Ali Puteh masih belum dibenarkan jenguk ibu yang dimasukkan ke hospital. Ali Puteh dedahkan keadaan ibunya dan harap semua doakan yang terbaik buat ibunya

Artis

KUALA LUMPUR: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pelawak, Ali Puteh tak mampu menahan kesedihan apabila belum dapat menjenguk ibunya, Sabariah Arshad, 63, yang dimasukkan ke Hospital Selayang akibat sakit jantung, asma dan buah pinggang sejak 10 hari lalu.

Ali berkata, ibunya masih dalam pemerhatian dan pemantauan doktor.”Hari ini sudah 10 hari mak dirawat di hospital. Mak memang ada sakit semput, selain masalah buah pinggang.”Pada awalnya, mak ditidurkan kerana berdepan kesukaran bernafas akibat masalah jantung. Cuma, kini, doktor maklumkan mak sudah dikurangkan ubat tidur, selain menjalani proses dialisis.

“Sebelum ini, mak hanya mendapat rawatan biasa di hospital kerajaan untuk rutin pemeriksaan kesihatan. Kali pertama mak dimasukkan ke hospital akibat jantung berikutan serangan asma.”Mak masih disokong penggunaan alat bantuan pernafasan. Ikutkan, sudah nampak petanda positif. Saya sentiasa berdoa mak terus kuat dan kembali sihat, pulang ke rumah dengan segera,” katanya kepada BH Online.

Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, hingga kini, tiada pelawat dibenarkan melawat ibunya, termasuk ahli keluarga.”Besar harapan melihat mak cepat sembuh. Saya tahu mak kuat, insya-Allah. Hanya Allah sahaja yang tahu kerinduan pada mak. “Bayangkan, selama ini, celik sahaja mata, mak depan mata. Wajah mak sentiasa ada di mana-mana dalam rumah. Kini, saya hanya dapat tahu perkembangan mak daripada kejauhan sahaja. Keadaan ini amat merunsingkan saya.

“Berat betul ujian saya, sejak abang, Allahyrhm Abam tiada. Dalam masa sama, saya terpaksa memberikan komitmen terhadap penyertaan program Muzikal Lawak Superstar musim kedua,” katanya yang berntap bersama Roy Azman dan Ali Puteh menerusi kumpulan Virl.

Ali Puteh Luah Rasa Rindu Pada Ibu Dan Abam. Sekali Warganet Perasan Sesuatu Yang Tak Kena Dalam Gambar Yang Dikongsikan Oleh Ali

Kuala Lumpur: Pelawak Ali Puteh, 31, meluahkan rasa rindu terhadap dua insan tersayangnya iaitu ibu, Sabariah Arshad dan abangnya, Abam Bocey.Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan sudah lima hari dia tidak bertemu ibunya yang kini dirawat di hospital.

“Rindu saat ni, mak masih di hospital sekarang dan masih belum sedar dari tidur. Doakan semoga mak sembuh. Tak ada apa yang mampu, selain doa untuk mak kembali pulih.“Lima hari dah mak di hospital dan kami belum dibenarkan melawat mak. Hampir 11 bulan dah abang pergi. Tengok gambar ini, terasa macam baru semalam kami semua bersama,” tulisnya.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Ahmad Ridzuan, 32, hembuskan nafas terkahir pada 10 Februari lalu di kediamannya di Gombak, Selangor.Menurut Ali lagi, begitu kuat ujian Allah SWT buat dia dan keluarga. Ujarnya, dia tetap percaya Allah uji tanda sayang dan terus istiqomah kepada-Nya.

“Kuat ujian Allah pada kami. Tapi, saya percaya Allah uji tanda sayang. Semoga ada sinar buat keluarga kecil kami ini. Doakan ye,” katanya.Terdahulu, Ali juga membuat perkongsian di Instagram memaklumkan ibunya, Sabariah, 63, dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Selayang disebabkan asma sejak Khamis lalu.Ali berkata ibunya masih ‘ditidurkan’ kerana perlu berehat berikutan mengalami asma yang teruk dan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Ali Puteh Kant0i Kert Foto Hidayah

Bertindak memuat naik sebuah foto serta meluahkan rasa rindu pada dua insan tersayang iaitu ibunya, Sabarah Arshad dan abangnya, Allahyarham Abam Bocey, perkongsian pelawak Ali Puteh di laman Instagram kini menjadi perhatian warganet.Menerusi posting tersebut, disebabkan ibunya masih dirawat di hospital, beliau sehingga kini sudah lima hari tidak bertemu dengan wanita tersebut kerana tidak dibenarkan melawat.

