Anak tak dapat tahan sebak terus menangis sebaik sahaja dipeluk ayahnya. Norman Hakim luah perasaannya tatkala anaknya muncul dengan memakai pelitup muka sambil membawa secawan air

Artis

Pelakon Norman Hakim terkejut apabila mendapat kejutan daripada anak keduanya, Marissa Dania Hakim.Norman berkongsi momen manis itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya.Video pendek itu merakamkan wajah Norman yang terkejut apabila anaknya muncul dengan memakai pelitup muka sambil membawa secawan air.

Norman yang berada di set penggambaran drama terbaharu berjudul The Maid jelas kelihatan terkejut sebaik sahaja melihat anak kesayangannya.Menerusi coretannya, Norman memberitahu dia tidak mengetahui tentang kehadiran Marissa.

“My baby girl @marissadania_ singgah buat lawatan kejutan dekat papa dia di set #DramaTheMaid.“Kebetulan dia on the way balik dari Seremban ada program dengan rakan sekolah, terus singgah. Masya-Allah terkejut papa.“Dia pakat dengan PA mintak kongsi lokasi dan jangan bagitahu dia nak datang. Terima kasih sangat-sangat my baby girl,” coretnya.

Dalam pada itu, Marissa yang tidak dapat menahan sebak terus menangis sebaik sahaja dipeluk dan dicium bapanya penuh kasih sayang.Momen itu juga telah menyentuh hati pengikut Instagram Norman.Terdahulu, Norman pernah berkahwin dengan Abby Abadi pada tahun 2002 dan berpisah pada tahun 2008.

Hasil perkahwinan itu, Norman dan Abby dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.Kini Norman dan Memey mendirikan rumah tangga sejak 2011 dan mempunyai tiga cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Dalisha Hakim.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : GEMPAK

Sanggup Rentas Negeri Semata Untuk Selamatkan Bayi Ini. Abby Abadi Dedahkan Punca Dia Selamatkan Bayi Tersebut Sehinggakan Pengikutnya Memuji Tindakan Pasangan Tersebut

Kini mempunyai tiga orang anak angkat, sejak dua tahun lalu, pelakon Abby Abadi terkenal dengan misi kemanusiaannya dalam membantu menyelamatkan bayi dan menyerahkan kepada mereka yang mahu mengambil sebagai anak angkat.

Baru-baru ini, Abby berkongsikan kisah berita gembira apabila berjaya menyelamatkan seorang lagi bayi yang ingin di buang di Kota Bharu, Kelantan dan menyerahkan kepada keluarga angkatnya di Terengganu. “Alhamdullillah Syukur. Suami saya berjaya bawa kereta dari Kota Bharu 11.30 malam, sampai ke Kuala Terengganu pukul 1.30 pagi. Kuat betul kesayangan saya ni, saya mengantuk dah, tapi tidur-tidur ayam sahaja sebab pegang baby.

“Berjaya memberi kebahagiaan kepada sepasang lagi pasangan yang belum dikurniakan anak walaupun sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga,” katanya.Abby turut memuat naik foto bersama pasangan berkenaan yang sudah berdepan tiga kali masalah kehilangan kandungan sepanjang proses kehamilan dan akhirnya dikurniakan rezeki zuriat meskipun anak angkat.

“Tiga kali kehilangan anak katanya tak ada rezeki. Terakhit, terasa sangat sebab dah enam bulan setengah. Tapi itulah, nak buat macam mana. Akhirnya Allah izinkan rezeki anak dengan jalan yang berbeza.“Saya nasihatkan usahalah untuk susukan. Ambillah suntikan atau makan ubat asal bayi dapat menyusu sekurang-kurangnya lima kali kenyang yea. Senang nanti bila besar,” ujarnya.

Diruangan komen, rata-rata warganet dan pengikutnya memuji tindakan Abby yang sanggup bersusah payah dalam membantu pasangan yang mengimpikan zuriat.Difahamkan, sehingga kini Abby sudah berjaya membantu lebih 30 pasangan untuk mendapatkan bayi angkat.

Saya Minta Maaf Kalau Ada Yang Pertikaikan Usaha Saya. Akhirnya Abby Abadi Buka Mulut Selepas Ada Pihak Yang Mengkritik Caranya Beri Bantuan Sehingga Dikaitkan Dengan Seseorang Ini.

