Baru sahaja Aidil Zafuan respon tentang kes claim LHDN. Mengejutkan sekali Rita Rudaini bersuara tentang isu nafkah

Artis

Selepas isu berkaitan nafkah mula menajdi perbualan warganet,Aidil Zafuan yang merupakan pemain bola kebangsaan akhirnya tampil bersuara jelaskan keadaan sebenar selepas dikatakan tidak memberi nafkah terhadap kedua anak yang kini di bawah jagaan bekas isterinya ,Rita Rudaini.

Bekas suami Rita,Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan beliau mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa.Ia susulan beberapa pihak yang mendakwa Aidil membuat ‘claim’ terhadap LHDN walaupun tidak menjaga anak-anak di bawah tanggungan Rita.

” Assalamualaikum untuk makluman para warganet dan followers ynag dikasihi, di sini saya ingin membuat sedikit penjelasan.” Untuk pengetahuan semua, statement ini bukanlah untuk mengeruhkan keadaan mahupun mencari kesalahan sesiapa. Sudah cukup saya berdiam diri selama ini.

” Ingin saya nyatakan yang selama ini saya telah memberi nafkah kepada anak-anak saya pada setiap bulan tanpa gagal seperti yang ditetapkan oleh pihak mhkamah.” Saya ada semua bukti pembayaran ke dalam akaun. Seharusnya pihak di sebelah sana sedia maklum nafkah telah diterima pada setiap bulan.

” Sebagai seorang rakyat Malaysia saya tidak lari daripada tanggungjawab saya untuk membayar cukai pada setiap tahun.” Oleh itu, saya berhak untuk menyatakan setiap tanggungan saya kepada pihak LHDN. Ini termasuklah pembayaran nafkah saya kepada anak-anak.” Saya difahamkan daripada tudhan orang ramai yang mengatakan saya tidak pernah memberi nafkah, dan saya juga difahamkan pihak sebelah sana tidak menerangkan perkara yang sebenar.

” Ia sekaligus menimbulkan keraguan orang ramai terhadap saya yang mengatakan saya seorang bapa yang langsung tidak menjalankan tanggungjawab saya dalam membayar nafkah kepada anak-anak.” Selebihnya tentang tanggungjawab saya sebagai seorang bapa, biarlah urusan ini antara saya dan pihak di sebelah sana yang tahu.

” Adalah tidak manis urusan keluarga dihebahkan kepada orang ramai. Anda semua sedia maklum yang selama ini saya banyak berdiam diri dari mengeluarkan kenyataan dan tudhan.” Bukan takut tapi saya tidak suka bercerita kerana saya tahu akan impak sosial media pada masa akan datang untuk anak-anak yang sedang membesar.

” Di sini saya juga ingin memberi amaran kepada pihak-pihak mengeluarkan ftnah, penghin4an dan kritikan tanpa asas dan bukti yang kukuh yang boleh menyebabkan imej, karier dan nama baik keluarga saya tercalar di mana saya tidak teragak-agak untuk mengambil sebarang tndakan.

” Saya juga manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesalahan.” luah Aidil.Tambah Aidil, dia juga telah memaafkan kepada sesiapa yang memberi komen sebelum ini dan menganggap mereka tidak tahu perkara sebenar.Aidil minta doakan yang baik-baik saja.Selain dari itu, Aidil turut memberitahu dia tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lagi selepas ini dan akan menyerahkan semua kepada peguam saya untuk tndakan lanjut.

” Saya harap anda semua jelas dgn penjelasan saya.” Berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata yg anda sendiri tidak pasti yg boleh menjatuhkan ftnah.” Saya minta anda jangan comment benda yg boleh mendatangkan perbalahan saya dan mengeruhkan lagi keadaan saya dgn pihak disebelah sana. Cakap dan doa yg baik-baik sahaja.

” Banyak benda yg kita bole fikirkan di dalam situasi yg sedang melanda kita sekarang dari kita melemparkan kata-kata yg bole mendatangkan ftnah.” akhiri AidilRita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar dan bekas suaminya, Aidil Zafuan berkahwin pada 2008, namun bercerai pada September 2013.Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 11, dan Airit Qaqa Arjuna, 9.

