Baru je bergelar suami sekali tiba tiba kantoi identiti sebenar isteri Nafiz Muaz. Mengejutkan rupa rupanya isteri dia bukan calang calamg orang. Sampai Permaisuri pun datang.

Artis

Baru je bergelar suami sekali tiba tiba kantoi identiti sebenar isteri Nafiz Muaz. Mengejutkan rupa rupanya isteri dia bukan calang calamg orang. Sampai Permaisuri pun datang.

”Alhamdulillah, tahniah. Bukan biasa-biasa isteri Nafiz ni..pandai pilih, memang cantik!” Itu antara komen ditinggalkan oleh warganet kepada pelakon Nafiz Muaz, 22, yang sah bergelar suami kepada ahli perniagaan, Diyana Omar, 29, dalam majlis pernikahan di sebuah hotel terkemuka dengan sekali lafaz pada Sabtu, 2 Januari.

Nafiz atau nama sebenarnya Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir berkata, dia bersyukur akhirnya dapat melangsungkan majlis itu selepas dua kali ditunda. ”Ia sepatutnya diadakan Ogos lalu. Namun, disebabkan penularan Covid-19 serta beberapa kekangan lain, kami tunda ke Disember lalu.

”Disebabkan saya dan isteri tidak mahu berlengah lagi, kami nekad memilih tarikh hari ini sebagai hari bahagia. Walaupun berlangsung dalam suasana norma baharu selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP), kami akur dengan ujian ini,” katanya.

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Omar Ahmad dan disaksikan kira-kira 100 orang tetamu. Nafiz menyerahkan wang hantaran berjumlah RM30,000, mas kahwin RM1,001 dan lima dulang berbalas tujuh daripada pengantin perempuan.

Berkenalan lebih tiga tahun lalu, pelakon drama Hello Jangan Tapau Cintaku itu mengakui selesa dengan keperibadian isterinya itu. ”Paling utama dia sangat memahami saya. Kami masing-masing terbuka dalam banyak perkara. Insya-Allah kami berjanji akan menjalani kehidupan berumahtangga ini dengan penuh tanggungjawab.

”Semoga Allah mempermudahkan rencana hidup baru kami ini,” katanya. Nafiz memaklumkan mereka juga akan mengadakan satu majlis resepsi pada 21 Januari ini sebelum majlis bertandang di Sungai Petani, Kedah bulan depan.

Siapa isteri Nafiz Muaz

Namun, siapa sangka suri hatinya itu merupakan ahli kerabat diraja Terengganu berikutan terdapat juga foto bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mencemar duli.

Menerusi perkongsian akaun Instagram Malaysia Royal Family, isteri Nafiz, Nur Diyana Mariam adalah adinda bongsu kepada Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu. Umum mengetahui Sultanah Nur Zahirah adalah isteri kepada KDYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. Manakala difahamkan Sultanah Nur Zahirah yang dilahirkan di negeri jelapang padi, Kedah Darul Aman, merupakan antara empat permaisuri Raja Melayu yang bukan berdrh raja.

Berikut hantaran dikongsikan oleh Malaysia Royal Family

”Sembahan Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almrhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj… ”Berkenan Berangkat Mencemar Duli Ke Majlis Akad Nikah Adinda Bongsu kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah Sultanah Terengganu, Nur Diyana Mariam bt Dato Seri Hj Omar dan

Muhammad Nafiz Muaz b. Mat Nasir. ”Turut Berangkat Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Tengku Muhammad Ismail ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber:IG malaysia.royalfamily

Sumber : http://limauais.pw/

Nafiz Muaz Kini Sah Bergelar Suami Kepada Diyana Omar. Lebih Mengejutkan Apabila Rupanya Isterinya Itu Berketurunan Ini.

Dengan sekali lafaz, pelakon Nafiz Muaz sah bergelar suami kepada pilihan hatinya yang bernama Diyana Omar di sebuah hotel terkemuka di ibu kota semalam. Meskipun sudah dua kali tertangguh, namun Nafiz atau nama sebenar Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir bersyukur akhirnya majlis yang diimpikan akhirnya berjalan dengan lancar.

