Ameera Khan baru sahaja naik foto sendiri. Ruangan komen Ameera terus dihujani isu daging harimau menangis

Artis

Terbaru, nampaknya isu mengenai trademark produk Daging Harimau Menangis oleh Datin Noor Kartini Noor Mohammed iaitu ibu kepada pengacara Noor Neelofa masih lagi belum selesai.Walaupun isu tersebut hanya melibatkan Datin Kartini sahaja, tetapi malangnya anak-anak beliau turut terkena tempias mengenai isu berkenaan.

Ameera Khan antara salah seorang anak Datin Kartini yang terkena tempias oleh segelintir warganet yang tidak bertanggungjawab.Foto baharu yang dimuat naik oleh Ameera telah ‘didatangi’ oleh warganet apabila mereka tinggalkan komen mengenai isu daging harimau menangis.

Namun mujur ada segelintir yang tidak tinggalkan komen begitu, sebaliknya memuji kecantikan yang dimiliki oleh gadis berusia 20 tahun itu.Ada perkara boleh dibawa bergurau, tetapi jangan la sehingga kaitkan perkara yang tidak ada kena mengena okay…Sumber foto: Instagram Ameera Khan

Datin Noor Kartini Namakan Produk Daging Harimau Menangis.Warganet Luah Rasa Kesal Dan Ramai Berasa Kurang Senang

Sejak hujung tahun lepas, resepi masakan daging harimau menangis yang cukup popular di Thailand telah tular selepas ibu kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini mengeluarkan produk tersebut.Mendapat permintaan tinggi, daging harimau menangis keluaran beliau  mulai disebut-sebut selepas videonya memasak resepi terbabit dimuat naik ke Instagram.

Namun begitu, menerusi muat naik daripada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @azrulhaqim, dia meluahkan rasa kesalnya apabila Kartini didakwa telah membuat permohonan trademark Daging Harimau Menangis sebagai nama produk keluarannya.

Hal ini membuatkan orang ramai mulai berasa kurang senang dan beranggapan bahawa tindakan sebegitu ‘membnuh’ peniaga-peniaga kecil yang turut sama mengeluarkan produk makanan Daging Harimau Menangis.

Selain itu, menerusi perkongsian satu video yang diperoleh daripada Instastory ibu Neelofa ini, dapat didengar beliau memaklumkan nama resepi tersebut telah dipakai untuk produk keluarannya dan individu lain tidak boleh menggunakan nama sama.

Perkara tersebut membuatkan warganet bengang susulan video terbabit dibuat dalam keadaan gelak ketawa dan seolah-olah meminta orang lain yang mengeluarkan produk seperti itu menggunakan nama lain dan bukan lagi Daging Harimau Menangis.

Walau bagaimanapun, ada warganet yang memuat naik permohonan Kartini dipercayai berkenaan trademark Daging Harimau menangis itu dan memaklumkan permohonan baru sahaja dibuat.Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak beliau berhubung kontroversi yang tular di media sosial terutamanya di Twitter.Perkongsian tersebut hanya dimaklumkan daripada sebelah pihak dan kesahihan dakwaan ini masih belum dapat dipastikan sebetulnya.

Lepas Kecoh Pasal Neelofa Dan Pu Riz Kali Ni Penampilan Terkini Neelofa Pula Jadi Bualan Ramai. Kongsikanfoto Nampak Dahi Sekali Ini Respon Win Dari Warganet.

Sebut sahaja nama Neelofa, pasti semua mengenalinya. Bukan sahaja hebat mengacara, malah sangat komited dalam menguruskan perniagaan miliknya. Sebelum ini, selebriti berusia 32 tahun itu mengambil keputusan untuk mengenakan penampilan berniqab yang menutup seluruh mukanya kecuali bahagian mata sahaja.

Namun baru-baru ini, menerusi Instagram peminatnya lofa.sg terdapat beberapa video dikongsi semula memaparkan Neelofa memakai purdah pula dimana menampakkan bahagian dahinya. Selain itu,  juga ada berkongsi cerita mengenai pemilik nama Noor Neelofa Mohd Nor itu yang kini mula mempelajari bahasa Arab dan tafsir al-Quran.

