Baru je dua bulan nikah doktor sahkan wanita ini hamil 2 bulan. Bila isteri dh brsalin terkedu tgok rmbut ank krinting dan kulit gelap. Lain dari mak bapak dia. Akhirnya kantoi semua perangai isteri selama ini.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan. Asalamualaikum dan selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia, mohon admin hidekan profil aku, aku bernikah tahun lepas, isteri aku seorang perempuan yang cantik, lemah lembut, reti masak, pandai jaga makan minum aku, hormat mak ayah aku, pandai mengaji, pandai solat, serba serbi pandai.

Selepas 2 bulan nikah, isteri aku disahkan hamil 2 bulan ada ke patut? Bila malam pertama je aku dah tahu memang dia pernah disentuh, bila aku tanya kenapa boleh jadi macam ni? Pertama dia tak mengaku, aku paksa dia mengaku akhirnya dia pun mengaku. Dia cakap masa aku pergi ke umrah dia pernah terlanjur dengan seorang lelaki yang dia kenal di media social dan masa tu kami sudah pun bertunang.

Dan aku tanya berapa kali? Dia cakap dah banyak kali sampaikan tak terkira. Dan masa aku dah balik dari umrah pun dia masih berhubung dengan lelaki itu. Allahuakbar. Sejak malam tu aku dah mula berubah, aku tak boleh terima dia buat macam ni kat aku, aku tak pernah sentuh mana mana perempuan, tapi kenapa ini yang aku dapat.

Sejak malam pertama kami bernikah tu, aku jadi benci tengok dia, walau dia cuba ambil hati aku, tapi hati aku dah hancur berkeping keping. Aku selalu bayangkan bila bersama dia, macam tu lah dia bersama orang lain. Jangan salahkan aku sebab dia lah aku jadi macam ni.

Aku tak sangka perempuan sebaik dan sesolehah dia rupa rupanya sudah rosak. Jangan salahkan aku kalau aku berfikir seperti ini sebab masa aku nikah, isteri aku sudah bukan perawan. Selepas kami nikah, adalah aku sentuh dia dalam 3 kali je, tu pun selepas dia buat pengakuan memang aku rasa jijik nak sentuh dia. Dah 3 kali sentuh je takkan dah hamil? 2 bulan nikah, 2 bulan juga dia hamil? Tak masuk akal kan?

Jangan jangan masa nikah dengan aku dia memang dah hamilkan anak orang lain. Aku ada tanya dia, kenapa hamil terlalu awal? Orang lain ke hamilkan dia? Dia menangis kata kata tu anak aku, katanya dia nak berpisah lepas lahirkan anak, sebab aku tak hargai dia.

Aku tak hargai dia? Kalau dia hargai aku, dia tak akan layan lelaki lain di saat kami sudah pun bertunang. Kenapa min? Aku jaga dia sebaik mungkin. Aku tak pernah buat benda jahat, aku hormat dia, aku nak jaga kesucian dia, tapi ini yang dia balas kat aku. Aku sedih campur kecewa.

Nak berpisah dia tu tak mungkin sebab aku nak dia jadi pasangan aku sampai bila bila sebab hanya dia seorang sahaja wanita yang aku cinta. Tapi kenapa dia buat semua ni? Ya Allah Walaupun dia buat semua ni min, aku masih layan dia baik, nafkah zahir dia memang aku bagi, cuma nafkah batin je aku tak bagi sebab bila bersama dia, aku terbayang bayang dia akan bersama orang lain. Aku jadi trauma.

Bukan aku tak pernah nak sentuh dia. Tapi bila nak sentuh, aku teringat benda tu. Bukan senang aku nak dapatkan dia, ayah dia tak berapa nak suka aku, yelah aku kerja biasa biasa je. Walaupun kerja gov gred aku renda takat spm je. Sedangkan mereka semua keluarga terhormat. Mak ayah dia dah balik haji berkali kali. Isteri aku khatam al quran berkali kali. Mereka dari keluarga yang hebat. Kaya raya dan terhormat.

Sedangkan aku. Hanya lelaki kampung yang datang ke kota hanya untuk mencari rezeki. Aku tahu aku salah sebab buat dia begini. Tapi aku cuba lupakan semua ini. Lagi lagi bila dia mula sarat dan nak bersalin. Rasa sayang aku pada dia mula nak kembali. Aku nak cuba lupakan kisah silam dia.

Yang jadi masalah min, lepas isteri aku melahirkan anak, anak tu kulit gelap, rambut keriting dan rupa anak tu tak sama macam aku. Lagi lagi aku ni berkulit cerah isteri aku pun sama, rambut kami lurus tapi anak itu kulit gelap rambut dia keriting.

Aku cuba bersangka baik, aku cuba sayang anak tu dan anak tu pun manja dengan aku. Panggil aku daddy, sayang aku, jadi penghibur dan pengerat kasih sayang kami. Tapi aku masih rasa tak selesa. Lagi lagi bapak mertua selalu sindir sindir kenapa rupa anak tu lain? Katanya pak mertua mesti keturunan saya rupa macam tu sampai cucu dia lahir jadi macam tu. Allahu aku terpaksa telan hinaan itu.

