Bapa mertua selamba je selak langsir bilik bila tahu menantu baru lepas mandi. Alasan yang dia bagi memang tak masuk. Satu hari isteri nekad bagi tahu suami. Mengejutkan ini respon dari suami bila dia mengadu pasal mertua.

Kisah Rumah Tangga

MENJALANI kehidupan rumah tangga di rumah ibu bapa bukanlah sesuatu yang mudah dalam hidup pasangan suami isteri. Si menantu, tidak kira lelaki mahupun perempuan perlu menyesuaikan diri dengan suasana baharu, mengikut acuan yang telah terbentuk sejak sekian lama di rumah ibu dan bapa mertua.

Meskipun berada dalam rumah, menantu perempuan khususnya perlu tahu menjaga batas dan adab, serta aurat terhadap adik-beradik dan ibu bapa mertua. Di bilik tidurlah merupakan satu-satunya privasi bagi kita, di mana kita bebas berbuat apa sahaja dan berpakaian ‘ikut suka’.

Namun lain ceritanya bagi seorang wanita yang tidak mahu dikenali, yang mengakui tertekan dengan sikap bapa mertua yang gemar masuk biliknya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. “Saya sudah berkahwin hampir tiga tahun. Sekarang saya tinggal di rumah mertua saya. Saya ada masalah di mana ayah mertua suka sangat masuk bilik saya. Bilik saya baru siap dibuat, pintu tak dipasang lagi.

“Suami sibuk, tak sempat nak beli pintu, jadi saya hanya pasang langsir untuk tutup bilik. Yang saya tak suka, mertua suka sangat selak langsir suka-suka tanpa beri salam terlebih dahulu,” luahnya seperti yang dipetik menerusi laman Facebook Kisah Rumah Tangga, hari ini.

Menurutnya, setiap kali langsir diselak, bapa mertuanya sering memberi alasan untuk mengambil anak yang berada di pegangannya. “Kadang-kadang dia dah nampak saya baru lepas mandi, dia tetap akan selak langsir semata-mata mahu ambil anak. Situasi begini sudah berlaku banyak kali. Pagi-pagi pun dia akan masuk ke dalam bilik dengan alasan mahu tengok cucu,” katanya lagi.

Tidak tahan dengan situasi sedemikian, dia menyuarakan hasrat untuk hidup ‘berpisah’ daripada keluarga suaminya. Namun hasratnya itu ditentang ibu mertua yang menghidap pelbagai jenis penyakit. “Kalau saya keluar, tak ada sesiapa yang akan jaga ibu mertua pula. Sekarang saya mengandung anak kedua dengan usia kandungan lapan bulan dan saya mengalami alahan yang teruk.

“Bila tengah hari, saya akan duduk dalam bilik sebab saya cepat pitam. Bapa mertua pula suka selak langsir bilik semata-mata mahu tahu apa yang saya buat dalam bilik. Saya rasa malu bila orang tengok saya berkemban,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, perkara itu sering diajak berbincang bersama suami, namun apa yang balasan jawapan yang diterima agak kurang memuaskan. “Saya tanya banyak kali pada suami, kenapa ayahnya buat begitu, suami hanya balas ayahnya anggap saya seperti anaknya. Tapi saya tak suka. Kami selalu brbalah tentang isu sama,” katanya lagi.

Letih dan tertekan dengan kerenah mertua, dia akhirnya nekad mahu tinggalkan rumah mertua dan memulakan hidup di rumah sendiri setelah bersalin dan habis berpantang. Namun dia bimbang yang ibu mertua atau bapa mertuanya akan berterusan menyatakan bantahan terhadap hasratnya.

“Ibu mertua pula suka masuk campur hal rumah tangga kami.Letih sungguh saya sampaikan hari-hari menangis. Apa patut saya buat?” soalnya buntu. Sementara itu, menurut kenyataan yang diterbitkan Bahagian Pengurusan Dakwah,Jabatan Agama Islam Selangor, syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu suami, ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa dan juga bapa mertua.

Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak berlaku perkara yang tidak diingini dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya keinginan para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita yang memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.

Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami. Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.

Artikel Lain: Isteri Tinggalkan Ank Kejap Dengan Bapak Mertua. Tiba Tiba Isteri Terkejut Bila Tengok Ank Tak Pakai Seluar Dan Menangis. Bila Isteri Selak Seluar Ank Isteri Tergamam.

