Akhirnya Awie tampil mengaku salah dia. Tapi tak boleh berdiam Awie tampil bersuara dedahkan apa yang jadi sebenarnya masa majlis tu.

Artis

SHAH ALAM – Penyanyi legenda rock tanah air, Datuk Ahmad Azhar Othman yang lebih dikenali sebagai Awie yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) Covid 19 baru-baru ini sudah membayar denda terhadap kesalahan yang dilakukan itu. Perkara itu disahkan pengurusnya, Mubarak Akhtar seperti yang dilaporkan Portal The Star pada Ahad. “Kami melakukan kesalahan dan tidak patuh SOP, kami mengakuinya dan telah membayar denda,” katanya.

Pada pagi 9 Mei, Ketua Jabatan Siasatan Jnyah Negeri Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, polis akan mengambil keterangan kesemua individu yang terlibat dalam video tular membabitkan Awie itu. Katanya, tindakan itu diambil selepas pihaknya menerima laporan polis mengenai satu video klip berdurasi 42 saat yang tular di media sosial.

Video itu memaparkan Awie dan beberapa individu tidak patuh SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ketika menghadiri upacara misi kemanusiaan di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah, Melaka yang melibatkan pengayuh beca.Menurut Mubarak, aktiviti membabitkan misi untuk membantu pengayuh beca tersebut.

Video berdurasi 42 saat yang mencetuskan kontroversi itu diambil di majlis berbuka puasa yang menjadi sebahagian daripada acara Misi Kemanusiaan Datuk Awie Bersama Sayap-Sayap Wings yang berlangsung di Melaka pada 7 Mei lalu. Acara itu berlangsung bagi merai dan memberi sumbangan kepada komuniti penarik beca yang terjejas a.kibat p.andemik Covid 19 dan juga beberapa fasa perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Golongan penarik beca mungkin kurang mendapat perhatian, tetapi, Awie nampak kesan C0vid 19 ini terhadap komuniti terbabit. Kebanyakan mereka terjejas teruk, kerana pendapatan yang bergantung kepada sektor pelancongan. “Apabila PKP dan rentas negeri tidak dibenarkan, itu memberi kesan kepada pendapatan mereka. Ada yang hilang mata pencarian. Jadi, menerusi acara ini, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban mereka,” katanya.

Dalam misi kemanusiaan itu, Awie bersama pasukannya menyerahkan sumbangan berupa wang tunai sempena Aidilfitri serta barangan keperluan kepada kira-kira 200 penarik beca, di samping meraikan mereka dalam majlis berbuka puasa di hotel.“Mereka meminta Awie menyanyi tetapi Awie tidak mahu menyanyi. Jadi kami memainkan video muzik di bahagian depan,” jelasnya.

Mubarak memaklumkan penyanyi itu kemudian berdiri di sebelah mejanya dan dikerumuni oleh pengayuh beca yang menyertai program itu. Selain itu, misi berkenaan juga turut membawa Awie dan pasukannya untuk menghulurkan bantuan di rumah warga emas dengan kapasiti 200 penghuni yang terletak di Cheng. Tidak hanya itu, seramai 100 orang pelajar tahfiz di kawasan Durian Tunggal juga menerima sumbangan sempena Aidilfitri dalam misi yang mendapat kerjasama daripada pemilik LaCrista Hotel, Datuk Rosthman serta Haji Hasif.

Kredit :SinarHarian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Awie Dedahkan Datuk Vida Punca Utama Kumpulan Abc Terkeluar. Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Pula Respon Cik B Buat Warganet Terkedu.

Salah percaturan! Itu ayat digunakan warganet apabila nama kumpulan ABC diumumkan sebagai bintang yang tersingkir di minggu separuh akhir Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2). Minggu ini menyaksikan ABC yang dianggotai oleh Chiwan, Achok dan Cik B menjemput usahawan

terkenal Datuk Seri Vida sebagai tetamu jemputan. Namun lain pula jadinya apabila ‘pertolongan’ Vida didakwa tidak menjadi dan menenggelamkan kumpulan tersebut. Selain ABC, Zuzuzu juga tiada rezeki apabila menjadi bintang kedua yang tersingkir di pentas separuh akhir.

