Lama menyepi tiba tiba Ameera Khan muat naik foto dengan duduk terkangkang. Tak boleh berdiam sekali ini respon warganet pada gambar tersebut.

categorized

Nama Little Miss Khan mungkin tidak asing lagi bagi mereka yang sering ‘bersiar-siar’ di media sosial. Little Miss Khan atau Ameera Khan yang merupakan adik kepada pengacara Neelofa itu juga dikenali sebagai social media influencer kerana dia mempunyai seramai sejuta lebih pengikut di Instagram miliknya

Ameera Khan kembali menjadi perhatian di media sosial miliknya.Dengan memiliki wajah kacukan Pakistan dan Arab, kecantikan Ameera sering menjadi idaman para gadis selain mempunyai aura sebagai seorang model. Terbaru, Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan memuat naik gambar terbarunya, namun ramai pengikutnya menyelarnya kerana foto tersebut agak keterlalvan.

KOMEN WARGANET:

Sumber:Instagram Ameera Khan

Kredit :http://www.dnq.pw/2021/03/09/gi/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Ameera Khan Muat Naik Foto Berhijab Separuh Nampak Macam Wanita Arab. Sekali Tiba Tiba Neelofa Komen Dekat Gambar Tu Buat Ramai Yang Teruja

Seperti yang kita tahu, ahli keluarga Noor Neelofa sememangnya mempunyai campuran dari Arab dan disebabkan itu kesemua mereka cantik-cantik belaka. Ameera yang kini sudah berusia 21 tahun kelihatan cantik ketika menggayakan tudung separuh menampakkan bahagian hadapan rambutnya. Rata-rata komen yang ditinggalkan turut mengatakan Ameera saling tak tumpah seperti gadis Turki!

Memang la ada iras, tengok muka ibu bapa Ameera pun dah tahu sememangnya ada keturunan Arab kan. Dalam masa yang sama, Neelofa turut tinggalkan komen seakan-akan mendoakan agar Ameera terbuka hati untuk memakai tudung semula satu hari nanti. Untuk pengetahuan, sebelum ini Ameera pernah memakai tudung dan mengambil keputusan untuk membuka semula pada tahun 2016.

Namun itu semua pilihan Ameera ketika itu, mana tahu lepas ni berkat doa orang ramai termasuk ahli keluarganya akan membuatkan beliau sekali lagi terbuka hati untuk memakai tudung. Sumber foto: Instagram Ameera Khan via Hotfm

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Ada Yang Kata Lantik Nabil Sebagai Hos Pada Majlis Perkahwinan Neelofa Kelak. Tak Sangka Pertemuan Antara Neelofa Dan Nabil Jadi Perhatian Ramai

Baru baru ini,Neelofa yang merupakan pelakon,pengacara dan usahawan telah meraih perhatian warganet setela bersua muka dengan rakan pengacara iaitu MeleTOP iaitu Nabil Ahmad. Berdasarkan perkongsian yang dibuat,Neelofa berkongsi gambar pertemua mereka yang disaksikan oleh ibunya,Datin Noor Kartini.

Di ruangan kapsyen pula tertulis sebegini“Untuk menyampaikan kemanisan cintaMu ya Allah. Can you guess?” tulis Neelofa di ruangan kapsyen. Manakala di ruangan komen, warganet yang memberikan pendapat masing-masing tentang perjumpaan terbabit.Ada yang meneka kedua-dua pengacara tersebut akan digandingan sekali kali dalam sebuah program islamik.

Ada juga usikan yang berpendapat pertemuan tersebut adalah untuk melantik Nabil sebagai hos pada majlis perkahwinan Neelofa kelak.“#lofabil dari hos program hiburan ke program islamik maybe?” teka seorang warganet.“Nabil jadi mc masa Lofa kahwin maybe?”“Is it your wedding?” “Next to Neelofa 2 kot?”

“Walimatulurus ni,” tulis seorang wargamaya.“Alhamdulillah dua pasangan pengacara hiburan sedang fig.hting berhijrah bersama,” komen seorang wargamaya lagi.Sehingga kini, foto tersebut telah meraih hampir 240,000 tanda suka daripada wargamaya.Imbas kembali, Neelofa mengumumkan pengunduran dirinya daripada hos MeleTOP pada penghujung 2019 selepas tujuh tahun bersama rancangan itu.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Hari Bahagia Tak Lama Je Lagi. Sekali Tiba Tiba Neelofa Kongsikan Hadiah Yang Dia Terima Buat Ramai Yang Teruja. Rupa Rupanya Ini Hadiah Yang Neelofa Terima Tu.