Patut Hang Bersyukur Laa Ada Bekas Bini Yang Bagus Didik Benih Hang Ni Jadi Manusia – Rita Rudaini

” Saya tak pernah cakap pun tak bayar nfkah, selama ni semua orang tahu keputusan nfkah untuk anak umur 1 tahun dan 3 tahun..itu lah duitnya, perbelanjaan susu dan pampers.”Itu respon balas pelakon Rita Rudaini kepada bekas suami yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Aidil sebentar tadi membuat penjelasan di Instagram beliau berkenaan pembayaran nfkah yang dibuatnya kepada anak-anak, Airit Rayyan Rizqin, 11, dan Airit Qaqa Arjuna, 9, yang kini dibawah jagaan Rita.Susulan dari penjelasan Aidil itu, Rita dilihat berkongsi di Insta Story yang mencuri perhatian ramai.

” Sekarang tahun berapa ya? Owh 2021, tapi amaun yang sama, dari dulu tiada duiy baju raya, tiada baju raya, tiada duit lain2, tiada duit taska, tiada duit sekolah.. ke tak tahu anak dah sekolah mungkin.” Duit bulan Disember 2019 terlepas pandang kot, tak bagi.. tapi saya diamkan saja lah sebab berapa sangat la pun untuk anak-anak yang dah besar ni.

” Amaun yang sama 2013 punya, saya tak bising dan tak pernah mintak duit sekolah, duit perayaan, baju raya, duit raya..anak-anak kena buli pun saya tak kacau dia pun dan dia pun tak berbunyi..” Aikk arini berbunyi plak pasal kes LHDN ke, nape pi claim.. kesian saya sebab bela sorang-sorang..

” Saya bukan nak claim tapi masa nak isi borang tu ada dinyatakan apa yang boleh, rupa-rupanya dah ada orang claim..saya tak bising pun masa dapat tahu 4 tahun lepas..” Alahaii nak bagitahu warganet sebab warganet kritik, takut? Lebih takut warganet dari takut Allah. Moga Allah bagi kesedaran dan bersihkan hati..

” Allah lebih mengetahui apa yang berlaku dan apa yang telah diperlakukan..” Jangan bunyi, saya tak bunyi dan tak mintak naikkan belanja pund ari 2015 hingga sekarang.. saya tak kacau pun duit awak anak beranak.. awat sentap? Kuat sentap ekk, sapa ajaq? Dulu tak pon..

” Patut hang bersyukur laa ada bekaih bini yang bagus didik benih hang ni jadi manusia…kurang-kurangnya aku tak lari tinggalkan anak-anak aku macam.. pi mana pun aku bawak, didik sorang-sorang tak pernah cuit atau kacau duit harta hang pun..

” Tak reti bersyukur langsung alahaii,” tulis Rita.Terdahulu Aidil menafikan dakwaan pihak tertentu yang menudvh beliau mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa.” Assalamualaikum untuk makluman para warganet dan followers ynag dikasihi, di sini saya ingin membuat sedikit penjelasan.

Ada Mulut Mulut Yang Mengatakan Aidil Zafuan Tidak Beri Nafkah Kepada Anak Anaknya. Aidil Zafuan Tampil Jawab Tentang Isu Tersebut

Macam yang semua sedia maklum,hubungan rumah tangga pelakon Rita Rudaini bersama pemain bola sepak negara iaitu Aidil Zafuan telah berkahir pada tahun 2014. Tak lupa juga,pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayya Rizqin dan AIrit Qaqa Arjuna. Tak lama kemudian, Aidil Zafuan ambil keputusan untuk berkahwin bersama Zarema Zainal pada tahun yang sama berpisah dengan pelakon itu.

Malahan,sebelum ini juga Rita Rudaini pernah didakwa mempertahankan haknya sebagai seorang ibu untuk tuntut nafkah kepada Aidil Zafuan di mahkamah. Cerita ini tidak kesudahan apabila ada mulut mulut yang mengatakan AIdil Zafuan tidak beri nafkah kepada anak anaknya.

