Lepas teruk kena kritik ngan warganet akhirnya Ustaz Azhar Idrus bongkarkan cerita sebenar tentang majlis TokTi tu. Rupanya sebelum majlis tu ini yang terjadi.

Artis

PETALING JAYA: Majlis tahnik anak kedua Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Muhammad Afwa pada 26 April lalu tidak membabitkan sebarang aktiviti rentas negeri berlaku. Penyanyi nombor satu negara itu dalam satu kenyataan berkata, individu terlibat bersetuju untuk hadir kerana kebetulan mereka berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan.

“Di sini kami ingin memaklumkan tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku. Sebaliknya individu itu bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan. “Memandangkan acara itu dibuat ketika P.erintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), atur cara majlis dan bilangan tetamu yang hadir mematuhi syarat penganjuran majlis s.osial PKPB seperti seperti yang tertakluk pada tempoh itu.

“Majlis juga terbahagi kepada tiga sesi dengan bilangan tetamu terhad, dihadiri keluarga terdekat serta kumpulan Mawlid untuk mengambil keberkatan fadhilat sunat mengadakan tahnik dan memberi nama kepada anak pada hari ke-7 mengikut sunnah Rasulullah,” katanya. Majlis tahnik itu sebelah siang yang dihadiri Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Bagaimanapun menurut Siti Nurhaliza, kunjungan Dr. Zulkifli itu bukanlah majlis khas seperti yang dis angka. Katanya, Menteri Agama itu hanya singgah menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sebelum bergegas ke urusan lain. “Sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada undang-undang dan peka dengan s.ituasi semasa, kami tidak pernah memandang ringan mengenai hal ini dan selagi berada dalam kawalan, kami cuba untuk mematuhinya semampu mungkin.

“Penjelasan ini bukanlah untuk mempert.ahankan diri tetapi bertujuan memberikan pencerahan terhadap beberapa perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham terhadap pihak tertentu. “Kesempatan ini juga kami ingin memohon maaf jika apa yang berlaku ini menerbitkan rasa kurang senang kepada mana-mana pihak. Kami memahami, berlapang dada dengan setiap

teguran yang diberikan. Kami juga bersedia untuk memberi sepenuh kerjasama kepada pihak berk.uasa jika diperlukan. “Ini merupakan kenyataan terakhir daripada kami mengenai isu ini dan berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dan difahami dengan baik,” katanya.

Ustaz Azhar Jelaskan

Sebentar tadi, Dato Sri Siti Nurhaliza telah memuat naik satu kenyataan media berhubung isu tular majlis tahnik anak lelakinya yang dianjurkan baru-baru ini. Menurut Tok Ti, isu dakwaan tersebut berlaku apabila mereka mengundang seorang pendakwah bebas dari negeri lain sebagai tetamu. Terbaru, Ustaz Azhar Idrus turut tampil memberi penjelasan berhubung isu tersebut.

Datuk K ni saing (kawan) saya. Dah tiga tahun kami kenal dan kawan. Dia selalu ajak saya datang rumah dan minum. Saya tak suka ambil gambar dan tunjuk. Kali ketiga ni dia panggil saya datang la, kebetulan ada dekat Kuala Lumpur dengan satu pasukan saya.

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), dia sering mendapat undangan daripada Datuk K untuk datang ke rumah. Namun kali ini dia keberatan untuk menolak pelawaan Datuk K memandangkan Datuk K pernah datang melawat Ustaz Azhar ketika sakit. Lagi satu saya segan sebab saya sakit dia mari.

Dua jam dia ziarah saya dan datang dari Kuala Lumpur. Datuk K kata mari saja pukul berapa nak mai. Saya kawan dengan suami dia bukan dengan Siti. Tambahnya, tidak salah kalau dia mendoakan anak rakannya itu. Jelas UAI lagi, rumah Datuk K dan ibu mentuanya tidak jauh antara satu sama lain. Kebetulan Ustaz Azhar memang berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja.