Pelakon Abby Abadi menyatakan dia mempunyai cara tersendiri dalam urusan menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan. Menurut Abby, 43, ada segelintir yang membandingkan caranya dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang memilih untuk melakukan secara terang-terangan.

“Saya menolong Lillahi Taala. Saya minta maaf kalau ada yang pertikaikan usaha saya, kenapa takda gambar serahan, kenapa takda bukti, kenapa tak macam Ustaz Ebit, kenapa begitu, kenapa begini. “Masing-masing dengan cara tersendiri. Takda masalah pun terang-terangan atau tersembunyi. ALLAH Maha Tahu. “Tak perlu membezakan. Lagipun Ustaz Ebit bantuannya berskala besar. Saya kecil-kecilan ja,” tulisnya di Instagram (IG). Tambah Abby, bagi memuaskan hati sesetengah orang dia terpaksa meminta gambar bukti barang daripada individu yang menerima bantuan.

“Saya tag haritu IG mereka yang saya bantu, di cari salah juga. Pergi jenguk satu-satu, tak nampak susah makan sedap lagi la apa lah. “Ni tak tag, kata macam-macam juga. Buruklah perangai mencari-cari salah orang. “Dan meletakkan diri di di tempat mereka yang susah ni, saya sendiri malu nak minta bantuan sebenarnya tapi keadaan memaksa. “Dah minta, dapat, ada yang saya suruh dorang hantar tunjuk barang yang dibeli. Gambar anak-anak yang dikirim pun saya kesian. “Tak sampai hati nak tengok sebenarnya. Jadi saya tutup semua biar aib mereka terjaga.

“Kalau saya tolong sendiri pakai duit sendiri, memang saya diamkan ja tapi ni sebab ajak sahabat-sahabat saya di sini menyumbang juga, jadi saya bagitau apa yang perlu. “Duit terkumpul memang saya agih setiap hari. Saya memang usaha nak cepatkan proses sebab ramai yang putus bekalan terus terutamanya yang ada baby kecil, nak mereka bagi bukti macam mana baru boleh lulus bantuan?” tulis Abby.

Tiga tahun sudah menjaga anak tirinya untuk tinggal bersamanya. Abby Abadi sanggup buat perkongsian tentang telatah anak tirinya bagi menyesuaikan diri dengan Abby

Abby Abadi mendedahkan sudah lebih tiga tahun menjaga Edry yang merupakan anak tirinya untuk tinggal bersamanya. Menurut Abby,Edry seorang yang pemalu namun dia ada cuba untuk menyesuaikan diri supaya tidak berasa kekok.” Bersama Edry,Mama (Abby) yang peluk ni,kalau harap Edry peluk tunggu pokok tumbuh atas kepala dulu agaknya hehe.

“Tanya Edry, pernah peluk cium mommy dia tak? (Edry) angguk pun tidak geleng pun tidak. Jadi rasanya macam tak pernah la tu hehe.“Kepada yang bertanya lagi Edry ni siapa, ini kali terakhir saya jawab ya. Edry ni anak suami dengan bekas isteri sebelum dengan saya.“Dia tinggal dengan kami kurang lebih dah 3 hingga 4 tahun kalau tak silap,” katanya.

Abby berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.Menerusi entri tersebut dia berkongsi foto memeluk anak tirinya itu.Pinta Abby, jangan ada yang cuba bertanya lebih lanjut mengenai dia dan anak tiri kerana perlu menjaga hati pelbagai pihak.“Bagi yang lebih-lebih jangan tanya sangatlah, takut salah jawab. Banyak hati yang perlu dijaga. Ok? Faham? Hehe.. cukup ya. Usah ditanya-tanya lagi. Tanya lagi kita
block,” tegasnya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji cara Abby melayan baik anak tirinya.Abby mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015. Pasangan itu dikurniakan bayi pra-matang tahun lalu, namun dia sudah pergi buat selamanya selepas 70 hari dilahirkan.Menerusi perkahwinan pertamanya bersama Norman Hakim, Abby mempunyai tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.Abby juga mempunyai tiga orang anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyadh dan Maisara Dayana Fathia yang masing-masing berusia 2 tahun serta Maira Darda Farisa yang baru berusia 6 bulan.

