Azwan Ali pernah ada hati dengan Ziana Zain tapi ditolak. Akhirnya buat pertama kali Ziana Zain tampil bersuara bongkarkan punca dia tolak cinta Azwan Ali.

Artis

Air mata jantan pengacara Azwan Ali berguguran apabila berbicara tentang hubungan istimewanya bersama penyanyi Ziana Zain. Menerusi program Lagu Cinta Kita musim kedua, Azwan diminta rakan pengacara Elly Mazlein memberi komen sama ada Ziana yang sudah lama Azwan kenali mungkin boleh menjadi teman wanitanya.

Pada mulanya, Azwan Ali tanya terus terang kepada Ziana Zain kenapa Ziana Zain tidak menerima cintanya pada satu masa dulu. Ziana Zain secara berjenaka memberitahu dia menolak cinta Azwan Ali sebab dia bukan citarasanya atau menurut ayatnya “not my taste”.

“Saya kenal Ziana dah lama. Jangan judge (hakimi) kami dan saya menghormati Ziana sebagai seorang kawan yang begitu lama saya kenal,” kata Azwan atau nama sebenarnya, Mohamed Azwan Ali itu seraya air matanya berlinangan.

Berbunyi remeh, namun emosi Azwan bertukar sebak saat menjawab pertanyaan tersebut. Azwan, 54, yang cukup dikenali dengan gelaran Diva AA turut memohon maaf kepada ibu bapa Ziana kerana sudah lama mereka tidak bertemu antara satu sama lain.

“Saya minta maaf kepada Pak Zain dan Cik Robiah. Lama saya tak jumpa,” kata Azwan dalam keadaan teresak-esak.Ziana yang turut dijemput sebagai tetamu undangan dalam program realiti berkenaan memaklumkan orang lain tidak kenal Azwan sebagaimana dirinya mengenali figura itu.

“Orang kalau tak kenal diknon (panggilan manja buat Azwan), mereka tak kenal. Walaupun orang gosipkan saya dengan diknon macam-macam tetapi hubungan saya dengan dia, kita sahabat. “Walaupun bertahun saya tak jumpa dia, saya selalu telefon dan bertanya khabar. Sahabat dan kawan itu adalah dua pengertian yang berbeza,” tutur pelantun lagu Dingin itu.

Azwan pernah menaruh perasaan terhadap Ziana suatu ketika dahulu namun cintanya bertepuk sebelah tangan. Terdahulu, dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia, Azwan ada menjawab persoalan sama ada dia mahu mengahwini Ziana. Jawab Azwan, urusan tersebut adalah antara dirinya dan Ziana. Orang lain tidak perlu sibuk. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: K! ONLINE

Disoal Tentang Diknon (Ziana Zain), Sekali Air Mata Jantan Azwan Ali Gugur

Air mata jantan pengacara Azwan Ali berguguran apabila berbicara tentang hubungan istimewanya bersama penyanyi Ziana Zain. Menerusi program Lagu Cinta Kita musim kedua, Azwan diminta rakan pengacara Elly Mazlein memberi komen sama ada Ziana yang sudah lama Azwan kenali mungkin boleh menjadi teman wanitanya. Berbunyi remeh, namun emosi Azwan bertukar sebak saat menjawab pertanyaan tersebut.

“Saya kenal Ziana dah lama. Jangan judge (hakimi) kami dan saya menghormati Ziana sebagai seorang kawan yang begitu lama saya kenal,” kata Azwan atau nama sebenarnya, Mohamed Azwan Ali itu seraya air matanya berlinangan. Azwan, 54, yang cukup dikenali dengan gelaran Diva AA turut memohon maaf kepada ibu bapa Ziana kerana sudah lama mereka tidak bertemu antara satu sama lain. “Saya minta maaf kepada Pak Zain dan Cik Robiah. Lama saya tak jumpa,” kata Azwan dalam keadaan teresak-esak. Ziana yang turut dijemput sebagai tetamu undangan dalam program realiti berkenaan memaklumkan orang lain tidak kenal Azwan sebagaimana dirinya mengenali figura itu.

