Bagi menebus masalah rangkaian yang berlaku . Khas kepada sesiapa yang telah alami masalah rangkaian Celcom selama 3 jam akan diberikan ganjaran ini sebagai tanda maaf.

Berita

Sehubungan dengan perkhidmmatan rangkaian Celcom yang tergendala sejak dari pukul 3 petang tadi, syarikat tersebut kini tampill memmohon maaff.Seiringan dengan itu, Celcom kini sedang menawarkan penggunaan data tanpa penolakan kuota yang bermula dari pukul 6 petang tadi sehingga 12 tengah malam ini.

Untuk pelanggan yang melanggan pelan internet kuota, ia dianggap sebagai buahh tangan. Namun untuk pengguna dengan pelan data tanpa had, sudah tentu ia tidak memberi apa-apa makkna kepada mereka.Rangkaian Celcom kini sudah pulih beroperasi seperti sedia kalaUntuk pengguna yang terjejas, anda dinasihatkan untuk menghiddupkan semula telefon masing-masing.

Jika anda perasan antara dari 3pm sehingga 6pm tadi talian celcom tidak dapat digunakan.Jika dilihat pada telefon bimbit anda tiada satu bar pun yang kelihatan. Perkara ini bukan terjadi kepada anda sahaja tetapi kepada semua pengguna CELCOM.Terdapat ramai pengguna di laman media sosial melaporkan sedang mengalami gangguan perkhidmatan Celcom.Gangguan ini dialami mengakibatkan pengguna Celcom langsung tidak boleh mengakdses rangkaian.Namun, maklum balas dari Celcom kepada seorang pengguna menyatakan bahawa mereka mengakui gngguan perkhidmatan rangkaian ini.

KENYATAAN DARI PIHAK CELCOM

Celcom telah mengeluarkan satu kenyataan sebenar tadi tentang gangguan network mereka.Kenyataan ini telah dimuat naik di laman Facebook rasmi mereka CELCOM.Mereka meminta semua pengguna CELCOM untuk bersabbar kerana mereka sedang berusaha sedaya upaya dan secepat munkin untuk selesaikan masalah ini.

Sumber: CELCOM / WISER

LIMBANG: Masih ramai anak-anak di luar bandar yang tidak dapat mengikuti pembelajaran secara dalam talian kerana berdepan capaian Internet yang tidak memuaskan, selain masalah kekurangan infrastruktur asas lain.

ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang ketika mendedahkan masalah itu berkata, di samping itu banyak kawasan di luar bandar tidak dapat dihubungkan dengan perkhidmatan talian telefon.Jelasnya, kerajaan amat menyambut baik saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memperkenalkan sistem pembelajaran dalam talian khususnya ketika pandemik COVID-19 melanda negara ini dalam memastikan pelajar dapat meneruskan pembelajaran di rumah.

“Kalau kita lihat masih banyak kawasan di luar bandar termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Danau tidak dapat dihubungkan dengan kemudahan capaian Intenet dan telefon.“Walaupun kerajaan melaksanakan pembelajaran dalam talian, ramai anak-anak tidak dapat mengikutinya bukan saja tidak ada capaian Internet, malah ramai ibu bapa tidak ada kemampuan untuk membeli perkakas pembelajaran untuk anak-anak,” ujarnya ketika ditemui media pada penyerahan bantuan makanan daripada Syarikat Persafe Plantation Sendirian Berhad kepada penduduk Lun Bawang dan Kelabit di daerah ini, semalam.

Turut hadir Pegawai Jabatan Kebajikan Masyakarat (JKM) Bahagian Wan Muhd Hasif Wan Jamari.Sehubungan itu jelas Paulus, guru-guru di sekolah khususnya di luar bandar diseru mengambil kira faktor kesusahan yang dihadapi pelajar dalam sistem penilaian mereka.“Apabila keadaan negara kembali pulih daripada COVID-19, para guru boleh mengulangi semula pembelajaran dalam talian yang sudah diajar sebelum ini kerana banyak anak- anak yang tercicir daripada pembelajaran dalam talian,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, capaian Internet yang kurang memuaskan salah satu cabaran dan kekurangan yang dihadapi anak-anak di luar bandar, selain berdepan sekolah daif dan kekurangan prasana pendidikan lain.Bagaimanapun, beliau opitimis masalah itu akan ditangani melalui peruntukan RM160.5 juta di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) untuk kerja menaik taraf dan membaik pulih sekolah-sekolah daif luar bandar di bahagian ini.

