralat membuatkan pelakon Hafreez Adam nekad membuat keputusan untuk memutuskan tali pertunangan yang terjalin pada Oktober lalu.Menurut Hafreez, dia dan Zara sebelum ini pernah beberapa kali cuba menyelamatkan ikatan sebelum mencapai jalan penyelesaian terakhir untuk mengakhiri hubungan itu.

“Ya, betul kami dah putus tunang. Kami dah cuba untuk selamatkan hubungan ini tapi sebab kami tak nampak ia boleh diselamatkan lagi.”Sebab itulah keputusan untuk berpisah itu dibuat dan bagi saya ia dibuat secara matang.Hafreez dan Zara mengikat tali pertunangan pada Oktober tahun lalu.”Kami tak berbalah pun dan saya akui keputusan untuk putus itu datang dari saya. Saya yang memilih untuk take time off,” ujarnya kepada mStar.

Hafreez dan Zara berkenalan ketika bergandingan dalam drama Monalisa pada 2017 itu mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu.Pasangan ini dijangka mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun depan.Dalam pada itu, Hafreez mengakui masih menyayangi Zara namun tetap dengan pendiriannya yang lebih memilih untuk tidak meneruskan perhubungan itu.

Saya akui memang Zara pernah cakap dengan saya kalau boleh dia tak nak putus tunang. Tapi untuk saya sangat susah.

Pelakon”Benda ini terlalu baru. Sayang terhadap Zara itu masih ada cuma dalam masa sama kecewa, ralat itu semua ada. “Cuma saya tak mahu berfikiran negatif jadi saya anggap mungkin tuhan nak saya ada dengan keluarga ketika ini.”Saya akui memang Zara pernah cakap dengan saya kalau boleh dia tak nak putus tunang. Tapi untuk saya sangat susah… 

“Buat masa ini lebih baik saya fokus kepada ahli keluarga dan kerjaya saja. Lagi pula ayah baru berapa bulan pergi buat selamanya,” katanya lagi.Kata Hafreez lagi, dia tidak menolak sekiranya ditakdirkan jodoh bersama Zara bertaut kembali.Hafreez dan Zara berkenalan ketika bergandingan menerusi drama Monalisa.Malah, katanya, dia juga tidak kisah untuk meneruskan hubungannya sebagai kawan meskipun tidak mempunyai hubungan dengan aktres itu.”Kita tak tahu apa yang akan jadi akan datang. Kalau ditakdirkan ada jodoh, adalah… kalau tak ada tidak mengapa, kami kekal sebagai kawan. Saya cuma doakan yang terbaik untuk Zara.”Soal punca jadi begini biarlah ia antara kami sahaja yang tahu,” ujarnya.

“Hati rasa makin menjauh” – Zara Zya reda hubungan pertunangan dengan Hafreez terlerai

TERLALU sibuk dengan komitmen menjadi punca pertunangan antara pelakon Zara Zya dan Hafreez Adam terlerai kira-kira sebulan lalu.Malah, kata Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, pelbagai tekanan turut mengeruhkan lagi hubungan itu sehingga akhirnya Hafreez membuat keputusan untuk putus.

“Memang kebelakangan ini, kami jarang berjumpa. Saya sibuk dengan komitmen lakonan. Dia pula sedang mengukuhkan perniagaan yang semakin berkembang.”Saya tak tipu adalah gaduh-gaduh ‘manja’. Perhatian yang diberi dengan bermacam kisah itu dan ini yang dihidu atas nama kami selebriti, kadang-kadang membuatkan kami tertekan.Pasangan ini mula menjalin hubungan cinta sejak dua tahun lalu.

“Namun, punca ‘orang ketiga’ sama sekali tidak betul,” katanya seperti dipetik Berita Harian pada Ahad.Mengakui terpaksa menempuh pelbagai dugaan ketika mengikat tali pertunangan dengan bekas tunangnya itu, Zara bagaimanapun reda dan terpaksa menerima hakikat bahawa tiada jodoh antara mereka.

“Sama seperti pasangan lain, kami juga berdepan dugaan ketika menempuh alam pertunangan. Menjadi kuat dan reda adalah pilihan saya untuk terus melalui kehidupan dan menerima suratan tertulis.”Dia sangat budiman. Keluarganya pun melayan saya dengan baik. Cuma akhirnya, hati itu rasa makin menjauh.”Saya terima jodoh saya dengan dia tidak panjang dan kami berpisah cara baik. Kami berfikir dan menyelesaikan semua ini dengan matang. Perlahan-lahan saya harus menerima hakikat jodoh kami sudah tiada,” katanya lagi.