Tinggalkan anak dgn bapa mertua. Pelik anak tak berpampers dan menangis. Bila di selak seluar anak, aku terkedu

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum admin. Sebelum itu saya ingin minta maaf jika luahan saya ini mengandungi unsur unsur yang tak berapa sesuai dibaca. Saya seorang ibu muda yang mempunyai seorang anak yang berusia 1 tahun 8 bulan.

Perkara ini berlaku pada bulan puasa tahun lepas di mana suami ajak saya pergi ke KL atas urusan jual beli kereta. Suami mengajak ayah mertua sekali atas alasan supaya boleh bergilir gilir membawa kereta. Setelah sampai ke tempat yang kami ingin pergi, saya menolak untuk mengikuti suami berjumpa dengan orang tersebut sebab mengantuk dan memberikan alasan takde orang jaga anak.

Ayah mertua saya menyuruh saya agar ikut suami dan menawarkan diri untuk jaga anak saya iaitu cucu dia. Tempoh berjumpa dengan orang tersebut mengambil masa 1 jam lebih. Setelah selesai, saya dan suami ingin kembali ke kereta dan melihat anak saya sedang menangis.

Saya mengambil anak saya daripada ayah mertua dan melihat anak saya tak pakai pampers. Ayah mertua bagitahu yang anak saya buang air besar. Saya membaringkan anak saya dekat tempat duduk penumpang belakang lalu lantas menyelak seluar anak saya. Saya terkedu

Anak saya masa tu memakai baby romper yang jenis seluar pendek pada masa tu dengan jelas saya ternampak ada cairan merah berdekatan dengan alat sulit anak saya. Saya lap dengan jari sebab inginkan kepastian sama ada itu betul betul cairan merah atau bukan.

Dan ternyata, ya. Memang betul betul. Saya mula berasa berdebar dan tak sedap hati. Kebetulan berdekatan tempat parking ada kedai barang baby dan saya terus mengajak suami ke kedai tersebut atas alasan ingin beli pampers.

Bila dah masuk ke dalam kawasan kedai saya bagitahu suami apa yang saya nampak. Suami tak percaya dan berkata bahawa tu imaginasi saya sahaja. Saya mendiamkan diri dan sepanjang perjalanan balik anak saya tak berhenti menangis dan tak nak duduk kat dalam carseat.

Semenjak dari kejadian tu saya menjadi seorang yang sukar tidur malam, fobia bila anak menangis dan menjadi seorang ibu yang paran0id. Setahun dah berlalu dan setiap kali saya buka mulut pasal kejadian tu suami akan marah saya balik dan bagitahu yang saya sengaja memburukkan ayah dia.

Saya buntu dan setiap kali teringat akan kejadian tu saya akan menangis. Saya jadi takut untuk balik ke rumah keluarga suami sebab ayah mertua selalu bawa anak saya keluar jalan jalan naik kereta atas alasan anak berpeluh dan nak ambik angin.

Petang tadi saya buka mulut pasal hal tu dan suami marah saya dan mengatakan saya sengaja memburukkan ayah dia. Saya dah cuba berfikiran positif tapi tak boleh. Kalau betul ayah mertua saya tak berbuat apa2 kenapa ada cairan merah pada alat sulit anak saya?

Saya jadi tawar hati dengan sikap suami sebab ambil mudah dengan perkara macam ni. Saya terasa hati sampaikan saya ada terfikir nak berpisah dengan suami atas keselamatan anak saya. Saya share kat sini sebab saya nak minta pendapat warga KRT apa yang patut saya lakukan. Maaf sebab ayat saya tunggang terbalik. Saya tengah buntu.

Reaksi warganet

Nur Fadhilah –Sorry bab bab anak kalau saya, takde nak bagitahu suami dulu. Terus jumpa doc untuk buat pengesahan. Lepas tu. Baru lah bersemuka dengan husband dan ayah mertua, dalam kes puan ni. Zaman sekarang ni. Jangan kan ayah mertua, husband sendiri boleh bernfsu dengan daging sendiri! Nauzubillah min zalik.

Rahimah Binti Ismail –Jumpa dan bincang dengan doktor. Jangan senyap, walaupun perkara ni dah setahun berlalu. Jangan rosakkan masa depan puan dan anak puan. Mungkin masa baby dia tak trauma, tapi proses pembesaran dia akn terganggu dari segi em0si dan mental.

Minta maaf jika saya tersalah cakap, jika perkara ini berlanjutan tanpa sebarang tindakan, kemungkinan perkara ini akan menjadi perkara normal bagi ank anak yang sedang membesar. Saya harap puan faham maksud saya.

