Azizul muat naik gambar tidur sekali dengan pingat. Sekali benda ni pulak yang warganet perasan.

Sukan

PETALING JAYA – Perkongsian gambar memaparkan atlet berbasikal negara, Datuk Mohammad Azizulhasni Awang ‘tidur’ berkain pelikat disamping pingat perak yang dimenanginya di laman sosial rasmi milik atlet itu mencuit hati orang ramai.

Gambar tersebut dikongsi sendiri oleh Mohammad Azizulhasni dengan kapsyen “Gambar wajib, simpan sini.” itu mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya mengharapkan atlet berasal dari Terengganu itu boleh tidur nyenyak malam ini selepas bertungkus-lumus dalam perlumbaan keirin tengah hari tadi.

“Hati-hati Datuk, berat medal tu takut patah katil. Apa-apa pun selamat malam Datuk,” kata Sharil. “Pakai kain pelikat masa tidur yang mahal tu. Apa-apapun tahniah Datuk, semoga menjadi inspirasi kepada anak muda yang mahu mengikut jejak langkah Datuk,” kata Wardina.

“Tahniah Datuk, boleh tidur nyenyak malam ini. Terima kasih bawa sedikit sinar untuk negara hari ini,” ciap MalaysianLady. Di ruang komen juga dilihat beberapa pengguna media sosial menyatakan keterujaan mereka menantikan vlog terbaharu di laman YouTube Mohammad Azizulhasni mengenai pengalamannya sepanjang berada di Tokyo bagi temasya sukan Olimpik itu.

“Datuk, nanti buat video YouTube lagi, suka tengok pengalaman sepanjang Olimpik Tokyo di YouTube Datuk,” kata DivaSekolah. Terdahulu, Mohammad Azizulhasni berjaya merangkul pingat perak melalui acara keirin di sukan Olimpik Tokyo 2020 hari ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:K!ONLINE

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.