Banyak yang berlaku selepas berpisah. Mimi Fly akui alami masalah dan kini dia berubah menjadi lebih positif dan ini perkembangan terbaru dia selepas memasuki Gegar Vaganza

Artis

Mimi Fly mengakui yang perpisahan adalah satu detik paling mencabar dalam hidupnya.Tiga tahun selepas berpisah mengajar dirinya menjadi manusia yang lebih kuat.’Tambahnya, idea kreatifnya tersekat dan tak dapat dikembangkan.Kerja seni saya banyak terjejas akibat permasalahan ini.

“Tekanan, kemurungan dan keresahan banyak mengubah diri saya menjadi siapa saya pada hari ini. Saya kini sudah lebih matang dan positif dalam melakukan sesuatu.”Mimi bersyukur kerana mendapat sokongan daripada orang sekeliling.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @MEDIANEWS

Perpisahan: Mimi Fly Minta Jangan Keruhkan Keadaan

PENYANYI Mimi Fly meminta agar tiada pihak cuba mengeruhkan keadaan berhubung pengakuannya mengenai perpisahan dia dengan suami, Mohd Firdaus Hajar baru-baru ini.Mimi menerusi Instagram miliknya memberitahu walaupun dia dan bekas suami tidak terkesan dengan segala tuduhn dilmparkan terhadap mereka namun ia telah melukakan hati keluarga kedua-dua belah pihak.

“Tiada siapa nak berpisah tanpa sebab tapi Mimi rasa tak salah untuk kami berdua dapat melalui fasa ini tanpa bebanan dari perspektif orang lain yang melihat.”Tuhan sahaja yang maha mengetahui apa sebenarnya tertulis buat kami jadi Mimi harap tiada yang cuba untuk menokok tambah cerita hanya kerana bukti-bukti yang sesungguhnya tidak sama sekali benar.

“Spekulasi kamu semua mungkin tidak menjejaskan emosi saya dan bekas suami saya tapi sila hormat perasaan dan kerunsingan keluarga kami yang semestinya terkesan daripada perpisahan kami,” tulisnya.Mimi atau Shamimi Amalina Norhisham, 30 dan Firdaus, berkahwin pada 16 Mei 2015.

Mimi memberitahu hubungannya dengan Firdaus masih kekal baik walaupun sudah berpisah. Foto Instagram @mimiflyyy.Dalam pada itu, Mimi berkata, walaupun sudah berpisah namun hubungannya dengan Firdaus masih kekal baik selain menyifatkan lelaki itu sebagai teman sejatinya.”Kami masih berkawan baik seperti dulu. Firdaus adalah kawan sejati Mimi semenjak umur Mimi 13 tahun.

“Jangan sesekali berfikiran anda lebih tahu hakikat di sebalik situasi yang berlaku dalam hidup saya dan cuba mengeruhkan sesuatu yang sudah kami jernihkan bersama,” katanya.Malah anggota kumpulan One Nation Emcees itu sentiasa mendoakan bekas suaminya itu dan Firdaus kekal sebagai lelaki paling terbaik dalam hidupnya.

“Buat Fidi, saya doakan yang terbaik buat anda kerana sejujurnya anda berhak mendapatkannya.”Anda akan kekal sebagai orang paling terbaik pernah saya temui sepanjang hidup saya.”Saya sayangkan anda dan saya berharap anda akan menjadi lelaki yang anda janji kepada saya. Salam sayang,” tulisnya.-mstar

Puts Cinta Tak Halang Mimi & Jojoe Jadi Sahabat

PETALING JAYA: Awal bulan Ramadan lalu membuka lembaran sedih buat pasangan Shamimi Amalina Norhisham (Mimi) dan Nur Hasan Baias (Jojoe) dari kumpulan One Nation Emcees yang baru puts cinta selepas beberapa tahun bersama.Bagaimanapun, hubungan mereka masih rapat dan mesra seperti dulu memandangkan mereka masing-masing bergerak dalam satu kumpulan.

“Kami mengambil keputusan untuk berkawan sahaja dan memikirkan tentang diri masing-masing. Kami membuat keputusan ini setelah sama-sama berbincang dan merasakan ia suatu yang terbaik setakat ini.“Namun kami tidak menolak andainya kami ada jodoh dan bercinta semula,” kata Mimi.Sementara Jojoe yang turut mengakui perihal tersebut tidak banyak menceritakan tentang hubungan yang telah berkbur itu sebaliknya gemar berbual tentang lagu terbaru mereka.