Dan Aidil Zafuan mengeluarkan satu kenyataan menegur mulut sesetengah pihak yang mengatakan dirinya tidak memberikan nafkah secukupnya kepada anak-anak. Kenyataan tersebut telah dimuat naiknya menerusi entri di IG Story.

Aidil menjelaskan bahawa dia selama ini telah memberikan nafkah secukupnya kepada anak-anak setiap bulan tanpa gagal seperti mana yang ditetapkan oleh pihak mahkamah. Malah, dia juga mempunyai bukti pembayaran wang yang telah dipindahkan ke akaun yang seharusnya. Tambahnya lagi, seharusnya ‘pihak sebelah sana’ sudah maklum terima nafkah tersebut.

Aidil didakwa mengeluarkan kenyataan sebegini adalah kerana ada segelintir pihak memberi kenyataan dengan mengatakan dia tidak memberi nafkah. Dia juga berharap agar ‘pihak sebelah sana’ tidak menghebahkan perkara sebenar sehingga menimbulkan keraguan orang ramai mengenai tanggungjawabnya sebagai seorang ayah.

Tambah Aidil lagi, dia selama ini tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan adalah bersebab. Dia tidak mahu masalah yang dihadapi ini memberi kesan di media sosial dan anak-anak yang sedang membesar.Bukan itu sahaja, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan terhadap individu yang mengeluarkan kenyataan berbaur ftnah tanpa bukti asas.

Tanpa ragu Rita Rudaini akui bukan ibu sempurna, pernah leka zaman remaja –

Rita berharap anak-anaknya menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup mereka.PERKONGSIAN pelakon Rita Rudaini yang meluahkan rasa syukur apabila anak lelaki sulungnya iaitu Aarit Rayyan Rizqin menjadi imam solat sunat Aidilfitri di rumah pada Syawal lalu mendapat perhatian warganet di laman sosial.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 44, menyedari dirinya bukanlah seorang ibu yang sempurna namun dia akan sentiasa memastikan dua orang anaknya tidak leka dengan kehidupan dunia.Malah, Rita juga mahu anak-anaknya menjadikan Al-Quran sebagai panduan mereka.

Rita berkongsi perkara itu di laman Instagramnya.”Bukan ibu yang sempurna… Saya pernah remaja dan leka, semuanya saya ceritakan pada anak-anak supaya jadi panduan untuk mereka. Saya asuh mereka dari kecil sebab saya nak mereka jadi lebih baik daripada saya.”Saya tegas kerana saya tak nak mereka rasa rugi di hari tua andai umur panjang. Saya tak gunakan kedudukan saya sebagai ibu tapi saya mengajar mereka hormat sesama manusia.

“Tak semestinya ibu tidak pernah buat silap kerana ibu juga manusia biasa. Siapa ada buat salah kena minta maaf dari hati. Termasuklah saya. Kalau ada silap, saya akan minta maaf kepada mereka.Kerana Saya la cermin untuk mereka dan saya tak nak anak saya leka dengan dunia. Biar Al-Quran jadi panduan hidup mereka supaya menerangi perjalanan dan dipermudahkan,” katanya.

Rita berkongsi perkara tersebut dengan memuat naik paparan skrin sebuah artikel mengenai luahan perasaan syukur melihat anaknya yang berusia 11 tahun sudah menjadi imam di Instagram pada Khamis.Selain Aarit Rayyan Rizqin, 11, Rita juga mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Airit Qaqa Arjuna yang berusia sembilan tahun hasil perkahwinan dengan pemain JDT iaitu Aidil Zafuan.

Rita mendirikan rumah tangga dengan pemain JDT, Aidil Zafuan pada tahun 2008 kemudian berpisah pada September 2013.Rita bersama dua orang anak lelakinya.Dalam pada itu, Rita memberitahu dia banyak belajar daripada pengalaman serta kesilapan lampau dan berharap anak-anaknya tidak melakukan perkara yang sama.

“Pengalaman dan kesilapan adalah pelajaran untuk kehidupan kita yang ke depan. Baik buruk saya dah lalui, semua itu saya bekalkan pada mereka untuk dijadikan sempadan.”Supaya mereka cepat matang dan boleh bezakan baik serta tidak. Perjalanan saya masih panjang untuk mendidik dua lelaki ini menjadi orang yang disegani kerana akhlaknya.”Doakan saya dan saya juga mendoakan kita semua ditemani anak-anak yang soleh dan solehan sehingga hujung nyawa,” ujarnya.