Baru-baru ini, selebriti terkenal Neelofa telah memuat naik video menerusi laman Instagram Story miliknya sehingga berjaya menarik perhatian ramai. Video yang dikongsi kepada umum itu memaparkan Neelofa menerima sebuah journal perkahwinan daripa vendor tempatan.

Rakaman video itu juga turut dimuat naik semula oleh sebuah laman peminat yang setia mengikuti perkembangan pengacara dan usahawan tersebut. Apa yang menarik perhatian adalah Neelofa membuka beberapa helaian journal tersebut sehinggalah ke penghujungnya yang mengandungi senarai ‘wedding checklist’.

Rata-rata menerusi komen di halaman tersebut meluahkan rasa teruja dan tidak sabar menantikan hari bahagia buat Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Binti Mohd Noor. Wah, Hot FM pun dah tak sabar nak makan nasi minyak Lofa ni!

Apa-apa pun sama ada harinya semakin dekat atau sebaliknya, semoga segala urusan Lofa yang dirancang berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan.. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber video: Instagram Lofa.page

Sumber: https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-terima-journal-mengandungi-wedding-checklist-peminat-teruja-hari-bahagia-neelofa-semakin-hampir/

Lepas Tular Tentang Neelofa Dan Pu Riz Sekali Neelofa Tiba Tiba Bagi Tahu Dream Wedding Tak Jadi. Terkedu Rupa Rupanya Ini Punca.

Terdahulu Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed dan adik beradiknya bertindak ‘unfollow’ PU Riz dalam IG, selain memadam foto ketika majlis perisik. Noor Kartini dilihat ‘unfollow’ PU Riz sejak awal bulan lalu.

Menerusi perkongsian dalam IG Story, Noor Kartini menyindir mengenai tidak masuk syurga apabila menjadi ‘pemutus’ hubungan kekeluargaan, selain memohon perlindungan Allah SWT daripada perkara buruk. Seperti sudah terang lagi bersuluh namun tarikhnya sahaja yang belum dapat dipastikan.

Itu bayangan kepada segala persoalan umum berhubung status hubungan Neelofa dengan kekasihnya PU Riz apabila mengakui ‘dream wedding’ atau impian perkahwinannya musnh dan terpaksa dikrbankan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

‘Dream wedding’ dia hncur sebab PKP

Bagamanapun selebriti berusia 32 itu percaya, perkara tersebut tidak hanya dilalui oleh dirinya seorang bahkan banyak pasangan lain kesukaran tersendiri akibat penularan Covid-19. Mengulas tentang perkahwinannya, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, berkata dia masih berasa ragu-ragu untuk berkongsi tarikh hari bahagia mereka yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada Mac ini.

“Semua pasangan ada ‘dream wedding’, saya percaya ramai yang terpaksa korbankan hal itu sebab situasi sekarang sangat tidak mengizinkan. “Saya sendiri sudah berbincang juga dengan perancang perkahwinan, disebabkan pandemik dan kes yang masih tidak surut-surut, banyak perkara yang kita kena krbankan. Insya-Allah, kita buat apa yang boleh buat.

“Secara amnya, semua ‘dream wedding’ pasangan bakal suami isteri hncur sebab memang tak boleh buat apa, disebabkan Covid-19,” katanya. Neelofa berkata demikian pada sidang media secara maya sempena pelancaran aplikasi gaya hidup islamik perdananya, iaitu TheNoor hari ini.

Pertemuan secara dalam talian tersebut sekali gus menjadi medan pertemuan pertama bekas pengacara MeleTOP itu bersama media usai pelbagai kontroversi dan drama perhubungannya dengan Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz yang heboh diperkatakan sejak hujung Disember tahun lalu.

Pasangan itu dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta selepas menjayakan beberapa program kebajikan bersama, selain PU Riz dilihat sering bersama keluarga Neelofa memberikan kuliah agama. Baru-baru ini, Neelofa dikatakan tiga kali tersasul memanggil PU Riz dengan gelaran ‘sayang’ dalam satu video yang dimuat naik menerusi laman YouTube. Neelofa dan PU Riz dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga pada penghujung Mac, tahun depan.