Paulus juga bersetuju dengan keputusan KPM membatalkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi 2020 baru-baru ini.“Kita menyambut baik pembatalan peperiksaan UPSR dan PT3 kerana apabila anak-anak tidak dapat mengikuti silibus tertentu, mereka tidak wajar mengikuti peperiksaan terutama model yang tidak diajar kerana ia boleh menjejaskan keputusan peperiksaan,” tambah beliau.

Sementara itu, beliau berkata mereka yang tercicir bantuan pengagihan makanan boleh menghubung JKM, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan pusat khidmat wakil rakyat yang ada.Terdahulu, Paulus memuji usaha murni Syarikat Persafe yang mengambil bahagian membantu masyarakat melalui pengagihan barang makanan kepada 180 penerima bagi kaum Lun Bawang dan Kelabit.

Jelasnya, Persafe sebuah syarikat milik Bumiputera (Orang Ulu) yang terlibat dalam industri gas dan minyak serta perladangan tidak melupakan tanggungjawab sosial membantu mereka yang terjejas semasa pandemik COVID-19 ini.“Terima kasih kepada pihak Persafe yang membantu, walaupun mereka dulu susah sebelum menjadi syarikat berjaya, mereka tidak melupakan tanggungjawab membantu penduduk yang susah.“Kita berharap lebih ramai pihak tampil membantu,” katanya lagi.

Masalah internet selesai

JAMINAN unifi untuk mengambil langkah sewajarnya bagi menyelesaikan masalah internet yang perlahan pada waktu puncak telah menunjukkan hasil positif.Ketua Pegawai Komersil, Telekom Malaysia Berhad (TM), Anand Vijayan berkata, pihaknya telah melaksanakan aktiviti pengoptimuman rangkaian dan penambahan kapasiti untuk meredakan kesesakan rangkaian domestik yang memberi kesan kepada pelanggannya di wilayah Tengah dan Selatan Malaysia Barat serta di Malaysia Timur.

“Hasil pelaksanaannya telah menunjukkan trend penurunan kesesakan rangkaian, bermakna kelajuan internet yang lebih baik kepada pelanggan.“Kami akan terus memantau prestasi rangkaian bagi memastikan pelanggan sentiasa menikmati pengalaman perkhidmatan yang dipertingkatkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, pihaknya juga telah berkomunikasi dengan penyedia platform penstriman, permainan, dan produktiviti antarabangsa yang popular untuk menyelaraskan perkhidmatan mereka dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat.Terdahulu, TM berjaya memulihkan kapasiti rangkaian antarabangsanya yang terjejas akibat kerosakan kabel Asia Pacific Cable Network 2 (APCN2) dengan mengalihkan haluan dan mengoptimumkan trafik sepenuhnya menerusi laluan sambungan antarabangsa alternatif.

TM sedang bekerjasama rapat dengan rakan-rakan antarabangsa untuk menyelaras dan mengalihkan haluan trafik secara proaktif bagi meminimumkan impak terhadap pelanggan.Hasilnya, sambungan data kepada lokasi-lokasi dan pelayan-pelayan yang dihoskan di Hong Kong dan Amerika Syarikat kini telah dioptimumkan sepenuhnya untuk dinikmati semua.