Nurfarahiyah Iwani –Puan, saya harap puan cepat bertindak, jangan biarkan persoalan itu terus menjadi persoalan. Puan kena bertindak. Kuatkan semangat. Ingat walau apa pun berlaku. Iya atau tidak. Ia tetap bahaya apatah lagi puan ada maklumkan ayah mertua puan ada bawa anak puan untuk jalan jalan kan.

Bagaimana dengann nasib anak puan. Masa depan dia.. Tak kan puan nak senyap kan je.. Kita sebagai seorang ibu patut melindungi anak kita. Bawa ke klinik atau hospital. Tak perlu lah tggu kepercayaan suami jika dia susah utk terima pandagn puan.. Bawa je sendiri. Bertindak sendiri. Kita ibu. Moga semua nya di permudahkan ye.

Sem Nomes –Sepatutnya suami mendengar, bukan dia tak kenal isteri dia jenis penipu atau tak, jenis suka burukkan orang atau tak. Zaman sekarang manusia tapi perangai syaiitan. tak payah dah balik rumah ayah mentua selagi dia hidup!

Norazlin Niza –Cukuplah mencemuh. Bagi suggestions solutions apa nak di buat. Bukan mengeruhkan lagi perasaan si ibu. Jauhkan anak dari suspek. Bawa anak ke hospital untuk check up… andai ada kesan koyakan lama masih boleh dikesan. Bila kes pasti benar dengan laporan doctor, ambillah tindakan sewajarnya (laporan polis)

Sumber Kisah Rumah Tangga via lamanmaya.pw

Artikel Lain : Wanita Ini Terlelap Lepas Sarapan Tiba Tiba Terasa Macam Diperhatikan. Mengejutkan Bila Dia Bangun Tengok Bapak Mertua Tengah Intai Dari Pintu. Akhirnya Ini Yang Terjadi Buat Wanita Ini Terkedu.

Salam admin. Mohon siarkan. Aku sebenarnya serba salah nak meluah. Fil aku bukanlah seorang yang waras. Dia dah jadi dari beberapa tahun yang lepas. First time aku jumpa dengan fil. Lepas pada perkahwinan. Dan aku memang sedia maklum tentang keadaan fil.

Fil aku ada sebut, eh macam kenal la. Teman berasmara i sebelum ni kan? Tersentak aku. Aku dah start feel awkward masa tu. Yelah kenal tak. Tetiba cakap macam tu. Tapi aku abaikan jelah. Sebab dia kan kurang waras. Tanggapan aku la.

Sebelum ni kami memang duduk sendiri. Tetapi baru baru ni, boleh dikatakan kami ada masalah kewangan dan terpaksa menumpang rumah mil buat sementara waktu. Aku tgh mengandung. Dah sarat. 2Kali. Aku tengah baring dalam bilik, tetiba fil aku datang terjah Terkejut aku dan Dia tanya aku soalan yang adik dah balik ke belum, aku jawablah tak tahu. Padahal orang lain ade je dekat ruang tamu.. Kenapa tak tanya orang lain? Ye aku tahu la aku menumpang but ni kan privacy aku.

Keesokannya, aku tertidur selepas brekfast. Aku masuk bilik. Aku baring last2 tertidur. Maybe penat sangat . Aku rasa diri aku diperhatikan, aku buka mata. Aku nampak fil depan pintu bilik, dia pegang pintu bilik. Dia nampak aku buka mata, dia cepat cepat tutup pintu dan pergi lain. Masa tu semua orang dekat dapur. Terus hilang penat aku, aku bangun. Aku ws suami aku, aku cakap ,kalau nak keluar tu susah ke kejutkan dulu.

Baju tidur malam malam tahu la kan, takde la mencolok mat sampai terbayang. Labuh memang la labuh. Kang terselak ke apa ke. Takkan nak tunggu something jadi baru nak alert. Baru nak jaga. Lagipun dalam rumah ni ramai. Adik2 ipar. Biras. Kak ipar. Abang ipar. Semua ada. Dah lah sorang2 kalau lalu, duk main ketuk ketuk pintu. Mmg terbukak la namanya. Nak tido malam pun, sampai rasa fobia.

Selagi dia tak balik selagi tu la aku tak tido. Nak2 pernah keluar cerita yang fil aku tu pernah nak buat something yang tak baik dekat anak perempuan. Sampaikan aku cakap dekat husband, if terjadi sekali lagi. Saya tak akan teragak nak balik rumah mak saya dan tak akan datang dah selagi awak tak sediakan rumah untuk kita. Buat masa ni, aku tak ada hebohkan dekat sape sape. Aku nak bgtahu husband pun serba salah. Yelah ayah dia kan.