“Rindu saat ni, mak masih di hospital sekarang ni dan masih belum sedar dari tidur. Doakan semoga mak sembuh ye. Tak ade ape yang mampu selain doa untuk mak kembali pulih. 5 hari dah mak di hospital dan kami masih belum dibenarkan melawat mak…hampir 11 bulan dan abang pergi. Tengok gambar ni terasa macam baru semlam kami semua bersama.”

Dedah Ali lagi, terlalu banyak dugaan yang menimpa keluarganya, akan tetapi beliau tetap percaya bahawa Allah SWT menguji hambaNya tanda sayang agar terus istiqomah kepada-Nya.Terdahulu, disebabkan serangan asma sejak Khamis lalu, Ali memaklumkan bahawa ibunya terpaksa dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Selayang.

Bagaimanapun, menurut laporan Cari Forum, Ali difahamkan telah mengerat gambar hidayah di posting terbabit.Ia terbukti apabila foto asal jelas kelihatan wajah Hidayah terpapar di sebelah arwah abangnya.Biarpun masih tidak tahu motif sebenar mengapa Ali berbuat demikian, rasanya moleklah kita doakan yang baik-baik sahaja agar keharmonian antara kedua belah keluarga ini berjaya dikecapi suatu hari nanti.Sumber: Cari Forum, Rotikaya

Ramai Yang Tak Suka. Setelah Sekian Lama Menyepi Tiba Tiba Isteri Ali Puteh Tampil Bersuara Bongkarkan Perangai Ali Yang Ramai Tak Tahu. Rupanya Sampai Macam Ni Sekali Perangai Dia

JIKA dilihat menerusi cara penulisannya membalas komen warganet di laman sosial, pasti ramai yang menyangkakan pelawak Ali Puteh seorang yang bersikap garng dan tegas. Berkongsi mengenai karakter sebenar Ali, isteri iaitu Melati Fitri mendedahkan suaminya itu seorang lelaki yang berprinsip dalam kehidupan dan tidak mudah berputus asa mengejar impian.

“Awak rasa dia macam mana? Ramai yang kata dia garang tapi tak la sangat sebenarnya. Dia mengurat saya masa sekolah-sekolah dahulu. “Dia punya prinsip… selagi dia tak dapat selagi itulah dia akan try! Akhirnya Alhamdulillah sampai sekarang diberikan amanah dari-Nya yang tiada nilainya iaitu si tanje, adik Ainul dan adik Syed buat masa ini,” tulisnya.

Melati berkata demikian bagi menjawab pertanyaan seorang pengikut di laman Instagram.

Melati jawab pertanyaan seorang peminat di Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, individu itu ingin mengetahui perangai sebenar adik kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey dan cara Ali memikat hati isterinya masa awal perkenalan. “Ali tu seorang yang kelakar atau serius di luar? Macam mana dia mengurat sis?,” tanya individu berkenaan. Sebelum ini, Ali terpalit dengan pelbagai kontrversi membabitkan dirinya dan dia juga dilihat lantang bersuara di media sosial.

Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan Melati mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan anak sulung, Sharifah Nur Aaira Qaireen berusia tiga tahun. Pada 25 September lalu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata ketiga yang diberi nama Syed Umar Iskandar.

Tahun lalu, anak kedua mereka iaitu Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang berusia tiga bulan pergi menghadap illahi akibat komplikasi jantung. Manakala, Abam pergi menghadap illahi di rumahnya di Gombak pada Februari lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Muat Naik Foto Dengan Nak Tapi Ada Komen Individu Ini Harapkan Ank Ali Jangan Ikut Perangai Dia. Sekali Ali Puteh Balas Balik Buat Warganet Terkedu.

Tetapi kesan yang ditinggalkan sebelum itu masih kekal. Jika anda lihat ramai yang menyokong Ali Puteh tetapi tidak kurang ramai juga yang membenci Ali Puteh. Di dalam akaun instagram Ali Puteh sendiri sudah biasa dia menerima kritikan atau komen yang bukan bukan setiap kali Ali Puteh memuat naik sesuatu.

Baru baru ini Ali Puteh telah memuat naik satu gambar bersama anak dia yang masih bayi. “My king… syed umar iskandar…” itu lah kapsyen yang digunakan oleh Ali Puteh. Seperti biasa pasti ada warganet yang akan tinggalkan komen negatif tetapi komen kali ini melampau kerana ia menyebut nama anak Ali Puteh.

