Cikgu nikah dengan anak murid sendiri. Rupanya kenal masa suami tingkatan 3. Tak sangka rupanya ini jarak umur mereka.

Viral

Umur tidak sepatutnya menjadi kayu ukur dalam sesebuah hubungan lebih-lebih lagi pada masa kini kerana baik perempuan atau lelaki, kedua-duanya lebih memilih untuk mengukuhkan ekonomi sendiri terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan yang serius. Samalah juga kisahnya dengan pasangan ini apabila jarak usia suami dan isteri masing-masing adalah 10 tahun. Isteri berusia 35 tahun manakala suami pula 25 tahun.

Namun, bukan usia yang menjadi tarikan utama video tersebut tetapi apa yang membuatkan orang ramai teruja dengan kisah cinta pasangan ini adalah apabila lelaki tersebut merupakan anak murid isterinya sewaktu ketika dahulu. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan ucapan tahniah buat pasangan pengantin baru. Ada juga yang berseloroh kepada mereka yang masih bujang agar tidak berputus asa. Mungkin jodoh mereka belum lahir.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber: wowberita

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Buat Kek Kahwin Sendiri Pukul 3 Pagi. Usaha Pengantin Lelaki Ini Ternyata Raih Perhatian

Sungguh menarik sekali kek berbentuk tepak dihasilkan oleh Amin untuk majlis nikahnya pada 13 MAc yang lalu. Macam yang kita sedia tahu, selain pelamin dan busana nikah untuk bersanding, kek juga jadi elemen penting dalam majlis meraikan pasangan pengantin. Berlaku di Manjoi, Perak, seorang pengantin lelaki raih perhatian ramai setelah menghasilkan kek berbentuk tepak untuk dipersembahkan kepada isterinya.

Jelas Muhammad Amin Kamarul Bahar, kek itu dihasilkannya sendiri pada malam sebelum dia dinikahkan dengan wanita pilihan hati yang juga rakan sekolahnya, Nor Liana Asraf pada 13 Mac lalu.”Saya buat kek itu pada malam sebelum saya akad nikah. Petang saya dah bakar kek, malam pula saya buat dekorasi pada kek.”Selain itu, saya juga buat sendiri kek untuk doorgift kepada tetamu. Sampai 3.30 pagi baru saya tidur. Esoknya akad nikah pukul 10 pagi.

“Bersengkang mata, memang lebm mata saya masa nikah,” ujarnya berseloroh. Lebih gemar disapa Amin, graduan Ijazah Seni Halus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor itu mendedahkan dia mula meminati bidang penghasilan kek selepas mendapat inspirasi daripada sebuah rancangan masakan di televisyen beberapa tahun lalu.Malah, minat itu turut didorang oleh ibunya, Norehan Mohd Salleh yang pernah mengusahakan kedai barangan hantaran dan turut berkebolehan dalam penghasilan kek serta pastri.

“Saya ada tengok satu rancangan tv mengenai orang buat kek. Saya rasa macam nak cuba. Jadi saya bekerja di sebuah kedai kek dekat dengan rumah selepas habis belajar pada tahun 2019.”Sebulan bekerja, saya pelajari teknik-teknik asas. Kemudian mak bagi modal sikit untuk berniaga kek di kedai lama mak.”Pada waktu itu saya jual kek kecil-kecil je. Kemudian saya tambah kemahiran dengan belajar di YouTube dan berguru dengan mak sendiri.

Tambahnya”Masa belajar pun saya ambil pengkhususan dalam bidang Arca. Jadi saya ada kemahiran untuk membentuk fondant. Dari kecil pun selalu bermain plastesin.”Sebelum ini, saya juga buat kek di rumah. Sekarang saya ada sebuah baking studio di Manjoi. Kedai kecil je, InsyaAllah ada perancangan untuk besarkan pada masa akan datang,” ujarnya.Dalam pada itu, Amin bersyukur apabila foto dia bersama kek itu yang dikongsi di Facebook meraih lebih 100,000 tanda suka (likes).

