Anak pelawak Mr Os raih perhatian ramai. Syafiqa Hayra dedahkan sesuatu tentang pencapaiannya yang kini bergelar sebagai doktor dan kongsi cerita mengenai pemergian ayahnya yang ramai tak tahu

Artis

Tiada seorang pun ibu bapa yang mahu anak anaknya tidak berjaya di dalam hidup. Oleh itu,ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja yang terbaik semata mata melihat anaknya berjaya di dunia mahupun di akhirat nanti. Bak kata pepatah, usaha tangga kenyataan. Setiap usaha pasti akan ada hasilnya

Kata-kata itu sesuai digunakan buat anak sulung Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os.Syafiqa Hayra yang merupakan anak kandung kepada pelawak ini kini bergelar sebagai seorang doktor.Sudah pasti kejayaan ini tidak datang berg0lek.

Ianya adalah berkat usaha dan jerih perih insan bernama ayah iaitu Mr Os sendiri.Semasa hayatnya dia tidak pernah berputus asa dalam mencari rezeki buat anak isterinya.Demi memberi pendidikan yang sempurna buat anaknya, beliau sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan termasuklah memandu teksi.

Syafiqa, 26, berkata, kejayaan yang dikecapi hari ini adalah menunaikan impian bapanya yang mahu dia menjadi seorang doktor dan berbakti kepada masyarakat.“ abah seorang yang sangat serius dalam pelajaran dan agama.Tapi dia tak pernah marah mahupun jentik sepanjang membesarkan kami.

Dia seorang yang sangat lembut apabila menasihati saya dan adik.Sejak kecil abah selalu cakap yang dia yakin saya boleh jadi doktor.“Sepanjang hidupnya dia tidak pernah mengeluh mencari rezeki untuk kami sekeluarga.Walaupun saya nampak dia sangat penat dan sakit,” katanya.

Mr Os hembuskan nafas terakhirnya pada 8 April 2016 di H0spital Selayang akibat sakit teruk paru-paru.Syafiqa merupakan anak sulung daripada dua adik beradik ini merupakan perkahwinan kedua ayahnya.Ayahnya turvt mempunyai lima lagi cahaya mata dan dua cucu dengan perkahwinan pertama.

Syafiqa menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura Mesir dengan keputusan cemerlang Januari lalu.Biarpun bapanya tidak sempat melihat kejayaan itu, Syafiqa berkata, dia bern1at segala pahala ketika berkhidmat sebagai doktor nanti diberikan kepada bapanya.“Dia tidak dapat melihat kejayaan saya dan saya juga tidak dapat membalas jasanya menjadikan saya seorang manusia.

Jadi saya berniat semua pahala saya sepanjang berkhidmat sebagai d0ktor ini diber1kan kepada abah dan ibu.“Itu janji saya kepada d1ri sendiri kerana tanpa abah dan ibu saya bukan siapa-siapa,” jelasnya lagi.Syafiqa berkata, pelbagai dugaan dilalui sepanjang enam tahun pengajiannya di Mesir.

Berbekalkan, kata semangat bapanya, dia tidak pernah putvs ada dan teruskan pengajian.Menurut Syafiqa, dia menganggap apa yang berlaku sebelum ini sebagai pemangkin semangat untuk terus maju dalam bidang perubatan.“Kejayaan ini saya dedikasikan kepada ayah kerana banyak menyokong saya untuk menceburi bidang perubatan.

“Ijazah ini hadiah untuk ayah. Alhamdulillah ijazah ini amat besar maknanya kepada saya.Dan terima kasih kepada ayah serta keluarga yang sering memberi semangat untuk saya meneruskan cita-cita.“Ayah selalu berpesan supaya saya menjadi seorang doktor yang akan berbakti kepada masyarakat dan berkhidmat kerana Allah.

“Banyak cabaran dan rintangan yang saya lalui sepanjang belajar di Mesir tetapi orang tua saya tidak pernah berputus asa memberi galakan.“Saya sudah tetapkan pada diri, setiap pahala yang diperoleh akan disampaikan kepada ibu (Rahayu Muhamed Nadzir) dan ayah,”Katanya yang masih menunggu tempat untuk melaksanakan latihan perubatan (houseman).

Menceritakan kembali kisah ketika ayahnya masih hidup, anak sulung daripada dua beradik itu berkata, dia sentiasa memberi nasihat kepada ayahnya untuk menjaga kesihatan terutama ketika menerima rawatan radioterapi.“Saya banyak memberitahu ayah untuk menjaga makan.

