Baru nak selak baju tiba tiba mertua datang. Bukan sekali tapi dah tiga kali. Isteri terus meraung bila tiba tiba mertua datang buat macam tu. Akhirnya ini yang terjadi pada mertua.

Kisah Rumah Tangga

Foto sekadar hiasan

Salam semua, aku Zaharah. aku dah berkahwin lebih kurang setahun lebih dengan suami tercinta. Awal perkahwinan kami meyewa rumah sewa dikawasan berdekatan dengan tempat kerja suami. Senang untuk suami ulang alik ke tempat kerja dia setiap hari.

Untuk menjimatkan kos dengan gaji suami basic RM 3,000, suami putuskan untuk ulang alik naik motosikal peninggalan ayah dia ke tempat kerja, memandangkan adik beradik suami mempunyai motosikal baru, so motosikal tu memang jadi hak milik suami.

Kereta Viva ditinggalkan dekat aku di rumah untuk urusan aku di rumah kalau tiba2 ada kcmasan di rumah. Sebelum terlupa aku adalah suri rumah sepanjang msa selepas berkahwin. Suami tak izinakan aku bekerja sebab aku boleh tengok2 mak dia iaitu mak mertua aku di rumah.

Mak mertua aku ni kadang ok kadang tak. Adik beradik suami pernah cerita yang mak mertua aku ni terkena penykit meryan selepas melahirkan Siti, iaitu adik bongsu suami aku. Adik beradik sebelah suami ada 5 orang, dan suami aku anak yang ke 3 dari 5. Ada abang 2 orang atas suami dan 2 orang adik perempuan.

Masing2 da bekerja. Yang masih bujang Siti, tapi bekerja di Wangsamaju dan meyewa di sana. Oleh kerana abang Long dan abang Ngah masing jauh dari kampung. Suami putuskan untuk jaga. Abang Long kerja di Sabah tentera laut, manakala abang ngah bekerja di Terengganu, oil dan gas tak salah aku. Abang Long pernah cerita waktu tu umur dia 14 tahun mak mertua melahirkan Siti, ayah mereka terlibat dalam kejadian yang tak diingini sewakatu balik kerja.

Time tu mak mertua tunggu due untuk bersalin dalam wad. Memang terkejut sangat bila dapat berita yang ayah kena lggr lari. Ayah pergi buat selamanya di tempat kejadian. Mak mertua pada mulanya tak tahu apa yang terjadi pd ayah. Selepas selamat bersalin kan Siti, baru mak mertua dapat tahu dari adik beradik dia mengatakan suami dia sudah tiada. Hari kelahiran Siti sama dengan hari pemergian ayah mereka buat selamanya.

So, memang sedih sangat lah bila mak mertua dapat berita macam tu time menunggu ayah mereka di hospital. Mak mertua tak dapat terima kenyataan yang hari bahagia menyambut anak bongsu sama dengan pemergian suami tersayang. Mak mertua menjerit kuat dalam hospital sepeti orang tak waras.

Pak ngah suami lah yang bawa dan ambil mak pulang ke rumah. Mak mertua sempat lihat wajah ayah buat kali terakhir dengan tangisan Siti time tu. Menurut Along lagi, time tu Siti menangis tak henti2 seperti paham pemergian ayah. Mak tak dapat ikut hantar ayah buat kali terakhir atas faktor kesihatan mak yang baru lepas bersalin.

Sejak dari hari tu, mak mertua murung, sekejap menangis, sekejap ketawa. Kadang2 mak tunggu kepulangan ayah dekat tangga waktu maghrib. Along cakap mak mertua memang suka tunggu ayah mertua kat tangga tu, selalu sandarkan muka dekat pemegang tangga kayu tu. Siti time tu tak sampai sebulan memang mak tak jaga.

Along yang paksa mak mertua susukan Siti, sebab mak mertua tak nak susu kan Siti dek kerana terlalu sedih pada waktu. Dia seperti menyalahkan kelahiran Siti penyebab suami dia pergi buat selamanya. Along dan adik beradik time tula jaga mak mertua dan Siti yang masih kecil.

Along juga lah tukarkan pampers Siti, susukan Siti, tidurkan Siti lepas balik sekolah. Hari demi hari pnyakit mak mertua makin teruk. Kadang2 dia bercakap sorang diri. Nasib adik2 Along termasuk suami aku bekerjasama jaga mak mertua walaupun time tu mereka masih di bangku sekolah.