Banyak terima komen dari warganet, dia turut menerima banyak pertanyaan berkaitan tempahan kek penangan posting tular itu.”Terkejut bila tular, sebab kita orang biasa-biasa je. Saya juga bersyukur dengan doa yang dititipkan orang ramai.”Memang terharu, ada juga yang mesej nak tempah kek. Terima kasih atas sokongan dan doa.”Saya pun sekadar suka-suka kongsi di Facebook,” ujarnya lagi.Dedah Amin, dia juga kini dalam proses untuk memulakan penghasilan biskut raya sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi.

Suami Isteri Ni Sakan Belanja Hampir Semua 200k Duit Individu Yang Tersalah Masuk Bank. Sekali Ini Tindakan Yang Akan Diambil Buat Dia Menyesal.

SEBERANG PERAI – Tindakan sepasang suami isteri mem­belanjakan hampir kesemua duit RM208,329 yang dimasukkan secara tidak sengaja ke dalam akaun mereka memakan diri apabila didakwa dengan 60 pertudhan salah guna wang semalam.

Pemandu lori, Nor Hasni Edirin Hasan, 41, mengaku bersalah, manakala isterinya, Siti Hajar Hasan Basri, 36, membuat pe­ngakuan sebaliknya di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Majistret Butterworth di sini, Foon Char Peng.

Mereka didakwa secara bersama melakukan salah guna wang berjumlah lebih RM191,312.70 milik Mandy Corporation Sdn. Bhd. pada Julai dan Ogos tahun lalu. Tertduh didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa buah bank di daerah Seberang Perai Utara di antara 4 Julai hingga 11 Ogos 2020 bagi kesemua 60 pertuduhan.

Pasangan yang mempunyai seorang cahaya mata itu didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 403 Kanun Kesksn iaitu menyalahgunakan harta secara crng yang memperuntukkan hukuman ditahan enam bulan hingga lima tahun, sebtan dan dnda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norliza Ab. Aziz dan Asma’ ‘Amira Shahidan, manakala tertduh tidak diwakili peguam. Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM3,000 bagi setiap pertdhan yang keseluruhannya berjumlah RM360,000 bagi kedua-duanya.

Pasangan itu dihantar ke Pnjra Reman Pulau Pinang di George Town selepas gagal membayar jaminan. Kes disebut semula pada 2 Februari depan. Mengikut fakta kes, wang tersebut telah didepositkan pada 2 Julai 2020 oleh satu cawangan bank tempatan melalui cek kepada akaun Siti Hajar kerana kesilapan pada salah satu digit nombor akaun.

Wang itu sepatutnya didepositkan ke dalam satu akaun sebuah syarikat. Difahamkan, wang itu digunakan untuk menyelesaikan hutang rumah teres setingkat milik mereka di Port Dickson, Negeri Sembilan, manakala bakinya di­belanjakan bagi perkara lain.

Pihak bank hanya mengetahui wang itu tersalah masuk ke dalam akaun tertduh pada 11 Ogos 2020 lalu menghubungi mereka, namun tidak mendapat kerjasama sebelum membuat laporan polis. Rumah berkenaan kini dista mengikut Akta Pencegahan Pengbhan Wang Hrm.

4 Langkah Untuk Dapatkan Wang Anda Kembali Jika Tersilap Transfer Akaun Orang Lain

“Alamak.. tersalah transfer duit..nak buat macam mana ni..” Pernah tak tersalah tranfer duit kepada orang yang tak dikenali? Memang nampak remeh tapi, kes tersalah transfer duit memang kerapkali berlaku tanda sedar. Jika ia terjadi pada anda, jangan risau dan mula bertindak. Ini 4 langkah jika anda tersalah pindahkan wang ke dalam akaun orang lain.

1.LAPORKAN KEPADA POLIS

Setelah anda sedar tersalah pindahkan wang, pastikan anda buat laporan polis. Sangat penting untuk anda tulis selengkap-lengkapnya pada laporan itu. Laporkan bagaimana anda tersalah pindahkan, bila duit itu dipindahkan dan sebagainya.

