Ank baru je kahwin dengan Pelakon paling popular tiba tiba Datin Mastura tampil bersuara luahkan sesuatu. Mengejutkan rupa rupanya ini yang terjadi.

Artis

” Emir…cintai, lindungi dan hargai Mira sehingga ke Jannah. Semoga Emir dan Amirah dikurniakan kebahagiaan dan keberkatan oleh Allah SWT sepanjang menempuhi perjalanan hidup baru ini. ” Sayang kamu berdua dan sentiasa dalam doa ibu. Impian papa untuk kamu akhirnya tertunai hari ini”

Demikian hantaran penuh emosi ditulis oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid di Instagram beliau. ‘Pesanan’ Mastura kepada Wan Emir Astar Wan Mohamad Khair-il Anuar atau Emir, 30, sebaik anak keduanya itu selamat berkahwin dengan pelakon Mira Filzah, 27 semalam.

Mastura menitipkan kepada Emir supaya sentiasa ingat pesan bapanya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad. Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu juga berkata kata-kata suaminya itu masih jelas di fikiran dan mendoakan Emir mengecap kebahagiaan dalam berumah tangga, termasuk perkahwinannya dipermudahkan.

” Emir, ingatlah pesanan papa. Selama hampir sebulan sebelum papa pulang ke rahmtllah, papa sering mengingatkan ibu betapa papa ingin Emir mendirikan rumah tangga secepat mungkin kerana katanya, kebahagiaan yang sebenar hanya akan tercapai selepas berkahwin.

”papa kata Emir tak boleh ‘single’ lama-lama, dan papa nak buat pelamin Emir dengan reka bentuknya sendiri. ” Seperti juga yang papa lukiskan pelamin untuk perkahwinan Imar. ” Ibu ingat segala bait-bait perbualan papa dan ibu itu. Dan memori itu masih jelas di fikiran ibu.

” Kini, saat itu dah sampai. Ibu akan melaksanakan segala permintaan papa untuk Emir. Moga diizin dan di permudahkan Allah SWT,” katanya. Mastura juga mengingatkan Emir supaya melaksanakan kewajipannya sebagai suami yang baik serta menjaga Mira dengan penuh tanggungjawab selain mendoakan kebahagiaan pasangan itu sehingga ke jannah.

” Antara pesanan papa untuk Emir, jadilah seorang suami yang baik dan bertanggungjawab. ” Isteri adalah amanah Allah SWT ke atas diri Emir. Perlu disayangi dan dilindungi dengan jiwa dan raga.” Keluarga keutamaan setiap suami. Berbahagialah dan berbahagialah hingga ke jannah.

” Ibu adalah antara wanita yang paling bertuah kerana mempunyai suami yang baik. Saya memiliki perkahwinan yang sangat bahagia dan sangat mencintai papa. ” Alangkah baiknya jika dia berada di sini untuk meraikan perkahwinan Emir.

” Percaya kepada ibu, kasih sayang dan semangat papa ada di sini berserta kita. Ia akan berkekalan sampai bila-bila,” katanya. Semalam, Emir dan Mira sah bergelar suami isteri di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, jam 8.58 malam. Pasangan itu dinikahkan sendiru oleh bapa Mira, Badioezaman Ab Khalik.

Wan Mohammad Khair-il pergi menghadap illahi pada 5 Mei 2016 selepas terbabit dalam kejaidan helikopter di Sebuyau, Sarawak bersama enam yang lain. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : http://limauais.pw/ via TerengganuTv

Selamat Bergelar Isteri Orang Malam Tadi. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Mira Filzah Dedahkan Ada Hantaran Istimewa Yang Dia Bagi Dekan Wan Emir. Rupa Rupanya Individu Ini Yang Buat Hantaran Yang Istimewa Tu.

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah selamat bergelar isteri kepada Wan Emir Astar, 30, dengan sekali lafaz di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 8.58 malam. Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, dinikahkan oleh bapanya Badioezaman Ab. Khalik.

Bersaksikan Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abdul Nasir Abdullah. Pasangan pengantin sedondon memakai busana putih rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan solekan oleh Yna Sakinah. Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat, selebriti dan media.

Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Hal Ehwal Khas Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid. Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu.

Pada Jumaat lalu, Mira mengadakan majlis khatam al-Quran bersama adiknya iaitu Aina Fadhilah di kediaman keluarganya di Bangi, Jumaat lalu. Pasangan mepati sejoli itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya pada malam, Jumaat.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat, selebriti dan media. Sebuah lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong pada Ahad. Sementara itu, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu dan Emir merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi.

Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan. Pihak lelaki juga menyerahkan sembilan dulang hantaran dan berbalas 11 daripada pihak perempuan.

Hantaran Istimewa

Antara hantaran istimewa Mira kepada Emir adalah seutas jam tangan yang dihantar khas ke Hong Kong untuk proses pengukiran ‘nota pendek’ Mira kepada suami tercintanya. Tidak hanya itu, lima daripada 11 hantaran daripada Mira dibuat sendiri neneknya yang kini berusia 81 tahun.

