Susah nak percaya. Anak sebak kenang ibu pergi buat selamanya selepas 17 tahun derita.

Viral Wanita

Bapa Huda turut meluahkan rasa sunyi selepas Allahyarham ibunya menghembuskan nafas terakhir pada Rabu lalu. Rasa sedih dan pilu yang terbuku di hati, tak siapa mampu mengerti. Begitulah kisahnya mengenai Nurul Huda Zainon Abidin, 22, yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta pada Rabu lalu. Menurut gadis itu, ibunya, Allahyarham Noormadiah Hassan, 44, sudah lama berhadapan dengan masalah injap jantung. Namun katanya, dia sendiri tidak pernah menyangka bahawa insan paling penting dalam hidupnya itu akan pergi buat selamanya dalam tempoh yang cukup singkat.

“Mak dah sakit dekat 17 tahun, dia alami masalah injap jantung tersumbat. Mula dapat tahu sakit masa mak hamil adik bongsu, sekarang adik pun dah umur 17 tahun. Mak memang selalu check up untuk ambil dr4h dan ubat. Masa hari Isnin lepas, mak sepatutnyaa check up di hospital tapi dia sesak nafas. Kami terus bawa ke jabatan kecemasan hospital. Pada Selasa malam mak sesak nafas sampai guna oksigen pun tak mampu nak tampung, sampai ke Subuh mak OK sikit. Lepas tu pada Rabu doktor kata mak akan ditidurkan sebab keadaan terlampau teruk. Lepas tu mak terus tak sedar depan mata saya, doktor tidurkan di situ juga. Malam tu dalam pukul 10 kami dapat panggilan, ketika dalam perjalanan doktor kata mak dah tak ada,” ujarnya yang mesra disapa Huda.

Huda seolah-olah sukar percaya dengan pemergian itu, namun menerima segala ketentuan takdir dengan reda.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, Allhyrh4m ibunya menerima rawatan awal di Hospital Parit Buntar, Perak sebelum pergi buat selamanya di Hospital Taiping.

Selalu tersasul kami adik-beradik terpanggil nama mak. Mungkin kami perlukan masa yang lama untuk biasakan dengan keadaan ini.

Kata Huda, dia sedih dan sukar percaya dengan kehilangan itu, namun menerima segala ketentuan takdir dengan reda. “Saya sendiri rasa macam mimpi sebab tak pernah terfikir langsung dan semua terjadi terlalu cepat. Selalunya kalau mak masuk wad, dua ke tiga hari mak dah boleh balik rumah. Tapi kali ini mak balik sebagai jnz4h. Sekarang pun rasa sunyi. Keadaan dah berubah. Ayah kata tak tahu macam mana nak hilangkan rasa sunyi ketiadaan mak. Kami adik-beradik selalu tersasul, terpanggil mak. Mungkin kami perlukan masa yang lama untuk biasakan dengan keadaan ini. Paling rindu air tangan mak sebab dia pandai masak. Saya paling suka asam pedas dengan gulai ikan keli. Gulai memang menu wajib mak masak sebab ayah pun suka,” ujarnya lagi.

Foto kenangan mereka sekeluarga.

Menurut Huda yang menetap di Alor Pongsu, Bagan Serai, dia dan Allhyrh4m ibunya sempat menerima suntikan dos pertama vaksin pada 27 Ogos lalu. Namun kata Huda, dia sedih apabila terpaksa menerima dos kedua bersendirian pada 17 September lalu, dua hari selepas pemergian Allahyarham ibunya. Bercerita mengenai dirinya, Huda sebelum ini bekerja di sebuah kilang di Pulau Pinang, namun berhenti kerja pada Mac lalu untuk menguruskan ibunya yang kerap dimasukkan ke hospital. Kini, Huda mengambil tempahan kek di sekitar kawasan tempat tinggalnya sebagai mata pencarian utama disamping mengusahakan perniagaan tudung bersama rakannya.

“Sebelum ni saya kerja kilang. Lepas mak selalu keluar masuk hospital, saya berhenti kerja dan bekerja dengan mengambil tempahan kek saja. Saya ambil tempahan dari kawasan berdekatan dengan tempat saya saja. Saya buat kek batik, red velvet dan kek pandan. Ayah dulu bekerja sebagai pemandu lori, tapi dah lama berhenti sebab faktor kesihatan,” ujarnya lagi.

Huda berniaga kek selepas berhenti kerja Mac lalu.

Dalam pada itu, Huda turut berterima kasih kepada warganet yang banyak menitipkan doa dan kata-kata semangat selepas dia berkongsi beberapa video pilu di laman TikTok. “Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak atas doa dan semangat daripada sahabat semua. Allah saja mampu balas jasa baik anda semua. Saya tak mampu nak balas setiap seorang, saya cuma nak ucapkan terima kasih juga kerana mendoakan arwah mak saya,” ujarnya lagi. Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.