Azzam Sham luah rasa tak sedih tatkala Farisha tersingkir di rancangan secara langsung Meletop. Farisha terus tulis luahan hatinya sehinggakan meraih perhatian ramai

Artis

Farisha Iris kecewa apabila mendengar kenyataan Azzam dalam program MeleTOP. PESERTA Big Stage 2020, Farisha Iris terluka hati dengan kenyataan penyanyi Azzam Sham semasa temubual secara langsung dalam program MeleTOP, Selasa lalu. Menurut Farisha, dia kecewa apabila jawapan yang diberikan oleh Azzam dan empat peserta lain seolah-olah meraikan penyingkirannya dalam program realiti itu.

“Saya tak sedih langsung kerana tersingkir. Tiada terlintas di hati… tetapi saat melihat video itu, saya kecewa dan sedih atas kenyataan tersebut seolah-olah gembira atas penyingkiran saya.”Kenyataan tersebut seolah-olah, ‘nasib baik Farisha yang tersingkir dan bukan Qody’… sepatutnya tahu program itu siaran langsung, seharusnya tahu etika menjawab soalan dan menjaga sensitiviti,” katanya.

Penyanyi lagu Bebel itu menulis luahan hatinya menerusi laman Twitter pada Sabtu. Luahan kecewa Farisha di Twitter.Menerusi temubual dalam program MeleTOP, pengacara Nabil Ahmad dan Wawa Zainal bertanyakan kepada lima penyanyi yang layak ke pentas akhir mengenai perasaan mereka tanpa saingan peserta wanita.

Menjawab pertanyaan tersebut, Azzam memberitahu dia menerima banyak komen daripada peminat yang hairan melihat mereka lebih bersedih apabila nama Qody diumumkan antara yang akan tersingkir.”Ramai orang tanya bila Farisha tersingkir kami semua tak nangis tapi bila abang Qody (hampir) tersingkir kami menangis, mereka pelik!,” jawab Azzam.

Saya tak bnci dia, dia kawan saya. Saya sayang persahabatan ini tetapi ia mengecewakan saya. Jangan risau saya tak simpan dndam cuma bersedih!

Luahan kecewa Farisha itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikut dan ada yang memintanya berfikir secara rasional serta tidak menjadikan hal itu sebagai isu yang akan merosakkan persahabatan mereka. Bagaimanapun, Farisha berkata dia memerlukan sedikit masa untuk mengubati kekecewaan itu.

Lima peserta akhir di temubual dalam program MeleTOP, baru-baru ini.“Anda semua boleh terangkan apa sahaja anda mahu kerana anda tak rasa apa saya rasa. Kamu bukan di tempat saya. Kamu tak tahu apa saya rasa.”Saya tak bnci dia, dia kawan saya. Saya sayang persahabatan ini tetapi ia mengecewakan saya. Jangan risau saya tak simpan dndam cuma bersedih.

“Hati yang hancr bukan mudah untuk diubati, ia memerlukan masa. Saya boleh gelak ketawa, happy go lucky tapi saya ada hati dan perasaan,” ujarnya.Pada konsert minggu ketujuh Ahad lalu, pengumuman penyingkiran Qody dan satu-satunya peserta wanita iaitu Farisha Iris di peringkat separuh akhir mengejutkan banyak pihak.

Namun, selepas beberapa minit pengumuman dibuat, Astro mengundang ‘drama’ apabila Qody dimasukkan semula sekaligus melayakkannya meneruskan perjuangan di pentas akhir Big Stage 2020.Selain Qody dan Azzam Sham, penyanyi lain yang layak ialah Usop, Dinie Rashid dan Fadh Majid.Konsert Akhir Big Stage 2020 akan berlangsung pada Ahad ini.-mstar

Emosi Qody jadi ‘sasaran’ Big Stage, layak masuk final selepas gimik tersingkir bersama Farisha Iris

Farisha (kanan) gagal mara ke final manakala Qody (kiri) berjaya meneruskan saingan minggu depan.PENGUMUMAN penyingkiran penyanyi Qody Rany dan Farisha Iris daripada program Big Stage 2020 di peringkat separuh akhir mengejutkan banyak pihak.Namun lebih mengejutkan selepas beberapa minit pengumuman dibuat, Astro mengundang ‘drama’ apabila Qody dimasukkan semula sekaligus melayakkannya meneruskan perjuangannya di pentas akhir rancangan tersebut pada minggu hadapan.