“Hope dia tak ikut perangai ali. Ali tidak berdiam diri dan dia memberi respond dan mengikut nada komen Ali sememangnya dalam keadaan marah dan tidak puas hati kepada individu tersebut. “mulut jage sikit…jgn main bangst kat sini…anak aku kau kate tu…ingt ehhh jangan bangst kat sini…aku pesan lagi skali..anak aku kau kate tu…kau bgus sgt ke??esok ank kau tu pulak…jgn main bangst eh melayuu” – Ali Puteh

Ali juga membalas satu komen @umie846 dimana dia telah menulis “kemana tumpah nye kuah” “Dah tua2 mulut jage sikit makcik..makan penampr mulut tu pecah nnti…jgn kate anak aku makcik…esok makan penmpar lurus mulut tu makcik…g sembahyang doa panjang umur..esok2 nk mti dah..g jge amal lagi baik dri mengata sane sini makcik…ingt ehh mulut jage makcik…mau aku sental ngn cili api nnti” Bapa mana yang tak marah bila anak sendiri dicakap bukan bukan. Sebelum tulis tu fikir la dulu.

Artikel By: AwatttSyeikhh Network 

Sumber via Transformasi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Genap 9 Bulan Abam Pergi Menghadap Illahi Ali Puteh Dedahkan Abam Muncul Dalam Mimpinya. Mengejutkan Abam Datang Dalam Mimpi Dalam Keadaan Macam Ni.

GENAP sembilan bulan berlalu, adik kepada pelawak Abam Bocey iaitu Ali Puteh berkata masih ramai yang datang menziarahi abangnya. Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, berkata, kasih sayang terhadap abangnya itu masih kuat biarpun dia terpaksa menerima pelbagai kritikan dan hinaan sejak pemergian Abam.

“Hari ini 10 hari bulan… genap sembilan bulan pemergianmu abang… kubur masih dilawati orang dan sentiasa bersih. “Biar apa orang kata… orang hina pekakkan telinga kerana apa pun terjadi kita tetap adik-beradik. Mereka tidak tahu apa-apa perihal kita.

“Hanya kita sekeluarga yang tahu. Maafkan sajalah mereka semua yang hina kita,” kata Ali. Pelawak berusia 31 tahun itu memuat naik foto kenangan Abam dipeluk erat oleh ibunya iaitu Rosbiah Arshad di Instagram. Sebelum ini, Ali terpalit dengan kontroversi melibatkan kakak iparnya iaitu Nor Hidayah selepas Abam meninggal dunia pada Februari lalu.

Semenjak konflik antara mereka menjadi perhatian, Ali yang juga seorang pelawak terpaksa berdepan dengan kritikan dan hinaan daripada warganet di laman sosial. Menerusi laporan mStar pada 28 Februari lalu, Ali mendedahkan dia menerima lebih 700,000 mesej kritikan gara-gara kontroversi tersebut.

Dalam pada itu, anggota kumpulan lawak Puteh ini memberitahu dia didatangi arwah dalam mimpinya pada malam Isnin lalu. Dia juga meitipkan doa kepada Abam agar ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Malam tadi mimpi kau datang bang jenguk kami… senyum saja kau. Semoga tenang di sana ya bang. Mak sihat Alhamdulillah dan semua sihat. “Semoga kau ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Tengokkan Ainul Mardhiah ya kat sana,” ujarnya. Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed pergi menghadap illahi akibat demam panas pada 10 Februari lalu.

9 Bulan Dah Abam Pergi Menghadap Illahi. Ali Muat Naik Foto Pergi Melawat Psara Abam. Tiba Tiba Ada Individu Tanya Pasal Balu Abam. Mengejutkan Ali Selamba Je Boleh Jawap Macam Ni.

Hampir genap sembilan bulan pemergian pelawak popular Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam Bocey yang pergi menghadap illahi di kediamannya di Gombak pada 10 Januari lalu. Berita tersebut telah mengejutkan seluruh industri hiburan tanah air di mana Abam ketika itu dikatakan berada pada kemuncak kariernya.

Adik Abam , Ali Puteh adalah individu terawal yang berkongsi berita tentang pemergian abangnya itu. Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan ketika itu mengesahkan abang tercinta pergi mngadap Ilahi kerana dmam panas.

Suasana sedih dan sayu mengiringi pemergian Abam di Sungai Pusu, Gombak pada petang hari yang sama. Dianggarkan kira-kira 2,000 tetamu hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Abam yang selesai diuruskan kira-kira pukul 7.30 malam. Sejak itu juga orang ramai tidak putus-putus menziarahi Abam yang dikatakan sering membantu golongan kurang bernasib baik sewaktu hayatnya.

