Baru empat hari disahkan positif dan jalani kuarantin kendiri. Aepul Roza dedahkan pula anak perempuannya disahkan positif virus tersebut

Artis

Dilaporkan anak Aepul Drama Band pula positif covid19. Baru sahaja empat hari disahkan positif covid19 dan menjalani kuarantin kendiri,Aepul Roza yang merupakan vokalis kumpulan Drama band memaklumkan anaknya juga,Nur saffiya ALisha turut dijangkiti virus berbahaya tersebut. Melalui IG,Aepul berkata dia dan anak perempuan berusia lima tahun itu akan dikuarantin bersama sehingga sembuh dan bebas dari virus tersebut.

“My poor baby. Alisha juga positif. I’m sorry baby girl. Daddy jaga awak okay, ” tulisnya.Menerusi laporan mStar pada Khamis lalu, Aepul memberitahu keputusan ujian calitan atau swab test mendapati dirinya positif Covid-19.Bagaimanapun, isterinya iaitu Leez Rosli disahkan bebas daripada jangkitan.

“Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan ujian kali kedua membawa keputusan positif. Isteri (Leez Rosli) negatif. Saya sudah mula jalani kuarantin kendiri beberapa hari lepas dan menanti SOP seterusnya. Doakan kami sekeluarga” katanya.



Aepul dan Leez kongsi berita sedih mengenai anak mereka di Instagram.Meskipun berat berdepan ujian sukar itu, Leez berkata dia kuatkan diri memberi sokongan moral agar suami dan anaknya segera sembuh.“Hasil keputusan ujian swab test, anak perempuan kami disahkan Covid-19…. Allahu beratnya rasa bahu ni!

“Duduk elok-elok dengan daddy okay, umi janji umi kuat untuk jaga tiga orang… daddy, Alisha dan adik dalam perut,” tulisnya di Instastory.Sebelum ini, beberapa selebriti antaranya Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Alif Satar, Harris Anuar, Shima Anuar, Emma Maembong disahkan positif Covid-19.

Disahkan Positif Covid19 Selepas Jalani Ujian Saringan Kedua. Aepul Drama Band Dedah Hal Tersebut Selepas Buat Swab Test Di Pusat Kesihatan

Baru sahaja Selepas drummer kumpulan Drama band disahkan positif Covid-19 bersama keluarganya, vokalis kumpulan tersebut, Aepul Roza turut sama dijangkiti wabak itu selepas menjalani ujian saringan kedua malam tadi.Hal tersebut dimaklumkan sendiri oleh Aepul menerusi IG storynya selepas melakukan swab test di sebuah pusat kesihatan swasta.

Walau bagaimanapun, Aepul bersyukur kerana isterinya, Leez Rosli menerima keputusan negatif selepas melakukan ujian saringan tersebut.Tambah penyanyi itu lagi, dia sudah mulai melakukan kuarantin kendiri sejak beberapa hari lepas dan bersedia menjalani prosedur seterusnya selepas disahkan positif Covid-19 ini.

Sehubungan dengan itu, Aepul berharap agar orang ramai sudi untuk mendoakan kesejahteraan keluarganya agar mereka terlindung daripada jangkitan pandemik yang semakin menular ini.Terdahulu drummer Drama Band, Faeez Ikhwan, isterinya yang juga penyampai Kool Fm serta anak mereka disahkan positif Covid-19.Selain daripada itu, pelakon Emma Maembong dan suami turut disahkan positif wabak tersebut walaupun tidak mempunyai sebarang simptom.

Menangis Tengok Ank Kena Buat Ujian Saringan Covid 19. Lepas Emma Dan Suami Disahkan Positif Covid 19 Mengejutkan Ini Pula Keputusan Ujian Swab Test Anknya.

Pelakon cantik, Emma Maembong telah memaklumkan menerusi Instagramnya bahawa dia dan suami disah positif Covid-19 selepas melakukan ujian saringan. Hal tersebut pastinya membuatkan Emma begitu risau apabila bayi sulungnya yang baru sahaja berusia dua bulan lebih turut terpaksa menjalani ujian saringan yang agak menyakitkan itu.