Nasib baik saya sempat menjaganya ketika dia bertarung dengan sakit yang dialami.“Namun, saya sedih kerana tidak sempat menemuinya sebelum dia pergi buat selamanya.Saya mahu balik sebelum dia disemadikan tetapi tidak sempat kerana tiada penerbangan ketika itu,”

Katanya sambil memberitahu sentiasa melawat tempat persemadian ayah setiap kali balik bercuti.“Enam tahun masa yang agak panjang dan memang ada rintangannya tapi setiap hari ketika bapa masih h1dup dia akan bertanya khabar dan hantar gambar bersama ibu.Pesanan terakhirnya minta saya habiskan pengajian walau apa yang berlaku dan ketika itu dia sedang tenat,” ujarnya.

Sesungguhnya segala usaha ayah sebelum ini sudah terbalas dengan kejayaan anaknya ini menjadi se0rang d0ktor.Walaupun secara hak1katnya, segala jasa dan peng0rbanannya kepada anak-anak dan isteri tidak terhitung nilainya.Sekurang-kurangnya kejayaan anaknya menjadi sebagai se0rang d0ktor ini sed1kit sebanyak dapat “membayar” usaha yang dilakukan oleh Mr Os sepanjang hayatnya.

Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah(dibaca) buat Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid.Berikut Sedikit info mengenai Mr Os.Mohd Yusuf memulakan kerjaya sebagai pelakon filem pada tahun 1986 menerusi filem Balik Kampung. Pada tahun kemudiannya, iaitu tahun 1987, beliau diberikan kepercayaan untuk memegang watak utama dalam filem Mr Os. Ketika zaman kemuncaknya, beliau sering digandingkan dengan pelawak Sheila Rusly, Salih Yaacob dan Aziz Sattar.

Dalam tahun 1988, beliau bersama-sama Hussein Abu Hassan, Puteri Salbiah dan Latif Ibrahim telah membintangi sebuah filem seram Indonesia bertajuk Bisikan Arwh. Didalam filem ini Mohd Yusuf memegang watak sebagai Parta; seorang pemuda kampung yang telah dibunuh beramai-ramai dan kemudianya kembali menjelma untuk membalas dndam. Adalah difahamkan bahawa Bisikan Arwh adalah lakonan pertama dan terakhir beliau dalam filem seram. Pada tahun 1990, beliau dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM) di Festival Filem Malaysia ke-9 menerusi lakonan berkesannya sebagai pemuda autisme dalam filem Adik.

Beliau juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik sebanyak dua kali di FFM iaitu menerusi filem Mr.Os (1987) dan Ghazal Untuk Rabiah (1997).Selepas filem terakhirnya pada 1997, Mohd Yusuf menyepi dari bidang perfileman dan bekerja sebagai seorang pengusaha perkhidmatan teksi. Pada tahun 2009, beliau kembali ke persada seni Malaysia sebagai pengacara untuk rancangan televisyen TV9, Apa Ke Halnya?Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Amalan luar biasa Abam, Mr Os dan Pak Yus ketika hidup… Ustaz Hanafi bongkar mengapa ramai ziarah mereka

Pemergian tiga pelawak iaitu Mr Os (dari kiri), Abam dan Pak Yus yang dikunjungi ramai orang saat jnzh disemadikan menjadi bukti amalan baik dilakukan mendapat rahmat Allah.BENARLAH seperti diperkatakan dalam banyak kuliah agama, jika seseorang melakukan sesuatu amal dengan ikhlas kerana Allah SWT, ganjaran pahala dan darjat seseorang manusia itu akan diangkat serta dikenang sehingga akhir hayatnya.

Demikianlah yang dapat disimpulkan apabila pelawak Abam (Bocey) yang pergi buat selamanya pada Isnin, bukan sahaja tinggalkan kesan kepada industri seni, sebaliknya turut menyentuh hati seluruh peminat hiburan tanah air.Bayangkan, berduyun-duyun tetamu hadir menziarahi hari terakhirnya di dunia untuk menuju ke negeri abadi, iaitu alam akhirat.

Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan bukan sahaja disolatkan oleh sahabat handai, peminat dan penduduk setempat malah ahli-ahli agama juga turut hadir mengaminkan doa.Itulah mulianya Abam yang mana budi baiknya ditunjukkan Allah kepada orang ramai saat jasadnya dibawa ke tempat persemadian.

Dalam satu perkongsian bersama penceramah Ustaz Ebit Lew di sebuah program televisyen, Abam menceritakan kasih terhadap keluarga termasuk sayangnya kepada ibu yang antara lain menjadi punca rezekinya terbuka luas.Selain pengalaman itu, penceramah bebas, Mohamed Hanafiah Abdul Malek atau lebih dikenali sebagai Ustaz Hanafi turut bercerita mengenai pengetahuannya mengenai Abam dan dua lagi pelawak iaitu Mr Os dan Pak Yus yang terlebih dahulu pergi tinggalkan kita.