Ini bermaksud Farisha sebagai satu-satunya peserta wanita yang menyanyikan lagu Semalam dan Ratusan Purnama tersingkir selepas menerima markah sebanyak 68.50.Menurut juri jemputan iaitu penyanyi Datuk Shafinaz Selamat, meskipun persembahan Farisha berada pada tahap baik namun suara atas (top note) kedengaran seperti sngau dan perlu diperbaiki lagi.

Dari kiri Azzam Sham, Usop, Fadh Majid, Qody dan Dinie Rashid.“Saya harapkan persembahan awak bertahap tidak kurang daripada semi final. Maksudnya, saya nak yang terbaik sahaja. Persembahan awak daripada segi diction, clarity serta tone sudah cantik, tapi perlu fokus pada dinamik persembahan.“Sebab graf pesermbahan hari ini sama saja… mendatar. Tapi lower range awak bagus cuma top note agak sngau.

“Cara nak tahu senang saja… cuba tutup hidung, mesti tahu sngau ke tak, ” kata Shafinaz.Sementara itu penyanyi Azzam Sham menerima markah tertinggi iaitu sebanyak 81.9 peratus, diikuti oleh Usop (75.6) Fadh Majid (73.1), Qody (71.7) dan Dinie Rashid sekaligus melayakkan mereka ke pentas akhir.

Kesemua peserta diadili oleh tiga juri tetap iaitu Dayang Nurfaizah, Ajai serta Faizal Tahir manakala seperti biasa penyanyi Elly Mazlein pula merupakan presiden netizen.Big Stage dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).Juara Big Stage akan memenangi wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro dan pemenang tempat kedua serta ketiga pula bakal membawa pulang wang RM50,000 dan RM25,000 serta trofi.Nak macam-mstar

Sheryl Shazwanie mengaku lama simpan perasaan terhadap Azzam Sham – “Ciri-ciri lelaki idaman saya ada pada dia”

Sheryl akui sudah lama menyimpan perasaan terhadap Azzam.TANPA berselindung penyanyi baharu Sheryl Shazwanie mengakui mula menyimpan perasaan terhadap Azzam Sham sejak penyanyi itu menyertai realiti nyanyian kanak-kanak Idola Kecil.Menurut Sheryl atau nama sebenarnya Sheryl Shazwanie Shamsulbahri, 23, hubungan mereka mula rapat selepas masing-masing berada di bawah syarikat pengurusan sama sejak lima tahun lalu.

“Sebenarnya saya dah lama crush dengan Azzam, sejak dia dalam rancangan realiti nyanyian kanak-kanak Idola Kecil lagi tapi ketika itu masing-masing masih kecil lagi.”Tapi saya tak sangka akan berjumpa dia dan berada dalam syarikat pengurusan yang sama. Kami berada dalam pengurusan yang sama sejak lima tahun lalu dan lama-kelamaan jadi semakin rapat.Sheryl pertama kali berduet dengan Azzam.

“Apa yang membuat saya suka dan selesa dengan Azzam sebab sikap dan personalitinya. Ciri-ciri lelaki idaman saya ada pada Azzam,” kata Sheryl kepada mStar.Peserta program Big Stage musim kedua ini mendedahkan perkara itu menerusi siaran langsung Instagram (IG Live) bersama mStar pada Jumaat.