2.BAWA LAPORAN POLIS KE BANK BERDEKATAN

Setelah lakukan laporan polis, bawa laporan itu kepada bank yang berdekatan. Terangkan perkara tersebut kepada pegawai bank yang bertugas. Jangan lupa minta tolong mereka untuk dapatkan kembali duit yang telah dipindahkan tersebut.

3.TUNGGU BANK HUBUNGI PEMILIK AKAUN & DAPATKAN PERSETUJUAN MEREKA

Bukan bermakna bila anda berhubung dengan bank anda akan terus dapatkan duit anda semula. Pihak bank mestilah hubungi pemilik akaun bank yang anda telah pindahkan wang. Oleh kerana ia berpunca dari anda tersalah transfer, jadi ia perlulah mendapat persetujuan mereka untuk dapatkan wang itu semula.

4.JIKA PEMILIK AKAUN TIDAK BERSETUJU

Jika pemilik akaun yang menerima wang itu tadi enggan bersetuju memulangkan wang, perkara terakhir yang anda perlu lakukan adalah bawa kes ini ke mahkamah. Jika amaun yang telah dipindah kurang dari RM5 000, anda perlulah lakukan fail ‘Small Claim Procedure‘ dan mahkamah majistret hanya boleh lakukan jika amaun itu tidak melebihi. Anda tak perlukan peguam di dalam mahkamah. Manakala untuk yang melebihi RM5 000 pula, anda perlu gunakan perkhidmatan peguam untuk dapatkan semula duit anda.

Sumber: World Of Buzz

Apa Yang Isteri Minta Semua Suami Tunaikan Walaupun Gaji Suami Tak Cukup. Pelik Dari Mana Suami Dapat Duit. Tergamam Satu Hari Tu Isteri Ternampak Benda Ni Dalam Kereta.

Lepas setahun kahwin, aku disahkan mengandung dan mengalami alahan teruk. Terpaksa berhenti kerja. Gaji suami selau tak cukup, tapi pelik , dia tak pernah menghampakan aku bila mengidam. Satu hari terjumpa tin-tin kosong kat belakang kereta.

Bila di tanya, jawapan dia buat aku sebak. Saya dan suami berkenalan dari zaman sekolah lagi sekarang dah 10 thun kenal dia dan kami telah berkahwin hampir 2 tahun. Di sini saya ingin bercerita tentang kesusahan yang kami harungi sebagai suami isteri.

Pada awalnya kami masing² bekerja. Hanya kerja biasa, kalau disatukan gaji kami berdua tak smpai 3K pun. Duit itu lah kami beli segala keperluan kami. Segala bill² akan dibayar dahulu dan selebihnya dihulurkan untuk orang tua kami, tinggallah beberapa ratus untuk keperluan makan kami berdua.

2 bulan kami berkahwin masih lagi tiada tanda² saya mengandung, orang pun dah mula tanya. saya fikir mungkin belum tiba masanya lagi untuk saya mengandung dengan ekonomi kami yang tidak seberapa. Tapi suami selalu pesan “Percaya pada rezeki Allah”. Dan saya terus diuji dengan kehilangan orang tua yang saya cintai.

Saya tidak ada sesiapa lagi selain suami. Dialah tempat bermanja, dialah tempat mengadu. Alhamdulillah, Setahun lebih kami berkahwin saya disahkan mengandung dengan kebenaran suami saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana mengalami alahan yang teruk.

Bermulalah episod dimana kami terpaksa menyekat segala keperluan dan kehendak kami untuk cukupkan sampai ke akhir bulan. Lepas bayar segala bill, duit yang ada dalam tangan kami hanya tiggal dalam 3-4 ratus shja. itu lah duit untuk isi minyak kereta, itu lah duit untuk makan kami smpai hujung bulan.

Tentang nafkah seorang isteri, saya tak ambil kira itu semua yang penting kami sama² dapat makan. Dapat survive sampai hujung bulan pun dah memadai. Kalau masak, saya akan catu lauk² supaya tak terbazir. Kalau beli ayam seekor, saya mintak potong 20. Satu hari masak 4 ketul sahaja boleh tahan sampai 4-5 hari untuk seekor ayam.