Bagaimanapun, cerita itu mengundang warganet bagi memberikan pelbagai reaksi dimana rata-rata bertindak untuk menegur penampilan selebriti tersebut dengan mempersoalkan bahagian kening Neelofa. Nak berubah biar kerana Allah. Kening dah macam lukis pakai pensel

Kata tak lukis kening dah? Selain itu, ada juga warganet yang memberi komen mengenai dahi Neelofa yang kini terdedah dan tidak lagi ditutup. Dulu nampak mata je? Sekarang dah nampak dahi pulak? Walaupun sering mendapat kecaman, namun kadang-kala berdiam adalah kunci kejayaan. Kita sebagai hambaNya juga perlu berusaha memperbaiki diri ke arah lebih baik.

Luahan hati PU Riz? adakah beliau sudah pun redha?

PU Riz tetap berdiam diri tanpa sepatah jawapan, hanya memuat naik petikan hadis yang dipercayai berkaitan dengan ujian yang ditempuh. – Foto IG PU Riz KUALA LUMPUR: Terus membisu tanpa sebarang sepatah jawapan, pendakwah bebas, PU Riz atau Haris Ismail, 25, hanya menggunakan media sosial untuk berkongsi isi hati.

Hingga kini, hanya selebriti popular, Neelofa sahaja meleraikan tanda tanya dengan menafikan pelbagai andaian dan tuduhan yang hangat diperkatakan mengenainya dan PU Riz seperti tular dalam laman sosial, sejak Sabtu lalu.

Hari ini, pelakon filem Ada Apa Dengan Cinta itu memuat naik perkongsian mengenai sabda Nabi Muhammad SAW yang menyentuh perihal sunnah menerusi akaun Instagram (IG). “Ada kalanya, diri kita akan kukuh dan kuat iman. Ada kalanya, kita lemah dalam iman.”Sesiapa pada kala lemah, dia berpegang kepada sunnah, maka dirinya akan diberi hidayah.

“Tetapi, apabila seseorang mengambil selain daripada sunnah, maka binsalah dirinya. Letaklah sepenuh kepercayaan kepada-Nya,” kongsinya.Namun, terbit tanda tanya di kalangan warganet, apakah petikan hadis yang dikongsi itu mewakili persoalan hati pada saat diuji, ketika ini.

Dalam perkongsian itu, PU Riz memuat naik sekeping gambar berserta sepotong ayat dalam bahasa Arab bersama terjemahannya yang bermaksud, sentiasa yakin dengan setiap perkara yang diaturkan Allah. “Ketahuilah bahawa Allah SWT akan menyelesaikan segalanya satu hari nanti dengan cara yang tidak pernah anda bayangkan,” kongsinya.

Bagaimanapun, perkongsian itu dipadam selepas beberapa jam. tapi mereka berdua tiada pun istihar putus tunang, mungkinkah akan teruskan pertunangan ini? semuga semuanya baik2 sahaja. lagi pun ada berita terkini tentang wanita yang kononnya buat cerita Lofa terkena minyak pengasihlah,m transfer duit ratus ribu hingga juta lah. sudah pun secara rasminya memohon maaf

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : https://apaceritatv.com.my/adkah-lofa-kecewatebal-betul-keningfaham-tk-fungsi-purdah-tu-warganet-dah-berbunyi/

Lepas Kecoh Kes Neelofa Dengan Pu Riz Kali Ni Kecoh Pula Pasal Neelofa Muat Naik Video Macam Nak Menggoda. Kata Dah Berniqab Tapi Muat Naik Video Macam Ni Pulak.

Tak Ketinggalan, Neelofa Lancar Misi Bantuan sasaran Banjir. Neelofa melalui Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) yang diasaskannya, melancarkan tabung membantu sasaran banjir di negeri terjejas terutama Kelantan, Pahang dan Johor.

Melalui perkongsian di media sosial, Neelofa merayu orang ramai yang prihatin dengan nasib sasaran banjir menghulurkan sumbangan dengan melayari www.kasihneelofa.org. Selain itu, Neelofa meminta sasaran banjir dapat memberi maklumat termasuk rakaman video dan gambar agar bantuan boleh dihantar kepada mereka.