Kredit : Utusan/OhBulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selamat Lahirkan Anak Lelaki Seberat 3.84kg. Pengurus DS Siti Nurhaliza Tampil Beritahu Perkembangan Tokti

Dilaporkan Dato Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan cahaya mata kedua sekitar jam 6.21 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Selangor. Terbaru, pengurus Siti berkata dalam satu kenyataan media, bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah operasi. Ini antara kenyataan yang dibuat oleh pengurus Dato Seri Siti Nurhaliza sendiri untuk makluman.

Pihak pengurusan di IG menjelaskan”Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat. Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.”Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar,”Dalam kesempatan itu, Siti dan suaminya turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.

Manis Sangat Layanan Datuk K Semasa DS Siti Nurhaliza Hamil Anak Pertama. Kali Ni Perkongsian Pasangan Ini Raih Perhatian Orang Ramai

DIkhabarkan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang merupakan penyanyi nombor satu negara sedang hamil anak keduanya selepas menimang cahaya mata pertama iaitu Siti Aafiyah. Dan terkini Siti Aafiyah sudah berumur dua tahun akan menerima kehadiaran adiknya tak lama lagi.

Namun begitu, mungkin ada yang masih ingat dengan gelagat manis di saat Tokti hamil anak pertamanya ditolak Datuk Seri Khalid atau Datuk K dengan menggunakan kerusi roda.

Berdasarkan video yang dimuat naik ini kelihatan Datuk K menolak Tokti menggunakan kerusi roda dan kedua-dua momen anak pertama dan anak keduanya itu meraih tumpuan peminat dan pengikut diruangan Instagram terbabit.“So sweet Dk & Dssn. 1st video, Tokti pregnant Aaisyah. 2nd video, Tokti pregn4nt second baby…”

Gelagat sweet yang diterima penyanyi popular itu bagaimanapun dikatakan peminat bahawa dia memang layak disamping peminat juga tidak ketinggalan untuk mendoakan yang terbaik terhadap keluarga bahagia itu.“Selayak…”“Semoga dipermudahkan”“…nampak Datuk K dah mahir menolak wheelchair”

Ada Orang Buat Live Seolah Olah DS Siti Nurhaliza Benar Benar Sedang Membuat Sesi Siaran Langsung. Ini Satu Permintaan Dari DS Siti Nurhaliza

Satu sahaja pesanan dari Datuk Seri Siti Nurhaliza “Tolong jangan percaya!”. Menerusi hantaran di IG, DS Siti Nurhaliza minta para peminat dan oranga ramai untuk tidak mudah terpedaya dengan pembohongan menggunakan video dan imejnya yang menawarkan kepada mereka yang menonton.

tegas Siti bahawa semua itu adalah scmmer yang berniat tidak elok bagi kepentingan peribadi dan berbohong kepada masyarakat. Makin rancak aktiviti dengan agenda mereka. Mohon tolong jangan percaya,mereka siarkan video siaran langsung seolah olah saya benar benar sedang membuat sesi siaran langsung ketika itu dan menganjurkan peraduan serta pelbagai ganjaran.

“Mereka akan minta segala maklumat diri anda dan anda telah terkena! Ini scmmer!” katanya.Siti berkata, individu tidak bertanggungjawab itu melakukan perbuatan itu pada waktu yang tidak masuk akal.“Mereka buat sesi siaran langsung masa orang tidur, logik ke saya tengah ‘live’ waktu berkenaan? Boleh tengok di Instagram atau Facebook saya, @ctdk ini dan Siti Nurhaliza (page), ini sahaja akaun rasmi sosial media saya.

“Walaupun mereka tulis siaran langsung di page Facebook saya tapi jika kita peka mengenai kes ini dan berfikir, tentunya kita tak akan terkena,” katanya.Siti juga meminta individu tidak bertanggungjawab itu supaya insaf dan berhenti melakukan tindakan terbabit.

“Kepada anda yang menggunakan gambar, nama, video dan menyamar serta berbohong kepada orang ramai, saya berharap anda insaf dan hentikan perbuatan ini.“Hari ini kita seronok bohong kat orang, satu lagi tentu ada balasannya di atas semua perbuatan kita itu.