“Kami tiada masalah antara satu sama lain dan masih boleh bekerjasama untuk membuat persembahan.“Terbaru, kami baru sahaja muncul dengan lagu baru berjudul Psiko,” kata Jojoe.Pasangan itu ditemui sewaktu rakaman Melodi Raya 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).-mstar

Mimi Fly tertarik dengan latar belakang budaya kekasih baharu dari Mesir

PUTRAJAYA: Penyanyi Mimi Fly tertarik untuk mengenali kekasih baharunya, Muhanad El Saddiq MD dengan lebih dekat kerana latar belakang budaya yang berbeza.Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 31, berkata perbezaan itu membuatkan kehidupan mereka lebih menarik dan seronok.

“Selain menyukai keperibadiannya yang baik, saya juga suka dan tertarik nak tahu mengenai latar belakangnya kerana kami mempunyai budaya yang berbeza.”Saya suka nak belajar budaya baharu. Walaupun budaya dan cara hidup kami berbeza tapi itulah yang akan membuatkan hidup kami lebih menarik dan manis.

Mimi mahu mengetahui lebih mengenai budaya kekasihnya.“Bagi saya, proses perkenalan ini akan membuatkan hidup kami lebih seronok,” kata Mimi kepada mStar Online.Mimi ditemui di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam Ahad.

Mimi menemui cinta hati baharunya, jejaka kelahiran Mesir itu sekitar November tahun lalu dan mula menjalani hubungan serius pada awal tahun ini.Dalam pada itu, Mimi memberitahu dia selesa berkawan rapat dengan Mahanad yang juga jurulatih peribadinya.Mimi mengenali Mahanad sejak November tahun lalu.

“Saya selesa berkawan rapat dengan Mahanad. Dia juga adalah jurulatih peribadi saya sejak kami memutuskan untuk bercinta.”Kali pertama kami bertentang mata, saya sudah jatuh hati dengannya. Tak sangka dia juga mempunyai perasaan yang sama terhadap saya.”Doakan hubungan kami berjalan dengan baik dan saya serahkan soal jodoh kepada takdir Ilahi,” ujarnya.Sebelum ini, Mimi pernah berkahwin dengan bekas pengurusnya Mohd Firdaus pada 16 Mei 2015.Bagaimanapun, perkahwinan yang dibina itu berakhir sekitar akhir tahun lalu.-mstar

“Aku tak pakai baju sebab orang suka” – Mimi Fly lali dikritik

PENYANYI Mimi Fly memberitahu dia sudah lali dan mnymph dengan kritikan waraganet terhadap dirinya.Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 32, berkata dia menganggap kata-kata negatif itu menunjukan tahap kematangan seseorang itu.”Aku serius dah lali/menympah dengan kritikan yang warganet lmpar kat aku atau cerita belakang aku.

Mimi sudah lali dikritik warganet.“Kesimpulannya luaran orang yang korang nilai ni tak pun mengesahkan kebaikan dan ketulusan dalam hati.”Bagi aku mulut kau yang busuk lebih menunjukan tahap kematangan kau mengharungi hidup zaman sekarang,” kata Mimi menerusi Instastory.Mimi muat naik kenyataan tersebut seakan memerli warganet yang tidak henti mengecamnya dari segi penampilan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Superfly ini menegaskan dia tidak pernah kisah dengan kritikan warganet mengenai gayanya berpakaian.Bagi Mimi, dia tidak mahu mengikut kehendak orang lain kerana mempunyai gaya tersendiri.Baginya, dia mempunyai gaya tersendiri dan hak untuk menentukan pakaian hariannya tanpa perlu mengikut kehendak orang lain.

“Aku tak pernah pakai sebab orang suka. Orang suka ke tak suka ke tak pernah menjadi faktor aku pakai baju hari-hari.”Aku punyai stail. Aku punya hak. Aku tak pernah sibuk korang nak pakai apa. Lumrah kejadahnya bila aku artis, aku kena ikut kehendak kau?”Aku seorang penghibur dan setiap penghibur tu ada imej dia sendiri dan aku tahu aku berkembang dengan masa,” ujarnya.-mstar

Sksi Dan Adegan Panas Mimifly

SETIAP kali menyaksikan kelincahan si bunga kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimifly atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham ini, pasti banyak mata akan terpukau dengan kelincahan gerak tarinya.Malah setiap tarian yang dilakukannya membuat para penonton juga berasa ingin menari seperti dia. Dan seperti biasa, Mimi yang akan lebih menyerlah berbanding dua rakannya iaitu Jojofly (Nur Hasan Balas) dan Zydee (Mohd Norzaidi Edris).

