Baru buat pendedahan tentang anak selepas dua bulan menyambut kelahiran bayi sulung. Tepat jam 12 tengah malam terus tular wajah comel Fatima

Artis

KUALA LUMPUR: Selepas dua bulan menyambut kelahiran bayi sulung, pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura buat kali pertama berkongsi wajah puteri tersayang, Nur Fatima Aisya kepada peminat.Foto keluarga itu dikongsi pasangan berkenaan dalam akaun Instagram (IG) rasmi mereka, tepat pada jam 12 tengah malam tadi.

Pada foto itu, Fatima yang didukung Fazura, tampak comel dalam persalinan gaun berenda dan bertopi.Melalui entri itu, Fattah dan Fazura mengucapkan selamat menyambut tahun baharu 2021 kepada peminat dan pengikut mereka.”Selamat Tahun Baharu 2021. Salam Sayang. Fattah, Fazura dan Fatima,” kata pasangan itu.

Pada 2 Oktober lalu, Fazura selamat melahirkan bayi perempuan selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama Fattah.Ketika itu, Fattah dan Fazura tidak mendedahkan wajah penuh bayinya comel dan berkulit cerah itu.Sebaliknya, mereka memohon diberi sedikit masa untuk mendedahkan wajah anak hingga tiba waktu sesuai.

Gara Gara Tak Dedahkan Wajah Ank Ada Individu Yang Cakap Ank Fazura Sumbing Ni Buat Ramai Yang Panas Hati. Sekali Ini Respon Yang Lain.

Pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura menegaskan mereka bakal menunjukkan wajah anak sulung mereka, Nur Fatima Aisya apabila sampai waktunya. Masih menyembunyikan wajah Fatima daripada tatapan umum biarpun di media sosial, kata Fattah, keputusan itu datang daripada mereka sekeluarga dan bukannya perjanjian hak eksklusif dengan mana-mana stesen televisyen.

“Tak ada eksklusif dengan mana-mana stesen televisyen pun untuk mendedahkan wajak anak, memang tiada produksi atau client yang berunding mengenai perkara ini. “Buat masa sekarang belum ada tarikhnya lagi, kita merancang akan tunjuk wajah Fatima tapi tak tahu bila. Itu keputusan kami sekeluarga.

“Baru-baru ini pun saya ada buat majlis cukur jambul di rumah sendiri walaupun pada mulanya ada merancang untuk buat kenduri. Tetapi keadaan tak mengizinkan, mungkin sebab itu jugalah kami tangguh dulu (daripada mendedahkan wajah anak),” kata Fattah kepada Gempak.

Justeru, Fattah memberitahu kewujudan Instagram khusus @fattzuralovelife juga menjadi medium perantara untuk berkongsi perihal tentang permata hati mereka. Dalam pada itu, Fattah akui teruja merasai pengalaman sulungnya sebagai bapa.

“Bila sudah jadi daddy ni semua bagi pesanan dan doakan yang terbaik untuk keluarga. “Apa yang dapat saya kongsikan, sudah dapatlah merasai pengalaman tak tidur malam sebab anak menangis setiap tiga jam. Jadi, timbul rasa tanggungjawab itu untuk bangun tengah-tengah malam.

“Memang ini pengalaman yang tak dapat dilupakan. Orang kata kena nikmati detik ini sebab baby tak selamanya kecil dan apabila mereka sudah besar kita akan merindui momen-momen ini,” tambahnya. Fattah dan Fazura melangsungkan pernikahan pada majlis tertutup di sebuah hotel ibu negara pada 27 November 2017 dan menimang cahaya mata sulung, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

Komen Warganet:

Komen tersebut meraih hampir 1000 tanda suka. Tapi sebenarnya ramai juga yang tidak berpuas hati dengan komen tersebut lalu meminta mak cik bawang ini untuk untuk bertaubat.

Fattah Amin Tercalon Dalam 100 Lelaki Paling Kacak Di Dunia Tahun 2020. Terkedu Ini Pula Reaksi Dari Fazura. Tak Sangka Sampai Macam Ni Sekali Reaksi Dia.