Menerusi perkongsiannya di Instagram anaknya Shariq Gabriel, dapat dilihat si kecil itu menangis sambil ditenangkan Emma yang turut sebak melihat bayinya terpaksa menjalani prosedur tersebut. Emma dan suami disahkan positif Covid-19

walaupun tiada sebarang simptom ataupun kontak rapat. Walau bagaimanapun, keputusan saringan ujian anaknya menunjukkan negatif dan membuatkan sedikit lega. Sehubungan dengan itu, Emma menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga protokol kesihatan dan ambil peluang melakukan swab test walaupun tidak mempunyai sebarang gejala.

Sumber: Emma maembong

Disahkan Positif Covid 19 Lepas Buat Ujian Saringan Di Rumah. Akhirnya Emma Maembong Tampil Bersuara Bongkarkan Punca Sebenar Buat Orang Ramai Tak Senang Duduk.

KUALA LUMPUR: Pelakon Emma Maembong dan suami, Muhammad Shazli Azhar disahkan positif C0VID-l9. Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail, 29, menghebahkan perkara itu melalui video yang dimuat naik di Instagram (IG), beberapa jam lalu.

Ujian calitan terhadap cahaya mata kesayangan Emma dan Muhammad Shazli, Shariq, tidak menunjukkan bayi berusia tiga bulan itu dijangkiti C0VlD-19. Foto IG Emma MaembongMuhammad Shazli turut memaklumkan dirinya positif c0VlD-l9 melalui IG.

Video berdurasi 41 saat dikongsi Emma menunjukkan pelakon drama Bicara Cinta itu melakukan ujian calitan di kediamannya. Dalam entri itu, Emma berkongsi: “Buat ujian calitan di rumah bersama @kumpulan_megaklinik_zahran. Bagus dan sangat profesional.

“Mereka boleh datang ke rumah dan melakukan ujian itu. Terima kasih juga kerana menyalurkan maklumat yang kami perlukan. “Saya tidak menunjukkan sebarang simptom tetapi keputusan ujian adalah positif. “Walaupun rasa sihat, saya sarankan buat pemeriksaan kerana kita tidak tahu apakah dijangk1ti atau tidak.

“Jaga diri dan patuh prosedur operasi standard (SOP),” katanya. Sementara itu, Muhammad Shazli yang juga juruterbang, bersyukur kesihatannya semakin pulih. “Hasil ujian menunjukkan saya positif. Bagaimanapun, Alhamdulillah, keadaan bertambah baik. Jaga keselamatan dan patuhi SOP,” pesannya.

Sumber : Berita Harian

Baru Je Umumkan Bakal Berkahwin Tak Lama Lagim. Kali Ni Sharifah Sakinah Dedahkan Berita Duka. Rupa Rupanya Kekasih Dia Disahkan Positif Covid19.

Menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi, pelakon Sharifah Sakinah berkongsikan khabar duka menimpa teman lelaki, Michael Hansen. Menurut Sakinah, kekasihnya yang merupakan lelaki warga Sweden itu disahkan positif Covid-l9. Dalam entri tersebut, Sakinah turut mendoakan agar kekasihnya itu segera pulih.

Difahamkan Michael kini berada Sweden selepas pulang menyambut perayaan Krismas bersama anak-anak. Dalam pada itu, Sakinah sempat berkongsikan rakaman teman lelakinya sedang memasak walaupun dijangkiiti virus tersebut.

Diruangan komen, rata-rata pengikut dan warganet mendoakan agar kekasih Sakinah tabah menempuhi dugaan tersebut dan cepat sembuhTerdahulu, Sakinah mengumumkan akan menamatkan zaman jandanya dengan Michael 25 Mei depan. Sakinah bagaimanapun berkata tidak dapat mengesahkan sama ada majlis perkahwinan mereka akan di adakan di Kuala Lumpur atau di Sweden.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : ROTIKAYA

Ada Yang Limpanya Bergerak Ke Bahagian Tubuh Lain Selama 48 Jam. Berikut Antara 5 Sakit Pelik Yang Wujud Selain Daripada COVID19
Berita

Covid-19 bukan satu-satunya sakit yang datang secara tiba tiba kepada manusia pada 2020.TIDAK dapat disangkal lagi, Covid-19 merupakan sakit paling memberi kesan sepanjang 2020. Namun, tahukah anda terdapat beberapa sakit lain yang dianggap aneh turut berlaku pada tahun ini?Masalah kesihatan ini terjadi disebabkan oleh beberapa perkara. Berikut adalah sakit aneh yang dilaporkan sepanjang 2020 selain Covid-19.

  1. Kncing hijau.Seorang lelaki berusia 62 tahun di Chicago, Amerika Syarikat ketika kncing mendapati air kncingnya berwarna hijau.Dalam kajian yang diterbitkan dalam The New England Journal of Medicine mendapati, air kncing berwarna hijau ini terjadi disebabkan kesan sampingan yang sangat jarang berlaku kerana pengambilan ubat-ubatan tertentu.

Dilaporkan, beberapa hari sebelumnya, lelaki tersebut diberi ubat bius dikenali sebagai propofol. Warna air kencing lelaki itu bagaimanapun kembali normal selepas pengaruh ubat itu hilang.Terdapat beberapa sakit berlaku yang tak dapat dijelaskan.

  1. Batu kapur pada usus.Seorang wanita dikejarkan ke wad kecemasan kerana mengalami sakit perut dan muntah. Selepas operasi diakukan, doktor menemui batu kapur berukuran 4 sentimeter di dalam ususnya.Berdasarkan laporan jurnal BMJ Case Reports, batu kapur itu hidup dan membesar dalam tubuh wanita itu hampir sepanjang hidupnya.
  2. Air kncing bertukar alk0hol.Air kncing seorang wanita berubah menjadi alkohl padahal wanita itu tidak pernah mengambil sebarang minuman kras beberapa hari sebelumnya.Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor mendapati terdapat kuman dalam air kncingnya sehingga berlaku proses penapaian glukosa menjadi alkohl.
  3. Organ bergerak.Normalnya, organ dalam badan manusia berada di tempat sama setiap masa. Namun, berbeza dengan keadaan seorang wanita di Michigan, Amerika Syarikat. Limpanya bergerak ke bahagian tubuh lain selama 48 jam.
  4. Tiga ginjal.Seorang lelaki di Brazil mengejutkan doktornya ketika melakukan pemeriksaan kesihatan apabila mendapati dia mempunyai tiga ginjal.Ginjal ketiga yang ditemui itu berada dalam keadaan normal dan terletak di bahagian kiri badan dan melekat berdekatan punggungnya.Memiliki tiga ginjal merupakan perkara luar biasa tetapi boleh berlaku malah terdapat 100 kes yang dilaporkan sebelum ini.

Terkesan Apabila Melihat Kanak Kanak Positif Covid-19 Datang Pada Tahap 4 Dan 5. Dr Atfina Kongsi Pengalaman Dua Bulan Bertugas Di Sabah Dan Sempat Kongsi Sinar X Pesakit COVID19 Tahap 5
Dr Atfina berkongsi kisah suka duka selama hampir dua bulan ditugaskan ke Sabah. Foto: Facebook Atfina Ibrahim.DUA bulan ditugaskan ke Sabah, antara negeri yang paling terjejas teruk gara-gara pandemik Covid-19, kini doktor wanita ini akhirnya kembali ke pangkuan keluarga.

Apa yang pasti, kepulangan tersebut turut membawa 1001 pengalaman yang tidak dapat dilupakan olehnya sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam bidang perubatan.Merangkumkan serba ringkas kisah suka dukanya di Facebook, perkongsian tersebut sehingga kini meraih lebih 1,100 shares selain dibanjiri ratusan komen.

Menurut Dr Atfina Ibrahim yang ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, rutin hariannya bersama petugas kesihatan yang lain begitu padat sejak tiba di pekan itu pada 25 September lalu, apatah lagi ketika itu musim pilihan raya negeri (PRN).

“Penduduk penuh di mana mana. Penjarakkan sosial? Maaf laa. Oh baru aku sedar apabila melihat poster di tampal merata-rata, bendera di mana-mana. Kereta di jalan penuh. Jem sepanjang perjalanan pulang ke bilik. Bertahan la. Anda tahu apa yang bakal terjadi seterusnya.”Bermula la episod #thelittleWuhan dalam rutin harian aku. Oncall di hari minggu. 24 jam active call di kecemasan. Full set PPE sepanjang masa,” demikian antara coretan doktor berkenaan.

Dr Atfina ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, Sabah.Dr Atfina merupakan salah seorang doktor yang diterbangkan ke Sabah untuk pasukan bantuan Covid-19.Dia sebelum ini pernah berkongsi pengalamannya bertugas di Semporna atau digelar #thelittlewuhan, merujuk kepada pusat bermulanya pandemik Covid-19 di China, penghujung tahun lalu.

Berdepan pesakit yang datang silih berganti, doktor ini berkata dia paling tidak boleh melupakan perngalaman merawat pesakit kanak-kanak yang dijangkiti virus berkenaan.”Pengalaman yang terkesan apabila melihat kanak kanak positif Covid-19 datang pada tahap 4 dan 5. Mereka hanya insan kecil yang tidak berdosa,” katanya kepada mStar.

Sebahagian perkongsian Dr Atfina mengenai suka duka pengalamannya sewaktu ditugaskan ke Sabah, bermula hujung September lalu.Mengakui cabaran yang dihadapinya dan petugas kesihatan lain bukanlah calang-calang, bagaimanapun doktor ini berkata dia meletakkan keutamaan pesakit di tangga teratas, sekalipun ada kalanya semangat turun merudum.

“Alhamdulillah sepanjang tempoh mobilisasi saya tiada simptom Covid-19. Tipu saya katakan jika kesihatan emosi tidak terjejas langsung. Apabila berjauhan dari keluarga dan rakan-rakan akan ada pada satu ketika saya agak rasa down.”Tapi yang membuatkan saya terus kuat adalah niat untuk membantu. Rawatlah mereka seperti ibu bapa sendiri. Buat yang terhabis baik yang kita mampu,” ujarnya yang kini baharu selesai menjalani kuarantin selepas tiba di Semenanjung.

Tambah Dr Atfina, ketika bertugas di Sabah, dia bukan sahaja merawat pesakit Covid-19, malahan kes-kes kecemasan bukan berkaitan virus itu yang juga tidak kurang bilangannya.”Termasuk merawat pesakit bukan warga negara. Peringatan dan pengajaran untuk diri saya sendiri, rawatlah mereka sebaik mungkin. Mungkin ada satu waktu kita terlalu penat tapi ingatlah itu adalah tanggungjawab. Kerja kita adalah satu ibadah,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Atfina tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa apabila wujud segelintir pihak yang mengambil ringan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang menyaksikan pertambahan kes saban hari.Imej sinar-x seorang pesakit Covid-19 tahap 5 yang dikongsikan Dr Atfina di Facebook.

“Sangat kecewa dengan sikap beberapa pihak yang ambil mudah SOP baru. Saya sendiri tidak sanggup sekiranya perkara yang sama berlaku lagi seperti di Sabah.”Tolong jangan sia-siakan usaha kami selama ini. Cukup la untuk menidakkan kewujudan Covid-19 ini. Cukuplah dengan spekulasi agenda Yahudi dan kini isu vaksin.”Terapkan norma baru dalam hidup kita. Bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk keluarga kita. Untuk masyarakat dan komuniti. Jangan sudah terhantuk baru terngadah,” katanya lagi.