Abang kepada mak mertua, yang dipanggil Pak Teh banyk hulurkan sumbangan semasa mereka bersekolah hingga lah masuk universiti sambung pelajaran. Adik beradik suami semua berpelajaran tinggi hingga ke menara gading. Masing2 mempunyai diploma dan degree termasuk juga lah suami aku.

So, lepas Along dan angah kahwin, mak dijaga sepenuhnya oleh suami dan adik perempuannya. Along dan angah akan pulang sebulan sekali melawat mak. Hinggalah aku dan suami selamat diijabkabulkan, suami berbincang dengan aku agar aku dapat membantunya menjaga mak mertua dirumah.

Aku tak menolak permintaan suami, kerana aku anggap mak dia juga adalah mak aku. Malah aku lebih sayang mak mertua aku sebab kadang2 mak mertua aku ni kelakar kalau pandai layan dia. Aku tak kisah kawan2 cakap aku ni menghabiskan duit mak bapa je study tinggi2 tapi duduk rumah jaga mak mertua. Aku tak kisah sebab ini adalah tanggung jawab aku terhadap suami.

Genap 3 bulan kami berkahwin, aku disahkan mengandung. Syukur sangat rezeki kami dimurahkan. Sewaktu mengandung aku kurang alami alahan. Malah tenaga aku lebih kuat untuk jaga mak mertua sambil membawa baby dalam perut kami. Mak mertua selalu main2 perut aku. Letak telinga dia dekat perut, dia selalu buat lawak baby da keluar nanti nak ajak main masak2.

Memang lawak dan menghiburkan hati aku la waktu. Time tu mak mertua adalah peneman aku dikala sunyi, mak mertua aku juga kawan aku gdh, kawan aku berbaik time suami keluar mencari nafkah. Paling aku tak dapat lupakan dia nak pakai baju mengandung aku.. hahaha.. dia cakap ” mak nak mengandung juga”.. Aku pon blur2 nak cakap apa kat mak mertua time tu.

Cukup 9 bulan 2 hari bukaan aku sudah 6 cm dan aku diwadkan. Nasib baik time tu da pukul 10 malam, suami dah ada kat rumah. Suami yang hantar aku ke hospital ditemani mak mertua, aku cium tangan mak mertua dan suami sebelum masuk ke labor room. Aku pohon doa dari mereka tak lupa juga pada ibu bapa aku yang jauh di kampung, utara tanah air agar mendoakan aku dan baby selamat di lahirkan.

Syukur alhamdullilah, tepat jam 4.15 pagi, aku selamat melahirkan baby boy. So, bermula lah episod aku berpantang dirumah. Aku decide nak berpantang dirumah sendiri sebab nak jaga mak mertua sekali. Suami setuju dengan permintaan aku. Cuma mak dan ayah aku agk kurang setuju sebab yelah mana nak jaga baby dan mak mertua yang skit lagi kan. Aku kuatkan semangat dan aku cekalkan hati untuk cuba.

Alhamdullilah baby pertama kami yang aku panggil Along membesar dan kurang terkena demam. Hari demi hari aku seronok jaga mak mertua dan Along dalam rumah. Untuk pengetahuan aku memang menyusukan badan pada Along, sebab nak jimat kos.

Along dah masuk usia 6 bulan. Suatu hari aku tengah masak, mak mertua pula asyik leka bermain dengan Along. Tiba2 aku dengar tangisan Along. Cepat2 aku pergi ke hall dan aku rasa Along haus. Mak mertua di tepi Along sambil main tepuk2 nak senyapkan Along dari menangis.

Aku angkat Along kat atas riba, baru nak selak baju, tiba mak mertua bangun spk badan Along. Allah!! Memang aku terkejut dengan tindakan mak. Secara tiba2 memang tak jangka mak mertua nak kasari badan Along yang dalam dakapan aku. Bukan sekali tapi lebih dari 3 kali mak mertua buat macam tu pada Along. Nasib baik aku pangku Along dengan kuat, kalau tak memang tercampak Along dari riba aku. Aku jerit

“MAK!! MAK!! APA NI!! BAWA MENGUCAP MAK “

Mak mertua aku lari sambil tunjuk good dan cakap ‘ padan muka ko Along, tulah nak nangis sangat kan, ko mak ko peluk ko diam, bila aku ajak main ko nangis!’ Allahu memang aku menangis jerit mak time tu, aku bangun masuk bilik terus call suami bagi tau tindakan mak mertua tadi. Suami terkejut mengucap panjang balik terus ambil cuti half day. Sampai je dirumah suami peluk mak mertua dan tanya kan kenapa mak mertua buat macam ni. Mak mertua gelengkan kepala dan cakap,