Isteriku pun sekarang sudah tidak bekerja. Sebab aku nak dia duduk rumah jaga anak. Nafkah dia pun aku tunaikan. Aku dah mula mula nak sentuh dia cuma aku masih curiga dengan anak itu, anak perempuan yang dibinti nama aku.

Perlu ke aku senyap senyap buat test DNA? Kalau terbukti anak aku. In sha Allah aku terima kalau sebaliknya? Ada kah aku boleh jadi wali anak itu, macam mana dengan surat lahirnya yang di bin nama aku? Aku buntu. Aku taknak berpisah tapi aku tak tahu nak buat apa. Aku masih sayangkan dia. Cuma aku rasa tak selesa macam ni. Keluarga aku semua tak tahu pasal ni. Mak ayah aku sayangkan anak tu. Tolong aku…

Reaksi warganet

Khairul Hamdi – Buat lah..😌 Bayangkan berapa Tahun nak HIDUP dalam tanda tanya. Sebab awak sendiri yang tahu, yang rasa. Berkenaan pasangan sendiri.. Wallahua’lam ( Moga Allah ampunkan d0sa perbuatan terkutuk isteri) aminn 😥😥 Tuan seorang pemaaf, moga syurga buat tuan Aminn 👏👏💓

Mashitah Mashi – Anak saya yang no2 berkulit gelap. Yang sulong putih melepak. Yang no 3 pun tak segelap yang no2. Anak anak saya ketiga tiga muka tak seiras. Cuma yang samakan mereka cuma tanda lahir… Saya dan husben kulit tak gelap pun. Ok dekat sini boleh nampak tak. Warna kulit tu tak semestinya ikut mak ayah… Memang susah nak terima sebab dalam tempoh bertunang dia boleh buat perangai macamtu. Ini awak tak lunaskn nafkah batin dia. Tak takut ka kalau dia cari orang lain secara diam2? Fikir sebaik mngkin…

Nur Ain Rahim – Ye, nak yang terbaik buatlah DNA test. Lepas tu senang nak cerita soal harta keturunan dsb. Disebabkan awak lelaki yang baik, mungkin itulah ujian untuk awak. Sabar, ujian Tuhan takkan sama. Jika isteri nak berubah dan insaf terimalah dia dan jangan sia siakan. Siapa kita untuk menepis semua ujian Tuhan, jadi berusahalah baiki rumahtangga sebaiknya. Walaupun mungkin suatu masa keputusan dna menyatakan anak itu bukan anak awak sekalipun, layan dia dengan baik. Dia tak salah dalam hal ni.

Mohd Firdaus Makhtar – Yang terbaik adalah dna test. Ianya menjawab teka teki selama ini. Makin lambat buat, makin terabai nanti tanggungjawab atau kasih sayang yang sepatutnya awak bagi. Tidak adil bagi mereka. Jika sebaliknya, awak telah teraniaya dan TIDAK ADIL bagi awak juga.. Rujuklah kepada pakar. Yang salah tetap salah, mohon kuatkan iman untuk hadapi semua ini. Kepada Jabatan Warganet, jika didapati bersalah, hendaklah semua pihak ambil teladan dan pengajaran dari kisah ini… We cannot always be nice all the time and back up benda yg x betul..

Enk Wonderland – Bias betol commentar kat cni. Kalau laki buat benda terkutuk time bertunang, suruh si isteri maafkan sebab si Suami dah Insaf. Tapi kalau si isteri yang buat benda terkutuk komen kritik si isteri tu. Patutnya kena adil la.. Siapa yang buat benda terkutuk tu dan khianat pasangan kena kritik la tak kira perempuan mahu pun lelaki. Kpd tt, check je dna. Xsalah pon. Yang penting kalau dah decide nak teruskan perkahwinan, kalau boleh jangan mengungkit isu ni. Sebab tt dah decide untuk terima kekurangan si isteri.

Sumber : Kisah Rumah Tangga

Sungguh tabah si suami. Moga segala urusannya dipermudahkan. Apa pula kata anda.

Suami Ckp Kat Isteri Dia Outstation Kerja Padahal Dia Tengah Tidur Sekatil Dan Buat Benda Terkutuk Dengan Gadis Lain Sampai Gadis Tu Mengandung. Satu Hari Terbongkar Semua Perbuatan Suami. Terkejut Ini Tindakan Isteri Bila Tahu Hal Sebenar.

MY INNOCENT EX HUSBAND..

Sblm kawin sy sdh kenal exlaki sy tu dalam 3 tahun mcm tu. Hubungan kami smpailah kejinjang pelamin.. Ex sy ni sangat baik, xsuka keluar kata2 kasar, sangat sopan, lembut bila berbicara, hormat orang tua, rajin, yang baik2 semua lah dia. Dalam perkahwinan ni kami dikurniakan 3orang anak. 2perempuan(kembar) 1lelaki. Rasa bahagia, xpernah bergaduh besar.