Anand berkata, pelanggan unifi kini boleh menikmati kelajuan, akses tanpa gangguan kepada laman sosial dan platform produktiviti pilihan mereka selepas sambungan rangkaian antarabangsa dipulihkan sepenuhnya.“Kami komited untuk membantu anda kekal berhubung dengan orang tersayang dan memastikan anda terus terhibur, sekali gus membolehkan anda kekal produktif semasa tempoh PKP ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pelanggan pascabayar unifi Mobile akan terus menikmati pas hotspot LTE 999GB percuma sebagai tambahan kepada pas hotspot LTE 10GB sedia ada manakala pelanggan pra-bayar unifi Mobile #BEBAS akan terus menerima pas data tujuh hari tanpa had percuma.“Pelanggan unifi TV boleh kekal terhibur dengan akses percuma kepada kesemua saluran termasuklah saluran premium dan unifi PlayTV dan diskaun 20 peratus untuk kesemua filem Video-On-Demand (VOD) di dalam kategori HyppFlicks Plus.

“Untuk pelanggan perniagaan pula, mereka akan terus menikmati pas hotspot LTE unifi Mobile Biz, akses percuma kepada platform Penyelesaian Pemasaran Digital (DMS) dan diskaun 20 peratus untuk perkakasan produktiviti selain bantuan kewangan dari rakan perbankan unifi,” katanya-ctto

Muat Naik Video Belajar Atas Pokok Sebab Nak Naikkan Viewer Utube Sendiri. Setelah Sekian Lama Menyepi Akhirnya Veveonah Mosibin Tampil Bersuara Dedahkan Cerita Sebenar Buat Warganet Terkedu.

Pelajar serta YouTuber, Veveonah Mosibin meluahkan rasa kecewanya terhadap dakwaan mengatakan video dia mengambil peperiksaan di atas pokok Jun lalu adalah palsu. Luahan tersebut dibuat menerusi satu posting terbaru di Facebooknya.

Menurut Veveonah, dia agak sedih kerana telah sedaya upaya berusaha untuk menjawab peperiksaan secara atas talian ketika negara menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan lalu. “Saya tak sangka video itu viral, namun kini saya sekali lagi viral tapi dalam impak yang tidak baik.

“Saya tak tahu nak berdepan dengan komen negatif di media sosial. Menyakitkan. Tambah Veveonah, dia juga tidak menyimpan dendm kepada orang ramai yang selama ini memberi komen berbaur penghinaan. “Saya maafkan apa yang kesalahan orang ramai terhadap saya, tapi saya perlu berlaku adil juga pada diri sendiri. 

“Terima kasih kepada mereka yang masih sokong,” katanya. Menerusi ruang komen, rata-rata warganet mendoakan supaya Veveonah terus cekal untuk berkongsi video menarik di YouTube. Untuk rekod, Veveonah yang berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah menjadi tumpuan ramai apabila memuat naik video bertajuk 24 Hours On Tree Challenge di YouTube, Jun lalu.

Video berdurasi kira-kira 11 minit itu menunjukkan Veveonah terpaksa memanjat pokok untuk menjawab kertas peperiksaan disebabkan capaian internet yang lemah. Walaubagaimanapun, semalam Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul mendakwa video tersebut adalah palsu.

Menteri minta maaf salah cakap Veveonah Belajar atas pokok untuk naikkan ‘viewer’ Youtube

Rakaman video seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin didakwa terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet bagi membolehkannya menduduki peperiksaan secara dalam talian di Pitas, Sabah sebenarnya sekadar dilakukan hanya bertujuan hiburan dan menaikkan ‘viewer’ rancangan YouTubenya.

Perkara itu didedahkan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang menjelaskan hasil siasatan kementeriannya mendapati Veveonah yang juga merupakan seorang Youtuber, sebenarnya tidak menduduki peperiksaan ketika video tular itu dirakam.

“Untuk pengetahuan Yang Berhormat, adik (Veveonah) yang tadi tersebut seorang Youtuber dan tidak ada peperiksaan. Kita dah semak dah. Dia hanya Youtuber untuk ambil nama, dia terkenal sekejap dan dia buat hanya untuk hiburan.

“Ini perbuatan yang kadang-kadang kita tertipu dan kadang-kadang kita sebagai Yang Berhormat jangan mudah tertipu dengan Youtuber untuk membuat isu,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Donald Peter Mojuntin yang bertanyakan tindakan kerajaan bagi memastikan keseimbangan capaian internet antara bandar dan luar bandar serta mengaitkan isu video tular Veveonah dengan perkara itu.