Kata Mimi, dia mengakui dirinya seperti sebuah patung yang akan menarik perhatian orang ramai.“Memang dalam kumpulan ini saya yang akan jadi patungnya. Tapi setiap daripada kami mempunyai kelebihan masing-masing dalam menarik perhatian masyarakat untuk meminati muzik-muzik kami,” tuturnya tersenyum.

Kelincahan tariannya ketika membuat persembahan juga menampakkan imej sksi turut muncul dalam diri wanita berusia 25 tahun ini. Justeru itu, Mimi dilabel sebagai penyanyi yang bergaya sksi di atas pentas walaupun cara pemakaiannya tidaklah terdedah.“Saya tolak tanggapan sesetengah orang bahawa cara pemakaian yang menunjukkan kesksian seseorang itu. Bagi saya, sksi itu sangatlah subjektif. Rasanya, wanita yang bijak, berkeyakinan tinggi dan pandai berdikari adalah sksi,” tegasnya yang selesa berpakaian sederhana tanpa mengikuti perkembangan fesyen terkini.

Bagaimanapun katanya, cara pemakaian juga memainkan peranan yang tinggi untuk menampakkan seseorang itu berkeyakinan dengan imej yang ditampilkan.Lebih-lebih lagi apabila dia seorang sahaja wanita dalam ONE, Mimi akan memastikan cara pemakaiannya dapat mewakili kumpulan itu.

“Rasanya, saya bergaya sksi dengan cara yang tersendiri dan imej yang dibawakan juga menunjukkan kehebatan wanita dalam kumpulan kami. Ya, harus diakui, saya agak cerewet dalam pemilihan pakaian apabila mahu mewakili ONE,” katanya.Saling memerlukan. Bukan mudah untuk bekerja dalam sesebuah kumpulan jika tidak ‘sekepala’ lebih-lebih lagi dalam membuat sesuatu keputusan. Bagi Mimi, tiga tahun bersama ONE, dia banyak mempelajari cara bekerja dalam sebuah kumpulan dan hal ini membuatkan dia begitu sayangkan kumpulan tersebut.

“ONE bukannya sempurna, tapi kami saling memerlukan. Saya suka apabila ada orang yang sama-sama risau tentang perjalanan karier dan ini membuatkan kami bersatu untuk meningkatkan kualiti kerja masing-masing.“Ya, diakui agak susah juga mahu kekal dalam kumpulan tetapi kesusahan berlaku kerana kami mempunyai pendapat kreatif masing-masing. Dan pada penghujungnya, idea-idea kreatif itu akan bergabung menjadi satu,” katanya.

Pernah juga Mimi terfikir untuk bergerak secara solo, namun dia tahu, tanpa ONE, tidak mungkin dia memperoleh kejayaan muzik seperti yang dimiliki sekarang.“Tapi jika benar saya ingin bergelar penyanyi solo, ONE perlu sukses terelebih dahulu kerana kejayaan menerusi kumpulan ini akan menunjukkan sejauh mana saya dapat pergi jika menyanyi sendirian.

“Apa-apa pun kami ingin memperjuangkan muzik Melayu urban untuk diperdengarkan kepada semua dan kalau boleh ONE mahu pergi jauh sehingga ke luar negara,” ujarnya ringkas.Adegan panas.Mengenai filem terbaru, Klip 3GP, yang akan ditayangkan pada 13 Oktober ini, bukan Mimi sahaja yang membintangi filem tersebut.

Malah, Jojo dan Zydee turut memainkan peranan dalam kisah tentang video lucah yang disebarkan menerusi Internet.“Ini merupakan filem pertama kami dan ia adalah satu pengalaman besar buat kami yang tidak tahu apa-apa tentang dunia perfileman dan lakonan.“Lebih-lebih lagi watak saya sebagai Maya seorang wartawan yang menjadi mangsa ugutan seorang rakan berhubung satu rakaman hubungan sulit. Manakala Zydee dan Jojo pula merupakan dua rakan yang nakl di mana mereka suka ‘skodeng’ dan mengambil video-video lucah.

“Ya, terdapat beberapa adegan panas dalam filem ini, tetapi saya gembira kerana ONE telah memberikan komitmen 100 peratus dalam menjayakan Klip 3GP,” katanya.Mimi juga bersedia menerima kritikan daripada peminat-peminatnya lebih-lebih lagi jika mereka tidak sukakan watak yang dibawa.“Dalam filem ini, saya telah berusaha sebaik mungkin untuk menjayakan watak Maya. Dan harus diakui, adegan-adegan panas semestinya akan menjadi perhatian dan kritikan banyak pihak.