AWIE JELASKAN KENAPA DSV ADALAH PUNCA KUMPULAN CIK B TERSINGKIR

Ditanya adakah DSV menjadi punca kepada penyingkiran kepada kumpulan ABC, Dato’ Awie mengiyakan pertanyaan itu. “BETUL LAH TU. PERINGKAT AWAL SUDAH BAGUS, KITA DAH GEMBIRA TENGOK CIK B DAN YANG LAIN, SEKALI MASUK DSV SAMPAI ANAK DIA SENDIRI CAKAP DAH TUKAR SKRIP KE? ANAK DIA PUN MACAM RASA KECEWA JUGA.

KAMI INI MEMIKIRKAN LAGI DUA ORANG PESERTA LELAKI (CHIWAN DAN ACHOK) DI ATAS PENTAS ITU YANG MEMERlUk4N PENTAS INI UNTUK KERJAYA MEREKA. YANG DUA ORANG LAGI TU DAH KAYA. KAU DATANG HANCURKAN PROGRAM MEREKA INI,

KESIAN KEPADA YANG DUA ORANG ITU. DIA BUAT MACAM ‘SHOW’ DIA SENDIRI. MAAF LA SAYA RASA KECEWA. KAMI SEMUA RASA KECEWA” , JELAS DATO’ AWIE. Kenyataan Dato Awie itu turut dipersetujui oleh dua lagi juri tetap iaitu Zul Ariffin dan Nur Fazura yang turut kecewa dengan persembahan kumpulan ABC.

“Sayang kerana sewaku program ini bermula, persembahan ABC adalah antara yang dinanti-nantikan. Tetapi lama-lama mereka yang hilang tempo itu dan tersasar dari landasan”, ujar Zul. Muzikal Lawak Superstar merupakan program realiti muzikal komedi Malaysia yang bersiaran di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107) dahulunya

Astro Warna (saluran 132) (SD) dan Warna HD (saluran 124) dari 28 Jun hingga 30 Ogos 2019. Mengandingkan 14 kumpulan yang tediri daripada barisan pelawak, bersama artis-artis dari pelbagai cabang industri hiburan seperti pelakon, penyanyi dan personaliti popular, Muzikal Lawak Superstar bersiaran selama 10 minggu dan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Nabila Huda.

Manakala komposer dan pemain gitar, Shah Nizam Abdul Halim atau lebih dikenali dengan Shah (Slam) berkhidmat sebagai Pengarah Muzik. Muzikal Lawak Superstar 2 merupakan program realiti muzikal komedi Malaysia yang bersiaran di Astro Warna (saluran 127) (SD) dan

Warna HD (saluran 107) (HD) dari 18 Disember 2020 hingga 9 April 2021. Mengandingkan 14 kumpulan yang tediri daripada barisan pelawak, bersama artis-artis dari pelbagai cabang industri hiburan seperti pelakon, penyanyi dan personaliti popular,

Muzikal Lawak Superstar 2 bersiaran selama 12 minggu dan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Elly Mazlein. Manakala komposer dan pemain gitar, Shah Nizam Abdul Halim atau lebih dikenali dengan Shah (Slam) berkhidmat sebagai Pengarah Muzik.

Jangan kritik Mak Saya Kata Cik B. ABC Terima Kenyataan Tersingkir

Menurut Cik B, penyingkiran mereka pada malam itu kerana tiada rezeki, namun dia tetap seronok kerana mendapat pengalam berharga sepanjang MLS berlangsung sehingga mereka dapat layak ke separauh akhir. Menurut Cik B, dia memohon kepada semua warganet untuk tidak menyalahkan mak dia, kerana DSV merupakan seorang peniaga.

Cik B juga jelaskan yang mama dia tak sihat ketika persembahan mereka pada malam itu. Berikut sesi Temu bual bersama Cik B & Chiwan Cilok, ahli kumpulan ABC yang tersingkir di separuh akhir Muzikal Lawak Superstar 2.

Dalam pada itu, warganet terus menyokong Cik B. “Steady cik b. Pencerahan dan lebih profesional dan santunan yang matang. Terus maju berdoa dan jaga solat dan mama dan adik baik baik ..dan santunan masyarakat dengan baik.. Elak ego, riuk dan takbur.. Rezeki dan kehidupan dan ujian itu seiring kehidupan. Wake up n moving forward. Sebab allah sayang kita..”

Cik B akui susah jadi Datuk Seri Vida, mujur dapat tiru gaya tangan dan cakap Kelantan – “Saya tak gedik, mama gedik!”

