Bantuan khas akan dibayar mulai 25 Januari 2021. Kerajaan umum beri bantuan sebanyak RM300 dan RM600 dan harap semua maklum

Berita

DImaklumkan ada berita gembira buat penjawat awam dan pesara kerajaan. Dalam belanjawan 2021 yang dibentangkan pada 6 November yang lalu,kerjaan telah mengumumkan untuk memberikan bantuan khas penjawat awam sebanyak RM600. Penjawat awam yang akan menerima bantuan ini ialah Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah.

Selain itu, bantuan khas ini turut melibatkan pesara kerajaan yang menerima pencen dan veteran yang tidak berpencen.Bagi pesara, kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan khas sebanyak RM300 kepada mereka yang layak.

Bantuan khas ini akan dibayar bermula pada 25 Januari 2021

Walau bagaimanapun, penjawat awam perlu memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan mengikut pekeliling yang telah dikeluarkan, antaranya.Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 56 dan ke bawah yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021.Pegawai Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Professsional serta Kumpulan Pelaksana tersebut merupakan:

Pegawai yang bercuti gaji penuh. Pegawai yang bercuti separuh gaji. Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya.Guru Interim, Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang masih berkhidmat pada 25 Januari 2021 dan tempoh kontraknya telah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Jawatan Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang layak menerima pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya.Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim, dan Pesuruhjaya Kehakiman. Pesara kerajaan yang dilantik semula secara COS dan masih berkhidmat pada 25 Januari 2021.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kategori penjawat awam yang tidak layak menerima bantuan khas ini iaitu.Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku, dipinjamkan atau ditukarkan dan penempatan khas ke Gred Jawatan Utama atau Khas.

Pegawai yang dikenakan h.ukuman tatatertib dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021.Pegawai yang meletakkan jawatan dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 25 Januari 2021. Pegawai yang berpencen dan melepaskan pencen kerana menyertai Badan Berkanun Yang Diasingkan Saraan.Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).Alhamdulillah, syukur kerajaan memberi bantuan. Guna sebaiknya dan jangan lupa terus amalkan SOP bagi memutuskan rangkaian C0v1d 19 ini.

Bantuan Khusus Buat Rakyat Selangor. Menteri Besar Selangor Akhirnya Dedahkan Jenis Jenis Bantuan Yang Bakal Disalurkan

Dilaporkan sebagai langkah mendepani cabaran Perintah Kawalan Pergerakan 2.0,kerajaan negeri Selangir telah mengumumkan pakej bantuan khusus untuk rakyat negeri ini. Dinamakan Pakej Kita Selangor,ia memberi implikasi kewangan berjumlah RM73.877 juta kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beberapa inisiatif bakal dan sedang dilaksanakan di bawah pakej ini, merangkumi bantuan khas rakyat sepanjang PKP, usaha merangsang ekonomi, bantuan kepada mangsa banjir dan tabung khas COVID-19.”Bagi bantuan khas PKP, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM6 juta untuk melaksanakan saringan bersasar, dengan fokus diberi kepada warga emas, golongan B40 dan mahasiswa Selangor.

“Kerajaan negeri menerusi Selgate Healthcare telah menambahbaik fungsi aplikasi SELangkah untuk turut membantu dalam pengawasan kendiri (self monitor) pesakit COVID-19.”Bagi mengurangkan beban ke atas petugas barisan hadapan KKM, Bas Smart Selangor akan digunakan secara percuma untuk menghantar pesakit dari rumah ke MAEPS, Serdang.”Peruntukan RM100,000 pula diberikan setiap satu daripada 56 DUN menerusi PeruntukanKhas Selangor Mesra Rakyat, sekali gus membolehkan program atau aktiviti Mesra Rakyat yang melibatkan perolehan bekalan asas seperti beras, minyak masak, tepung, makanan dalam tin dan lain-lain boleh dilaksanakan secara terus,” ujarnya.

Amirudin juga mahu menyegerakan semua perancangan dan inisiatif yang dirancang dalam Belanjawan Selangor 2021.”Antara strategi utama ialah Program Digitalisasi di mana kerajaan negeri akan membelanjakan RM 369 juta melalui dana negeri dan anak-anak syarikat.”Pelaksanaan PKP bermula 13 Januari telah menuntut agar beberapa inisiatif ini dipercepatkan atas keperluan membantu golongan peniaga kecil, usahawan, penjaja yang terjejas serta pada masa yang sama memacu agenda digitalisasi Selangor,” katanya.

Tidak dilupakan, bantuan untuk negeri-negeri yang dilanda musibh banjir berjumlah RM2 juta.”Bagi menyantuni jiran-jiran tetangga kita, Kerajaan Negeri bersedia menghulurkan Sumbangan Bantuan Banjir #KitaSelangor berjumlah RM1 juta untuk negeri Pahang. Rakyat Kelantan dan Terengganu masing-masing akan turut menerima Sumbangan Bantuan Banjir berjumlah RM500,000,” tambahnya.