“Saya akan semak mesej langsung yang diterima dan cuba usahakan kutipan melalui sumbangan dihulur orang ramai. “Kami akan cuba beri bantuan sebaik mungkin kepada mereka yang memerlukan,” katanya melalui Instagram Story.

beliau ada upload 2 video yang macam make up guna contact lens? gaya slow motion itu, warganet anggap nak menggda siapa? pendapat warganet ada yang suka dan tak suka? Jap.. Aku tanya.. Jangan marah.. Tapi bila berniqab boleh la buat mata menggoda mcm tu? Soalan aku ni sebab aku nak tau.

Tak boleh kalau bukan lopak… kl lopak semua boleh..Nak goda2 orang awam nak buat apa.. silap2 jadi sumber aktiviti dlm bilik air je.. ewwwww..God tok laki dpt gak pahala.. Dia ni nak berubah tapi tetap tak boleh nak lepaskan apa yg dia suka.Buat2 video yang tak bersesuaian dengan penampilan.m Padahal tahu benda2 sebegini haram hukvmnya tapi masih still buat.

Susah nak husnuzon.m Apa lopa buat semua x kene ek. .. Erm nasib laa badan. Klo hajah bole je u..Tp pelik gak kate nk tutup kecantikan dlm mase same tunjuk2 Ape pn thank u tlg sasaran banjir.. sibuk je nak hukvm Neelofa. Dia kenal ke dgn uolss? lebih baik tengok dan baiki diri sendiri yang sah-sah tak sempurna.

Sian lopa..buat baik pon kena kritik..lofa antar la ke terengganu jugak..terengganu teruk jugak tu. merepek repek je lopak ni. perangai mcm budak umur 21 tahun yg malu malu. tpi dia dah tua lah kan. tk sesuai cam nk acah acah tarik tarik tudung ala ala malu malu gitu. tak sesuai dah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @apam pink media

Hubungan Dengan Ibu Dah Tak Ngam Lepas Tular Tentang Gosip Tu. Sekali Status Terkini Neelofa Ditujukan Untuk Ibu Buat Warganet Terkedu.

Hubungan dengan ibu dah tak ngam lepas tular tentang gosip tu. Sekali status terkini Neelofa ditujukan untuk ibu buat warganet terkedu.

Umum mengetahui, bekas pengacara ‘Meletop’ iaitu Noor Neelofa, telah memaafkan seorang gadis selepas individu tersebut didakwa menyebarkan ftnah terhadapnya dan PU Riz, baru-baru ini. Jelasnya lagi, kemaafan tersebut ikhlas datang dari hatinya.

Meskipun kontroversi ‘ftnah’ tersebut sudah berakhir dengan permohonan maaf secara terbuka, segelintir warganet dipercayai masih tertanya-tanya mengenai hubungan Neelofa dengan kesemua ahli keluarganya. Maklumlah, keluarganya juga didakwa terpalit dengan kontroversi yang melanda.

Cerita pasal syurga

Sebelum ini, rata-rata warganet mendakwa kontroversi yang berlaku terhadap Neelofa berpunca daripada keluarganya sendiri. Mereka juga mendakwa, keluarga Neelofa sepatutnya bertenang dan menunggu keputusan daripada tuan empunya badan terlebih dahulu sebelum membuka ‘cerita’ kepada umum. Ekoran daripada itu juga, warganet mendakwa Neelofa jarang memuat naik foto mahupun video bersama keluarga tercinta lebih-lebih lagi bersama ibunya iaitu Datin Noor Kartini.

Sehubungan dengan itu, Neelofa telah memuat naik perbualan Whatsapp di antara dia dan ibunya di Instagram Story. Posting tersebut menunjukkan hubungan Neelofa dengan ibunya dipercayai masih sama seperti biasa dan mereka berdua berbicara mengenai surah Al-Insan iaitu surah manusia.