Hubungan cinta pasangan penyanyi remaja itu sememangnya sudah diketahui umum dan kini mereka bergandingan menerusi lagu duet berjudul Jika Ini Takdirnya.Dalam pada itu, Sheryl mengakui dia tidak mempunyai bakat dalam lakonan namun berhasrat ingin trjun dalam bidang pengacaraan sekiranya diberi peluang.Sheryl teringin ceburi bidang pengacaraan.

“Minat pada lakonan itu tiada sebab saya sedar diri tiada bakat dalam bidang itu. Tapi saya ada juga teringin nak ceburi bidang pengacaraan.”Tapi buat masa ini belum ada peluang lagi. Jika saya diberi peluang, teringin juga mengacara untuk program seperti Nona yang lebih formal.”Sebelum itu, saya nak kena banyak explore dan belajar mengenai pengacaraan terlebih dahulu. Insya-Allah mana tahu ada rezeki selepas ini,” ujarnya.-mstar

Azzam Sham Pernah Mntah Di Pentas Kerana Gemuruh

Bagaimanapun, Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham, 19,  berkata, dia kini dapat mengawal perasaan tersebut sedikit demi sedikit selepas enam tahun berada dalam industri seni tanah air.”Saya memang ada perasaan gemuruh yang keterlaluan yang mana serta merta rasa mu4l dan ingin mntah. Saya pernah termuntah di pentas nyanyian ketika menyertai pertandingan Idola Kecil musim kedua dahulu.”Ketika itu produksi bawa saya ke klinik kerana bimbang dengan keselamatan dan doktor memberitahu saya keracunn makanan, walhal saya tahu perkara itu terjadi disebabkan rasa gemuruh,” ujarnya kepada mStar Online.

Azzam berkata, setelah enam tahun dalam bidang ini, dia berjaya mengawal rasa gemuruh tersebut secara perlahan-lahan.Katanya, perasaan tersebut berkurangan selepas dia semakin dewasa dan mempunyai keyakinan diri.”Saya sertai Idola Kecil ketika umur saya 12 tahun dan ketika itu memang takut untuk nyanyi di atas pentas dan hadapan orang ramai kerana tiada pengalaman.”Sekarang bila semua itu sudah biasa, rasa gemuruh pun semakin berkurangan. Ia timbul bila saya buat perkara yang saya kurang yakin atau pertama kali melakukannya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Azzam yang baharu sahaja melancarkan single keduanya berjudul Cinta Sejatiku mengakui menerima maklum balas daripada peminat dari Indonesia di laman sosial.Katanya, ramai ramaja negara jiran itu yang memberi komen positif tentang lagu tersebut apabila mendengarnya menerusi lamanYoutube.”Alhamdulillah, lagu Cinta Sejatiku sudah mula dimainkan di radio-radio tempatan dan yang saya pelik apabila ramai orang Indonesia yang komen tentang lagu ini di Instagram saya.

“Mereka suka dan memberitahu rakan-rakan lain supaya mendengar lagu tersebut di Youtube,” katanya.Azam berkata, perkara itu terjadi mungkin disebabkan klip video Cinta Sejatiku dilakukan di Jakarta Indonesia.”Video klip dibuat di Indonesia dan mungkin kerana itu mereka suka serta menyuruh rakan-rakan mereka yang lain untuk menonton,” ujarnya.Dalam perkembangan lain, Azzam berkata dia kini sibuk berlakon untuk drama siri Oh My English! Class of 2015 musim keempat.-mstar

Azzam tak persia peluang

PEMBABITAN Azzam Sham dalam kerjaya seni terutama nyanyian bermula sejak kanak-kanak apabila pernah menyertai pertandingan Idola Kecil musim kedua di TV9.Bagaimanapun, Azzam turut menceburi lakonan selepas itu dengan aktif membintangi drama dan telefilem. Namun, minat terhadap nyanyian tak pernah pudar.