Walaupon Abby Abadi Pernah Mendirikan Rumah Tangga Bersama Suami Memey Suhaiza Namun Tiada Timbul Isu Perbalahan Antara Mereka. Kini Abby Abadi Dan Memey Dedahkan Sesuatu Kepada Orang Ramai.

Perkahwinan dan perpisahan itu merupakan fitrah dalam kehidupan manusia. Jodoh dan pertemuan itu bukanlah sesuatu yang mudah dijangka, namun, perpisahan tidak semestinya menjadi satu pengakhiran.  Sebaliknya, ia juga boleh dijadikan pemangkin buat dimensi baru dalam hubungan kekeluargaan. Itulah kehidupan bekeluarga.

Dalam Naura Shares episod 11 malam ini, dua pelakon terkenal, Abby Abadi dan Memey Suhaiza akan berkongsi mengenai titik tolak hubungan mereka mencari keharmonian dalam keluarga. Seperti diketahui umum, Abby sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama suami Memey, Norman Hakim.

Namun Abby dan Memey tidak mempunyai sebarang isu atau kebencian, masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri dan hanya membina persahabatan utuh antara dua keluarga. Nak tahu lebih mengenai perkongsian mereka? Jangan lupa saksikan Naura Shares malam ini!

Naura Shares yang kini memasuki musim ke-14 ditayangkan setiap Jumaat, jam 9.00 malam di NAURA (saluran 109). Dihoskan oleh Hana Ismail, Naura Shares musim ke-14 turut menampilkan tetamu jemputan lain seperti Datin Alyah, Ernie Zakrie, Naim Daniel dan ramai lagi.Menarik kan? jangan lupa LIKE dan SHARE page kami, Kucingasm Media.Sumber: Gempak

Abby Abadi bersyukur rumahtangga kekal harmoni. Akhirnya Abby Abadi tampil kongsikan tips keluarga bahagia. Rupa rupanya ini yang dia lakukan.

LIMA tahun mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria, pelakon Abby Abadi bersyukur perkahwinan mereka kekal harmoni dan bahagia. Berkongsi tip menjaga hubungan perkahwinan, Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 42, berkata dia dan suami sentiasa berpegang teguh pada ajaran agama.

“Ada juga pasang surutnya tapi saling menerima, saling melengkapi, bertolak ansur, bekerjasama dalam banyak perkara… itu antara yang membuatkan hubungan ini harmoni! “Sejujurnya memang dengan suami tersayang kurang berbalah sebab berpegang kuat pada tali Allah ya,” katanya.

Abby menjawab soalan seorang pengikut yang mahu mengetahui tip kebahagian rumah tangga di Instasory miliknya pada Khamis. Pelakon drama Gerak Khas ini berkahwin dengan Muhammad Faizal pada 14 Ogos 2015.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak, Muhammmad Danial Firman yang dilahirkan secara pra-matang namun meninggal dunia selepas 70 hari dirawat di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal, Hospital Sungai Buloh pada Disember tahun lalu.

“Saya anggap macam anak sendiri, jangan dibeza-bezakan dan saya pun tak pernah anggap mereka ini anak (angkat). “Ini anak-anak saya dunia dan akhirat!,” ujarnya. Pasangan ini memelihara tiga anak angkat sejak kecil iaitu Muhammad Daiyan Fayyad, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa. Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Norman Hakim, Abby mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.

Kongsi Video Suami Solat. Warganet Sanggup DM Abby Abadi Untuk Beri Satu Komen Ini Dan Bukan Main Padu Lagi Abby Abadi Balas Mesej Tersebut

Pelakon dan usahawan Abby Abadi menjawap kata-kata yang dilmparkan kepadanya oleh segelintir warganet yang mendkwa dirinya riyak apabila berkongsi satu video suaminya sedang solat di tempat jualan.”Semalam saya kongsikan video suami solat ni kt story. Ada yang dm kata ini riyak, menunjuk. Saya balas semula, saya kata kalau suami pos sendiri, mungkin menunjuk tapi kan saya yg pos, ALLAH lebih tahu niat seseorang tu.