Love and respect her 

Bukan itu sahaja, Neelofa turut memuat naik kata-kata indah yang berkaitan dengan ibu di Instagram Storynya. Kata-kata yang dikongsikan itu membawa maksud  ‘tiada cinta yang lebih hebat di dalam dunia ini melainkan cinta ibu, jadi sayangilah dan hormatilah ibu’. Neelofa turut ‘tag’ ibunya di posting tersebut.

Sumber: Neelofa

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Tular Individu Yang Sebar Berita Tak Berasas Tentang Neelofa Dan PU Riz Nikah Di Kelantan. Akhirnya Individu Ini Tampil Buat Permohonan Maaf Baru Baru Ini

Baru baru ini, pembantu peribadi Neelofa giat mencari individu yang bertanggungjawab menyebarkan ftnah terhadap majikannya. Susulan daripada itu, individu tersebut sudah berjaya ditemui dan telah diserahkan kepada peguam bagi tindakan selanjutnya.Terbaru, individu dikenali sebagai Syamira Safiyayang bertindak menyebarkan ftnah terhadap Neelofa telah tampil membuat permohonan secara terbuka.

Saya, Syamira Safiya dengan ini menarik balik kenyataan yang saya buat terhadap Cik Neelofa serta pembantu peribadi beliau di Twitter dan pelbagai platform media sosial pada 26 Disember 2020.Jelas gadis itu, segala kenyataan yang dikeluarkan olehnya adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali. Jelasnya lagi, dia sama sekali tidak berniat jahat untuk mencemarkan nama baik mana-mana pihak.

Saya juga amat kesal kerana tindakan peribadi ini menimbulkan rasa malu, sedih dan membawa kesusahan kepada mereka.Susulan daripada itu, dia sekali lagi memohon maaf kepada pihak Neelofa dan akan bertanggungjawab dengan apa yang telah terjadi. Terdahulu, Syamira telah didakwa kenyataan yangtidak berasas di laman sosial sehingga menjejaskan nama baik Neelofa dan PU Riz. Namun, segala kenyataan tersebut telah disangkal oleh Neelofa menerusi satu kenyataan media.

Teori Yang Individu Ni Buat Kononya Neelofa Ada Masaalah Ni. Sekali Tak Lama Berdiam Diri Ini Respon Dari Neelofa Buat Ramai Yang Terkejut.

Semenjak 26 Disember lalu, nama Noor Neelofa dan PU Riz antara yang menjadi pencarian tertinggi di semua media sosial disebabkan masalah yang sedang melanda bakal pengantin ini. Namun disebabkan satu kejadian yang tidak tahu puncanya, ada gosip mengatakan kononnya mereka sudah putus tunang.

Tetapi daripada pihak Neelofa, beliau tetap meminta peminat untuk terus mendoakan hubungan mereka. Dalam masa yang sama ketika isu tersebut sedang hangat diperkatakan, muncul pula satu teori yang ditulis oleh seorang individu yang mengatakan kononnya Neelofa mempunyai penyakit Narcissistic Personality Disorder atau dalam bahasa mudahnya ialah tidak mahu orang lain lebih daripada dirinya dan cuba untuk mencari perhatian umum.

Teori tersebut telah dianggap sebagai teori ‘Mastika’ oleh sesetengah warganet yang beranggapan bahawa ia tidak logik sama sekali. Disebabkan itu, pengacara terkenal tersebut telah memuat naik satu twit berkenaan isu itu. Ramai warganet memberi pendapat bahawa Neelofa perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar berkenaan kerana ia bagaikan satu ftnah besar buat dirinya.

Apa pun, kita doakan sahaja semoga hubungan Neelofa dan PU Riz baik-baik sahaja.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: HOT.FM

Kecoh Pasal Status Hubungan Neelofa Dengan Pu Riz. Kali Ni Tersebar Pulak Gambar Lama . Mengejutkan Bila Tengok Pu Riz Ada Komen Macam Ni Kat Gambar Tu.

Tak perlu dihuraikan lagi, pasti ramai sudah mengetahui tentang hubungan antara pengacara Noor Neelofa dan tunangnya, iaitu PU Riz yang kini seperti sedang dilanda bdai semenjak kisah mereka tular di media sosial mulai 26 Disember.