Dia sangat budiman. Keluarganya pun melayan saya dengan baik. Cuma akhirnya, hati itu rasa makin menjauh.

Terdahulu, Hafreez, mengesahkan ikatan pertunangannya dengan Zara, 34, sudah terlerai sejak sebulan lalu.Mengakui dia yang nekad membuat keputusan untuk putus, Hafreez berkata, kecewa dan ralat antara punca dia memutuskan tali pertunangan itu.Hafreez dan Zara berkenalan ketika bergandingan dalam drama Monalisa pada 2017 mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu.Mereka sepatutnya mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun depan.

“Jangan tanya… tak mahu ada kaitan dengan dia lagi” – Hafreez Adam komen isu mesej Zara Zya dengan seorang wanita

PELAKON Hafreez Adam memberitahu dia tidak mahu mempunyai kaitan lagi dengan sebarang isu yang melibatkan bekas tunangnya yang juga aktres Zara Zya.Malah Hafreez, 29, enggan mengulas mengenai penyebaran empat video yang memaparkan perbualan mesej di aplikasi WhatsApp antara Zara dan seorang wanita baru-baru ini.

“Sejujurnya saya memang dah tak nak beri komen lagi mengenai dia (Zara). Hari yang saya buat keputusan untuk berpisah adalah hari yang saya tidak mahu lagi ada kaitan dengan dia.Mesej perbualan antara Zara dan seorang wanita tular di laman sosial.“Jadi, saya tidak mahu komen mengenai isu video perbualan itu sebab dia tiada kaitan dengan saya dah. Dia bekas tunang saya dan kami tiada kaitan lagi,” katanya kepada mStar.

Hafreez diminta mengulas penyebaran video yang didkwa perbualan mesra Zara dengan seorang wanita yang menjadi punca pertunangan mereka berakhir.Sebelum ini, Zara menafikan dkwaan orang ketiga punca ikatan pertunangan yang dibina selama sebulan itu berakhir.Dalam pada itu, Hafreez berkata, kegagalan dalam hubungan itu tidak membuatkan dirinya serik untuk bercinta dengan orang dalam industri. 

Soal jodoh ini saya tak boleh nak komen sebab sebelum ini, saya pernah cakap tak nak orang dalam industri tapi akhirnya dengan orang industri juga.

Bagaimanapun, Hafreez belum bersedia untuk mencari pengganti dan memikirkan soal jodoh buat masa ini.”Soal jodoh ini saya tak boleh nak komen sebab sebelum ini, saya pernah cakap tak nak orang dalam industri tapi akhirnya dengan orang industri juga.”Sekarang ini, saya hanya berserah saja dan tiada perancangan pun dalam soal itu. Cuma untuk cari pengganti dalam masa terdekat ini, memang tidak la,” ujarnya.

Hafreez belum bersedia mencari pengganti Zara.Menerusi laporan mStar pada 10 Disember lalu, Hafreez mendedahkan dia sudah berhenti mengikuti akaun Instagram Zara disebabkan tidak mahu menambahkan masalah.Hafreez kemudian akhirnya mengakui dia sudah memutuskan tali pertunangan yang terjalin pada Oktober lalu.Hafreez dan Zara berkenalan ketika bergandingan dalam drama Monalisa pada 2017 itu mengikat tali pertunangan pada 12 Oktober lalu.Pasangan ini sepatutnya mendirikan rumah tangga pada Oktober tahun depan.

Dikatakan Untung Atas Angin. Zara Zya Jawab Persoalan Yang Mengatakan Dia Menggunakan Agama Untuk Demi Perniagaannya Dan Dedahkan Kebenaran Yang Sebenarnya

Walaupun tidak pernah buat sebarang kenyataan tentang penampilannya yang terkini yang tampil berhijab, pelakon Zara Zya dilihat selesa dengan imej baharunya. Enggan menjadikan kisah bertudung itu sebagai topik utama untuk dikongsi kepada khalayak,pelakon Seadanya Aku itu memilih untuk muhasabah diri demi kebaikan.

Ketika sedang bertatih untuk mengejar saham akhirat,wanita berusia 34 tahun itu tidak terlepas daripada cerita kurang menyenangkan. Kebaikan yang ingin dilakukan,disalah erti oleh segelintir pihak yang hanya pandai membuat anadaian sendiri. Ayuh ikuti temu bual antara Kosmo! bersama pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohd.Zainuddin itu.