Terdahulu MENGUNGGULI tempat pertama dalam Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS 2) pada minggu kedua, Cik B menafikan dirinya dipergunakan oleh dua ahli kumpulannya iaitu Chiwan dan Achok bagi meraih undian tinggi untuk persembahan kumpulan mereka, ABC.

Menurut Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 15, tiada istilah dipergunakan kerana dia juga ingin cuba menunjukkan bakatnya di hadapan penonton menerusi program secara langsung. “Saya tahu ramai orang cakap nak tengok kumpulan ABC sebab saya.

Saya tak rasa langsung dipergunakan oleh Chiwan atau Achok, sebaliknya kami saling tolong satu sama lain. “Cumanya, nama saya sekarang tengah trending… itu yang menyebabkan kumpulan ABC ditunggu peminat. “Saya memang dah lama kenal dengan mereka,

kalau saya tidak bersama Chiwan dan Achok dengan kumpulan mana lagi yang saya nak masuk?” katanya kepada mStar. Cik B ditemui pada majlis sidang media selepas MLS 2 minggu kedua selesai bersiaran dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Jumaat lalu.

Pada persembahan minggu kedua itu, ABC mengumpul markah tertinggi menerusi sketsa Cik B meniru aksi dan gaya ibunya, usahawan Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida. Saya tak rasa dipergunakan oleh Chiwan atau Achok, sebaliknya kami saling tolong satu sama lain.

Mengulas mengenai persembahan itu, Cik B mengatakan ia adalah satu perkara yang sukar untuk meniru gaya ibunya yang sememangnya dikenali umum. “Sebenarnya susah saya nak jadi mama sebab saya tak gedik, mama gedik. “Jadi saya gunakan gerakan tangan yang mama selalu buat untuk timbulkan lawak itu selain bercakap dalam bahasa Kelantan (yang jadi identiti mama).

Aksi Cik B meniru ibunya jadi tumpuan penonton MLS 2. “Saya rasa tak susah untuk saya melawak dan saya hanya jadi diri sendiri sahaja di atas pentas. “Mungkin orang gelak tengok saya sebab dari cara percakapan saya (yang spontan),” katanya.

Selain melibatkan diri dalam bidang lawak, Cik B baru sahaja keluar dengan single pertama berjudul Tolonglah yang dilancarkan di laman YouTube baru-baru ini. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : trendingsangat via TTK

Baru Je Semalam Ds Vida Bongkarkan Keputusan Hak Jagaan Ank. Sekali Tiba Tiba Ank Ds Vida Bagi Tahu Dia Takut Nak Jumpa Bapa Kandung. Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Puncanya.

Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memutuskan bekas suami kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Datuk Seri Vida gagal mendapatkan hak hadanah untuk bertemu dengan dua anaknya.

Dalam prosiding itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty mengarahkan Edlynn Zamilleen, 16, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan, 14, atau lebih dikenali sebagai Kacak menghubungi bapa mereka, Mohd. Amin Yasin sekurang-kurang sebulan sekali.

Abu Bakar berkata, ia bertujuan mengelakkan ikatan silarutahim antara anak dengan bapa terputus. ”Mahkamah turut memberikan hak kepada kedua-dua beradik itu untuk membuat keputusan bertemu bapa mereka sekiranya sudah bersedia.

”Ibu (Datuk Seri Vida) tidak mempunyai hak untuk menghalang kedua-dua anak sekiranya bersedia untuk bertemu ayah mereka,” katanya. Dalam prosiding itu, Datuk Seri Vida diwakili peguam Nurul Shuhada Ab. Aziz manakala Mohd. Amin diwakili oleh peguam Mohd. Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah.

Selain Cik B dan Kacak, Mohd. Amin yang berkahwin dengan Datuk Seri Vida pada tahun 2000 turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie. Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie yang ketika itu masing-masing berusia 11 dan 10 tahun pergi menghadap illahi dalam kjdian kebkaran di rumah Datuk Seri Vida di Meru Hill di sini pada tahun 2013.

Mohd. Amin sah berpisah dengan Dr. Vida pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga. Sementara itu, Datuk Seri Vida ketika ditemui pemberita melahirkan rasa syukur dan lega diatas keputusan tersebut. Katanya, beliau tidak pernah menghalang dua cahaya matanya itu untuk bertemu dengan bapa mereka.

Sementara itu anak lelaki kepada Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida, Muhammad Eric Zaquan, 14, mengakui takut untuk bertemu dengan bapa kandungnya sendiri iaitu Mohd. Amin Yasin,42. Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Kacak mengakui masih memerlukan masa yang secukupnya sebelum bertemu ayahnya.