Pelakon Fattah Amin akui terkejut apabila sekali lagi tersenarai antara lelaki paling kacak dunia pada tahun 2020. Jelas Fattah, 30, dia bersyukur kerana masih ada peminat yang mencalonkan namanya dan tidak menyangka akan tersenarai lagi sekali.

“Syukur Alhamdulillah… Itu yang boleh saya katakan. “Sebelum ini pun pernah ada tersenarai, kemudian tahun ini pun ada lagi. Saya pun tak sangka. “Kalau tak salah, itu pun hasil daripada orang undi,” katanya kepada Gempak.

Fattah merupakan selebriti tunggal dari Malaysia yang menerima pencalonan tahun ini anjuran TC Candler. Pencalonan dipilih berdasarkan undian dan komen peminat yang dihantar ke laman YouTube rasmi TC Candler, sebelum 100 nama Jejaka Paling Kacak dan Wanita Paling Cantik disenarai pendek. 

Bekas juara Hero Remaja itu mendapat tentangan sengit daripada tiga selebriti Indonesia, beberapa aktor Hollywood seperti Leonardo DiCaprio dan Chris Evans serta artis K-Pop. Mengulas mengenai reaksi isterinya, Nur Fazura apabila dia tersenarai dalam calon tersebut, cerita Fattah senarai itu pernah diulang siar dalam akaun Instagram aktres itu sebelum ini.

“Faz ada repost dari Instagram saya. Katanya ‘wow’, mungkin dia bangga dengan suami dia,” tambahnya ringkas. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Apam Pink Media

Sumber: GEMPAK

Baru Selesai Habis Pantang Selama 44 Hari Sekali Fazura Terkejut Dengan Apa Yang Jadi Pada Dirinya. Tak Sangka Lepas Habis Pantang Sampai Macam Ni Jadi.

Aktres jelita pujaan ramai, Fazura kini selesai menjalani pantang selama 44 hari dan boleh menarik nafas lega kerana bukan sahaja boleh makan makanan kegemarannya malah cincin tunang dahulu juga sudah muat untuk dipakai kembali!

Perkara itu dikongsi Fazura di laman sosial Instagram miliknya dengan kapsyen, “Yay cincin tunang dah muat balik” – tulisnya sambil tag Fattah. Sementara itu meninjau di ruangan laman sosial Instagram Fattah, beliau turut berkongsi story sedang menemani Fazura makan makanan kegemarannya.

“kesian craving lama sangat” ujar Fattah. Awhh sweet la Fattah ni! Dalam pada itu, Fattah sempat bertanyakan pada Fazura apakah perasaannya selepas habis pantang. “How do you feel selepas habis pantang?” Aktres itu secara spontan menjawab pertanyaan suaminya, “Alhamdulillah, tetapi lepas habis pantang pun kena lah jaga” jawab Fazura. Fazura sebelum ini selamat melahirkan bayi perempuannya yang diberi nama Nur Fatima Aisya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Sumber : hotfm

Fazura Muat Naik Gambar Ank Dekat Ig Sekali Warganet Perasan Neelofa Ada Buat Sesuatu. Rupa Rupanya Ini Yang Neelofa Buat Sampai Jadi Perhatian Warganet.

Seperti umum mengetahui bahawa sebelum ini telah tercetusnya kontroversi mengenai ‘pergolakan’ yang berlaku antara pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa dan pelakon cantik jelita, Nur Fazura. Kontroversi itu menjadi bualan hangat warganet selepas kedua-dua artis tersebut seakan-akan menyindir antara satu sama lain di media sosial.

Lebih menguatkan lagi spekulasi tersebut adalah apabila Noor Neelofa sebelum ini pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon kacak, Fattah Amin. Walaupun begitu, hubungan mereka dikatakan berakhir sekitar tahun 2016 dan Fattah Amin kemudian digosipkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon, Nur Fazura. Hubungan cinta yang terjalin antara Fattah dan Fazura akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin.