“Tapi saya lebih rela dikritik seandainya lakonan saya benar-benar menjadi berbanding sekiranya saya dipanggil sebagai pelakon “kayu”.“Walaupun susah untuk menghayati watak, saya gembira dengan krew dan pelakon-pelakon lain yang memberikan tunjuk ajar lebih-lebih lagi Jojo dan Zydee,” tuturnya.

Pendapat Jojo dan Zydee tentang Mimi:- Gemar menggayakan rambutnya.- Risau dengan berat badan sendiri.- Gemar berlatih vokal.- Seorang yang berdikari.- Menari merupakan sebahagian aktiviti hariannya .- Bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara.- Prihatin terhadap rakan-rakan ONE.Foto SAUFI NADZRI Solekan ANDAMAN ADREEN (016 2179890)* Artikel ini dipetik daripada akhbar Mingguan mStar yang diterbitkan bersama Sunday Star sekitar Lembah Klang.-mstar

Sabhi Saddi Kembali Bersama One Nation Emcees

Menurut salah seorang ahli kumpulan One Nation Emcees, Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, ‘kemasukan semula’ Sabhi dalam kumpulan mereka sebenarnya tidak dirancang dan berlaku begitu pantas.Tampil memberi saingan di dalam Gegar Vaganza 2019 kelak, kumpulan One Nation Emcees kini kembali bersatu selepas berehat seketika di dalam industri hiburan.

Sabhi Saddi Kembali Bersama 

One Nation Emcees yang sebelum ini dianggotai oleh Mimi Fly, Jojo Fly, Kozae dan Zydee sebelum ini dikenali dalam rancangan realiti GangStarz 2 pada 2008 dan turut muncul sebagai juara. Biarpun begitu, untuk GV6 Zydee tidak dapat turut serta dan ‘tempat’ nya telah diganti dengan seorang ahli lama mereka yang juga penyanyi, Sabhi Saddi.

Kemunculan Sabhi dalam One Nation Emcees dan juga GV ternyata mengejutkan peminat. Ini kerana ramai yang tidak tahu bahawa Sabhi sebelum ini pernah menganggotai One Nation Emcees pada tahun 2010 buat seketika menggantikan Kozae yang ketika itu mengalami masalah kesihatan.

Menurut salah seorang ahli kumpulan One Nation Emcees, Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, ‘kemasukan semula’ Sabhi dalam kumpulan mereka sebenarnya tidak dirancang dan berlaku begitu pantas.“Waktu itu kami telah memanggil semula kesemua ahli One Nation Emcess mengenai tawaran ini. Namun Zydee beritahu yang dia tidak dapat turut serta kerana terikat dengan komitmen lain, jadi kami hubungi Sabhi untuk sertai kembali. Sebenarnya sebelum ini ada seorang lagi ahli One Nation Emcees iaitu Alya, jadi kami terfikir Sabhi dahulu dan dia pula terus bersetuju tanpa berfikir panjang,terus jadilah barisan One Nation Emcess yang baharu”

Raikan Ulangtahun One Nation Emcees Yang Ke-11

Jelas Mimi, sebenarnya kumpulan mereka telah menerima tawaran untuk menyertai GV pada musim lalu namun terpaksa menolaknya kerana terikat dengan komitmen masing-masing. Memandangkan tahun ini merupakan tahun ke-11 mereka di dalam industri, mereka terfikir untuk kembali mewarnai industri.

Biarpun bersaing dengan nama-nama hebat dalam industri, mereka akan cuba memberikan yang terbaik dengan keunikan mereka sendiri yang sememangnya terkenal dengan gerak tari lincah dalam setiap persembahan yang ditonjolkan. Bagi Sabhi pula, dia beranggapan bahawa ini merupakan satu peluang buatnya dan ahli kumpulan yang lain untuk kembali. Akui pada permulaannya agak sedikit kekok kembali apatah lagi penyertaan bersama kumpulan, menurut Sabhi yang terkenal dengan lagu Nadiku, mereka sudah mempunyai strategi untuk serasi bersama dan terima kekurangan dan kelebihan masing-masing.

“Dari awal lagi kami letakkan diri tak nak tertekan sangat dengan konsep pertandingan.  Kami nak orang ingat kembali One Nation Emcees, nak bagi aura kegemilangan kumpulan sekitar 8 tahun dahulu.Kami aku mungkin tak boleh bersaing dengan peserta hebat yang lain namun kami akan cuba  mewarnainya kembali.”One Nation Emcees ditemui murai.my di majlis sidang media pengumuman peserta Gegar Vaganza 6 petang Selasa di The Garden Mall, Kuala Lumpur.-murai