“Orang kalau tak kenal diknon (panggilan manja buat Azwan), mereka tak kenal. Walaupun orang gosipkan saya dengan diknon macam-macam tetapi hubungan saya dengan dia, kita sahabat. Walaupun bertahun saya tak jumpa dia, saya selalu telefon dan bertanya khabar. Sahabat dan kawan itu adalah dua pengertian yang berbeza,” tutur pelantun lagu Dingin itu.

Azwan pernah menaruh perasaan terhadap Ziana suatu ketika dahulu namun cintanya bertepuk sebelah tangan. Terdahulu, dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia, Azwan ada menjawab persoalan sama ada dia mahu mengahwini Ziana. Jawab Azwan, urusan tersebut adalah antara dirinya dan Ziana. Orang lain tidak perlu sibuk.

Cinta Berputik Kembali –Azwan Ali Jumpa Ziana Zain

Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih mesra dengan panggilan Diva AA sering menjadi perhatian warganet di laman media sosial. Terbaru, Diva AA ada berkongsi cerita telah bertemu dengan penyanyi Ziana Zain dalam mimpi.

Lalu, hos rancangan Lagu Cinta Kita Musim Kedua ini memuat naik swa-foto bersama Ziana Zain di akaun Instagram miliknya. Dalam pada itu, Diva AA turut meminta warganet untuk mentafsir mimpi yang dialami olehnya itu.

“MALAM TADI DIVA ZIANA ZAIN. DATANG JENGUK DIVA AA ! WE CHATS A LOT ! SHE LAUGHED ALL THE WAY ! DEQ NON ! TOLONG LAH TUP X 3 ? TERJAGAAAAA MIMPIIIII KAEDAH NYA ?” SAPA TERROR TAFSIR MIMPI TU ? TAG HER ? DAPAT RM200! TC APPLIES! #KoGHASE,” tulisnya.

Komen warganet

Kemunculan semula, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA sebagai pengacara program Lagu Cinta Kita 2 selama dua episod di kaca televisyen telah mencuri perhatian penonton. Malah bukan sahaja warganet, pelakon Nad Zainal turut berpendapat Azwan merupakan seorang pengacara TV terbaik dalam industri pengacaraan negara ini.

Sumber – K! ONLINE

Rata-Rata Kali Ini Ramai Warganet Memuji Azwan Ali. Warganet Meminta Azwan Ali Membuang Watak Lembutnya Itu.

Penampilan berbeza Azwan Ali mendapat pujian ramai. Selepas muncul menerusi program Lagu Cinta Kita musim kedua pada Ahad, nama pengacara Azwan Ali mula menjadi sebutan warganet. Rata-rata terkejut dengan penampilan kemas Azwan atau dikenali sebagai Diva AA yang berambut pendek dan mengenakan sut.

Menurut Azwan, 54, dia perlu bersikap profesional dalam melaksanakan tugas sebagai pengacara program televisyen tanpa perlu mengundang kontroversi. “Memang orang kenal imej Diva AA dengan perwatakan pondan, lembut dan mulutnya cakap lepas. Tapi kali ini saya kena hormat tanggungjawab sebagai pengacara program yang bersesuaian dengan imej dan watak,” katanya. Pada kali ini, Azwan bergandingan dengan Elly Mazlien sebagai pengacara.

Menerusi saluran YouTube, nama Azwan menjadi topik perbualan warganet yang kagum dengan perubahan yang ditampilkannya ketika mengacarakan program Lagu Cinta Kita bersama Elly Mazlien.

“Azwan Ali 2020 terbaik… welcome back! “Kalau Diva AA terus kekal macam ni, buang imej pondan… boleh hanyut pengacara lain. Silap-silap Nabil pun tenggelam. “Jika dia terus dengan kegagahan macam ni aku percaya lagi banyak job dia akan dapat. Nak jadi Diva AA tu kat luar je la… apabila masuk TV jadi macam ni,” demikian komen beberapa warganet.

Bercerita lanjut tentang pujian warganet dengan imejnya itu, Azwan berkata dia bukan seorang yang hipokrit dan akan tetap menjadi diri sendiri.

“Kalau kita bergaya dan berpakaian smart semua untuk kerja, tak perlu kita menipu siapa kita di celah-celah masyarakat. Watak saya dekat luar pun lain cerita, saya taknak jadi hipokrit!” katanya.