Disahkan Bebas Dari COVID19 Tapi Ada Kesan Sampingan Yang Tak Kita Sangka. Seorang Lelaki Ini Dedah Alami Masalah Deria Ini Sepanjang Hidup
Makluman terkini. Tempoh pemulihan pesakit yang telah dijangkiti COVID-19 berbeza-beza, bergantung kepada tahap ketahanan badan masing-masing.Bayangkan, disahkan bebas dari COVID-19 tetapi hakikatnya kita masih perlu menanggung kesan jangka panjangnya seumur hidup.Menurut data yang diambil dari Mayo Clinic, antara kesan-kesan yang direkodkan oleh bekas pesakit termasuk mengalami keletihan berpanjangan, sakit otot dan kesukaran untuk bernafas.

Meskipun COVID-19 diketahui umumnya menjangkiti paru-paru, namun ia sebenarnya boleh menjejaskan beberapa organ dalaman manusia. Dalam kes lain, ada pesakit yang turut hilang pendengaran selepas dijangkiti virus itu. Memetik laporan Kompas, kes tersebut membabitkan seorang lelaki Inggeris berusia 45 tahun selepas berlaku kerosakan pada saraf pendengarannya.

Dia dikatakan mula mendengar gema dan dengung di telinga sebelum pekak secara tiba-tiba di telinga kiri — kira-kira seminggu selepas keluar daripada unit rawatan rapi.Ujian dibuat seterusnya mendapati berlaku kerosakan saraf pada telinga, dan gangguan pendengarannya tidak dapat disembuhkan.Bagaimanapun ia sebenarnya bukanlah kes pertama seumpama itu yang pernah direkodkan.

Menurut kajian International Journal of Audiology, 13 peratus daripada 121 pesakit pernah melaporkan perubahan atau gangguan pada deria pendengaran mereka selepas dijangkiti COVID-19.Kajian juga menunjukkan, jangkitan virus boleh menyebabkan pesakit mengalami sudden sensorineural hearing loss dengan cara mengganggu sistem imun dan merosakkan sel halus dalam telinga.

Terkini Saintis Bongkarkan Risiko Tinggi Kepada Kucing Untuk Terkena Covid 19 Yang Juga Memberi Kesan Buruk Kepada Haiwan Yang Lain. Ini Perkara Yang Dilakukan Sekiranya Perkara Itu Berlaku Terutamanya Bagi Pemilik Kucing.
SAINTIS sebelum ini mengatakan bahawa kucing mampu menjadi pembawa dan menyebarkan Covid-19. Terbaharu, para saintis di Amerika Syarikat (AS) kini secara terbuka menyatakan bahawa si bulus juga harus menjalani kuarantin sekiranya tinggal dengan individu yang disahkan positif Covid-19.

Para penyelidik dari Colorado State University di AS mengatakan bahawa sekiranya pemilik kucing terpaksa dimasukkan ke hospital, maka individu yang ditugaskan menjaga haiwan berkenaan harus mengamalkan penjarakkan sosial. “Kucing peliharaan yang dijangkiti tidak boleh dibiarkan berkeliaran di luar rumah secara bebas untuk mencegah risiko kemungkinan ia menyebarkan jangkitan ke kucing atau haiwan liar lain,” kata para saintis.

“Oleh itu, jika manusia yang mengalami gejala mengikuti prosedur kuarantin dan tinggal di rumah bersama haiwan peliharaannya, maka risiko ia menjangkiti manusia lain adalah rendah,” demikian kata para saintis berkenaan. Sebelum ini pasukan penyelidik di Institut Penyelidikan Veterinar Harbin di China mengatakan kucing ‘sangat mudah terdedah’ kepada Covid-19 di mana virus itu dapat disebarkan dengan mudah di antara kucing. Sumber: Mstar