Berikut Sedilit Fakta Menarik Mengenai Neelofa

1. Lulusan Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran di Kolej Universiti Sunway (kini dikenali sebagai Universiti Sunway) di Bandar Sunway, Selangor. 2. Berketinggian 1.57 meter dan berat 47 kilogram.

3. Anak ketiga daripada sembilan adik-beradik (lima adik-beradik berlainan bapa). 4. Bapanya, Mohd Noor berbangsa Melayu, manakala ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed merupakan kacukan Pakistan dan Arab.

5. Neelofa yang disapa Lofa di kalangan ahli keluarga, diilhamkan daripada nama “Niloufar” membawa maksud bunga teratai. 6. Sebagai pelajar, Neelofa dikenali sebagai seorang yang pintar kerana meraih lima A dalam UPSR, manakala sewaktu melanjutkan pengajian di sekolah menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi, beliau mendapat 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM.

7. Sebelum menjuarai pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 mengalahkan beberapa nama antaranya, Anzalna Nasir dan Izara Aishah, beliau bekerja sebagai peragawati sepenuh masa di mana pernah membintangi beberapa video muzik penyanyi tempatan popular, antaranya Awi Rafael dan Akim.

8. Neelofa menempatkan namanya dalam dunia lakonan pada tahun 2011 apabila buat pertama kali menjayakan siri televisyen berjudul Kasih Najihah yang disiarkan di saluran TV9. 9. Antara drama popular yang dilakonkannya seperti Jiwa Dan Lara, Tahajjud Cinta, Kau Yang Terindah, Suri Hati Mr. Pilot, Red Velvet dan Ti Amo Sweetheart 100 Hari.

10. Beberapa filem popular yang dibintanginya seperti Azura, SAM: Saya Amat Mencintaimu, Hantu Kapcai dan Pilot Cafe. 11. Beliau meraih pelbagai pencapaian sepanjang kariernya sebagai anak seni dan antara yang terbesar termasuk Pengacara TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27, 28 dan 29, Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29, Top Top MeleTOP (Wanita) di Anugerah MeleTOP Era ke-4 dan ke-5 dan banyak lagi.

12. Sebagai usahawan, Neelofa pernah terbabit dalam pelbagai cabang perniagaan seperti kanta lekap Lofalens, produk pil penjagaan kesihatan Beautea Slim dan jenama pakaian wanita Muslimah, Naelofar Hijab. Seterusnya menjadi antara 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017.

13. Pada Disember 2017, beliau dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di syarikat AirAsia Bhd. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Apam Pink media

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Setelah Sekian Lama Menyepi Lepas Kecoh Isu Dengan Pu Riz. Akhirnya Neelofa Dedahkan Akan Umumkan Tarikh Kahwin Dalam Masa Terdekat Buat Warganet Teruja.

Difahamkan, hubungan antara pengacara terkenal iaitu Neelofa bersama PU Riz kelihatan semakin pulih apabila kedua-dua mereka saling Like di posting foto masing-masing. Malah, Neelofa juga kelihatan bantu PU Riz dengan mempromosikan buku Kaya Jiwa hasil tulisan PU Riz sendiri di IG Story, tempoh hari.

Terbaru, bekas pengacara Meletop itu akhirnya memberi respon mengenai kontroversi yang telah melanda hubungannya dengan PU Riz dan kritikan yang ditimpa keluarganya. Menerusi sesi temubual OHBULAN! bersama Neelofa, dia juga menjawab terhadap kontroversi yang melanda hubungannya bersama PU Riz baru-baru ini di mana secara tidak langsung telah mencetuskan salah faham. Dia turut mengakui hubungannya bersama PU Riz ada pahit manis yang mereka perlu harungi bersama.

Apa yang terjadi baru-baru ini ada salah faham dan lagi memburukkan keadaan. Malah, ketika hari itu pun kami berdua okay sahaja. Tipulah cakap, setiap hubungan tu tidak ada pahit manis, kami juga mengalami pengalaman yang sama.

Ada juga salah faham, mungkin menganggu. Kami berdua menghadapi dan menguruskan masalah itu dengan bantuan keluarga juga. Kami semua berbincang dengan baik, Alhamdulillah semuanya semakin baik, semakin positif.