Sehubungan itu, Zahidi meminta semua wakil rakyat di kawasan tidak ada liputan atau berada di lokasi titik buta untuk memaklumkan permasalahan itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi penyelesaian segera.

“Jadi, kita minta Yang Berhormat di kawasan yang tidak ada line atau blind spot (titik buta), maklumkan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kita akan segera atasi masalah tersebut terutamanya dari segi pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Zahidi turut menjelaskan kerajaan sedang meningkatkan taraf capaian internet 4G daripada 91.8 peratus kepada 96.9 peratus namun masih ada beberapa kawasan titik buta termasuk di bandar. Beliau turut mendedahkan vandalisme juga turut berlaku menyebabkan kerajaan sukar untuk menaik taraf capaian internet khususnya di luar bandar.

“Sesetengah kawasan luar bandar ada titik buta perlu segera kita tangani dan tambah alat pemancar. Banyak kawasan tersebut wujud di negara kita. “Ada menara kita pakai set jana kuasa elektrik namun kena ambik, ada kawasan kita tanam fiber turut diambil. Ini antara masalahnya,” katanya.

Dalam perkembangan terkini, Zahidi tampil memohon maaf dan memperbetulkan semula kenyataan sebelum ini kerana memperolehi maklumat yang salah. Merujuk kepada perbahasan di Dewan Negara hari ini, saya ingin membetulkan kenyataan mengenai adik Veveonah Mosibin tidak menjalani sebarang peperiksaan ketika video beliau belajar di atas pokok tular di media sosial.

Saya telah mendapat maklumat yang tidak tepat dalam menjawab soalan tambahan. Saya ingin memohon maaf kepada adik Veveonah Mosibin dan juga akan membuat pembetulan di Dewan Negara Isnin nanti. Semoga adik Veveonah Mosibin terus maju jaya dalam setiap bidang yang diceburi. Zahidi Zainul Abidin. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia

Rata-rata warganet mengkritik kenyataan menteri tersebut. “Selidik dulu lain kali. Pergi tengok balik kenyataan kamu semula.. cara kamu cakap tu.. sangat berkeyakinan. “dia tak da exam, dia youtuber” berapa kali kamu tekankan ?Ada exam ke tak da ke.. rakyat berhak dapat fasiliti dan kemudahan. Bukan tunggu ada exam ke nak mti ke nak terberanak ke baru nak sediakan.

“kesian adik vevonah…tapi elok la dia viral sekurang2nya di kampungnya ada capaian internet…tak kira la semenanjung atau sabah atau sarawak…harap teknologi dapat dirasai oleh semua… ” Encik Zahidi… 1. Kamu telah memaluk4n Vevonah.2. Kamu telah memaluk4n diri sendiri kerana tidak menyiasat hal yang sebenarnya. 3. Orang yang bagi maklumat salah itu kepada kamu juga telah mempermalukan kamu. 4. Orang tunggu kamu minta maaf (mereka tak lupa, apatahlagi orang Sabah dan keluarga Vevonah).

5. Untuk membersihkan nama kamu kembali, akui kesalahan dan perbetulkan kisah sebenar. 6. Vevonah akan merasakan kesan dari tuduhan itu utk masa yg lama, kesian dia. Dia tak kacau/kenal kamu pun, Encik Zahidi. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook @Apam Pink MediaSumber : TerengganuTv

Satu Malaysia Tertpu, Gadis Tular Jawab Peperiksaan Atas Pokok, Menteri Tampil Dedah Sesuatu Mengejutkan. Ini Cerita SebenarGadis yang pernah tular menjawab peperiksaan di atas pokok kerana mendkwa mencari sambungan internet, Veveonah Mosibin disahkan hanya melakukan cabaran tersebut sebagai hiburan, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.Menurut Zahidi, gadis berkenaan berbuat demikian bagi menaikkan nama Youtube miliknya dan tidak menduduki peperiksaan seperti mana didkwa sebelum ini.