Ali luah rindu pada Abam Bocey

Ali Puteh sendiri sering berkongsi luahannya di Instagram merindu abangnya itu. Dalam perkongsian terbaru, Ali memuatnaik gambar Abam sewaktu berkunjung dan menjenguk Abam. ”Tadi sempat melawat kau abang. 9 bulan dah kau pergi… rindu teramat sangat pada kau..dapat jenguk kau tadi…

” Mak sihat alhamdulillah..semua sihat…tenang disana ye bang…pergi itu benar…akhirat itu benar., berjumpa kite suatu hari nanti,” tulis Ali Perkongsian Ali mendapat reaksi warganet yang turut merindui Abam dan turut sama menitipkan doa buat Abam.

Warganet tanya soalan ‘panas’, kaitkan dengan Hidayah?

Namun dalam ramai-ramai memberi komen murni, terselit satu komen seorang individu yang sengaja bertanyakan soalan ‘panas’ kepada Ali. ”Minah tu ada datang tak ? Ke datang sebab harta ja” tulis individu terbabit yang dipercayai merujuk kepada Hidayah, balu Allahyrham Abam.

Soalan individu terbabit telah dijawab oleh warganet lain yang memintanya agar tidak masuk campur hal keluarga orang lain. ” Dah memang hak isteri..harta tu…apesal pulak dah”, balas seorang warganet. Namun apa yang jadi tumpuan, soalan itu mendapat reaksi balas dari Ali Puteh sendiri. ” Tak pernah jenguk pon…harta dia tau lah,” balas Ali ringkas.

Ali turut membalas komen warganet lain yang dilihat cuba membela Hidayah dengan mengatakan Hidayah mempunyai hak ke atas harta Abam. ” Tak baik gitu…kalau rasa macam takde benda penting nak cakap tak payah komen…sebab anda bukan dalam ahli keluarga kami jadi anda tak mengetahui apa terjadi… jadi lebih baik jangan ambil tau takut jatoh ftnh nanti,” tulis Ali lagi.

Isu membabitkan Ali Puteh dan balu Abam, Nor Hidayah sememangnya hangat diperkatakan sejak beberapa bulan lalu. Pihak admin berharap suatu hari nanti Ali dan Hidayah dapat melupakan segala perbezaan pendapat antara mereka dan semoga hubungan mereka kembali jernih.

Sumber: IG Ali Puteh via limauais

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Letak Nama Ank Sama Macam Nama Abam. Sampai Macam Ni Sekali Respon Mak Ali Puteh Bila Cucu Nama Seakan Nama Abam.

Awal pagi ini, pelawak Ali Puteh berkongsi berita gembira dan mengucapkan rasa syukur tidak terhingga selepas isterinya selamat melahirkan anak ketiga mereka. Isteri Ali, Melati selamat bayi lelaki seberat 3.07 kilogram itu dilahirkan pada jam 4.42 pagi tadi (Jumaat) di sebuah hospital bersalin swasta di Ampang. Selain memuatnaik hantaran di Instagram, Ali turut berkongsi berita tersebut kepada Gempak dan memberitahu, bayi lelaki dan ibu berada dalam keadaan sihat.

Diberi nama sempena nama Abam

”Alhamdulillah, Melati selamat lahirkan bayi ketiga kami. Bayi dilahirkan secara normal dan berada dalam keadaan sihat bersama ibunya. ”Saya bersyukur urusan dipermudahkan dan terima kasih kepada yang sentiasa mendoakan Melati dan anak,” katanya.

Ali turut menjelaskan dia dan isteri sudah memiliki nama buat putera mereka itu dan memilih untuk menamakannya sebagai Syed Umar Iskandar.” Memang dari awal saya nak nama Abam ada. Jadi saya ambil Umar itu. Ingatan kami terhadap Abam tidak pernah pudar. Umum mengetahui nama sebenar Abam adalah Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan.

Emak Ali tidak berhenti menangis selepas dapat berita kelahiran Umar

”Sebaik sahaja Umar Iskandar dilahirkan, saya sebak…Emak juga tidak berhenti menangis sejak saya kongsikan berita kelahiran Umar. ”Pastinya Abam orang yang paling sibuk saat ini kalau dia ada…Sebab sebelum ini pun memang begitu, teringat pula keletah teruja Abam saat ini,” katanya sebak.

Ali memberitahu dia membawa isteri ke hospital petang semalam selepas Melati mengadu sakit, namun pulang semula ke rumah kerana bukaan rahim baru 2cm. Bagaimanapun kira-kira jam 8.30 malam Ali kembali ke hospital kerana isterinya mengadu rasa saakit datang dengan lebih kerap.

Pelawak yang juga adik kepada Abam itu kemudiannya menghantar mesej menerusi aplikasi Whatsapp kepada gempak pada jam 4.48 pagi, berkongsi tentang bayi lelakinya itu. Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan Melati Fitri Abdullah berkahwin pada Mei 2016.