Justeru, tahun lalu Azzam berpeluang muncul dengan lagu solo berjudul Biar Saja yang secara tak langsung menyinarkan semula bakat nyanyiannya.Namun, bagi bersaing memantapkan semula nama dan bakatnya itu, Azzam kini menyahut cabaran menyertai program realiti Big Stage musim ketiga.

Perjuangan Azzam di pentas Big Stage sudah bermula Ahad lalu dan nyata pembabitannya tidak disia-siakan kerana dia begitu menunjukkan kesungguhan dan komitmen.Mengulas lanjut, Azzam atau nama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham berkata, dia berusaha membuat persembahan terbaik demi menghiburkan peminat dan memastikan juri berpuas hati.

“Bagaimanapun, persaingan baharu bermula dan kesungguhan yang ditunjukkan kerana saya serius menyertai pertandingan ini. Saya harus mencuba sebaik mungkin.”Ditambah, saya mendapat sokongan padu daripada banyak pihak terutama rakan-rakan. Malah, peminat pun ramai yang nak tengok saya muncul di TV,” katanya.

Mengambil kira sokongan diberi peminat, Azzam berkata, tidak wajar untuk dia melepas peluang dan dia gembira dapat membuat persembahan agak baik Ahad lalu.”Saya pun tak sangka berjaya mendapat tempat teratas pada minggu pertama Big Stage ketika menyanyikan lagu Salam Sejahtera itu. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur.

“Untuk puas hati, saya belum sampai tahap itu lagi kerana persaingan baharu bermula. Perjuangan masih panjang dan saya perlu lebih kreatif memikirkan konsep persembahan.”Saya akan cuba membuat terbaik mengikut kemampuan dan penonton terhibur. Apapun, terima kasih pada peminat yang tak jemu menyokong saya,” katanya.

Menurut Azzam, dia akan berusaha memberi kelainan pada persembahannya setiap minggu.Katanya, dia juga akan cuba keluar daripada zon selesa dan mencabar diri sendiri.Sehubungan itu, Big Stage 2020 turut disertai bakat muda lain seperti Hanie Soraya, Usop Mentor, Nana Sheme, Yamani Abdillah dan ramai lagi penyanyi kelompok ‘budak baru nak up’ (BBNU)Manakala, barisan juri profesional pula diterajui penyanyi dan komposer, Faizal Tahir, Ajai serta penyanyi berkaliber, Dayang Nurfaizah.-mstar

Suasana pilv dan titisan air mata iringi konsert #SandraDalamKenangan

SUASANA hlba dan pilv menyelubungi dewan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sepanjang konsert tribute istimewa #SandraDalamKenangan yang berlangsung pada malam, Ahad.Selaku juri tetap konsert mingguan, penyanyi Dayang Nurfaizah membuka tirai malam mengenang pemergian Sandra Dianne dengan mendendangkan lagu Di Pintu Syurga.

Persembahan diteruskan dengan sedutan rakaman Sandra sepanjang berada dalam Big Stage 2020 dengan iringan lagu Kemarin nyanyian salah seorang peserta program tersebut iaitu Qody Rany.Selain persembahan nyanyian, malam mengenang Sandra turut dipenuhi dengan perkongsian pengalaman rakan-rakan seperjuangan antaranya Neeta Manis, Wani Kayrie dan Sufi Rashid.

Neeta dan Dayang Nurfaezah menyampai lagu Tulus dan Di Pintu Syurga dalam konsert #SandraDalamKenangan.Neeta yang berkongsi momen pertama kali mengenali Sandra enam tahun lalu tidak dapat menhan air matanya daripada mengalir.“Siapa yang kenal Sandra memang tahu dia seorang yang baik dan sentiasa akan buat orang selesa berada dengan dia. Kami mula kenal masa dia tengah promo lagunya, Hey Kau.