“Untuk pengetahuan YB juga, adik Youtuber (Veveonah) tidak ada peperiksaan. Kita dah cek dah. Kita sebagai YB jangan mudah tertipu oleh kadang-kadang Youtuber dan orang yang membuat isu.“Dia tiada peperiksaan, hanya Youtuber yang nak ambil nama. Dia terkenal sekejap, tapi dia tak ada peperiksaan pun. Bermakna dia hanya nak buat hiburan.

“Kita minta YB di kawasan yang tiada line tersebut boleh maklumkan pada SKMM dan kita akan segera atasi masalah tersebut terutama dari segi pendidikan untuk kita bantu rakyat,” katanya ketika menjawab soalan YB Senator Datuk Donald Peter Mojuntin mengenai inisiatif kerajaan mengatasi masalah capaian Internet di beberapa kawasan di Sabah. Jawapan beliau boleh didengar bermula minit 9:50.Sumber: Bernama TVApa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Apam Pink Media.Sumber: Transformasi

Video tular pelajar UMS jawab peperiksaan atas pokok

KUALA LUMPUR: Video tular seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin memanjat pokok di kampungnya di Pitas, Sabah demi mendapatkan talian Internet untuk menduduki peperiksaan dalam talian mendapat reaksi positif warganet.

Veveonah M memuat naik video itu pada 12 Jun lalu di YouTube, dan tidak menyangka menerima lebih 150,000 tontonan dan dibanjiri reaksi serta komen positif selain turut dikongsi oleh UMS. Menerusi video terbaharu dimuat naik pada 14 Jun lalu, Veveonah yang berasal dari Kampung Sapatalang, turut gembira dengan sokongan dan motivasi yang diterimanya susulan perkongsian video tersebut.

“Hari ini adalah antara hari paling bersejarah, sebenarnya hari ini saya berasa sangat gembira dan teruja kepada semua subscribers … saya telah mempunyai lebih 1,330 subscribers. “Saya sangat menghargai sokongan anda. Terima kasih sebab sokong saya punya video termasuk pihak universiti sendiri yang berkongsi video saya … saya akan cuba untuk balas komen dan hasilkan lebih banyak video yang menarik,” katanya.

Sebelum ini, Veveonah memuat naik video berdurasi 11 minit bertajuk “24 hours on tree challenge” (cabaran 24 jam di atas pokok) memaparkan pengalaman dirinya yang perlu memanjat pokok demi mendapatkan capaian Internet yang cukup kuat untuk menjawab peperiksaan dalam talian.

Pada awalnya, pelajar Asasi Sains itu membina sebuah pondok kecil berhampiran rumahnya untuk tujuan tersebut, namun pondok itu rosak disebabkan hujan beberapa jam sebelum peperiksaan bermula. Berbekalkan kelambu, dua telefon bimbit, powerbank, alat tulis serta nasi dan minuman, Veveonah berjaya menjawab dua kertas peperiksaan sepanjang berada di atas pokok itu.

Video itu turut memaparkan detik cemas Veveonah berdepan dengan tebuan ketika sedang menjawab peperiksaan serta keputusannya untuk bermalam di atas pokok berikutan cuaca yang semakin gelap. Sebelum ini Veveonah turut memuat naik beberapa video mengenai kehidupannya di kampung, antaranya cara membina telaga bawah tanah secara tradisional dan mengopek kelapa tanpa menggunakan peralatan. – BERNAMA

Pelajar jawab ‘exam’ atas pokok dijemput ke Istana Negeri. Ini hadiah yg dia dapat

Kesungguhan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin dalam menuntut ilmu sehingga terpaksa memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet bagi menjawab peperiksaan dalam talian, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini, mendapat perhatian Yayasan Nur Jauhar.

Yayasan itu memberi sumbangan berupa wang tunai dan barangan keperluan yang disampaikan oleh isteri Yang Dipertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah R.M. Jasni selaku penasihat Yayasan Nur Jauhar di Istana Negeri, Kota Kinabalu hari ini. Turut hadir, Pengerusi yayasan, Kolonel (Kehormat) Al-Hambra Tun Juhar, Naib Canselor UMS Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin serta ibu bapa Veveonah iaitu Mosibin Makrun dan Rofinah Ungo.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Taufiq berkata pihak pengurusan UMS telah bersetuju menyediakan biasiswa sekiranya Veveonah ditawarkan melanjutkan pengajian dalam program ijazah sarjana muda di universiti berkenaan.