Satu hari ni ex sy balik dgn muka ketat. Sy tanyalah knpa, apa masalah. Dia diam sja smbil peluk cium dahi sy terus dia p mandi. Bisuk dia pun sama juga, balik muka bgtu.. Sy ni jenis yg curious, sy desak berabis mau tau kenapa dia mcm tu. Last2 dia bagitau yang kewangan kami makin gawat. Sy ni bab kewangan sy serah 100% sama ex sy. Tiap bulan dia bagi sy nafkah rm300 dan itu pun sy sangat bersyukur suda. Ex sy ni kerja xla seberapa. Gaji pun 2k sja.

1bulan suda berlalu ex sy nyatakan hasrat dia utk bekerja di Australia utk membayar hutang piutang dan juga utk menyara keluarga kami sekaligus kumpul modal utk berbisnes kelak. Saya tidak banyak cakap. Sya cuma menangis peluk dia, rasa terharu smpai begitu sekali pengorbanan dia. Sy angguk tanda bersetuju.

Sampailah hari dia mau pigi Australia, perasaan bercampur baur, nangis pun ada. Tapi dia bilg jangan sedih syg, sementara sja ni dia bilg. Jadi bpelukan lah kami di airport and saying temporary goodbye. Masa tu umur sy 22tahun. Ex sy 26tahun. Jodoh smpai awal. Setibanya Ex sy d Australia dia terus videocall sya cakap rindu kami semua.

Sy sbgi isteri bagi sokongan utk dia supaya tidak terlalu stress disana. Mcm2 kerja ex sy buat disana. Dari petik buah, kerja kilang smpailah dpt kerja dibandar Melbourne sbgi waiter di sebuah bar sy lupa sda nama tu bar.. Kalau blh hari2 dia mau call mau tanya apa khabar kami sini, sihat ka, ok ka.

Selepas 1tahun dia balik sebulan utk spend time dgn kami. Punya la happy sy dan anak2 mcm2 hadiah ex sy beli. Masa tu kewangan kami sangat stabil, hutang2 pun sudah langsai. Selama ex sy disini sy peluk cium tangan dia tanda berterima kasih. Dia masih bekerja d Australia cuma balik utk berjumpa dgn kami sj.

Hutang sudah selesai, tinggal focus kumpul modal bisnes lagi. Simpanan kami masa tu ada 60k lebih suda tapi ex sy ckp alang2 juga bagi kasi smpai 100k ka. Sya setuju sja. So dia balik lagi p Australia terasa sunyi balik dunia sy tapi sy cekalkan hati utk bertahan. Routine harian pun berjalan mcm biasa, Htr anak p sekolah, masak, makan tidur, Calling dgn Ex tiap malam.

Masuk tahun ke 3 EX sy disana , simpanan kami mencecah 160k . Sejak kebelakangan ni ex sy sibuk kerja, overtime. Kadang2 seminggu sekali sja dia call sya. Kadang2 sy kecil hati tapi sy positivekan diri sja. Jadi sy biarkan sjalah. Tapi makin lama makin ‘busy’ pula dia sy nmpk sbb masuk 6bulan sda dia mcm ni. Pernah sebulan x contact sy langsung smpai sy p tanya kawan dia disana yg serumah sama dia.

Kawan dia cuma ckp dia banyak overtime. Kawan dia ni pun sbnrnya sudah kawin. Tapi ex sy bagitau yg dia ada perempuan lain disana siap tinggal serumah lagi. Sy risau btl2 jgn sja ex sy ni terikut2 gaya kwn dia.
Satu hari ni sy kasitau ex sy yg sy mau p sana jalan2. Nada suara dia tiba2 berubah, “ohh bila syg mau dtg? Sbb takut sy xda masa utk syg bah sy tlmpau busy ni syg” .. Sy pun merajuklah, sy cakap la yg dia ni x rindu sy la apa la.

Macam2 sy cakap. Tau la kalau suda merajuk kan. Last2 dia bilang ok la bulan dpan syg dtg aa.. punya la sy happy.. Selama sebulan tu hari2 dia call sy cakap brpa hb sy p sana.. Hari2 dia tanya mcm mau kasi confirm.. Sy pun ketawa geli hati la. Rindu btl ka dia sama sy ni smpai hari2 mau call. Tapi heran 6bulan sblm ni pandai hilang2 tapi sy xpernah juga brsangka buruk sbb sy kenal dia mcmana bah.

Sy book flight 25hb tapi sy bagitau dia 28hb sy jalan. Kunun2 mau surprise la. Tiba lah 25hb, sy pun bertolak seawal 10pagi. Anak2 sy kasi tggl tpt mama sy skijap sbb mau honeymoon2 kunun sama ex sy. Smpaila sy di airport sy terus ambil taxi minta bawa p alamat rumah yg ex sy tggl tu. Alamat mmg sy tau sbb duuuulu dia pernah bagitau bah.