Secara tiba-tiba, nama Neelofa dan PU Riz trending di aplikasi Twitter selepas ramai warganet membuat ‘siasatan’ berkenaan Instagram story yang dimuat naik oleh adik-beradik Neelofa iaitu Noor Nabila, Athisha Khan dan juga Ameera Khan.

Permulaan kisah ini berlaku apabila mereka bertiga memuat naik satu Instagram story yang sama, disusuli memadam semua foto ketika majlis pertunangan Neelofa dan PU Riz serta tidak lagi mengikuti pendakwah tersebut di laman Instagram. Kemudian, ibu kepada Neelofa iaitu Noor Kartini turut memadam foto bersama Neelofa ketika majlis tersebut yang diadakan pada 1 November lalu.

Warganet mula membuat spkulasi sendiri berkenaan hubungan mereka yang mengatakan kononnya PU Riz merupakan seorang yang judgemntal apabila kebanyakan adik-beradik Neelofa tidak memakai tudung. Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang terlalu rajin sehingga mend3dahkan semula tentang kehidupa lama PU Riz ketika belajar di sebuah universiti tempatan.

Adik Kandung Pu Rizz

Dalam masa yang sama, warganet menjumpai beberapa komen yang ditinggalkan di satu akaun Instagram milik seorang gadis dikenali sebagai Shafira Ismail Norbat. Komen yang ditinggalkan oleh PU Riz berbunyi teguran kepada gadis tersebut dan itu membuatkan warganet berasa musykil tentang maksud yang tersirat.

Tetapi selepas disiasat oleh warganet, gadis tersebut merupakan adik kandung PU Riz sendiri. Kini, muncul semula beberapa keping gambar yang tidak sepatutnya dibincangkan di media sosial iaitu gambar tak elok yang dikatakan mirip seperti PU Riz.

Namun, ada beberapa warganet memberi pandangan tersendiri mengenai kisah yang melanda selebriti terhangat ini yang mana adik-beradik Neelofa tidak sepatutnya membuka ruang untuk warganet membawa mulut. Bagi mereka, ahli keluarga Neelofa sendiri yang membuka pekung apabila ada masalah yang melanda dan ia membuatkan warganet berasa tertanya-tanya tentang apa yang sedang berlaku.

Apa pun, kita sebagai orang luar jangan terlalu mudah membuat spekulasi sendiri dan menduh sana sini. Biar la pihak Neelofa dan PU Riz sendiri yang menyelesaikan masalah mereka ini, kita tidak perlu masuk campur dalam urusan mereka.

Berikut beberapa fakta menarik tentang Pu RIZZ  yang tidak semua tahu.

1. PU Rizz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail merupakan peserta program realiti Pencetus Ummah Musim 4 pada 2016. 2. Berumur 24 tahun, PU Rizz lahir pada tahun 1995 di Selangor, Malaysia. 3. PU Rizz sebelum ini pernah menuntut di Universiti Al-Azhar Mesir pada tahun 2002 namun hanya sempat belajar selama setahun saja dek pergolakan yang berlaku di negara itu.

4. PU Rizz kini memiliki Diploma Pengajian Islam dalam bidang undang-undang. 5. Dek kerana memiliki raut wajah yang tampan, PU Rizz kini bergelar pelakon apabila pernah menghiasi beberapa drama seperti Selafaz Cinta Ustaz, Air Mata Di Bumi Matador dan Lelaki Kiriman Tuhan.

6. PU Rizz bakal muncul dalam filem pertamanya yang berjudul Ada Apa Dengan Dosa tahun ini berganding dengan penyanyi, Wanna Ali. 7. PU Rizz juga pernah tercalon dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH).

Fakta Menarik

Pelajar jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Pernah menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir, meskipun hanya bertahan selama setahun kerana terpaksa pulang ke Malaysia selepas perang yang berlaku di sana.

Sering diundang Neelofa sebagai pendakwah dalam majlis ilmu anjuran pengacara dan usahawan terkenal itu. Gemar bermain futsal. Instagram miliknya yang menggunakan nama @pu_rizz sehingga kini mengumpul lebih 90 ribu pengikut.