KOSMO!: Apa yang membuatkan Zara nekad bertudung? ZARA ZYA: Alhamdullilah, khabar baik. Saya buat ini (berhijab) atas kehendak diri sendiri, bukan atas desakan orang lain. Keputusan ini tulus ikhlas daripada hati saya. Anda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang imej baharu atau anda memang mahu berdiam diri? Saya bukan berdiam diri tetapi berada dalam fasa untuk perlahan-lahan belajar ke arah kebaikan seperti menutup aurat. Sebenarnya saya tidak mahu keluarkan kenyataan “Ya, saya sudah berhijab” kerana tak mahu isu penampilan dijadikan fokus.

Pinta saya cuma, doakan saya istiqamah dan kuat mendepani ujian pada hari depan. Banyak stesen radio dan televisyen ada menjemput ke program agama. Mereka minta untuk saya berkongsi tentang penghijrahan tetapi saya terpaksa tolak dengan baik. Bukan apa, saya jadi takut pula dengan jemputan sebegitu sebab saya berubah bukanlah nak jadi ustazah.

Ada yang mengatakan penghijrahan Zara dikaitkan juga dengan perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Sejauh manakah kebenaran kenyataan tersebut?Kenapa pula begitu. Orang akan sentiasa membuat spekulasi. Takkanlah pakai tudung sebab desakan individu lain. Sebenarnya, saya langsung tiada sebab bertudung sebagai persediaan untuk berkahwin.

Menerusi satu perkongsian dalam Instagram, anda menulis dengan kritikan orang, berbunyi seperti anda dikritik dengan kenyataan dari warganet kononnya memperdagangkan agama untuk kaut keuntungan dalam perniagaan. Boleh jelaskan?Sebenarnya kapsyen saya itu lebih berbentuk pertanyaan. Saya cuma tanya bukan untuk diri saya seorang tetapi orang lain juga. Namun, soalan saya itu tidak berjawab. Platform media sosial sekarang ini dijadikan tempat menilai dan membuat persepsi negatif terhadap seseorang. Saya tidak terkecuali daripada menerima mesej berbaur kritikan dan neagatif.

Apabila kita cuba berubah ke arah kebaikan, ada ujian yang datang. Ada yang komen suruh saya bertudung labuh serta tutup dada dan tutup aurat dengan sempurna. Macam saya katakan awal tadi, saya kini sedang dalam proses belajar bukannya berubah secara drastik.Lebih perit, mereka kata saya ambil untung atas angin dan memperdagangkan agama demi perniagaan tudung yang diusahakan Mungkin ada segelintir yang lupa, saya ada jual tudung pada 2015 tetapi rasanya dalam dua tahun kemudian saya ‘rehat’ sekejap dan baru sekarang kembali aktif. Alhamdullilah, kebanyakan pelanggan lama datang membeli koleksi terbaharu daripada Zarazya.scarfz.

Bagaimana pula dengan kerjaya lakonan?Sehari sebelum saya nekad bertudung, saya sempat habiskan penggambaran drama Beri Sedikit Waktu untuk slot Samarinda. Ada sebuah tawaran yang saya terpaksa tolak disebabkan faktor penampilan dan jalan cerita.Dahulu, sebelum bertudung mungkin saya boleh berlakon bersentuh-sentuhan, tetapi sekarang kenalah tukar. Tambahan pula, apabila sudah mahu bertudung, saya tak boleh lengah-lengahkan perkara baik.

Selain itu, ada beberapa kerja yang dah lama dipersetujui, setakat ini tiada sebarang pemberitahuan mengatakan mereka terpaksa batalkan kontrak saya.Alhamdullilah, mereka dapat terima ‘Zara Zya yang baharu’ ini. Insya-Allah pada November nanti, saya akan menjayakan beberapa buah program masakan. Ada antaranya saya jadi pengacara dan tetamu jemputan.

Okey. Beralih tentang kehidupan peribadi pula. Selepas berdepan dengan fasa putus tunang, adakah anda sudah bersedia untuk kembali menjalin hubungan cinta?Buat masa ini saya tidak fikir ke arah itu (cinta). Fokus saya ketika ini ialah keluarga, karier seni dan perniagaan.-kosmo

Perubahan Zara Zya Baru Baru Ini Telah Mendapat Kritikan Dari Segelintir Warganet Sehingga Ada Yang Melibatkan Agama. Ini Komen Balas Padu Dari Zara Zya Untuk Warganet Itu.