2jam lebih juga sy dlm taxi excited mau surprise EX sy. Sy dtg 25hb sbb ngam2 time tu offday dia. Sakai2 la sy ni smbil tingu bangunan2 sana, sambil gambar2 pemandangan guna mini digital camera sy. Smpailah disatu apartment tu taxi berenti dan kasitau sudah sampai. Sy pun turun dari taxi , sy terus naik pg tu apartment which is tingkat 3. Sy tau tingkat 3 sbb alamat lengkap bah ex sy bagi tu.

Smpai sja depan pintu excited sy ketuk “tok tok tok tok” mau 3-4kali ketuk baru kawan ex sy p buka. Muka dia mcm kna tampar malaikat punya muka yg mcm tlmpau tekejut. Trus sy ckp, knpa kau ni ?? Nampak hantu ka? Eh tida la masuk la dia bilg smbil tersenyum masam dan nmpk tidak selesa .. Sy nmpk ada 1org perempuan didapur mcm warga philipines tgh masak dan sy tau itu scandal tu kawan ex sy.

Sy buat2 xtau trus sy tanya mana c kevin(bkn nama sebenar) .. terus c bob(bkn nma sbnr) kwn ex sy tu tegagap2 ah anuuuuu apaini eerr .. trus dari sana sy rasa lain. Sy tanya mana bilik ex sy, dia tunjuk la disana . Sy terus p masuk tu bilik sekali KOSONG . Bingung btl sy time tu. Sy tingu c bob garu kepala suda bepeluh2. Dari sana sy dpt tangkap ada yg xkena. Sy terus bawa c bob p luar bckp sama dia .

“Bob, ko kasitau sy btl2 dimana c kevin tggl skrg, jgn ko bagi banyak alasan, dia xpernah bagitau sy langsung dia pindah. Dia ckp dia masih tinggal sama kau” c bob ni masih terpinga2 .. Sy malas mau buang masa sy kasi keluar camera sy, sy masuk rumah sy p gambar tu perempuan terus sy ckp “kalau ko xmau ni gambar smpai sama bini kau , ko tunjuk sy rumah dia skrg juga. Jgn ko cuba contact dia sblm kita smpai sana”

C bob pun apalagi “aduuuuuuiiii jangan la ba kamu kasi libat sy dlm hal rumahtangga kamu” .. Sy time tu xkisah sd.. Sy ckp sama dia, sy bagi kau 2minit p pakai baju ambil kunci kereta kau, kalau tida sy jalan ko tau la apa jadi. ‘Aishhhh!!’ Dia bilg c bob terus cpt2 dia p bsiap. Tu perempuan dia pucat sda xmau tingu muka sya.

Naik la kami kereta pigi tempat tinggal ex sy tu. Dia tinggal disatu rumah bata beampai british style punya yg ada mini balkoni didepan rumah.. 
Tiba2 c bob berenti, “nah sy kc turun ko sini sja, rumah dia 4blok dr sini” sy tnpa belengah turun dr kereta hati bedebar2 suda, sy suruh c bob tunggu disana. Jalan punya jalan nmpk tu rumah warna putih kelabu2, nmpk kelibat org diluar cpt2 sy betapuk d pokok btl2 depan tu rumah , jauh dlm 15 meter bgtu..

Hancur remuk berangin betul hati sy nampak ex sy duduk d bangku smbil ada perempuan duduk dipangkuan dia pakai seluar pndek sama singlet yg tiada bra. Bemanja2 dorg sana bkiss2 lagi.. sy time tu kasi keluar kamera sy dan rakam semua perbuatan terkutuk dorg tu.. 15minit mcm tu dorg masuk rumah siap ex sy dukung lagi..

Teduduk sy menangis dipokok tu.. Tu perempuan sy tingu bukan mcm org sana.. Patutla selama ni jarang2 ex sy contact sy .. Barulah sy dpt tangkap semua penipuan dia yg dia ckp dia busy la apa lah.. Hancur hati sy lelaki yg innocent bgtu yg sy percaya blh buat sy bgini.. mentang2 la sy tegemuk jadi hodoh lpas kasi besalin anak2 dia blh2 dia p cari perempuan lain.

Sy terus p kereta c bob pun mcm tarik nafas panjang suda.. Sy terus minta htr dia p airport. Spnjang perjalan p airport tu sy tanya dia, berapa lama suda c kevin bgtu dia pun jwb jujur la alang2 sy suda nmpk dpn mata, dalam 7-8 bulan sda tu.. Sy tanya dimana dorg kenal, tu perempuan satu kerja sama ex sy org philipines. Sy tnya lg klu tu perempuan tau c kevin tu sda kawin, TAU dia bilg c bob.

Sakit btl hati sy masa tu. Mcm mau terjun dr kereta pun ada tapi sy ingat tuhan sja. Smpai d epot sy ckp sama c bob. ” Jangan kau buka mulut yg sy pernah p sini, jangan ko kasitau apa2 sama c kevin, kalau dia tau ko tau la apa nasib kau” sy ugut bah.. “iyalah iyalah sumpah sy x buka mulut” .. sblm turun sy tanya Tu perempuan ada fb ka.. C bob bilg ada tu tapi sy lupa. Ko try cari di page Bar tpt dorg kerja.