Hasil daripada perkahwinan tersebut Ali dan Melati dikurniakan dua anak perempuan Sharifah Nur Aaira Qaireen, 3 tahun dan Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang pergi menghadap illahi selepas tiga bulan dilahirkan. Sharifah Nur Ainul Mardhiah, menghembuskan nafas terakhir akibat kmpilasi jntung, kira-kira jam 11.30 pagi, 25 November 2019.

Difahamkan anak perempuan Ali yang dilahirkan pada 6 Ogos 2019 itu dikesan berdepan masalah sakit jntung terbalik dan jntung berlbang. Kelahiran Umar ini adalah genap selepas 10 bulan pemergian Ainul Mardhiah.

Sumber asiakini

Warganet Persoalkan Tentang Kereta Vellfire Abam Ditarik Atau Tak. Sekali Ali Puteh Tampil Bersuara Lantang Bagi Respon Padu Habis Bila Dia Tanya. Mengejutkan Sampai Macam Ni Sekali Respon Ali.

Minggu lalu, tumpuan media dan orang ramai tertumpu kepada berita berhubung keputusan mhkamah melibatkan tuntutan faraid yang difailkan balu Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali. Hidayah, 28, antara lain menjelaskan dia berpuas hati dengan keputusan Mhkamah Rendah Syariah Shah Alam yang menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak.

Difahamkan harta Abam membabitkan rumah, kereta, wang ringgit, barang peribadi seperti jam tangan, kasut, telefon bimbit, kamera dan barangan lain. Ketika di luar mhkamah, antara soalan ditanya wartawan kepada Hidayah adalah berkenaan kereta Velfire milik Abam yang didakwa sudah ditarik.

” Keputusan untuk berpindah ke rumah itu pun, tak tahu lagi. Tunggu urusan faraid ini diselesaikan. ”Nak dapatkan kereta semula pun, insya Allah. Kereta kena tarik tak benar. Kereta masih ada, tapi saya tak nak komen lebih lanjut. Nanti akan tahu juga,” kata Hidayah

Bagaimanapun kenyataan Hidayah itu dilihat bercanggah dengan penjelasan AIi Puteh. AIi menerusi kenyataan peguamnya, Noorazmir telah mengesahkan Toyota Vellfire milik Abam itu sudah dilelong bank pada 19 Ogos lalu. ” Apa yang saya maklum, kereta itu sudah dijual dan dilelong. Kereta itu atas nama Abam,” kata Noorazmir .

AIi sound warganet tanya soalan pasal Velfire

Sejak dari keputusan mhkamah itu, sepatutnya tiada isu berbangkit yang timbul kecuali berkenaan kereta Velfire tersebut yang pastinya cuma salah faham sahaja. Sementara itu AIi dilihat berkongsi status di Instagram beliau dengan memuatnaik gambar aktiviti sehariannya.

” Dah jom balik..apa lagi hntamlah warganet gambar ni…sedap membaca ni” tulis AIi. Kebiasaannya setiap perkongsian AIi pasti akan disambut dengan kata-kata prvokasi warganet, namun AIi tidak pernah membalas komen-komen negatif tersebut.

Bagaimanapun tidak kali ini apabila seorang warganet dilihat sengaja mencabar kesabaran AIi. ” Nak tahu satu jer, Velfire kena tarik ke tak sebenarnya?” tulis individu terbabit Tanpa disangka, AIi dilihat telah membalas komen tersebut dengan kata-kata agak pedas. ” Meh datang rumah, kalau kena tarik (Velfire), memang kau makan penampar jurus ke-3,” balas AIi.

Tidak cukup dengan respon balas Ali, seorang individu yang AIi anggap seperti adik sendiri iaitu Syuk telah membalas komen individu terbabit. ” Kang orang tu dah cakap dah kena tarik. Kalau tak percaya meh datang rumah, kalau nak jumpa Ali nanti deal..aduhh” balas Syuk mempertahankan AIi.

Susulan dari komen AIi itu jaga, beberapa indvidu lain turut tinggalkan komen balas, ada yang menyokong Ali dan ada juga yang menghentam Ali. Ali kemudian dilihat tinggalkan satu lagi komen kepada seorang warganet lain dengan kata-kata pedas. ”Tengok IG anak kecik tu…jaga makan minum anak lagi baik dari menyebok hal orang…esok-esok anak lapar kang tak makan pulak…bapak keja mencari dsa je…ajak jumpa datang umah tak berani pulak” tulis AIi.

Kredit: Asiakini (AKASOHOR)