Bertanyakan mengenai tarikh pernikahan Neelofa dan PU Riz, pengacara popular itu mengambil keputusan untuk tidak berkongsi dengan lanjut. Difahamkan, kedua belah keluarga telahpun mempunyai kata sepakat tetapi belum memilih tarikh yang sesuai ekoran daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang masih dilaksanakan.

Saya rasa untuk berkongsikan yang lebih serius, saya akan berkongsi nanti. Saya akan share dalam masa terdekat. Inshaallah. Tapi dalam masa keadaan membuatkan kita ada limitasi untuk dapatkan betul-betul kepastian.

Saya juga ada hubungi beberapa pihak bertanyakan sesuai ke untuk adakan majlis. Di pihak kami pun 50/50 untuk kongsikan maklumat itu. Kita pun tak tahu PKP akan dilanjutkan lagi ke tak. Apapun kita akan ikut apa yang boleh atau sebaliknya.

Explain dan bincang elok-elok

Sementara itu, Neelofa turut memberi respon mengenai kritikan di alam maya yang tidak putus-putus mengenai keluarganya. Sehingga ada segelintir warganet mengelarkan mereka keluarga ‘Kardashian Kelantan’. Alhamdulillah, semuanya slowly selepas kami jelaskan dan berbincang. Semua benda ni makin baik, hubungan kami semua makin baik. Kita pun bagi time untuk tidak memaksa semua orang untuk terima. Saya bersyukur sangat-sangat.

I dengan kritikan ni dah 10 tahun dah. Tak bagi apa beza pun untu dia orang labelkan. Tak beri kesan apa. Saya sebagai orang yang lebih berpengalaman dalam dunia public figure ni, saya nasihatkan dia orang. Yela, masing-masing dah membesar, saya cuba yang terbaik. Orang pun cakap bukan-bukan di luar sana. Saya sebaik mungkin menjaga nama baik family.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : OHBULAN

Kali Ni Giliran Tunku Azizah Pula Bersuara Kongsikan Cerita Pasal Daging Harimau Menangis. Mengejutkan Sekali Nama Ibu Neelofa Pula Dipetik. Rupa Rupanya Ini Punca.

Kalau sebelum ini isu daging harimau menangis mencetuskan kontroversi dalam kalangan warganet apabila ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed mendakwa, jenama daging Harimau Menangis itu telahpun didaftar sebagai hak eksklusifnya namun, menarik semula permohonan tersebut daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Justeru itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam satu hantaran menerusi akaun instagram baginda menjelaskan mengenai bahagian daging lembu yang dipanggil sebagai “Daging Harimau Menangis”.

Menurut baginda, tindakan Datin Noor Kartini untuk mempatenkan jenama Daging Harimau Menangis itu tidak salah cuma perlu memberikan nama masakan itu. Malah, baginda berharap agar penjelasan ini dapat difahami oleh semua orang termasuklah warganet dan followers baginda.

“Saya harap semua faham dan terima penjelasan saya… mungkin orang muda tidak tahu, tapi kalau tanya orang tua dia tidak salah! Cuma saya nak tahu, tetel tu dari bahagian mana… is it the belly?” Baginda Permaisuri Agong juga sempat memuat naik menerusi entri berikutnya dengan berkongsi bahagian daging lembu yang dipanggil daging harimau menangis.—————————————————————————————————————————————————————————————————————————————————–

” pokok nya yg saya nak jelaskan, memang ada bahagian lembu yg di panggil harimau menangis …… saya ingat sama dgn daging tetel… kalau sy salah , minta maaf …. “ tulis baginda.

Sumber : XTRA

Hanya Kerana Daging Harimau Menangis Ini Gelaran Terbaru Yang Di Berikan Kepada Keluarga Neelofa. Tak Sangka Sampai Macam Ni Sekali Gelaran Yang Di Berikan.

Pengasas Aunty Tini Kitchen dan ibu kepada Neelofa, Datin Kartini menerima kritikan hebat di media sosial selepas tindakannya mempatenkan cap dagangan daging harimau menangis hingga mengundang rasa marah wargamaya.

Sehubungan dengan itu, ada segelintir wargamaya yang menggelarkan mereka sebagai Kardashians Kelantan. Keluarga Kardashians yang terdiri daripada adik beradik popular Kourtney, Khloe, Kim, Kylie dan Kendall serta ibu mereka Kris Jenner sememangnya cukup berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi.