Antaranya adalah kek fondant, tepak sirih, halwa dan biskut serta sirih junjung. Selain itu, kek pernikahan Mira juga dibuat oleh air tangan nenek Mira. Majlis pernikahan itu bertemakan Mihrab Cinta yang berkongsepkan kubah berbentuk Islamik kerana mengikut citarasa Emir.

Ini memandangkan dia seorang artikek yang minat akan struktur dan ciptaan bangunan. Memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Mira berkata, walaupun sudah bergelar isteri dia akan terus menumpahkan sepenuh kecintaan terhadap kerjaya lakonannya.

“Saya akan terus menyambung kerjaya lakonan seperti biasa dan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas segala sokongan yang dibrikan sejak awal kerjaya saya sehingga hari ini. Doakan yang terbaik untuk saya dan Emir,” katanya.

Sumber : TV3

Sumber : TerengganuTv

Sudah Memasuki Fasa Baharu Dalam Hidupnya. Mira Filzah Buat Permohonan Maaf Dengan Sesetengah Pihak Ini Dan Harap Semua Urusan Dipermudahkan

BAKAL memasuki fasa baharu dalam hidupnya, pelakon Mira Filzah mengambil kesempatan memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang pernah terluka dengan dirinya. Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, menerusi Instagram iaitu beberapa jam sebelum diijab kabul dengan jejaka pilihan hatinya Wan Emir Wan Astar ini berkata, dia mahu memasuki alam perkahwinan dengan hati yang bersih dan tenang.

“Assalamualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. InshaAllah malam ini Mira akan bernikah. Di sini Mira ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf pada sesiapa sahaja jika ada yang terluka, terkasr bahasa, tersilap kata dan sebagainya, andai ada yang tidak suka atau berasa tidak senang pada Mira.

Mira dan Emir bertunang pada Disember lalu. “Mira minta maaf. InshaAllah I’ll be entering a new phase of life tonight, Mira nak mulakan dengan hati yang bersih dan tenang, dan Mira mengharapkan doa daripada kalian agar majlis majlis ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, ” ujarnya.

Mira bakal disatukan dengan tunangnya Emir di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara Kuala Lumpur pada malam Khamis. Dalam pada itu, Mira turut meminta maaf kerana hanya mengadakan majlis secara kecil-kecilan dan tidak dapat menjemput tetamu lebih ramai.

Dia juga mengakui bimbang jika ada saudara mara atau kawan-kawan yang terasa hati disebabkan tidak mendapat jemputan sebagai tetamu hari bahagianya itu. Mira mohon maaf kepada yang tidak dapat jemputan majlis pernikahannya.

Majlis pernikahan Mira dan Emir akan disiarkan secara langsung di program Mbuzz di TV3 pada pukul 9 malam dan turut boleh disaksikan di YouTube TV3 pada pukul 8.30 malam. Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Mstarkini Sumber:mstar

Wedding of the year! Mira Filzah selamat bergelar isteri Wan Emir Astar

Mira dan Emir selamat bergelar suami isteri pada malam Khamis. PELAKON Mira Filzah menitiskan air mata kegembiraan sebaik saja selamat bergelar isteri kepada Wan Emir Astar dengan sekali lafaz di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara, Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.58 malam, Khamis.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, dinikahkan oleh bapanya iaitu Badioezaman Ab. Khalik bersaksikan Pendaftar Perkahwinan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abdul Nasir Abdullah.

Pengantin perempuan menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin berserta sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang, manakala wang hantaran dirahsiakan. Pasangan ini selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz.

Antara barang hantaran istimewa Mira kepada Emir, 30, ialah seutas jam tangan yang dihantar khas ke Hong Kong untuk proses ukiran nota pendek. Majlis pernikahan yang diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) gara-gara penularan Covid-19 itu dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat dan petugas media.

Pada majlis yang bertemakan Mihrab Cinta, pasangan pengantin memakai busana serba putih rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan solekan oleh Yna Sakinah. Mira dan Emir mengenakan busana rekaan Rizman Ruzaini.

Majlis pernikahan Mira dan Emir turut disiarkan secara langsung melalui program MBuzz TV3 pada pukul 9 malam selama 10 minit selain di saluran YouTube TV3, mulai pukul 8.30 malam. Pada Jumaat lalu, Mira mengadakan majlis khatam al-Quran bersama adiknya iaitu Aina Fadhilah di kediaman keluarga mereka di Bangi.

Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu. Mira bersama ibu, Faizatul Akmar Hisan dan bapanya Badioezaman Ab. Khalik.

Pasangan merpati sejoli itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya pada malam, Jumaat yang bakal dipancarkan secara langsung TV3. Satu lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong pada Ahad yang akan turut disiarkan secara langsung menerusi program Melodi.

Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan ini dan Emir merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi. Emir ialah anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.-mstar

Mengejutkan Wan Emir Astar tidak putus asa. Rupa rupanya ini caranya mengambil hati Mira Filzah. Pendedahan mengenai cerita itu disini.