Selepas Ini Akan Lebih Berhati Hati Untuk Percaya Orang. Ternyata Ini Yang Terjadi Kepada Azwan Ali Selepas Mendakwa Dirinya Ditipu Oleh Seseorang Ini.

Personaliti terkenal, Azwan Ali atau lebih sinonim dengan panggilan Diva AA mendakwa dirinya telah ditipu bekas pengurus, baru-baru ini. Menurut Diva AA, individu berkenaan dikatakan tidak bersikap jujur dengan dirinya sepanjang berkerjasama, sebelum ini.

“Pada mulanya dia yang beria-ria cari aku kononnya peminat fanatik untuk berkerja dengan aku. Selepas itu saya tidak ada apa-apa masalah pun dengan dia, semua okey. “Kemudian dia tidak bersikap jujur dan telus dengan saya menjadi punca ini semua terjadi.

“Saya tak boleh nak berkerja dengan orang macam ni tambahan pula dia ada kes polis. “Benda ni saya nak dia sedar… bila kau ada kes polis dan berkerja dengan aku, tak pernah nak jujur dengan aku, jadi saya harap dia selesaikan kes dia dengan polis dengan segera.

“Jadi sudah pasti selepas ini saya akan lebih berhati-hati untuk percaya dengan orang di sekeliling saya,” katanya kepada MH. Dalam perkembangan lain, Diva AA kini sedang bergiat aktif menjalankan perniagaan minyak angin jenamanya sendiri.

Sebagai permulaan sebanyak 5,000 botol dikeluarkan dengan kandungan 10 mililiter pada harga RM11 sebotol. Minyak Angin Diva AA ‘See My Level’ ini sesuai digunakan untuk mereka yang mengalami masalah sakit sendi, otot dan sebagainya.

Sumber: Media Hiburan

Rata-Rata Kali Ini Ramai Warganet Memuji Azwan Ali. Warganet Meminta Azwan Ali Membuang Watak Lembutnya Itu.

Penampilan berbeza Azwan Ali mendapat pujian ramai.Selepas muncul menerusi program Lagu Cinta Kita musim kedua pada Ahad, nama pengacara Azwan Ali mula menjadi sebutan warganet.Rata-rata terkejut dengan penampilan kemas Azwan atau dikenali sebagai Diva AA yang berambut pendek dan mengenakan sut.

Menurut Azwan, 54, dia perlu bersikap profesional dalam melaksanakan tugas sebagai pengacara program televisyen tanpa perlu mengundang kontroversi. “Memang orang kenal imej Diva AA dengan perwatakan pondan, lembut dan mulutnya cakap lepas. Tapi kali ini saya kena hormat tanggungjawab sebagai pengacara program yang bersesuaian dengan imej dan watak,” katanya. Pada kali ini, Azwan bergandingan dengan Elly Mazlien sebagai pengacara.

Menerusi saluran YouTube, nama Azwan menjadi topik perbualan warganet yang kagum dengan perubahan yang ditampilkannya ketika mengacarakan program Lagu Cinta Kita bersama Elly Mazlien.“Azwan Ali 2020 terbaik… welcome back!“Kalau Diva AA terus kekal macam ni, buang imej pndan… boleh hanyut pengacara lain. Silap-silap Nabil pun tenggelam.

“Jika dia terus dengan kegagahan macam ni aku percaya lagi banyak job dia akan dapat. Nak jadi Diva AA tu kat luar je la… apabila masuk TV jadi macam ni,” demikian komen beberapa netizen.Mas Idayu menjadi juri tetap Lagu Cinta Kita 2.

Bercerita lanjut tentang pujian warganet dengan imejnya itu, Azwan berkata dia bukan seorang yang hipokrit dan akan tetap menjadi diri sendiri.“Kalau kita bergaya dan berpakaian smart semua untuk kerja, tak perlu kita men1pu siapa kita di celah-celah masyarakat. Watak saya dekat luar pun lain cerita, saya taknak jadi hipokrit!” katanya.

Selepas Ini Akan Lebih Berhati Hati Untuk Percaya Orang. Ternyata Ini Yang Terjadi Kepada Azwan Ali Selepas Mendkwa Dirinya Ditpu Oleh Seseorang Ini.