Dimaklumkan Fasa Kedua BPN 2.0 Dipercepatkan Dan Dikreditkan Mulai 21 Januari Ini. Ini Maklumat Lanjut Berkenaan BPN 2.0

PUTRAJAYA, 13 Jan – Bayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN 2.0) berjumlah RM2.38 bilion kepada 11.06 juta penerima termasuk pemohon baharu akan dipercepatkan mulai 21 Jan ini.Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, penerima baharu tersebut telah diluluskan semasa tempoh permohonan dan rayuan dibuka pada 15 Oktober hingga 15 November lalu.

“Bagi penerima B40, bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pada 21 Jan ini, manakala bagi penerima M40, turut sama dikreditkan ke dalam akaun bank pada 25 Jan berikutnya.“Bagi penerima tanpa akaun bank pula, pengeluaran boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan.

“Manakala bagi penerima tanpa akaun bank di Sabah dan Sarawak, bayaran akan dibuat mulai awal Februai sehingga 1 April di lokasi-lokasi pengeluaran yang akan diumumkan akhir bulan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Dalam pada itu, bayaran fasa kedua BPN tersebut disalurkan melalui beberapa pecahan mengikut taraf penerima.

“Bagi penerima B40 dan isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah, sebanyak RM1.21 bilion diperuntukkan kerajaan kepada 3.81 juta penerima.“Bagi penerima B40 bujang dan berpendapatan RM2,000 ke bawah pula, sebanyak RM0.7 bilion pula diperuntukkan kepada 4.08 juta penerima,” tambah kenyataan tersebut.

Selain itu, bagi penerima M40 dan isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM8,000, sejumlah RM0.29 bilion diperuntukkan kepada 1.43 juta penerima.Manakala bagi penerima M40 bujang dengan pendapatan RM2,001 hingga RM4,000, sejumlah RM0.18 bilion diperuntukkan kepada 1.74 juta penerima.

“Secara keseluruhannya, jumlah penerima BPN 2.0 merangkumi 11.06 juta penerima, iaitu 5.82 juta individu bujang dan 5.24 juta penerima isi rumah dengan jumlah bayaran atau peruntukan sebanyak RM7.18 bilion setakat ini,” jelasnya.Semakan kelulusan boleh dibuat di portal rasmi BPN melalui https://bsh.hasil.gov.my/ mulai 15 Jan ini.

Pembayaran Fasa Kedua Beserta Bayaran Kepada Permohonan Baharu Dan Rayuan Yang Lulus Akan Dibuat Dalam Bulan Januari. Ini Penjelasan Lanjut Tentang BPN

Pembayaran bagi fasa 1 BPN 2.0 telah bermula pada 26 Oktober lalu. Kini, penerima sedang menunggu pembayaran fasa 2.0.Untuk pengetahuan anda, permohonan baru atau rayuan telah pun ditutup pada 1 November lalu. Kepada sesiapa yang belum membuat permohonan, dukacita dimaklumkan anda tidak boleh membuat permohonan baharu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) fasa kedua akan dibuat pada Januari 2021, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.Beliau berkata, bayaran itu juga akan dibuat beserta dengan bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus.

“BPN 2.0 berjumlah RM7 bilion yang bertujuan meringankan beban 7.5 juta penerima B40 serta 3.1 juta penerima M40 melalui pemberian bantuan tunai secara ‘one-off’.“Setakat ini, pembayaran fasa pertama sejumlah RM4.5 bilion berjaya disalurkan kepada lebih 9.86 juta penerima, merangkumi tujuh juta penerima daripada kategori B40 dan 2.86 juta penerima daripada kategori M40.

Anda akan menerima baki jumlah pembayaran, sila rujuk di bawah.Isi Rumah B40 (RM 1000) – Fasa 1 RM 700.Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 300. Isi Rumah M40 (RM 600) – Fasa 1 RM 400.Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 200.Bujang B40 (RM 500) – Fasa 1 RM 350.Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 150.Bujang M40 (RM 300) – Fasa 1 RM 200.Manakala pada fasa 2 anda akan menerima RM 100

“Bagi penerima BPN 2.0 yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian mula disediakan di cawangan Bank Simpanan Nasional mulai 26 Oktober 2020,” katanya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan mengenai Laporan LAKSANA Ke-31 pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, tempoh permohonan baharu serta rayuan BPN 2.0 pula telah berakhir pada 15 November lalu.“Sehubungan itu, pembayaran fasa kedua beserta bayaran kepada permohonan baharu dan rayuan yang lulus akan dibuat dalam bulan Januari 2021,” katanya.Sumber : BHARIAN ONLINE

Masih dalam proses

KUALA LUMPUR – Proses semakan permohonan baharu dan rayuan untuk Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) sedang dijalankan dan pembayaran bagi mereka yang lulus akan dibuat dalam bulan Januari 2021, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Prihatin (Kita Prihatin), beliau berkata, setakat 4 Disember 2020, seramai 10.13 juta penerima telah mendapat manfaat daripada pembayaran fasa pertama BPN 2.0 melibatkan jumlah RM4.6 bilion, atau 97 peratus daripada RM4.8 bilion yang telah diluluskan bagi fasa pertama.