Ok sy bilg terus sy jalan. Sampailah sy disabah dgn hampa dan sia2 semua duit tambang sy.. Hairan mama sy knpa sy balik awal.. Sy cerita la semua sambil nangis2.. sy mau meluah sja baa.. Mama pun heiiiiiiiiii dia bilg sja.. pandai2 la kamu .. mama pun tida tau suda ni kalau begini dia bilang.. Sy bawa la anak2 sya balik kk p rumah kami, malam tu sy cuba cek2 FB page tu bar tpt dorg kerja.

Tuhan menyebelahi sy , buka sja nmpk post tu perempuan.. Stalk2 gambar dia dlm keadaan sakit hati.. Tidak dinafikanlah, hot cantik putih melepak lagi.. last2 tlmpau sakit hati sy tingu diri sy dicermin , Yg dulu putih glowing skrg pucat masam, dulu body mcm miss universe skrg mcm nangka bungkus.. Tiba2 fon bbunyi, ex sy call “Hai syg” dia bilg mcm sy mah teriak sja sy rasa.. Tapi sy act cool..

Bckp2 la kami mcm xda yg berlaku sy buat..Tibalah hari yg sepatutnya sy bertolak jam 10 pagi kunun padahal tiada2 tu.. limpas 4jam dr jam 10 sy call ex sy ckp terlepas flight . Terus sy cakap xpa la.. lgpun ko mau balik juga nanti kan 1bulan sini which 5bulan dr skrg la.. Dia mcm langsung xda rasa kecewa bckp ok syg . Punya la sy sakit hati.. Bayangkanlah perasaan sy msa tu mcmna.

Sebulan berlalu baru sy dpt kawal stress sy.. Ex sy masih lagi kirim2 duit.. Masa tu duit simpanan bank sy ada 200k lebih sudah.. Tiba2 sy tfikir, daripada sy bongok2 disini kna kasi bduh, bagus sy buat sesuatu.. Mulai haritu sy cari pembantu rumah which is adik spupu sy sendiri, sy daftar pigi fitness, tiap minggu buat facial, makan supplement2 vitamin utk kasi balik kecantikan sy yg hilang dulu..

4bulan perubahan drastik btl diri sy, rambut panjang kasi warna blonde, dressing pun cun habis. Spupu sy tau kes sy sama ex sy tu.. Sekali dia buat perbandingan sy sama tu perempuan yg sy sudah lawa, bukan mau cakap apa la.. Jauh beza cantik sy dari dia.. Patutla dulu sy kna gelar budak hot d sekolah.. yg paling banyak peminat “perasan kijap” .

Ok sambung cerita Badan dr badak sumbu dapat balik shape lama, kulit dari hitam pucat lesu transform pigi putih melepak smpai nmpk urat hijau, muka yg kusam jadi pinkish glowing2 bila bejalan kna ckp model sbb tinggi sy 170cm  sy xtau la tapi masa tu banyak yg mencuba mengurat sya tapi sy xlayan sbb status masih bini org.

Semua expenses sy utk belawa adalah drpada duit yg ex sy kirim, mau 40k juga habis utk sy smpai tahap lawa bgini . Sblm ni sy sayang mau pakai tu duit biar 100.. bila tau sy kana ksi buduh2 sj sorry to say lah. Satu bulan sebelum ex sy balik dia call sy mcm dia xdpt balik malaysia. Trus main2 rindu2 minta kirim gambar sy skrg..

Sy ok sja dia xbalik sbb ada plan lagi hebat nanti. Habis bcall sy kirim la gambar sama ex sy.. Gmbar lama yg sy kirim.. yg hitam gemuk hodoh btl sya kirim.. Baki simpanan sy plan buka Butik, semua yg sy buat ni ex sy xtau.. Dalam masa setahun ex sy hanya call2 sja, kalau dia mau vdyo call sy mengelak tapi dia pun mcm tida mendesak sangat..

Dalam masa setahun tu juga sy plan bisnes sy cantik2 dan syukur kepada tuhan smpai skrg bisnes butik sy ada 4 cawangan sudah dalam sabah. Tapi masa tu baru 1butik sya, bisnes berjalan lancar dan sy blh earn money sendiri suda. 1tahun lebih juga sy struggle mau jadi cantik,kasi up bisnes sya. Bila semua suda maintain barulah plan sy berjalan. Pada 3 June 2012 flight sy pigi melbourne…

3 June 2012 Flight saya ke melbourne.. Ex sy langsung tida tau sy mau dtg sana. Sy dtg berbekalkan plan yg suda sy atur cantik2 yg disokong oleh beberapa org cousin sy. Kami atur plan sambil ketawa2 , ada idea2 yg tidak masuk akal pun ada smpai kami sendiri2 pecah perut ketawa. Tq kamu semua yg banyak membantu sy menjalankan plan ini dgn JAYANYA! I love u gaisss so very much!!

