Anak alami jangkitan paru paru. Eyra Hazali luah rasa sedih melihat keadaan anak dan cerita perkembangan terkini anak sulungnya yang baru berusia 3 bulan

Artis

Eyra Hazali,pelakon memaklumkan anaknya,Muhammad Hayder Qhalis,3 bulan mengalami jangkitan paru paru baru baru ini. Memanjat rasa syukur, Eyra memaklumkan anak sulungnya itu kini sudah pun sembuh dan pulih sepenuhnya. Pada masa sama,bintang berusia 21 tahun ini turut berkongsi cerita mengenang saat anaknya menjalani rawatan.

“Alhamdulillah,officially turns 3 months old today ! First of all,thank you for all your prayers and good wishes for Hayder.“Hayder was admitted to the hospital due to pneumonia (lung infection/ jngkitan paru paru).“When his doctor told me this,I was in denial at first because he is too young to face this.

“Tengok dia kena cucvk jarum, nangis kena buat covid test (Alhamdulillah negative) , masukkan ubat,ambil gas,Allahuakbar. But he’s such a strong boy,a f1ghter. My f1ghter,” tulisnya.Eyra turut menyatakan anak tetap memberikan senyuman sejurus menangis saat proses rawatan.“After all the cries and screaming, he still managed to give us the brightest smile and his smile makes me stronger. Im so sorry you have to go through this sayang,Mama would do anything to take your place, your pain.

“May Allah ease everything,may Allah bless you with good health and long life. Mama and papa love you so much sayang. Our Strong Boy,” tulisnya dalam berbahasa Inggeris.Sekadar informasi, Eyra telah mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol JDT, Haziq Nadzli pada 1 November 2019 di Masjid As Syakirin, KLCC, Kuala Lumpur.

Eyra selamat melahirkan anak pertamanya pada 14 Ogos lalu dan pasangan muda ini baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama.Foto: Instagram Eyra HazaliApa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral. Sumber : MH

Hamil 7 bulan, Eyra Hazali umum jantina anak – “Ada geng main bola la lepas ni!”

Pelakon Eyra Hazali mengumumkan bakal menyambut cahaya mata lelaki.PELAKON Eyra Hazali dan suaminya, penjaga gol JDT Muhammad Haziq Nadzli mendedahkan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.Eyra, 21, yang kini hamil tujuh bulan itu berkongsi khabar gembira tersebut di lnstagram pada Sabtu.

“It’s a boy!”Alhamdulillah, mama dan papa tak sabar nak jumpa awak!Eyra Hazali dan suaminya, Haziq Nadzli bakal timang cahaya mata lelaki.“Papa paling teruja sebab ada geng, sampai baju tu custom made,” tulisnya.Peminat Eyra turut mengucapkan tahniah kepada pasangan itu dan berkongsi rasa gembira mereka.

“Ada geng main bola la lepas ni,” kata seorang peminat.”Tahniah. Mesti power main bola macam papa dia nanti,” tulis seorang lagi peminat.Pelakon filem M4M4 ini dijangka bersalin pada Ogos ini.Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November tahun lalu dalam sebuah majlis sederhana di Masjid As Syakirin, KLCC, Kuala Lumpur.

Eyra Hazali umum hamil, terpaksa tolak tawaran berlakon – “Saya pernah menidakkan kerana terlalu awal”

Eyra Hazali buat kajutan kepada suami, kini hamil anak pertama.HAMPIR empat bulan berkahwin, pelakon Eyra Hazali berkongsi berita gembira buat peminat apabila mengumumkan kini sedang berbadan dua.Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 21, menerusi instaStory miliknya pada Ahad meluahkan rasa syukur bakal dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.

Menurutnya lagi, dia terpaksa menolak segala tawaran melibatkan aktiviti seni akibat mengalami alahan yang teruk dan perlu menjaga kandungan pertamanya.”Alhamdulillah syukur kepada Allah atas rezeki ini. Eyra minta maaf terpaksa tolak tawaran berlakon, acara dan temu janji disebabkan kesihatan saya.

“Saya mengalami alahan yang teruk jadi terpaksa tolak untuk jaga kesihatan memandangkan ini kandungan pertama,” ujarnya.Eyra Hazali dan Haziq berkahwin pada 1 November lalu.Dalam pada itu, pelakon filem M4M4 ini menjelaskan penafiannya tentang berita menganai kehamilannya baru-baru ini berikutan terlalu awal untuk diumumkan.

Dia meminta peminat mendoakan proses kehamilannya berjalan lancar dan selamat.”Sebelum ini saya ada menidakkan saya mengandung, itu kerana terlalu awal untuk dedahkan dan nak pastikan kandungan kuat.”Alhamdulillah, rezeki tak putus-putus tapi saya kena beritahu perkara sebenar supaya setiap produksi dan client faham keadaan saya dan sebab saya menolak. Saya harap semua dapat faham dan doakan saya dan Haziq,” katanya.

Sebelum ini saya menidakkan mengandung kerana terlalu awal untuk dedahkan dan nak pastikan kandungan kuat.