“Kepada peminat, pengguna media sosial, tolong berfikir sebelum percaya dengan penipuan seperti ini. Bantu saya untuk menyedarkan lebih ramai orang, hebahkan bahawa ini adalah satu pembohongan dan jangan terpdaya!” katanya.Siti turut berkongsi beberapa tangkap layar gambar akaun Facebook palsu yang menggunakan video dan imejnya.

Nama Dato Siti Nurhaliza Tersenarai Dalam 500 Muslim Terpengaruh Kat Dunia. Sekali Ramai Terkedu Dapat Tahu Siapa Menduduki Tempat Pertama

Buat makluman semua, Dato Siti Nurhaliza yang merupakan penyanyi tersohor negara tersenarai buat kali keenam berturut turut sebagai salah seorang muslim yang paling berpengaruh di dunia. Buat julung kalinya, Siri pernah dicalonkan pada tahun 2016 dalam kategori Seni dan Budaya dan terus mengungguli kategori tersebut dan kali ini terus mengungguli kategori terbabit pada tahun 2021.

Untuk tahun 2021,penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun pun tersenari dalam kategori yang sama. Manakala usahawan popular iaitu Datin Vivy Yusof menjadi satu staunya rakyat Malaysia yang tersenarai dalam kategori selebriti dan sukan. Menerusi IG, Siti mengucapkan rasa syukur dan menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai rezeki dari Allah SWT.

Manakala di ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri ribuan ucapan tahniah daripada para peminat penyanyi Takhta Dunia itu.Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatasi kedudukan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam senarai The World’s 500 Most Influential MusIims 2021.Senarai yang dikeluarkan oleh The Royal Islamic Strategic Centre sebuah institusi kajian bebas yang terletak di Jordan meletakkan Anwar di kedudukan ke-20 dalam senarai Pemerintah dan Ahli Politik.

Ketua Pembangkang itu berada pada satu tangga di atas Dr. Mahathir yang berada pada kedudukan ke-21. Turut disenaraikan adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.Siapa nombor 1 paling berpengaruh di dunia?Dalam senarai itu Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berada pada kedudukan pertama dan disusuli oleh Raja Arab Saudi Salman bin Abdul-Aziz Al-Saud di kedudukan ke-2.

Seterusnya di kedudukan ke-3 adalah Ayatollah Ali Khamenei yang merupakan pemimpin tertinggi Republik Islam Iran manakala pemimpin negara jiran, Presiden Indonesia berada pada kedudukan ke-8.Anwar dan Mahathir atau mana-mana individu dari Malaysia bagaimanapun tidak berada dalam senarai kedudukan 50 musIim teratas yang diungguli oleh Recep Tayyip Erdogan.

Dalam senarai itu Joko Widodo berada dalam kedudukan ke-12 dan Presiden Singapura Halimah Yacob pada kedudukan ke-37.Sementara itu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula diletakkan dalam senarai Pendakwah dan Pemimpin Kerohanian berpengaruh.Manakala ahli korporat Syed Mokhtar al-Bukhari disenarikan dalam kumpulan Dermawan, Kebajikan dan Pembangunan.

Dalam kategori Isu Sosial pengasas Sister in Islam Zainah Anwar disenaraikan antara 500 tokoh Islam berpengaruh dan ahli korporat yang juga Presiden Johor Corporation, Tan Sri Muhamammad Ali Hashim berada dalam senarai Perniagaan.Dalam senarai Sains dan Teknologi, Angkasawan Negara Dr. Sheikh Muzaphar Shukur dipilih sebagai salah seorang 500 tokoh musIim berpengaruh.

Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza dan rakan dunia hiburan Hafiz Hamidun berada dalam tokoh muslih berpengaruh dalam senarai Seni dan Budaya.Bagi kategori Selebriti dan Sukan, ikon fesyen; Vivy Yusof satu-satunya rakyat Malaysia yang disenarikan.Bagaimanapun tiada rakyat Malaysia yang disenarikan dalam kategori Penghafaz al-Quran; Media dan Pengganas Terkenal.