Setibanya di Melbourne pada jam 3.30 petang sy terus ambil taxi pigi hotel yg saya sudah tempah seminggu awal. Haritu hari ahad kalau xsilap sya. Perasaan bercampur baur.. Sejak sya tau ex sy buat sy mcm tu perasaan cinta sy sama dia makin hilang dan masa berada di melbourne sya rasa tinggal 5% lagi perasaan sy sama dia. Sy pun rehat hari pertama dihotel.

Keesokkan pagi jam 10 bgtu sy call dia menggunakan simkad yg sy beli di airport sana. “Hello B, saya di melbourne!” Trus suara dia blh tau yg panik “Haa?? Errr bila lg syg smpai? Syg dimana? Masih di epot ka?” Terus sy cakap “Tidakla, sy menginap hotel ni. Kira mau surprise tpi mcm kurang sihat pula xdpt jalan p sana tpt b.. B offday kan harini ? Kita jumpa di Bar ‘sy lupa sda nama bar dia’ Jam 7 k?” “Ohhhh okok syg” ..

Dia langsung tida tanya keadaan sy, dia langsung tida risau sy bejalan sendiri2 dikota yg besar bgtu tapi sy tida hairan. Masa tu mungkin sibuk dia mau kasi pindah2 barang dia tpt c bob. Sy pun malas mau ambil tau. Yang sy tau malam ni big things will happen. Jam 7 suda ex sya call “syg mana suda?? Sy sini suda ni” “Ok B kjap aa sy bsiap sbb sy terlajak tidur bah” “mmmm ok” .. Sya sengaja buat dia menunggu lama..

Jam 9.30 baru sy dtg. Masa tu sy pakai dress warna merah paras lutut belahan dress hingga ke paha (owner butik mestilah mau begaya disamping membalas dendam) , pakai heels (tambah tinggi) , rambut curly2 blonde paras pinggang, make up simple but beauty gituuuuu. overallpenampilan sy tu hari mmg fantastic .. sy bejalan di lobby hotel pun staff tingu2 (parasan lagi)..

Sampai sana terus nampak tu jantan tiada guna bediri2 dibar smbil minum membelakang.. Dgn yakin sy jalan p tpt dia, sy peluk dia dari belakang smbil ckp “Hai B” .. Eh dia bilang smbil mau pusing2 tingu sy smbil sy elak2.. Sekali sy kasi lepas pelukan terus dia pusing………. JENG JENG JENG !!!! Tebulat terpaku terkaku tekarass dia tingu sya atas smpailah ke bawah.. Sy senyum2 smbil tnya kenapa B? Ko tida kenal sy suda??

Mau 15 saat juga dia takaras speechless. “Sayang” dia bilg “kenapa B?” Kau ka ni ?? Dia bilg. Terus sy ketawa sambilduduk.. Sy suruh dia duduk tida lari mata dia dari sya. “Syg, cantik oo kau sayang. Bini sy ka ni?” Dia bilg.. Dalam hati sy time tu “Cis.. baru skrg ko mau ber’bini2 ?? Selama ni mana pigi tu perkataan bini dlm hidup kau” … Tapi sy senyum2 sja.. Dia mau pgang tangan sy pura2 sy ambil tu minuman elak2..

GAME START

Masa tu mmg mcm tk betul suda sy tingu dia.. becakap bulan bintang suda.. Rindu laaa , cinta la, sayang laa .. Heiiiii meremang pula setelah sekian lama tida dgr tu perkataan dr mulut dia.. Sy masa tu tingu dia mcm sampah suda tapi demi mau balas apa yg dia buat sy kasi gagah diri sy .. “kenapa syg lambat? Sy tertunggu2 suda mau jumpa syg sini”

Sy ckp “ohh tida lawan tu tertunggu2 kau mcm sy tunggu2 kau d sabah” terus dia tdiam.. “Syg marah ka ni? Jangan la bah syg mcm ni , Sy telampau busy bah mau cari duit tula kadang2 jarang cntact kamu sana.. ” Sy diam2 sj smbil layan minuman.. Ex sya balik2 tingu sya .. Cara dia bckp sama sy pun mcm baru jatuh cinta ..

“Syg, sy risau oo kalau kau lawa2 begini takut ko kna mengurat2..” sy jeling “apa mau risau? Sy bukan jenis perempuan murah mau menggatal sana sini.. Sekarang baru ko mau risau ka?” terus berubah riak wajah dia .. ” B , marilah kita jalan” aik p mana dia bilg.. “Ada satu tempat istimewa sy mau bawa kau.. dari tahun2 lalu lagi sy mau p sana sama kau tapi tiada kesempatan sja bah..

Terus sy suruh dia tunggu disana kejap .. Sy p luar pigi deal sama tu taxi minta htr pigi alamat rumah yg ex sy tinggal sana sama tu perempuan. Terus sy panggil ex sy keluar bawa p taxi tu.. Dia pun ikut sjalah.. Sepanjang jalan tu tida lari mata dia meningu sy.. Makin lama makin dia perasan tu jalan yg kmi limpas.. Makin mau dkt kmi sama tu rumah makin tida senang dia duduk.. Taxi betul2 berenti depan tu pokok tpt sy menangis dulu.. sedih btl sy time tu bcampur benci marah.