Seperti yang diketahui pelakon jelita, Zara Zya mula mengenakan hijab sejak September lalu yang sekaligus menerima reaksi positif peminat. Bagaimanapun, tindakan murni pelakon itu turut mendapat kritikan segelintir warganet, lalu melontarkan spekulasi sendiri.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia mengakui ada segelintir pengguna media sosial yang menuduhnya memperdagangkan agama apabila menjalankan perniagaan tudung selepas mula mengenakan hijab. Jelasnya, dia sebolehnya mahu berubah ke arah yang lebih baik tanpa membabitkan mana-mana pihak mahupun perniagaan yang dijalankan olehnya.

“Selamat Petang Kesayangan Semua Adakah media sosial sekarang dijadikan sebagai platform untuk menilai dan memberi persepsi kepada orang lain. “Lately, saya selalu dapat DM yang menilai dan menghentam diri saya, sampaikan ada warganet yang komen saya memperdagangkan agama antara kehidupan peribadi dan business tudung yang saya buat.

“Kalau nak diikutkan, sejak 2015 lagi saya mula jual tudung dan sekarang saya mulakan balik business ni dengan nafas baru yang lebih fresh,” jelasnya. Zara pada masa sama turut menambah, dia memohon maaf atas kekurangan yang pernah dilakukannya sebelum ini.

“Dan yang penting, kehidupan peribadi saya sekarang adalah fokus untuk berubah ke arah yang lebih baik tanpa melibatkan dunia business dan pihak lain. “Apa pun saya mohon maaf atas kekurangan dan kekhilafan diri saya ye. “Anyway, enjoy lah tengok video tutorial @zarazya.scarfz yang tak seberapa ni okay,” tulisnya di ruangan kapsyen video yang dikongsi.

Sumber: MediaHiburan

Baru sahaja memuat naik gambar bertudung. Zara Zya terus diserbu peminatnya di ruang komen. Namun ada yang mempersoalkan penampilannya itu. Ini jawapan Zara Zya mengenai imej barunya itu.

Kuala Lumpur: Tindakan pelakon, Zara Zya memuat naik gambar bertudung mengundang persoalan ramai terutama dalam kalangan peminat adakah dia sudah bertudung. Malah, menguatkan lagi spekulasi apabila Zara berkongsi video mengenakan tudung ketika berada di sebuah pusat membeli belah. Bagaimanapun, Zara, 35, ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu.

“Maaf, sebab belum masanya lagi untuk keluarkan apa-apa kenyataan,” katanya ringkas. Namun, menerusi sekeping gambar yang dimuat naik, Zara menulis kapsyen seolah-olah dia sudah berhijrah. “Masa lalu biarlah berlalu, sambutlah masa depan yang ceria, dengan memperbaiki diri kita yang sekarang,” katanya. Bahkan, di ruangan komen, kebanyakan rakan selebriti dan pengikutnya di media sosial mengucapkan tahniah kepada Zara di atas perubahan berkenaan.

Dalam masa sana, ramai juga yang mendoakan semoga Zara akan terus istiqomah jika memang dia kini sudah berhijab kerana kelihatan sangat manis demgan tudung dipakai. Apa yang pasti, Zara yang pernah popular dengan drama Love You Mr Arrogant di TV3, kini giat membina empayar perniagaan yang lebih serius diceburinya sejak Ramadan lalu.-Hmetro


Video Zara Zya tampil berhijab terima pujian ramai, “Alhamdulillah cantiknya…”

Sejak kebelakangan ini, Zara Zya mendapat perhatian peminat dan pengikut di laman sosial Instagram peribadinya apabila dia ada memuat naik beberapa posting kepada umum. Posting yang dikongsikan itu juga membuatkan penampilan pelakon berbakat ini mendapat pujian apabila Zara Zya tampil berhijab lalu meraih perhatian orang ramai. Manakala video yang dimuat naik ini juga mendapat banyak tontonan oleh warganet apabila dia tampil mengayakan selendang berwarna biru muda.

This image has an empty alt attribute; its file name is Zara-zya-600x300-1-300x150.jpg

Tidak menulis sebarang kapsyen malah hanya meninggalkan emoji namun perkongsian video ini membuatkan orang ramai mendoakan agar selebriti ini pula berhijab. Biarpun begitu, menerusi perkongsian foto terbaharu Zara Zya di Instagram peribadinya ini pula membuatkan orang ramai turut tumpang gembira dengan penampilan dia memakai hijab.