Ada Individu Tak Bertanggungjawab Buat Akaun Palsu DS Siti Nurhaliza. Siti Nurhaliza Dedahkan Tindakan Yang Bakal Diambil Terhadap Individu Terbabit

Sebelum ini,banyak artis Malaysia tampil dedahkan akaun palsu yang sanggup menggunakan identiti mereka untuk lariskan sesuatu mahupun kegiatan yang tidak berfaedah. Terbaru,penyanyi tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kesal apabila mengetahui wujud akaun palsu menggunakan namanya untuk memprdaya orang ramai. Siti menerusi kemaskini terbaru di IG pagi tadi turut memberi amaran kepada individu tersebut untuk memadamkan akaun tersebut. Kata Siti,belaiu difahamkan akaun tersebut cuba memprdaya orang ramai dengan menawarkan wang tunai.

Penyanyi yang sedang hamil anak kedua itu turut menyeru orang ramai melakukan ‘report’ terhadap akaun palsu berkenaan.“Akaun ini cuba scm orang, menawarkan wang tunai, memberikan cara dan syarat untuk mendapatkan wang tersebut.“Pada zaman ini kita semua kena buka minda supaya tidak terkena dengan scmmer seperti ini.

“Kepada pemilik akaun ini, sila padamkan akaun anda, atau kami kenakan tindakan tegas. Kalian jangan terpdaya kerana saya hanya ada satu akaun rasmi sahaja iaitu @ctdk, tidak ada akaun lain.“Saya tegaskan ini bukan akaun saya dan siapa yang membuat akaun ini, berbohong dan memprdaya orang, saya harap hentikan perbuatan ini. Jom kita report akaun ini beramai-ramai,” katanya.

Dalam pada itu Siti meluahkan rasa kecewa kerana perbuatan individu tidak bertanggungjawab tersebut merupakan ftnah dan menjejaskan reputasi beliau.“Siapa pula yang guna nama dan gambar saya, buat akaun dan cuba nak scam orang ni?“Jangan ambil kesempatan kepada orang lain dan menggunakan nama dan gambar saya pula, ini bukan sahaja mendatangkan ftnah tetapi reputasi saya juga,” tegas Siti.Dalam pada itu di ruangan komen, rata-rata pengikut Siti bersetuju tindakan tegas diambil terhadap scmmer terbabit.

Dijangka Bersalin Anak Kedua Pada April Tahun Hadapan. DS Siti Nurhaliza Dedah Sesuatu Berkenaan Persiapan Selepas Dikatakan Bakal Menerima Bayi Lelaki

Siti Nurhaliza dijangka bersalin anak kedua pada April tahun hadapan.BAKAL melahirkan cahaya mata lelaki pada April tahun hadapan, penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui masih belum membuat sebarang persiapan dari segi barang-barang bayi keduanya.

Menurut Siti, dia akan membeli pakaian dan barang keperluan baharu memandangkan kelahiran pertamanya iaitu Siti Aafiyah dipenuhi dengan warna merah jambu yang tidak sesuai untuk bayi lelaki.Kata penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini, dia hanya akan membuat kesemua persiapan tersebut apabila kandungannya sudah mencecah usia tujuh bulan.

Siti buat persiapan selepas cecah tujuh bulan.“Persiapan kalau soal barang-barang baby… masih belum lagi beli. Memang kena beli yang baru sebab baby boy sebab Aafiyah punya barang semua warna pink.“Jadi, rasa-rasanya saya akan membeli bila kandungan sudah mencecah tujuh bulan nanti. Insya-Allah ketika itu, saya akan persiapkan semuanya,” kata Siti Nurhaliza kepada mStar.