Ekoran daripada itu, mulalah timbul spekulasi yang mengatakan bahawa Neelofa dan Fazura tidak mempunyai hubungan yang baik malah mereka dikatakan sering menyindir antara satu sama lain. Walaupun sebelum ini pernah kecoh tentang hubungan Neelofa dan Fazura tetapi lama-kelamaan isu tersebut seakan sudah dilupakan oleh warganet.

Tetapi sejak kebelakangan ini, isu kedua-dua artis ini telah kembali menjadi bualan hangat selepas warganet melihat Neelofa ada memberikan tanda ‘like’ terhadap gambar anak pasangan pelakon, Fattah Amin dan Fazura yang dikongsikan semula di Instagram Meletop. Warganet mula beranggapan bahawa Neelofa kini sudah ‘move on’.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga dalam kalangan warganet yang suka dengan perubahan tersebut selain berharap hubungan Neelofa dan Fazura berada dalam keadaan baik dan mereka dapat melupakan persengketaan yang terjadi pada suatu ketika dahulu. Tidak kurang juga, biarpun wajah anak perempuan Fazura tidak kelihatan tetapi kebanyakan netizen sudah mula memuji kecomelan bayi itu dan mengharapkan dia dapat membesar menjadi anak yang solehah.

Sumber: Meletop

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Tak Sedia Kongsi Wajah Penuh Cahaya Mata Pertama. Fattah Amin Dan Fazura Hanya Kongsi Nama Anak Sulung Mereka Sahaja Dan Ini Sebab Utama Mereka Tak Kongsikan Bersama

Hari ini cukup tujuh hari melahirkan cahaya mata pertama, pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura berkongsi nama penuh anak perempuan mereka iaitu Nur Fatimah Aisya Abdul Fattah.Fattah dan isterinya berkongsi perkara tersebut menerusi akaun instagram Fattzuralovelife dengan meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan mereka sekeluarga.”Assalamualaikum. Hari ni genap tujuh hari saya dilahirkan pada hari Jumaat, 2 Oktober 2020. Nama saya ialah Nur Fatima Aisya Abdul Fattah.

“Fatima dah berusia seminggu hari ni tapi daddy and mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial. Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima.”Fatima syukur sangat pada makcik and pakcik semua. Terima kasih! Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila daddy dan mommy fikir Fatima dah bersedia! MasyaAllah… love, Fatima,” katanya.

Menerusi perkongsian tersebut turut memuat naik rakaman pendek Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 37, sedang mendukung puteri sulungnya itu.Fattah dan Fazura kongsi rakaman pendek bersama puteri sulung mereka.Bagaimanapun, pasangan selebriti terkenal itu tidak memaparkan wajah penuh anak mereka.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan dan doa daripada warganet yang turut memuji wajah comel cahaya mata sulung pasangan itu.Sebelum ini, pasangan gandingan dalam drama Hero Seorang Cinderella itu mengumumkan kelahiran bayi pertama mereka menerusi laman Instagram pada 2 Oktober lalu.Fattah mendirikan rumah tangga dengan Fazura dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel pada 27 November 2017.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!Tags/Kata Kunci:-mstar

Jatuh Air Mata Bila Dapat Kejutan Masa Ulangtahun Kelahiran. Sekali Warganet Perasan Benda Lain Pada Fazura Sampai Jadi Bualan Ramai.

Baru-baru ini, pelakon jelita dan popular Fazura menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-37 tahun dan perkara itu membuatkan selebriti ini juga sangat bahagia apabila dapat menyambutnya dengan bakal cahaya mata sulungnya.

Walau bagaimanapun, Fazura tidak terlepas untuk menerima kejutan daripada insan yang tersayang sempena ulang tahun kelahirannya itu dan video dikongsikan ini pula dapat diperhatikan momen bahagia selebriti ini bersama rakan-rakan.

Fazura bagaimanapun dilihat terharu dengan kejutan diberikan kepadanya ini dimana video yang dimuat naik semula menerusi Instagram Hot FM turut meraih ribuan tontonan umum. Biarpun begitu, apa yang membuatkan orang ramai tidak henti-henti tinggalkan reaksi mereka diruangan komen apabila mereka turut tertarik dengan penampilan sopan Fazura meskipun kini sedang sarat hamil anak sulungnya sekali gus menerima reaksi positif ramai.

