Ada yang ambil hasil kerja tanpa izin. Sekali ini respon dari Amy Search sampai tak halalkan dunia dan akhirat.

Artis

Lagenda rock tanah air, Amy Search tampil mengkritik sikap sesetengah individu yang telah menggunakan hasil karya seninya tanpa meminta izin terlebih dahulu.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman  berkata, perkara seperti itu bukanlah sesuatu yang baru sepanjang dirinya bergelar anak seni namun dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Tambah Amy, individu ini telah mengaut keuntungan dengan ambil tanpa izin karya-karya tanpa memikirkan soal keberkatan rezeki yang mereka perolehi. Dia dalam pada itu memberitahu bahawa tidak kisah jika peminat ingin menyanyikan semula dengan tujuan untuk berhibur namun tidak boleh mencur1 karya dan memperoleh untung daripada aktiviti tidak bertnggungjawab itu.

Kau nak cover ke apa ke, terpulang. Yang itu saya hargai. Ini suka-suka hati compile (gabungkan) semua lagu-lagu, lepas tu siap jual dalam bentuk cakera padat (CD) tanpa minta izin, bagus ke semua tu. Bukan setakat CD, ada yang muat naik lagu berpuluh-puluh dalam YouTube dan gunakan ia untuk promosi barang pun ada.

Terdahulu, Amy yang juga bapa kepada pelakon Nabila Huda itu memuat naik sebuah hantaran di FB miliknya yang menyuarakan ketidakpuasan hati apabila karyanya kerap diambil tanpa izin. Penyanyi lagu popular Isabella ini juga berkata bahawa dia tidak akan menghalalkan hasil-hasil kerja yang diambil sama ada di dunia ataupun akhirat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:beautifulnara

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri