Baru dua minggu lepas berpisah dengan suami. Anju buat pengakuan dia terima beberapa mesej ini di dm IG dan dedah punca dia berpisah

Artis

Dikhabarkan baru dua minggu yang lalu,Zarina Anjoulie atau lebig gemar dipanggil Anju,34 membuat perkongsian di IG memaklumkan dirinya sudah berpisah dengan suaminya iaitu Eilyas Azhar. Tak dinafikan pengakuan yang dibuat Zarina mengejutkan pengikutnya serta warganet keran dia dan suami baru sahaja enam bulan berkahwin.

Maahan ramai yang menyifatkan kehadira Eilyas telah berjaya menguba hidup Zarina yang selalu ada kontorversi ke arah yang lebih baik. Kata Anju keputusan untuk berpisah itu adalah atas pilihannya sendiri.Pelakon itu juga memaklumkan punca perpisahan adalah kerana mereka sudah tidak lagi sehaluan.Malah, pelakon berusia 34 tahun ini juga meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Eilyas atau lebih dikenali sebagai Yas.

Selepas sahaja dua minggu berlalu, Anju buka cerita ramai lelaki cuba mendekatinya. Tapi yang peliknya, ramai yang menghantar pesanan peribadi menerusi Instagram adalah di kalangan lelaki muda dan remaja.Lebih mngejutkan mereka begitu berani meminta untuk menjadikan Zarina sebagai ‘sug4r mum-my’.

” Semua budak-budak muda ni datang DMs dengan harapan nak aku jadi sug4r mum-my, like seriously? Hantar gambar kau, okla nak kenal la nak ga-tal la..” Hello mak bapak korang mana? Suruh dorang tanggung kau ye dik..aku bukan mak kau dan kau bukan anak aku nak aku tanggung..

” Budak-budak zaman sekarang serius aku tak faham semua malas nak kerja selalu cari jalan senang jer..” Aku tak Ia-par jntan, aku gembira dengan hidup aku dan keluarga aku, hanya 3 lelaki dalam hidup aku berhak dapat duit aku..ayah aku, abang aku dan anak aku..thats it” tulis Zarina.

Menerusi perkongsian berasingan juga Zarina dilihat semakin kerap berkongsi gambar dan video bersama pelakon Fathia Latiff.Minggu lalu, kedua mereka meraih perhatian warganet apabila mengakui hubungan kedua-duanya kembali pulih.

Selepas dua tahun dikatakan putus sahabat, mereka nampak gayanya telah berdamai, malah dilihat banyak meluangkan masa bersama-sama.Tambah menarik, terdapat juga video TikTok yang dilakukan oleh kedua-dua mereka.Video tersebut dimuat naik menerusi satu posting terbaru Zarina atau lebih mesra disapa Anju.

” Ini sangat fun, Tee Tee (Fathia) dan Anju. More to comes guys,” katanya.Menerusi ruang komen, rata-ratanya gembira apabila melihat dua pelakon itu sudah berdamai. Malah, kebanyakan mereka terhihur dengan ideo TikTok dihasilkan mereka.” Ah comelnya dua ni menari TikTok.”” Ok Bff dah kembali.”” Happy bila tengok dua-dua ni berbaik” kata beberapa warganet

Ada Warganet Harap Fathia Untuk Terus Istiqamah Untuk Bertudung Dan Tidak Lagi Mengulangi Kesilapan Lalu. Ini Rupanya Yang Terjadi Antara Anju Dan Fathia

Mungkin ada yang mengetahui dan ada yang tidak, selepas dua tahun dikatakan berbalah akhirnya pelakon Fathia Latiff dan Zarina ANjoulie sudah pun berbaik semula. Namun begitu,sejak inggu lepas hubungn persahabatan mereka terjalin dan tidak lokek berkongsikan foto dan video mereka bersama di Instagram.

Sebelum ini Fathia ada memberitahu mahu menjaga Zarina atau lebih lebih gemar dipanggil Anju untuk sama sama belajar agama dengannya. Berdasarkan perkongsian foto di IG, rata rata warganet gembira melihat hubungan persahabatan yang terjalin semula serta doakan agar mereka terus bersahabat.

Dan ada yang memberikan nasihat supaya Fathia terus istiqamah untuk bertudung dan tidak lagi mengulangi kesilapan lalu.Pada tahun 2019, Fathia mengejutkan industri hiburan tanah air apabila membuat keputusan untuk tidak berhijab selepas tiga tahun bertudung. Bagaimanapun, Jun tahun lalu Fathia kembali berhijab serta mahu berubah menjadi insan lebih baik.

Dahulu Saling Berbalas Kenyataan Di Laman Media. Fathia Latiff Ajak Pula Zarina Anjoulie Belajar Agama

Dikatakan hampir dua tahun dikatakan puts kawan selepas saling berbalas kenyataan di media sosial,akhirnya dua pelakon ini iaitu Zarina Anjoulie dan Fathia Latiff sudah pun berbaik. Perkara itu didedahkan oleh pendandan rambut terkenal,Ridzokumura menerusi IG yang memaparkan Fathia dan Zarina dilihat sedang duduk berbual.

Menerusi perkongsian itu, Ridzokumura meluahkan rasa syukur apabila kedua mereka sudah pun berbaik dan menjalain persahabatan semula.Dalam pada itu, Ridzokumura turut mengatakan Fathia mengajak Zarina untuk sama-sama belajar serta mendalami agama.Perkara itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang meluahkan rasa syukur dengan perkhabaran gembira itu serta mendoakan ukhwah serta ikatan persahabatan mereka kekal sampai bila-bila.

Lepas Berpisah Warganet Terus Kritik Zarina Anjoulie. Berikut Jawapan Anju Lepas Ada Pihak Kritik Tentang Penampilan Terbarunya

Baru sahaja heboh tentang perpisahan Zarina Anjoulie dan suami, Zarina Anjoulie sekali lagi raih tumpuan orang ramai setelah sesetengah pihak yang mengkritik penampilannya yang akan dikatakan agak tidak sopan. Zarina Anjoulie atau lebih disapa Anju berkata sesetengah pihak sengaja timbulkan isu dia kembali berpakaian tidak sopan selepas bergelar janda.

“Itu pun orang tak senang eh, bagi la Anju happy sikit, daripada terkinja-kinja mesej suami orang.“Hidup kita ni masing-masing lah, kalau dah lepas berpisah apa salahnya Anju nak happy-happy sikit,” katanya.Menurut Anju lagi, bergelar janda bukan bermaksud dia harus meratap nasib dan terus menjadi miskin.

“Anju nak guna masa ni untuk cari duit, senangkan keluarga dan anak.“Anju tak mahu jadi janda miskin lepas tu terkinja-kinja mesej suami orang.“Just Anju nak happy je sekarang,” katanya.Tambahnya, dia juga bersyukur apabila banyak tawaran diterima, baik berlakon mahupun menjadi duta produk.

“Tuhan tu maha adil, Alhamdulillah ada rezeki Anju.Tak lama lagi Anju akan berlakon dalam sebuah filem.“Anju pun sudah dilantik menjadi duta sebuah produk. Semua tu rezeki yang tiba-tiba je muncul. Alhamdulillah,” katanya kepada Gempak.Terdahulu, Anju mencetuskan kebimbangan warganet apabila membuat satu kenyataan di Instagram dipercayai mengenai status terkini perkahwinannya.

Anju kemudian mengesahkan yang dia kini sudah pun bercerai selepas setahun mendirikan rumah tangga bersama bekas suaminya yang dikenali sebagai Eilyas Azhar atau Yas.Dalam pada itu juga, Zarina pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, namun rumah tangganya itu menemui titik noktah pada Disember 2016.

Laki Biawak Hidup Pun Tak Tahan. Lepas Tular Kisah Zarina Anjoulie Berpisah Fara Mendoza Tampil Buka Mulut Tentang Isu Perpisahan Zarina. Tak Sangka Sampai Macam Ni Sekali Fara Cakap.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan selebriti tempatan pasti sudah mengetahui bahawa pelakon Fara Mendoza pernah ‘brblah mulut’ di media sosial bersama dengan pelakon Zarina Anjoulie. Bermacam-macam isu yang menjadi punca mereka berdua brblah sehingga membuatkan Fara berjaya dalam kes samn malu terhadap Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju.

Kini, mereka berdua sekali lagi bercakaran apabila Fara mula memuat naik beberapa foto perlian di Instagram story berkenaan isu perpisahan Anju. “Laki biawak hidup pun tak tahan dengan hang! Jangan kata lelaki keje bagus, yang tak keje pun cabut lari. Hang laki bini kenal pun sebab tubuhkan Telegram ftnah aku. Hang fikir bila hang kawin hang akan bahagia ke?”

Instagram story berkenaan seakan-akan tepat ditujukan kepada Anju memandangkan ketika ini sedang hangat diperkatakan tentang kes perpisahanya yang mengejutkan itu. Tak mahu terus mendiamkan diri, Anju turut menyelar kenyataan tersebut mengatakan Fara sanggup berlakon kononnya majlis hari lahirnya yang diadakan di Pulau Pinang itu dirancang oleh teman lelakinya.

Namun dalam masa yang sama, Anju ada memuat naik satu IGTV menjelaskan sebab utama mengapa beliau mengambil keputusan untuk memberitahu kepada umum mengenai kisah rumah tangganya walaupun ada yang mempersoalkan tindakannya itu.

“First of all, warganet tak bdh. Aku bukan orang biasa yang tak ada siapa kenal, aku Zarina Anjoulie yang orang kenal. It’s part of my life untuk share semua benda dengan korang (followers) aku semua. End of the day orang tahu jugak aku berpisah! Untuk aku lagi malu kalau aku fake kebahagiaan hidup aku. Ini hidup dan perasaan aku, lantak la orang nak cakap apa pun.”

Bila agaknya isu antara Fara dan Anju ini akan selesai ya? Harap-harap isu bercakar kali ini hanya akan terjadi di dalam laman sosial sahaja dan tidak dibawa ke luar sehingga menjadi kes saman seperti sebelum ini. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: HOTFM

Ramai Yang Desak Suruh Kahwin Sampai Pu Pun Ada Yang Desak. Akhirnya Zarina Anjoulie Dedahkan Kahwin Terlalu Cepat Jadi Punca Dia Berpisah.

Status perkahwinan pelakon Zarina Anjoulie terus menjadi persoalan ramai selepas dia memuat naik satu posting di laman Instagram miliknya memberitahu bahawa dia sudah berpisah. Terbaru, dia mengesahkan perkara itu adalah benar. Menurutnya perpisahan ini merupakan pilihannya sendiri dan akui perkara ini adalah terbaik buat kedua-dua belah pihak.

Ye, Anju dah pisah. Bukan aku sibuk nak kecoh, tapi sebab ramai yang tanya. Bukan apa-apa pun, bukan teruk sangat. I just rasa we’re just not in the same page anymore. Its by choice. Ini adalah yang terbaik untuk saya. Saya cuma mahu fokus kepada keluarga dan anak saya.

Menurut Anju, dia dan suaminya sudah berpisah dengan cara baik memandangkan dia merasakan mereka sudah tidak serasi. Tambahnya lagi, dia ingin lebih memberi fokus kepada kerja, keluarga dan anak lelaki. Dia akui turut ingin menghabiskan lebih banyak masa terluang bersama keluarganya.

Zarina Anjoulie turut berterima kasih kepada semua yang prihatin dan mendoakan yang terbaik buat dirinya. Rata-rata warganet tumpang sedih dengan perkhabaran tersebut. Malah Zarina Anjoulie juga dilihat sebak ketika menuturkan kata-katanya. Aku rasa aku kahwin terlampau cepat. Sekarang aku tengok ramai orang paksa suruh kahwin. Dengan PU semua sibuk suruh aku kahwin! Kau ni semua mengelabah si**

Menerusi Instagram Story, Zarina merasakan punca perpisahan ini adalah kerana dirinya terlalu cepat berkahwin. Malah dia turut akui tertekan akibat desakan orang ramai termasuk desakan Pencetus Ummah (PU). Dia turut menasihati agar wanita di luar sana buat pilihan bijak dan ikut kemahuan sendiri. Jangan pernah membuat kesilapan yang sama seperti dirinya.

Sumber : IG Zarina Anjoulie

Lepas Zarina Anjoulie Sahkan Dah Berpisah Dengan Suami. Sekali Azza Elite Selamba Je Boleh Komen Sesuatu Buat Ramai Tak Sangka.

” Ya, benar saya telah berpisah. Saya tiada niat pun hendak kecoh.” Itu pengakuan pelakon kntroversi Zarina Anjoulie yang tiba-tiba mengesahkan sudah berpisah dengan suaminya, Eilyas Azhar, hari ini yang hangat diperkatakan ramai.

Siapa sangka, Zarina dan suami hanya bertahan selama enam bulan melayari bahtera rumahtngga. Menurut Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju, rumah tangga yang dibina pada 17 Julai tahun lalu itu berakhir kerana sudah tiada persefahaman antara mereka.

” Sebenarnya tidak ada apa-apa perkara buruk pun yang berlaku, cuma saya rasa kami sudah tidak lagi sehaluan. ”Jadi, saya rasa itu (berpisah) adalah pilihan terbaik. Terima kasih pada sesiapa yang menghubungi saya tentang hal ini. Saya rasa sangat terharu,” katanya dalam video tersebut.

Anju bagaimanapun tidak memperincikan lebih lanjut tentang tarikh dan punca berlakunya perpisahan tersebut. Ujar pemilik nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul itu lagi, perpisahan merupakan keputusan terbaik untuk mereka. Kini, dia mahu lebih fokus terhadap keluarganya.

“Sekarang saya akan fokus terhadap kerja, keluarga dan anak saya. ” Sudah bertahun-tahun saya duduk seorang (ibu tunggal). Selepas ini saya akan gunakan masa yang ada untuk bersama keluarga,” katanya. Terdahulu Anju mencetuskan tanda tanya ramai apabila memberi bayangan tentang status perkahwinan dengan bekas suaminya selepas memuat naik satu hantaran menyatakan rasa syukur dan mengumumkan dirinya telah berpisah dengan lelaki tersebut.

Reaksi warganet dan rakan artis termasuk Azza Elite

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet dan pengikut Zarina di Instagram memberikan kata-kata semangat kepadanya meskipun berasa kecewa dengan perpisahan itu. Ini kerana ramai yang suka melihat hubungan Zarina dengan suaminya serta merasakan mereka pasangan yang saling melengkapi.

Selain warganet, rakan artis turut tinggalkan komen memberikan sokongan kepada Zarina, antaranya adalah penyanyi Azza Elite. ” Always untuk anjoue..” tulis Azza Elite. Reaksi Azza itu bagaimapun mendapat respon balas dari warganet lain yang seakan memperkecilkan sokongan Azza terhadap Zarina.

Ia mendorong Azza memberikan penjelasannya. ” Alhamdulillah Allah tau dik . Akak maafkan kamu. Aku tulis sebab Anjoue ni banyak tolong Aku .. takpe lah mungkin ko tak kenal aku .. tak mahu gado pun dengan ko . Tak dapat apa. So moh le kita asar.. Ayuh,” balas Azza.

Terdahulu, Zarina yang juga merupakan pelakon Anak Pontianak itu mengesahkan perpisahan tersebut menerusi sebuah hantaran video dalam Instagramnya selepas menerima banyak pertanyaan daripada pelbagai pihak berhubung status ‘berpisah’ yang dikongsikannya pagi tadi.

Sebelum ini, Anju pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki berasal dari Brunei pada 2015 tetapi berpisah pada Disember 2016. Dalam perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra yang kini berusia lima tahun.

Sumber:k0smo dan IG Zarina via Asiakini

Perkahwinan Hanya Tahan Selama 6 Bulan Je. Lepas Jadi Perbualan Hangat Warganet Akhirnya Zarina Anjoulie Tampil Bongkarkan Punca Sebenar Dia Berpisah Dengan Suami.

SELEPAS enam bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Zarina Anjoulie mengumumkan bahawa perkahwinannya dengan Eilyas Azhar sudah berakhir. Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul mengesahkan perkara tersebut pada Rabu dan menganggap ia merupakan hari yang terbaik dalam hidupnya.

Malah, pelakon berusia 34 tahun ini juga meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Eilyas atau lebih dikenali sebagai Yas. “Alhamdulillah, yay aku dah pisah. Best day of my life… Alhamdullilah terima kasih Yas,” tulis Zarina.

Zarina berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya namun tidak memberi maklumat lebih lanjut mengenai perpisahan mereka. Aktres tersebut juga memilih untuk menutup ruang komen di perkongsian tersebut.

ANJU TAMPIL JELASKAN SEBAB KENAPA DIA BERPISAH

Zarina Anjoulie telah memuat naik 1 video di laman instagram beliau untuk menjelaskan sebab kenapa dia telah berpisah dengan suami. Menurut Zarina, sebab utama adalah kerana mereka sudah tiada persefahaman lagi. Apa yang terjadi adalah persetujuan antara Zarina dan suami.

“Thank u so much for your support guys but ini adalah yg terbaik Buat anju sekarang , takde apa2 yg buruk jadi pun it’s just what’s best for me” – Zarina Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/anjujelas11/

Baru Sahaja Akui Hamil Beberapa Bulan Yang Lalu. Zarina Anjoulie Dedahkan Dia Alami Kehilangan Kandungan Dan Ada Benda Yang Dia Kena Buang Di Bahagian Payudara

Sejak dari Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dahulu, nama pelakon Zarina Anjoulie Lavocah menjadi sebutan ramai susulan daripada kerja amal yang dilakukan. Walaupun bersuara lantang namun pelakon ini disenangi ramai kerana dikatakan tidak hipokrit dan baik hati.

Siapa ikuti beliau di laman Instagram pasti tahu pelakon yang lebih mesra di sapa Anju sering berkongsi segala aktiviti harian yang dilakukan sehariannya.Pelakon Zarina Anjoulie Lavocah mengakui hamil beberapa bulan lalu, namun mengalami kehilangan kandungan baru-baru ini.

Berita duka tersebut dikongsi Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju itu menerusi sebuah hantaran di laman sosial Instagram (IG)nya pada Rabu.Anju yang memuat naik hantaran untuk berkongsi kesedaran mengenai bahaya dan kesan sampingan melakukan suntikan ‘filler’ memberitahu tentang kandungannya secara tidak sengaja.

Bagaimanapun pelakon filem Ular ini kelihatan sangat tenang dan menerima takdir tersebut dengan hati yang terbuka.“Beberapa bulan lepas Anju mengandung tetapi kehilangna kandungan. Bukan nak cerita kesian kat video ini, cuma nak beritahu.“Tak ada rezeki kan, tapi Anju tengah cuba nak pregnant lagi,” katanya tenang.

Selain itu, apa yang menarik perhatian ialah Anju berkongsi pengalaman yang dilalui selepas menyuntik ‘filler’ di bahagian payu-daranya.“Anju share apa yang anju lalui sekarang ni ye…Please don’t judge dan diharap anda semua terbuka dengan perkongsian ini.“Tujuan Anju share bukan untuk nak jatuhkan orang, tetapi untuk create awareness. Anju sendiri tengah lalui benda ni, so Anju nak share with you guys.

“Now Anju tengah refer dengan to fix my problem dengan Doctor Chiam. Kalau dia tak boleh buat, dia akan referkan Anju kat pakar.“Tujuan Anju share sebab Anju tahu ramai yang dah buat atau nak buat tapi malu dan segan nak tanya or cari penyelesaian. I will share my journey with u,” katanya positif.

