Memang terbaik bila kumpulan ni sanggup halang air deras semata untuk bagi anjing lalu sampai dapat pujian dari warganet.

Viral

Kalau korang selalu pegi mendaki atau masuk ke dalam kawasan hutan untuk beriadah, mesti korang selalu nampak ada anjing liar dekat kawasan tu kan. Kadang-kadang tu kalau boleh kita mesti nak elak, taknak berdekatan dengan anjing liar tu.

Cakap pasal anjing liar dekat kawasan hiking ni, min ada satu video nak share dengan korang. Sekumpulan periadah yang ingin merentas sungai terpaksa memberikan laluan kepada seorang anjing yang turut ingin merentas. Korang boleh tengok macam mana orang ramai bantu anjing tu rendah sungai dalam video @imhakim0305 kat bawah ni. tepi sikit anjing nak lalu😅

♬ original sound – imhakim – imhakim

Terima kasih bagi anjing lalu

Comel je min tengok anjing tu lalu penuh berhati-hati. Tapi kalau nak lagi cepat, angkat je anjing tu bagi dia lepas dulu. Senang semua selamat. Itu lah, min tengok yang buat penghadang tu risau gak. Mana tahu dalam nak bagi anjing tu lalu dia pulak yang tergelincir kan.

Terima kasih yang sudi bantu anjing tu lintas. Korang memang terbaik. Harap anjing tu ada lah orang yang baik hati untuk bagi makan.  Kannn… min pun rasa happy dan senang hati tengok dorang bagi laluan kat anjing tu untuk jalan dulu. Memang terbaik! Mungkin anjing tu senior kat situ, kita yang baru datang ni junior, kena bagi laluan kat dia. Apa-apa pun memang sporting lah semua. Mungkin dia pun nak beriadah gak. Bagi lah peluang. Sama-sama beriadah lepas lama berkurung sebab PKP. 

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.