Oleh sebab itulah keluarga Kartini digelar sebagai Kardashians Kelantan kerana mempunyai perniagaan yang menguntungkan serta terkenal sebagai influencer. Hasil tinjauan Gempak, nama Kardashians menjadi trending Twitter di samping perkataan Kelantan dan harimau menangis.

Malah, ada wargamaya yang turut mencipta sebuah poster tertera nama Kardashians Kelantan beserta wajah Kartini, Nabila, Neelofa, Athisha Khan dan Ameera Khan. “Aku rasa the Kardashian Kelantan tu tak lah bdo, mengaji pon tinggi jugak. Apa yang depa buat mesti dah tahu effect akan kena negatif or positif. Saja nak memperbdhkan warganet, more drama came,” komen seorang wargamaya.

“If they’re the Kelantan Kardashians, then LMK is definitely the Kylie and their lil brother is Kendal,” usik seorang wargamaya. “Noor kartini and family taknak trademark Kelantan Kardashians ke?” tanya seorang wargamaya.

“Ni dia aunty tini punya marketing ni!!! Tapi kenapa panggil Kardashians Kelantan. Aku takleh berhenti gelak,” komen seorang wargamaya. “Lah Kardashian Kelantan rupanya. So siapa yang akan jadi Caitlyn Kenner aka Bruce?” ujar seorang wargamaya. “’Kardashian Kelantan’ lmfaooooo bawak bersabar lah Lofa. Tedahnya. Karenah pelik-pelik jak family ktk ya Lopa,” tulis seorang wargamaya lagi.

Kredit foto: Twitter

Belum sempat pendaftaran diluluskan,  Ibu Neelofa batal permohonan

IBU kepada pengacara Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed membuat keputusan untuk membatalkan permohonan trademark nama produk makanan ‘Harimau Menangis’ di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) yang sebelum ini menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen di Twitter.

Tampil membuat penjelasan mengenai perkara itu pada sidang media pada Khamis, Noor Kartini meminta maaf dan sedar akan kekhilafan yang terjadi dan berharap keputusan itu dapat meredakan keresahan masyarakat.

“Saya ingin memohon maaf dan sedar akan kekhilafan yang sedang terjadi dan saya berharap keputusan yang saya buat hari ini dapat menjelaskan meredakan keadaan. “Untuk makluman semua, saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan trademark nama harimau menangis dengan secepat mungkin,” ujarnya.

Noor Kartini sekali lagi menjelaskan tujuan asal dia ingin memohon trademark tersebut adalah untuk melindungi jenama perniagaannya daripada masalah produk tiruan. “Untuk makluman semua, saya membuat keputusan untuk membatalkan permohonan trademark nama harimau menangis dengan secepat mungkin

Noor Katini membatalkan permohonan trademark nama harimau menangis. “Tujuan asal saya memohon trademark ini adalah untuk melindungi jenama perniagaan saya dan juga ejen-ejen jualan kami daripada masalah produk tiruan dan sesungguhnya tiada niat saya untuk tutup pintu rezeki sesiapa dan saya percaya rezeki kita masing-masing datang daripada Allah SWT.

Dalam kenyataan sama, dia turut menjelaskan agar isu ini tidak dipanjangkan lagi serta mendoakan kesejahteraan orang ramai dalam menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Saya harap isu ini selesai, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan semua sepanjang tempoh PKP ini, stay safe, stay at home,” ujarnya.

Pada Selasa, tular foto memaparkan permohonan pendaftaran logo atau cap dagangan (trademark) yang telah diisi oleh Noor Kartini berkenaan dengan penggunaan nama ‘harimau menangis’. Malah video daripada Instastory Noor Kartini berkenaan pengakuannya bahawa nama ‘harimau menangis’ sudah didaftarkan juga hangat menjadi perdebatan warganet.

“Letaklah harimau beranak ke, harimau kentut ke tapi bukan harimau menangis, ” katanya dalam video tersebut sambil memasak. Gara-gara itu, warganet di laman Twitter menegur tindakan Noor Kartini mendaftarkan nama tersebut kerana nama ‘harimau menangis’ sudah lama digunakan dan bukanlah hak eksklusif sesiapa.

Lepas Jadi Isu Hangat Oleh Warganet Kali Ni Ada Individu Dedahkan Ibu Neelofa Dapat Respi Daging Harimau Menangis Dari Mana. Terkejut Bila Dapat Tahu Rupanya Dari Sini Resepi Tu.