” Aku benci Along, bawa dia keluar” Malam tu juga suami call abang long dan abang ngah, serta adik dia yang perempuan. Keesokan nya mereka pulang kerumah untuk lihat mak. Mereka berbincang sesama adik beradik termasuk aku sekali. Suami berbincang untk hantar merawat di rumah orang2 tua. Biar ada kaunselor yang merawat mak

Suami tak sanggup tinggalkan aku dan Along dirumah bersama mak mertua, takot tindakan mak mertua di luar jangkaan nanti. Mula abang long agak keberatan, sebab itu kan mak dia. Tapi atas faktor kerja yang jauh, Abang long terpaksa akur juga. Adik beradik suami yang lain turut bersetuju sebab masing2 ada komitmen dan tiada masa untuk jaga mak mertua.

Aku memang rasa serba salah sangat, pasal aku mak mertua terpaksa dihantar kerumah orang tua yang ada rawatan. Aku memberi cadangan pada mereka agar mak mertua dihantar tapi bukan selamanya. Aku mampu jaga mak mertua tapi bukan pada masa sekarang.

Aku minta kalau Along berusia 4 tahun, aku rela jaga mak mertua kembali, biar Along besar dan pandai sikit. Adik beradik suami setuju dengan cadangan aku berikan. Maka bermulalah sesi menghantar, mendaftar dan merawat mak mertua di pusat jagaan orang tua2. Semua adik beradik suami pergi hantar mak mertua di pusat jagaan tu termasuk aku.

Masing2 menangis menitis kan air mata lihat mak mertua, sayu je mak mertua lambai seperti seronok duduk disana. Aku paham dia tak mengerti apa2 lagi. Aku minta maaf sangat pada suami sebab aku mereka terpaksa hantar mak mertua di rumah jagaan orng tua. “Buat mak, maafkan Zaharah mak. Zaharah janji akan ambil mak semula lpas Along umur 4 tahun. Maafkan Zaharah mak…”

Kredit Cerita Ohsem. Kisah diatas pernah tukar sebelum ini. Tidak dapat kami pastikan samada berdasarkan kepada kisah benar atau rekaan semata mata. Jika benar, kami doakan semoga urusan Zaharah dan keluarganya dipermudahkan. Moga diberikan kesembuhan kepada mak mertuanya. Apa pula kata anda.

Lelaki Ini Kongsi Rahsia Isteri Boleh Duduk Sebumbung Bersama Mak Ayah Dengan Aman

Selalu kita dengar tentang perkara yang tak baik sahaja tentang perkara bila menantu duduk sebumbung dengan mertua. Yang baiknya selalu kita lupakan. Walhal dalam banyak perkara, bukan semua benda itu remeh untuk kita fikirkan.

Perkongsian lelaki ini di Kisah Rumah Tangga, memberi pandangan dengan jelas bahawa tak semua yang negatif je kita nampak bila menantu duduk sebumbung dengan mertua. Saya seorang lelaki, mempunyai seorang isteri dan seorang anak lelaki berusia 4 tahun. Usia perkahwinan 7 tahun.

Awal2 kahwin, saya bekerja di daerah lain. Saya dan isteri tinggal di rumah sewa. Pada tahun kedua perkahwinan, saya dipindahkan kerja di daerah tempat asal saya. Isteri saya mengikuti saya tinggal dengan mak ayah saya, walaupun masa tu saya sudah beli rumah.

Sebabnya, atas permintaan mak ayah saya kerana rumah mak ayah saya cukup besar, banyak bilik, dan tempat kerja saya pun lebih dekat dengan rumah mak berbanding rumah yang saya dah beli tu (saya jenis tengahari balik rumah untuk makan, sebab nak jenguk isteri dan lebih suka makanan isteri, di samping jimatkan kos).

Dalam rumah, selain mak ayah, ada seorang adik lelaki bujang dan 2 orang adik perempuan bujang saya tinggal sekali. Kami semua masing2 ada bilik sendiri. Mula2 tu biasalah isteri saya kejap terasa itu kejap terasa ini, makan hati itu makan hati ini. Tapi saya mainkan peranan seadilnya. Mak dan isteri saya pun sama2 surirumah.

Mak saya jenis rajin buat kerja rumah dan rajin masak, dan sangat teliti. Isteri pula jenis santai, dan baru2 belajar nak masak n buat kerja2 rumah. Jadi korang boleh bayanglah macam mana kan, apa yang boleh mencetus sakit hati. Tapi apa sahaja yg saling tak puas hati tu, saya tak fikir panjang, terus sahaja aturkan sesi luahan hati ke hati antara isteri dengan mak saya.

Bagi ruang sepenuhnya dua2 pihak untuk bersuara dan mendengar. Kalau isteri ada tak puas hati, saya akan tanya dia balik suruh fikir, salah ke yg mak buat tu? Ada mudharat ke? Tak bagus ke? Dari sudut agama pula agaknya macam mana? Begitu juga dengan mak, saya cakap baik2, salah ke yang isteri saya buat tu?

Apa yang tak patutnye? Dari masa ke semasa bapa saya juga akan join sesi pertemuan dan berikan nasihat, pendapat. Bila dua2 pihak menilai tanpa emosi, akhirnya sama2 boleh memahami dan menerima, sama2 boleh sepakat.

Saya perasan ada satu hal di mana mak dan isteri saya sangat serasi dan saling melengkapi iaitu suka bercerita. Apa2 topik, gosip2, hal2 semasa, hal2 family mereka suka sembang. So diorang sama2 di dapur atau lipat kain depan tv, masa itulah diorang sambil sembang2.

Alhamdulillah setelah 2 tahun duduk serumah, isteri sudah selesa di rumah mak saya, dah natural. Kat mana mak saya letak barang, isteri tahu lebih dari saya. Pokok bunga mana nak siram tiap hari n mana yg selang sehari, isteri lebih tahu dari saya.

Malah kalau mak ayah saya bercuti atau balik kampung perlu tinggalkan rumah beberapa hari, isteri sayalah yg diamanahkan jaga rumah dan adik2 saya. Adik2 saya mesti patuh pada isteri saya. Isteri saya akan ambil alih peranan mak saya mentadbir urus rumah.

Cuma, memang betul tak boleh selama2nya nak duduk dengan mak ayah, sampai masanya kena tinggal sendiri juga, kena belajar hidup berdikari. Selepas 5 tahun, akhirnya saya bawa isteri tinggal di rumah sendiri. Dan hikmah kami 5 tahun tinggal dengan mak ayah saya, isteri saya “terlatih” menjadi sangat cekap menguruskan rumah dan keluarga.

Mak mertua saya pun perasan perubahan positif isteri saya. Selain itu, tempoh 5 tahun tu cukup untuk saya lengkapkan rumah kami secara beransur2. Mulanya kosong, tambah perabot, tambah hiasan. Sekarang dah cantik dan lengkap alhamdulillah.

Pun begitu, ada masa2nya isteri rindu juga nak bermalam di rumah mak ayah saya. Saya x perlu ajak pun dia sendiri yg akan mengajak. Dan pernah juga isteri saya cadangkan, baik teruskan tinggal dengan mak je lah, rumah kami buat bisnes homestay, boleh tambah pendapatan. Ikutkan hati saya lebih suka idea isteri saya tu, lebih2 lagi rumah kami lebih jauh dari tempat kerja, jalan pun jem teruk.

Lepas tu dia boleh teruskan bantu mak saya di rumah, saya pula boleh bantu ayah saya untuk hal2 luar rumah. Cuma saya yang tak turutkan kerana merasakan sudah sampai masa untuk tinggal di rumah sendiri, di samping ingin memberi ruang kepada masa depan adik2 saya kerana, satu hari nanti mereka juga akan berkahwin.

Kesimpulannya, saya nak kongsikan bahawa, rahsia menantu perempuan boleh duduk aman sebumbung dengan mertua ni ialah:

1. Peranan suami/anak lelaki sebagai penghubung/pengaman. Suami jangan biarkan isteri sendiri2 belajar sesuaikan diri. Bimbing dia, jangan serah sepenuhnya pada mak untuk ajar isteri. Dengar semua luahan isteri dan mak, analisa ia dan fikirkan penyelesaian.

2. Elakkan sangka buruk. Salah satu penyebab ketidak serasian ialah perempuan cenderung sangka yang buruk2 kalau mertua/menantu berkata/berbuat sesuatu yang tidak kena dengan hati. Minta suami jelaskan, dan fikir mana betul mana salah.

3. Mak mertua bukan malaikat yang sentiasa bebas dari masalah dan tekanan. Mereka tak boleh senyum manis sepanjang masa. Dan menantu sila faham, bila mertua bermasam muka bukan semestinya berpunca dari menantu. Mungkin dia cuma merajuk dengan bapa mertua sebab tak nak belikan baju baru.

4. Menantu sila sentiasa berfikir macam ni: “Kalaulah mak aku sendiri yang akan buat macam ni, apakah yang akan aku lakukan sebagai anak soleh?” Ya, memang mak sendiri x sama. Tapi amalkan sahaja soalan ni tiap hari. Untuk ingatkan diri. 5. Sabar, sabar dan sabar. Tabah, tabah dan tabah. Ikhlas, ikhlas dan ikhlas. Insha Allah, Allah akan bantu hamba-Nya yang ikhlas.

Terima teguran mentua

Perpisahan berpunca hubungan dingin antara mentua dengan menantu bukan isu baru. Ada waktunya kes sebegini hangat diperkatakan warganet hingga menarik perkongsian ramai. Namun, ada juga pasangan yang selesa berdiam diri kerana sedar rumah tangga yang dibina sudahpun hanyut dilambung badai.

Berikutan adanya tokok tambah pelbagai pihak, perkahwinan kini dilihat sebagai satu pilihan yang sukar. Ramai pasangan muda mula menghakimi hubungan menantu-mentua dari persepsi sendiri. Kata Peguam Syarie dan Perunding Keluarga Islam, Datuk Mohd Zaidi Md Zain, perkahwinan adalah penyatuan dua insan yang jika dilihat dari segi syarak, bermula dari lima rukun. Salah satunya adalah wali.

“Peranan wali ini tidak boleh diketepi, sekali gus membawa maksud bahawa pernikahan antara lelaki dan perempuan itu memerlukan persetujuan keluarga. “Jadi, kalau dilihat kembali perjalanan pasangan yang ingin berkahwin, Islam menggalakkan adanya pertunangan walaupun tidak wajib.

Ini disebut dalam satu hadis yang mana Rasulullah SAW bersabda, tidak boleh seseorang meminang atas pinangan saudaranya sehingga peminang sebelumnya tinggalkan atau memberi izin kepadanya.“Dari segi adat pula, masyarakat kita meletakkan soal jodoh ini sebagai urusan keluarga.

Sebab itu adanya adat merisik. Apabila lelaki sudah berkenan dengan gadis, dia akan hantar rombongan untuk bertanya khabar, melihat latar belakang keluarga dan berbincang. “Ada juga yang bukan setakat bertanya kepada keluarga pihak perempuan, tetapi turut merisik dari orang sekeliling.

Mereka mahu melihat keluarga dipilih dalam kalangan orang baik atau sebaliknya. Semua ini dilakukan untuk keluarga mengenal calon menantu yang bakal berkahwin dengan anak mereka,” katanya. Selepas tamatnya proses merisik, bertunang dan bernikah, fasa pengenalan akan berterusan hingga berlangsungnya kenduri. Semua bahagian ini cukup membuktikan bahawa adat dan syarak tidak pernah mengetepikan peranan keluarga.

Namun, perlu diketahui pembabitan keluarga dalam hubungan perkahwinan anak tetap ada hadnya. Dalam urusan pernikahan dan kenduri umpamanya, orang yang wajar terbabit secara langsung adalah ibu bapa dan saudara terdekat saja.

Di peringkat meneruskan alam rumah tangga, suami dan isteri berhak membuat keputusan berdasarkan kehidupan yang mereka lalui. Sementara ibu bapa dan mentua hanya berperanan sebagai penasihat untuk membantu anak-anak pada waktu memerlukan.

Menantu-mentua

Mengulas berhubung adab di antara menantu dengan mentua, Datuk Mohd Zaidi berkata, ia sepatutnya sama dengan adab di antara anak dengan ibu bapa mereka sendiri. “Realiti yang perlu diterima pasangan berkahwin, apabila mereka bernikah, mentua akan menjadi mak ayah sendiri.

