Apa apa hal kena nikah dulu. Akhirnya DS Ismail tampil bersuara lantang tentang Majlis Perkahwinan yang dilaksanakan dalam PKPB ini

Berita

Putrajaya, 14 Mei – Penganjuran majlis perkahwinan masih belum boleh dilaksanakan ketika ini, namun pernikahan tetap dibenarkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media sebentar tadi.

“Kahwin (nikah) boleh, kita dah benarkan. Gunakan berbagai-bagai cara, online dan sebagainya. “Tetapi majlis perkahwinan masih belum boleh dilaksanakan kerana perhimpunan ramai masih dalam senarai terlarang ataupun negative list dalam Akta 342 peraturan. Jadi masih tidak boleh. Jadi sabarlah dulu ye.

“Apa-apa hal pun, nikah dulu. Bila keadaan dah selesai, kita dah benarkan, boleh buat majlis,” katanya ketika menjawab soalan wartawan.

Sumber: Bernama TV

Akhirnya PM Bongkarkan Apa Yang Akan Jadi Di Minggu Minggu Akan Datang Tentang PKPB. Tak Sangka Ini Yang Akan Jadi Pada Minggu Minggu Akan Datang.

Beberapa minggu ke hadapan bermula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini adalah tempoh waktu yang teruk. Halaman Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) memetik ucapan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya hari ini berkata, hasil pelaksanaan PKPB hanya dapat dilihat dalam tempoh beberapa minggu lagi.

“Jika berlaku peningkatan kes yang ketara dalam tempoh ini, kerajaan akan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi kawasan-kawasan yang terjejas. Kita nak elakkan perkara ini daripada berlaku. Oleh sebab itu, saya nak merayu kepada saudara-saudari semua supaya patuhilah prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” petikan ucapan tersebut, hari ini.

Sumber: KKM

PKP Disambungkan Sampai 9 Jun 2020. Tapi Tak Sangka Ada Berita Baik Untuk Hari Raya Walaupun Rentas Negeri Tidak Dibenarkan.

Jika diteliti, pasti ramai rakyat yang sangat mengharapkan ia tidak lagi dilanjutkan selepas memasuki hari ke-53 pelaksanaan PKP hari ini dan ingin kembali kepada kehidupan normal, namun kerajaan pastinya akan membuat keputusan tepat berdasarkan situasi semasa kes COV-19 di negara ini.

Ini bukan soal main-main atau remeh. Ia soal mengutamakan nyawa dan ekonomi

Jadi, satu keputusan tepat perlu dibuat kerajaan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM). Jika kita takut ekonomi terus merudum, maka PKP tidak perlu dilanjutkan. Tapi apa yang lebih penting sekarang ialah nyawa rakyat. Jangan sampai negara kita mengalami keadaan seperti di Jerman dan Hokkaido, Jepun yang dilanda gelombang kedua COV-19 gara-gara menamatkan ‘lockdown’ terlalu awal.

Untuk rekod, pelaksanaan PKP untuk mengekang penularan COV-19 kini sudah pun di fasa keempat yang akan tamat pada 12 Mei ini dan pada masa sama, kerajaan turut mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei yang memberi kelonggaran kepada beberapa sektor ekonomi untuk beroperasi.

Kita juga mungkin boleh berbangga apabila setakat semalam, angka-angka COV-19 adalah memberangsangkan apabila seramai 88 pesakit dibenarkan keluar hospital, menjadikan keseluruhan kes pulih sebanyak 4,864 kes iaitu 74.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif iaitu 6,535 kes.

Selain itu, tiada pemergian baharu direkodkan dalam tempoh dua hari berturut-turut dengan angka pemergian kekal pada 107. Petanda positif ini dijangka meratakan lengkungan dan seterusnya negara kita kini memasuki fasa pemulihan. Sejak penularan wab4k ini, kedengaran ramai yang merungut kerana dihalang masuk ke pasar raya, akhirnya pulang dengan ‘tangan kosong’ disebabkan hanya tidak memakai penutup hidung dan mulut.

Pasar raya diakui memainkan peranan penting dalam pencegahan COV19

Boleh dilihat hampir kesemua pasar raya ketika musim PKP ini mewajibkan pelanggan untuk memakai penutup hidung dan mulut selain diperiksa suhu badan. Menjawab persoalan itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengulas tidak menjadi kesalahan jika ada yang tidak memakai penutup hidung dan mulut dan pengurusan mana-mana premis tidak boleh menghalau pelanggan yang tidak memakainya.

Tidak memakai penutup hidung dan mulut di tempat awam bukan kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) ketika PKP, sehingga menyebabkan seseorang itu boleh ditahan atau didenda.

Jadi tanamlah ‘normal baharu’ itu dalam diri ketika keluar dari rumah, walaupun perkara itu bukan satu syarat wajib untuk orang ramai memakainya, namun ini adalah sesuatu yang digalakkan ketika berada di kawasan tumpuan awam bagi mengelak jangkitan COV19.

Perutusan khas Perdana Menteri 10/5/2020

Perdana menteri kongsi berita baik, Malaysia di tangga ke 4 dari segi tahap puas hati rakyat dalam tangani Covid19 dari seluruh negara di dunia. Perdana menteri juga ucap terima kasih kepada semua rakyat Malaysia dari Perlis ke Sabah kerana disiplin yang tinggi semasa PKP.

Kerana tahap displin yang tinggi, banyak zon kembalik menjadi zon hijau dimana tiada kes covid terbaru. Sekarang cuma 4 kawasan berstatus merah. Perdana Menteri menasihatkan supaya yang berada di kawasan hijau tidak alpa kerana covid19 adalah musuh tersembunyi.

Malaysia masih belum berjaya sepenuhnya PKP disambung.

“Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), saya ingin mengumumkan PKPB yang berkuatkuasa hingga 12 Mei 2020 akan disambung lagi sehingga 9 Jun 2020 iaitu selama empat minggu lagi. “Ini bermakna semua peraturan dan SOP sepanjang PKPB ini dikekalkan hingga 9 Jun 2020,” kata beliau.

Sambutan Hari Raya bagi dalam daerah yang sama

Demi menjaga keselamatan, tidak dibenarkan perjalanan merentas sempadan untuk balik beraya. Tapi masih boleh menyambut raya jika di kawasan sama negeri dan berdekatan tetapi perlulah membersihkan semula rumah dan mengikut SOP yang ditetapkan. Had Maksima 20 orang pada satu-satu masa. Tidak perlu buat rumah terbuka dan berkumpul terlalu ramai. SOP solat Jumaat dan berjemaah sedang diperhalusi.