Eyra turut berkongsi video dia membuat kejutan kepada suaminya yang juga Penjaga Gol JDT Muhammad Haziq Nadzli.Menerusi video yang dikongsikan, pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu tidak dapat menahan air matanya apabila menunjukkan ujian kehamilan yang menunjukkan satu hingga dua minggu.

Sebelum ini, foto Eyra sedang terlantar sakit di wad yang dimuat naik suaminya pada Januari lalu meninggalkan tanda tanya dalam kalangan netizen yang membuat andaian dia sedang hamil.Bagaimanapun menerusi laporan mStar pada 23 Januari lalu, Eyra menafikan khabar angin dirinya kini sedang dan menjelaskan dia hanya mendapat rawatan di sebuah hospital baru-baru ini disebabkan mengalami dehidrasi dan tekanan drah tidak stabil.Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November tahun lalu dalam sebuah majlis sederhana di Masjid As Syakirin, KLCC, Kuala Lumpur.

“Tekanan darh saya turun, naik…” – Eyra Hazali disangka hamil gara-gara foto di hospital

Warganet membuat andaian Eyra sedang hamil selepas melihat fotonya terlantar sakit. PELAKON Eyra Hazali menafikan khabar angin dirinya kini sedang hamil selepas dua bulan mendirikan rumah tangga dengan Penjaga Gol JDT Muhammad Haziq Nadzli.

Menurut Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 21, dia mendapat rawatan di sebuah hospital baru-baru ini disebabkan mengalami dehidrasi dan tekanan darh tidak stabil.”Kalau betul saya hamil, Alhamdulillah tapi belum ada rezeki lagi buat masa ini. Terima kasih kepada semua yang mendoakan.

Eyra dan suaminya belum merancang untuk mendapatkan zuriat.“Saya dimasukkan wad baru-baru ini disebabkan dehidrasi dan tekanan darh saya turun, naik… bukannya disebabkan tengah mengandung.”Tapi saya hanya dimasukkan ke wad untuk satu hari sahaja,” kata Eyra kepada mStar.Eyra diminta mengulas mengenai foto dia terlantar sakit di wad yang dimuat naik suaminya baru-baru ini.

Insya-Allah, kalau ada berita gembira saya mengandung sudah pasti saya akan kongsikan kepada semua.

Tanpa meletakkan sebarang info, rata-rata netizen membuat andaian aktres itu mengalami masalah kesihatan disebabkan sedang berbadan dua.Dalam pada itu, pelakon drama Puteri Yang Ditukar ini memberitahu dia akan berkongsi kepada semua peminat jika dirinya benar-benar hamil.

Eyra berkata, mereka belum mempunyai perancangan untuk mendapatkan zuriat dalam masa terdekat.Pasangan ini berkahwin pada 1 November lalu.“Insya-Allah, kalau ada berita gembira saya mengandung sudah pasti saya akan kongsikan kepada semua. Doakan yang baik-baik ya.

“Buat masa sekarang, saya dah suami tak ada sebarang perancangan lagi dalam soal anak. Kami memang berserah pada Allah,” ujarnya.Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November tahun lalu dalam sebuah majlis sederhana di Masjid As Syakirin, KLCC, Kuala Lumpur. Tags/Kata Kunci:

Hamil lima bulan, Eyra Hazali puasa ikut kemampuan – “Sedih berjauhan dengan keluarga, Ramadan kali pertama dengan suami”

MESKIPUN berasa sebak kerana tidak dapat menyambut Ramadan bersama keluarga di Kuala Lumpur, pelakon Eyra Hazali bersyukur dapat meluangkan masa bersama suaminya, Muhammad Haziq Nadzli di Johor.Malah Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 21, berkata dia tetap gagahkan diri untuk berpuasa dalam keadaan dirinya sedang hamil lima bulan namun dilakukan mengikut kemampuannya.

“Puasa kali ini memang berbeza dan sebak sikit sebab selalu dengan keluarga. Apa-apa pun mesti dengan keluarga di KL tapi kita terkndas di Johor. Dalam pada masa yang sama, gembira juga sebab dapat sambut Ramadan pertama kali dengan suami.Eyra membuat kejutan kepada suaminya pada Februari lalu.

“Banyak masa diluangkan bersama seperti memasak dan cuba resipi baru. Buat masa kini, saya cuba puasa selang seli. Hari pertama saya puasa tapi itu pun tak larat sangat, saya tetap gagahkan diri.”Saya memang sahur tapi macam biasa la kita mesti ada rasa lapar sikit tambahan pula ada buat kerja rumah, mungkin itu yang membuatkan saya lagi penat. Sebenarnya Haziq tak beri saya puasa sebab risau macam-macam boleh jadi.

“Insya-Allah saya cuba buat mana yang mampu. Tapi kalau tak boleh pun, saya okay saja tak teruskan, puasa boleh ganti, anak tak boleh ganti. Lagipun, first baby kan,” katanya kepada mStar.Menerusi laporan mStar pada 16 Februari lalu, Eyra berkongsi berita gembira buat peminat apabila mengumumkan dia kini sedang berbadan dua selepas hampir empat bulan berkahwin.