Suami saya sangat penyabar. dia selalu tolong saya buat kerja rumah, basuh baju, sapu lantai, sebelum keluar kerja dia akan masakkan dulu untuk saya. Setelah 4 bulan mengandung, saya mula mendapat kekuatan untuk menjalankan tugas²

harian di rumah dengan ekonomi kami yang tak berapa elok, saya ambil upah buat macam2 kerja untuk bantu suami dan tunaikan keinginan saya yang mula mengidam tapi tak lama sebab saya mengalami alahan semula, segala tulang dan sendi mula sakit².. mula tak larat macam mula² mengandung dulu.

Suami saya kata ‘tak apa, abang akan usaha untuk tunaikan permintaan sayang kalau sayang teringin nak makan apa²’. tapi saya cuba pendam, saya tak beritahu dia pun kalau saya teringin nak makan apa² cuma kadang² je mulut ni lincah sangat terlepas juga lah.

Saya cakap, kalau abang tak ada duit tak apa. Sayang ok boleh tahan keinginan ni walaupun sebenarnya tak tertahan pun. wanita mengandung yang mengidam je akan tahu perasaan macam ni. Walaupun lambat, suami akan usaha juga tunaikan permintaan saya walaupun dia sendiri pun ada keinginan dia

akan dahulukan permintaan saya berbanding dirinya. kadang² di tempat kerja dia langsung tak makan sebab nak berjimat..kadang² dia beli kuih² dan cucur je sebagai makan tengah hari. Start tahu macam tu, saya mula bekalkan makanan untuk suami.

Walaupun hanya nasi kosong, kadang² saya buat nasi goreng kalau tak ada lauk. Asalkan suami tak kelaparan di tempat kerja. Kadang² suami bawak balik makanan sedap² time dah hujung² bulan.. saya pelik, suami cakap duit dah nak habis.

tinggal beberapa puluh je untuk duit minyak kereta. Tiba² dia bawa balik makanan yang saya hajatkan.. bila saya tanya mana dapat duit, dia cuma jawab ‘abang buat partime’.. jadi saya tahu lahh suami taknak bercerita dengan lebih lanjut tentang mana dia dapat duit lebih.

Sehinggalah saya terperasan dalam kereta ade beberapa tin minuman kosong dalam plastik di kerusi belakang. bila saya tanya dia jawab saje² kumpul. lama kelamaan baru saya tahu rupa-rupanya suami kumpul tin² kosong dan kotak² terpakai untuk dijual. duit hasil jualan itu lah dia simpan untuk tunaikan keinginan saya.

Saya rasa bersalah.. saya rasa terharu.. saya menangis mengenangkan usaha suami untuk saya.. suami cakap itu tanggungjawab dia.. jangan rasa bersalah.. ‘untuk sayang dan anak kita yang selama ini kita tunggu² abang akan buat apa je..’

Lagi beberapa bulan dah nak bersalin, segala keperluan untuk menyambut kelahiran anak kami beli sikit².. bulan ini baju dua helai..bulan depan 2 helai lagi.. Kadang² bila tengok tv sama², suami akan renung saya tiba².. bila saya tanye kenapa dia hanya tersenyum…

lepastu dia cakap “terima kasih sayang dah hidup dengan abang, maaf kalau sayang susah hidup dengan abang”.. haaa mula lahh suami isteri ni berdrama kan.. lagi² isterinya ni kalau tak mengalirkn air mata memang tak sah..

Dia selalu yakinkan saya, rezeki Allah tu ada di mana².. cepat atau lambat pasti akan ada.. Allah dah rancang segalanya.. Kami tak dapat hidup senang macam orang lain.. tapi insyaAllah mungkin suatu hari nanti kami diberi rezeki yang tak terduga oleh Allah.

Minta doa kalian supaya kami dilimpahkan rezeki untuk menyambut kehadiran cahaya mata sulung kami ini dan doakan saya supaya dilancarkan urusan bersalin nanti ya. Amin.. Maaf kalau penceritaan dan ayat saya tunggang langgang dan susah untuk difahami.

Sumber:-eksidenz.com