Ketika-tiga mereka mempunyai pengalaman hebat, sehinggalah darjat diangkat untuk diperlihatkan saat hari kematian mereka.Menurut Ustaz Hanafi, ketika hayatnya Abam gemar bersedekah dan membantu mereka yang memerlukan.Katanya, kehadiran orang ramai mengiringi perjalanan terakhir Abam di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak seolah-olah menzahirkan amalan mulia yang dilakukannya ketika hidup.

Ustaz Hanafi (kiri) berkongsi pandangannya mengenai keberkatan amalan bersedekah. Gambar kanan adalah suasana di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak.Malah menurut Hanafi, situasi sama turut berlaku ketika dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian Mr Os dan Pak Yus.

“Beberapa tahun lepas, saya berpeluang solatkan Mr Os. Ketika itu ramai orang sembahyangkan dia… menguruskan dia juga sesuatu yang mudah, Alhamdulillah.”Begitu juga dengan Pak Yus… dan semalam (Isnin), Abam tinggalkan kita. Apa persamaan antara mereka?”Pertamanya mereka adalah pelawak dan keduanya ialah mengenai kebaikan mereka yang disembunyikan… yang kita tak tahu,” katanya menerusi Facebook.

Semalam saya ada dengar kata Ustaz Salahuddin Nasir, antara sebab ramai jemaah semasa solat Abam adalah kerana dia tidak tinggalkan ibunya.

Bercerita lanjut mengenai manfaat orang yang suka bersedekah, Hanafi berkata amalan itu merupakan jambatan untuk ke syurga.”Selepas kematian Mr Os baharu ramai orang tahu bahawa dia rajin bersedekah walaupun ketika hidup dia berhadapan masalah kewangan, duit tak banyak.

“Dia memandu teksi, ketika memandu kalau orang tak cukup duit nak bayar… dia anggap sedekah. Sedekah adalah sesuatu yang menggembirakan Allah.”Sedekah adalah perkara paling mudah untuk ke syurga dengan syarat kita ikhlas kepada Allah,” katanya.Selain itu Hanafi berkata Allah juga akan mengangkat darjat seorang anak yang sentiasa mengutamakan ibu bapanya.

.“Semalam saya ada dengar Ustaz Salahuddin Nasir berkata, antara sebab ramai jemaah semasa solat jnzh Abam adalah kerana dia tidak tinggalkan ibunya, anak yang baik ini dapat keberkatan.”Selain itu, dia suka mendampingi ustaz dan para ulama. Abam juga suka menolong orang yang dalam kesusahan… sebab itu dia ada kata kalau kita baik ramai orang sayang.

“Kita tak bawa apa-apa harta melainkan amalan, tiada peminat atau saudara yang akan menemani kita ke liang lahad, yang akan menemani kita hanya amalan… jadi apa persediaan kita? Bersiap sedialah, semua orang akan mati,” ujarnya.Pada Isnin, Abam, 32, hembuskan nafas terakhirnya di kediamannya di Gombak selepas dua hari mengalami demam panas.

Abam tinggalkan seorang isteri, Siti Nur Hidayah Mohd Ali, 28, dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.Sebelum ini pelawak Mr Os atau nama sebenar Mohd Yusof Abdul Hamid hembuskan nafas terakhir pada April 2016 dan Yussry Edoo atau Pak Yus pula menghembuskan nafas terakhirnya pada November 2015.Ketiga-tiga mereka adalah antara ikon dalam dunia komedi yang terus dikenang buat selama-lamanya.Semoga roh mereka dan umat Islam lain mendapat rahmat dan pengampunan Allah… Al-Fatihah.

“Seluruh pahala saya sebagai doktor untuk abah” – Anak pelawak Mr Os bergelar doktor

USAHA pelawak Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os dalam memberi pendidikan yang sempurna membuahkan hasil apabila anak sulungnya Syafiqa Hayra kini bergelar doktor.Biarpun tidak mempunyai pelajaran tinggi, namun Mr Os tetap percaya anak-anaknya mampu untuk berjaya dalam bidang pelajaran.

Syafiqa, 26, berkata, kejayaan yang dikecapi hari ini adalah menunaikan impian bapanya yang mahu dia menjadi seorang doktor dan berbakti kepada masyarakat.“ abah seorang yang sangat serius dalam pelajaran dan agama. Tapi dia tak pernah marah mahupun jentik sepanjang membesarkan kami. Dia seorang yang sangat lembut apabila menasihati saya dan adik. Sejak kecil abah selalu cakap yang dia yakin saya boleh jadi doktor. 