Ramai Yang Kecewa Safawi Rasid Tak Main Lagi Bila Masuk Kelab Baru. Terkedu Sekali Ini Yang Terjadi Pada Laman Rasmi Kelab Tersebut. Sampai Macam Ni Sekali Warganet Buat.

KUALA LUMPUR: Peminat yang kcewa Safawi Rasid masih tidak diturunkan dalam aksi liga utama Portugal bertindak pergi Facebook rasmi Portimonense malam tadi.

Ramai mengharapkan Safawi akan membuat kemunculan sulung dalam Primeira Liga menentang Santa Clara, malanngnya bintang sensasi negara itu tiada dalam kesebelasan utama mahupun simpanan. Portimonense kalah 1-2 dalam tersebut, kekalahan keempatnya musim ini, sekali gus menghuni tangga ketiga tercorot.

Ini kali ketiga pemain berusia 23 tahun itu terlepas aksi liga utama sejak tiba di Portugal awal bulan lalu. Dia sebelum ini tidak diturunkan dalam pertemuan menentang Maritimo pada 17 Oktober lalu yang disiar secara langsung di Astro Arena, malah tidak berada dalam skuad bertemu Tondela Ahad lalu.

Setakat ini, Safawi hanya beraksi buat skuad bawah 23 (B-23) Portimonense pada 16 Oktober lalu. “Mals aku tengok. Pawi tak main gak. Tengok page Portimonense ni sana sini tag Sapawi dalam posting.. sekali nama Sapawi xde pun dalam skuad.

“Bukan setakat first 11 dalam substituti0n pun xde nama dia..something wr0ng with this club..,” tulis pemilik akaun Facebook, Muhammad Abdullah. “Ape punya team la…asyik klah je..dah la kalah pastu berlagak tak kasi safawi main,” kata Kamarul. “No Safawi no win,” tulis Rizal.

“Yang aku cuma risaukan, kelab-kelab luar negara ni ambil pemain kita hanya untuk marketing pasukan dia orang. Dah sampai target, booommm!! babai!,” kata Mohd Nor. Ada juga peminat yang menyerv Portimonense memulangkan Safawi kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Beberapa peminat yang rasi0nal bagaimanapun meminta penyokong yang lain agar tidak memalukan Safawi dan Malaysia dengan menulis perkara tidak baik di laman s0sial kelab Portugal itu. Safawi tiba di Portugal bulan lalu selepas dipinjamkan selama semusim oleh JDT.

Pemain sayap kelahiran Terengganu itu adalah watak penting yang membantu JDT menjulang Liga Super ketujuh berturut-turut, malah dinobat sebagai Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia selama dua musim. Standard lah liga Inggeris ke Eropah ke. Walaupun pemain ternama kelab ni beli je lebih tapi Tak diturunkan utk bermain utk kesebelasan utama. Last last setahun duduk tepi padang pindah kelab lain pula. Itulah percatvran pengurus pasukan.

Pada pendapat saya … lebih baik gunakan masa yang tidak diturunkan itu…. berlatih sendiri…. bina semangat sendiri …tunjuk pada pengurusan yg Sapawi bersedia… dan berdoa kepada Allah…semoga Sapawi berjaya pada mentll dan fizlkal.

Sumber : UtusanMalaysia

Safawi Rasid Baru Je Lebarkan Sayap Ke Kelab Portugal Sekali Jurulatih Bongkarkan Sesuatu Buat Ramai Tergamam. Rupa Rupanya Ini Yang Jurulatih Tu Dedahkan.

PEMAIN popular Malaysia, Safawi Rasid yang kini melebarkan sayap ke Portimonense SC ternyata mendapat perhatian ramai. Terbaharu, dia dijangka beraksi mewakili pasukannya menentang CS Maritimo pada aksi Primeira Liga di Estadio dos Barreiros pada Sabtu.