Sebelum ini, ibu kepada pengacara popular Neelofa iaitu Datin Noor Kartini mendapat kritikan hebat dari warganet gara-gara membuat permohonan mendaftar ‘trademark’ daging harimau menangis yang dijual olehnya. Malah, beliau turut memuat naik video memberitahu bahawa produk tersebut telah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Terbaru, menerusi Instagram Aunty Tini Kitchen, pihak Noor Khan Enterprise telah memuat naik kenyataan rasmi mengenai isu tersebut yang hangat diperkatakan di media sosial sejak semalam. Tak halang mana-mana syarikat

Menurutnya, pendaftaran ini adalah bagi tujuan melindungi penggayaan, susun atur grafik, kod warna dan perkataan tersebut pada bungkusan produk. Tambah mereka lagi, ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan kepada pengguna produk mereka di luar sana.

Dalam pada itu, pihak mereka tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk menjual produk yang sama selagi mana ianya tidak menyerupai bungkusan produk pihak mereka pasarkan. Akhir sekali, mereka memohon maaf atas kesilapan mereka dalam mengeluarkan kata-kata.

Individu Dakwa Ibu Neelofa ‘Ambil’ Resepi Daging Harimau Menangis Dari Sebuah Restoran Terkenal

Semalam, kecoh di media sosial apabila ibu kepada Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini, dikatakan telah mendaftar ‘trademark’ perniagaan Daging Harimau Menangis yang dijualnya itu. Susulan daripada isu tersebut, Noor Kartini memuat naik satu kenyataan rasmi bagi menjelaskan situasi sebenar kepada umum mengapa pihaknya perlu melakukan pendaftaran tersebut.

Terbaru, menerusi Facebook Farhan Yaacob, lelaki ini mendakwa resepi Daging Harimau Menangis yang dijual oleh Aunty Tini Kitchen itu merupakan resepi asal milik restorannya di Kelantan. Dia juga mendakwa memberikan resepi tersebut kepada salah seorang ahli keluarga Noor Kartini.

Berkongsi resepi rahsia ini

Disclose isu Harimau Menangis Demi saya, isteri dan SIAM (Restoran Ikan Bakar & Thai Street Food). To be honest, Resepi Daging Harimau Menangis yang digunakan oleh Auntie Tini Kitchen adalah resepi dari Siam Restoran (sekiranya diolah resepi, tidak lagi berkaitan).

Saya sendiri yang berkongsi resepi rahsia Siam tanpa dipengaruhi tetapi lebih kepada kepercayaan konsep kekeluargaan ketika dihubungi oleh seorang ahli keluarga mereka. Saya, isteri dan Siam tiada masalah apabila mereka komersialkan (walaupun terasa hati kerana 1st priority mereka minta sebab mahu makan bersama keluarga di Sabah).

Tetapi apabila mereka mengeluarkan klip video, saya merasakan mereka sangat over. Anda boleh tafsir apa sahaja, tetapi jagalah adab. Ini adalah untuk clear semua part kerana ramai yang tahu dan tag saya di media sosial.

Menurut Farhan, dia mendakwa Auntie Tini Kitchen telah menggunakan resepi asal restoran miliknya yang dikenali dengan nama SIAM. Dia juga mendakwa resepi tersebut dikongsikan sendiri olehnya kepada pihak berkenaan selepas salah seorang ahli keluarga mereka menghubunginya.

Oleh kerana mempercayai konsep kekeluargaan, Farhan dipercayai telah memberikan resepi restoran tersebut. Jelas Farhan lagi, dia terasa hati apabila melihat keluarga tersebut mengeluarkan klip video. Ada dikalangan keluarga mereka yang membantah kerana 1st priority permintaan resipi atas dasar sebuah keluarga,

dan saya tidak dimaklumkan secara rasmi idea komersial. Biarlah semua berniaga walaupun menunya sama, kerana benda sedap pasti akan ada yang menunggu. Hubungan Saya, Isteri dan SIAM serta keluarga Auntie Tini tiada apa apa isu dan bersahabat rapat sehingga saat ini. Perkataan ‘Gol’, tiada mana-mana negara claim, kerana perkataan ini membawa maksud sama, common.