Kapsyennya juga mendapat perhatian kerana ujarnya, “Masa lalu biarlah berlalu, sambutlah masa depan yang ceria, dengan memperbaiki diri kita yang sekarang…” Perkongsiannya itu bagaimanapun disambut baik oleh peminat dan pengikut dimana rata-rata mereka mendoakan yang terbaik buat pelakon berbakat ini. Disamping itu, turut tidak henti-henti warganet memuji penampilan cantiknya itu selain turut tumpang gembira melihat dirinya dan melalui posting tersebut Zara Zya menerima ribuan tanda suka. “Cantiknya Kak Zara, Alhamdulillah”. “Manisnya Zara… bilalah nak jumpa”

Sumber: HCL

“Hati Saya Nekad Mahu Berubah, Saya Lakukan Kerana Allah” – Zara Zya

Membuat keputusan untuk berhijab pada September lalu, Zara Zya mengakui dia sudah lama memendam hasrat untuk berhijab dan sangat bersyukur apabila niatnya untuk berhijrah itu dipermudahkan. Enggan berkongsi lanjut mengenai penghijrahannya itu, Zara berkata dia masih dalam proses belajar serta berharap dirinya akan terus istiqamah untuk berhijab dan meminta para peminatnya mendoakan yang baik-baik.

“Saya masih lagi dalam proses belajar. Tiada apa yang nak dikongsikan mengenai perkara ini. Apatah lagi, saya tidak gemar untuk menghebohkannya bagi menarik perhatian. “Apa yang saya harapkan kini ialah terus istiqamah. Semoga, Allah sentiasa memelihara hati saya untuk kekal berhijab selamanya. Terima kasih juga, doakan yang baik-baik,” katanya kepada Harian Metro.

Memaklumkan dia ada menolak beberapa tawaran drama yang kurang sesuai dengan imej bertudung itu, Zara berkata dia tidak ralat dengan keputusannya itu kerana hatinya nekad mahu berubah manjadi insan lebih baik. “Hati saya sudah nekad mahu berubah. Jadi, saya lakukannya kerana Allah sudah beri peluang itu. Saya sangat bersyukur dan jauh di sudut hati ini memang sudah sedia sepenuhnya.

“Insya-Allah, saya kini benar-benar inginkan masa depan menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Malah, saya tak rasa sayang langsung untuk menjual pakaian lama dimiliki,” katanya. Kata Zara lagi, dia tidak gentar sekiranya keputusan menutup aurat itu mungkin menjejaskan tawaran lakonan kerana dia percaya bahawa itu rezeki daripada Allah itu datang dalam pelbagai bentuk.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kasi Viral PressSumber : Rotikaya

Zara Zya bertudung

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zara Zya, 35, sekian lama memendam hasrat berhijrah akhirnya membulatkan tekad bertudung sejak beberapa hari lalu. Sebelum ini, bintang drama Seadanya Aku dan Korban Kasih itu dilihat memuat naik gambar bertudung hingga menarik perhatian pengikut, baru-baru ini. Kebanyakan peminat menyukai imej bertudung yang digayakan.

Menerusi kapsyen gambar yang dimuat naik, Zara menyentuh soal doa yang cepat atau lambat dimakbulkan Allah. Ia seperti memberi satu bayangan wanita kelahiran Lenggong, Perak itu sudah mula berhijrah. Mengukuhkan tanda tanya apabila Zara dilihat menjual pakaian lama menerusi laman Instagram (IG) Story, Rabu lalu.

“Secara jujur, saya masih dalam proses membiasakan diri dalam penghijrahan ini. Saya mengharapkan doa yang baik-baik. “Semuanya berlaku atas gerakan hati. Keputusan ini tidak perlu dilengahkan. Saya juga tak mahu hati berbolak-balik dalam melakukan tuntutan wajib ini. “Saya sempat menghabiskan penggambaran drama Beri Sedikit Waktu pada Jumaat lalu, sebelum bertekad mengenakan tudung sepenuhnya,” katanya kepada BH Online.

Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, dia memutuskan untuk menolak beberapa tawaran drama yang kurang sesuai dengan imej bertudung. Baginya, hatinya kuat mahu berubah termasuk menutup aurat. “Saya selalu dengar soal istiqamah ini bukan mudah. Saya harap Allah tetapkan hati dan jiwa saya. Insya-Allah, saya mahu masa depan menjadi lebih baik daripada semalam yang ditinggalkan.

“Tiada langsung rasa sayang menjual pakaian lama. Saya akui, sudah tidak sabar mahu menutup aurat selama ini. Moga ia menjadi permulaan yang baik,” katanya. Katanya, dia tidak gentar sekiranya keputusan menutup aurat mungkin menjejaskan tawaran lakonan. “Saya tak terfikir soal ada tawaran kerja atau sebaliknya. Saya percaya pada rezeki yang tertulis. “Saya banyak membeli tudung dan pakaian baru,” katanya.

Sumber: BHONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya Page Kami. Terima Kasih! Kucingasm Media.