Menerusi video berdurasi hampir lima minit itu, Anju berkata dia mengambil keputusan untuk mengeluarkan semula ‘filler’ di bahagian payudaranya selepas berasa sakit pada bahagian tersebut.Tambahan lagi ketika mengalami kehamilan beberapa bulan lalu, payu-daranya membngkak (proses normal wanita hamil) dan sakit.

Perkara tersebut membuatkan dia mula terfikir akan kesan sampingan ‘filler’ sekiranya hamil lagi pada masa akan datang.“Saya akan pergi bertemu Doktor Chiam untuk rawatan mengeluarkan ‘filler’ di bahagian dada. Ini adalah plan sebelum saya hamil lagi nanti,” katanya.

Dalam pada itu Anju memohon kepada warganet agar tidak meny4lahkan mana-mana pihak kerana keputusan untuk memasukkan ‘filler’ adalah kemahuan dirinya.“It was my choice untuk letak barang terlarang dalam badan aku. Jangan salah anggap dengan video ini atau jangan salahkan tempat aku pergi buat ‘filler’ dulu ya.“Video ini dikongsi sebab sekurang-kurangnya korang semua tahu apa nak buat selepas ini,” katanya

Lebih Aktif Sebagai Ahli Perniagaan Dengan Menggunakan Platform Media. Warganet Ini Dedahkan Siapa Sebenarnya Ibu Zarina Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Siapa je kan yang tak kenal Zarina Anjoulie? Zarina Anjoulie atau nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul merupakan bekas pelakon dan model. Zarina Anjoulie mula dikenali setelah membintangi dalam Drama Anak Pontinak kesinambungan daripada Filem Pontinak Harum Sndal Malam. Zarina memegang watak utama sebagai Mia yang mewarisi kuasa luar biasa dari moyangnya.

Setelah beberapa tahun dalam industri hiburan, Zarina Anjoulie menghilangkan diri daripada media dan peminat setelah terpalit dengan kontrversi dan imej sksi. Dia telah berpindah ke Brunei ketika itu. Terkini, Zarina lebih aktif sebagai ahli perniagaan dengan menggunakan platform laman sosial untuk mempromisikan produknya.

Mungkin lebih dikenali dengan perkara-perkara negatif kerana beliau seorang yang agak sosial dan lantang bersuara di media sosial. Namun ramai juga terima caranya kerana lebih jujur walaupun kasar atau pun sampai ada yang terguris dengan apa yang dia cakap.

Baru-baru ini, nama selebriti Zarina Anjoulie kembali meniti di mulut masyarakat apabila dia memuat naik video ‘menyekolahkan’ artis tempatan lain berikutan bantuan khas Covid-19. Memang puas hati lah tengok dia sound artis yang lain tu kan.Namun, kali ini admin nak kongsikan tentang ibu Zarina Anjoulie yang juga bukan calang-calang orang. Menurut perkongsian di Twitter, rupanya ibu Zarina Anjoulie, Norzaini Abdul Hamid merupakan wanita yang handal memasak.

Paling cool, Gordon Ramsay pernah belajar memasak rendang daripada Aunty Aini. Bukan biasa-biasa ni weh.I just found out that her mom is Aunty Aini the legendary woman who taught Gordon Ramsay to make beef rendang!!!!!!!!!!!!Selain itu, Aunty Aini juga memiliki restoran sendiri di Nilai, Negeri Sembilan yang diberi nama Aunty Aini’s Garden Café. Mesti orang Nogori tahu tempat ni kan?Lagi gempak, restoran miliknya juga pernah dikunjungi oleh cef terkenal, Anthony Bourdain dan Martin Yan.

Difahamkan, Aunty Aini juga pernah menjadi pengacara rancangan masakan, RASA Instafamous di Astro. Dalam rancangan tersebut, dia telah memasak bersama 13 personaliti yang terkenal di Instagram. Admin pernah tengok tapi tak tau pulak dia ialah ibu Zarina.Korang tengok lah sendiri video Aunty Aini ajar Gordon Ramsay ni.Patut Anju sejenis lantang, tengok mak dia Gordon pun takut .. eheheh..stay safe ok!Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!