Spekulasi mengenai penampilan itu kuat diperkatakan selepas portal bola sepak Portugal, A Bola memaklumkan pemain itu mempamerkan aksi cemerlang sewaktu sesi latihan yang diadakan. “Safawi Rasid yang dipinjamkan daripada Johor FC mengagumkan pada sesi latihan dan dijangka menjadi antara prtruhan jurulatih, Paulo Sergio untuk aksi bertemu CS Maritimo di tempat lawan.

“Safawi mula menjalani latihan sejak minggu lalu dan berada dalam rentak yang kompetitif memandangkan dia sudah beraksi dalam liga di negaranya sebelum ini. “Dia tampak menyesuaikan diri dengan baik dan gigih mencari peluang untuk bersama pasukan,” kata portal bola sepak tempatan itu.

“Dia menunjukkan prestasi mengagumkan sewaktu sesi latihan dan dijangka oleh jurulatih Paulo Sergio untuk bermain bersana CS Maritimo. “Dia memulakan latihan pada minggu lalu dan berada dalam rentak kompetetif.

“Dia juga boleh menyesuaikan diri dengan baik dan komited mencari peluang bersama pasukan itu,” ujarnya. Terdahulu, Safawi berlepas ke Portugal untuk meneruskan karier bola sepaknya di Eropah dengan menyertai Liga Premier bersama kelab Portimonse SC.

Dia muncul sebagai pemain kedua negara beraksi di liga utama Eropah seelpas Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk di Belgium, Ogos lalu. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mStar via Berita Terkini

Disebabkan Perempuan Karier Jatuh. Warganet Sibuk Dengan Hal Peribadi Safawi Di Ig Syifa Melvin. Mengejutkan Bila Tiba Tiba Safawi Rashid Selamba Je Boleh Balas Komen Macam Ni.

Tak pasal-pasal entri Instagram Syifa Melvin menjadi tempat berbalas-balas komen antara peminat hanya kerana seorang wargamaya menulis sesuatu yang agak peribadi terhadap pemain bola sepak yang dikatakan bercinta dengan Syifa iaitu Safawi Rasid.

Entri yang hanya berkongsikan gambar dan mempromosikan produk sendiri menjadi tempat bertel4gah ramai yang marah dengan campur tangan warganet tersebut. “@safawirasid29 wi, jangan disebabkan perempuan karier mu jatuh. Timba pengalaman selama mungkin di luar negara. Wa sentiasa doakan lu bro,” tulis warganet tersebut.

Hal kerja yang dicampur adukkan dengan hal peribadi oleh warganet itu membuatkan Safawi membalas kembali komen tersebut. “@ratazeem thank you bro support tapi personal hal jangan babitkan. Wa ada otak lagi,” balas Safawi.

Ramai wargamaya lain juga kurang bersetuju dengan warganet tersebut yang mencampuri urusan peribadi Safawi. Mereka juga turut sama memberikan pendapat masing-masing.

Safawi Rasid kini berada di Portugal menyertai Portimonense SC, Kelab Liga Premier Portugal. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Like Page Kami Juga Di Facebook @Apam Pink Media

Sumber : Gempak

Safawi Rasid Disindir Gara Gara Bahasa Inggeris Terabur. Mengejutkan Sekali Bila Tahu Gaji Sebenar Safawi Rasid. Rupa Rupanya Gaji Dia Bukan Biasa Biasa.

” Temubual pertama Safawi di Portugal. Yang mana niat nak kutvk english Pawi yang berterabur tu, pergi google video Valentino Rossi kena interview. ” Dah 20 tahun main MotoGP round keliling dunia, dia punya english steady je barai.”

Demikian ulasan dari laman Twitter, Sukan Star yang mempertahankan bintang bola sepak negara, Safawi Rasid meskipun tidak fasih ‘speaking’ ketika sidang media. Mengambil contoh lagenda pelumba motor dari Itali, Valentino Rossi, yang lagi berterabur bila bercakap bahasa Inggeris.

Atau nak lagi senang, tengok sahaja Lionel Messi, pemain terbaik dunia 6 kali dari Barcelona dan Argentina, sampai ke sudah tak pernah cakap bahasa Inggeris bila ditemuramah. Terdahulu beberapa warganet mempersoalkan kemampuan Safawi yang tidak fasih berbahasa Inggeris ketika diwawancara oleh wartawan di Portugal.