“Ini IG saya. Ye saya tak sempurna. Takkan mungkin sempurna, tapi saya cakap, saya kongsi tazkirah, renungan qalbu. Ingatkan pasal solat dalam IG ni agar IG saya bermanfaat utk org lain. Jadi bila tiba2 saya padam, ada juga kenangan indah yg saya tinggalkan disini,” jelas Abby Abadi.Menurut Abby, sangat rugi jika laman sosial hanya digunakan untuk bersembang kosong, menunjuk itu dan ini tan langsung berdakwah untuk mengingatkan kepada Pencipta. 

“Bila ingatkan benda baik2, pergi mana2, apa keadaan pun mesti jaga solat, serba tak kena.. bila ajak liburan, ajak gi konsert, pergi layan benda2 mengrut.. berpuluh2 kali post pun takpe, siap repost lagi..bila pasal solat, sentap tak tentu hala… itulah kesilapan besar kita sebenarnya. Walhal hidup ni memang untuk sebarkan agama DIA.

“Muhasabahlah..mmg tanggungjawab kita saling mengingatkan & berpesan2. Berpesan2.dgn kebenaran. Berpesan2 dgn kesabaran. Bukan sebab kita konon baik dari org lain, tp sebab nak sama2 ke syurga & bernilai disisiNYA,” tulis Abby lagi. Tambah Abby lagi, sangat rugi jika hidup tidak solat dan menangguh-nangguhkannya kerana kita tidak akan tahu bila kita akan pergi tinggalkan dunia yang sementara ini.-beautifulnara

Abby Abadi Bersyukur Rumahtangga Kekal Harmoni. Akhirnya Abby Abadi Tampil Kongsikan Tips Keluarga Bahagia. Rupa Rupanya Ini Yang Dia Lakukan.

LIMA tahun mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faizal Zakaria, pelakon Abby Abadi bersyukur perkahwinan mereka kekal harmoni dan bahagia. Berkongsi tip menjaga hubungan perkahwinan, Abby atau nama sebenar Arbaiyah Abdul Manan, 42, berkata dia dan suami sentiasa berpegang teguh pada ajaran agama.“Ada juga pasang surutnya tapi saling menerima, saling melengkapi, bertolak ansur, bekerjasama dalam banyak perkara… itu antara yang membuatkan hubungan ini harmoni! “Sejujurnya memang dengan suami tersayang kurang bergaduhlah sebab berpegang kuat pada tali Allah ya,” katanya.Abby menjawab soalan seorang pengikut yang mahu mengetahui tip kebahagian rumah tangga di Instasory miliknya pada Khamis. Pelakon drama Gerak Khas ini berkahwin dengan Muhammad Faizal pada 14 Ogos 2015.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak, Muhammmad Danial Firman yang dilahirkan secara pra-matang namun meninggal dunia selepas 70 hari dirawat di wad Unit Rawatan Rapi Neonatal, Hospital Sungai Buloh pada Disember tahun lalu.“Saya anggap macam anak sendiri, jangan dibeza-bezakan dan saya pun tak pernah anggap mereka ini anak (angkat). “Ini anak-anak saya dunia dan akhirat!,” ujarnya. Pasangan ini memelihara tiga anak angkat sejak kecil iaitu Muhammad Daiyan Fayyad, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa. Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Norman Hakim, Abby mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.

Abby Abadi Dah Lama Tak Bekerja Tiba Tiba Ada Seseorang Dtg Mintak Pinjam 50k. Terkejut Abby Abadi Bila Tahu Siapa Orang Tu.

Selebriti Abby Abadi meluahkan kekesalannya terhadap sikap segelintir individu yang suka meminta-minta untuk meminjam duit daripadanya. Dia menyatakannya di Instagram Story bahawa bakal peminjam tersebut mahu mendapatkan jumlah wang yang agak banyak bermula dari RM10,000 hingga RM50,000, sedangkan dia sendiri tidak bekerja.Tidak dinyatakan gerangan individu tersebut sama ada dari kalangan pengikut di Instagram atau pun mereka yang dikenalinya. Bagi Abby, tidak perlu merayu atau memberikan bukti dengan lampiran kad pengenalan semata-mata untuk menyakinkan dirinya. “Cukuplah merayu, siap nak bagi Copy IC bagai. Saya memang tak boleh tolong, harap maaf ya.”