Namun, siapa sangka suri hatinya itu merupakan ahli kerabat diraja Terengganu berikutan terdapat juga foto bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mencemar duli.

Sembahan menjunjung kasih

Menerusi perkongsian di akaun Instagram @malaysia.royalfamily, difahamkan Diyana merupakan adinda bongsu kepada Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah. Pasangan tersebut kelihatan sama cantik sama padan mengayakan busana serba putih dn dihiasi pelamin yang minimalis tetapi kelihatan begitu eksklusif. Warganet di ruangan posting rata-rata meninggalkan komen memuji kemanisan dan kecantikan pengantin perempuan yang berusia 29 tahun itu.

Moga hingga syurga

Berbicara mengenai bulan madu, kedua-dua mereka masih belum merancang tentang perkara tersebut. Hal ini kerana pelakon berusia 22 tahun itu akan menjalani penggambaran sebuah drama pada Rabu ini.

Sumber: Instagram malaysia.royalfamily

Nafiz Muaz Berang Apabila Terima Foto Ini Melalui Akaun Media Sosialnya. Nafiz Memberi Amaran Terakhir Seperti Ini Pada Pihak Terbabit Dan Orang Ramai.

Pelakon Nafiz Muaz melepaskan kemarahannya selepas beberapa kali menerima mesej berbaur negatif dan gambar tidak memakai baju lelaki dari individu yang tak dikenali menerusi mesej peribadi (DM) di akaun Instagram miliknya.Tidak mendiamkan diri, Nafiz atau nama sebenarnya, Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir, 22, memberi amaran kepada individu tersebut untuk menghentikan perbuatannya serta merta sebelum tindakan undang-undang diambil.

“Saya tak gembira dengan apa yang saya terima selama ini. Sebelum ni ada orang buat perangai macam ni tapi saya tak nak cerita. Ini kira last warning, saya tak nak tunjuk nama dia dan apa yang dia hantar. Hanya sekadar saya tunjuk mesej dia sahaja.“Saya rasa pelik sebab lelaki yang buat perangai macam ini…hantar dekat lelaki. Saya tak tahu apa masalah dia. Lelaki DM saya hantar gambar seperti itu… Saya paling benci! Apa benda kau buat ni… Saya tak boleh lah. Tak payah la buat benda macam ni…lelaki kot! Kalau lelaki hantar dekat perempuan, mungkin normal. Ingat saya ni apa? Kau tak malu ke? Tak ada maruah diri?” tegas Nafiz.

Nafiz mendedahkan perkara tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun YouTube miliknya.Menerusi video tersebut, Nafiz turut memuat naik paparan skrin mesej berbaur negatif yang diterimanya. Tidak berniat untuk membuka aib, Nafiz menyifatkan perlakuan itu melampau dan moga ia memberi pengajaran.

“Pada mulanya saya tak dedahkan perkara ini tetapi saya rasa ini sudah melampau. Saya bukan nak buka aib tapi nak bagi dia sedar jangan buat lagi perkara ini tak bagus. Saya tahu bukan saya seorang sahaja yang hadap perkara ini dan mesti ramai lagi yang pernah kena. Nasihat saya, berhati-hatilah… ramai orang gila bertuhankan nafsu di luar sana,” nasihatnya.Nafiz azam bahagiakan ibu

Nafiz azam bahagiakan ibu

MUHD Nafiz Muaz Mat Nasir, 21 atau Nafiz Muaz tak kisah jika tidak meraih sebarang anugerah dalam dunia lakonan sebaliknya mahu ‘memenangi’ hati ibunya. Anak sulung daripada lima beradik ini berkata, wanita hebat bernama Naimah Baharuddin, 39, adalah individu penting membuatkan dirinya bergelar pelakon.

Menurut Nafiz , selepas kematian bapa, Mat Nasir Desa, 40, akibat demam panas pada 2014, mereka sekeluarga melalui kehidupan yang sukar. “Ketika itu saya berusia 16 tahun dan mempunyai empat adik yang masih kecil. Ibu berkorban segala-galanya membesarkan kami dengan bekerja kilang di Taman Kempas, Sungai Petani, Kedah,” katanya.