Di antara mereka (menantu dan mentua) juga tidak batal wuduk jika bersentuhan. Malah, batasan aurat juga sama dengan anak sendiri. Lebih istimewa, ikatan ini kekal sampai bila-bila dan perlu dipelihara. “Jadi, kalau wujud layanan dingin ibu bapa kita terhadap suami atau isteri (menantu), cuba tanyakan kepada mereka sebabnya. Tanya mengapa mereka bertindak demikian atau kenapa tidak suka.

“Dalam hal ini, suami atau isteri juga perlu terbuka menerima teguran mentua. Usahakan untuk memperbaiki kelemahan diri dari semasa ke semasa. Selaku orang yang lebih tua, lebih dulu makan garam dari anak-anak, tentulah mereka ada penilaian sendiri. Mereka ada cara tersendiri untuk melakukan itu dan ini.

“Tidak mungkin kita boleh memaksa mereka menerima tingkah laku menantu. Jadi, buatlah yang terbaik untuk mengambil hati mereka,” katanya. Jelas Datuk Mohd Zaidi, ada waktunya mentua tidak mengharap pemberian wang ringgit mahupun sebarang material berharga. Mereka lebih senang disapa menantu dengan budi bahasa.

“Ingatan anak menantu buat orang tua juga penting. Kalau tiba musim cuti sekolah, kita balik kampung bertemu mereka pun sudah memadai. Seandainya ada kemampuan, hulurkan wang belanja sebagai sagu hati untuk mereka. Gembirakan hati mereka mengikut kemampuan diri.

“Paling utama, jangan sesekali kecilkan hati mentua. Kalau tidak mampu memenuhi permintaan mereka, tolaklah secara baik. Dalam al-Quran menganjurkan kita supaya sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu bapa, termasuk mentua.

“Berbuatlah ihsan kepada mereka dengan hati ikhlas. Jaga lidah dan jangan melukai hati mereka walau dengan ‘ah’ sekalipun. Usah meninggi suara, jerkah atau mengherdik mereka. Jika marah sekalipun, jangan kita anggap mereka sama seperti kawan.

“Kemudian, jaga tindakan dan jangan sesekali melampaui batas. Sentiasa ingatkan diri bahawa mentua juga sama seperti ibu dan bapa sendiri. Utamakan pendapat dan pandangan mereka dalam membuat keputusan. “Akhir sekali bersabit dengan pendirian kita dalam sesetengah hal. Sebaiknya jangan mendahului ibu bapa dan mentua. Biarpun kita ada pendirian sendiri, namun cubalah mengalah dan dahulukan mereka,” katanya.

Mentua jangan ganggu

Menyentuh beberapa isu yang kerap menimbulkan perdebatan antara menantu dan mentua, Datuk Mohd Zaidi berkata, kedua-dua pihak perlu sedar peranan, tanggungjawab dan bahagian masing-masing dalam membina keluarga bahagia.

“Jika menantu harus melayan mentua sama seperti ibu bapa mereka sendiri, mentua pula haruslah bersikap rasional dalam pelbagai sudut. Usah sesekali masuk campur atau mengganggu urusan rumah tangga anak-anak.

“Jika perlu, mereka boleh membantu untuk memperbaiki kelemahan anak menantu. Membantu bermaksud menambah kebaikan dalam hubungan perkahwinan anak. Mengganggu pula perbuatan merosakkan. “Kita harap, sebagai orang yang matang, mentua dapat berfikir sendiri. Biar mereka nilai sendiri adakah campur tangan itu untuk membantu atau mengganggu. Ini kerana, tanggungjawab menjaga keharmonian rumah tangga tetap terpulang kepada pasangan itu sendiri.

“Gaya hidup manusia ini berbeza. Kadang kita geram melihat cara hidup orang lain, tetapi kita tidak berhak mengatakan yang mana salah dan betul kerana mereka hidup dengan cara sendiri,” katanya. Apapun kata Datuk Mohd Zaidi, setiap pasangan yang mahu berkahwin atau sudah berkahwin perlu ada ilmu dan pemahaman mengenai hidup berkeluarga.

“Teori ini sama saja dengan orang yang hendak berjaya dalam hidup, mereka perlu ada ilmu pengetahuan. Kalau hendak bahagia, carilah ilmu berkaitan hukum, adat dan sebagainya. “Apabila ada ilmu, barulah masing-masing dapat melaksanakan tugas dengan betul. Kita bimbang pada yang tak ada ilmu. Mereka ini mudah terpengaruh dengan hasutan, pendapat pihak ketiga, pandangan masyarakat dan contoh negatif di sekeliling,” katanya.