Tak perlu angkat bendera putih hanya perlu angkat telefon. Ramai yang marah bila fb pas kelantan muat naik posting macam ni.

Viral

Seperti yang kita tahu, sangatlah ramai terkesan dari pelbagai sudut terutamanya hilang pendapatan dan data juga menunjukkan peningkatan kes kemurungan serta membahayakan diri sejak tahun lepas. Kempen bendera putih adalah inisiatif daripada rakyat untuk rakyat yang dalam kesempitan dan memerlukan di saat pandemik Covid-19 ini.

Ramai menggalakkan orang ramai untuk menyebarkan tentang kebaikan kempen ini agar mereka yang benar-benar memerlukan dapat dibantu. Bagaimanapun, baru-baru ini kenyataan Nik Abduh mengundang kritikan daripada warganet yang tidak bersetuju dengannya. Angkat tangan berdoa kepadaNya. Itulah bendera kekuatan dan optimis dalam ujian kehidupan. Jangan angkat kekalahan menghadapi ujian dengan mengajar rakyat mengangkat bendera putih.”

“Tak perlu angkat BENDERA PUTIH” – PAS Kelantan

Dalam pada itu, PAS Kelantan juga dilihat memuat naik posting di Facebook senarai talian hotline Pusat Khidmat DUN Kelantan agar sesiapa yang memerlukan boleh hubungi bagi mendapatkan bantuan. Berdasarkan gambar itu, terdapat 45 Pusat Khidmat DUN yang boleh dihubungi penduduk di Kelantan mengikut daerah masing-masing.

Tak perlu angkat BENDERA PUTIH , hanya perlu ANGKAT TELEFON dan terus call PUSAT KHIDMAT DUN.” Semoga membantu 😉” Posting itu bagaimanapun menerima banyak kritikan daripada warganet di Facebook yang tidak bersetuju dengan PAS kerana tidak menyambut baik inisiatif serta kempen yang dilakukan untuk kebaikan rakyat.

Meskipun ianya adalah sesuatu yang betul di mana kita perlu berdoa kepada Allah ketika dalam kesusahan namun menurut netizen kempen itu juga bukanlah sesuatu yang tidak elok. Ianya adalah satu usaha rakyat untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan dan sikap itu juga dipuji dalam agama.

Beberapa warganet dilihat memberikan nasihat dan pandangan serta cadangan mereka tentang tindakan PAS itu. Seorang warganet mencadangkan agar mereka turut memaklumkan tentang talian hotline ini secara offline selain hanya sebarkan menggunakan media sosial. Tak semua org ada media sosial ni. Tak semua orang tahu.. Cer letak kain rentang besar-besar depan pejabat DUN atau letak la rata riti biar rakyat tahu dalam kampung tu.”

Kempen bendera putih mahu pun hubungi talian hotline untuk dapatkan bantuan ini dua-dua adalah usaha serta inisiatif yang bagus kerana tujuannya sama, untuk membantu rakyat yang memerlukan. Diharap lebih ramai pihak tampil untuk menghulurkan bantuan kepada yang betul-betul memerlukan dengan kadar yang segera, tidak semestinya melalui dua kempen ini. Jom sama-sama bantu!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.