Dalam pada itu, Eyra turut berkongsi mengenai aktivitinya yang sibuk berniaga produk kecantikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu.Eyra dan suami membeli barangan keperluan anak mereka secara online.

Tambahnya lagi, disebabkan tempoh PKP dilanjutkan, dia dan suaminya terpaksa membeli barang keperluan cahaya mata pertama mereka yang dijangka lahir pada Ogos depan secara dalam talian.”Sepanjang PKP ini, selain menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, saya juga fokus pada perniagaan iaitu produk kecantikan dan minyak wangi Eyrahazalibeauty. Alhamdulillah, walaupun dalam keadaan macam ini, rezeki saya tidak putus.”Disebabkan saya tengah mengandung dan kebetulan PKP dilanjutkan, jadi kami tak dapat nak keluar beli barang baby. Saya dan Haziq hanya beli barang secara dalam talian saja buat masa ini,” ujarnya.Tags/Kata Kunci:

Empat hari bergelar isteri, Eyra Hazali reda suami dipanggil sertai latihan Harimau Malaya – “Tak sedihlah, itu rezeki lepas kahwin”

BARU empat hari mendirikan rumah tangga, suami kepada pelakon Eyra Hazali iaitu penjaga gol JDT Muhammad Haziq Nadzli dipanggil untuk melaporkan diri ke kem latihan pusat Harimau Malaya pada Selasa.Bagaimanapun pemilik nama Hazirah Qasdina Hazali, 20, berkata, dia tidak berasa sedih malah berbangga apabila suaminya tersenarai ke skuad Harimau Malaya untuk persediaan bagi menghadapi pusingan kelayakan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

“Saya okey saja sebab sebelum kahwin lagi dia dah beritahu minta saya sentiasa bersiap sedia.Eyra dan suami belum ada perancangan untuk berbulan madu.“Alhamdulillah dia dapat rezeki lagi besar dengan sertai skuad Harimau Malaya. Nak cakap saya sedih, tak pun sebab dia masih dengan saya.

“Lagipun saya anggap itu rezeki kahwin dan dia juga dapat memperbaiki lagi kerjayanya,” kata Eyra ketika dihubungi mStar.Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah memanggil Haziq, 21, yang juga merupakan penjaga gol skuad Bawah-23 Tahun negara untuk melaporkan diri ke kem latihan pada Selasa bagi menggantikan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim.Eyra dan pasangan pilihannya itu disatukan dalam sebuah majlis bersederhana di Masjid As Syakirin, KLCC kira-kira pukul 9.35 malam, Jumaat lalu.

Tidak boleh pegang tangan atau bersentuhan dan dia juga tidak galakkan saya lakonkan babak atas katil walaupun saya bertudung.

Tambah Eyra, dia belum ada perancangan untuk berbulan madu memandangkan jadual suaminya tidak tentu namun ada beberapa lokasi sudah menarik perhatiannya.”Untuk bulan madu memang tak rancang lagi sebab pemain bola sepak kita tak boleh jangka masa cuti dan kerja, macam sekarang ini tiba-tiba jurulatih dah panggil.

“Tapi rancangan nak ke mana itu ada tapi belum buat sebarang persiapan atau pengesahan. Saya tak nak dia habis kerja terus honeymoon, bagi dia masa rehat dahulu,” ujarnya.Dalam pada itu, biarpun sudah berkahwin namun Eyra berkata dia masih dibenarkan untuk berlakon dengan beberapa syarat.

Eyra dan suami bersama kedua-dua belah keluarga mereka.“Saya masih berlakon macam biasa cuma Haziq ada letak beberapa syarat antaranya kena tahu batas seorang isteri.”Tidak boleh pegang tangan atau bersentuhan dan dia juga tidak mahu saya lakonkan babak atas katil walaupun saya bertudung.”Cukuplah lakonan yang bersederhana saja, tak perlu berlebih-lebihan untuk dapatkan babak romantik,” katanya.

Tahniah! Eyra Hazali, Haziq timang anak lelaki

PELAKON Eyra Hazali selamat melahirkan cahaya mata lelaki seberat 3.25kg di KPJ Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada pukul 2.18 petang Jumaat.Berita itu dikongsikan suaminya penjaga gol JDT Muhammad Haziq Nadzli menerusi Instagram dengan ucapan terima kasih kepada yang mendoakan proses bersalin berjalan lancar.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada yang mendoakan. Terima kasih, sayang.”Papa dan mama love you, MHQ,” tulis Haziq. Eyra dan Haziq berkahwin pada November tahun lalu.Sebelum ini, Eyra atau nama sebenar Hazirah Qasdina Hazali, 21, mengumumkan bakal menimang anak lelaki menerusi sekeping foto baju bayi yang tertulis ‘It’s a boy’.Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November tahun lalu dalam sebuah majlis sederhana di Masjid As Syakirin, KLCC Kuala Lumpur.