Proses pembayaran melalui BSN juga masih diteruskan sejak 26 Oktober lepas.“Bagi Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0, setakat 4 Disember, sejumlah RM856.9 juta telah berjaya dikreditkan ke dalam akaun 285,626 PKS Mikro yang telah diluluskan. Proses rayuan juga telah dibuka dari 7 Disember hingga 21 Disember lepas.

“Kesemua rayuan akan melalui proses semak silang antara Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Pihak Berkuasa Tempatan dan keputusan akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam pembentangannya mengenai laporan Laksana Ke-34, laporan terakhir untuk 2020, melalui laman Facebook beliau pada Rabu.

Di bawah pakej Kita Prihatin untuk Program Subsidi Upah (PSU) 2.0, sebanyak RM239.73 juta telah disalurkan kepada 39,203 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 307,420 pekerja.“Majikan yang memerlukan PSU 2.0 masih boleh memohon sehingga 31 Disember ini,” kata Tengku Zafrul.

Pakej Kita Prihatin yang diumumkan pada September adalah bernilai RM10 bilion.Tengku Zafrul berkata, laporan Laksana telah menjadi medium penting untuk mendapatkan maklum balas daripada rakyat mengenai cabaran yang dihadapi dan apabila digandingkan dengan data raya, kerajaan mampu menambah baik atau melanjutkan inisiatif tertentu.

“Contohnya, penambahan bagi Bantuan Prihatin Nasional daripada RM11.5 bilion kepada RM18 bilion, Geran Khas Prihatin daripada RM1.64 bilion kepada RM2.55 bilion, subsidi bil elektrik kepada lebih RM2 bilion, program subsidi upah daripada RM10 bilion kepada lebih RM17 bilion dan pelbagai lagi – semua ini adalah antara lain, hasil pemantauan berterusan dan maklum balas yang diterima daripada rakyat dan perniagaan,” katanya.

Katanya, inisiatif Prihatin dan Prihatin PKS Tambahan sudah mencapai kadar penyaluran sekitar 94 peratus bagi program jangka pendek seperti BPN dan GKP, diikuti pencapaian sekitar 89 peratus bagi program jangka sederhana seperti PSU dan skim pengekalan pekerjaan.

“Bagi program jangka panjang, kadar pengambilan masih rendah seperti program pembiayaan sekuriti makanan pada kadar 31 peratus dan ada yang tinggi seperti program pinjaman mikro kredit Tekun pada kadar 99.8 peratus.“Bagi pakej Penjana, bantuan jangka pendek sudah mencapai penyaluran 76 peratus, diikuti pencapaian antara 77 peratus dan 90 peratus bagi bantuan jangka sederhana dan panjang,” katanya.

Menjelang 2021, Tengku Zafrul berkata, dalam negara terus berhadapan dengan situasi Covid-19, kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan, termasuk pakej Penjana dan Kita Prihatin yang masih berterusan serta inisiatif Belanjawan 2021 yang bakal dilaksanakan.“Ini termasuk fasa kedua BPN 2.0 berjumlah RM2.2 bilion yang akan disalurkan pada Januari 2021, dan program i-Sinar KWSP,” katanya.

Selain itu, pelbagai program untuk golongan mudah terjejas, PKS dan perusahaan mikro, serta pekerja sambilan yang memerlukan pembiayaan juga telah dirancang di bawah Belanjawan 2021.Bagi PKS, bantuan pembiayaan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) boleh diakses melalui laman web BNM. Bagi maklumat lanjut, boleh layari https://www.bnm.gov.my/o/covid-19/index_bm.html.

Tengku Zafrul berkata, kementeriannya akan terus memastikan pelaksanaan inisiatif yang berkesan untuk kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ekonomi yang berdaya tahan.“Agensi Laksana akan terus memantau 32 inisiatif di bawah pakej rangsangan ekonomi kerajaan yang masih diteruskan, bersama dengan sekurang-kurangnya 21 inisiatif di bawah belanjawan yang akan bermula seawal Januari 2021,” katanya. – Bernama