Sebelum ini, Siti Nurhaliza berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata lelaki ketika ditemani suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerusi siaran langsung bersama Shopee baru-baru ini.Menerusi laporan mStar pada 12 Disember lalu, suaminya yang dikenali sebagai Datuk K turut mendedahkan nama anak kedua mereka akan bermula dengan Muhammad dan seterusnya huruf A.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 41 tahun ini mengakui dia berasa gementar untuk melahirkan bayi kedua biarpun pernah melalui pengalaman tersebut yang dianggap berbeza.Bagaimanapun, Siti berharap semua orang termasuk peminatnya dapat mendoakan agar dirinya sentiasa sihat dan kuat supaya dapat melalui proses bersalin dalam keadaan baik.

“Dari segi mental dan fizikal… saya akui memang agak nervous juga. Walaupun saya dah pernah melahirkan seorang cahaya mata perempuan tapi saya percaya ia merupakan pengalaman yang berbeza.Siti bersama suaminya, Datuk K dan Aafiyah.“Saya harapkan, semua orang dapat mendoakan agar saya sentiasa sihat dan kuat untuk melahirkan anak kedua saya dengan baik… Insya-Allah,” ujarnya.

Siti sebelum ini pernah mengalami kehilangan kandungan pada November 2015. Dia kemudiannya berkongsi berita kehamilan pada tahun 2017 iaitu selepas 11 tahun berkahwin dengan Datuk K.Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan bernama Siti Aayah yang kini berusia dua tahun.

Ramai Yang Berteka Teki Akhirnya Siti Nurhaliza Dedahkan Jantina Ank Kedua Dia. Rupanya Dalam Diam Ini Jantina Ank TokTi

IMPIAN Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk dikurniakan cahaya mata lelaki akhirnya tercapai apabila penyanyi tersohor negara itu berkongsi berita gembira tersebut pada Ahad. Siti, 41, ditemani suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerusi siaran langsung bersama Shopee mengumumkan jantina cahaya mata kedua yang dijangka akan lahir pada April tahun hadapan.

“Memang secara ikhlas dalam hati, kalau dapat sepasang anak memang seronok. Sebab ada girl dan boy… tapi saya sentiasa terima apa saja yang akan lahir nanti,” kata Siti. Manakala suaminya yang dikenali sebagai Datuk K mendedahkan nama anak keduanya akan bermula dengan Muhammad dan seterusnya dengan huruf A.

“Semua anak lelaki bermula dengan Muhammad dan nama seterusnya bermula dengan huruf A. Apa-apa pun, saya bersyukur dengan anugerah terindah ini,” katanya. Penyanyi lagu 7 Nasihat ini turut berkongsi mengenai kerjasama

dengan jurusolek artis iaitu Nuex Rosli dengan mengeluarkan produk terbaharu menerusi Shopee Live pada Sabtu. Pada 1 Disember lalu, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu ini mengumumkan dirinya sedang hamil empat bulan ketika sidang media pelancaran produk Beausiti X Wonderlab.

Menerusi laporan mStar pada 2 Disember, Siti berkata emosinya mudah tersentuh dan cepat berasa letih di awal kandungannya ini namun tidak mengalami alahan yang teruk. Siti juga mengakui timbul kebimbangan hamil dalam keadaan pandemik Covid-19, justeru itu dia lebih berhati-hati dengan tidak keluar rumah jika tiada urusan penting.

Dalam pada itu, Siti mendedahkan dia tidak boleh lagi makan makanan yang pedas seperti biasa sepanjang tempoh kehamilannya. “Saya tak ada mengidam makanan yang bukan-bukan atau yang susah didapati. Cuma, yang saya rasa lain sebelum dan semasa hamil ini, saya tak boleh makan pedas.

“Sedangkan sebelum ini, saya suka sangat makan makanan pedas. Bila mengandung ini, tak boleh pula. Jadi, bila makan itu rasa tak puas. Hanya makan sup dan selera pun tak ada,” ujarnya. Siti sebelum ini pernah mengalami kegguran pada November 2015.

Dia kemudiannya berkongsi berita kehamilan pada tahun 2017 iaitu selepas 11 tahun berkahwin dengan Datuk K. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan bernama Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.