Lpas tu sy turun Ex sy berabis tida mau turun.. “marilah turun. Mcma ko tida biasa ni tpt ko tida mau turun” dia masih rasa x senang .. suruh sya naik balik taxi.. last2 sy jalan sendiri menuju tu rumah baru ex sy belari turun kejar sy sambil tarik2 tangan sy.. Jangan jangan begini dia bilg.. sy tarik tangan sy terus sy direct tampar dia PAAPPP!! Tekedu dia skjp. “Smpai bila ko mau lari? Smpai ko mam sama tu perempuan kau?

“Syg pls syg I messed up real bad!” Pheii “tiapayah la ko mau messed up messed up skrg bah,” sy kasitau la dia yg sy tau ni benda lama suda.. Tekejut dia smbil merayu2 jangan kacau tu perempuan.. Nahhhhhhh disana la sy tambah panas… Sy tarik tangan dia bawa btl2 depan pintu terus sy ketuk.. jam 12.30 malam suda masa tu. Ex sy diam2 pusing2 suda di balkoni tu.. tida kna buka pintu. Guess what?? Itu perempuan buka pintu and she is PREGNANT!!!

Woaahhhhhhhhhhhhh sy bilg.. Sy terus masuk tu rumah, gambar ex sy sama tu prmpuan begantung2 didinding siap photoshoot2 lagi ada photographer.. Tu perempuan x berani tingu muka sy.. Dia tekejut kali jauh beza muka sy real life dgn yg dlm gambar.. sana kami 3 dalam tu rumah.. sy tingu perut tu prmpuan trs sy tingu ex sy lama2..

Tetunduk2 baa dia.. “sayaanggggg macamana pun sy masih sayang kauu” “itu bukan sy punya” “plss syg” .. “bukan anak kau? Jadi skrg ko mau ckp itu anak org lain? Ko volunteer la ni jadi bapa tu budak?? Kenapa ko tida kawin tapuk sja disini?” trs ex sy ckp “syg sbnrnya sy kesian bah dia kna aniaya. Thts not my child! Mia tell her!”

Aahhhhhhhh! “Sya tida mau tau la tu semua. Kalau pun bukan anak kau ko pikir sy kasi maaf kau bgtu sja ka??” Trs tu prmpuan nangis2 suda “ate Im sorry” trus sy tingu dia ” “U know he’s married. U know everything.” “Syg jangan begini , dia pregnant baaa tu. Tida bagus cakap bgtu” fulamakkkk.. “kau kevin!! Berapa tahun sy tunggu2 kau mcm buduh disabah, sy percaya kau bulat2! Ko tida kesian ka kami hari2 rindu kau disabah??

Ko tida fikir ka mcmana struggle kami mau tahan rindu sama kau?? Anak2 kau disana pun ko tida peduli! Selama ko disini 1kali sja ko balik p tingu dorg! Lpas tu mcm2 alasan kau kan??” Terus berani2 tu perempuan ckp “enough sherry! Enough! (Bukan nama sy sbenar) dia cakap bgtu sy melangkah p tpt dia terus sy ckp “wht did u say? Sherry??” Trus PAAPPPP lg kna tampar “U have no right to call my name ! U have no right! Never in a million year! Paluiiii kau!”

Sy bilang.. berabis ex sy p kasi sabar sy.. Terus sy cool down kjap , sy duduk disofa siap silang kaki lagi.. “oii couple of the year, sini kita duduk sama2” 
Tu perempuan nangis2 suda.. Ikut hati mau sja sy belasah dia sana nasip pregnant. Bedudukan la kami di sofa semua asing2 tempat duduk.. Terus mcm sy yg menguasai tu rumah masa tu..

“Hei perempuan tak guna, Bring me water” pelan2 dia bangun terus ex sy “sayang jgn bgini baa.. Bukan kau suda ni” tu prmpuan mau p dapur suda trus sy panggil balik suruh duduk. Terus sy ckp sama c kevin”siapa sayang kau? Dari hari pertama ko buat benda terkutuk ni sy bukan bini kau lagi. Apa ko ckp tu? Sy bukan diri sy suda? Kau bah, masih diri kau yg dulu ka ko rasa? “

Terus sy tingu tu perempuan atas bawah “pathetic! Right after u give birth to that child then this jerk will leave u and do the sme thing like what he did to me” SEKARANG SY MAU KO PILIH! SAYA KA NI PEREMPUAN?? Tediam ex sya.. Pgang2 kepala suda dia bediri mundar mandir smpai tumbuk2 dinding.. Sy tingu sja gaya acahh dia tu. Tu perempuan “baby dont , baby!”