Gaji gaji Safawi di kelab Portugal?

Sementara itu, Safawi kini pemegang status pemain paling mahal di Malaysia apabila dianggarkan menerima gaji sekitar AS$15,000 hingga AS$25,000 sebulan iaitu bersamaan RM62,000 hingga RM103,000 dengan kelab liga utama Portugal, Portimonense FC.

Nilai berkenaan diyakini antara tertinggi pernah diterima pemain tempatan sama ada ketika beraksi dalam saingan Liga Malaysia mahupun bersama kelab luar negara. Menurut ejen terkenal yang enggan namanya didedahkan, berdasarkan nilai pasaran semasa Safawi mengikut www.transfermarkt.com, tanda harga pemain berusia 23 tahun itu ketika ini mencecah 300,000 pound atau RM1.5 juta.

Katanya, tanda harga itu biasa meletakkan pendapatan pemain tidak melebihi RM150,000 sebulan dan jika benar, tonggak sayap Harimau Malaya itu boleh dianggap sebagai pemain paling mahal di negara ini. Malah, tanda harga pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu mampu meningkat dua kali ganda seandainya dia kekal untuk tempoh lebih lama atau dilamar kelab gergasi Portugal seperti Benfica, FC Porto dan Sporting CP atau dulu dikenali Sporting Lisbon.

Boleh cecah RM3 juta sebulan sekiranya..

” Kalau dia dapat kontrak dengan kelab lain yang beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah macam Porto, saya rasa nilai dia boleh cecah setengah juta. ” Jadi, Safawi boleh raih hampir RM2 juta hingga RM3 juta sebulan kalau dia dapat berpindah ke kelab yang bermain di peringkat tertinggi Eropah.

” Jika bukan kelab ternama Portugal sekalipun, kelab luar seperti di Itali atau Sepanyol mungkin destinasi terbaik buat Safawi meraih pendapatan besar seperti itu. ” Tapi kita kena ingat, pengiraan itu hanya secara kasar yang biasa diterima pemain di Eropah yang datang dari Asia. Nilai sebenar hanya diketahui kelabnya, Portimonense SC dan JDT (Johor Darul Ta’zim).

” Cuma apa yang boleh digambarkan, Safawi saat ini adalah pemain termahal negara dan itu kita harus akui,” katanya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @apam pink media

Sumber : http://limauais.pw/

Janji Akan Jaga Keluarga Safawi. Syifa Buktikan Rasa Cinta Dengan Janji Nak Jaga Keluarga Safawi. Mengejutkan Rupa Rupanya Sebelum Safawi Pergi Ini Yang Syifa Melvin Janjikan Pada Safawi.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan kosmetik, Syifa Melvin membuktikan rasa cintanya apabila berjanji akan menjaga keluarga Safawi Rasid selepas pemain bola sepak itu berlepas ke Portugal malam kelmarin. Janji itu ditulis Syifa atau nama sebe­nar­nya, Nur Syi­fa Athirah Ami­rol Mel­vin, 26, da­lam satu ciapan di aka­un Twitternya semalam

“Jangan ri­­sau, saya akan menja­ga keluarga awak se­perti yang sudah dijanjikan. “Semoga ber­jaya walau di mana awak berada. Harap awak tahu yang saya sentiasa mendoakan kejayaan awak,” tulisnya. Ujar pemilik bersama jenama kosmetik Kekasih itu, dia berharap pemain berusia 23 tahun tersebut akan terus berusaha untuk lebih berjaya pada masa depan.

“Saya sentiasa mahu melihat awak berada pada tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang. “Kekal fokus dan semoga Allah S.W.T melindungi awak,” kata Syifa. Dalam pada itu, Syifa dilihat turut berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada malam kelmarin bagi mengiringi ayam tambatan Harimau Selatan tersebut.

Safawi akan berlepas ke Portugal untuk menyertai kelab utama Liga Premier, Portimo­nense SC secara pinjaman selama semusim. Terdahulu, pada Mac lalu, Syifa pernah dikritik warganet dan dilabel sebagai kaki kikis selepas menerima beberapa ha­diah mewah seperti telefon bimbit berjenama Iphone Pro Max dan beg tangan berjenama Louis Vuitton daripada Safawi.