Akhirnya terjawab teka-teki mengenai pernikahan Mira Filzah dengan Wan Emir Astar, anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid. Ia susulan pelakon itu mengesahkan mereka diijabkabul di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur, malam semalam. Mira berkata, pertemuan pertamanya dengan jejaka berkelulusan dari United Kingdom dan bergelar arkitek itu pada Oktober tahun lalu dan sekali gus menyangkal dakwaan sebelum ini yang mengatakan Emir adalah teman sekolahnya.

” Sebelum itu pada Ramadan tahun lalu, Emir ada menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram dengan berkongsi mesej kerohanian tetapi saya tak layan. ” Percubaannya tidak terhenti di situ apabila menghantar pula DM kepada emak. ” Kebetulan emak memang mengenali bapa Emir dulu, jadi mereka saling berkomunikasi. ” Sehinggalah emak minta saya supaya mengenali Emir dan minta saya berjumpa dengannya. Punca saya terbuka hati semuanya disebabkan ibu dan bapa.

” Jadi saya pun membalas DM daripada Emir dan hubungan itu kemudiannya berlanjutan ke aplikasi WhatsApp,” katanya. Mira berkata, pernikahan yang sepatutnya berlangsung pada Oktober depan itu dipercepatkan berikutan kakak sulungnya yang menetap di New York, Amerika Syarikat tidak dapat berada di sini untuk tempoh yang panjang. ” Sebenarnya pemilihan tarikh perkahwinan yang dilaporkan media sebelum ini adalah betul. Saya dan Emir memang merancang untuk bernikah Oktober depan. ” Namun, disebabkan kakak tidak boleh berulang-alik dengan kerap kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari, jadi saya ambil keputusan mempercepatkan tarikh pernikahan.

” Manakala adik bongsu pula terpaksa menunda sedikit pernikahannya supaya kakak boleh menyaksikan hari bahagia kami berdua,” katanya. Majlis pernikahan pasangan itu boleh disaksikan selama 10 minit menerusi program M Buzz di TV3 jam 9 malam ini, manakala siaran langsung pernikahan pada jam 8.30 malam pula boleh disaksikan di saluran YouTube TV3.

Mira berkata, selain majlis pernikahan hari ini, dia bakal mengadakan dua lagi majlis resepsi di Le Meridien, Putrajaya, esok dan A-Park, Puchong, Ahad ini. ” Ketiga-tiga majlis ini saya keluarkan bajet sendiri kerana tidak mahu bergantung dengan tajaan selain memberi kepuasan berbeza. ” Jujur saya rasa lebih berbaloi keluarkan wang sendiri kerana saya boleh berkongsi idea dan tema yang diimpikan untuk majlis perkahwinan sekali dalam seumur hidup ini,” katanya.

Mira berkata, majlis resepsinya itu disiarkan secara langsung menerusi TV3, manakala majlis resepsi pada Ahad akan disiarkan melalui program Melodi. Nama sebenar Wan Emir iaitu Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar yang kini berusia 30 tahun. Anak sulung daripada empat orang adik-beradik dan kesemuanya lelaki. Emir bekerja sebagai seorang arikitek dan mempunyai firma seni bina serta perusahaan perniagaan sendiri. Kalau korang stalk Instagram dia, boleh check out di @wanemirastar.

Dia adalah anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) iaitu Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar. Mastura bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) 2016 bagi Parlimen Kuala Kangsar mengambil tempat suaminya Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar. Julai lalu, Harian Metro melaporkan Mira sudah bertunang dengan Emir, – LIMAU MANIS

Adik Mira Filzah dah bagi ‘hint’

UCAPAN hari jadi daripada adik pelakon popular, Mira Filzah iaitu Aina Fadhilah dengan menggunakan gelaran abang ipar kepada lelaki yang dikaitkan dengan pelakon itu, Wan Emir Astar menarik perhatian peminat. Ia sekali gus mengukuhkan lagi spekulasi yang mengatakan Mira dan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid itu bakal berkahwin tidak lama lagi.

Ucapan ringkas berbunyi ‘Happy Birthday BIL’ (brother-in-law) itu mendapat lebih 160 tanda suka daripada pengikut di Instagram Wan Emir. Dalam masa sama, status dimuat naik Wan Emir beserta gambar wanita yang ditanda (tag) nama Mira Filzah dan ibunya itu dengan cincin di jari manis turut mengundang teka teki.

Pada gambar itu juga, tertera beberapa perkataan bahasa Inggeris iaitu ‘thankful’, ‘grateful’ dan ‘blessed’. Bagaimanapun, status yang ditulis Wan Emir itu lebih kepada ucapan terima kasih kepada keluarga terutama kepada ibu dan Allahyarham bapanya sempena hari jadinya.

“Maafkan saya, semua orang, atas semua kelemahan dan kekurangan saya. Dan terima kasih yang kepada semua untuk segalanya. “Terima kasih atas segala ucapan dan doa. Semoga Allah memberkati kita semua,” tulisnya. Kisah pasangan ini mula menjadi perhatian selepas Mira mengakui sedang berkawan dengan lelaki bukan dalam kalangan penggiat industri kepada Harian Metro tahun lalu. Malah, awal tahun ini dan beberapa bulan lalu bertiup kencang Mira dan Wan Emir bakal berkahwin pada Oktober ini.