“Kita harap beliau akan mengharungi cabaran menuntut ilmu dengan baik dan semoga dia cemerlang dalam akademik sekali gus mendapat pekerjaan baik kelak,” katanya.Veveonah yang berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, tular di media sosial apabila video yang menceritakan pengalamannya memanjat pokok di kampungnya demi mendapatkan capaian internet untuk menduduki peperiksaan dalam talian dimuat naik olehnya di YouTube mendapat tontonan ramai serta reaksi positif warganet.

Menara Telekomunikasi akan dibina

Sebelum ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) turut mengumumkan rancangan untuk membina menara telekomunikasi di Kg Bilangau Kecil, Pitas untuk menambah baik liputan internet di kawasan sekitar selepas tersiarnya video berkenaan.Sementara itu, Veveonah, 19, menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak yayasan atas sumbangan itu yang disifatkannya sebagai pembkar semangat untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Mengenai video pengalaman menjawab peperiksaan di atas pokok seperti dikongsikan di saluran YouTube miliknya, Veveonah berkata, dia sendiri tidak menyangka video itu akan tular. Namun dia merasa gembira dan berterima kasih atas perhatian pihak berkaitan yang mengambil tindakan susulan menyediakan kemudahan internet di kampungnya.

Kata2 Veveonah,“Pertama sekali saya buat video itu hanya sekadar suka-suka selain ingin berkongsi pengalaman bagaimana saya menjawab peperiksaan dalam talian. Saya berterima kasih sekiranya ada pihak mengambil tindakan untuk kemajuan

di kampung saya dengan membina menara telekomunikasi dan ini adalah harapan saya kerana internet sangat penting pada masa sekarang,” katanya. Dalam pada itu, Veveonah yang bercita-cita menjadi seorang guru atau pensyarah itu menjadikan ibu dan bapanya, yang bekerja sebagai petani sebagai pendorong untuk terus berjaya, selain berharap bidang pendidikan akan mengubah kehidupannya bersama keluarga. Selain Veveonah, Yayasan Nur Jauhar turut menyampaikan sumbangan kepada seorang lagi pelajar Sabah yang menuntut di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) iaitu Mohd Hainif Alimanja.

Terpaksa panjat pokok untuk jawab peperiksaan, siap bina kawasan tempat tidur di hutan. Salah satu contoh terbaik yang kita boleh ambil adalah video tular seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin yang panjat pokok di Pitas, Sabah untuk dapatkan Internet. Oleh sebab KPT dah keluarkan arahan untuk pembelajaran dilakukan di dalam talian, dia perlu menduduki peperiksaan dalam talian.

Malangnya liputan Internet di kawasan rumahnya tak mengizinkan dia untuk jawab dari rumah, jadi dia kena pergi cari tempat yang Internet stabil. Veveonah muat naik video itu pada 12 Jun lalu di YouTube, dan tak menyangka akan terima lebih 150,000 tontonan dan dibanjiri komen positif selain turut dikongsi oleh UMS.

Menerusi video terbaru dimuat naik pada 14 Jun lalu, Veveonah yang berasal dari Kampung Sapatalang, turut gembira dengan sokongan dan motivasi yang diterimanya susulan perkongsian video tu. “Hari ini adalah antara hari paling bersejarah, sebenarnya hari ini saya berasa sangat gembira dan teruja kepada semua subscribers … saya telah mempunyai lebih 1,330 subscribers.

Saya sangat menghargai sokongan anda. Terima kasih sebab sokong saya punya video termasuk pihak universiti sendiri yang berkongsi video saya … saya akan cuba untuk balas komen dan hasilkan lebih banyak video yang menarik,” – Veveonah, seperti yang dilaporkan BERNAMASumber : Bernama , Korporat UMS , Jabatan Penerangan Negeri Sabah