Bukan itu sahaja, bagi warganet penampilan Fazura disenangi ramai kerana selain rekaan cantik baju-baju yang digayakan olehnya itu turut kelihatan sopan. “Pakaian Faz masa mengandung pun sopan… bertambah-bertambah cantik Faz ni”

Menjenguk ruangan Instagram Fazura, patutlah ramai yang suka lalu memuji penampilannya. Lihat sahaja beberapa perkongsian Fazura yang kelihatan bergaya disamping tetap nampak sopan. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kucing Media OnlineSumber : HCL

Sedang Sarat Mengandung. Fazura Tekad Buat Satu Aktiviti Ini Dan Sanggup Kongsi Satu Produk Yang Dia Gunakan Khas Buat Wanita Di Luar Sana

Selepas tiga tahun pelakon dan penyanyi jelita Fazura dan rakan perniagaannya Puteri Intan Zarith melancarkan produk kesihatan dan kecantikan melalui jenama TruDolly, kini mereka bersedia melancarkan produk terbaru yang dinamakan TruDolly Gummies.Produk ini dilancarkan dalam dua perisa iaitu Lemon Flush dan Strawberry Glow. Malah, TruDolly juga akan bekerjasama dengan Universal Music Malaysia dari segi pemasaran untuk produk baru ini.

“Saya ambil TruDolly Gummies setiap hari. Rasanya yang sedap jadi mudah nak makan waktu pagi. Lepas tu saya akan minum air dua tiga liter sepanjang hari.”Banyak faedahnya seperti kurangkan masalah jerawat dan membantu buang toksin dalam badan. Lagi satu, ianya memberikan tenaga dan stamina,” kata Fazura.

Fazura yang nampak sungguh berseri dengan persalinan rona kuning rekaan Rizman Ruzaini turut memberitahu dia akan mula berehat mulai Ahad ini untuk menumpukan sepenuh pada dirinya yang sedang menanti saat kelahiran cahaya matanya.”Sebelum ini TruDolly dipasarkan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei, tetapi dengan kerjasama bersama Universal Music Malaysia, mereka akan membawa jenama TruDolly ke pasaran global,” kata Fazura mengakhiri bicara.Fazura yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Fattah Amin kini sedang menanti kelahiran anak sulung mereka yang dijangkakan pada bulan depan.-gmpk

Cukup Aktif Tatkala Diri Sedang Hamil. Fazura Bongkarkan Sesuatu Tentang Kandungan Tidak Bergerak Yang Membawa Satu Maksud Ini

KUALA LUMPUR: Melihat perkembangan Nur Fazura selepas mengumumkan kehamilan, beberapa bulan lalu, dapat disimpulkan wanita ini cukup aktif.Setiap hari, ada sahaja aktiviti yang dilakukan biarpun ada yang beranggapan, wanita mengandung sepatutnya perlu banyak berehat.

Maklum sajalah, dengan keadaan diri yang semakin sarat dan menanti masa untuk bersalin, pasti ramai yang risau dengan kesihatan aktres itu, andai berterusan begitu. Namun, bagi si empunya diri, kesibukan dengan kerja bagaikan suatu terapi.

“Sejak awal kehamilan lagi, saya suka bekerja. Walaupun berbadan dua, saya seronok jika sentiasa sibuk dengan pelbagai aktiviti dan tugasan. Malah, pernah terdetik, ingin sahaja saya tangguhkan bersalin sebab mahu siapkan kerja.“Kalau asyik duduk di rumah, ia akan menjadi tekanan buat saya. Itulah yang cuba saya hindari.“Namun, sibuk macam mana sekali pun, kena ada batasan dan saya tetap beringat. Jika saya rasa penat, saya akan pulang ke rumah dan berehat,” katanya kepada BH Online.

Ditanya dari mana dia memperoleh tenaga untuk aktif dalam keadaan sarat, pelakon berusia 37 tahun ini mendedahkan semuanya terletak dalam minda.“Kalau terlalu fikirkan sangat yang kita hamil, maknanya kita kalah. Tak mahulah manjakan diri sangat.