“Masa itu dia datang seorang dan saya pun tiada teman. Dia seorang yang boleh bawa diri dan berdikari. Kebetulan kami ada kawan yang sama dan rumah pun dekat.“Sejak itu, memang kami selalu lepak sama-sama tapi tak pernah ada gambar bersama sebab jenis tak fokus pada laman soslal. Kami akan luangkan masa bersama tanpa tengok handphone, ” kata Neeta.

Sandra merupakan salah seorang peserta Big Stage 2020 bersama 11 orang rakannya iaitu Farisha Iris, Amir Hassan, Usop, Azzam Sham, Hanie Soraya, Yamani, Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Qody Rany, Fadh Majid dan Nana Sheme.Selain Dayang, penyanyi Ajai dan Faizal Tahir juga merupakan juri tetap, manakala Alif Satar dan Sherry Al Hadad selaku hos Big Stage 2020.

Big Stage 2020 minggu ini digantikan dengan Konsert #SandraDalamKenangan.Dalam pada itu, Alif dan Sherry yang sudah berjanji tidak akan menangls sepanjang konsert #SandraDalamKenangan akhirnya twas apabila Neeta menyanyikan lagu terbaharu Sandra yang berjudul Tulus.

Perkongsian kenangan terakhlr bersama Sandra yang dianggap sahabat baiknya juga membuatkan Qody tidak mampu untuk menhan air matanya daripada mengalir.Sandra atau nama sebenarnya Alessadra Dianne Ampuria, 26, yang dikenali dengan lagu Hey Kau hembuskan nafas pada jam 1 pagi, Jumaat selepas enam hari berada dalam keadaan teruk dan dirwat di lcu, Hspital Putrajaya.Sandra bersama sepupunya terlibat dalam kejadian jalan raya ketika dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk sesi latihan rancangan Big Stage terbitan Astro.Sumber:mstar

Bila AZZAM SHAM Nak Kahwin SHERYL SHAZWANIE?

AMBOI..  Patutlah setiap minggu peserta Big Stage 2020, Azzam Sham sentiasa bersemangat melakukan yang terbaik dalam setiap konsert.Rupa-rupanya insan tersayang yang juga penyanyi, Sheryl Shazwanie,22, hadir setiap minggu ke Konsert Big Stage untuk memberi semangat kepada Azzam.Sheryl yang juga bekas peserta Big Stage musim kedua ini popular menerusi lagu Perasaan.

“Kalau orang tanya, saya akan cakap kami teman rapat. Kami dah lima tahun kenal.“Saya sayangkan Sheryl dan dia sangat istimewa di hati saya. Dia seorang penyayang dan paling penting dia sangat memahami saya. “Bagi saya, susah nak cari perempuan yang faham perasaan lelaki. Saya ni banyak kekurangan dan penkut. Rasanya perempuan tak suka lelaki macam saya ni.

“Saya bukan jenis yang gentleman atau manly. Saya lelaki yang biasa-biasa saja. Saya rasa bertuah mempunyai teman rapat yang menerima saya seadanya,” katanya kepada Wilayahku.AMBOI.. Senyum bahagia. Betul kata orang, cinta itu memberi kita semangat.Azzam juga mengaku, selain ibu bapa dan peminat, Sheryl adalah orang yang sangat penting dalam hidupnya.

“Setiap minggu dia datang ke konsert Big Stage untuk menyokong saya. Kepada Sheryl, terima kasih kerana tidak pernah lelah untuk memberi semangat dalam apa jua yang saya lakukan,” jelasnya lagi.Azzam juga kelihatan tersipu malu-malu apabila ditanya soal kahwin.“Buat masa ini belum lagi. Kalau ada rezeki jodoh kami, insya Allah.. Doakan yang terbaik buat kami ya!” Katanya yang tidak mahu terlalu bercakap kisah cinta mereka. 

Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie baru sahaja muncul dengan lagu duet mereka berjudul Jika Ini takdirnya.Wilayahku doakan Azzam dan Sheryl cepat-cepat bertemu jodoh. Berkenaan Big Stage 2020, Juara akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). – WILAYAHKU