Terdahulu, katanya, bapanya yang juga peniaga char kuetiau menguruskan keluarga, namun selepas pemergiannya mereka bagai hilang punca. “Saya nampak raut wajah ibu yang keletihan dan berazam membantunya. Masakan tidak, sudah 22 tahun ibu bekerja kilang dan tidak menikmati zaman muda,” katanya pada sesi fotografi bersama Harian Metro di Studio The New Straits Times (M) Berhad, Kuala Lumpur, semalam.

Kata Nafiz, kesukaran itu memaksanya menyertai Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada 2016 dan bersyukur layak mara ke peringkat akhir.m Biarpun ketika itu dia meraih 4A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain menerima tawaran menyambung pengajian di universiti, Nafiz terpaksa melupakan hasrat itu bagi membantu keluarga.

“Inilah realiti kehidupan dan saya perlu memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Alhamdulillah, dengan rezeki yang ada saya mahu membahagiakan ibu dan adik,” katanya. Selain Nafiz, adik lelakinya yang berusia 19 tahun direkrut sebagai anggota polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur.

Apabila berada dalam industri hiburan, Nafiz mahu mengelak sebarang kontroversi yang akan memalukan keluarga selain sentiasa ingat asal usulnya. “Jika ada masa terluang, saya akan pulang ke kampung untuk menjenguk keluarga. Apabila bertemu rakan, saya tidak akan meletakkan diri sebagai selebriti,” katanya yang gemar menunggang motosikal dan bermain futsal.

Memandangkan dirinya pelajar ‘nakal’ sebelum ini, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pasir ini akan menemui semua gurunya untuk meminta maaf malah mereka turut berbangga dengan pencapaiannya. Pelakon utama Cinta Belum Tamat tempoh ini turut berazam menjadi pelakon serba boleh, berdisiplin dan memiliki kesungguhan dalam bekerja.

“Sepanjang tiga tahun menjadi pelakon, saya dapat membezakan baik buruk dan menjaga diri. Artis manusia biasa, ada masanya kami letih dan mahu bersendirian. “Jika bertemu peminat, kami perlu mengekalkan senyuman dan menjaga tingkah laku sepanjang masa,” katanya yang setakat ini sudah membintangi 19 drama dan telefilem antaranya Budak Boys, Cinta Tiada Ganti, Hilang Yang Kembali, Terima Kasih Ibu serta Hijrah Itu Indah.

Menyedari teknologi berkembang pesat, Nafiz turut berhati-hati dengan media sosial terutama isu tular membabitkan selebriti tanah air. “Saya dapati ramai menyalahgunakan media sosial. Pantang ada peluang, mereka akan cari kesalahan orang lain. Disebabkan itu saya tidak berkongsi kehidupan peribadi dengan orang ramai,” katanya.

Berkongsi pengalamannya, Nafiz memberitahu seorang wanita mengirimkan mesej di Instagram (IG) untuk mengetahui siapa teman wanitanya baru-baru ini selain pernah dihamburkan kata-kata kesat. “Dalam pada berhati-hati pun orang masih cari fasal. Saya pula tak suka serabutkan fikiran, jadi lebih baik mengelak dan hanya fokus pada karier,” katanya.

Menyentuh perkembangan terkini, Nafiz kini menjalani penggambaran drama romantik komedi berjudul Cik Propa vs Cik Perampas. Menerusi drama 20 episod yang memulakan penggambaran pada 20 September lalu itu, dia memegang watak utama.

Selain itu, Nafiz teruja apabila drama lakonannya, Terima Kasih Ibu layak bertanding Anugerah Skrin pada tahun ini. Drama itu turut dibintangi Azhan Rani, Nad Zainal dan Adam Corie. “Saya puas berlakon dalam drama ini kerana dapat bergandingan dengan ramai pelakon hebat. “Azhan Rani, Nad dan Adam Corie pula tidak lokek ilmu terutama bagaimana mahu menjiwai watak dengan berkesan,” katanya yang menjadikan Bront Palarae sebagai idola.