Baby laa sangat.. Senyum sinis sja sy tingu .. Bulih2 baby2 depan sy.. Terus sy ckp “uiiii babyyyyyyy jangan begini baaa babyyyyy.. Risau sy nampak babyy mcm ni” dgn nada mengijik… trus durang dua diam2.. Jam menunjukkan pukul 3pagi.. sebnrnya panjang perbualan kami tapi sy kasi ringkas point2 dia sja la arrr .. “oi kevin , ko pilih skrg ! Me or Her?!

Sy push2 sy desak2 mau 2jam juga sy push2 dia siap dgn ugutan2 lagi.
LAST2 dia tida tahan “OK SY PILIH KAU! I CHOOSE U!” Terus sy ketawa sinis sambil bediri p tpt ex sy sambil peluk dia.. ” sy tau ko pilih sy juga” sy sengaja usap2 rambut ex sy dpn2 tu perempuan.. Ex sy tiada kekuatan mau respon pelukan sy dpn tu perempuan.

Terus sy ckp sma tu perempuan “see? You are nothing to him ” Sy p luar kjap trus sy call c bob minta ambil sana.. mau jam 6 pagi suda time tu.. Sy duduk dibalkoni luar tggu c bob dlm keadaan kesejukan lagi.. Sampai sja c bob trus c kevin cpt2 keluar.. “syg ko mau jalan?? Ko mau p mana?? Sy ikut!!” Terus sy tarik nafas panjang sy pegang tangan dia dlm keadaan sebak ” Thank you for the past 8yrs ..

Sy tida tau yg benda begini blh jadi sama kita. Walapun kau ada salah tapi sy mau cakap juga ini sama kau. Tq sbb jaga kami selama ko masih disabah, tq jadi daddy yg baik utk anak kita selama ko disana, tq for the good memory dr mula kita kenal smpai la skrg. Tq sbb prihatin kirim2 kami duit tiap bulan masa ko disini.. sya suda teguna separuh dari itu duit tapi sy janji sy bayar pelan2 balik.” Terus sy tunduk cium tangan dia utk kali terakhir sy bergelar isteri dia. Jatuh airmata sy time tu .. “Sy minta berpisah”

“SAYAAAANGGGGGGGGGGGGGGGGG.. TOLONGGGGGGG SAYANGGG JANGAN.. SYA MENYESALLL ” sampai dia melutut peluk kaki sy kuat2.. Sy masa tu tida tahan sebak.. Sy menangis semau maunya “Syg sy janji syg bagi sy peluang kedua syg tlg jgn bgini syg sy janji sy sumpah syg syg tlgg syg ko tarik balik tu cakap kau plss sayang anak2 kita sayang tuluunggg” terus dia bediri dia peluk lagi sy dia nangis2 smbil cium2 pipi sy smbil ckp “plss plsss plssss” dgn nada suara menangis..

Tiada upaya sya time tu sbb sy btl2 menangis kasi lepas kesedihan yg sy simpan2 selama ni.. masa tu sy terimbas2 balik waktu kami mula2 kenal, mcmana baiknya dia, suka buat lawak, mcmana kami jatuh cinta.. Nangiss dan nangiss dan nangiss.. Habis drama nangis2 terus sy jalan p kereta minta htr c bob pigi hotel.. Smpai hotel jam 8.30 pagi sambung nangis terus tetidur dlm tangisan.. Sekali tebangun jam 4 petang suda.. Masa tu bagi sya semua suda settle… Sy balik sabah jumpa anak2 peluk dorg smbil menangis2..

Ex sy pun balik sabah dgn niat mau memujuk.. Bawa hadiah banyak utk anak2.. Bawa semua barang dia dr sana.. Dia balik p rumah tpt kami tinggal dulu ngam2 time tu kami packing2 sda mau keluar dari tu rumah.. Teduduk dia menangis.. Anak belum faham apa2 masa tu.. Belarian p peluk daddy diorang.. Sy tida tahan sebak cpt2 sy masuk bilik mandi p cuci muka smbil mnangis..

Masa tu dia pujuk2 sy tiada hati sda langsung biarpun sy sebak tingu anak2 sy gembira.. Sy ringkaskan, mau urus perpisahan pun banyak halangan, macam2 dia buat utk pujuk Sy.. Tapi kalau org suda move on memang benda2 bgtu tiada makna suda.. Last2 selesai juga kes perpisahan kami.. Dia x pernah tuntut apa2 dari kami slps berpisah..

Yg sy tau dia tinggal dan bekerja disabah.. Tiap minggu datang jumpa anak2 dia beli makanan2 utk anak2.. Kmi masih tinggal dirumah dia.. Dia sewa rumah lain sbb sy tida mau tinggal sama dia.. sampai skrg dia masih panggil sy sayang.. Saya masih trauma dan blm ada hati utk bercinta buat masa skrg.. Peluang ke dua utk dia ?

Itu semua rancangan tuhan.. Kalaulah blh putar masa balik Sy mmg tida mau ex st p sana.. Tu perempuan pula yg sy dgr2 balik philipines sbb tiada suda yang tanggung dia sana kali.. Who knows.. What goes around come around. Itu sajalah kisah drpd saya.. I hope u gais enjoyed.. Sorry tidak berapa siok..

SUMBER : Oh Bulan