”Pengalaman ketika bersama satu masa dahulu membuatkan saya takut untuk bertemunya. ”Jadi perkara itu masih melekat dalam fikiran saya,” katanya pemberita di sini hari ini. Sementara itu, Cik B ketika ditemui pemberita berkata, dia sudah bersedia untuk menghubungi ayahnya itu seperti yang diputuskan oleh mhkamah.

”Mama, tidak pernah memaksa kami dalam membuat keputusan. Dia amat memberikan sokongan dalam membuat keputusan mengikut naluri kami,” katanya yang lega apabila perbicaraan pada hari ini berjalan lancar. Bapa kandung dua beradik itu, Mohd. Amin turut akur dengan keputusan mhkamah dan akan mengemukakan rayuan sekiranya kedua-dua anaknya itu tidak mengikut perintah mhkamah dengan menghubunginya pada masa akan datang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : http://limauais.pw/2021/01/05/anak-vida-kacak-bapa-kandung/

Cik B Akan Hubungi Bapa Jika Dah Bersedia. Lama Menyepi Akhirnya Datuk Vida Dedahkan Keputusan Hak Jagaan Ank. Rupa Rupanya Hak Penjagaan Ank Tu Jatuh Pada Individu Ini.

USAHAWAN kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida meluahkan rasa syukur apabila hak penjagaan terhadap kedua-dua anaknya berpihak kepadanya. Menurut Vida, dia juga lega kes tersebut tidak berpanjangan dan menganggu emosi anak-anaknya iaitu Nur Edlynn Zamilleen, 16, atau lebih dikenali sebagai Cik B dan Eric Zaquan (Kacak), 14.

“Alhamdulillah, hak penjagaan hadanah dapat pada saya dan kes ini tidak dipanjang-panjangkan atas budi bicara hakim. Saya harap lepas ini jangan pula ada yang cakap Cik B dan Kacak derhka pula (sebab tidak mahu jumpa bapa).

“Hakim sendiri yang bertanyakan kepada Cik B dan Kacak dan memang saya tidak pernah menghalang untuk mereka berhubung dengan bapa mereka. “Saya sangat lega kerana keputusan ini tidak mengganggu emosi anak-anak. Saya harap lepas ini jangan pula ada yang cakap Cik B dan Kacak derhka pula (sebab tidak mahu jumpa bapa). “Yang bercakap memang sedap, tapi yang menghadapinya kami,” katanya.

Terdahulu pada pagi Isnin, Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan membuat keputusan mengenai tuntutan hak penjagaan anak ahli perniagaan itu yang difailkan oleh bekas suami, Mohd Amin Yasin pada November lalu.

Menerusi keputusan tersebut, Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Abu Bakar Abdullah Kutty memerintahkan bekas suaminya untuk tidak mengganggu kedua-dua remaja itu sekiranya mereka belum bersedia untuk berhubung dengan bapa mereka.

Vida turut menambah, dia tidak berniat untuk memutuskan hubungan hubungan di antara bapa dan anak, namun disebabkan konflik yang pernah melanda keluarga menyebabkan dia terpaksa melindungi anak-anaknya.

“Cik B dan Kacak boleh hubungi ayah mereka, bukan sebaliknya. Saya tak nak putuskan silaturrahim tapi anak-anak sendiri yang belum bersedia untuk berjumpa dengan ayah mereka atas sebab-sebab tertentu,” ujarnya. Sementara itu, Cik B berkata, dia dan Kacak akan menghubungi bapa sekiranya mereka sudah bersedia.

“Saya rasa lega kes ini sudah berakhir dan kalau saya dah bersedia, saya sendiri akan call ayah,” katanya. Datuk Seri Vida lega keputusan tidak menjejaskan emosi anak-anak. Pada 3 November lalu, Mohd Amin yang juga seorang peniaga diwakili peguam Mohd Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah memfailkan tuntutan hadanah iaitu hak lawatan, bermesra dan bermalam bersama anak-anak.

Mohd Amin sebelum ini menyatakan kali terakhir dia bertemu dengan anak-anaknya pada Mei 2018. Mohd Amin berkahwin dengan Vida pada tahun 2000 dan bercerai pada 2008. Mereka dikurniakan empat cahaya mata, namun anak pertama dan kedua mereka pergi menghadap illahi dalam kejadian rumah di Ipoh, Perak pada 3 Ogos 2013.