Kalau bayi tidak bergerak, maknanya dia penat

“Tetapi saya ikut keadaan bayi dalam kandungan. Kalau bayi tidak bergerak, maknanya dia penat. Jika dia okay, maknanya dia suka ibunya aktif,” katanya sambil tertawa.Dijangka bakal melahirkan zuriat, Oktober ini, pelakon filem Dendm Pont1anak ini berkata, seboleh mungkin, dia cuba menyelesaikan semua kerja yang dirancang lebih awal sebelum bercuti panjang.

“Tahun ini, jadual saya sudah disusun lebih awal. Antara projek yang sudah dirancang adalah melancarkan produk kecantikan, rakaman lagu baharu dan video muzik. Saya juga ada merakamkan sebuah single ciptaan Ezra Kong.“Sempena kemunculan lagu itu, syarikat rakaman menyarankan saya menghasilkan video muzik sebelum bersalin. Lagu itu bakal dilancarkan bulan depan. Kalau hendak tunggu selepas bersalin, mungkin akan mengambil masa yang agak lama,” ujar isteri kepada aktor Fatah Amin ini.

Bercerita pengalaman sepanjang tempoh kehamilan, Fazura berkongsi kisah suami terkena tempiaas isteri mengandung apabila mengalami perubahan selera makan.“Alhamdulillah, sepanjang kehamilan, saya tidaklah mengidam makanan yang bukan-bukan. Cuma saya tidak berapa gemarkan makanan kampung walaupun sebelum ini, saya sangat suka.

“Sebaliknya, orang yang mengidam adalah Fattah. Tetapi Fattah sebenarnya tidak sedar dia mengidam.“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, selepas berbuka puasa, dia akan buka peti sejuk mencari makanan. Itu yang menyebabkan berat badan dia naik sekejap .“Apabila saya beritahu dia sebenarnya mengidam, Fattah tidak mengaku dan berasa pelik. Hakikatnya, memang dia mengidam tetapi tidak sedar,” kata pemegang trofi Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-27 ini pada majlis Tea Party With Fazura dan pelancaran produk penjagaan kulit, Fazura Skincare di Sungai Buloh, baru-baru ini.

Mengulas pembabitannya dalam perniagaan produk penjagaan wajah, penyanyi Sayangi Dirimu dan Bisa Apa ini memberitahu, hasrat itu timbul selepas diminta peminat.“Sebelum ini, saya pernah menjadi duta untuk sebuah produk kecantikan selama tujuh tahun. Apabila saya bertemu peminat, mereka sering bertanya, bila saya ingin menghasilkan produk sendiri.

“Keinginan itu sudah lama, cuma baru tahun ini terlaksana. Tapi, tidak sangka berlaku wabk COV1D-19 yang menyebabkan semua kerja tertangguh. Selepas ada kelonggaran, kami sambung semula proses pembikinan produk ini.“Kian lama menanti, baru sekarang saya dapat melancarkannya,” katanya dalam nada teruja.

Mengenai cakap-cakap nakal yang timbul seperti mempersoalkan keberkesanan produk terbabit selain dkwaan barangan dihasilkan adalah produk ‘timbang kilo’, Fazura memberitahu, dia tidak mahu ambil peduli dengan kata-kata negatif.Fazura yakin dengan produk terbabit kerana dihasilkan dengan teliti dan mengikut piawaian ditetapkan.

“Saya sendiri terbabit dari awal produk dihasilkan. Bermula dari proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) hinggalah kepada pembungkusan.“Kalau ada yang hendak beri persepsi negatif, terpulang kepada mereka, saya tidak mahu ambil peduli.

“Tidak perlu ada rasa takut kerana saya yakin produk ini selamat kerana tidak mengandungi bahan tidak dibenarkan. Produk ini juga sesuai untuk semua golongan termasuk wanita hamil,” katanya.Set eksklusif Fazura Skincare dilengkapi pencuci wajah, skrub, krim siang dan malam serta serum bersaiz mini. Barangan ini boleh didapati di stokis terpilih.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook .Sumber : BH