Adik Sya­tilla Melvin itu pernah dikatakan menjadi punca p­restasi Safawi me­rudum selepas mengajak pemain Johor Daru Ta’zim berkahwin tahun ini. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Kosmo

Dah Menangis Dekat Rumah Dahulu. Syifa Melvin Sampai Menitiskan Air Mata Dengan Penghijrahan Safawi Rasid Ke Kelab Baru. Ini Kata Kata Syifa Buat Pemain Bola Itu.

Sepang: Penghijrahan tonggak sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid ke Portugal bagi menyertai kelab utama Liga Premier, Portimonense SC bukan sahaja ditangisi keluarga dan penyokongnya, tapi juga pelakon dan ahli perniagaan, Syifa Melvin. Safawi yang juga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu berlepas ke Portugal malam tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story pelakon, Lia Natalia yang juga rakan Syifa, adik kepada Syatilla Melvin itu berkata, dia sudah lepaskan kesedihan di rumah. Video itu juga dimuat naik semula di Instagram Story Syifa. “Okay, dah nangis tadi. Dah lepas di rumah,” katanya. Dalam video lain, Lia turut menulis kapsyen ‘Aku tahu kawan aku kuat’ dan dimuat naik semula Syifa.

Lia turut memuat naik gambar mereka bersama Safawi dengan keterangan; “All the best permata negara Safawi Rasid,” tulisnya. Terdahulu, Syifa dikatakan menjalin hubungan dengan pemain berusia 23 tahun itu, namun tidak ada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua belah pihak. Penghijrahan Safwi ke sana adalah secara pinjaman selama semusim dengan kelab utama Portugal itu.

Sumber: Hmetro

Ribuan ucapan tahniah, doa iringi penghijrahan Safawi ke Portugal… pesanan TMJ paling padu! – “Jika perlu apa-apa, aku sentiasa ada… just call”

RIBUAN ucapan tahniah dan juga doa membnjiri posting terbaharu bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid. Terdahulu Safawi yang juga anak kelahiran Dungun, Terengganu memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagram bagi menzahirkan ucapan penghargaan kepada pemilik kelab JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan penyokongnya.

“Thank you for all the memories. I will miss JDT family and all supporters. Junjung kasih Tuanku,” tulisnya pada perkongsian tersebut. Sehingga kini perkongsiannya meraih lebih 90,000 likes dan ribuan komen yang dilontarkan warganet dan juga selebriti. Malah Tunku Ismail sendiri turut menitipkan ucapan kepada pemain skuad Harimau Malaya itu.

“All the best Pawi. Aku doa semoga berjaya. Jikalau perlu apa-apa, aku sentiasa ada. Anytime, anywhere.. just call. Jaga diri, sentiasa ingat Allah. Pintu JDT sentiasa terbuka. All the best and good luck,” tulis Tengku Mahkota Johor itu di ruangan komen. “Selamat maju jaya, Pawi! Banggakan Malaysia!,” komen pengacara terkenal, Uyaina Arshad.

“All the best,” tulis Izham Tarmizi yang juga penjaga gol kelab tersebut. Sementara itu, ada juga warganet meluahkan rasa sedih kerana tidak lagi berpeluang untuk melihat Safawi beraksi di dalam negara. “Good luck Pawi. Kami akan merindui aksi anda Liga Super Malaysia,” tulis Faiz Najmii. Safawi akan berlepas ke Portugal untuk meneruskan karier bola sepaknya di Eropah dengan menyertai Liga Premier bersama kelab Portimonense SC.

Pemain berusia 23 tahun itu akan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, malam ini. Safawi muncul sebagai pemain kedua negara yang beraksi di liga utama Eropah selepas pemain muda muda sensasi, Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk di Belgium, Ogos lalu. Safawi yang turut tersenarai sebagai penjaring gol terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebelum ini dirisik oleh beberapa kelab berpangkalan di luar negara berdasarkan prestasinya ketika bersama dengan skuad Harimau Malaya.

Sumber: Mstar