Personaliti terkenal, Azwan Ali atau lebih sinonim dengan panggilan Diva AA mendakwa dirinya telah ditpu bekas pengurus, baru-baru ini. Menurut Diva AA, individu berkenaan dikatakan tidak bersikap jujur dengan dirinya sepanjang berkerjasama, sebelum ini.

“Pada mulanya dia yang beria-ria cari aku kononnya peminat fanatik untuk berkerja dengan aku. Selepas itu saya tidak ada apa-apa masalah pun dengan dia, semua okey. “Kemudian dia tidak bersikap jujur dan telus dengan saya menjadi punca ini semua terjadi.

“Saya tak boleh nak berkerja dengan orang macam ni tambahan pula dia ada kes polis. “Benda ni saya nak dia sedar… bila kau ada kes polis dan berkerja dengan aku, tak pernah nak jujur dengan aku, jadi saya harap dia selesaikan kes dia dengan polis dengan segera.

“Jadi sudah pasti selepas ini saya akan lebih berhati-hati untuk percaya dengan orang di sekeliling saya,” katanya kepada MH. Dalam perkembangan lain, Diva AA kini sedang bergiat aktif menjalankan perniagaan minyak angin jenamanya sendiri.

Sebagai permulaan sebanyak 5,000 botol dikeluarkan dengan kandungan 10 mililiter pada harga RM11 sebotol. Minyak Angin Diva AA ‘See My Level’ ini sesuai digunakan untuk mereka yang mengalami masalah sakit sendi, otot dan sebagainya.Sumber: Media Hiburan

Sebelum ini dikritik teruk dengan Azwan Ali gara gara memenangi Anugerah Juara Lagu tahun lepas. Kalini ini lain pula yang terjadi antara Diva AA dan Naim Daniel. Kisah selanjutnya disini.

Pastinya ramai yang mengingati kontroversi yang terjadi antara penyanyi terkenal, Naim daniel dengan pengacara popular, Azwan Ali atau mesra di sapa Diva AA selepas kemenangan Naim di Anugerah Juara Lagu tahun lepas. Diva AA telah mengkritik Naim dengan perkataan ‘jadah’ susulan tidak begitu mengenali penyanyi muda tersebut sehingga menjadi perdebatan susulan tindakan Naim yang membalas tweet yang dibuat Diva AA.

Siap promote lagi. Namun, selepas setahun perkara itu berlalu dan mereka pun sudah berdamai, Naim Daniel telah memuat naik satu video bertemu dengan Azwan Ali sambil menyanyikan lagu terbaru darinya berjudul ‘Purnama’. Lebih menggembirakan lagi, Diva AA turut mempromosikan lagu Naim Daniel dengan mengajak warganet semua mendengarkan  lagu itu yang merupakan karya terbaru penyanyi berbakat besar tersebut.

Dalam kapsyen yang dinyatakan dalam video tersebut di Instagram, Naim menulis bahawa kasih dan sayang akan sentiasa menang. Ayat itu membuatkan ramai peminatnya merujuk kepada kenyataan yang dibuat Diva AA sebelum ini sehingga mencetuskan isu pada AJL yang lalu. Jangan membnci orang yang menjatuhkanmu .Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet memuji cara naim Daniel mengendali keadaan dengan tenang dan penuh budi bahasa. Dia juga langsung tidak mempunyai masalah dengan Diva AA dan kekal berdamai sehingga ke hari ini. “Terus sebarkan rasa positif.

Hubungan sesama manusia adalah sebahagian daripada kehidupan kita yang mengimpikan kesejahteraan dan kemakmuran. Kita melihat bagaimana Islam mengajar umatnya berinteraksi sesama manusia dengan cara yang baik dan akhlak mulia. Islam mengajar kita bahawa seorang Muslim yang beriman akan memegang prinsip asas di mana jika kita tidak dapat memberi manfaat kepada seseorang, maka jangan memudaratkan mereka.