“Sepanjang hidupnya dia tidak pernah mengeluh mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Walaupun saya nampak dia sangat penat dan sakit,” ujarnya kepada mStar Online. Mr Os pergi buat selamanya pada 8 April 2016 di Hospital Selayang akibat sakit teruk paru-paru.Syafiqa merupakan anak sulung daripada dua adik beradik ini merupakan perkahwinan kedua Mr Os

Mr Os turut mempunyai lima lagi cahaya mata dan dua cucu dengan perkahwinan pertama.Syafiqa menerima Ijazah Sarjana Muda Perubatan dari Universiti Mansoura Mesir dengan keputusan cemerlang Januari lalu.Biarpun bapanya tidak sempat melihat kejayaan itu, Syafiqa berkata, dia berniat segala pahala ketika berkhidmat sebagai doktor nanti diberikan kepada bapanya.

“Dia tidak dapat melihat kejayaan saya dan saya juga tidak dapat membalas jasanya menjadikan saya seorang manusia. Jadi saya berniat semua pahala saya sepanjang berkhidmat sebagai doktor ini diberikan kepada abah dan ibu.“Itu janji saya kepada diri sendiri kerana tanpa abah dan ibu saya bukan siapa-siapa,” ujarnya.

Syafiqa tamat pengajian selama enam tahun di Mesir.Dalam pada itu, Syafiqa berkata, pelbagai dugaan dilalui sepanjang enam tahun pengajiannya di Mesir.Berbekalkan, kata semangat bapanya, dia tidak pernah putus ada dan teruskan pengajian.“Enam tahun masa yang agak panjang dan memang ada rintangannya tapi setiap hari ketika ayah masih hidup dia akan bertanya khabar dan hantar gambar bersama ibu. Pesanan terakhirnya minta saya habiskan pengajian walau apa yang berlaku dan ketika itu dia sedang tenat,” ujarnya.Selain berlakon, kerjaya Mr. Os semasa hayatnya ialah pemandu teksi.

Mr Os Senang Didampingi, Baik Hati – Rakan Arti

Isteri Mohd Yusof Abdul Hamid atau Mr. Os, Amimah Arrif (dua, kiri) menyiram air ke tempat persemadian suaminya selepas majlis persemadian di Tanah Persemadian Islam Bukit Permata, Taman Seri Gombak, Jumaat. Pelakon dan pelawak veteran berusia 55 tahun itu pergi buat selamanya di Hospital Selayang akibat sakit teruk paru-paru.

“Mr Os seorang yang senang didampingi dan sangat baik hati,” kata pelakon Farouk Hussain mengenai pelawak terkenal  Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Mr Os.Farouk, 49, yang juga seorang pelawak dan pengacara berkata beliau terkejut apabila menerima berita pemergian rakannya itu melalui seorang rakannya.

Katanya kali terakhir beliau bertemu Mr Os pada tahun lalu ketika menjayakan rancangan Lagenda Pantun.”Saya mulanya tidak percaya kerana sebelum ini ada yang menyebarkan berita palsu mengenai pemergian dia… tetapi kali ini betul-betul Mr Os sudah pergi tinggalkan kita.

“Mr Os tidak sombong dan mudah bergaul, saya sangat terkesan dengan kehilangannya,” katanya kepada Bernama di sini, Jumaat. Mr os selamat disemadikann di Tanah Persemadiann Islam Bukit Permata, Sri Gombak Indah dekat sini kira-kira 7 malam ini selepas disembahyangkan di Surau Al-Muhajirin, Kampung Sri Gombak Indah di Batu Caves.

Mr Os, 55, hembuskan nafas terakhirnya kira-kira 3 petang tadi di Hospital Selayang akibat sakit teruk paru-paru setelah dimasukkan ke wad pada Isnin lepas.Pelawak itu memulakan kerjayanya sebagai pelakon pada tahun 1986 menerusi filem Balik Kampung.Antara drama dan filem yang dibintanginya termasuk Adik; O.K (Orang Kampung Otak Kimia); Cikgu Romantik dan Senario The Movie Ops Pocot.

Anak jati Perak itu juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik sebanyak dua kali di Festival Filem Malaysia (FFM) iaitu menerusi filem Mr. Os (1987) dan Ghazal Untuk Rabiah (1997). Mr Os menerusi gandingannya dengan Abon (Sharizan Ahmad) dalam kumpulan ‘Osbon’ pula berjaya menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega pada 30 Disember 2011.