SIAM bukan perintis Harimau menangis, sahabat kami sebelum ini dikenali Hostel Pantai juga popular dengan Harimau menangis, ia adalah hak milik sesiapa sahaja. Di akhir perkongsiannya itu, Farhan memberitahu bahawa hubungannya bersama keluarga Noor Kartini tidak mempunyai sebarang isu dan mereka bersahabat rapat sehingga sekarang ini.

Ujarnya lagi, dia tidak kisah sekiranya semua peniaga ingin menjual menu yang sama. Namun, mengenai Daging Harimau Menangis ini, dia mendakwa ianya hak milik sesiapa sahaja. Sumber: Farhan Yaaco

“Belum Lulus Atau Jadi Hak Eksklusif” – Isu Harimau Menangis, MyIPO Nasihat Ibu Neelofa

Perbadanan Harta Intelek (MyIPO) menasihati ibu kepada kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed supaya tidak mendahului pihaknya apabila mendakwa jenama Harimau Menangis telah didaftar sebagai cap dagangan dan menjadi hak eksklusif.

Perkara itu dijelaskan menerusi satu kenyataan dikeluarkan Ketua Pengarah MyIPO, Datuk Mohd Roslan Mahayudin. Menurut beliau, permohonan daripada Noor Kartini untuk mendaftarkan jenama Harimau Menangis baru diterima oleh MyIPO pada bulan November tahun lalu.

Walaubagaimanapun sehingga kini ia masih lagi dalam peringkat pemeriksaan.“Sehubungan itu, jenama Harimau Menangis yang dipohon belum lagi diluluskan dan belum menjadi hak eksklusif. “Permohonan itu sama ada diluluskan ataupun tidak, bergantung kepada hasil pemeriksaan dan pertimbangan oleh MyIPO,” katanya.

Beliau berkara demikian sebagai mengulas isu jenama Harimau Menangis keluaran Noor Kartini menerusi syarikatnya Noor Khan Enterprise yang tular sejak semalam. Menurutnya lagi, MyIPO akan memproses permohonan tersebut

seperti biasa yang mana sebarang keputusan dibuat adalah berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. “Cap dagangan bererti apa-apa tanda yang boleh dinyatakan secara grafik yang boleh membezakan barang-barang atau perkhidmatan satu perusahaan daripada perusahaan-perusahaan yang lain,” katanya.

Datin Noor Kartini Namakan Produk Daging Harimau Menangis.Warganet Luah Rasa Kesal Dan Ramai Berasa Kurang Senang

Sejak hujung tahun lepas, resepi masakan daging harimau menangis yang cukup popular di Thailand telah tular selepas ibu kepada selebriti terkenal, Neelofa iaitu Datin Noor Kartini mengeluarkan produk tersebut.Mendapat permintaan tinggi, daging harimau menangis keluaran beliau  mulai disebut-sebut selepas videonya memasak resepi terbabit dimuat naik ke Instagram.

Namun begitu, menerusi muat naik daripada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @azrulhaqim, dia meluahkan rasa kesalnya apabila Kartini didakwa telah membuat permohonan trademark Daging Harimau Menangis sebagai nama produk keluarannya.

Hal ini membuatkan orang ramai mulai berasa kurang senang dan beranggapan bahawa tindakan sebegitu ‘membnuh’ peniaga-peniaga kecil yang turut sama mengeluarkan produk makanan Daging Harimau Menangis.

Selain itu, menerusi perkongsian satu video yang diperoleh daripada Instastory ibu Neelofa ini, dapat didengar beliau memaklumkan nama resepi tersebut telah dipakai untuk produk keluarannya dan individu lain tidak boleh menggunakan nama sama.

Perkara tersebut membuatkan warganet bengang susulan video terbabit dibuat dalam keadaan gelak ketawa dan seolah-olah meminta orang lain yang mengeluarkan produk seperti itu menggunakan nama lain dan bukan lagi Daging Harimau Menangis.

Walau bagaimanapun, ada warganet yang memuat naik permohonan Kartini dipercayai berkenaan trademark Daging Harimau menangis itu dan memaklumkan permohonan baru sahaja dibuat.Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak beliau berhubung kontroversi yang tular di media sosial terutamanya di Twitter.Perkongsian tersebut hanya dimaklumkan daripada sebelah pihak dan kesahihan dakwaan ini masih belum dapat dipastikan sebetulnya.