Jika kita tidak dapat menggembirakan, maka jangan sedihkan mereka. Jika kita tidak dapat memuji, janganlah mengkritiknya. Islam menekankan bahawa menggembirakan orang lain adalah satu kewajipan. Kata-kata pujangga menyebut: “Lakukanlah kebaikan kepada sesiapa sahaja. Jika kebaikan dilakukan pada orang yang betul, maka benarlah kamu. Dan jika dilakukan kepada orang yang salah maka kamu juga sebahagian daripada kebaikan.”- BHONLINE

Sumber: Oh My Media

Mengejutkan Azwan Ali sudah tekad tak mahu berubah biarpun dirinya sudah dikatakan berumur. Ini respon Azwan Ali dengan kritikan warganet itu.

Meskipun usianya kini sudah menganjak 54 tahun, pengacara sensasi Azwan Ali berkata usia semakin meningkat bukan alasan untuk dia berubah daripada terus mengeluarkan kata-kata negatif kepada individu tertentu. “Umur bukan penghalang, Diva mengeluarkan kata-kata bisa hanya untuk mereka yang selayaknya! Walaupun aku bertongkat nak tunggu masuk tanah pun… aku akan hmun kau!…” katanya kepada mStar Online. Dalam pada itu, Azwan meluahkan rasa syukur produk minyak angin Diva See My Level keluarannya berjaya mendapat tempat dalam kalangan pengguna. Katanya lagi, minyak yang dikeluarkan itu ditujukan khas kepada haters yang tidak pernah berhenti mengkritiknya.

Teringat sesuatu ini Azwan Ali terus mengalirkan air matanya sehingga mendapat perhatian warganet. Rupanya ini punca yang berlaku.

Pengacara terkenal Azwan Ali meluahkan rasa kecewanya apabila sehingga hari ini masih ramai yang tak suka dan mengkritiknya di media sosial. Menurut Azwan, mereka mungkin lupa bahawa hidup ini telah ditentukan oleh Allah SWT. “Hari ini bila saya dah keluarkan produk minyak angin saya, perasaan sebak tu membuak-buak. “Saya sebak sangat bila memikirkan selama ini ramai betul tak suka dan kritik saya.

Menurut Azwan Ali lagi, kesedihan dia juga itu turut dibayangi kisah lama membabitkan dulu bapanya iaitu Haji Ali. “Sebenarnya ada kisah jugga di sebalik produk minyak angin saya ini. Kalau nak tahu dulu ayah selalu masak minyak urut. “Waktu tu saya kecil lagi depan mata saya dia masak. “Ayah memang pandai masa minyak angin gunakan ramuan tradisinya. “Jadi saya sebak sangat. Tak terfikir pula saya akan mengeluarkan produk yang khasiat dan keberkesanannya sangat sama,” katanya.

Difahamkan, minyak angin Diva AA See My Level ini berkesan untuk mengurangkan sakit sendi, lutut, kepala dan s3ngal-s3ngal badan. Terdahulu pernah dikaitkan Diva AA ini dengan Naim Daniel. Siapa sangka disebalik ucapan tahniah dan kegembiraan yang diterima penyanyi Naim Daniel setelah beliau berjaya menjulang AJL 34, masih ada segelintir individu yang bersikap “kurang ajar” terhadap penyanyi tersebut. “Siapa JADAH ni? Semak stage kunun Juara”- Azwan Ali

Belum pun tamat isu kontroversi bersama Dato Vida, Azwan Ali atau DIVA AA sekali lagi menimbulkan isu sensasi di laman sosial media. Menerusi laman twitter DIVA AA, Azwam memuat naik status dan mendakwa dia tidak mengenali penyanyi lagu ‘Sumpah’. Azwan Ali juga turut mengeluarkan kenyataan dengan memanggil Naim Daniel panggilan yang agak melampau.  “Sayalah JADAH yang support Uncle Azwan ketika PRU14”- Naim Daniel

Tidak menunggu lama, Naim Daniel terus membalas tweet DIVA AA dengan memperkenalkan dirinya dan memberitahu bahawa dia pernah menjadi penyokong setia Azwan Ali sewaktu PRU ke 14. Naim turut memberitahu bahawa dia sedar dia masih perlu belajar banyak perkara dan berdoa semoga Azwan Ali sentiasa dilindungi Tuhan.  Rata-rata warganet di Twitter menasihatkan agar Naim Daniel tidak menghiraukan kata-kata Azwan Ali, malah mereka juga mengatakan bahawa kematangan individu tidak berlandaskan faktor umur semata-mata. SUMBER: GEMPAK