Dengan meletakkan kata-kata “Kerja Keras Untuk Hidup” sudah jelas menyatakan yang Abby bekerja keras untuk menampung kehidupannya sekeluarga. Jadi, mengapa ada yang mudah untuk meminjam sebegitu rupa?Menjengah laman Instagramnya, dapat dilihat Abby gigih berniaga pelbagai barangan seperti hijab mask, penutup kaca kek, rempenyek, susu dan busananya. Jadi, di kala dia sibuk mencari rezeki, ada pula yang mudah-mudah mahu meminjam? Begitulah asam resam dunia. Orang cuma memandang apa yang dimiliki sekarang, tetapi tidak mengetahui perjalanan ke arah itu. Semoga Abby sekeluarga sentiasa murah rezeki.

Pilih Sek0lah Swasta Untuk Anak, Jumlah Yuran Yang Perlu Dibayar Abby Abadi Buat Ramai Terkedv

Sekolah swasta kini makin mendapat tempat dalam kalangan ibu-bapa yang mahukan pendidikan berkualiti kepada anak-anak mereka dengan memilih menghantar anak ke sekolah swasta berbanding sekolah kerajaan. Pemilihan sekolah swasta ini sangat popular dalam kalangan masyarakat Cina dan Melayu yang mahukan pendidikan berkualiti berbanding dengan sekolah kerajaan.

Tidak kisah berhabis ribuan ringgit demi pendidikan dan masa depan, pelakon Abby Abadi mengambil keputusan menghantar anak-anaknya ke sekolah pendidikan swasta. Jelas Abby menerusi laman Instagram miliknya, dia mahukan pendidikan terbaik buat permata hati daripada semua segi.“Zaman Mama Abah tak sama dgn zaman anak2 ni. Rugi kalau ketinggalan. Jadi Mama Abah nkkan pendidikan yg terbaik utk anak2 ini. Kalau buleh nk jadikan mereka bijak pandai dari segala segi. Baik dari segi akal fikiran & akhlak mereka,” jelasnya.

Tambahnya lagi, dia akan terus berusaha sehabis mungkin untuk membiayai yuran persekolahan. Pada masa sama, wanita ini turut mengimbau zaman kanak-kanaknya yang mana dia hanya dapat membeli satu baju sekolah untuk dipakai beberapa tahun.Bahkan, dia turut berjalan kaki untuk ke sekolah demi mencari ilmu. “InshaALLAH Mama Abah usahakan sehabis baik utk anak2 Mama. Belakang2 tabir biarlah jdi rahsia hihi. Doakan cukup rezeki ALLAH bagi kt Mama Abah utk bagi yg terhebat utk anak2 ini ye. Mama Abah tak dpt mcm ni dulu, gi sekolah bukan main bersiap lagi…. siap bersarapan sedap2.“Mama dulu baju sekolah pun beberapa tahun sekali je dpt ganti, gi sekolah jalan kaki, tracksuit pun pinjam kawan, duit belanja pun kadang2 yilek huhu. Jadi, bersyukur dgn apa yg ada gunakan peluang & ruang yg ada ni sebaik mungkin tau anak4. Berterima kasih pada ALLAH atas segala limpah rezeki & rahmat yg telah di kurnia. Amin,” jelasnya.

Jumlah Yuran

Sekadar maklumat, yuran persekolahan yang disebut Abby jumlahnya hampir RM1,400 sebulan untuk peringkat menengah dan RM1,280 untuk peringkat rendah. Manakala yuran pendaftaran pula mencecah hingga RM8,000.Walaupun sekolah swasta ini sering dianggap sebagai ‘sekolah untuk anak orang kaya’ oleh sesetengah pihak, ia tidak menghalang ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah swasta. Faktor utama mereka adalah kualiti pendidikan yang lebih baik walaupun terpaksa membayar yuran tinggi. Tetapi tidak semua sekolah swasta mengenakan caj yuran tinggi kerana sekolah swasta aliran Agama masih mempunyai caj yuran munasabah dan tidak terlalu tinggi berbanding sekolah swasta konvensional.

Justeru, terpulang kepada ibu bapa untuk menilai sekolah mana yang menjadi pilihan mereka menghantar anak-anak mereka bagi mendapat pelajaran terbaik. Sistem pembelajaran kedua-dua sekolah juga telah melahirkan ramai golongan profesional seperti doktor, peguam dan lain-lain lagi. Apa yang penting adalah negara ini dapat melahirkan lebih ramai anak-anak muda berkebolehan menjadi pemimpin pada masa akan datang.